Khamis, 13 Mac 2014

MH370 16

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari kelima tanpa sebarang jawapan kini sudah beransur-ansur bertukar menjadi tekanan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut penulis Shahbudin Husin, ini kerana pelbagai pihak sama ada dalam negara, mahu pun antarabangsa mulai melihat aspek kecelaruan, tiada kesepakatan dan saling tuduh-menuduh dalam proses mencari jawapan pesawat yang hilang itu.

Sementara waris mangsa turut merungut kerana sejak hari pertama lagi tiada keselarasan dalam menyampaikan maklumat sehingga ada yang meluahkan kemarahan dengan membaling air kepada petugas MAS di Beijing,

Menurutnya, rakyat dalam negara dan masyarakat antarabangsa juga turut keliru dengan berbagai maklumat yang bercampur-campur antara yang benar dengan yang palsu.

“Walaupun pelbagai pihak daripada semua keturunan, agama dan kepercayaan tidak putus-putus mendoakan agar pesawat yang ditakrifkan hilang itu segera ditemui dan semua penumpangnya selamat, mereka juga sebenarnya ingin mendapatkan maklumat terkini yang pantas dan tepat,” tulis beliau di dalam blognya.

Baca di sini
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lepas, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
  
Justeru, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha menggesa masyarakat di negara ini, terutama umat Islam, agar tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan.
  
"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. Hukum mengamalkan perubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Beliau berkata umat Islam harus menyakini bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik tempat untuk mereka bergantung dan bertawakal.
  
"Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan, maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa memohon kepada Allah yang Maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izin-Nya jua," katanya.
    
Beliau berkata Jakim mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami masyarakat yang boleh diakses melalui laman sesawang www.islam.gov.my.
  
"Mana-Mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah Arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak," katanya. - Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sekali lagi berharap Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra diperbesarkan hingga menjadi lapangan terbang laluan antarabangsa.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, dengan kejadian kehilangan MH370, sekurang-kurangnya lapangan terbang di negeri ini dapat menampung kejadian yang tidak diingini berlaku.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Perjumpaan Menteri Besar Kelantan bersama anggota Perkhidmatan Awam Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Berucap sama pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Lagipun menurutnya lagi, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sendiri beberapa kali telah menyarankan perkara itu, termasuk ayahanda baginda Sultan Ismail Petra.

Menurutnya, kedudukan Kelantan yang strategik di tengah-tengah laluan Kuala Lumpur-Bangkok, Kuala Lumpur-Beijing, Kuala Lumpur-Vietnam, memberi ruang pendaratan cemas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Ketika ditanya kesudian Kelantan bekerjasama dengan pihak kerajaan Persekutuan yang menjadikan Tok Bali sebagai pangkalan ‘mengesan’ pesawat MH370, beliau berkata pihaknya bersedia memberi kerjasama.

“Yang penting sekarang kita inginkan semua penumpang dalam pesawat itu selamat dan hati kecil saya masih rasa sedap hati mereka selamat,” ujarnya dengan ceria.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat seterusnya berharap orang ramai bertenang menghadapi suasana itu.

Tambahnya, apa lagi telah ramai pakar turun untuk membantu mencari dan menyelamat penumpang dalam pesawat berkenaan.

“Kita tunggulah bagaimana penghujungnya nanti sehingga semuanya selamat namun kita jangan hilang tempat bergantung, iaitu Allah,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu beliau memberitahu Dewan Ulamak PAS Pusat akan menganjurkan solat hajat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) esok.

Katanya, solat hajat sudah dianjurkan di seluruh masjid di Kelantan sejak tiga hari lalu.

Saya merujuk kepada kaedah menggunakan khidmat bomoh dalam mencari pesawat MH370 yang hilang. Raja Bomoh VVIP sedunia atau Ibrahim Mat Zin telah dipanggil dengan menggunakan peralatan tradisional di samping kaedah perbomohan bagi mencari pesawat tersebut.

Tidak dinafikan setiap manusia mempunyai pelbagai kemahiran dan kemampuan tersendiri. Dalam keadaan teknologi canggih, jika tidak mampu mengesan lokasi pesawat itu berada, kaedah alternatif diperlukan supaya setiap orang berperanan membantu mencari pesawat MH370. Kerajaan telahpun menggunakan pelbagai cara, daripada Angkatan Tentera, Polis, Maritim, sehinggalah kepada nelayan dikerah bagi membantu mencari pesawat itu.

Namun demikian, menggunakan khidmat bomoh, apatah lagi menggunakan khidmat jin adalah dilarang dan diharamkan dalam Islam. Saya merasa kesal kerana ada segelintir masyarakat yang masih meletakkan harapan tinggi kepada perbuatan khurafat dan tahyul melalui perantaraan jin dengan kaedah perbomohan. Dalam usaha berikhtiar mencari pesawat MH370 yang hilang, jangan pula sampai menggunakan perkara yang terlarang dan diharamkan dalam Islam.

Di dalam Al Qur’an Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakinya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar" (an-Nisa’: ayat 48). Firman Allah lagi yang maksudnya "Janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak pula memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat yang demikian itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang yang zalim" (Yunus:106). Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya," Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu tertolak".

Saya merasa bimbang kerana sudahlah pesawat tidak dijumpai, orang ramai pula diperbodohkan dengan aksi yang melucukan, malah mendapat dosa kerana percayakan perkara khurafat. Yang dikhuatiri orang ramai akan terjerumus kepada perbuatan syirik kerana meyakini kepada kekuasaan jin melebihi kekuasaan Allah SWT.

Sepatutnya, sebagai umat Islam, ikhtiar yang paling baik adalah menyerahkan diri kepada Allah SWT. Solat hajat, bermunajat, berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT adalah jalan terbaik daripada menyerahkan nasib kepada para bomoh. Allah SWT mencipta setiap makhluk dan Allah SWT lebih mengetahui di mana pesawat itu berada ketika ini. Dalam saat genting seperti ini, seharusnya jagalah sensitif amalan agama dan jangan sesekali melakukan maksiat kepada Allah SWT. Saya bimbang, dengan munajat dan solat Hajat yang dilakukan bercampur baur dengan perbuatan khurafat dan syirik, akan menyebabkan kemurkaan Allah SWT terhadap hamba-Nya sehingga memberi kesan terhadap usaha yang dijalankan ini.

Saya menyeru semua umat Islam agar kembali menyerahkan diri kepada Allah SWT, yakin dan bersangka baik kepada Allah SWT dan tidak sesekali melakukan perbuatan mungkar. Mungkin ia menjadi sebab bagi Allah mempermudah ujian yang sedang ditanggung di negara ini.

 Lagi jenaka warga internet pasal bomoh gila (bersama video)
Posted on Wednesday, March 12 @ 23:07:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Rakyat Malaysia yg prihatin membantu mencari pesawat MH370 mengikut kaedah raja bomoh...

Rakyat Malaysia yg prihatin membantu mencari pesawat MH370 mengikut kaedah raja bomoh...

Kali ini pakai tikar terbang pula. Ini mesti masih kecik suka tonton filem P. Ramlee Laksamana Do Re Me.

Ada orang kata salah RTM juga pasal tiap-tiap minggu tayang fiolem P. Ramlee yang sama je.



Kalauanda sedi, rasanya video dibawah boleh membuat anda gelak sampai sakit perut. Lihat bagaimana Bomoh gila buat orang jadi bodoh!


 

MH370: Mayat ditemui di Selat Melaka bukan penumpang pesawat yang hilang
Posted on Wednesday, March 12 @ 22:55:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR: Mayat yang dilaporkan ditemui di perairan Selat Melaka pada awal hari ini disahkan bukan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada Sabtu lalu.

Polis Indonesia mengesahkan mayat itu sebagai Abdi Sasmita, 54 tahun, warga Desa Bangun Sari di Deli Serdang, Sumatera Utara.



Lelaki itu disahkan seorang pemancing yang hilang di perairan dekat Pantai Kuala Aceh, pada petang Ahad.

"Berdasarkan laporan, dia terjatuh setelah kapal yang dia tumpangi bersama tiga orang lainnya dihentam ombak," kata pegawai polis Indonesia seperti dipetik oleh laman web berita Merdeka.com.

Mayat itu dibawa ke Pelabuhan Ujung Bom, Tanjung Tiram, Batubara sebelum dipindahkan ke hospital.

Sementara itu, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan tiada mayat ditemui setakat ini.

Menjawab soalan wartawan ketika sidang media itu, Hishammuddin menegaskan tidak ada sebarang mayat ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 setakat ini.

"Tidak ada mayat yang boleh dikaitkan dengan penumpang MH370 ditemui setakat ini," katanya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.

Hishammuddin juga mengesahkan sebuah objek berupa rakit yang ditemui sekumpulan nelayan di Port Dickson tiada kaitan dengan pesawat MH370.

Katanya, sehingga kini tiada sebarang petunjuk yang ditemui boleh dikaitkan dengan pesawat Boeing 777-200 milik MAS.

Malah, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga hari ini menegaskan pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370. 


PDRM Nafi Ubahsuai Gambar Dua Individu Misteri
Posted on Wednesday, March 12 @ 22:53:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



suspek

Asmawati menunjukan gambar dua penumpang yang menaiki penerbangan MAS MH370 menggunakan pasport palsu selepas sidang media di KLIA pada Selasa. – fotoBERNAMA
SEPANG: Bukit Aman menafikan Polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri yang menaiki pesawat MAS MH370.


Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata gambar-gambar itu diambil menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Kami tidak mengubahsuai gambar tersebut. Apa yang berlaku adalah dua gambar itu dikepilkan bersama tetapi bahagian bawah gambar suspek kedua tercabut.
“Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Asmawati mengulas mengenai dakwaan di media sosial bahawa polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri itu kerana kedua-dua suspek muncul dengan seluar dan kaki yang sama.
“Kedua-dua foto sah. Pertindihan tidak mengubah hakikat bahawa muka kedua-dua lelaki itu jelas kelihatan,” katanya.
Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa polis telah mengenal pasti salah seorang individu misteri sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19.
Beliau percaya lelaki tersebut menuju ke Frankfurt, Jerman dan tiada kaitan dengan pengganas.
Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata Interpol mengenalpasti individu kedua sebagai warga Iran, Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. -Mstar.

 Tragedi MH370: "Saya Rasa Teruja Di KLIA" - Pouria Nour Pemilik Passport Palsu
Posted on Wednesday, March 12 @ 22:48:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






Petaling Jaya : Sembilan belas tahun Pouria Nour Mohammad Mehrdad yang diidentifikasi sebagai salah satu dari dua orang yang bepergian pada MH370 dengan paspor curian , dalam posting Facebook terakhirnya mengatakan bahwa ia ' merasa bersemangat ' .

Pouria bersama dengan 29 tahun Delavar Syed Mohammad Reza ( pria lain yang diidentifikasi dengan paspor curian ) , keduanya diyakini menuju ke Eropa untuk memulai hidup baru di sana

Pouria telah naik MH370 menuju Beijing pada hari Sabtu dan dari sana merencanakan untuk melakukan perjalanan ke Frankfurt , Jerman di mana ibunya tinggal , tapi menghilang satu jam setelah pesawat jet lepas landas dari Kuala Lumpur .

Interpol baru ini merilis kedua gambar Pouria dan Delavar sebagai individu bepergian dengan paspor curian .
Seorang pejabat Interpol mengatakan, para pria pergi ke Malaysia dengan paspor Iran dan hanya diubah menjadi paspor dicuri untuk leg pertama perjalanan mereka ke Eropa .
Semua kemungkinan dari individu-individu yang terhubung ke terorisme telah dikesampingkan .
Menurut Time, remaja tahu bahwa ia berisiko meninggalkan Iran dan meminta teman-temannya untuk berdoa untuk keselamatannya .
Timeline Facebook menunjukkan bahwa ia tiba di KL pada Feb28 dan bersemangat tentang hal itu .
Menurut news.com , pada 24 Februari ia diposting pesan samar mengungkapkan ia berencana untuk menonaktifkan account-nya , dan kemudian mengungkapkan ia tidak berencana untuk kembali ke Iran .
Beberapa tidak menyadari ia bahkan telah meninggalkan Iran sampai ia diposting foto dirinya di Kuala Lumpur dan telah mengungkapkan " Terima kasih kepada semua orang yang mendoakan saya , saya aman. "
Menyusul insiden MH370 , beberapa 137 pesan yang tersisa di bagian komentar , berdoa untuk keselamatan dan meminta dia untuk kembali ke rumah .
Facebook pengguna , Lau Crypto kata ' HELLO saya tidak tahu Anda , tetapi saya tahu itu membutuhkan banyak keberanian untuk fleed Iran dan membangun kehidupan somewere lain , AKU BERHARAP pesawat Anda aman somewere dan bahwa Anda dapat menjalani hidup Anda bagaimana Anda ingin mengurus berdoa topi Anda dan semua yang lain aman !
Navaz Karimian Tuang , diyakini ibunya , diposting ' Kembalilah ke rumah aman. Ibumu yang menunggu untuk Anda ' sementara Wendy Bligh mengatakan ' Sebagai seorang ibu pikiran dan prayes saya dengan Anda . Semoga Anda dan penumpang lain dan kru di pesawat Malaysia 370 , ditemukan aman dan dapat perjalanan Anda terus menemukan diri Anda aman pada ibu lengan lagi , doa dan pikiran untuk ibumu dari saya di Australia ' Sumber 






Tanda tanya mengapa telefon bimbit penumpang MH370 masih BERDERING?
Posted on Wednesday, March 12 @ 22:51:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Telefon sesetengah penumpang dan anak kapal dilaporkan masih berdering ketika dihubungi, sekaligus memarakkan teori bahawa terdapat konspirasi di sebalik kehilangan pesawat MH370.
Pengarah Komersial MAS, Hugh Dunleavy dilaporkan memberitahu The Strait Times, syarikat dapat mendengar deringan ketika menghubungi telefon bimbit anak kapal selepas kejadian namun panggilan tersebut tidak disambut.


Nombor berkenaan dikatakan telah diberikan kepada pihak berkuasa China untuk tujuan siasatan.
Dalam pada itu, sebuah laman web China turut menyokong dakwaan ini apabila memaparkan pengalaman 19 keluarga yang menyatakan mereka dapat mendengar bunyi deringan ketika menghubungi nombor telefon waris mereka yang menaiki pesawat MH370.
Justeru, anggota keluarga terbabit dikatakan meminta penjelasan sebenar daripada pihak penerbangan yang disangka mereka tidak memberitahu situasi sebenar.
Mereka turut mendakwa, anggota keluarga mereka yang hilang bersama pesawat turut dilihat masih ‘online’ di laman perkhidmatan mesej segera QQ.

Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat MH370 sentiasa mendapatkan update terbaru dari media massa.
Susulan itu, keluarga terlibat dikatakan keliru dan menganggap tidak susah untuk mengenalpasti lokasi pesawat jika kedudukan signal telefon bimbit ini diambil kira.
Bagaimanapun, kesemua deringan dan signal online daripada telefon bimbit dikatakan mulai hilang sejak Isnin lalu sekaligus meninggalkan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 kian tertekan dan keliru.
Adakah bateri telefon bimbit sudah habis? Atau ia dimusnahkan air masin? Atau mungkinkah ini isyarat biasa yang disebabkan oleh server Internet? Atau pesawat masih ada di satu lokasi setelah dirampas pihak tertentu?
Satu dunia masih menanti jawapannya…  - MyNewsHub

Doakan Yang Terbaik Buat MH370 - Chong Wei
Posted on Wednesday, March 12 @ 22:50:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





SEPANG: Juara All England 2014, Datuk Lee Chong Wei mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya bersama-sama berdoa yang terbaik kepada penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, sejak Sabtu lepas.


Chong Wei yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya dari London, berkata beliau tetap mengikuti perkembangan terkini berhubung insiden itu ketika menghadapi kejohanan berkenaan menerusi media antarabangsa.

"Mari kita berdoa untuk MH370 dan kesemua penumpang dan kru supaya tiada masalah," katanya.

Pada Sabtu lepas, pesawat Boeing 777-200er dari Kuala Lumpur ke Beijing itu dilapor hilang dari radar kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi, Sabtu.

Chong Wei merampas gelaran juara All England 2014 selepas menewaskan musuh tradisinya Chen Long dari China pada final di National Indoor Arena, Birmingham, England, pada pagi Isnin dengan kemenangan straight set 21-13 dan 21-18.

Ia merupakan kemenangan ketiganya selepas pernah meraih kejuaraan itu pada tahun 2010 dan 2011. 


 


 MH370: Perancis buka kertas siasatan kemungkinan 'pembunuhan'
Posted on Wednesday, March 12 @ 22:44:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR: Pendakwa raya Perancis telah membuka kertas siasatan kehakiman pada Selasa untuk menyiasat kemungkinan ‘pembunuhan’ ekoran kehilangan empat warganegara itu bersama pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Sabtu lepas.

Menurut laporan awal AFP, ini adalah amalan biasa negara itu.



Ketua Media Kedutaan Perancis di Malaysia, Damien Syed mengesahkan laporan itu dan berkata ianya hanyalah sisatan awal.

"Ia adalah sangat biasa bagi Perancis untuk berbuat demikian. Setiap kali seorang warganegara Perancis maut di luar negara, pendakwa raya Perancis biasanya akan membuka kertas siasatan awal untuk menyelidik  mereka, " katanya.

Peguam Malaysia, Datuk Mohd Haziq Pillay pula berkata siasatan kehakiman itu terlalu awal kerana setakat ini tidak ada bukti mengenai apa yang berlaku kepada MH370.

"Saya tidak menentang siasatan kehakiman, namun pendakwa raya Perancis perlu sedar bahawa kita sedang melalui masa yang sukar sekarang, dan mereka tidak seharusnya membuat spekulasi ," katanya kepada Astro AWANI.

Beliau berkata perlu ada dua syarat untuk siasatan kehakiman kemungkinan ‘pembunuhan’ iaitu perlu ada kematian dan pihak Perancis harus membuktikan kecuaian yang membawa kepada terhempasnya pesawat tersebut.

Mohd Haziq turut merasakan bahawa sekiranya siasatan itu diteruskan, ia akan menjatuhkan nama Malaysia dan peranan yang dimainkan olehnya di persada anatarabangsa.

Sementara itu, peguam Syariah Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir berkata siasatan itu tidak masuk akal kerana perlu ada bukti jenayah dan pada ketika ini, ia tidak wajar untuk menuduh mana-mana pihak.

Nizam berkata apa-apa siasatan yang dilakukan oleh mereka akan bertentangan dengan pihak lapangan terbang.

Semalam, Pihak Polis Antarabangsa (Interpol) menolak kemungkinan keganasan di dalam kejadian ini.
Empat penumpang Perancis yang dikenal pasti adalah Laurence Wattrelos, 52, dan anak-anaknya Hadrien, 17 dan Ambre, 14 serta teman wanita Hadrien, Zhao Yan, 18.

ASTRO AWANI

Wednesday, March 12, 2014


MH 370 Diberitakan Mendarat di Nanning - Mari baca bukti-bukti wujudnya konspirasi

Received by email

Ini adalah tulisan tentang satu teori konspirasi berkaitan kehilangan yang cukup meyakinkan gua. Apatah lagi sebahagian mereka yang hilang adalah jurutera senjata yang turut terlibat dalam projek menjadikan kapalterbang bebas daripada dikesan radar.

Segala pencerahan yang dibuat sangat logik dan berlandaskan fakta. Pembacaan tuan-tuan dan puan-puan kali ini tidak akan sia-sia.

1) adakah MAS merahsiakan perbualan antara perisik XXX dengan menara kawalan kepada kerajaan, rakyat malaysia dan seluruh dunia? kenapa nak rahsiakan?? adakah takut sebab kawalan keselamatan terlalu longgar? kenapa setelah sejam lebih pesawat hilang dari radar, tapi mereka masih lagi berkomunikasi dengan pesawat?? apa isi perbualan mereka??

2) radar untuk tujuan komersial tidak secanggih seperti untuk tujuan ketenteraan.. maka radar jammer dari pasar gelap sudah memadai untuk "menghilangkan" pesawat dari radar di menar kawalan subang

3) setelah "menghilangkan" pesawat dari radar, pesawat patah balik untuk ke destinasi XXX (destinasi ini saya tidak pasti di mana), pesawat terus berlegar di ruang udara malaysia, iaitu di kawasan banjaran titiwangsa selama sejam lebih sambil masih lagi "berunding" dengan menara kawalan..

4) kenapa pertahanan malaysia tidak dapat kesan pesawat itu ketika berlegar di udara banjaran titiwangsa? kerana di situ pertahanan udara kita paling lemah..

5) rundingan dengan menara kawalan gagal setelah 2 jam lebih.. perisik XXX putuskan hubungan dengan menara kawalan di subang.. perisik XXX terus menerbangkan pesawat ke lokasi XXX

6) saya gunakan istilah "perisik" kerana hijacker ini bukannya pengganas, tapi seorang perisik dari negara XXX (antara kuasa besar dunia).. sebab itulah sehingga sekarang tiada pengakuan dan tuntutan di media massa.. semua rundingan adalah secara tertutup antara pemimpin negara kuasa besar..

7) ketika pesawat bergerak ke lokasi XXX, perisik tiba-tiba menukar laluan, dan pesawat didapati terbang di selat melaka, menuju ke utara (thailand).. ketika ini, radar pertahanan udara malaysia dapat mengesan kehadiran pesawat asing ini (kerana pertahanan udara malaysia di selat melaka adalah lebih baik dari di pantai timur dan banjaran titiwangsa)..

8) tetapi pihak pertahanan masih lagi clueless tentang rampasan ini, kerana pihak menara kawalan TIDAK PERNAH MEMAKLUMKAN KEPADA KERAJAAN DAN KEMENTERIAN PERTAHAAN

9) pesawat terus menuju ke thailand.. thailand dapat tahu dan terus memaklumkan kepada seluruh ketenteraan mereka, termasuk pangkalan udara milik amerika di thailand (lokasi rahsia)

10) ketika pihak thailand cuba menghubungi pesawat MAS tersebut, perisik XXX cuba menipu dengan mengatakan pesawat mereka tersesat..jet amerika cuba intercept dan tembak pesawat, tetapi perisik XXX cuba berunding dengan amerika dn thailand

11) ketika rundingan di nanning, kerajaan malaysia TIDAK TAHU MENAHU pasal ini.. rundingan hanyalah melalui negara XXX, YYY, ZZZ dan mungkin beberapa negara lain

12) pihak MAS baru maklumkan kepada umum pesawat MH370 hilang setelah benar-benar pesawat itu disahkan tidak mendarat di beijing (jam 7 pagi lebih).. kenapa lambat sangat nak sahkan MAS?? kamu ingat perampas itu main-main ke??

13) ketika ini barulah kerajaan malaysia maklum dan seluruh dunia gempar dengan berita ini.. akibat kurangnya maklumat dari pihak MAS (pesawat tiba-tiba hilang, tak ada sebarang petanda) maka kerajaan mulakan SAR agak lambat..

14) saya tidak pasti sampai bila baru pemimpin negara malaysia dimaklumkan perkara sebenar oleh negara XXX,YYY dan ZZZ.. DS Najib cuma mengikut arahaan dari negara XXX, YYY, dan ZZZ untuk kumpul keluarga mangsa, cari di situ, cari di sini, buat itu buat ini.. tapi rasanya sekarang mereka sudah dimaklumkan..

15)TIADA APA-APA YANG BERLAKU DI LAUT CINA SELATAN.. tiada.. semua penemuan kononnya debris, tompokan minyak, claim dari navy negara XYZ kononnya dah jumpa bangkai dll adalah..... saya tidak pasti dan tidak berani nak buat andaian.. yang pasti negara2 kuasa besar dah hantar armada ketenteraan mereka di kawasan yang kononnya tempat pesawat terhempas

16) malaysia serta negara lain yang "tak tahu apa-apa" meneruskan usaha mencari.. ketenteraan kita BARU PERASAN mereka pernah kesan satu pesawat asing di selat melaka (adakah saya yang ingatkan mereka hahahaha) maka mereka terus membuat pencarian di selat melaka, kerana andaian mereka di situlah kali terakhir malaysia mengesan pesawat itu

17) ketika jet amerika hampir memintas pesawat MAS di thailand, perisik XXX berunding dengan negara amerika agar "melepaskan" pesawat itu dan memaklumkan pesawat itu adalah pesawat komersial dan mengandugi 200 lebih penumpang 19) amerika bersetuju, mungkin ada yang pelik mengapa USA boleh bersetuju dengan mudah.. ini kerana perisik itu BUKANNYA PENGGANAS tetapi dari negara XXX.. pihak amerika memaklumkan kejadian ini kepada negara XXX, dan negara XXX mengesahkannya..pada mulanya amerika demand pesawat itu mendarat di thailand, tetapi akhirnya terpaksa akur permintaan perisik XXX untuk mendarat di nanning.. kenapa nanning?? saya belum mahu hurai lebih lanjut..

18) dipendekkan cerita, ketika mendarat di nanning, sepatutnya pendaratan MH370 di nanning dirahsiakan, tetapi terbocor juga oleh beberapa orang pegawai lapangan terbang yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang pendaratan cemas ini serta MISI RAHSIA negara XXX.. akhirnya cerita pendaratan pesawat MH370 di nanning berjaya diputarbelitkan sebagai hoax

19) apa isi rundingan?? mengelakkan PERANG DUNIA KETIGA

20) ketika rundingan, negara XXX mengugut untuk melancarkan perang dunia ketiga seandainya misi mereka ini dibocorkan.. negara YYY, ZZZ dan beberapa negara lain (saya yakin malaysia tidak terlibat dalam rundingan ini) terpaksa bersetuju

21) jadi, apakah sebenarnya tujuan pesawat itu dihijack?? sebenarnya hijack itu hanyalah backup plan dari perisik XXX seandainya identiti dan operasi beliau berjaya dikesan oleh perisik dari negara lain yang turut sama berada di dalam pesawat tersebut.. semalam saya ada dedahkan salah satu nombor passport perisik iaitu YA3189197, nama pemilik passport ini ialah luigi miraldi, tetapi didapati passport ini adalah passport curi (cepat sungguh negara mereka tutup cerita)

22) saya ada terbaca berita dari china, di mana ahli keluarga cuba hubungi telefon bimbit salah seorang penumpang pesawat, dan berjaya, tetapi tidak diangkat atau disahut.. ya, memang la, sebab pihak negara XXX lupa nak off henset mamat tu setelah dirampas..

23) (imaginasi saya sahaja) - pada mulanya, pihak yang berunding berusaha untuk cari jalan untuk tutup cerita rampasan ini untuk kepentingan bersama.. mereka cuba membawa ahli keluarga terdekat penumpang untuk berunding di satu tempat rahsia (kemungkinan di nanning).. antaranya, mungkin penumpang yang terlibat terpaksa dipalsukan kematian mereka, dan pihak yang berunding akan cuba untuk membuat seolah-olah pesawat itu benar-benar telah terhempas, tetapi banyak kali kantoi.. banyak kali mereka terpaksa trik balik statement..

24) insyaAllah, sama-sama kita doakan mereka semua masih hidup Mmg dr awal kes hijack Sebab Ukraine dgn Russia tgh berperang Dlm pesawat tu ada 2 org Ukraine, seorg Russian Pengaruh cina dperlukan russia TERKINI ... Ada beberapa aspek berbangkit dlm isu MH370 ...
1) 2 pasport hilang berprofile tinggi dlm bidang askar/ ketenteraan.
2) 4 org China yg mempunyai kepakaran dlm bidang kimia and biologi expert di dalam pesawat.
3) 27 anak Malaysia yg berada di dalam pesawat adalah dari syarikat motorola yg expert dlm it and communication.
4) Boeing 777 sebelum bertolak ke beijing baru kembali dari Pakistan.
5) Pasport 2 org yg hilang tidak di report pada interpol.
6) Semua negara besar telah menghulurkan bantuan kecuali Russia.
7) Boeing 777 boleh terbang lebih dari 11 jam dan boleh sampai di negara lain kerana perjalanan 777 adalah pada waktu malam yg tidak dpt dijangkau ...
8) ID Patrik Gomez perlu dikaji dgn lebih terperinci.
9) MH 370 telah pun dihijack kerana laut sedalam 3km jika crash signal dca masih dapat dikesan.
10) 4 Bilionair China berada di dalam flight tersebut.-bolehland




Thursday, 13 March 2014


AMARAN KERAS SUDAH DI KELUARKAN TERHADAP RAJA BOMOH SEDUNIA .. LAGI SEKALI DIA BUAT HAL DI KLIA, PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) AKAN BERTINDAK!!!


Akhirnya setelah diserang bertubi-tubi tanpa henti oleh rakyat atas gelagat yang memalukan Agama, Bangsa dan Negara oleh seorang individu yang mengaku dirinya seorang Raja Bomoh Sedunia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak jika dia cuba buat hal lagi.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jais, Hardi Mohd Sadali, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.

Katanya, pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang itu.

Pasukan penguatkuasa Jais yang tiba kira-kira 9.20 malam, dilihat menunggu kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum dilihat meninggalkan tempat itu pada jam 10.15 malam.

Tengah hari tadi, Ibrahim yang mendakwa dirinya sebagai "Raja Bomoh", melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Pada Isnin lalu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.
Hardi berkata, jika Ibrahim terus melakukan ritual itu di KLIA, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

"Kita akan nasihat beliau supaya tidak melakukan ritual seperti yang dilakukan sebelum  ini. Jika dia (Ibrahim) masih berdegil, kita akan ambil tindakan," katanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.


12 Mac 2014

TERKINI ! VIETNAM HENTIKAN OPERASI MENCARI & MENYELAMAT MH370 KERANA MAKLUMAT DARI KERAJAAN MALAYSIA LEMBAB...

Terkini; Vietnam hentikan operasi mencari & menyelamat MH370. Alasan, maklumat kerajaan M'sia kurang jelas. #MH370 pic.twitter.com/9fVllyMDCe

Pencarian kini di barat laut, Vietnam dakwa Malaysia arah MH370 patah balik


Vietnam hari ini mendedahkan bahawa ia nampak pesawat MH370 berpusing balik ke arah barat pada Sabtu lalu dan memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia pada hari sama tetapi tidak menerima sebarang maklum balas.

Pendedahan itu dibuat kerana pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu kini beralih ke arah barat laut menuju Laut Andaman hari ini, jauh daripada laluan yang ditetapkan untuk kapal terbang itu.

“Kami beritahu Malaysia pada hari kami terputus hubungan dengan pesawat itu bahawa kami nampak pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat tetapi Malaysia tidak menjawab,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu yang dipetik oleh AFP hari ini.



“Kami bertanya kepada pihak berkuasa Malaysia sebanyak dua kali, tetapi mereka tidak menjawab soalan kami,” kata Tieu ketika ditanya mengenai laporan media bahawa pesawat itu dikesan melintasi Selat Melaka.

Vietnam hari ini mengurangkan usahanya mengesan pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, di Laut China Selatan di mana kapal terbang itu kali terakhir berkomunikasi ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.


LAGI BERITA......

Kelemahan Pentadbiran Najib tangani krisis MH370 dikutuk media Antarabangsa..



Ketidakselarasan dan ketidakcekapan dalam mengendalikan insiden kehilangan pesawat MH370 menunjukkan bahawa lebih 50 tahun mengamalkan kawalan ketat ke atas maklumat adalah tidak sesuai bagi Malaysia dalam mengendalikan krisis yang kini sedang diikuti seluruh dunia, lapor Bloomberg hari ini.

Ia berkata, China mengesa Malaysia supaya lebih telus dengan “tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadikan sepupunya, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, individu bertanggungjawab terhadap siasatan” mengapa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac.


Pesawat Boeing 777- 200ER dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 orang penumpang apabila ia hilang. Penyiasat dari sekurang-kurangnya sembilan negara masih berusaha mencarinya.

"Mereka mengendalikan isu global yang besar seolah-olah ia adalah politik domestik," kata Prof Emeritus Clive Kessler, ahli Sosiologi dan Antropologi di University of New South Wales di Sydney, yang menganalisis politik negara selama setengah abad .

“Dengan punca kehilangan masih tidak diketahui anda boleh memahami keperluan mengekalkan budi bicara dan sikap berhati-hati tetapi ia dilihat sebagai usaha menyembunyikan kebenaran sama ada di Malaysia dan tempat lain di rantau."

"Pentadbiran Najib sedang menghantar mesej rakyat harus membiarkan ‘kerajaan memberitahu mereka apa yang mereka perlu tahu, bila mereka perlu tahu, dan bukan sebelum itu’,” kata Kessler ~ The Malaysian Insider..

MH370, Ungkapan terakhir juruterbang dah bertukar lagi!

Lagi percanggahan yang berlaku.

Hari ini Astro Awani melaporkan ungkapan terakhir yang didengari daripada pesawat MH370 yang hilang adalah "Alright, goodnight" atau “baiklah, selamat malam.”

Ia disahkan oleh Duta Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin.

Ungkapan itu adalah respon kepada para pengawal kawalan trafik udara Malaysia selepas mereka memaklumkan bahagian kokpit bahawa pesawat sedang memasuki ruang udara Vietnam dan para pengawal kawalan trafik udara Ho Chi Minh akan mengambil alih.

Laporan Sinar Harian sebelum ini yang memetik kenyataan penolong pengarah NATCC, Siti Sarah Lebai Abu menyebut, juruterbang memaklumkan “OK roger, good day,” sebelum radar kedudukan pesawat tersebut gagal dikesan.

"Ketika mahu menyerahkan (kawalan udara) kepada Ho Chi Minh, saya memaklumkan kod talian kepada juruterbang terbabit (Kapten Zaharie Ahmad Shah), beliau memberi respons yang baik.

"'OK roger, good day (Baik. Sekian, terima kasih)', itulah kata-kata terakhir yang diberikan kepada kami di sini sebelum rada kedudukan pesawat itu gagal dikesan selepas memasuki zon (kepulauan) Igari."

Tiada ulasan: