Wednesday, 12 March 2014
FENOMENA MENGGUNAKAN BULUH UNTUK MELIHAT PERKARA GHAIB SUDAH MELANDA NEGARA!!!
Kerja dan gaya seorang individu mengaku diri sebagai Raja Bomoh VVIP Sedunia memperkenalkan "kemahiran" luar biasanya untuk menelik dimana lokasi pesawat MH370 yang hilang menggunakan dua batang buluh dan bubu telah dijadikan bahan kutukan, sindiran, mainan dan gurau senda oleh rakyat jelata.
Bukan saja kritikan dan sindiran datrang dari warga dewesa, kanak-kanak yang belum akil baliq pun dah pandai menyindir.
Kerja yang dilabelkan oleh mantan Mufti Perlis sebagai kerja bodoh, kurafat dan tahyul syirik.
Peliknya masih juga ada yang percaya akan apa yang diperkatakan oleh mamat bomoh ini .. Pesawat MH370 masih tergantung diawang-awang terperangkap.
Nampaknya kerja memperbodohkan rakyat bukan saja datang dari pimpinan kerajaan malahan sudah melarat kepada individu yang mendabik dada menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia.
Video kempen Umno di Kajang yang buatkan Rafizi gelak sakan!
Semangat Ultraman yang diharamkan KDN sebelum ini!!
10:16AM - 12 Mar 2014
Azizah: 'Langkah Kajang' masih hidup
"Langkah Kajang" masih hidup dan bakal
merintis jalan ke Putrajaya kata calon pilihan raya kecil (PRK) PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam temubual bersama Malaysiakini Wan Azizah berkata walaupun Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertanding, kehadiran beliau sebagai 'konduit' atau saluran perhubungan bagi memastikan pentadbiran Selangor ditingkatkan.
Menurut beliau penglibatan sebagai ahli dewan undangan negeri akan menguatkan keupayaan beliau sebagai presiden parti kerana mampu berurusan terus dengan kerajaan negeri Selangor.
"Tentunya (Langkah Kajang) masih hidup. Bukan (siapa pegang) jawatan yang kita perkatakan tetapi pentadbirannya.
"Sekarang saya mahu berada di dalam kerana saya bertindak sebagai 'konduit'. Banyak kajian tunjukkan pemimpin wanita lebih pandai berunding," kata beliau.
Wan Azizah yang juga presiden PKR bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada beliau akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor setelah menang 23 Mac depan.
"Tentunya (jawatan MB) bukan sesuatu yang saya cari tetapi saya mahu berkhidmat untuk rakyat.
“Saya bukan kira kedudukan sebab kedudukan itu amanah dan kalaulah kita nak fikirkan penambahbaikan Selangor dengan Tan Sri Khalid, dengan Anwar, juga parti PAS, DAP dan PKR di akar umbi kita akan gemblengkan tenaga begitu supaya bagi satu tarikan untuk dapat sokongan ke Putrajaya," kata beliau.
Wan Azizah turut menafikan terdapat beberapa pasukan dalam PKR yang cuba mempengaruhi keputusan kerajaan negeri contohnya pengambilalihan perkhidmatan air.
Beliau berkata semua pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat tela hpun bersetuju berdiri di belakang Khalid bagi memastikan rakyat mendapat manfaat setelah pengambilalihan industri air dari syarikat swasta berlaku di negeri itu.
"Sebenarnya saya fikir ia hanya salah faham yang berlaku dan sekarang kita telah bersatu dan menyokong Tan Sri Khalid dan langkah kerajaan negeri untuk membantu rakyat Selangor," kata beliau.
PKR memilih Wan Azizah menggantinya Anwar, yang juga suaminya, yang hilang kelayakan bertanding selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara ekoran pertuduhan meliwat.
Wan Azizah akan menentang calon MCA Chew Mei Fun. Kempen 11 hari bermula semalam dan pembuangan undi akan dilakukan 23 Mac depan.
Nanti kata mereka ini otak lembu bunyi agak kasar dan sudah pasti mereka terasa sakit milu terguris hati .... tetapi itu pun yang layak dipanggil apabila sekemupulan Pemuda UMNO yang dikepalai oleh Panglima Ludah Beracun Negara Armad Azha yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia telah mengwujudkan suatu kumpulan yang diberi nama Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Punyalah nampak tidak berakal dan cerdiknya mamat-mamat ini ... dia ingat yang bertanding sebagai calon KEADILAN/PR di DUN N25 Kajang ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan bukannya Datin Seri Wan Azizah Ismail.
Siap dengan megah dan kembang dada memakai Baju T warna hitam tertera ayat di baju berkenaan dengan ayat " KAJANG MALI TOLAK ANWAR"
Sebelum itu tunjuk pergerakkan kuntau silat pulut konon nak kasi gentar para penyokong PR.
Inilah dinamakan bodoh langsung tidak boleh dibuat kawan dan rakan perjuangan... betul-betul bikin malu kompeni.
Mereka ingat maksud pilihanraya kecil ialah tunjuk pencak dan pergerakan seni pertahankan diri dan bukannya mengajak rakyat keluar mengundi.
KOTA BHARU:
Empat bulan selepas kerajaan BN membentangkan Akta Darurat di Dewan
Rakyat, pilihan raya negeri Kelantan diadakan pada 11 Mac 1978 sehingga
membawa tumbangnya kerajaan PAS.
“Ketika darurat ada bangsal polis dibakar, bakar tayar dan macam-macam lagi, kemudian kerajaan BN isytihar Mageran di Kelantan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pada 19 Oktober 1977 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn membentangkan Akta Darurat di Dewan Rakyat biar pun mendapat bantahan wakil-wakil rakyat PAS dan DAP.
Perintah di bawah Mageran di Kelantan diisytiharkan pada 8 November 1977, kemudian pada 11 Mac 1978 diadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi menjatuhkan kerajaan PAS yang berkuasa sejak 1959.
Mursyidul Am PAS itu berkata, Mageran adalah peraturan jahat yang dibuat pemimpin Umno selepas mereka berjaya mencetus perbalahan dalaman PAS.
“Maka tidak hairanlah situasi serupa yang pernah berlaku itu boleh berulang semula di Kelantan selepas bekas Perdana Menteri, Tun Mahatir Mohamad menghantar surat memberi amaran supaya tidak dilaksanakan hudud di Kelantan.
“Terlintas di fikiran saya mereka akan membuat Mageran sekali lagi sekiranya kita berkeras juga melaksanakan hudud,” ujarnya yang juga mantan Menteri Besar.
Bagaimanapun kata beliau, biar pun tidak dapat dilaksanakan hukum hudud di Kelantan, namun perkara-perkara lain yang selaras dengan syariat telah dilaksanakan.
“Saya mengunakan konsep Islam iaitu kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua. Alhamdulillah kita dapat membuat banyak program berteras agama.
“Ini bukan projek material tetapi projek minda untuk melahirkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.
Antaranya cuti mingguan dua hari seminggu, cuti bersalin dua bulan, skim Al-Ziwaaj, Takaful Kifaalah, beras al Itaam, dividen bulanan Ladang Rakyat dan banyak lagi.

Azizah nasihat Khairy supaya hormat orang tua
pada 12-03-2014 09:03 Ditulis Oleh Shuhainiza Said
KAJANG: Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy
Jamaluddin agar lebih menghormati orang yang lebih tua dan berhati-hati
dalam membuat kenyataan.
Sebagai seorang pemimpin yang berkelulusan luar negara, Khairy perlu
lebih bersikap matang dan rasional seiring dengan kedudukannya sebagai
pemimpin negara, kata Azizah.
"Kalau pun dikatakan Khairy Jamaluddin, jangan kasihankan Wan Azizah, dia boneka dan patung Anwar.
"Tolong hormat orang tua. Anda (Khairy) dah diberikan ganjaran yang
baik, dapat belajar di luar negeri, tolonglah ada sedikit hormat
terhadap orang yang tertindas. Tak pernahkah kamu rasa derita.
"Kalau orang menderita kamu pula tidak sedikit pun mempunyai rasa,
apakah ini dikatakan pemimpin anak muda yang tidak merasa derita
rakyat," katanya di hadapan kira-kira 150 penduduk di Taman Koperasi
Cuepacs, di sini, malam tadi.
Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan sewaktu berucap dalam Majlis
Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian, semalam mendakwa
Azizah hanyalah 'boneka' dalam permainan politik yang dicipta partinya.
Ahli Parlimen Rembau itu turut mengingatkan pengundi Kajang khususnya
anak muda agar tidak terperangkap dengan usaha Pakatan Rakyat untuk
'menagih simpati' pengundi dalam PRK DUN tersebut, 23 Mac ini.
Azizah diletakkan sebagai calon PKR baru menggantikan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas suaminya itu dijatuhkan
hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan yang didapati bersalah
kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun
lalu.
Peletakan Azizah sebagai calon pengganti dilihat pelbagai pihak,
termasuk penganalisis politik, sebagai usaha PKR untuk meraih 'undi
simpati' di atas kejadian yang berlaku ke atas Anwar.
Azizah, sebelum ini membuktikan beliau mampu mencetus gelombang kebangkitan rakyat seperti apa yang berlaku pada 1998.
Ketika itu Anwar dihukum penjara kerana didapati meliwat bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar.
"Saya datang ini bukan untuk meraih simpati..bukan. Tetapi saya tahu
orang Kajang tidak bodoh, tidak buta melihat ketidak adilan berlaku.
Anda boleh tengok dan nilai untuk kita sama-sama fikirkan apa kita
sepatutnya buat,"ujar Azizah lagi.
Keputusan Mahkamah Rayuan terhadap Anwar minggu lalu itu dijadikan
bahan kempen Azizah, dengan menuduh ianya sebagai konspirasi Umno-BN
yang mempengaruhi institusi kehakiman bagi mengahalang Ketua Umum PKR
itu bertanding.
Malaysia Disaran Optimum Peranan Komuniti Politik - Keselamatan ASEAN
- Published on Wednesday, 12 March 2014 08:52
- Written by Nasrudin Hassan
Ekoran
daripada pelbagai spekulasi termasuk ancaman rampasan pesawat yang
tidak boleh diketepikan, saya menyarankan kepada kerajaan Malaysia untuk
mengoptimumkan peranan Komuniti Politik - Keselamatan ASEAN dalam
membantu menjejaki dan menyelamat kesemua anak kapal dan penumpang
pesawat MH 370.
Ini adalah masa yang terbaik untuk
Malaysia membentuk kerjasama dan meniup semangat setiakawan ASEAN yang
menjurus kepada konsep 'operationalized security cooperation' dikalangan
negara anggota. Setakat ini tidak semua anggota negara ASEAN turut
bersama dalam operasi ini.
Menurut perkembangan terkini, operasi
SAR telah diperluas ke kawasan Selat Melaka yang merupakan laluan
perdagangan paling sibuk dan perairan yang strategik di dunia. Oleh yang
demikian, negara-negara ASEAN boleh menunjukkan peningkatan kerjasama
dengan perkongsian sumber dan keupayaan dikalangan negara-negara
anggota.
Kemungkinan untuk mendapatkan kerjasama
semua negara anggota ASEAN itu ada memandangkan Malaysia telah mendapat
sokongan untuk menjadi calon wakil tidak tetap dalam Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2015 - 2016.
Nasrudin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh
AJK PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh
AJK PAS Pusat
Tuesday, 11 March 2014
RUPA-RUPANYA ADA KELOMPOK DALAM PEMUDA UMNO KETINGGALAN KERETAPI ... MEREKA INGATKAN CALON KEADILAN/PR PRK KAJANG IALAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM!!!!!
Nanti kata mereka ini otak lembu bunyi agak kasar dan sudah pasti mereka terasa sakit milu terguris hati .... tetapi itu pun yang layak dipanggil apabila sekemupulan Pemuda UMNO yang dikepalai oleh Panglima Ludah Beracun Negara Armad Azha yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia telah mengwujudkan suatu kumpulan yang diberi nama Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Punyalah nampak tidak berakal dan cerdiknya mamat-mamat ini ... dia ingat yang bertanding sebagai calon KEADILAN/PR di DUN N25 Kajang ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan bukannya Datin Seri Wan Azizah Ismail.
Siap dengan megah dan kembang dada memakai Baju T warna hitam tertera ayat di baju berkenaan dengan ayat " KAJANG MALI TOLAK ANWAR"
Sebelum itu tunjuk pergerakkan kuntau silat pulut konon nak kasi gentar para penyokong PR.
Inilah dinamakan bodoh langsung tidak boleh dibuat kawan dan rakan perjuangan... betul-betul bikin malu kompeni.
Mereka ingat maksud pilihanraya kecil ialah tunjuk pencak dan pergerakan seni pertahankan diri dan bukannya mengajak rakyat keluar mengundi.
BN guna darurat tumbang kerajaan Kelantan
- Mar 12, 2014
- RIZAL TAHIR
“Ketika darurat ada bangsal polis dibakar, bakar tayar dan macam-macam lagi, kemudian kerajaan BN isytihar Mageran di Kelantan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pada 19 Oktober 1977 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn membentangkan Akta Darurat di Dewan Rakyat biar pun mendapat bantahan wakil-wakil rakyat PAS dan DAP.
Perintah di bawah Mageran di Kelantan diisytiharkan pada 8 November 1977, kemudian pada 11 Mac 1978 diadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi menjatuhkan kerajaan PAS yang berkuasa sejak 1959.
Mursyidul Am PAS itu berkata, Mageran adalah peraturan jahat yang dibuat pemimpin Umno selepas mereka berjaya mencetus perbalahan dalaman PAS.
“Maka tidak hairanlah situasi serupa yang pernah berlaku itu boleh berulang semula di Kelantan selepas bekas Perdana Menteri, Tun Mahatir Mohamad menghantar surat memberi amaran supaya tidak dilaksanakan hudud di Kelantan.
“Terlintas di fikiran saya mereka akan membuat Mageran sekali lagi sekiranya kita berkeras juga melaksanakan hudud,” ujarnya yang juga mantan Menteri Besar.
Bagaimanapun kata beliau, biar pun tidak dapat dilaksanakan hukum hudud di Kelantan, namun perkara-perkara lain yang selaras dengan syariat telah dilaksanakan.
“Saya mengunakan konsep Islam iaitu kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua. Alhamdulillah kita dapat membuat banyak program berteras agama.
“Ini bukan projek material tetapi projek minda untuk melahirkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.
Antaranya cuti mingguan dua hari seminggu, cuti bersalin dua bulan, skim Al-Ziwaaj, Takaful Kifaalah, beras al Itaam, dividen bulanan Ladang Rakyat dan banyak lagi.
Pembantu juruterbang bergambar dengan pelancong: MAS terkejut laporan berita Australia
pada 12-03-2014 09:03
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) melahirkan rasa terkejutnya
berkaitan dakwaan yang dilempar terhadap pembantu juruterbang MH370,
Fariq Ab Hamid.
Menurut satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata MAS memandang serius terhadap dakwaan itu.
"Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar dan video berkenaan.
Seperti yang anda sedia maklum, kami sedang mengalami krisis dan tidak
mahu tumpuan kami dialih," katanya.
MAS turut menggesa media dan orang awam agar menghormati privasi
keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal penerbangan MH370 kerana
mereka berdepan masa yang sukar ketika ini.
"Kebajikan keluarga anak kapal dan penumpang kekal menjadi fokus kami.
Pada masa yang sama, keselamatan penumpang adalah perkara paling penting
bagi kami," kata MAS ketika mengulas dakwaan yang dimuat naik Channel 9
News dari rangkaian Televisyen Australia dalam laman sesawangnya
bertajuk 'Woman remembers cockpit fun with missing pilot' pada Selasa.
Fariq merupakan antara 12 anak kapal penerbangan MH370 yang hilang
ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam
berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada
12.41 pagi Sabtu.
Pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan