Isnin, 10 Mac 2014

MH370 6

Ya Allah walaupun mereka bkn ahli keluarga kami dan tidak ada kena mengena talian darah dgn kami tp kami sgt2 terkesima utk menerima berita ini....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim..Ya Allah kaulah tuhan kami, Ya Allah tuhan sekalian alam kami bermohon dgnMu dgn ketuhananMu,kau hantarkanlah bala tentera2Mu utk selamatkan mereka Ya Allah..Ya Allah, sesungguhnya yg di langit dan dibumi ini milikMU..apa yg berlaku adalah ketentuanMU.. Kami mohon kasih sayangMU ya robbi , berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 MH370 yang sedang dalam
Kesedihan dan kedukacitaan.. Berikanlah sebarang tanda utk pesawat itu utk ditemui dan mudahkan lah untuk menemuinya .. Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan..
Lindungilah mereka Ya Allah walaupun ada diantara mereka bkn seagama dgn kami..Amat mustahil bg kami tp tidak bg kau Ya Allah..amin ya robbal alamin...

P/s tadah tgn semasa membaca.semoga allah makbulkan doa kita.
Like · · · 2 seconds ago ·

Monday, 10 March 2014

WAJAH ROSMAH DARI JARAK DEKAT MENGALIRKAN AIR MATA SEDIH PILU BERSAMA-SAMA DENGAN WARIS PENUMPANG MH370 TERSEBAR DI SEMUA MEDIA ARUS PERDANA.


Wajah isteri Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansur dari jarak dekat yang kelihatan mengalirkan air mata sedih pilu syahdu dalam pertemuan dan perjumpaan dengan para waris penumpang MH370 di KLIA semalam kini telah di cetak hampir semua media arus perdana.
Buat Renungan Bersama... (Tragedi Kehilangan MH370)

Terfikirkah anda bahawasanya ALLAH lah yang tentukan semua ini. Disebalik Pemimpin UMNO yang suka Buka Aib Datuk Seri Anwar Ibrahim maka ALLAH S.W.T telah tutup Aib Hamba-NYA yang tidak bersalah ini dengan cara ALLAH S.W.T sibukkan kita tentang Berita Kehilangan Kapal Terbang MAS MH370.

Rakyat Malaysia buat pelbagai spekulasi sendiri tentang Ketidakcekapan Sistem Pengurusan di Malaysia. Ketidakpantasan mengenai Kesahihan Berita dan juga mengenai Ketidakupayaan Kapal Selam Malaysia menyelam sehingga diperlukan Bantuan Kapal Selam dari Singapore.

Rakyat Malaysia menyalahkan Kerajaan Persekutuan dibawah Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN). Maka terbukalah satu persatu aib Kerajaan Malaysia dibawah Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Lihat dan fikirlah sendiri. Ini bukan kerana Politik. Tapi fikirlah wajarkah kita sebagai manusia membuka aib manusia yang tidak bersalah sedangkan ALLAH S.W.T menjaga aib kita sendiri???

Apa-apa pun, berdoalah agar mereka dijumpai. Jikalau Malaysia nak sorok Berita pun, pasti ianya akan terbongkar juga. Siapa yang mampu melawan KUASA ALLAH S.W.T???
Like · · · 4 minutes ago ·
Like · · · 7 minutes ago ·

MH370: Penggunaan pasport curi tanda negara tidak guna pangkalan data Interpol - Interpol

MH370: Penggunaan pasport curi tanda negara tidak guna pangkalan data Interpol - Interpol
KUALA LUMPUR: Penggunaan pasport curi oleh dua penumpang pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia menunjukkan ketidakpekaan negara-negara di dunia ini untuk menggunakan pangkalan data Polis Antarabangsa (Interpol) dalam memeriksa seseorang individu sebelum meninggalkan sesebuah negara.

Memetik laporan Associated Press dari media Kanada, CTV News, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata meskipun Interpol telah berkali-berkali mengingatkan mengenai kes-kes berkaitan penipuan pasport ini, masih lagi terdapat ramai orang yang mampu menaiki pesawat dan terbang beberapa kali menggunakan pasport dan dokumen pengenalan diri yang dicuri itu.

“Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat kaitan antara pasport yang dicuri ini dengan misteri kehilangan pesawat tersebut namun yang jelas disini adalah kebimbangan mengenai individu yang mampu terbang ke mana-mana destinasi menggunakan pasport curi yang telah disenaraikan dalam pangkalan data Interpol,” kata Ronald.

Di sebalik kritikannya itu, agensi yang beribu pejabat di Lyon, Perancis itu memberitahu bahawa mereka kini sedang menyiasat dan memeriksa individu sebenar yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Boeing 777-200 yang hilang pada Sabtu lalu, sejam selepas ianya berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Kecurian pasport milik seorang warga Austria dan Itali pada tahun 2012 dan tahun lalu di Thailand telah dilaporkan dan datanya telah pun berada dalam pangkalan maklumat namun, tiada pemeriksaan terhadap pasport curi itu dilakukan oleh “mana-mana negara” sebelum penerbangan tersebut.

“Namun begitu, terdapat negara-negara yang secara sistematik menggunakan pangkalan data agensi polis itu untuk memeriksa sama ada pasport yang digunakan oleh mana-mana individu sebelum masuk atau meninggalkan sesebuah negara,”.

Dalam satu temubual bersama Associated Press pada Januari 2010, Noble pernah mengingatkan ketika itu bahawa “ancaman terbesar di dunia” ialah, separuh billion ketibaan individu dari pelbagai penerbangan dunia menggunakan dokumen perjalanan yang tidak sah atau dicuri.

Ada beberapa negara yang telah mula sedar dengan ancaman seperti ini.

“Pada tahun 2006 sahaja, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah membuat 2,000 kali saringan individu yang tiba di negara itu menggunakan pangkalan data Interpol dan telah merekodkan 78 juta kali saringan untuk tiga tahun kemudiannya,”.

Bertahun-tahun, Interpol mempersoalkan mengapa negara-negara di dunia ini perlu menanti sesuatu tragedi berlaku untuk mengetatkan soal keselamatan di pintu masuk sempadan negara atau juga lapangan-lapangan terbang.

“Sekarang pula kita berhadapan dengan satu keadaan dimana seluruh negara mengandaikan bahawa pemegang pasport curi itu ialah pengganas walhal dalam hal sebenar, kita memperoslakan pula kenapa hanya beberapa negara sahaja yang begitu mengambil berat terhadap sola keselamatan terutamanya pemegang pasport curi yang seharusnya tidak dibenarkan menaiki mana-mana pesawat untuk terbang ke destinasi mereka,”.

Noble berharap bahawa kerajaan dan mana-mana juga syarikat pengendali penerbangan dapat belajar dari kejadian kehilangan pesawat MH370 ini dan mula meneliti pasport penumpang-penumpang pesawat sebelum dibenarkan terbang ke mana-mana destinasi dunia.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-penggunaan-pasport-curi-tanda-negara-tidak-guna-pangkalan-data-interpol-interpol-31589?cp
TranungKite Online added a new photo.
Like · · · 8 · 11 minutes ago ·
Jika Allah kehendaki, perkara yang mustahil boleh terjadi. Jika DIA tiada kehendaki, tiada siapa yang dapat mengatasi. Apabila kita memohon dan bertawakal kepadaNYA, maka DIA akan menguruskan urusan kita dengan cara yang DIA kehendaki. Apabila ALLAH itu bersama kita, kesudahan urusan kita pasti memberikan kebaikan buat kita. Kadang kala ada perkara yang kelihatan gagal, jika ALLAH redhai kita, keadaan akan kembali kepada kita. Kadang kala ada perkara kelihatan berjaya, tapi jika ALLAH murka kesudahan buruk akan menjelma.

Kerajaan China kecewa cara Malaysia uruskan kehilangan MH370

Kerajaan negara China menyampaikan rasa kecewa terhadap kerajaan Malaysia ekoran kehilangan pesawat MH370 dengan meminta mereka dibekalkan maklumat yang terkini tentang kehilangan pesawat MAS itu.New York Times melaporkan hari ini China, negara asal majoriti penumpang pesawat itu,  jelas ada tanda-tanda kemarahan dan kecewa di kalangan keluarga penumpang yang terlibat dengan cara Malaysia mengendalikan situasi ini.
Dilaporkan juga, Menteri Luar China Wang Li menyampaikan ketidaksabarannya itu dalam panggilan telefon sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web kementerian.

“Pesawat Malaysia Airlines (MAS) hilang hampir 40 jam,” katanya sebagaimana yang dipetik ketika memberitahu rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman.

“Kerajaan China memandang perkara ini secara serius, dan rakyat China juga sangat bimbang.”

Beliau meminta Malaysia sentiasa memberikan laporan terkini, lapor media dunia itu.

Dalam siri laporannya, pegawai Malaysia sentiasa enggan menjawab soalan yang mereka sifatkan sebagai “hal keselamatan”.

“Kami akan sentiasa mengkaji protokol keselamatan, dan jika perlu kami akan perketatkannya lagi,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein juga berkata, beliau mempunyai nama empat penumpang yang disyaki tetapi maklumat itu adalah ‘”terkawal”.

Sekurang-kurangnya ada lima perkara luar biasa dalam senarai penumpang pesawat Penerbangan Malaysia Boeng 777-200 ER yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi Sabtu dalam perjalanan 3,700 km ke Beijing.

Ia terputus hubungan dengan kawalan penerbangan kira-kira 1.30 am dan tidak tiba di Beijing, menyebabkan kerja mencari dan menyelamat besar-besaran digerakkan dari laut Andaman dan Selat Melaka di barat kepada Laut Cina Selatan di timur.

Monday, 10 March 2014

KUMPULAN PERTAMA WARIS PENUMPANG MH370 SELAMAT SAMPAI DI KLIA DARI BEIJING.


Inilah kumpulan pertama waris penumpang warga China yang selamat tiba di KLIA dari Beijing sebentar tadi.

Wakil mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MAS yang menyediakan penerbangan dari Beijing dan juga para rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan agar kesemua penumpang MH370 selamat di jumpai.

TranungKite Online added a new photo.
Like · · · 1313 · 40 minutes ago · 

Warga media menunggu ketibaan ahli keluarga penumpang ‪#‎MH370‬ dari China yg dijangka tiba di KLIA pagi ini.
Like · · · 45 minutes ago · 
 Nelayan dakwa lihat pesawat terbang rendah
Posted on Monday, March 10 @ 11:34:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kuala Lumpur: Dua nelayan di Kelantan mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah, kira-kira lapan batu nautika dari Pantai Kuala Besar, Kota Bharu, awal pagi Sabtu lalu.

Azid Ibrahim, 55, berkata dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, dia sedang memancing bersama seorang rakan apabila jelas dapat melihat pesawat terbabit terbang di bawah awan, tidak seperti biasa.

“Kami pelik kerana biasanya, pesawat tak terbang serendah itu. Kami takut ia terhempas, tapi pesawat terbabit terus terbang rendah menuju arah utara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azid berkata, dia menonton televisyen kelmarin dan terkejut apabila mengetahui kehilangan pesawat MH370 bersama 227 penumpang dan 12 kru sebelum rakan yang bersamanya ke laut, bercerita kisah mereka melihat sebuah pesawat terbang rendah kepada penduduk lain.

“Pagi tadi (semalam), beberapa anggota polis datang ke rumah mengambil keterangan bagi membantu siasatan kehilangan pesawat itu. Saya kemudian diminta ke balai polis untuk buat laporan selain menunjukkan lokasi terakhir melihat pesawat terbabit,” kata bapa lima anak itu yang membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa.

Ditanya sama sama ada melihat asap atau api dari pesawat itu, Azid berkata, mereka tidak melihat tanda menunjukkan pesawat berkenaan mengalami masalah.

Saya baru sahaja berkunjung ziarah ke rumah Haji Abdul Hamid Daud, timbalan pengarah JKR Selangor di Shah Alam. Beliau merupakan bapa kepada pembantu juruterbang MH370, Fareq Abdul Hamid. Saya rakamkan simpati dan mengharapkan agar keluarga beliau terus sabar dan tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT.Ahli keluarga seorang penumpang lelaki penerbangan MH370 yang masih hilang  berjaya menghubungi telefon bimbit lelaki itu, bagaimanapun tiada siapa yang menjawab panggilan.
Video ini menunjukkan saat ahli keluarga lelaki itu menelefon beliau, yang merupakan antara 239 penumpang penerbangan yang dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu lepas, bagaimanapun penerbangan itu hilang secara misteri pada pukul 2.40 pagi seperti yang diisytiharkan oleh Malaysia Airlines dan tidak dapat dikesan.

Saturday, 8 March 2014

KECOH SATU DUNIA WARIS PENUMPANG MH370 YANG HILANG DALAM PENERBANGAN DARI KLIA KE BEIJING DIBERI LAYANAN LEBIH TERUK DARI ANJING OLEH PIHAK MAS!!!!!

" They're treating us worse than dogs - angry Chinese families lash out at Malaysia Airline"
Mereka melayani kami lebih hina dan teruk dari anjing . kata warga China yang berang kepada MAS.

Apakah ini benar?? .. Jika benar maka wajar suatu penjelasan mengapa sebegini teruk boleh terjadi.

(VIDEO)Saat Ahli Keluarga Seorang Penumpang MH370 Berjaya Menghubungi Telefon Bimbitnya – Tetapi Tiada Jawapan

Written by serenity | March 10th, 2014

Missing-Flight-graphic-3222789
Panggilan itu berjaya disambungkan, tetapi ia tidak dijawab sehingga panggilan terputus.
Perkembangan ini membangkitkan lebih banyak persoalan tentang apa yang sebenarnya telah terjadi pada penerbangan MH370.
Penerbangan itu kali terakhir dikesan di kawasan timur pantai semenanjung Malaysia sebelum hilang sebarang bentuk hubungan dengan pengawal trafik udara. 
 

Tiada ulasan: