Pesawat MH370 : Peniaga dakwa lihat cahaya terang menjunam ke laut pada pagi MH370 hilang
Dia mendakwa terlihat cahaya tersebut dari pintu belakang rumahnya yang bergerak ke arah laut menghala ke Bachok dari rumahnya yang disebut sebagai pelik.
"Selalunya pesawat yang melalui laluan di sini menggunakan laluan yang tetap tetapi pesawat yang ini tidak mengikuti laluan tersebut."
Beliau yang mendakwa melihat cahaya putih itu selama 5 minit sebelum cahaya tersebut menjunam. Namun dia tidak dapat memastikan adakah ianya pesawat memandangkan tiada kerdipan cahaya merah yang kelihatan.
Dia yang tidak mengendahkan hal tersebut masuk tidur selepas itu. Hanya
setelah mendengar khabar pesawat MAS hilang di radio, Alif Fathi Abdul
Hadi, 29, berbincang dengan ahli keluarga yang menyarankannya untuk
membuat laporan. - Kininewas
Terkini..
Dppkawasan Sik was tagged in HanTwo Disini's photo.
Di
saat negara kecil sekangkang kera menawarkan KAPAL SELAM mereka yg
mampu menjalankan operasi MENCARI DAN MENYELAMAT..ini jawapan PAK
MENTERI KAMU...#Allah sedang membuka AIB kamu wahai MALAYSIA...stanby ada lagi yg akan terbuka..STAY TUNE !!
Raja Muhaiyatdin Jamayah Raja Rizal Pemikir Pemikir Panji Pejuang Pejuang Rakyat Tuan Shamsuddin Tuan Mohamed
MH370: Govt open to using ‘bomohs’
However the method used much conform to islamic teaching said Minister Jamil Khir
SHAH ALAM: The government welcomes any help to trace missing Malaysia Airlines Flight MH370 including from “bomohs” (shamans) so long as their methods do not contravene Islam, said Minister in the Prime Minister’s Department Jamil Khir Baharom.
“We appreciate all help…but where it comes to mysticism, the methods used must conform to Islamic teachings,” he told reporters after attending the 35th National-level Quran Recital Programme here today.
The programme was opened by Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Jamil Khir was commenting on the case of Ibrahim Mat Zin, a well known local bomoh, who came to the KL International Airport today, claiming to be invited by one of the country’s top leaders, to help locate the missing plane using spiritual methods.
Ibrahim after performing a prayer at KLIA’s entrance said he thought the plane was still in the air or had crashed into the sea.
MAS Flight MH370, carrying 227 passengers, including two infants, and 12 crew, went missing en route from Kuala Lumpur to Beijing about an hour after taking off from the KL International Airport at 12.41am Saturday.
It should have landed in Beijing at 6.30 am but is still missing without any trace till now.
-Bernama
Post by My Islam Media.
Video: Pesawat Mendarat Setelah 35 Tahun Menghilang
Anehnya, setelah 35 tahun kemudian, tepatnya pada 12 Oktober 1980, pesawat ini mendarat di Porto Alegre, Brasil tanpa pemberitahuan terhadap menara kawalan Bandara.Ketika pintu pesawat dibuka, sejumlah orang tercengang melihat para penumpang pesawat tersebut yang berjumlah 92 orang itu telah kurus kering.
Menurut penelitian, pesawat ini merupakan pesawat Sandiego yang hilang dan telah kembali lagi. Menurut dugaan, pesawat ini telah melalui ruang 4 dimensi dan tersesat di black hole selama 35 tahun, sebelum akhirnya kembali mendarat.
Lihat video di bawah ini :
Cerita kedua pulak hampir sama dengan cerita pertama, dimana sebuah kapal yang hilang tapi kru-kru kapal dan penumpang kapal ditemukan semula beberapa puluh tahun kemudian, dan semua mangsa yang ditemukan dalam keadaan sihat dan sama seperti waktu mereka hilang walaupun ada antara mereka ni dah beratus tahun hilang.
Ada saintis mengatakan, Black Hole atau dimensi yang menyedut tu tak boleh dilihat oleh manusia, sebab ia ada pada dimensi yang dipisahkan oleh manusia sama seperti Jin dan makhluk-makhluk ghaib yang lain.
Percaya atau tidak, anda sendiri tentukan… yang pasti, dunia ini sememangnya penuh dengan misteri. Namun, jangan lupa, semua yang berlaku adalah kerana ketentuan Tuhan.
Dia yang maha mengetahui segala yang ada di muka bumi ini.
Buat pengakuan dalam bahasa Mandarin
SEPANG - Teori kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dikaitkan dengan perbuatan pengganas mendapat asas baharu semalam apabila sebuah kumpulan tidak dikenali bergelar Briged Berani Mati China (Chinese Martyrs Brigade) tampil mendakwa mereka bertanggungjawab dalam kejadian itu.
Spekulasi tersebut tersebar luas apabila sekumpulan wartawan di negara China menerima e-mel dalam bahasa Mandarin daripada kumpulan tersebut yang mendakwa mereka bertanggungjawab atas kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal itu.
Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengulas perkara itu berkata, siasatan setakat ini menunjukkan tiada bukti kukuh bahawa kehilangan pesawat MH370 itu mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut.
Penumpang guna pasport curi disyaki dari negara Asia Barat
|
KAJANG - Dua penumpang lelaki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dikesan menggunakan pasport curi disahkan bukan rakyat Malaysia atau rakyat China.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, salah seorang daripada penumpang itu sudah dikenal pasti namun beliau enggan mendedahkan dengan alasan belum masa untuk berbuat demikian.
"Semakan terhadap kedua-dua lelaki itu mendapati mereka bukan rakyat Malaysia dan kita juga percaya kedua-dua individu itu bukan etnik Uyghur dari Xinjiang, China," kata beliau kepada pemberita selepas taklimat Pilihan Raya Kecil DUN Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini semalam.
‘Minta pertolongan Allah’
Abdul Rahman berkata, orang ramai terutama keluarga mangsa diingatkan tidak bertindak keterlaluan dengan meratap berlebihan, sebaiknya berdoa serta melakukan solat hajat meminta pertolongan Allah.
Katanya, tindakan sesetengah pihak yang mahu meminta pertolongan daripada jin atau syaitan supaya pesawat berkenaan ditemui, boleh syirik kerana menyekutukan Allah.
“Sebagai umat Islam, kita perlu terima ketentuan Ilahi kerana setiap kejadian ada hikmahnya. Dalam situasi ini, usaha, doa serta tawakal perlu dilakukan orang ramai dan keluarga mangsa supaya dipermudahkan untuk menemui kembali pesawat terbabit.
KAKITANGAN MAS sebak ketika mengaminkan doa selepas menunaikan solat Hajat di Masjid KLIA.
“Tindakan mempertikaikan ketentuan Allah atau meminta pertolongan daripada jin atau syaitan, adalah syirik dan berdosa besar. Oleh itu, elak bertindak secara keterlaluan hingga boleh menyekutukan Allah,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.
MH370: Telefon berdering, tapi tiada jawapan
SHAH ALAM - Beberapa keluarga di China berjaya menghubungi ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat MH370.
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh media negara itu, terdapat sebilangan ahli keluarga yang berjaya menghubungi penumpang pesawat Boeing 777 tersebut namun tiada jawapan yang diterima oleh pemanggil.
Hal ini telah melahirkan pelbagai spekulasi sekali gus menjadikan kehilangannya sebagai satu misteri.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menetapkan fokus pencarian MH370 mendahului isu lain.
Menurutnya, isu keselamatan MAS atau isu pasport palsu bukanlah fokus utama pihak MAS buat masa kini.
"Kami masih menumpukan perhatian ke atas misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, itu fokus utama kami, jangan buat sebarang spekulasi.
"Buat masa ini, pihak kami telah menerima bantuan dari negara luar seperti Indonesia, USA, Australia, Vietnam, China, Thailand dan Singapura," katanya.
Katanya lagi, pasukan pencari telah meluaskan kawasan pencarian di perairan Laut China Selatan dan pihaknya sedang menunggu perkembangan misi mencari dan menyelamat tersebut.
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh media negara itu, terdapat sebilangan ahli keluarga yang berjaya menghubungi penumpang pesawat Boeing 777 tersebut namun tiada jawapan yang diterima oleh pemanggil.
Hal ini telah melahirkan pelbagai spekulasi sekali gus menjadikan kehilangannya sebagai satu misteri.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menetapkan fokus pencarian MH370 mendahului isu lain.
Menurutnya, isu keselamatan MAS atau isu pasport palsu bukanlah fokus utama pihak MAS buat masa kini.
"Kami masih menumpukan perhatian ke atas misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, itu fokus utama kami, jangan buat sebarang spekulasi.
"Buat masa ini, pihak kami telah menerima bantuan dari negara luar seperti Indonesia, USA, Australia, Vietnam, China, Thailand dan Singapura," katanya.
Katanya lagi, pasukan pencari telah meluaskan kawasan pencarian di perairan Laut China Selatan dan pihaknya sedang menunggu perkembangan misi mencari dan menyelamat tersebut.
Artikel Berkaitan
- Maritim tahan kapal asing berlabuh secara haram
- 'Berita' di media siber jejas imej kewartawanan
- Pasport palsu: 'Gantung tugas pegawai imigresen'
- MH370 'hilang' kerana kuasa tuhan
- 'Allahyarham tegas tapi penyayang'
- MH370: Ahli keluarga harap Puspanathan kembali
- MH370: Persatuan nelayan sedia salur maklumat
- DCA tidak tolak MH370 mungkin dirampas
- MH370: 10 pegawai China tiba di KLIA
- MH370: Vietnam berusaha bantu Malaysia
‘Saya lihat lampu pesawat’
Kelmarin, pengusaha bot memancing, Azid Ibrahim, 66, dari Jalan Kuala Besar, membuat laporan polis di Balai Polis Badang pada jam 5.15 petang dan semalam pula, peniaga, Alif Fathi Abdul Hadi, 29, dari Kampung Kadok, Ketereh, membuat laporan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tok Bali pada jam 11.30 pagi.
Bagi Azid dia sekadar memaklumkan kepada pihak berkuasa apa dilihatnya dengan harapan dapat membantu.
“Saya cuma memberitahu apa yang dilihat pada malam itu. Selepas kembali dari laut, saya hanya bercerita kepada rakan di kedai kopi dan seorang daripada mereka memaklumkan kepada polis,” katanya.
Azid mendakwa, dia melihat lampu pesawat terbang rendah kira-kira 14.4 kilometer dari Kuala Besar.
Katanya, kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu turut disaksikan rakannya yang mahu dikenali sebagai Pak Da Rahim.
“Saya hairan kerana ia terbang agak rendah, di bawah awan dalam arah laluan ke luar negara.
“Ketika saya dan Pak Da Rahim saja yang melihat kejadian manakala rakan lain yang turut berada di atas bot sedang tidur. Saya tidak pasti berapa ketinggian pesawat itu berada ketika itu kerana hanya melihat lampu pesawat sebesar buah kelapa.
“Selepas balik rumah pagi itu, saya mendapat tahu ada pesawat MAS hilang lalu membuat laporan polis,” katanya.
Kait ancaman di Taiwan
Kuala Lumpur: Maklumat mengenai ancaman serangan di China yang
diterima pihak berkuasa Taiwan minggu lalu kini dipercayai ada kaitan
dengan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dari Kuala
Lumpur ke Beijing, sejak Sabtu lalu.
Mengikut laporan laman web South China Morning Post, semalam, Ketua Biro Keselamatan Kebangsaan Taiwan Tsai De-sheng memberitahu, pihaknya menerima maklumat rancangan serangan ke atas lapangan terbang Beijing dan sistem kereta api bawah tanah kepada pihak berkuasa China.
“Maklumat itu diperoleh pada 4 Mac lalu. Ada kemungkinan kecil maklumat itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia,” katanya.
Kelmarin, seorang pegawai China Airlines berkata, amaran berkenaan diterima daripada seorang lelaki mendakwa bekerja dengan sebuah pertubuhan antipengganas di Perancis.
Syarikat terbabit juga mengesahkan panggilan berkenaan diterima pada 4 Mac dan disalurkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam serta Polis Udara Taiwan.
Berikutan itu, Presiden Taiwan Ma Ying-jeou mengarahkan kementerian pertahanan dan pengawal pantai menghantar pesawat udara dan kapal ke perairan Laut China Selatan bagi membantu operasi mengesan kapal terbang MH370.
Pada 3 Mac pula, China Airlines mengedarkan pekeliling kepada semua kakitangannya mengenai ‘risiko signifikan serangan pengganas dan tindakan ketenteraan terhadap penerbangan.’
Harian Metro, semalam melaporkan pihak berkuasa kini meluaskan skop siasatan termasuk unsur pembabitan pengganas selepas mengesan dua penumpang menggunakan pasport milik orang lain di dalam pesawat MH370.
Sumber memberitahu Harian Metro, dua lelaki terbabit dikesan masuk ke negara ini pada 28 Februari lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.30 malam dengan menaiki pesawat Qatar Airways QR849 dari Doha, Qatar.
Akhbar The Nation di Thailand pula melaporkan satu kumpulan menggelar diri mereka Briged Syuhada China mengaku bertanggungjawab mensabotaj pesawat MH370 yang gagal dikesan selepas berlepas pagi Sabtu lalu.
Menurut laporan akhbar berkenaan semalam, kumpulan yang tidak pernah didengar namanya itu menghantar kenyataan menggunakan format PDF kepada pelbagai wartawan China, kelmarin.
Tak cukup dengan kehilangan MH370, muncul pula macam-macam bomoh khurafat dengan pelbagai aksi yang memperbodohkan diri sendiri, bahkan juga boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terutama non-muslim terhadap Islam. Mereka mempergunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan selekeh. Ingatlah bahawa segala yang bodoh dan tahyul itu bukan ajaran Islam.
Mengikut laporan laman web South China Morning Post, semalam, Ketua Biro Keselamatan Kebangsaan Taiwan Tsai De-sheng memberitahu, pihaknya menerima maklumat rancangan serangan ke atas lapangan terbang Beijing dan sistem kereta api bawah tanah kepada pihak berkuasa China.
“Maklumat itu diperoleh pada 4 Mac lalu. Ada kemungkinan kecil maklumat itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia,” katanya.
Kelmarin, seorang pegawai China Airlines berkata, amaran berkenaan diterima daripada seorang lelaki mendakwa bekerja dengan sebuah pertubuhan antipengganas di Perancis.
Syarikat terbabit juga mengesahkan panggilan berkenaan diterima pada 4 Mac dan disalurkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam serta Polis Udara Taiwan.
Berikutan itu, Presiden Taiwan Ma Ying-jeou mengarahkan kementerian pertahanan dan pengawal pantai menghantar pesawat udara dan kapal ke perairan Laut China Selatan bagi membantu operasi mengesan kapal terbang MH370.
Pada 3 Mac pula, China Airlines mengedarkan pekeliling kepada semua kakitangannya mengenai ‘risiko signifikan serangan pengganas dan tindakan ketenteraan terhadap penerbangan.’
Harian Metro, semalam melaporkan pihak berkuasa kini meluaskan skop siasatan termasuk unsur pembabitan pengganas selepas mengesan dua penumpang menggunakan pasport milik orang lain di dalam pesawat MH370.
Sumber memberitahu Harian Metro, dua lelaki terbabit dikesan masuk ke negara ini pada 28 Februari lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.30 malam dengan menaiki pesawat Qatar Airways QR849 dari Doha, Qatar.
Akhbar The Nation di Thailand pula melaporkan satu kumpulan menggelar diri mereka Briged Syuhada China mengaku bertanggungjawab mensabotaj pesawat MH370 yang gagal dikesan selepas berlepas pagi Sabtu lalu.
Menurut laporan akhbar berkenaan semalam, kumpulan yang tidak pernah didengar namanya itu menghantar kenyataan menggunakan format PDF kepada pelbagai wartawan China, kelmarin.
Citizent Emzet shared DrMAZA.com's status update.
Tak cukup dengan kehilangan MH370, muncul pula macam-macam bomoh khurafat dengan pelbagai aksi yang memperbodohkan diri sendiri, bahkan juga boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terutama non-muslim terhadap Islam. Mereka mempergunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan selekeh. Ingatlah bahawa segala yang bodoh dan tahyul itu bukan ajaran Islam.
Jitra: “Saya mimpi adik pulang dalam keadaan selamat dan wajahnya berseri-seri dan saya berdoa mimpi itu menjadi kenyataan,” kata Andrew Jee.
Andrew, 42, abang kepada, Jee Jing Hang, 41, seorang daripada 239 penumpang termasuk 12 kru pesawat MAS MH370 yang dilaporkan hilang selepas gagal dikesan kira-kira jam 2.40 pagi, Sabtu lalu.
Menurutnya, mereka sekeluarga terutama ibu dan bapanya, Tam Giat Gua, 68, dan Jee Teik Min, 75, tidak pernah ketinggalan menonton berita terkini di televisyen untuk mengetahui keadaan semasa mengenai kehilangan pesawat Kuala Lumpur ke Beijing itu.
“Kami sekeluarga berharap ada berita gembira dilaporkan walaupun sudah tiga hari pesawat itu masih gagal dikesan meskipun usaha mencarinya giat dijalankan.
“Sebagai abang sulung, naluri hati saya kuat mengatakan adik dan semua penumpang termasuk 12 anak kapal pesawat itu masih dalam keadaan selamat kerana belum ada penemuan atau petunjuk mengatakan pesawat itu terhempas,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Andrew berkata, sejak kehilangan pesawat itu dilaporkan, mereka sekeluarga tidak dapat melelapkan mata setiap malam, malah asyik menonton berita di televisyen sehingga awal pagi untuk mengikuti perkembangan terbaru kejadian itu.
Katanya, disebabkan insiden itu, dia terpaksa mengambil cuti untuk menemani keluarganya dan menunggu sehingga pesawat MH370 itu ditemui.
“Macam-macam kemungkinan bermain di fikiran, tetapi saya tabahkan hati untuk menerima apa yang berlaku kerana Jing Hang satu-satunya adik saya dan dia seorang yang sangat baik.
“Sebelum ini, adik saya sering berurusan ke luar negara, tetapi ini kali pertama dia ke Beijing malah dia sangat gembira ketika memberitahu ibu saya hajatnya untuk ke sana sehari sebelum kejadian,” katanya.
Andrew berkata, adik bongsu daripada dua beradik itu yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan memberitahu mahu ke Beijing, China untuk bercuti bersama rakannya tetapi ketika itu langsung tiada sebarang perubahan berlaku pada dirinya.
Minta doa selamat sampai
Keluarga tiga daripada mereka semalam berkumpul di rumah bapa seorang daripada penumpang terbabit, Firman Chandra Siregar, 24, di Medan, Sumatera Utara.
Bapa Firman, Chrisman Siregar berkata, mereka berharap pesawat berkenaan dapat dikesan segera supaya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Kata Chrisman, dia menghantar mesej pesanan ringkas kepada Firman kira-kira jam 11.20 malam Jumaat lalu - sejurus sebelum pesawat berkenaan berlepas dari Kuala Lumpur.
“Firman membalas mesej saya dengan memberitahu dia berada dalam pesawat dan akan berangkat tidak lama lagi.
“Saya menasihatinya supaya berdoa supaya selamat sampai ke destinasi,” katanya.
IBU Firman (kanan) ditenangkan saudara-mara di rumah mereka di Medan, semalam.
Kata Chrisman, Firman pergi ke Beijing kerana dia bertugas di ibu negara China itu “Saya cuba menghubungi telefon Firman pada Ahad (kelmarin) kira-kira jam 6 pagi tetapi ia tidak dijawab,” katanya.
Firman - lepasan Institut Teknologi Bandung pada 2011 - bekerja dengan sebuah syarikat minyak di Abu Dhabi sebelum menerima tawaran syarikat perkhidmatan petroleum Eropah.
Dua lagi warga Medan yang berada dalam pesawat berkenaan ialah pasangan suami isteri Sugianto Lo, 47, dan Vinny Chynthya Tio, 47.
Empat penumpang lain yang berasal dari Medan ialah Ferry Indra Suadaya, Herry Indra Suadaya, Indra Suria Tanurisam dan Willy Surijanto Wang.
Kelmarin, polis mengambil contoh DNA keluarga Firman sebagai persediaan.
Sementara itu warga Belanda kelahiran Indonesia, Surti Dahlia Simanjuntak, 50, juga berada dalam pesawat MH370 itu.
- Agensi
‘Kami terima qadak dan qadar’
Bagaimanapun, Selamat berkata, keluarganya tetap berharap suatu keajaiban akan berlaku dalam tempoh masa terdekat biarpun menyedari perkara itu mungkin mustahil.
Dia yang juga bapa kepada Mohd Khairul Amri, 29, antara 239 penumpang MH370 yang berada di dalam pesawat itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya kerajaan yang amat prihatin terhadap keadaan waris penumpang penerbangan terbabit.
“Apa yang dilakukan oleh kerajaan sudah terbaik. Menyediakan pasukan perubatan khas, khidmat kaunseling dan pelbagai lagi untuk kami memandangkan dalam situasi ini keadaan emosi waris agak tidak stabil.
“Selain itu, pihak berkaitan turut menyalurkan maklumat terkini kepada kami berkenaan perkembangan operasi mencari dan menyelamat yang sedang giat dilaksanakan,” katanya ketika ditemui media di sini, semalam.
Difahamkan, Selamat dan dua isterinya berada di hotel di sini sejak kelmarin untuk mengetahui perkembangan anaknya dan penumpang lain.
Interpol simpan rekod
Memetik kenyataan yang dikeluarkan laman web Interpol, data dua pasport berkenaan disimpan di dalam Pangkalan Data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol.
Interpol memberitahu, semakan melalui SLTD mendapati dua pasport milik warga Austria dan Itali itu dilaporkan dicuri di Thailand pada 2012 dan 2013.
Kenyataan itu berkata, Interpol kini sedang giat menjalankan pemeriksaan ke atas semua pasport penumpang yang menaiki penerbangan MH370 kerana terdapat kemungkinan pasport lain juga dilaporkan dicuri.
PESAWAT
tentera udara Amerika Syarikat MH-60R Sea Hawk mendarat di Kapal
Destroyer USS Pinck Ney (DDG-91) selepas membuat rondaan mengesan
pesawat penerbangan
MH370 di Teluk Siam, semalam.
“Interpol kini sedang berhubung dengan Biro Pusat Kebangsaan negara masing-masing (Austria dan Itali) yang bagi mengenal pasti identiti sebenar penumpang yang menggunakan pasport curi berkenaan ketika menaiki pesawat MH370,” menurut kenyataan itu.
Setiausaha Agung Interpol Ronald K Noble berkata, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai kaitan antara pasport curi dan misteri kehilangan pesawat berkenaan, bagaimanapun ia sesuatu yang membimbangkan jika ada antara penumpang menaiki penerbangan antarabangsa menggunakan pasport curi.
Sumber memberitahu Harian Metro, Interpol kini turut menyemak semua pasport penumpang dan mengakses sistem Imigresen Malaysia berkaitan pasport kerana dikhuatiri terdapat individu lain menggunakan pasport curi.
Dalam perkembangan membabitkan kes curi identiti dua individu yang menaiki pesawat MH370, sumber berkata, pasukan keselamatan Malaysia yang dibantu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kini sedang menyiasat sindiket mencuri dan menjual pasport yang dipercayai beroperasi dan berpangkalan di Thailand.
“Sindiket yang beroperasi di Thailand itu dilapor menyasarkan warga asing seperti pelancong sebelum mencuri pasport milik mereka. Ia (mencuri) dilakukan sama ada kaedah samun ataupun seluk saku.
Operasi diperluaskan ke lapan kawasan berlainan
Bermula dengan penemuan tompokan minyak, serpihan pesawat dan rakit keselamatan pesawat namun maklumat itu tidak dapat disahkan sehingga kini.
Malah tompokan minyak ditemui itu bukannya seperti dilaporkan sebaliknya ia hanya beting pasir.
Perang maklumat melalui media sosial berkenaan memeningkan kepala pihak berkuasa Vietnam kerana mereka perlu menyiasat setiap maklumat.
Penolong Pengarah Jabatan Perhubungan Luar Kementerian Luar Negara Vietnam Doan Tuan Linh berkata, segala maklumat yang diterima itu akan disahkan terlebih dulu pusat operasi kecemasan di Phu Quoc.
“Setakat ini tiada maklumat terkini untuk anda.
Kami bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas pesawat MH370.
“Kerja mencari pesawat malang itu masih diteruskan dan berpusat di Pulau Phu Quoc.
Namun tiada sebarang kesan ditemui,” katanya ketika ditemui media Malaysia di sini, semalam.
Hadir sama Konsul Besar Malaysia Shazryll Zahiran.
Sementara itu, Shazryll berkata, pihaknya dimaklumkan kerja mencari pesawat berkenaan diperluaskan ke lapan kawasan berlainan di perairan selatan Vietnam.
Namun sehingga kini tiada perkembangan terbaru dilaporkan.
Penumpang `hantu' bukan orang Asia
"Kami berulang kali melihat semua gambar video, mereka tidak menyerupai lelaki Asia," katanya pada sidang akhbar - taklimat terakhir dari pihak berkuasa
Malaysia untuk hari ini.
Azharuddin enggan menjawab pertanyaan sama ada lelaki itu mempunyai rupa Afrika, tetapi menyatakan hal itu masih disiasat oleh pakar keselamatan.
"Ada kemungkinan wujud sindiket pasport curi," kata beliau.
Azharuddin berkata radius operasi mencari Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines itu diperluaskan dari 50 batu nautika kepada 100 batu nautika dalam
kawasan laut Igari hingga ke Sumatra Utara di kawasan darat.
Beliau berkata, operasi itu yang masih dipanggil operasi mencari dan menyelamat selepas masuk hari ketiga, dijalankan `dari blok ke blok'.
"Kapal dan pesawat ditugaskan meliputi setiap blok. Seterusnya kita akan perluaskan lagi (kawasan liputan)," kata beliau.
Terdapat dua kawasan carian utama. Satu di pantai timur Semenanjung Malaysia, satu lagi di Selat Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan