Khamis, 13 Mac 2014

MH370 17

KUALA LUMPUR: Maklumat baharu berkaitan rekod radar dalam operasi mencari dan menyelamat penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS), yang masuk hari kelima, mungkin membantu pakar serta pihak berkuasa terbabit merungkai misteri yang menyelubungi kehilangan pesawat itu.
  
Petunjuk terbaharu itu bagaimanapun terus mencetus pelbagai teori berhubung kehilangan pesawat Boeing 777-200ER yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal Sabtu lepas.
  
Pihak berkuasa Malaysia kini bekerjasama dengan pakar penerbangan antarabangsa meneliti kedua-dua rekod radar Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan militari berhubung laluan penerbangan MH370 sebelum pesawat itu hilang.
  
Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia bekerjasama dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat, Lembaga Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat dan Syarikat Boeing dalam meneliti rekod kedua-dua radar.
  
Beliau berkata radar DCA menunjukkan butiran bahawa terdapat pesawat yang terbang di ruang udara negara.

Radar militari pula, selain memaparkan plot yang mewakili sesebuah pesawat, turut merekod satu pergerakan yang kemudian hilang pada 2.15 pagi di kawasan 200 batu barat laut Pulau Pinang.
  
"Memandangkan terdapat perbezaan maklumat antara kedua-dua radar, kami kini cuba menentukan sama ada penerbangan yang ditunjuk dalam radar berkenaan ialah MH370," katanya.
  
Sementara itu, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Rodzali Daud Mohd Zin berkata kali terakhir isyarat pesawat itu hilang dari radar DCA ialah pada 1.30 pagi di utara pantai timur pada 8 Mac.
  
Beliau berkata radar militari turut mengesan sebuah pesawat yang didapati menuju ke kawasan pantai barat dari Laut China Selatan dipercayai mungkin penerbangan MH370 kerana radar berkenaan tidak dapat mengenal pasti pesawat itu.
  
Memandangkan maklumat berhubung laluan penerbangan pesawat agak kabur, pihak berkuasa memulakan operasi SAR di dua lokasi iaitu 120 batu nautika dari bahagian timur Kota Baharu dan Selat Melaka.
  
Malaysia turut memperluas kawasan pencarian MH370 kepada 27,000 batu nautika persegi di dua kawasan dengan memfokus di Selat Melaka dan Laut China Selatan.
  
 Pencarian di Selat Melaka meliputi 12,425 batu nautika persegi manakala di Laut China Selatan kira-kira 14,440 batu nautika persegi.
  
 Hishammuddin memberi jaminan bahawa pihak berkuasa yang berusaha sedaya upaya untuk mencari MH370.
    
Setakat ini, jumlah aset yang digerak dalam operasi SAR meningkat kepada 42 kapal laut dan 39 pesawat dengan disertai 12 negara, yang terbaharu ialah India, Japan serta Brunei. - Bernama
SEPANG: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lepas.
  
Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jais Hardi Mohd Sadali berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.
  
Pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang ini, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di Anjung Tinjau di sini malam tadi.
  
Sepasukan 15 pegawai dan anggota daripada JAIS melakukan pemantauan di Anjung Tinjau selepas mendapat maklumat seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, akan melakukan ritual kali kedua, malam tadi.
  
Pasukan penguat kuasa Jais yang tiba kira-kira 9.20 malam, dilihat menunggu kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum dilihat meninggalkan tempat itu pada 10.15 malam.

Tengah hari semalam, Ibrahim yang mendakwa "Raja Bomoh", melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji buah kelapa yang tidak diketahui fungsinya.
  
Pada Isnin lepas, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.
  
Hardi berkata jika Ibrahim terus melakukan ritual itu di KLIA, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
  
"Kita akan nasihat beliau supaya tidak melakukan ritual seperti yang dilakukan sebelum  ini. Jika dia (Ibrahim) masih berdegil, kita akan ambil tindakan," katanya.
  
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lepas, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
  
Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.
  
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama

Operasi cari pesawat terus buntu


HISHAMMUDDIN (tengah) menjawab soalan wartawan pada sidang media di Sepang semalam. Turut kelihatan ialah Zulkifeli (kiri) dan Azharuddin.


SEPANG - Hari ini genap enam hari pasukan menyelamat yang melibatkan 12 buah negara menyertai operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang pada Sabtu lalu namun belum ada tanda-tanda pesawat itu akan ditemui.
Operasi pencarian yang turut melibatkan Jepun, Brunei, India dan Amerika Syarikat serta membabitkan 42 buah kapal dan 39 pesawat kini meliputi 27,000 batu nautika iaitu 12,425 di Selat Melaka manakala 14,440 di Laut China Selatan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun pencarian itu belum ada perkembangan namun pihak berkuasa memberi jaminan tidak akan menghentikan operasi selagi pesawat tersebut tidak ditemui.
"Pihak berkuasa berjanji kepada setiap ahli keluarga penumpang yang kita tidak akan mengurangkan momentum dan usaha untuk mencari pesawat tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di pusat media di Hotel Sama-Sama di sini semalam.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md. Zin, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Tan Sri Rodzali Daud, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.
Pihak berkuasa, katanya, masih tetap pada fokus utama iaitu berusaha mencari pesawat dan kotak hitam bagi merungkai segala persoalan serta isu yang timbul sejak kehilangan kapal terbang tersebut.


MH370 hilang akibat poket udara



MOHD. OMAR melakarkan teori bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 ketika ditemui di USM, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Seorang pensyarah semalam mengemukakan satu teori baharu mengenai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menyatakan ia mungkin berpunca daripada fenomena super air pocket atau poket udara berskala luar biasa.
Pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Mohd. Omar Ab. Kadir memberitahu, terdapat kemungkinan pesawat tersebut telah menempuh fenomena poket udara luar biasa dan mungkin saiznya 10 kali ganda daripada poket udara biasa sehingga menyebabkan pesawat berkenaan gagal berfungsi.
Menurut beliau yang pernah bertugas sebagai pegawai penyelidik di US Naval Academy ketika melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat memberitahu, kejadian pesawat berkenaan yang gagal dikesan oleh radar adalah disebabkan oleh vakum yang wujud di dalam poket udara tersebut.
"Dalam keadaan vakum, sebarang bentuk isyarat serta gelombang tidak dapat berfungsi dan keadaan itu menyamai situasi yang dihadapi oleh pesawat MH370 kerana menara kawalan tidak menerima sebarang isyarat kecemasan semasa pesawat itu dilaporkan terputus hubungan pada pagi Sabtu lalu," katanya.
Mohd. Omar yang merupakan pemegang Sijil Pemprosesan Signal dan Getaran dari University of Southamton, England berkata, ketika pesawat itu melalui kawasan poket udara itu juga, ia telah jatuh dengan kelajuan 10 meter setiap saat atau kira-kira 900 kilometer sejam (km/j).
Jelas beliau, keadaan itu mungkin menyebabkan juruterbang dan penumpang di dalamnya mungkin tercampak atau melambung.
Ekoran kejadian itu, katanya, juruterbang dan pembantunya mungkin mengalami simptom tidak sedarkan diri sama ada disebabkan oleh pengsan ataupun telah meninggal dunia akibat komplikasi pada organ dalaman badan.


Kembalilah pada ladasan islam....
Like · · · 2 minutes ago ·

Siasat lelaki Uighur

Kuala Lumpur: Kepakaran seorang penumpang pesawat MH370 dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah membuat kajian mengenai simulasi penerbangan, mendorong pihak berkuasa memberi tumpuan untuk melakukan siasatan terhadapnya.
Menurut sumber, disebabkan kemahiran dimilikinya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan INTERPOL kini memberi lebih tumpuan kepada lelaki etnik Uighur berusia 35 tahun itu, berbanding penumpang lain.
“Kita tidak kata dia terbabit dengan pengganas, disyaki mensabotaj atau merampas pesawat itu, cuma lebih perhatian diberikan kepadanya disebabkan latar belakangnya yang dirasakan ada unsur penting yang perlu dilihat,” katanya.

Sumber itu berkata, semakan mendapati lelaki yang berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom itu kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti di
Turki.


FotoSEORANG lelaki yang berpayung melihat paparan MH370 di sebuah bangunan di Shanghai, China, semalam.


FotoANGGOTA tentera udara Vietnam membuat tinjauan di perairan Pulau Con Dao, semalam.

 Menurutnya, profil peribadi lelaki itu juga mencatatkan dia pernah membuat kajian di pusat latihan dan simulasi penerbangan milik sebuah syarikat pengeluar enjin kenderaan terkemuka di Sweden pada 2004 hingga 2005.9:44PM - 12 Mar 20145:21PM - 12 Mar 201410:44AM - 12 Mar 2014

Usaha guna bomoh cari MH370 bertentangan ajaran Islam, kata Jakim

March 12, 2014
Bomoh Ibrahim Mat Zin (tengah) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini untuk melakukan upacara ritual kononnya membantu usaha mencari pesawat MH370 yang masih hilang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014.Bomoh Ibrahim Mat Zin (tengah) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini untuk melakukan upacara ritual kononnya membantu usaha mencari pesawat MH370 yang masih hilang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha menggesa masyarakat di negara ini, terutama umat Islam, agar tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan.
"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah. Hukum mengamalkan perubatan alternatif atau kaedah berbomoh adalah harus dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, umat Islam harus menyakini bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat untuk mereka bergantung dan bertawakal.
"Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan, maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa memohon kepada Allah yang Maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izin-Nya jua," katanya.
Beliau berkata, Jakim mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami masyarakat yang boleh diakses melalui laman sesawang www.islam.gov.my.
"Semua pihak dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah Arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan bertentangan dengan syarak," katanya. - Bernama, 12 Mac, 2014.
Rasulullah saw. bersabda,

"Bila kamu berdoa dan memohon sesuatu kepada Allah maka mohonlah dengan penuh keyakinan bahawa doamu akan dimakbulkan."

- HR Ahmad ‪#‎DoakanMH370‬
amalan khurafat da lagi zaman moden ni?
Ya Allah..sesungguhnya kami mohon padamu..jauhkanlah bala bencana dari kami..sesungguhnya kami tidak bersekongkol dgn mereka2 yg mengamalkan benda2 khurafat sebegini
Usaha "Search and Rescue" Malaysia sekarang menjadi bahan lawak jenaka seantero dunia. Bagaimana perkara sebegini boleh lepas kawalan keselamatan KLIA?
My compilation album..
cikgu sekolah, nurs, orang bujang, budak asrama.

MH370 terus bingungkan pakar penerbangan


Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 sejak Sabtu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia.

Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu.

Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat.

Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan.

"Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," jelas beliau.

Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan pilot hilang kawalan.

"Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.

Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau pilot hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11.

Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas.

"Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok. Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU)," katanya.

Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya.

Menjelas lanjut, beliau berkata setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang.

Beliau berkata satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air.

"Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan air," kata beliau.

ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini.

"Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh tersebut, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan dari situ cuba mengesannya dengan gerak berundur," kata beliau.

- Bernama

Vietnam kesan MH370 tukar arah ke barat


Kerajaan Vietnam mendedahkan bahawa pusat kawalannya mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 menukar laluan ke arah Laut Andaman pada hari Sabtu.

Timbalan menteri pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu dalam satu laporan agensi AFP menyebut, pihaknya memberitahu perkara itu kepada kerajaan Malaysia tetapi tiada makluman balas.

“Kami memaklumkan kepada Malaysia pada hari kami terputus hubungan dengan pesawat tersebut bahawa kami mengesan pesawat tersebut berpatah balik ke arah barat tetapi Malaysia tidak memberi maklum balas.

“Kami bertanya kepada pihak berkuasa Malaysia sebanyak dua kali, namun sehingga kini mereka belum menjawab kepada kami,” kata Tieu.

Dewan Rakyat kecoh isu kehilangan MH370


Dewan Rakyat kecoh seketika apabila beberapa anggota pembangkang mendakwa kerajaan gagal mengendalikan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Sabtu lepas selain memberi kenyataan bercanggah.
  
Mohamad Imran Abd Hamid (PKR-Lumut) mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak datang ke dewan esok bagi memberi penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kejadian itu.
  
"Selepas lima hari, apa yang berlaku... kemungkinan kapal terbang itu berada di dasar laut. Beri penjelasan, kalau boleh perdana menteri dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein datang ke dewan esok," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja hari ini.
  
Khalid Samad (PAS-Shah Alam) ketika mencelah perbahasan itu berkata kerajaan perlu bertanggungjawab dan menerima teguran pelbagai pihak di atas kelemahan dan kekurangan ketika mengendalikan kes kehilangan pesawat itu.
  
Beliau turut mendakwa kerajaan dan pihak berkuasa lambat bertindak sebaik sahaja menerima laporan kehilangan pesawat itu menyebabkan masyarakat antarabangsa mengkritik kemampuan negara.

Tuduhan dan dakwaan bertubi-tubi itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah di antara pembangkang dan penyokong kerajaan yang meminta semua anggota Parlimen khususnya pembangkang agar tidak menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak.
  
Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata adalah lebih baik semua pihak tanpa mengira perbezaan latar belakang politik untuk bersama-sama memikirkan penyelesaian terbaik dalam mencari pesawat yang hilang itu.

"Ini masalah negara, masalah bersama, sepatutnya perkara seumpama ini tanpa kita kira latar belakang politik kita mesti selesaikan secara bersama dan tidak ada masa untuk kita tuding menuding dan salah menyalah.
  
"Ini mana boleh sebut kemungkinan (pesawat) jatuh, kemungkinan itu, kemungkinan ini, kerana ia soal krisis jadi mana boleh kita buat andaian, mesti ada bukti yang sahih baru boleh buat pengumuman," katanya.

Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) pula mengingatkan semua wakil rakyat pembangkang supaya berhenti mempersoalkan cara kerajaan bertindak dalam insiden itu sebaliknya bersama-sama bermuhasabah diri dan berdoa untuk kebaikan semua pihak.

- Bernama

MH370 mungkin kali terakhir dikesan di barat laut Pulau Pinang

KUALA LUMPUR - Radar tentera Malaysia telah menunjukkan kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS) kali terakhir berada di sebuah lokasi di utara Selat Melaka, ratusan kilometer daripada lokasi sebelumnya di mana pesawat MH370 itu terputus hubungan.
Memberitahu sidang akhbar petang tadi, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato Sri Rodzali Daud, berkata radar tentera itu mengesan pesawat tersebut sekitar 2.15 pagi Sabtu lalu - sekitar 45 minit selepas pesawat dengan 239 penumpang itu hilang dari radar pusat kawalan udara awam Malaysia.
Ketika itu, pesawat malang itu sedang berada di sempadan antara pantai timur Malaysia dengan Vietnam.
Katanya, pengesanan radar tentera Malaysia itu menunjukkan pesawat tersebut ketika itu berada sekitar 322 kilometer dari barat laut Pulau Pinang.
Namun, beliau menegaskan maklumat itu perlu disahkan. - Reuters 

MH370 : Misteri seperti Maunah @ Lahad Datu?
Posted on Wednesday, March 12 @ 17:34:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Semakin hari semakin banyak spekulasi tentang kehilangan MH370. Macam-macam versi timbul.

Yang pasti ada 1001 versi lagi untuk "dihidangkan" kepada "peminat setia" MH370 selagi badan kapalterbang itu tidak dijumpai dan dilihat semua orang.

Apapun kebolosan di kaunter Imigresen begitu memalukan hingga Menteri Polis berang dengan peristiwa itu.

Itu tentang Imigresen di KLIA. Belum lagi kemurkaan Kerajaan China terhadap Kerajaan PMNajib atas lembabnya aksi Putrajaya bertindak.

Terkini pula isu ini pula timbul:

1) Pemegang passport curi dapat bolos masuk MH370.
2) Kokpit MAS mudah dimasuki.

Dua perkara ini membayangkan betapa keselamatan negara begitu mudah dibolosi. Sama seperti Peristiwa Lahad Datu.

Yang pasti peristiwa MH 370 mendedahkan banyak kelemahan dan kelalaian kita tentang keselamatan dan kedaulatan negara.

Lihatlah nanti jika MH370 masih tidak ditemui,bermakna ada 1001 kelemahan kita bakal "dilondehkan" oleh negara luar.

Jika Peristiwa Maunah dan Lahad Datu,bolehlah kita "goreng" sesama kita. Tetapi ini membabitkan rakyat asing yang menjadi warga Kuasa Besar Dunia seperti Amerika dan China.

Tiada peluang kita mahu "goreng" mereka kerana "kuali" mereka lebih besar!

MH370 : Misteri seperti Maunah @ Lahad Datu?"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Wednesday, March 12 @ 17:34:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Tiada ulasan: