Rohani Binti Abdul Hamid was tagged in Bard Ridz's photo.
MH 370 Hilang - Misteri - Ghaib ? Melewati 48 jam gagal ditemui.
Tanpa sedikit pun berniat mengguris hati dan perasaan ahli keluarga yg terbabit.
Dengan pelbagai aset yg bertungkus lumus membantu mencari dan menyelamat daripada pelbagai negara termasuk US, Australia ... yg canggih.
Dilengkapi sistem sonar, satelit dsbg nya ...
Setelah mengikuti perkembangan tanpa henti meskipun ada sedikit rasa bosan kerana berita yg sama sentiasa diulang ulang ...
1. Dilaporkan hilang selepas terputus / lenyap dari kesanan Radar begitu sahaja.
2. Dilaporkan Pesawat menggunakan teknologi terkini yang memberikan koordinat setiap 2 saat. Jika berpatah balik, sepatutnya ia masih dapat dikesan lokasinya.
3. Rampasan ? Tiada sebarang panggilan Tuntutan dilaporkan.
4. Explotion ? Tiada laporan letupan yg dikesan oleh pihak US.
5. Kapal Dagang / Nelayan - Tiada saksi yang mengemukakan sebarang laporan.
6. Tumpahan Minyak - Dilaporkan bukan milik MH 370
7. Objek yg dijumpai - Dilaporkan bukan milik MH 370
8. Tiada Laporan mendarat di mana mana kawasan darat / air.
9. Dilaporkan 2 orang MISTERI berjaya menyelinap menggunakan pasport Palsu.
Bukan mudah. Jika gambar pada pasport dan muka / cop ibu jari tak sama - berjaya melepasi Kastam dgn kawalan ketat. Serta Pasport tersebut juga sudah dilaporkan HILANG oleh pemilik asal.
So, jika anda turut sedikit rasa terpengaruh dengan siri Ancient Aliens di Chanel History - History HD, ... kemungkinankah Teori ia GHAIB kerana unsur mistik - aliens.
Memasuki pintu gerbang ke alam lain / pergi ke masa hadapan ?
Atau satu keajaiban tiba tiba ia muncul kembali dgn selamat selepas memasuki satu fasa alam lain. Atau bakal dijumpai kapal ada - anak kapal tiada.
Jika lihat siri Unexplain File di National Geografi Special, atau dalam majalah Mastika ada kes anak kapal laut hilang. Kapal ada, anak kapal semua tiada. Tanpa sebarang bukti homisid / rampasan. Ada juga kes pendaki bukit hilang.
# Apa pun ... moga dalam sehari 2 ini, ada jawapan pasti yang bakal dilaporkan bagi menamatkan episod tertanya tanya yang kian berlanjutan.
Inilah Sebab Kenapa MAS Dan Kerajaan Lambat Beri Maklumat
Posted on Monday, March 10 @ 12:07:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Berikutan kes kehilangan kapal terbang MH370 telah membuatkan ramai yang tertanya-tanya akan maklumat kerkini terhadap trajedi tersebut. Dalam kekalutan itu terdapat segelintir yang menuding jari keatas kelembapan MAS dan kerajaan dalam memberikan maklumat berkaitan kehilangan Misteri Pesawat MH370 itu. Apakah ianya hilang terhempas, hilang disebabkan kejadian misteri ataupun ia telah di rampas oleh pihak pengganas? Pastinya ada sebab kenapa mereka tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Inilah antara sebab kenapa MAS dan Kerajaan lambat mengeluarkan kenyataan berkaitan kehilangan Pesawat MH370:
Dari hasil perkongsian Nor Azizuddin Abdul Manan dari pada UUM Sintok untuk memberikan sedikit pendapat peribadi beliau berhubung isu ini memandangkan beliau gusar dengan pelbagai unsur dan persepsi negatif yang dilemparkan oleh ramai pihak berkepentingan terhadap tindak-selamat MAS/Kerajaan Malaysia (KM) dalam misi mencari dan menyelamat penumpang dan krew MH370.
1) Penumpang Pelbagai Negara
Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS/KM untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil-wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Maybe sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran MAS/KM menyalurkan info terkini. Fahamilah keadaan.
2) Hubungan Diplomatik
MH370 hilang diperairan dan diruang udara Vietnam, dalam konteks ini KM dan MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. KM tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun peswat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan Bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada KM/MAS. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.
3) Misi Melibatkan 5 negara
Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Maritim dan aset ATM sudah berada diperairan berkenaan, terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situsi mencari dan terus mencari disekitar Pulau Vung Tau tempat dimana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakkan MH370. Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantual kapal penyelamat ke pengairan terbabit. Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordiansikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecil evidens sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.
4) Tidak Semudah Yang Dijangka
Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. KM/MAS sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula.
5) MAS tetap dihatiku
Kali terakhir MAS mengalami "major accident" ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami "major accident" dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompiten dan diiktiraf oleh ICAO disamping pengemudian pesawat oleh pilot yang berpengalaman luas. Walaubagaimana pun secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya.
Ps :Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihatiku.
Sumber: FACEBOOK
Pintu dan ekor pesawat ditemui, lapor The Wall Street Journal
Bahagian itu kemungkinan pintu dalam komposit dan sebahagian ekor pesawat, lapor The Wall Street Journal.
Pihak MAS dilapor sebagai tidak dimaklumkan tentang penemuan tersebut.
The Wall Street Journal memetik laporan dalam laman web kementerian penerangan dan komunikasi Vietnam.
Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat menemui artikel itu dalam kedua-dua bahasa sama ada bahasa tempatan atau Inggeris melalui carian pada jam 9 pagi.
Ia dilaporkan ditemui 50 batu daripada Barat daripada Daya Pulau Chu di Vietnam Selatan.
Vietnam dikatakan tidak dapat mendaratkan pesawat air berdekatan kawasan itu untuk mengesahkan sama bahagian itu berpunca daripada pesawat yang hilang, lapor Malaysiakini
11:14AM - 11 Mar 2014
Takkan tak boleh fikir, Zahid selar imigresen
Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan
Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi
menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang
awal pagi kelmarin.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370.
"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam.
Ahmad Zahid berkata siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat.
Katanya buat masa ini tiada sebarang kesimpulan boleh dibuat berhubung isu itu memandangkan siasatan baru sahaja bermula iaitu sebaik sahaja pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri.
Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata adalah sukar untuk menentukan kesahihan sesuatu pasport antarabangsa yang dibawa seseorang pemegang memandangkan bukan semua negara menggunakan sistem biometrik dan kod bar seperti Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu bagi menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.
Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.
- Bernama

Waris Penumpang MH370 Dari China Berang MAS Enggan Kongsi Maklumat
Keluarga penumpang pesawat MH370 yang
hilang sejak kelmarin mula melepaskan rasa marah dan kecewa pada
syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang enggan berkongsi
maklumat dengan mereka.
Menurut
satu kenyataan yang dipetik di portal web Inquirer.net, salah seorang
ahli keluarga mangsa mendakwa pihak MAS masih tidak mendedahkan apa-apa
maklumat terperinci kepada keluarga.
“Kebanyakan maklumat yang kami perolehi sama dengan maklumat yang ada di media dan laman sosial.
“Kami sudah menunggu selama berjam-jam, namun masih tidak ada jawapan dari pihak penerbangan,” katanya.
Dalam
satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MAS kelmarin, 153 dari 239
orang penumpang pesawat itu adalah warganegara China.
Pesawat MAS MH370 yang dijadualkan berlepas pukul 12.41 pagi 7 Mac lalu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.40 pagi semalam.
Namun pesawat itu telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 pagi dan hilang sehingga kini.
Sumber : Sinar11:40AM - 10 Mar 2014
Apa yang kita ketahui mengenai pesawat MH370
Memasuki hari ketiga usaha mencari pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Malaysiakini cuba merumuskan apa yang telah ketahui mengenai situasinya.
Kapal Terbang
- Pesawat itu jenis Boeing 777-200ER, kapal terbang yang mempunyai rekod prestasi cemerlang dan digunakan oleh syarikat penerbangan di seluruh dunia.
- Pesawat itu hilang dari skrin radar pada jam 1.30 pagi pada 8 Mac, 120 batu nautika dari Kota Bharu dan di Laut China Selatan. Ini berada di sempadan ruang udara Malaysia-Vietnam. Ia mempunyai bahan api untuk bertahan sehingga 08:30 hari itu.
-Tiada sebarang panggilan kecemasan. Komunikasi lisan yang terakhir dengan juruterbang itu apabila pengawal trafik udara Subang memindahkan kawalan ke Ho Chi Minh. Kedua-dua juruterbang dan Bandar Raya Ho Chi Minh makllum pemindahan itu.
- Data dihantar dari kapal terbang ke pangkalannya di MAS menunjukkan tiada kejanggalan. Pesawat itu tidak mempunyai masalah teknikal.
- Hujung sayap pesawat itu telah sedikit rosak pada 2012, tetapi telah dibaiki dan disahkan untuk terbang oleh pengeluar Boeing.
- Data radar Tentera Udara menunjukkan pesawat itu mungkin telah cuba untuk berpatah balik. Ini sebahagiannya disokong oleh data radar Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Bagaimanapun tiada nasihat telah diterima daripada kapten, seperti yang dikehendaki protokol.

Update salah seorang penyiasat PDRM... Allahuakbar..
Like · · Share · 22612199 · 59 minutes ago ·
Penggunaan pasport curi oleh dua penumpang pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia menunjukkan ketidakpekaan negara-negara di dunia ini untuk menggunakan pangkalan data Polis Antarabangsa (Interpol) dalam memeriksa seseorang individu sebelum meninggalkan sesebuah negara.
Memetik laporan Associated Press dari media Kanada, CTV News, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata meskipun Interpol telah berkali-berkali mengingatkan mengenai kes-kes berkaitan penipuan pasport ini, masih lagi terdapat ramai orang yang mampu menaiki pesawat dan terbang beberapa kali menggunakan pasport dan dokumen pengenalan diri yang dicuri itu.
“Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat kaitan antara pasport yang dicuri ini dengan misteri kehilangan pesawat tersebut namun yang jelas disini adalah kebimbangan mengenai individu yang mampu terbang ke mana-mana destinasi menggunakan pasport curi yang telah disenaraikan dalam pangkalan data Interpol,” kata Ronald.
Di sebalik kritikannya itu, agensi yang beribu pejabat di Lyon, Perancis itu memberitahu bahawa mereka kini sedang menyiasat dan memeriksa individu sebenar yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Boeing 777-200 yang hilang pada Sabtu lalu, sejam selepas ianya berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.
Kecurian pasport milik seorang warga Austria dan Itali pada tahun 2012 dan tahun lalu di Thailand telah dilaporkan dan datanya telah pun berada dalam pangkalan maklumat namun, tiada pemeriksaan terhadap pasport curi itu dilakukan oleh “mana-mana negara” sebelum penerbangan tersebut.
“Namun begitu, terdapat negara-negara yang secara sistematik menggunakan pangkalan data agensi polis itu untuk memeriksa sama ada pasport yang digunakan oleh mana-mana individu sebelum masuk atau meninggalkan sesebuah negara,”.
Dalam satu temubual bersama Associated Press pada Januari 2010, Noble pernah mengingatkan ketika itu bahawa “ancaman terbesar di dunia” ialah, separuh billion ketibaan individu dari pelbagai penerbangan dunia menggunakan dokumen perjalanan yang tidak sah atau dicuri.
Ada beberapa negara yang telah mula sedar dengan ancaman seperti ini.
“Pada tahun 2006 sahaja, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah membuat 2,000 kali saringan individu yang tiba di negara itu menggunakan pangkalan data Interpol dan telah merekodkan 78 juta kali saringan untuk tiga tahun kemudiannya,”.
Bertahun-tahun, Interpol mempersoalkan mengapa negara-negara di dunia ini perlu menanti sesuatu tragedi berlaku untuk mengetatkan soal keselamatan di pintu masuk sempadan negara atau juga lapangan-lapangan terbang.
“Sekarang pula kita berhadapan dengan satu keadaan dimana seluruh negara mengandaikan bahawa pemegang pasport curi itu ialah pengganas walhal dalam hal sebenar, kita memperoslakan pula kenapa hanya beberapa negara sahaja yang begitu mengambil berat terhadap sola keselamatan terutamanya pemegang pasport curi yang seharusnya tidak dibenarkan menaiki mana-mana pesawat untuk terbang ke destinasi mereka,”.
Noble berharap bahawa kerajaan dan mana-mana juga syarikat pengendali penerbangan dapat belajar dari kejadian kehilangan pesawat MH370 ini dan mula meneliti pasport penumpang-penumpang pesawat sebelum dibenarkan terbang ke mana-mana destinasi dunia.
Monday, 10 March 2014
POLIS ANTARABANGSA (INTERPOL) SEBAT SAMPAI LUMAT KERAJAAN MALAYSIA KERANA TIDAK MENGGUNAKAN PENGKALAN DATA INTERPOL.

Teruskan berdoa untuk #MH370. Terima kasih kepada semua anggota pencari dan penyelamat dan teruskan berusaha. Jasamu dikenang. FOTO: Reuters.
Like · · Share · 31 · about an hour ago ·
Ya
Allah walaupun mereka bkn ahli keluarga kami dan tidak ada kena mengena
talian darah dgn kami tp kami sgt2 terkesima utk menerima berita ini….
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim..Ya Allah kaulah tuhan kami, Ya Allah tuhan sekalian alam kami bermohon dgnMu dgn ketuhananMu,kau hantarkanlah bala tentera2Mu utk selamatkan mereka Ya Allah..Ya Allah, sesungguhnya yg di langit dan dibumi ini milikMU..apa yg berlaku adalah ketentuanMU..
Kami mohon kasih sayangMU ya robbi , berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 MH370 yang sedang dalam Kesedihan dan kedukacitaan.. Berikanlah sebarang tanda utk pesawat itu utk ditemui dan mudahkan lah untuk menemuinya .. Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan..
Lindungilah mereka Ya Allah walaupun ada diantara mereka bkn seagama dgn kami..Amat mustahil bg kami tp tidak bg kau Ya Allah..amin ya robbal alamin…
P/s tadah tgn semasa membaca.semoga allah makbulkan doa kita.
Kredit foto #PrayForMH370 Fanpage
TranungKite Online added a new photo.
Foto: 12 Wajah Kru MH370 & 38 Penumpang Rakyat Malaysia Yang Hilang
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim..Ya Allah kaulah tuhan kami, Ya Allah tuhan sekalian alam kami bermohon dgnMu dgn ketuhananMu,kau hantarkanlah bala tentera2Mu utk selamatkan mereka Ya Allah..Ya Allah, sesungguhnya yg di langit dan dibumi ini milikMU..apa yg berlaku adalah ketentuanMU..
Kami mohon kasih sayangMU ya robbi , berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 MH370 yang sedang dalam Kesedihan dan kedukacitaan.. Berikanlah sebarang tanda utk pesawat itu utk ditemui dan mudahkan lah untuk menemuinya .. Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan..
Lindungilah mereka Ya Allah walaupun ada diantara mereka bkn seagama dgn kami..Amat mustahil bg kami tp tidak bg kau Ya Allah..amin ya robbal alamin…
P/s tadah tgn semasa membaca.semoga allah makbulkan doa kita.
Kredit foto #PrayForMH370 Fanpage
Post by PrayForMH370.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan