Posted on Tuesday, March 11 @ 09:08:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Sepang: Kenyataan kumpulan menggelar diri mereka daripada Chinese Martyrs’ Brigade yang mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370 sedang disiasat walaupun ia diragui.
Pihak China dan media negara itu yang menerima kenyataan berkenaan juga menolaknya kerana menganggap ia sebagai palsu untuk membangkitkan ketegangan etnik di negara berkenaan.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata China menghantar pasukan khas ke Malaysia bagi membantu negara merungkai misteri kehilangan pesawat, khususnya dalam tiga aspek.
Ia merangkumi usaha mencari dan menyelamat, pasport palsu dan memastikan kebajikan keluarga warga China yang dibawa ke Malaysia.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, pasukan khas terbabit akan berada di Malaysia untuk tempoh tertentu bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370.
“Pasukan ini adalah wakil kementerian yang berkepentingan dan mewakili Parti Komunis China. Ini adalah hasil perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Republik China dua hari lalu.
Elak buat andaian
“Menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat bukan mudah dan ia perlu digerakkan secepat mungkin. Tiada gunanya kita bincang perkara lain jika belum menemui pesawat.
Saya menggesa media tidak membuat andaian kerana ia boleh menjejaskan operasi, selain kita tidak mahu tersebarnya berita palsu yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga penumpang pesawat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Hishammuddin juga menafikan dakwaan bahawa Kerajaan China kurang berpuasa hati kerana Malaysia lambat bertindak menangani isu kehilangan pesawat.
Mengenai dua penumpang misteri MH370, Hishammuddin berkata, kerajaan hanya akan mendedahkan gambar mereka menggunakan pasport curi selepas siasatan selesai.
“Kita mendapat bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL), di mana mereka sudah diberikan akses untuk mendapatkan maklumat seperti biometrik, latar belakang, jantina, tarikh lahir dan cap jari. Justeru, kita minta mereka diberi masa untuk melakukan siasatan terperinci,” katanya.
Sementara itu, Azharuddin berkata siasatan lebih terperinci berhubung dua penumpang misteri terbabit dijalankan oleh pasukan penyiasat khas merangkumi pakar bidang berkenaan.
“Ini termasuk meneliti rakaman video penumpang yang dikenal pasti dan sebarang maklumat hanya boleh didedahkan selepas itu.
“Mengenai lima bagasi yang dibawa keluar daripada MH370 selepas pemiliknya tidak menaiki penerbangan, saya tegaskan DCA mengesahkan tiada bahan terlarang yang ditemui padanya,” katanya.
Blogger UMNO mula menyerang Pakatan Rakyat dalam Isu Kehilangan MH370
Posted on Tuesday, March 11 @ 08:52:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Kehilangan kapal terbang MAS MH370 memang cukup misteri dan banyak tenaga pakar dan juga peralatan canggih daripada pelbagai negara digunakan namum tidak membayangkan satu pentunjuk pun. Dalam hal ini kita kena berfikir diluar "kotak kemungkinan". Apa sahaja yang tidak mustahil boleh jadi benar. Ini perlu dilakukan secara cermat tanpa menguris perasaan mereka yang kehilangan sanak saudara dalam kejadian ini.
Tapi malangnya ada penulis UMNO tidak mengambil kira sensitiviti ini dan membuat tuduhan dan andaian yang sangat jahat. Kita faham bila tidak ada pentunjuk kita boleh membuat ramalan dan kemungkinan luar kotak tapi kalau cuba mengaitkan isu kehilangan ini dengan politik satu cara yang tidak betul.
Biarlah pihak penyiasat membuat siasatan kemungkinan yang ada. Bukan siasatan kepada kapten kapal tetapi semua kru, malah penumpang.
Menulis secara terbuka bagi tujuan membuat persepsi buruk boleh menyebab keluarga mangsa makin berduka cita.
Kita sebut dan gemburkan tentang menghantar pakar motivasi dan kaunselor untuk membantu keluarga mangsa tetapi dalam masa yang sama kita membuat tuduhan liar.
Saya rasa kepimpinan UMNO perlu ambil tindakan tegas kepada blogger mereka yang 'kurang ajar'.
Tulisan ini adalah merujuk kepada artikel di bawah :-
#MH370: Fokus Kedua Siasatan Perlu Dilakukan Pada Juruterbang Pesawat
PENULIS
faham bahawa semua pihak berkuasa negara sekarang sedang memfokuskan
usaha kepada mencari lokasi pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu
lepas.
Bagaimanapun,
kalau dibenar untuk memberikan cadangan, penulis suka nak mengsyorkan
agar pihak-pihak berkuasa terbabit perlu mula memfokuskan siasatan
kepada juruterbang pesawat berkenaan, Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Ini setelah penulis meneliti pandangan beberapa pakar penerbangan yang merumuskan bahawa, hanya ada 2 cara saja transponder (alat untuk mengesan pesawat) 777-200 itu gagal berfungsi sehingga sukar dikesan, pertama, alat tersebut musnah dalam letupan atau ia dimatikan secara sengaja oleh kapten pesawat.
Tanpa mana-mana satu diatas, transponder berkenaan sudah pasti berfungsi dan kebarangkalian pesawat itu boleh dikesan adalah tinggi kerana Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon tidak mengesan sebarang letupan di udara di kawasan itu pada hari kejadian.
Sekarang
ini penulis melihat banyak pihak sedang fokus kepada 2 orang penumpang
pesawat itu yang dikesan menggunakan pasport palsu. Walaupun maklumat
itu sudah disahkan benar, tapi belum ada apa-apa petunjuk yang
mengaitkan kedua penumpang tersebut sebagai punca kehilangan pesawat.
Padahal dalam masa yang sama, Kapten Zaharie ini dikatakan mempunyai ketaksuban yang melampau sehingga mempunyai alat simulasi penerbangan yang menyerupai instrumen sama dalam kokpit pesawat 777-200 dirumahnya!!
Sedangkan simulator penerbangan 777-200 di MAS pun rasa penulis 100 kali lebih canggih dari apa yang ada di rumah Kapten Zaharie ini.
Persoalan kenapa dia perlu mempunyai simulator sendiri di rumah sedangkan dia boleh sahaja menggunakan simulator di pusat latihan MAS, perlu disiasat. Adakah ada corak-corak penerbangan tertentu yang dia tidak mahu orang lain tahu? Maklum sajalah, kalau berlatih menggunakan simulator MAS, segala pergerakan akan direkodkan dan disimpan untuk rujukan.
Jangan silap, penulis bukan cuba nak membuat teori yang bukan-bukan mengenai juruterbang berkenaan, tapi faktor manusia memang diketahui menjadi punca utama kebanyakkan kemalangan kapal terbang sebelum ini.
Tak salah rasanya kalau kita mencadangkan pihak-pihak berkenaan menjadikan faktor juruterbang ini sebagai fokus kedua siasatan sementara tidak ada petunjuk mengenai keberadaan pesawat berkenaan (setakat artikel ini ditulis).
Cadangan ini juga tidak ada kena mengenai dengan beberapa laporan oleh blog-blog tertentu yang menunjukkan Kapten pesawat ini adalah pengikut tegar PKR yang mana penasihat umumnya dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun pada Jumaat lepas – beberapa jam sebelum pesawat ini dilaporkan hilang.
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com
Pesawat Mas MH370 : Menyanggah Kritikan Norizan Sharif
Posted on Tuesday, March 11 @ 08:49:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
" Bak kata BERKIAS Rakyat selain dari Rakyat yang dikata oleh Tun Mahathir Muhammad Penyokong Kuat Kassim Ahmad Anti Hadis iaitu "Sudah Berpuluh Tahun Yang Cerdik Pandai Tak Masuk Umno" ini bukan gua FITNAH tapi yang keluar dari Mulut Longkang Tun Mahathir sendiri, walaupun ada Penchacai Angkat Najis yang mengatakan yang Tun Mahathir tersebut BERKIAS. Apa jenis punya KIAS kalau sudah memberikan Gambaran sebenar kepada sesuatu keadaan.
Biasanya BERKIAS dibuat
untuk menggambarkan sesuatu keadaan dengan tidak Menggambarkan Terus
sesuatu Keadaan seperti LEMBU NFC DUDUK DALAM KONDOMINIUM, tak kan ada
Lembu NFC Duduk Dalam Kondominium selain dari Manusia beb. Tapi
dengan sendiri nya bila saja disebut Lembu NFC Duduk Dalam
Kondominium, tak kira Disebelah Sini mahupun Disebelah Sinunnn mesti
sudah tahu apa Maksud nya. Itu baru dikatakan BERKIAS beb.
Tapi kalau sudah TERANG-TERANG mengatakan "Sudah Berpuluh Tahun Yang
Cerdik Pandai Tak Masuk Umno" itu bukan namanya BERKIAS tapi MENGAKUI
yang Masuk Umno Kebanyakkan adalah Jenis BODOH BIN BAHLUL MACAM GETAH
SKRUB MELANTUN-LANTUN beb. Berbalik kepada kata BERKIAS Rakyat yang
bukan seperti Rakyat yang dikatakan oleh Tun Mahathir ianya berbunyi
begini "Kalau Dekat Dengan Tukang Besi Maka Terkenalah Haba Besi
Tersebut"...
... dan "Kalau Dekat Dengan Orang Buat Minyak Wangi Maka Tak Banyak
Sikit Akan Terkena Bau Minyak Wangi Tersebut", yang ini baru kata-kata
KIASAN beb. Dalam Kata-Kata yang bukan Selindung-Selindung ialah "Kalau
Dekat dan Berkawan Dengan Umno Maka Orang Cerdik Pun Akan Jadi
Bodoh", dan itu lah yang terjadi kepada Pengalisa Politk dan Pengarah
kanan Unit Peneraju Agenda Melayu (TERAJU) Jabatan Perdana Menteri
(JPM) Saudara NORIZAN SHARIF.
Gua AKUI sebelum ini beliau antara Penganalisa Politik yang gua
MINATI, mungkin diwaktu tersebut beliau belum duduk SEBUMBUNG dengan
Spicies Umno jadi KECERDIKAN serta KEPINTARAN beliau dapat beliau
KAWAL sendiri. Tetapi bila saja sudah duduk Sebumbung dengan Spicies
Umno semua nya jadi CACAMARBA dengan terus menjadi JURUCAKAP kepada
Kerajaan yang Kebanyakkan Menteri-Menteri nya Mengalahkan Otak Budak
Bawah Umur.
Antara Tulisan beliau ialah "Sesetengahnya pula mempersoalkan "MASA"
yang diambil bagi menentukan apa yang sebenarnya berlaku. Sekiranya
kita RAJIN mencari Maklumat di Internet, kita akan tahu bahawa ini
bukanlah satu Proses yang Mudah. Apabila Air France 447 jatuh ke dalam
Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009, Pihak Penyelamat Mengambil Masa
hampir DUA TAHUN untuk MENEMUI Majoriti Bangkai Kapal Terbang dan
MAYAT PENUMPANG di LAUT DALAM".
"Ada pula yang MEMPERLEKEHKAN Negara kerana Tidak Menghantar Kapal Selam untuk mencari Pesawat tersebut di laut. Ini adalah contoh orang yang TAK FAHAM mengenai FUNGSI pelbagai jenis Kapal Selam tetapi masih mahu MENGKRITIK sesuatu yang dia sendiri TAK ARIF. Ambil CONTOH Kapal Terbang. Adakah kita akan menghantar Kapal Terbang Airbus A380 yang TERBARU dan PALING CANGGIH ke MEDAN TEMPUR ?, Walaupun MAHAL dan CANGGIH, Airbus A380 bukan DIBINA untuk Tujuan tersebut !".
Inilah jadinya apabila orang BERLUMBA-LUMBA MENUNJUKKAN KEBODOHAN di MEDIA SOSIAL. Bak kata Albert Einstein: "Perbezaan di antara KECERDIKAN dan KEBODOHAN ialah KECERDIKAN ADA HAD, tetapi KEBODOHAN TIADA SEMPADAN. Nah, respon saya kepada SINDIRAN ITU itu adalah cukup mudah. Buat apa hantar KAPAL SELAM, lebih baik hantar KAPAL KOREK, sekurang-kurangnya KAPAL KOREK boleh Korek Pesawat di DASAR LAUT !".
"Ada pula yang MEMPERLEKEHKAN Negara kerana Tidak Menghantar Kapal Selam untuk mencari Pesawat tersebut di laut. Ini adalah contoh orang yang TAK FAHAM mengenai FUNGSI pelbagai jenis Kapal Selam tetapi masih mahu MENGKRITIK sesuatu yang dia sendiri TAK ARIF. Ambil CONTOH Kapal Terbang. Adakah kita akan menghantar Kapal Terbang Airbus A380 yang TERBARU dan PALING CANGGIH ke MEDAN TEMPUR ?, Walaupun MAHAL dan CANGGIH, Airbus A380 bukan DIBINA untuk Tujuan tersebut !".
Inilah jadinya apabila orang BERLUMBA-LUMBA MENUNJUKKAN KEBODOHAN di MEDIA SOSIAL. Bak kata Albert Einstein: "Perbezaan di antara KECERDIKAN dan KEBODOHAN ialah KECERDIKAN ADA HAD, tetapi KEBODOHAN TIADA SEMPADAN. Nah, respon saya kepada SINDIRAN ITU itu adalah cukup mudah. Buat apa hantar KAPAL SELAM, lebih baik hantar KAPAL KOREK, sekurang-kurangnya KAPAL KOREK boleh Korek Pesawat di DASAR LAUT !".
Itu antara sebab kenapa gua katakan yang beliau menjadi Jurucakap
kepada Kerajaan yang Kebanyakkan Menteri-Menteri nya Mengalahkan Otak
Budak Bawah Umur, apa yang DIPERTIKAIKAN oleh Rakyat ialah bukan nya
Masa yang diambil untuk Menjumpai sama ada Pesawat MH370 itu mahu pun
Anak Kapal serta Penumpang yang berada didalam Pesawat tersebut. Yang
Dipertikaikan ialah TINDAKAN untuk Mencari dan Menyelamat dari
Kerajaan.
Cuba tengok balik Jam berapa Kejadian
Pesawat tersebut Hilang Dari RADAR dan Jam berapa Kerajaan yang
Pemangku Menteri Penggangkutan membuat Kenyataan, kalau mengikut
Laporan Akhbar Vietnam yang DISIARKAN oleh Astro Awani pula baca sini
dimasa tesebut pun Kerajaan Malaysia masih belum Meminta Bantuan dari
Kerajaan Vietnam bagi MENGESAN kedudukkan Pesawat Mas MH370 tersebut.
Apakah itu tidak bolah DIKRITIK oleh Rakyat.
Berkenaan Kapal Selam pula ini jawapan gua beb, disebabkan Norizan
Sharif ni seorang MELAYU kemudian nya BERSAHABAT pulak dengan
Pejuang-Pejuang Melayu dari Umno maka gua bawakan PEPETAH MELAYU yang
berbunyi "Kalau Tiada Gading Maka Tanduk Pun Berguna" dan "Kalau Tiada
Rotan Maka Akar Pun Jadi Lah". Apakah KELENGKAPAN yang ada pada KAPAL
SELAM SCORPENE tidak boleh digunakan bagi tujuan MENGESAN Pesawat Mas
MH370 kalau-kalau ianya berada didasar laut ?.
Mungkin betul yang Kapal Selam Scorpene DIBINA Khas untuk BERPERANG
dan kalau untuk Berperang sudah semesti nya mempunyai ALAT PENGESAN
sesuatu OBJEK, macam mana nak Mengesan Musuh kalau untuk Mengesan
Pesawat yang di KUATIRI Tenggelam di Dasar Laut pun TAK MAMPU, Patut
lah Pengganas Sulu boleh MENCEROH Lahat Datu Sabah atas sebab Pengganas
Sulu semasa Menceroboh berada diatas Air manakala Kapal Selam berada
Didalam Air tak begitu Norizan.
Kalau lah Kapal Selam Scorpene dibeli dengan HARTA PUSAKA MAK BAPAK
Pemimpin Umno RAKYAT tak akan SIBUK Norizan, tapi kerana Kapal Selam
Tersebut Dibeli dengan HARTA RAKYAT maka jangan Salahkan Rakyat bila ada
yang Bertanya. Sudah lah beli dengan Harga RM BILION tapi untuk
Membantu Mencari dan Mengesan KALAU-KALAU Pesawat MH370 Tenggelam
Didasar Laut pun BANYAK SONGGEH.
Kalau begitu Keadaan nya Lebih Baik jadikan aje TUKUN ada juga FAEDAH
bagi IKAN-IKAN Membiak beb, masa itu Rakyat pun dah tak akan tanya
lagi mana pergi nya Kapal Selam Scorpene tersebuit. Kerana Rakyat
sudah tahu ianya dah dijadikan Tukun, Buat Norizan Sharif jangan lah
lagi gelarkan diri lu sebagai Penganalisa Politik Bebas beb. ISYTIHAR
kan saja yang lu adalah Penganalisa Politik Pro Umno/Bn kan senang. sumber klik sini
hemmmmm..... kalau dianggap misi mencari dan mengesan pesawat mas
mh370 sebagai latihan pun ok apa beb, jangan nanti bila diwaktu
betul-betul hendak digunakan tapi tak boleh kerana apa kerana injen
tak boleh hidup... A B U.
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: inderasipejuang
Posted on Tuesday, March 11 @ 08:49:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
MH370: "Anakku, Apa yang Perlu Ibu Lakukan untuk Menemuimu?"
Posted on Tuesday, March 11 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Keluarga korban penumpang Malaysia Airlines histeria (Foto: CNN)
BEIJING - Seorang ibu tua menanti dengan setia setiap perkembangan yang dilaporkan mengenai hilangnya Pesawat Malaysia Airlines. Dia menanti anak lelakinya yang berada di dalam pesawat tersebut.
"Anakku umurnya 40 tahun. Anakku.. Anakku.. Apa yang harus ibu lakukan untuk menemukanmu," ujar ibu itu di dekat ruang sidang media yang berkaitan hilangnya Malaysia Airlines, di Hotel Lido, Beijing, China, seperti dikutip CNN, Isnin (10/3/2014).
Pihak keluarga penumpang Malaysia Airlines hingga ke saat ini masih menunggu perkembangan berita mengenai kedudukan pesawat dan keadaan penumpang. Namun sudah dua hari, pencarian belum menemukan sebarang tanda jelas..
Perkembangan terakhir, Angkatan Laut Vietnam telah menemukan sebuah objek yang mengambang di perairan dekat pulau Pulau Tho Chu, Vietnam. Benda itu kini menjadi fokus pencarian oleh Vietnam National Search and Rescue (VNSR). Menurut jurucakap VNSR Hung Nguyen, helikopter sukar untuk mendekati titik objek kerana cuaca yang kurang memuaskan.
Empat negara yakni China, Vietnam, Singapura dan Malaysia, bergabung melakukan pencarian atas keberadaan pesawat berusia 11 tahun tersebut.
Majoriti dari penumpang Malaysia Airlines adalah warganegaraan China. Terdapat tujuh penumpang asal Indonesia yang hingga kini juga belum mendapat maklumat lebih lanjut. Namun, keluarga sudah dimintakan sampel DNA untuk kemungkinan perkara terburuk.okezone.com 10 Mac 2014-idahsalam
Insiden MH370 hasil standard dunia ke-3?
Posted on Tuesday, March 11 @ 01:47:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Ketika menunggu jawapan mengenai nasib penerbangan MH370, kita harus mengakui bahawa kawalan keselamatan di lapangan terbang Malaysia cukup longgar dan “santai”, kata A Kadir Jasin.
Tanpa mengecualikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tokoh wartawan itu berkata, ia berbeza jika dibandingkan dengan kawalan keselamatan di negara lain seperti Eropah, malah lapangan terbang raksasa seperti di Dubai.
“Apakah kita telah membayar harga yang sangat mahal kerana sikap dan standard dunia ketiga kita terhadap keselamatan dan pengurusan aset?
“Atau apakah ini bala mutakhir akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan keabaian yang berulang kali dilaporkan berlaku di KLIA?” soal Kadir, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times.
Menulis di blognya hari ini, Kadir juga berkata, kita terpaksa mengakui bahawa kehilangan pesawat Boeing 777 di Laut China Selatan itu adalah misteri luar biasa.
Malah, katanya, lebih “mengacau fikiran” apabila ia hilang di “kawasan yang semakin hari semakin tegang konfrontasi bersenjatanya.”
“Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana sebuah pesawat yang begitu besar, begitu canggih, dengan rekod keselamatan yang amat baik dan di tangan seorang juruterbang yang sangat berpengalaman boleh hilang tanpa kesan, tanpa pesanan SOS (isyarat kecemasan), tanpa signal dalam apa-apa bentuk pun,” katanya.
Kawasan itu menurut Kadir, lagi kini menjadi tempat latihan di darat, laut dan udara oleh angkatan tentera Amerika Syarikat, China, Taiwan, Vietnam dan Filipina.-mk
Vietnamese Deputy PM orders round-the-clock search for missing jet
Posted on Tuesday, March 11 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Vietnamese Deputy PM Hoang Trung Hai requests more focus on suspected areas and widening the search. — Photo Nguyen Anh
HANOI — Deputy Prime Minister Hoang Trung Hai has directed that the search and rescue operation for the missing Malaysia Airlines jetliner MH 370 must continue round the clock and the search should be expanded to the west.
At a working session in Hanoi on March 9, he requested more focus on suspected areas and widening the search to cover vast swathes of sea, especially to the west in the flying direction of the missing plane, trying not to miss out any spot.
At the same time, search-and-rescue forces should strengthen the search for signals, floating strange objects and oil slick and maintain close coordination with their peers from Malaysia, Singapore, US, China and the Philippines.
He asked the Ministries of Transport and National Defence to work with the People's Committees of Phu Quoc district and southern Kien Giang province to have plans ready for rescue activities and investigation in case the jet falls down within Vietnam's FIR (Flight Information Region).
As the possibility of terrorism is not ruled out, the Deputy PM directed the Ministry of Public Security to raise security warning level and coordinate with the Transport Ministry to assure the highest flight security in the country.
Deputy Transport Minister Pham Quy Tieu said right after being aware of the accident, the sector established a command for search and rescue to direct and coordinate the deployment of forces and all possible means to access the areas.
The Ministry of National Defence has so far deployed 9 planes and 11 vessels for the search.— VNA/VNS
vietnam news
Lebih 1,700 bot nelayan laut dalam dikerah bantu cari MH370
Posted on Tuesday, March 11 @ 01:43:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini bersetuju mengerah nelayan laut di kawasan di mana pesawat MH70 milik Malaysia Airlines dilaporkan hilang, bagi tujuan mencari dan menyelamat.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tujuan nelayan dikerahkan adalah sebagai membantu pihak berkuasa sedia ada dalam kerja seharian mereka menangkap ikan di laut dalam.
"Salah satu cara yang boleh kita bantu dalam usaha mencari dan menyelamat ialah dengan menggerakkan nelayan yang ada di seluruh negara terutama kawasan yang terlibat.
"Sebanyak 1,788 bot nelayan C dan C2 melibatkan laut dalam di Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Pulau Pinang diarahkan untuk membantu," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya, hari ini.
Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau berbincang dengan Ismail supaya menggerakkan persatuan nelayan jika perlu untuk membantu memberikan maklumat bagi merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.
Ismail berkata meskipun pihak berkuasa seperti polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) giat menjalankan operasi mencari pesawat MH370, namun bantuan nelayan yang dilengkapi dengan Sistem Kedudukan Global (GPS) dapat membantu pihak berkuasa.
Katanya, kira-kira 20,000 nelayan akan berada di laut dalam satu-satu masa sekaligus berperanan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat benda yang mencurigakan ditemui di lautan.
"Walaupun polis, tentera dan APMM dianggap kumpulan profesional dalam kerja menyelamat tetapi saya percaya nelayan yang sentiasa ada di kawasan lautan tersebut juga boleh membantu.
"Jika satu kapal mempunyai 10 orang nelayan maka lebih kurang 20,000 nelayan yang akan berada di lautan. Mereka melakukan secara sukarela kerana tugas hakiki mereka tetap sebagai nelayan," katanya.
Pesawat Boeing 777-200 berlepas dari KLIA ke Beijing pada 12.41 pagi pada Sabtu, tetapi terputus hubungan pada jam 1.20 pagi ketika ia di ruang udara yang dikendalikan menara kawalan di Ho Chi Minh, Vietnam.
Pesawat itu membawa 239 penumpang, menurut senarai penumpang, dengan kebanyakannya adalah penumpang dari China, dan 12 kru. – 10 Mac, 2014.-tmi
Melihat Melepasi Tragedi MH370
Posted on Tuesday, March 11 @ 01:36:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh A Kadir Jasin
PENERBANGAN MH370 sudah lebih dua hari hilang. Prognosisnya tentulah tidak positif. Jadi dalam kita berdoa dan berharap, kita juga perlu realistik.
Daripada aspek apa pun dan serapi mana pun kita mendalami tragedi ini, kita terpaksa mengakui bahawa kehilangan pesawat Boeing 777 di Laut China Selatan itu adalah misteri luar biasa.
Hatta sekiranya bangkai pesawat itu ditemui sekalipun, penyiasatan bagi memastikan punca tragedi itu akan mengambil masa.
Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana sebuah pesawat yang begitu besar, begitu canggih, dengan rekod keselamatan yang amat baik dan di tangan seorang juruterbang yang sangat berpengalaman boleh hilang tanpa kesan, tanpa pesanan SOS, tanpa signal dalam apa-apa bentuk pun.
Yang mengacau fikiran kita adalah hakikat ia hilang di satu kawasan yang semakin hari semakin tegang konfrontasi bersenjatanya.
Angkatan tentera Amerika Syarikat, China, Taiwan, Vietnam dan Filipina semua meronda Laut China Selatan. Mereka melakukan latihan di darat, laut dan udara.
Ingatan saya kembali kepada penembakan jatuh penerbangan 007 Korean Air oleh pesawat pejuang Rusia pada tahun 1983, tembakan peluru berpandu Tentera Laut Amerika ke atas penerbangan 665 Iran Air (1988) dan pengeboman pesawat Pan Am 103 ketika terbang di ruang angkasa Lockerbie, Scotland (1988).
MAS sendiri telah mengalami tragedi rampasan udara. Pada tahun 1977, pesawat Boeing 737-200 dengan nombor penerbangan MH653 dirampas oleh orang atau orang-orang yang tidak dikenali dan terhempas di Gelang Patah, Johor. Tragedi itu mengorbankan kesemua 93 penumpang dan tujuh anak kapal.
Dalam kita menunggu jawapan dan kepastian mengenai nasib penerbangan MH370, kita kena akui bahawa kawalan dan pemeriksaan keselamatan di lapangan-lapangan terbang kita, termasuk KLIA, boleh dikira cukup longgar dan santai berbanding di Eropah, Amerika Utara, Australia dan New Zealand. Hatta di lapangan terbang raksasa Dubai pun kawalan dan pemeriksaan keselamatan lebih ketat.
Apakah kita telah membayar harga yang sangat mahal kerana sikap dan standard Dunia Ketiga kita terhadap keselamatan dan pengurusan aset?
Atau apakah ini bala mutakhir akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan keabaian yang berulang kali dilaporkan berlaku di KLIA?
Tengok saja penangguhan berulang kali pembukaan KLIA 2. Semua releks, semua nampak macam ok dan tidak siapa pun mengaku bertanggungjawab. Business as usual. Wallahuaklam.
kadirjasin.blogspot.com
MH370 : Sepupu Najib beranak masa Zaman Batu ke?
Posted on Tuesday, March 11 @ 00:54:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Apapun.. sebelum itu bersamalah kita berdoa kehadrat Illahi semoga segala usaha-usaha mencari dan menyelamat MH370 yang sedang rancak berjalan sekarang dipermudahkanNya..
Sebabnya semakin lama operasi ini berlangsung semakin terserlah kebodohan pemimpin-pemimpin UMNO yang dilantik sebagai Menteri oleh Najib.
Jika pagi tadi Menteri Dalam Negeri menyerlahkan sikap 'Kurang Cerdik' nya dengan tak pasal-pasal menyalahkan pihak Imigresen kerana tak berfikir dan membezakan orang Eropah dan orang Asia melalui passport mereka..
Silalah baca di (SINI )
Ini pula mengenai sepupu Najib yang dilantik oleh Najib sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Tun Hussein.
Niatnya kelihatan baik iaitu mempertahankan pihak Imigresen Malaysia yang tidak memeriksa pasport penumpang MH370 menggunakan pangkalan data Interpol mengenai pasport yang hilang.
Ketika ditanya pemberita mengenai mengapa dua penyamar berjaya menaiki penerbangan itu walaupun pasport mereka palsu, Hishamuddin menjawab:
"Adakah anda tahu berapa banyak pasport hilang dalam senarai Interpol? Saya diberitahu 40 juta."
Apa agaknya yang terlintas difikirannya ketika memberikan jawapan dengan menyebut angka 40 Juta itu?
Angka tersebut memanglah besar jumlahnya... dan untuk menyemaknya memang memerlukan satu jangka masa yang panjang.. sebab kena belek satu persatu mukasurat.
Jadi jika setiap passport penumpang itu diperiksa satu persatu maka kita memerlukan sebuah lapangan terbang yang besar untuk menampung jumlah penumpang yang beratur panjang untuk diperiksa passportnya..
Selain itu untuk merealisasikannya kita juga perlukan lebih ramai pegawai Imigresen ditempatkan di lapangan terbang..
TAPI!!! itu semua adalah kaedah zaman dulu, sebelum era IT.. sekarang ni mana ada orang yang nak belek satu persatu maklumat dalam pengkalan data tu?.. semua maklumat berada dihujung jari..
Tak sampai 5 saat semua maklumat boleh diperolehi.. CTOS boleh menyemak puluhan juta senarai penghutang dengan insfrastruktur ICT yang ada takkanlah Imigresen tak boleh nak semak 40 Juta senarai passport yang hilang tu..
Lainlah kalau Imigresen masih mengamalkan kaedah zaman dulu tu iaitu print dan belek satu persatu muka surat data tu..
Atau mungkin si Hishamuddin ni beranak pada zaman batu?
Laporan berkaitan...
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein mempertahankan langkah Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang MH370 menggunakan pangkalan data Interpol mengenai pasport yang hilang.AnakSgDerhaka
Ketika ditanya pemberita mengenai mengapa dua penyamar berjaya menaiki penerbangan itu walaupun pasport mereka palsu, Hishamuddin menjawab:
"Adakah anda tahu berapa banyak pasport hilang dalam senarai Interpol? Saya diberitahu 40 juta."
Dua individu berkenaan menggunakan identiti warga Itali Luigi Maraldi dan Austria Christian Kozel yang dikatakan mempunyai wajah 'berciri Asia' ketika menaiki penerangan dari Kuala Lumpur tiga hari lalu.
Interpol dalam kenyataan mereka semalam membidas pihak berkuasa Malaysia yang tidak mengambil peduli pangkalan data badan antarabangsa itu yang menunjukkan pasport mereka telah hilang dua tahun lalu ~ Malaysikini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan