[admin] Solat Hajat Keselamatan Penumpang dan Anak Kapal MH370
Negara dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 Malaysian Airlines yang dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing International Airport. Kapal yang bertolak dari KLIA pada pukul 12.45pagi itu terputus hubungan dari menara kawalan pada pukul 2.30pagi.
Sejak dari itu kerajaan Malaysia dengan bantuan dari pelbagai agensi penyelamat telah memulakan misi mencari dan menyelamat. Negara negara jiran juga turut membantu usaha ini.
Saya turut menggesa semua pihak tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan spekulatif untuk mengelakkan kecelaruan maklumat. Kita beri kepercayaan kepada pihak-pihak tertentu untuk membuat pengumuman rasmi. Saya turut berharap agar semua pihak sentiasa menjaga sensitiviti daripada insiden yang telah berlaku.
Selain usaha yang dilaksanakan ini, saya mengajak seluruh rakyat Malaysia yang prihatin untuk kita bermunajat dan berdoa kepada Allah agar usaha mencari ini akan beroleh kejayaan dan semua penumpang dapat ditemui selamat.
Oleh itu saya mengarahkan seluruh jentera Dewan Pemuda PAS Kawasan untuk menganjurkan solat hajat setiap hari agar usaha mencari ini berjaya.
#PrayForMH370
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Pesawat hilang: Mursyidul Am PAS rakam simpati
- Mar 09, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
Ketika dihubungi beliau turut bersimpati dengan nasib mangsa serta keluarga yang terlibat.
Menurut Tuan Guru lagi, di atas dunia ini tidak ada tempat yang selamat sama ada di jalanraya, di darat, laut atau udara.
“Malah pejalan kaki juga kena rempuh walaupun dia tidak berada dalam kenderaan atau sebagainya.
“Kerana itu Islam menggalakkan kita sentiasa berdoa sebagaimana Rasulullah ajar setiap kali kita ingin turun tangga untuk keluar dari rumah,” nasihat beliau.
Tambahnya, sekiranya doa itu dimakbulkan Allah, mereka yang membacanya bebas dari sebarang musibah.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menasihati keluarga mangsa agar terus berdoa dan menerima sebarang ketentuan Allah SWT.
Pesawat MH370 telah mendarat dilokasi rahsia?
Kenapa pakar pun takut buat spekulasi? Spekulasi tiba-tiba sahaja
menjadi satu jenayah padahal kaedah spekulasi telah banyak menyelesaikan
pelbagai jenis siasatan.
Ya, hal ini adalah disebabkan oleh sikap pengguna media sosial yang
mempunyai pengaruh setara dengan media arus perdana. Malah media sosial
pula dijadikan sumber kepada surat kabar dan berita TV. Sesiapa sahaja
dengan kelengkapan semudah telefon bimbit boleh mengeluarkan berita yang
sampai keseluruh dunia.
Hari ini saya nak buat spekulasi. Setelah hampir 40 jam mengikuti
perkembangan kehilangan pesawat MAS B777-200 yang menuju ke arah Beijing
China ini, saya berpendapat mungkin pesawat ini telah dirampas
pengganas dan telahpun mendarat dilokasi rahsia. Ia disimpulkan atas
informasi seperti berikut.
1. Tiada isyarat "MAYDAY" atau sebarang signal kecemasan diberikan oleh
juruterbang. Telah disahkan oleh pakar penerbangan bahawa peristiwa ini
sangat ganjil kerana pesawat paling canggih seperti B777 ini mempunyai
pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan pihak luar. Mungkin hal ini
(hilang dari radar dan tidak menghubungi menara kawalan) disengajakan
oleh juruterbang atau juruterbang dipaksa oleh pengganas (2 individu
beridentiti palsu). Tidak mustahil pengganas turut bekerjasama dengan
juruterbang untuk memudahkan rampasan. Pakar mengesahkan melalui Astro
Awani bahawa alat komunikasi transponder yang menyiarkan kedudukan
pesawat setiap saat boleh dipadamkan. Mengikut akaun FB juruterbang,
beliau merupakan penyokong tegar parti politik pembangkang di Malaysia.
Kebetulan Ketua pembangkang melalui saat yang paling genting dalam
karier politiknya. Anda lengkapkan sendiri spekulasi ini. Mungkin ia
agak keterlaluan, namun Zahid Hamidi selaku menteri pertahanan dan kini
KDN pun sepatutnya dianggap keterlaluan kerana mengaitkan pembangkang
sebagai dalang dalam pencerobohan Lahad Datu. Sehingga kini dalangnya
tidak didedahkan dan Zahid Hamidi pun tidak disaman. Hanya rakyat
ditinggalkan dengan seribu satu persoalan.
2. TIADA LETUPAN. Hal ini disahkan oleh agensi pengesan letupan Amerika
Syarikat yang boleh mengesan letupan yang berlaku seluruh dunia. Ini
bermakna MH370 tidak terhempas, tetapi telah dialih arah ke destinasi
yang lain dan mendarat dilokasi yang tidak diketahui. TURN BACK seperti
yang dikesan oleh radar pihak tentera adalah petanda pesawat telah
dialih arah ke Malaysia, Indonesia atau Singapura. SINGAPURA mungkin
tempat yang menjadi pilihan untuk mendarat berdasarkan peristiwa
rampasan kapal terbang pada 1977 yang mana destinasi yang sama dipilih
namun terhempas di Tanjung Kupang. Jangan terlalu berbaik sangka dengan
Singapura. Melalui blog pertahanan Military Of Malaysia menjelaskan
sudah beberapa kali negara berjiran itu hampir terjerumus dalam kancah
peperangan dengan Malaysia.
3. RANCANGAN AWAL PAGI. Pesawat tidak mengambil masa yang terlalu lama
untuk divert dan waktu awal pagi dipilih bagi mengelakkan tindakan
mereka dari dikesan ketika ramai orang masih tidur. Seperti yang
dijelaskan di TV, mengisytihar secara public berkaitan aktiviti pesawat
yang dikesan membuat pusingan U setelah hilang daripada radar airport
adalah pendedahan tentang rahsia keupayaan aset pertahanan negara yang
tidak sepatutnya berlaku. Ada yang berpendapat pesawat sebegitu besar
tidak boleh hilang dari radar namun jelas pesawat itu telah hilang dan
dikesan pula melakukan penukaran arah. Malah sumber melalui TV telah
memaklumkan misi mencari dan menyelamat kini diluaskan hingga ke Selat
Melaka. Ajaib bukan? Ajaib jika ada yang masih tidak percaya pesawat itu
telah lolos dari radar konvensional milik airport. Sekiranya pengendali
radar tentera itu tidak tidur dan memantau pergerakan pesawat,
kemungkinan besar di mana pesawat itu didaratkan boleh dikesan dan
tindakan pantas dapat dilakukan. NAMUN hanya bertindak apabila pesawat
disahkan tidak sampai di Beijing sudah pasti hal ini telah terlalu
lambat itu dilakukan dan pesawat mungkin telah mendarat dan disorokkan.
4. Sejak bila semua keluarga mangsa dikumpulkan dalam satu kawasan
diputrajaya? Kenapa tidak dibenarkan pulang sahaja padahal misi mencari
mungkin akan mengambil masa yang sangat lama. Adakah mereka terlibat
dalam satu penerangan rahsia antara pihak kerajaan berkaitan dengan
rampasan?
5. Terbaru seorang ahli keluarga mangsa berjaya membuat panggilan talefon secara live di kaca TV yang kemudiannya terputus sebelum sempat dijawab. Ini adalah bukti terbaru mengesahkan mereka selamat dan masih hidup. Cuma mereka tidak bebas atau pergerakan mereka disekat.

KESIMPULANNYA Keganjilan kejadian hilangnya pesawat ini adalah bukan
masalah teknikal. Ia adalah disebabkan sikap manusia yang
menyalahgunakan kepintaran akal fikiran mereka demi dendam peribadi.
Malah media pembangkang mungkin menyedari hal ini kerana sering
mengeluarkan post menyatakan rasa tidak berpuas hati kerana kerajaan
Malaysia seolah olah cuba merahsiakan kejadian sebenar. Rampasan kapal
terbang adalah satu tindakan sabotaj yang strategik untuk mengambil
perhatian dunia kerana ia melibatkan rakyat dari pelbagai warga negara.
Sikap wartawan asing yang sangat agresif seperti cuba membongkar
kelemahan kerajaan juga adalah modus operandi biasa media asing yang
kita sedia maklum sentiasa menyebelahi pembangkang dalam menyerang
negara.
Adalah diperingatkan bahawa penulisan ini adalah spekulasi peribadi semata-mata. Terpulang sama ada ingin menerimanya dengan hati yang terbuka atau sebaliknya. Moga menjadi pencetus kepada pihak berkuasa agar bertindak tepat untuk menyelesaikan masalah. Jika operasi hanya bertumpu kepada search and resque dengan masih menganggap kapal terbang tersebut terlibat dalam kemalangan dan bukan dirampas, maka sampai bila-bilapun kita tidak akan menemuinya.
Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka. Ingat tiada apa yang
terlalu misteri melainkan ia memang diinginkan dalam keadaan misteri.
Khairul Hilmi Che Ali shared Ustaz Shamsuri Shafie's photo.
Terbaik
Kapten Norudin Abdul Majid Bekas Ketua Juruterbang B777 Fleet
Mas...Hanya Orang Tertentu Sahaja Yang Dapat Mengembalikan
MH370..Seperti Orang (Mukrobbin)Dekat
Dgn Allah,Doa Orang Alim Ulama Dan Juga Doa Keluarga Mangsa...Kerana
Manusia Tak Dapat Berfikir Dengan Akal...Kesan Serpihan Tak
Terjumpa,Ratusan Kerusi Tidak Dijumpai Walaupun Satu Kerusi...Kapal MH
Hilang Tampa Dikesan...Allahurobbi...Berdoalah Wahai Orang
Mukmin...Sesungguhnya Senjata Yg paling Hebat Bagi Orang-Orang Mukmin
Adalah Doa...Beliau Juga Mampu Menjawab Itu Semua Hak
Allah...Berserahlah Kepada Allah...
Bukan calang-calang orang. Beliau merupakan ketua bahagian pesawat 777 sewaktu berkhidmat di MAS.
Apabila ditanyakan pendapat beliau apakah yang berlaku ke atas MH370, beliau dengan penuh yakin berkata:
"HILANG! Benar-benar hilang!"
Beliau memberi jawapan yang pada saya di luar jangkaan jawapan seorang juruterbang.
Dan apabila ditanya bagaimana cara untuk mencari, beliau merespon:
"Kita perlukan doa daripada orang-orang soleh dan ahli keluarga..
Sekiranya teknologi sains tidak berjaya, maka kita kena guna cara lain.
Benda ni ada kaitan dengan sains dan pencipta sains itu sendiri (Allah)"...tambahnya.
Fuhh dahsyat !!
Salute Kapten !
Berita Terkini Pesawat MH370
1.
^ Owen Gibson; Afshin Rattansi (November 12, 2006). "Look east: After
long delays and a rumoured editorial split with its Arabic parent,
English-language news channel al-Jazeera will go on air this week. Owen
Gibson and Afshin Rattansi report". The Guardian. Retrieved 6 August
2012. "But there were delays from the start. It was hard to recruit
big-name presenters: Richard Quest of CNN said he turned down an offer
on the grounds that being gay and Jewish might not be suitable."
Tulisan Umum
10 Mac 2014
Apakah Negara Sudah Hilang Keberkatan?
Bila musibah datang melanda, kita sering diajar untuk bermuhasabah. Dalam bermuhasabah, kita mencari di manakah punca berlakunya suatu musibah itu, kita meneliti di manakah silapnya dan apakah hikmah di sebalik kejadian. Begitulah se-eloknya.
Sebelum saya teruskan penulisan ini dengan lebih serius, ingin saya kongsi bahawa ketika ini terpapar di papan televisyen perlawanan di antara Datuk Lee Chong Wei menentang Chen Long dalam aksi badminton final All-England. Chong Wei sedang mendahului dengan kiraan 13-7, dan dalam gaya yang menguasai permainan.
Tidak seperti semalam, perlawanan separuh akhir menentang permata baru Korea Selatan menyaksikan Lee Chong Wei hampir dikejutkan. Namun pengalaman sebagai pemain nombor satu dunia sejak sekian lama memberi kelebihan kepada beliau mara ke final.
Dalam masa yang sama, seluruh rakyat Malaysia dirundum kesedihan meratapi kehilangan pesawat MAS MH370 sejak hampir 48jam yang lalu - hilang secara misteri. Pelbagai spekulasi memenuhi ruang suapan berita di facebook dan twitter sehingga SKMM terpanggil mengeluarkan amaran dengan harapan menyekat khabar angin.
Khabar angin yang menular terbahagi kepada beberapa bentuk berita. Antaranya yang terawal mengatakan MH370 selamat mendarat di lapangan terbang Nanning China, ternyata ia tidak benar. Lagi teori mengatakan MH370 terhempas disaksikan oleh pekerja offshore pelantar minyak, ternyata tidak sahih setakat ini. Lagi teori MH370 meletup di udara sebelum terhempas, atas alasan tiada isyarat kecemasan.
Lagi teori kononnya MH370 berpatah balik ke KLIA tetapi menuju ke Pulau Pinang, maka operasi pencarian diluaskan ke selat Melaka. Teori patah balik ini hadir dari team radar TUDM, tetapi apabila ditanya mengapa objek besar ini tidak mampu dikesan melintasi banjaran titiwangsa, ia tidak terjawab. Ini menimbulkan soal yang lebih bahawa apabila memikirkan apakah ruang udara kita sebenarnya bebas dimasuki objek sebesar Boing 737 tanpa dikesan?
Akhir sekali yang terbaru setakat ini ialah pasukan penyelamat Filipina telah menemui bangkai MH370 dan mangsa terselamat dengan kasualiti minima dari jangkaan - ini tidak dapat dipastikan. Apapun, tidak salah mendoakan keajaiban.
Misi pencarian juga merungkap pelbagai perdebatan. Ketika banyak negara berlumba-lumba menghantar bantuan kepakaran dalam misi pencarian, kita masih berkira-kira untuk menghantar sepenuh kekuatan. Bila ada pihak yang merasakan inilah masanya kapal selam scorpene menunjukkan aksi seraya mengusulkan misi pertama kapal selam negara, dijawab pula oleh menteri kononnya Scorpene adalah kegunaan untuk berperang, bukan misi penyelamat.
Ya benar pak menteri, Scorpene itu kapal selam untuk perang, tapi jangan lupa bahawa lori askar untuk logistik perang juga diguna untuk hantar anak-anak anggota tentera ke sekolah. Apakah menteri tidak tahu kemampuan terbaik kapal selam ialah mengesan dan menjejak objek samada di permukaan laut mahupun di dasar laut melalui sistem kelengkapan sonar.
Negara seperti China dan Vietnam juga menghantar kapal kelas perang ke medan pencarian, mengapa kita berkira untuk menghantar Scorpene? Apakah Scorpene bernilai 7 bilion itu tidak cukup fit untuk beraksi? Atau tidak mampu menyelam?
Lebih malang apabila Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri dilaporkan bersantai di kem ILMU Janda Baik. Ini bukan khabar angin, laporan bergambar ini berpunca dari seorang menteri melalui update di laman sosialnya. Apalah nasib rakyat, dapat pemimpin serupa tidak berkat.
Ayuh kita imbas kembali, muhasabah diri. Apa yang sebenarnya sedang melanda negara hari ini?
Saya berhenti sejenak menulis selepas menjadi saksi kemenangan Lee Chong Wei sebentar tadi. Mujurlah tiada bik mama di sekitar. Lee Chong Wei menang straight set dan ini kejuaraan All England kali ketiga berturut-turut mengikut kata Hasbullah Awang. Saya agak kurang yakin dengan pengulas legenda ini, rasanya tahun lepas kejuaraan All-England perseorangan dimenang oleh Chen Long.
Saya pergi ke laman rumah untuk sesi berasap, tetapi belum pun dinyalakan api rokok, telah terhidu udara berjerebu yang berbau asap. Suasana begini masuk hampir sebulan, semakin teruk kualiti udara di hampir semua kawasan sejak akhir-akhir ini.
Jerebu, kemarau panjang, statistik kematian penyakit denggi yang menggila dan sebelum itu banjir besar melanda, adalah pakej musibah yang cukup besar. Ditambah pula tragedi MH370 di tarikh '703'. Apakah kita semua tidak sedar? Bala... Bala...
Boleh jadi, negara ini sudah hilang keberkatan apabila kita membiarkan kezaliman berlaku, juga apabila kita menghalalkan penipuan. Jangan kita sesekali lupa bahawa pemerintahan tanahair kita pada hari ini adalah berdasarkan kemenangan yang penuh dengan penipuan - menang dengan demokrasi yang digelapkan.
Maka, jangan kita hairan apabila bala ditumpahkan ke bumi ini sambung-menyambung selagi rakyatnya tidak bangkit membetulkan yang salah. Selagi kita berkompromi dengan penafian demokrasi lalu, mungkin selagi itu musibah akan berterusan.
Rumusannya, selagi kita terus berserah menerima pemerintahan yang ada hari ini, selagi kita bersetuju dengan kemenangan mereka yang kita tahu penuh penipuan itu, kita sebenarnya telah bersubahat.
Justeru itu, bangkitlah merebut semula hak kita, agar dikembalikan keberkatan dalam kenegaraan. Bangkitlah dengan berani, risiko harus diambil demi menamatkan kesengsaraan. Janganlah hanya berserah, apatah lagi bersubahat.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Sekian, Takziah buat semua keluarga mangsa tragedi MH370.
EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM
SEPANG - Pasukan khas terdiri 10 pegawai kerajaan China tiba di sini
malam ini bagi membantu Malaysia menjalankan siasatan berhubung pesawat
Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu.
Pasukan itu diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsular Republik Rakyat China Guo Shao Chun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 8 malam ini.
Anggota pasukan itu terdiri pegawai polis, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar.
Guo berkata kedatangan pasukan mereka antara lain juga bertujuan menguruskan keperluan dan keselesaan waris penumpang pesawat MH370 dari negaranya.
"Kami juga datang ke sini untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai bagi kes ini, dan pada masa sama mempertingkat platform komunikasi antara kedua-dua negara," katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam ini.
Pasukan khas itu akan berpangkalan di Kedutaan Republik Rakyat China, Jalan Ampang di sini dan memulakan tugas mereka malam ini.
"Kita menggesa Malaysia agar mempercepat siasatan bagi menyelesaikan kes ini," kata Guo.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.
Pesawat itu membawa penumpang terdiri warganegara 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. - Bernama
china ubah kedudukan dan peranan 10 steliit miliknya utk kesan mh370
MH370 'hilang' kerana kuasa Allah
SHAH ALAM - Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines
Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari
radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga.
Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut.
Segala teknologi dan peralatan canggih dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini.
Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang 777 MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan.
"Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.
"Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba.
"Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba.
"Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung.
"Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya.
Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya.
"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya," katanya.
Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.
"Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737.
"Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya.
Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002.

profesional yg berjaya dunia & akhirat
TV3 menerumah Kapten Norudin Abd Majid.Bukan calang-calang orang. Beliau merupakan ketua bahagian pesawat 777 sewaktu berkhidmat di MAS.
Apabila ditanyakan pendapat beliau apakah yang berlaku ke atas MH370, beliau dengan penuh yakin berkata:
"HILANG! Benar-benar hilang!"
Beliau memberi jawapan yang pada saya di luar jangkaan jawapan seorang juruterbang.
Dan apabila ditanya bagaimana cara untuk mencari, beliau merespon:
"Kita perlukan doa daripada orang-orang soleh dan ahli keluarga..
Sekiranya teknologi sains tidak berjaya, maka kita kena guna cara lain.
Benda ni ada kaitan dengan sains dan pencipta sains itu sendiri (Allah)"...tambahnya.
Fuhh dahsyat !!
Salute Kapten !
Berita Terkini Pesawat MH370
Monday, 10 March 2014
PESAWAT MH370: 'RED FLAG' ATAU 'FALSE FLAG'?
1. MUQADDIMAH
Lihatlah insiden MH370 dengan pandangan matahati. Jangan terbuai dengan
naratif huru-hara yang sedang disogokkan kepada anda supaya anda tidak
melihat percaturan sebenarnya.
Anda sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang tersembunyi dan sangat
pakar dalam operasi false flag. Saya sudah acapkali menekankan
kepentingan Malaysia dan perairannya. Hari ini kita melihat mereka maju
setapak lagi dan dengan mudahnya Malaysia diheret ke persada kacamata
dunia atas sebab-sebab yang tidak diingini, bersama pihak-pihak yang
berkepentingan.
Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abi Sa'id ra dari Nabi saw bahwa baginda
bersabda: “Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin, kerana ia
memandang dengan cahaya Allah Azza wa Jalla.” (HR Tirmidzi)
Kemudian baginda membaca ayat: "Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi ‘mutawassimin’
(orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda)." (QS Al-Hijr: 75)
والله أعلمُ بالـصـواب
i. KEPADA SIAPAKAH SAYA TUJUKAN ARTIKEL INI
Seorang sahabat di alam maya yang baru saja saya kenali datang bertanya di inbox:
BWW: Salam .. bro .. ada klu tentang kehilangan MH370 ?
08/03/2014 17:16
Saya berharap ini kali terakhir saya melahirkan pandangan saya mengenai
MH370. Sebagai menghormati permintaan beliau maka saya sampaikan sedikit
pandangan saya. Saya tidak mahu terlibat dengan percaturan yang tiada
kesudahan ini. Kalau ada yang beroleh manfaat dari artikel ini selain
dari saudara BWW, maka fikir dan kembangkanlah.
Saya tidak ada keperluan mendekati sesuatu isu secara apa yang kononnya diistilahkan sebagai "pendekatan ilmiah".
Saya tidak perlu pada justifikasi dan pembuktian yang terperinci,
maupun perdebatan yang tiada kesudahan. Kami membaca pergerakan mereka
pada kadar yang 'manasabah' dan samasekali tidak akan terlibat dalam
permainan putar alam mereka. Sidang pembaca boleh membuat interpolasi
selanjutnya. Saya sekadar menyampaikan bahawa kalian sedang disasarkan,
itu saja.
Perkara pertama yang menarik perhatian saya sebaik sahaja menerima
khabar mengenai MH370 ialah kesungguhan luarbiasa CNN dalam memberi
liputan berita terhadap insiden ini dari detik-detik permulaannya.
Bagi kami apa saja yang timbul dari CNN adalah berita buruk, "CNN is bad news.".
Inilah klu pertama saya sebenarnya. Saya membaca ramai yang terpengaruh
dengan liputan berita CNN pada detik-detik awal tercetusnya berita
tentang insiden MH370, lalu saya pun turut serta mengikuti liputan CNN
dengan harapan bahawa Malaysia tidak dihadiahkan dengan 9/11 mereka.
Saya masih berdoa agar mereka itu yang di dalam pesawat MH370,
mangsa-mangsa kelompok sang perosak mukabumi, agar segera muncul dengan
selamatnya di hadapan kita semua supaya anda boleh mengabaikan
peringatan dan pesanan ini.
ii. RICHARD QUEST & SILAPMATA KLASIK DAJJAL MELALUI CNN
Sistem dajjal meninggalkan templat acuan yang sering dikitar semula
berulang-ulang kali sehingga anda tidak nampak, sedangkan ia sedang
bermain-main di bawah batang hidung anda. Silapmatanya membawa anda ke
alam fantasi yang diolah mereka dengan begitu realistik, sedangkan
tanda-tanda mereka sedang beroperasi diabaikan. Sebaik sahaja anda
melihat tanda-tanda ini, anda tahu suatu agenda sedang dilaksanakan.
Menurut Quest beliau bertemu dengan Fariq ketika penggambaran program
CNN Business Traveller dan rakaman video penerbangan tersebut adalah
pada 19 Februari 2014 membabit pesawat yang sama (MH370).
- Fariq Ab Hamid, 27, had recently switched to the Boeing 777-200
- He landed it in a flight captured on video last month by CNN
- It was a textbook-perfect landing, the captain said of Hamid's work - (Sumber CNN)
Anehnya CNN yang sudah dikenali sebagai lubuk perisikan Mossad dan CIA
langsung tidak dipertikaikan kehadiran mereka. Tidakkah aneh bahawa
beliau sudah berada dalam pesawat tersebut terlebih dahulu membuat
penggambaran bagi CNN (+ -) 17 hari sebelum insiden MH370? Tidakkah aneh
beliau bertemu dengan co-pilot pesawat yang terbabit pada 19 Februari?
Kebetulan?
Richard Quest sendiri mempunyai latarbelakang yang kabur yang boleh
dipertikaikan. Beliau mempunyai rekod tahanan pihak polis AS atas
salahlaku seksual songsang dan pemilikan dadah 'meth'. Di CNN kononnya
beliau adalah seorang pakar aviasi sedangkan beliau berkelulusan
undang-undang!
Beliau membuat penggambaran CNN Business Traveller dan memandangkan
fungsi beliau sebagai pakar aviasi, menjelang insiden MH370 beliau
memainkan peranan sebagai 'PAKAR AVIASI' dan memberi liputan/analisis
secara terperinci mengenai MH370. Apakah mereka datang ke sini untuk
membuat penggambaran Business Traveller atau membuat persiapan untuk
OPERASI FALSE FLAG MH370 sebenarnya? Bangunlah anak-anak Melayu, jangan
lena diulit mimpi lalu kamu bertelingkah sesama kamu sendiri.
Hentikanlah permusuhan sesama kamu.
Pada tahun 2006 Richard Quest (lahir 9 Mac 1962) menolak tawaran untuk
bertugas dengan saluran Inggeris Al Jazeera, di atas alasan
ketidaksuaian berdasarkan homoseksualiti (gay) dan berketurunan Yahudi
Eropah (Jewish). [1]
CNN reporter in sex, rope and drug scandal
April 21, 2008 - 8:40AM
A well-known CNN reporter has been arrested in New York's Central Park with drugs in his pocket, a rope around his neck that was tied to his genitals, and a sex toy inside his boot.Richard Quest - who is known for his boisterous and quirky style - was arrested at 3.40am on Friday, almost three hours after the park's 1am closing time.
He was initially arrested for loitering, the New York Post said. However, a search by police uncovered the oddly configured rope, a sex toy inside Quest's boot, and a small bag of methamphetamine in his left jacket pocket, the Post said. (http://www.smh.com.au)
Gay CNN presenter Richard Quest on his comeback after that embarrassing park incident
http://www.pinknews.co.uk/2009/06/22/gay-cnn-presenter-richard-quest-on-his-comeback-after-that-embarrassing-park-incident/
Kedua-dua Yahudi Zionis CNN yang homoseksual secara terbuka ini iaitu
Richard Quest dan Anderson Cooper kelihatan tersasul beberapa kali
semasa melaporkan tentang MH370. Tidak hairanlah isu membaca riak wajah
dan "bahasa badan" ini saya kemukakan seketika, ibarat pepatah Melayu
'pulang paku buah keras'. Pentagon sendiri telah menggerakkan aparatus
mereka baru-baru ini untuk 'membaca' Presiden Vladimir Putin berikutan
sidang media beliau mengenai Ukraine lebih 1 jam.
"The Pentagon has spent hundreds of thousands of dollars in recent years so that researchers can study the body movements of foreign leaders, including Russian President Vladimir Putin, in hopes of predicting future behavior."
http://rt.com/usa/pentagon-connors-putin-language-510/
Video 1: Richard Quest - I flew with missing first officer of MH370.
(00:32) And now ships, air and sea rescue from both Vietnam and Malaysia
and Singapore is also involved, China would also get involved. The US
forces who are in that area could be involved too. Everybody will be in a
coordinated ATTACK (gugup dan membetulkan semula ayat kepada: ATTEMPT)
to try and find exactly where this aircraft is in the water.."
Apakah yang sedang bermain dalam kepala Richard Quest sehingga tersasul
dan berkata "coordinated attack?". Apakah ini prosedur 'Search &
Rescue' atau 'Search & Destroy'?
(00:54) Pembaca berita kepada Richard Quest: "Now Richard let's talk a
little bit more about that co-pilot Fariq Hamid. You actually sat in a
cockpit of a similar aircraft just a few days ago.."
(1:18) We were (flying).. filming, (gugup membetulkan semula ayat: HAD
AUTHORISED) had authorised filming for CNN Business Traveller, and we
were on the cockpit.."
Richard Quest dan Anderson Cooper nampaknya bersungguh-sungguh untuk
memastikan bahawa insiden-insiden ini diterima oleh penonton sebagai
insiden 'kebetulan' dan penggambaran CNN Business Traveller tersebut
mendapat pengesahan rasmi dari pihak berkuasa. Dengan lain perkataan ia
bukannya suatu operasi 'covert' rahsia perisikan Amerika Syarikat.
- Video #2: Richard Quest: Malaysia Airlines MH370 jet was 'at safest point' in flight.
Pada saat pembuka kata (00:03) video #2, Anderson Cooper sudah tersasul.
Anderson Cooper: "We're now bringing in Richard Quest who has 'ACTUALLY'
(gugup).. COINCIDENTALLY (Anderson mengubah ayat kepada "secara
kebetulan..") has been shooting a story on the "airline" (Penerbangan
Malaysia) and has spent time with the airline's CEO..."
- Video #3: Where is Malaysia Airlines Flight 370? Traces of oil seen in area of last contact .
Pada video #3 kita melihat pelbagai aspek pencerobohan keselamatan
pesawat MH370 diperbincangkan & Rene Marsh koresponden CNN memberi
isyarat dan justifikasi tentang keperluan untuk badan penyiasat Lembaga
Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (National Transportation Safety
Board - NTSB).
Beliau membuat konotasi bahawa negara-negara di rantau ini tidak
mempunyai kepakaran yang memadai untuk menangani krisis yang sebegini
dan negara-negara yang lebih besar, maju dan berkemampuan (Amerika
Syarikat) seharusnya mengetuai penyiasatan tersebut.
Menurut John Goglia, "pakar aviasi" dari NTSB, agensi induk AS yang
menyiasat kemalangan kapal terbang, "Ketiadaan panggilan kecemasan
mencadangkan bahawa kapal terbang sama ada mengalami penyahmampatan
letupan atau telah dimusnahkan oleh bahan letupan."
” Ia harus berlaku cepat kerana tidak ada komunikasi, ” kata Goglia.
Beliau berkata identiti palsu kedua-dua penumpang kuat mencadangkan
kemungkinan bom. “Itu bendera merah (Red Flag) yang besar,” menurutnya.
Saya 'bertanya' kepada John Goglia di sini, "Red Flag" atau "False Flag"? Tak perlulah bermain istilah dengan anak Melayu.
2. ANTARA MASALAH YANG DICIPTA DENGAN REAKSI YANG MENDATANG
Anda
akan melihat bahawa sekiranya insiden ini berakhir sebagai nahas yang
tragik, maka China akan mempunyai kasualti yang terbesar di mana lebih
dari separuh mangsa dari insiden MH370 adalah warganegara China. Maka
dari suatu sudut, siapakah sasaran sebenarnya dari segi kasualti nyawa?
Perkembangan semasa berkenaan konflik Barat-Rusia, akhir-akhir ini
melihat China dengan lantang menempelak Amerika Syarikat. Apakah anda
menyangka China tidak memahami isyarat Amerika Syarikat kepada mereka
dari insiden MH370 ini?
Malaysia sudah terjebak di dalam insiden ini di mana di mata dunia,
kelemahan pentadbiran dan keselamatan membabitkan penerbangan luar
negara dilihat sebagai lemah. Maka apakah perasaan China terhadap
Malaysia? Tragedi MH370 ini dibentuk supaya negara kita tersepit dicelah
konflik yang mendatangkan kemarahan China dan rakyatnya terhadap
Malaysia.
Pada peringkat awal ini sahaja, cuba anda perhatikan apakah sentimen
rakyat mereka terhadap Malaysia mengenai pengendalian kes ini? Anda
belum merasakan bahang kemarahan dan kekecewaan rakyat China? Kekeruhan
hubungan dua hala sedang disemai secara sistematik. Bagi saya inilah
cara instigasi yang sangat klasik, dengan menggunakan pihak ketiga
(Malaysia) untuk mensasarkan kasualti keatas sasaran sebenarnya iaitu
China.
3. ISYARAT TERTINGGI KEPADA CHINA
Seorang kenalan maya di RT melawak dan katanya "tiada siapa yang lebih
arif tentang sistem pengendalian Boeing dari Amerika Syarikat. Kalau ada
sesuatu pihak yang boleh menjatuhkan pesawat MH370 dari ruang udara
dengan mudah adalah Amerika Syarikat."
Itulah hakikatnya. Rangkaian perhubungan data 'dalam penerbangan' Boeing
777 berhubung terus 24/7 kepada Pusat Komputer Boeing di Seattle,
Washington.
Jika kesemua rangkaian ini dipadamkan serta merta melalui suatu insiden yang katastropik ini bermakna:
1. Sebuah bom dalam anggaran 100-200 lbs telah diseludup masuk ke pesawat dan diledakkan atau;
2. Sebuah serangan peluru berpandu anti-pesawat seperti yang dimiliki
dari USS Navy Guided Missile Destroyers yang diketahui sedang beroperasi
di Laut China Selatan ketika itu.
3. Senjata berteknologi tinggi yang tidak diketahui.
Radar USA 7th fleet di Laut China Selatan mampu menjejak pesawat
tersebut, mengetahui ia meletup, dan jatuh ke perairan. Radar tersebut
mampu menjejak secara tepat lokasi dan kordinat impak berlaku.
Satelit Reconnaisance Amerika Syarikat mampu melihat pesawat tersebut
meletup di udara. Pusat kawalan recon AS juga mampu menjejak sekiranya
sebuah peluru berpandu anti-pesawat dilancarkan sebelum ianya meletup di
ruang udara. Dalam anggaran masa 7 jam segala keputusan boleh diproses
dan disahkan.
"They will keep you running in circles where in fact they have you encircled." - Al Faedah
Namun tiada sebarang statemen yang relevan hingga kini diterima secara
rasmi dari Whitehouse sedangkan mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Mereka akan terus meletakkan anda dalam pusingan-pusingan yang
mengelirukan, namun pada masa yang sama mereka telah pun mengelilingi
kamu.
Ini menimbulkan pra-sangka yang manasabah bahawa pihak-pihak perisikan
tertinggi blok Barat terbabit sedang dalam prosedur melaksanakan agenda
terorisma keatas negara membangun di Asia Tenggara seperti Malaysia.
Insiden MH370 adalah suatu signal & statemen tahap tertinggi kepada
China. Anda akan melihat suatu siri reaksi dari China secara
berperingkat samada secara langsung atau tidak.
والله أعلمُ بالـصـواب
4. ANTARA MASA & TIMING INSIDEN
Perhatikan dengan baik 'timing' insiden ini berlaku sebaik sahaja
keputusan mahkamah terhadap ketua pembangkang diterima. Mereka sudah pun
mempunyai masa yang memadai untuk menyusun insiden ini bertepatan
dengan segala kemungkinan keputusan mahkamah? Anda percaya pada
"kebetulan"? Tragedi Lahad Datu mula memuncak pada 1 Mac 2013. Insiden
Pesawat MH370 berlaku di awal pagi 8 Mac 2014, genap setahun sahaja
selepas huru-hara Lahad Datu. Benarlah, ini semua semata-mata
"kebetulan".
Bagaimanakah sentimen blok pro kerajaan dan blok pakatan? Tidakkah anda
menjangka bahawa situasi pertentangan antara kedua blok yang
bertelingkah ini akan bertambah meruncing? Apakah segala masalah ancaman
perpecahan sesama kita bakal selesai dengan terpenjaranya sekali lagi
Anwar Ibrahim? Janganlah terlalu naif. Kerana kenaifan sebeginilah umat
Islam diperdaya berkurun-kurun lamanya.
Perhatikan kedudukan Penerbangan Malaysia selepas ini. Apakah anda
menyangka, reputasi dan kedudukan kewangan syarikat penerbangan negara
yang sememangnya sudah pun terumbang ambing, tidak akan tergugat
samasekali? Sebenarnya, entiti syarikat penerbangan negara kita juga
sedang disasarkan.
Perhatikan elemen & komposisi penumpang-penumpang pesawat MH370.
Tidakkah anda melihat kehadiran komposisi yang sesuai? Penumpang warga
Ukraine, Rusia, Amerika Syarikat, dan China.. Sekiranya elemen terorisma
Eropah diperkenalkan, maka bukankah komposisi ini menepati konflik
semasa global di Ukraine? Bagaimana pula dengan elemen teroris dari
China?
Apakah pecahan terperinci demografik setiap penumpang dalam pesawat
MH370? Siapa-siapakah mereka? Apakah maklumat dan rahsia yang ada pada
mereka? Apakah anda mampu merungkai "nilai" mereka dalam konteks
perisikan?
Sama-samalah kita perhatikan elemen apakah yang akan mereka ketengahkan
kelak.. Yang penting ialah alibi warganegara Amerika Syarikat sudah pun
ditanam dalam insiden ini sebagai syarat bagi membuka ruang kepada
campurtangan Amerika Syarikat.
Dengan 3 (+1 bayi) warganegara Amerika Syarikat, mereka sudah pun
bergegas-gegas menyusun pasukan penyiasatan FBI mereka untuk turun.
Insiden ini melibatkan 152 (+ 1 bayi) warga China! Apakah anda melihat
kekalutan China untuk menghantar pasukan perisikan mereka?
Memang masih terlalu awal pada ketika ini untuk menjangka bagaimanakah
perencanaan ini bakal diolah oleh mereka. Saya sekadar menasihatkan
supaya jangan terbuai dengan sebarang polemik dan percaturan yang bakal
disusun kehadapan. Akhirnya anda akan hanya semakin keliru.
والله أعلمُ بالـصـواب
5. MALAYSIA SEDANG DIPOSISIKAN SEBAGAI NEGARA YANG LEMAH & TIDAK MAMPU MENANGANI KRISIS
Pihak manakah yang paling tertekan dalam situasi masalah yang "dicipta"
ini? Pastinya Malaysia berada dalam kedudukan yang paling tertekan,
lemah dan terdedah. Perhatikan rentetan reaksi pada setiap spektrum.
Tidakkah tragedi ini sudah pun mula menyemai bibit-bibit kecelaruan,
kesedihan, dan kemarahan pada setiap peringkat?
Bayangkan sekiranya insiden ini berkesudahan dengan nahas yang
mengorbankan kesemua penumpang dan krew pesawat, bayangkan reaksi dan
impaknya keatas kita semua. Pihak manakah yang bakal meraih keuntungan
dari episod MH370 ini? Bagaimanakah insiden MH370 ini melibatkan AS
sebenarnya, sedangkan mereka 'menawarkan bantuan?"
Inilah mentaliti ummah hari ini, kerana mereka tidak memahami ideologi "Problem-Reaction-Solution" ini.
Inilah ummah yang hanya mampu reaksioner dalam perlakuan mereka.
Dicatur kesana sini oleh musuh-musuhnya sendiri, lalu bercakaran sesama
sendiri dan memohon bantuan dari mereka yang mencipta masalah itu pada
asalnya.
Saya membincangkan dengan ringkas penciptaan 'problem' (masalah) &
implikasi reaksi yang timbul darinya. Sewajarnya anda boleh membuat
interpolasi yang lebih lanjut dan terperinci. Jelasnya mereka mempunyai
agenda dan kepentingan yang amat besar dari isu ini.
والله أعلمُ بالـصـواب
6. AS AKAN MENYAJIKAN PENYELESAIAN & SOLUSI
Anda akan melihat selepas ini siri-siri 'solution' (penyelesaian) akan
disusun secara sistematik. Ada diantara penyelesaian-penyelesaian ini
akan diwar-warkan secara "umum" dan "terbuka". Ada di antara
"penyelesaian-penyelesaian" ini akan di'runding'kan dibelakang tabir
bawah kelambu-kelambu kerahsiaan.
Mereka sudah pun memegang kunci-kuncinya. Segala kelemahan teknikal,
keselamatan (security) dan pengawasan dalam diri kita (negara) sudah pun
terdedah, terbuka dan akan dirobek secara berperingkat. Inilah masa
yang paling sesuai sekiranya kuasa-kuasa luar yang berkepentingan ingin
memastikan agenda dan kehendak mereka dituruti. Mereka akan tampil ke
hadapan dan memimpini anda untuk 'keluar' dari krisis ini. Sudah
tentulah mereka orang yang paling 'berpengalaman'.
Dalam kesibukan anda menangani pelbagai persoalan & permaslahan yang
berbangkit, terorisma dan berfikir-fikir manakah terorisnya, apakah
"ransom demand" mereka dan pelbagai kecelaruan teknikal yang disusun
dari implikasi insiden 'false flag' pesawat MH370, sudah pasti anda akan
terlalai dari "teroris" dan "tuntutan maupun ugutan" yang sebenarnya.
Ia mungkin sudah pun bermula.. Terorisma sebenarnya akan mengambil
rupabentuk diplomasi, kepimpinan krisis, kepakaran penyiasatan, sekuriti
dan keselamatan. Dengan lain perkataan bersedialah untuk tahap
'CAMPURTANGAN' yang lebih tinggi keatas urusan negara. Dengannya
datanglah peras ugut dan tuntutan secara berperingkat. Apabila soal-soal
keselamatan negara dalam sesuatu krisis sudah dibolosi, maka
bersedialah apabila anda menjadikan pemimpin keatas kamu. Segala
kelemahan kamu akan dieksploitasikan.
Bayangkan sekiranya insiden yang sama berlaku di Rusia. Apakah anda
begitu naif dan menyangka bahawa Putin akan memberi sebesar-besar laluan
kepada mereka untuk melakukan siasatan? Sudah tentu tidak. Sebaliknya,
perhatikanlah nanti penguasaan mereka keatas kita, apabila 'pakar-pakar'
perisikan dan penyiasatan mereka masuk.
Oleh yang demikian, akhirnya anda akan lihat lebih banyak konsesi,
rekonsiliasi dan tolak-ansur dilaksanakan secara sistematik selepas ini
sebagai "pampasan" untuk mengeluarkan diri kita dari perangkap yang
sudah mengena. Ada antaranya akan diumumkan. Ada yang mungkin
dilaksanakan secara terselindung. Segalanya bergantung sejauh manakah
insiden ini akan diperbesar-besarkan, digembar-gemburkan. Kalau
naratifnya menjadi semakin berputar-belit, maka semakin dalamlah agenda
yang bakal disusun.
Badan-badan penyiasat yang pakar sudah pun mula disusun dan dicatur.
Apabila CNN terlibat secara langsung dan pro-aktif anda akan melihat
keseluruhan aparatus perisikan Amerika Syarikat adalah dibelakang
mereka. Sambil saya menyediakan komentar saya ini, pasukan penyiasat FBI
Amerika Syarikat sudah pun digerakkan untuk beroperasi di Malaysia
secara rasmi.
Malangnya anak-anak generasi baru Melayu dan tidak kurang juga mereka
yang sudah jauh berumur, bakal terkinja-kinja melihat operatif-operatif
CIA, FBI dan apa sekalipun menjalankan operasi 'psy-op' mereka di sini.
Mereka akan terlompat-lompat menanti CNN dan sekutunya memutar 'spin'
terkini lagi tercanggih tentang MH370.
Inilah generasi yang telah diprogram dengan filem-filem Hollywood &
fantasi. Orang kita tidak faham bahawa mereka ini sedang menjalankan
gerak saraf destabilisasi keatas negara kita atas kepentingan serakah
mereka.
Apabila diperingatkan, maka mereka segera pula berkata, "Oh tidak, ini teori konspirasi khayalan kamu!".
Sedangkan ALLAH SWT telah berfirman:
وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menturuti millah (tatacara hidup & agama) mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al Baqarah:120)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim. (Al Ma'idah: 51)
7. KESIMPULAN: LEBIH BANYAK PERSOALAN DARI JAWAPAN YANG AKAN DIHASILKAN KELAK
Anda
tidak akan 'nampak' naratif yang saya nyatakan ini, kecuali anda
tinggalkan naratif yang disogok kepada anda secara sistematik.
Tragedi yang disusun ini sekiranya berkesudahan dengan pengesahan nahas,
akan membabitkan bilangan nyawa yang sangat ramai dan naratif yang
berlapis-lapis dan bertindanan. Jangan harapkan penyelesaian yang mudah
dan simplistik. Malah sebarang 'penyelesaian' dan 'solusi' yang tercapai
akan hanya memihak kepada agentur konspirasi jahat ini.
Pada akhir perjalanan setiap dari perancangan mereka ini, anda akan ditinggalkan dengan lebih banyak soalan dari jawapan. Ia bukanlah perancangan yang sebarangan. Sedarilah hakikat ini.
Ketahuilah tragedi dan insiden MH370 ini sememangnya sangat menyedihkan,
terutama sekali sekiranya ia berkesudahan dengan nahas yang tragik.
Namun di samping kita mendoakan keselamatan bagi "mangsa-mangsa" yang
terlibat, jangan lupa untuk mendoakan diri kita sendiri. Sekiranya nyawa
mereka terkorban, ketahuilah pengorbanan nyawa ini akan berterusan dan
tetap akan disasarkan pada kita jua akhirnya. Ketahuilah nyawa manusia
adalah sangat murah bagi mereka. Bangunlah anak Melayu, bangunlah.
Masamu semakin suntuk.
Samada anda dalam blok pakatan maupun kerajaan, ketahuilah tiada siapa
pun antara kita yang akan beroleh kebaikan dari persengketaan dan
perbalahan sesama kita kerana agentur-agentur yang tersembunyi dan nyata
ini sentiasa akan memainkan peranan untuk memecah belahkan negara kita.
Maka saya berharap setiap dari kita sedar segera akan kepentingan untuk kita bersatudan kembali kepada jalan Iman dan Taqwa. Selagi kita bersengketa selagi itulah kita akan menjadi bahan sasaran musuh.
Anda tidak akan mampu merungkai secara terperinci gerak-gerak saraf
yang mereka jalankan keatas kedua-dua pihak yang bertelagah.
Kita tidak akan mampu menangani percaturan-percaturan ini kecuali kita
kembali kepada ALLAH SWT dan RasulNYA sepertimana yang telah ditunjukkan
oleh para Sahabah RA dengan bersatu hati dan berkasih sayang sesama
kita. Saya mendoakan para pemimpin Melayu negara agar tiada lalai dari
membela umat Melayu Islam dan terus mencari jalan perdamaian antara
mereka yang menentang kamu di bumi sendiri. Saya mendoakan anak-anak
dari umat Melayu & Islam yang bermusuhan supaya kembali bersatu dan
saling maaf memaafkan. Sesungguhnya bantuan ALLAH SWT bersama mereka
yang bersatu dan berkasih sayang sesama mereka. Dan apabila mereka tegur
menegur sesama sendiri, mereka memelihara akhlaq dan budi pekerti
mereka.
والله أعلمُ بالـصـواب
Sumber : https://www.facebook.com/al.faedah.5
Khairul Hilmi Che Ali shared Edy Noor Reduan Samm's photo.
Tulisan Umum10 Mac 2014
Apakah Negara Sudah Hilang Keberkatan?
Bila musibah datang melanda, kita sering diajar untuk bermuhasabah. Dalam bermuhasabah, kita mencari di manakah punca berlakunya suatu musibah itu, kita meneliti di manakah silapnya dan apakah hikmah di sebalik kejadian. Begitulah se-eloknya.
Sebelum saya teruskan penulisan ini dengan lebih serius, ingin saya kongsi bahawa ketika ini terpapar di papan televisyen perlawanan di antara Datuk Lee Chong Wei menentang Chen Long dalam aksi badminton final All-England. Chong Wei sedang mendahului dengan kiraan 13-7, dan dalam gaya yang menguasai permainan.
Tidak seperti semalam, perlawanan separuh akhir menentang permata baru Korea Selatan menyaksikan Lee Chong Wei hampir dikejutkan. Namun pengalaman sebagai pemain nombor satu dunia sejak sekian lama memberi kelebihan kepada beliau mara ke final.
Dalam masa yang sama, seluruh rakyat Malaysia dirundum kesedihan meratapi kehilangan pesawat MAS MH370 sejak hampir 48jam yang lalu - hilang secara misteri. Pelbagai spekulasi memenuhi ruang suapan berita di facebook dan twitter sehingga SKMM terpanggil mengeluarkan amaran dengan harapan menyekat khabar angin.
Khabar angin yang menular terbahagi kepada beberapa bentuk berita. Antaranya yang terawal mengatakan MH370 selamat mendarat di lapangan terbang Nanning China, ternyata ia tidak benar. Lagi teori mengatakan MH370 terhempas disaksikan oleh pekerja offshore pelantar minyak, ternyata tidak sahih setakat ini. Lagi teori MH370 meletup di udara sebelum terhempas, atas alasan tiada isyarat kecemasan.
Lagi teori kononnya MH370 berpatah balik ke KLIA tetapi menuju ke Pulau Pinang, maka operasi pencarian diluaskan ke selat Melaka. Teori patah balik ini hadir dari team radar TUDM, tetapi apabila ditanya mengapa objek besar ini tidak mampu dikesan melintasi banjaran titiwangsa, ia tidak terjawab. Ini menimbulkan soal yang lebih bahawa apabila memikirkan apakah ruang udara kita sebenarnya bebas dimasuki objek sebesar Boing 737 tanpa dikesan?
Akhir sekali yang terbaru setakat ini ialah pasukan penyelamat Filipina telah menemui bangkai MH370 dan mangsa terselamat dengan kasualiti minima dari jangkaan - ini tidak dapat dipastikan. Apapun, tidak salah mendoakan keajaiban.
Misi pencarian juga merungkap pelbagai perdebatan. Ketika banyak negara berlumba-lumba menghantar bantuan kepakaran dalam misi pencarian, kita masih berkira-kira untuk menghantar sepenuh kekuatan. Bila ada pihak yang merasakan inilah masanya kapal selam scorpene menunjukkan aksi seraya mengusulkan misi pertama kapal selam negara, dijawab pula oleh menteri kononnya Scorpene adalah kegunaan untuk berperang, bukan misi penyelamat.
Ya benar pak menteri, Scorpene itu kapal selam untuk perang, tapi jangan lupa bahawa lori askar untuk logistik perang juga diguna untuk hantar anak-anak anggota tentera ke sekolah. Apakah menteri tidak tahu kemampuan terbaik kapal selam ialah mengesan dan menjejak objek samada di permukaan laut mahupun di dasar laut melalui sistem kelengkapan sonar.
Negara seperti China dan Vietnam juga menghantar kapal kelas perang ke medan pencarian, mengapa kita berkira untuk menghantar Scorpene? Apakah Scorpene bernilai 7 bilion itu tidak cukup fit untuk beraksi? Atau tidak mampu menyelam?
Lebih malang apabila Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri dilaporkan bersantai di kem ILMU Janda Baik. Ini bukan khabar angin, laporan bergambar ini berpunca dari seorang menteri melalui update di laman sosialnya. Apalah nasib rakyat, dapat pemimpin serupa tidak berkat.
Ayuh kita imbas kembali, muhasabah diri. Apa yang sebenarnya sedang melanda negara hari ini?
Saya berhenti sejenak menulis selepas menjadi saksi kemenangan Lee Chong Wei sebentar tadi. Mujurlah tiada bik mama di sekitar. Lee Chong Wei menang straight set dan ini kejuaraan All England kali ketiga berturut-turut mengikut kata Hasbullah Awang. Saya agak kurang yakin dengan pengulas legenda ini, rasanya tahun lepas kejuaraan All-England perseorangan dimenang oleh Chen Long.
Saya pergi ke laman rumah untuk sesi berasap, tetapi belum pun dinyalakan api rokok, telah terhidu udara berjerebu yang berbau asap. Suasana begini masuk hampir sebulan, semakin teruk kualiti udara di hampir semua kawasan sejak akhir-akhir ini.
Jerebu, kemarau panjang, statistik kematian penyakit denggi yang menggila dan sebelum itu banjir besar melanda, adalah pakej musibah yang cukup besar. Ditambah pula tragedi MH370 di tarikh '703'. Apakah kita semua tidak sedar? Bala... Bala...
Boleh jadi, negara ini sudah hilang keberkatan apabila kita membiarkan kezaliman berlaku, juga apabila kita menghalalkan penipuan. Jangan kita sesekali lupa bahawa pemerintahan tanahair kita pada hari ini adalah berdasarkan kemenangan yang penuh dengan penipuan - menang dengan demokrasi yang digelapkan.
Maka, jangan kita hairan apabila bala ditumpahkan ke bumi ini sambung-menyambung selagi rakyatnya tidak bangkit membetulkan yang salah. Selagi kita berkompromi dengan penafian demokrasi lalu, mungkin selagi itu musibah akan berterusan.
Rumusannya, selagi kita terus berserah menerima pemerintahan yang ada hari ini, selagi kita bersetuju dengan kemenangan mereka yang kita tahu penuh penipuan itu, kita sebenarnya telah bersubahat.
Justeru itu, bangkitlah merebut semula hak kita, agar dikembalikan keberkatan dalam kenegaraan. Bangkitlah dengan berani, risiko harus diambil demi menamatkan kesengsaraan. Janganlah hanya berserah, apatah lagi bersubahat.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Sekian, Takziah buat semua keluarga mangsa tragedi MH370.
EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM
Post by Finestfina.
MH370: 10 pegawai China tiba di KLIA
- Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Hubungan Luar Konselor Republik Rakyat China, Guo Shao Chun (kanan) sejurus tiba di KLIA hari ini. - Foto Bernama
Pasukan itu diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsular Republik Rakyat China Guo Shao Chun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 8 malam ini.
Anggota pasukan itu terdiri pegawai polis, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar.
Guo berkata kedatangan pasukan mereka antara lain juga bertujuan menguruskan keperluan dan keselesaan waris penumpang pesawat MH370 dari negaranya.
"Kami juga datang ke sini untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai bagi kes ini, dan pada masa sama mempertingkat platform komunikasi antara kedua-dua negara," katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam ini.
Pasukan khas itu akan berpangkalan di Kedutaan Republik Rakyat China, Jalan Ampang di sini dan memulakan tugas mereka malam ini.
"Kita menggesa Malaysia agar mempercepat siasatan bagi menyelesaikan kes ini," kata Guo.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.
Pesawat itu membawa penumpang terdiri warganegara 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. - Bernama
Artikel Berkaitan
- Pasport palsu: 'Gantung tugas pegawai imigresen'
- MH370 'hilang' kerana kuasa tuhan
- 'Allahyarham tegas tapi penyayang'
- MH370: Ahli keluarga harap Puspanathan kembali
- MH370: Persatuan nelayan sedia salur maklumat
- DCA tidak tolak MH370 mungkin dirampas
- MH370: 10 pegawai China tiba di KLIA
- MH370: Vietnam berusaha bantu Malaysia
- Muat naik, kongsi status spekulasi satu kesalahan
- 'Serpihan itu sebenarnya seikat kayu'
Pendekar Musafir with Otai Reformasi Ori and 6 others
Raja Bomoh Dakwa MH370 'Tergantung' Antara Tiga Negara
(InfoSemasa)Raja Bomoh Dakwa MH370 'Tergantung' Antara Tiga Negara:
Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar
seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.
"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.
"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.
Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.
Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.
"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.
"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.
Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.
Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.
Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.
Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.
Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.
sumber
www.master-copylekat.blogspot.com/2014/03/infosemasaraja-bomoh-dakwa-mh370.html
dibawah aku sajikan serba sedikit mengenai
Hukum mempercayai bomoh
Bismillah...
Sesungguhnya Nabi SAW datang kepada masyarakat yang mempercayai pawang-pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib. Mereka berkata mampu mengetahui perkara ghaib yang akan datang atau yang lepas dengan cara mereka berhubung dengan jindan sebagainya. Rasulullah SAW memerangi perbuatan bomoh-bomoh seumpama ini dengan membacakan ayat: "Katakanlah Ya Muhammad, tidak ada yang mengetahui perkara yang ghaib samada di langit dan bumi melainkan Allah." (An-Naml: 65)
Allah telah menceritakan bahawa jin sendiri tidak tahu dengan kematian Nabi Sulaiman sehinggalah anai-anai memakan tongkat Nabi sulaiman a.s. dan Allah berfirman: "Kalaulah mereka (jin-jin Nabi Sulaiman) mengetahui perkara yang ghaib
nescaya mereka tidak berada dalam azab yang menghina (bekerja susah payah walaupun Nabi sulaiman sudah wafat)." (Saba: 14)
Dr Yusuf Qardawi berkata: "Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib maka dia telah
berbohong kepada Allah, kepada kebenaran dan kepada manusia."
Sesungguhnya telah tiba sekumpulan manusia bertemu dengan Nabi SAW, mereka menyangka baginda mengetahui perkara yang ghaib, lalu mereka menyembunyikan sesuatu di tangan mereka. Mereka bertanya "Beritahu kamu apa yang ada dalam tangan kami?" Nabi SAW menjawab dengan jelas: "Aku bukannya tok nujum atau pawang yang mengetahui benda yang ghaib. Sesungguhnya pawang atau tok nujum (yang mendakwa tahu perkara ghaib) berada dalam neraka." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Percaya dengan cakap-cakap bomoh, pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib adalah kekufuran. Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berjumpa dengan tok nujum dan bertanya sesuatu yang ghaib, lalu percaya dengan kata-kata mereka maka tidak diterima solatnya selama 40 hari"
(Hadis Riwayat Muslim)
Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berjumpa dengan bomoh atau tok nujum, lalu bertanya pada bomoh tentang sesuatu dan lelaki itu mempercayai apa yang bomoh beritahu tentang perkara-perkara ghaib maka dia telah kufur dengan ajaran Nabi Muhammad SAW." (Hadis Riwayat Bazzar-Jaid)
Nabi SAW pun tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Firman Allah SWT, "Katakanlah hai Muhammad, aku tidak mengatakan mempunyai khazanah-khazanah Tuhan, aku tidak mengetahui perkara yang ghaib..." (Al-Anam: 50)
Namun tersangat hairan pada masa sekarang ni bomoh-bomoh yang mendakwa perkara yang ghaib seumpama:
1. Mengetahui benda atau orang yang hilang.
2. menilik masa depan seseorang.
3. Mengetahui penyakit tanpa tertentu dan alat-alat moden.
Kebanyakan masyarakat mempercayai kata-kata bomoh ini. Ini sangat bahaya terhadap akidah mereka. Masyarakat perlu berhati-hati dengan kewujudan bomoh ini.
Adapun bomoh yang tidak mendakwa mengetahui perkara ghaib dan merawat hanya dengan Quran dan Sunnah maka ia dibenarkan.
Dipetik sepenuhnya dari
http://www.azwandengkil.blogspot.com/2011/04/hukum-mempercayai-bomoh.html?m=1

Tiada ulasan:
Catat Ulasan