MH370: Fikirkan langkah seterusnya
- Mar 10, 2014
- HAMBALI AKRAM
Saya simpati kepada keluarga yang terbabit dan hanya mampu berdoa agar usaha mencari dan menyelamat beroleh hasilnya.
Namun, di sebalik semua usaha ini, saya mencadangkan sama ada kerajaan Malaysia atau MAS menyediakan pelan jangka panjang jika usaha mencari pesawat ini menemui jalan buntu. Hal ini kerana, jika status pesawat ini “hilang” dan kesemua penumpangnya juga berstatus “hilang” adakah keluarga mereka berhak memperoleh insurans yang dibeli sebelum ini?
Bagaimana pula dengan harta milik penumpang pesawat tersebut? Adakah boleh difaraid atau sebagainya. Bagaimana dengan pinjaman bank, kad kredit, ansuran kereta dan sebagainya?
Jika statusnya “sudah meninggal dunia”, tentunya perkara ini tidak menjadi begitu rumit untuk diselesaikan. Mungkin ada yang beranggapan terlalu awal untuk memperkatakan perkara ini namun apa salahnya jika diutarakan demi kebaikan keluarga yang terbabit.
Sekurang-kurangnya jaminan ini mampu meredakan sedikit tekanan yang dihadapi keluarga tersebut.
Secara peribadi saya tentunya mahu kesemua penumpang ini selamat ditemui, namun dalam kebanyakan kes nahas udara kita wajar juga bersiap-sedia dari segi mental dan fizikal menerima berita paling buruk.
Yang mampu saya simpulkan ialah – bersabar dan berdoalah. Saya percaya, rakyat Malaysia yang lain turut ternanti-nanti berita positif tentangnya.
MH370: Bagasi 5 orang tidak naiki pesawat 'bersih'
- Mar 10, 2014
- HARAKAHDAILY
“Kami telah memindahkan bagasi mereka. Setiap bagasi itu direkodkan dan diberikan nombor siri unik supaya bagasi yang betul dikeluarkan daripada pesawat,” kata Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Mengenai laporan dua penumpang menaiki pesawat itu menggunakan pasport curi, beliau berkata butirannya tidak boleh didedahkan pada ketika ini kerana ia mungkin menjejaskan penyiasatan.
Azharuddin berkata pihak berkuasa relevan sedang menyiasat kes itu dan mereka turut melihat rakaman video kedua-dua penumpang itu.
“Sebaik sahaja kami mendapat sebarang laporan daripada pihak berkuasa, kami akan maklumkan apa yang telah dikumpul oleh pasukan pakar," katanya dalam sidang akhbar.
Azharuddin berkata anggota keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) telah mematuhi standard antarabangsa dan memenuhi semua syarat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.
"...dan kami mempunyai Program Penerbangan Awam Kebangsaan yang kami perlu patuhi. DCA telah menjalankan audit ke atas KLIA dan kami telah diaudit oleh pentadbiran keselamatan pengangkutan Amerika Syarikat dan pejabat keselamatan Australia," katanya.
Beliau berkata pihak berkuasa Malaysia telah bertindak secara betul dalam kes ini, walaupun ia bukan tugas mudah.
"Pakar-pakar di seluruh dunia juga menyatakan bahawa kawasan yang kami perlu liputi amat luas; kami semua perlu bekerjasama untuk mencari pesawat itu," katanya.
Ditanya sama ada terdapat tempoh masa ditetapkan bagi operasi mencari, Azharuddin berkata, tiada.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata mereka sedang membuat persediaan bagi anggota keluarga terdekat penumpang Penerbangan MH370 dari China diterbangkan ke Kuala Lumpur sama ada hari ini atau esok.
"Kami menawarkan kepada dua anggota keluarga terdekat setiap penumpang diterbangkan sama ada hari ini atau esok dan tiga lagi anggota keluarga terdekat diterbangkan kemudian," katanya.
Penerbangan MH370 MAS, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas kira-kira sejam berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - Bernama
Kapal Selam Malaysia: Mana satu yang betul?
Posted on Monday, March 10 @ 18:59:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Bila dipertikaikan kenapa Malaysia tak hantar kapal selam untuk usaha mencari MH370 didasar laut, ramai macai UMNO @ BN jawab kapal selam Malaysia adalah kapal selam tempur bukan untuk misi mencari dan menyelamat.
Aku rasa macam tak percaya aje? UMNO @ BN ni kalau tak bohong bukan namanya UMNO @ BN. Sebab itu berita-berita di Malaysia banyak kena buat semakan semula, bukan apa takut kena kelentong darat kering.
Aku ambil petikan berita 3 September 2009 dulu semasa kecoh pasal kapal selam yang harga terlalu tinggi. Macam UMNO @ BN tulis kononnya kapal ini bukan sahaja boleh bertempur malah boleh menyelamat dan mencari. (lihat garis merah kuning)
Tapi sekarang mahu tipu ya??
Mana satu yang betul?
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com
Tompokan minyak bukan daripada MH370
Posted on Monday, March 10 @ 18:33:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Sampel minyak diambil daripada tompokan di perairan Laut Cina Selatan semalam bukan daripada pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu lalu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam.
"Keputusan analisa adalah negatif, ia bukan berasal daripada MH370.
"Sampel itu didapati sebagai kegunaan bahan bakar tongkang atau kapal laut," katanya kepada media di ibu pejabat APMM, Pasir Puteh hari ini.
Kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum ini mengesan tumpahan minyak sekitar 20 batu nautika ke utara daripada lokasi terakhir pesawat MH370 Malaysia Airlines.
Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish, yang menyertai misi mencari pesawat berkenaan berkata pasukan mencari menemui "dua atau tiga" tompokan minyak dalam anggaran 16 kilometer berwarna kekuningan sekitar jam 11 pagi pada Ahad.
"Sebuah kapal dihantar ke lokasi tumpahan untuk mengambil sampel untuk diuji sama ada ia datang dari pesawat itu," kata Mohd Amdan kepada The Star sebelum ini. -
TMI
10 Mac, 2014
Misteri Kehilangan MH370: DCA Tidak Tolak Kemungkinan Ia Dirampas
Posted on Monday, March 10 @ 17:28:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) masih tidak menolak sepenuhnya kemungkinan pesawat MH370 telah dirampas oleh pengganas.
Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pada peringkat ini, pihaknya masih melihat kepada kesemua kemungkinan dan tidak hanya terhadap beberapa aspek tertentu sahaja.
“Wujud juga persoalan kapal tersebut dirampas, yea, kita tidak menolak kemungkinan (rampasan) kerana kita sedang melihat kepada semua kemungkinan,” katanya pada sidang akhbar harian di Sepang, sebentar tadi.
Kemungkinan berlaku serangan pengganas di udara tidak ditolak kerana wujud dua penumpang misteri yang mengembara menggunakan pasport curi milik pihak lain.
Bagaimanapun, andai benar berlakau rampasan, setakat ini belum ada sebarang tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak.
Malah, secara jujur, agak sukar untuk dikatakan ia dirampas kerana sudah pasti ia akan muncul di radar banyak negara andai ia diterbangkan ke arah lain.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan.
10 tanda tanya berkenaan kehilangan pesawat MAS MH370
Posted on Monday, March 10 @ 17:26:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pesawat MH370 Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara di Malaysia pada awal pagi Sabtu lalu dan menyebabkan gerakan mencari dan menyelamat besar-besar telah dilakukan melibatkan pelbagai negara.
1. Siapa yang berada di dalam penerbangan MH370?
Terdapat 227 penumpang termasuk 153 warganegara China dan 38 rakyat Malaysia. Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua 12 anak kapalmerupakan rakyat Malaysia.
Daripada kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu, 19 daripadanya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur.
Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakan pasport curi.
2. Bilakah kali terakhir pesawat itu dikesan?
Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630. Pengawal trafik udara terputus hubungan pada jam 0130.
3. Di mana pesawat ini menghilang?
Pesawat ini menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.
Tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat ini dipercayai cuba berpatah balik dari jalan yang dijadualkan berkemungkinan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
4. Di mana misi mencari dilakukan?
Tumpuan misi mencari MH370 adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China Selatan.
Kini diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan juga sekitar Laut Andaman.
5. Wujud teori berkaitan kehilangan pesawat ini?
Faktor yang diberi perhatian ialah keadaan cuaca yang kurang baik, kesilapan juruterbang dan juga kelayakan terbang.
Keadaan cuaca ketika penerbangan ini dilaporkan baik. Juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan dan mula bertugas sejak 1981.
Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200 pula merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden. Pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun 2012 tetapi telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula. Kali terakhir pemeriksaan dilakukan adalah pada 10 hari lalu.
6. Adakah kemungkinan berlakunya serangan pengganas?
Pihak MAS tidak menolak sebarang teori. Namun, pegawai di Amerika Syarikat yang menghantar penyiasat FBI berkata tiada bukti berkaitan serangan pengganasbuat masa ini.
Kehadiran 2 penumpang dengan pasport curi adalah pelanggaran undang-undang tetapi ia lebih berkisar kepada isu pemedagangan manusia.
Sebelum ini, penerbangan Air India yang terhempas di Mangalore pada 2010 sewaktu dalam perjalanan ke Dubai telah mengakibatkan kehilangan 158 nyawa dan 10 penumpang dengan pasport palsu telah dikenalpasti.
7. Mampukah pesawat moden lenyap tanpa meninggalkan jejak?
Pesawat Air France dalam penerbangan dari Brazil ke Perancis hilang di Lautan Pasifik pada 1 Jun 2009 yang mengakibatkan kesemua 228 orang turut hilang.
Serpihan pesawat itu dikesan pada hari berikutnya tetapi mengambil masa hampir 2 tahun untuk mencari kotak hitam pesawat dan juga mayat fiuslaj yang tenggelam ke dasar laut. Perairan di Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah lebih cetek berbanding Lautan Atlantik.
Perakam penerbangan atau kotak hitamberkeupayaan untuk memancarkan isyarat ultrasonik yang boleh dikesan walaupun di dalam air. Pada keadaan yang baik, isyarat ini boleh dikesan beberapa ratus kilometer jauhnya.
Tanpa mengetahui trajektori kapal terbang menjunam mahupun pemahaman mengenai kelajuan angin dan juga keadaan ombak, pasukan mencari dan menyelamat terpaksa melakukan carian pada kawasan yang lebih luas.
8. Dikatakan pesawat MH370 cuba berpatah balik ke KLIA sebelum pergerakkannya hilang dari radar, adakah pesawat mengalami masalah?
Berdasarkan rakaman radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memang terdapat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum komunikasinya terputus.
Namun, sehingga kini tidak diketahui permasalahan yang berlaku yang menyebabkan pesawat tersebut cuba berpatah balik.
9. Apakah negara-negara yang terlibat dalam usaha gerakan mengesan dan menyelamat ini?
Selain Malaysia, gerakan besar-besaran ini juga turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australiadan Amerika Syarikat.
Operasi pencarian ini melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan dari pelbagai cabang udara, laut dan darat termasuk juga penglibatan agensi penguatkuasaan maritim dan polis dari negara-negara yang terlibat.
10. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat MH370?
Sebarang informasi rasmi dan terkini boleh diikuti menerusi laman Facebook dan Twitter Penerbangan Malaysia (@MAS), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengesan pesawat MH370.-Astro Awani
Pintu, ekor pesawat sah bukan milik MH370
Posted on Monday, March 10 @ 16:31:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pegawai daripada Vietnam mengesahkan bahagian yang ditemui dalam misi pencarian MH370 tidak berasal daripada pesawat itu.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Azaharuddin Abdul Rahman melaporkan penemuan itu hari ini, lapor Bernama.
Sebelum itu, pasukan pencarian Vietnam melaporkan penemuan apa yang mereka percaya sebagai pintu dan ekor pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak Sabtu pagi.
Bahagian itu kemungkinan pintu dalam komposit dan sebahagian ekor pesawat, lapor The Wall Street Journal.
MAS dilapor sebagai tidak dimaklumkan berhubung penemuan itu.
The Wall Street Journal memetik posting dalam laman web kementerian penerangan dan komunikasi Vietnam.
Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat menemui artikel itu dalam kedua-dua bahasa sama ada bahasa tempatan atau Inggeris melalui carian pada jam 9 pagi.
Dilaporkan bahagian itu ditemui 50 batu daripada Barat daripada Daya Pulau Chu di Vietnam Selatan.
Dikatakan juga Vietnam tidak dapat mendaratkan pesawat air berdekatan kawasan itu untuk mengesahkan sama bahagian itu berpunca daripada pesawat yang hilang. - MK
MH370: Tenang dan teruslah berharap pada KetentuanNya
Posted on Monday, March 10 @ 16:24:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Saya
meminta semua pihak agar bertenang dan memberi ruang seluasnya kepada
pihak kerajaan dan autoriti untuk menjalankan tugas dengan lebih
sistematik.
Saya
mengucapkan terima kasih kepada pihak media kerana sentiasa melaporkan
perkembangan insiden ini kepada seluruh rakyat Malaysia dari masa ke
semasa.
Saya
juga berharap agar kita semua berhati-hati dalam mengeluarkan
kenyataan berhubung kemungkinan berlaku ancaman teroris dan letupan
meskipun ia telah banyak dilaporkan menerusi media seperti Al - Jazeera
dan The Guardian. Perkara ini boleh mengundang implikasi negatif
pelbagai negara dan melibatkan isu keselamatan diperingkat
antarabangsa. Kementerian Pertahanan juga harus memberi penjelasan
berhubung isu ini.
Saya
mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia berkongsi rasa kesedihan dengan apa
yang berlaku dan mendoakan agar semua waris keluarga dapat terus
bersabar. Saya menggesa seluruh Pemuda PAS terus-menerus menunaikan
solat hajat dan bermunajat kepada Allah atas insiden ini.
Yang Benar,
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin,
Naib Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin,
Naib Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
MH 370 - Adakah UFO rampas pesawat ini?
Posted on Monday, March 10 @ 16:18:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
" Sudah lebih 70 jam ,kapalterbang MASMH 370 belum dijumpai. Berikut petanda-petanda berlaku :
- Radar Militari kesan kapalterbang patah balik ke KLIA.
- Menteri Askar sepupu PMNajib kata kemungkinan kapalterbang buat U turn ke KLIA.
- Tentera Vietnam kesan tompokan minyak di laut.
- Pentagon mengesahkan tiada letupan berlaku di laut.
- Nelayan Kelantan nampak kapalterbang terbang rendah di Laut China Selatan.
Kemungkinan dan andaian terjadi :
a) Terhempas di hutan Vietnam atau hutan Malaysia(banjaran Titiwangsa?).
b) Mendarat cemas di pulau-pulau Vietnam.
c) Terhempas di Laut China Selatan hingga terbenam 3 km di dasar laut.
d) Dirampas dan diarah mendarat di suatu tempat terpencil samada Vietnam,Malaysia atau China.
e) "Disembunyikan" oleh UFO,Jin atau makhluk asing.
Kesimpulannya,kecanggihan manusia tidak dapat menandingi Kebesaran dan Kekuasaan Allah Taala.
MH 370 - Adakah UFO rampas pesawat ini?"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokpepijat
Posted on Monday, March 10 @ 16:18:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Posted on Monday, March 10 @ 16:18:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
" Sudah lebih 70 jam ,kapalterbang MASMH 370 belum dijumpai. Berikut petanda-petanda berlaku :
- Radar Militari kesan kapalterbang patah balik ke KLIA.
- Menteri Askar sepupu PMNajib kata kemungkinan kapalterbang buat U turn ke KLIA.
- Tentera Vietnam kesan tompokan minyak di laut.
- Pentagon mengesahkan tiada letupan berlaku di laut.
- Nelayan Kelantan nampak kapalterbang terbang rendah di Laut China Selatan.
Kemungkinan dan andaian terjadi :
a) Terhempas di hutan Vietnam atau hutan Malaysia(banjaran Titiwangsa?).
b) Mendarat cemas di pulau-pulau Vietnam.
c) Terhempas di Laut China Selatan hingga terbenam 3 km di dasar laut.
d) Dirampas dan diarah mendarat di suatu tempat terpencil samada Vietnam,Malaysia atau China.
e) "Disembunyikan" oleh UFO,Jin atau makhluk asing.
Kesimpulannya,kecanggihan manusia tidak dapat menandingi Kebesaran dan Kekuasaan Allah Taala.
MH 370 - Adakah UFO rampas pesawat ini?"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokpepijat
Posted on Monday, March 10 @ 16:18:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pelbagai Teori Mengenai Pesawat Hilang MH370
Posted on Monday, March 10 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
PETALING JAYA: Sama ada dengan sedikit kemajuan atau langsung tiada kemajuan dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang, banyak teori dikemukakan mengenai misteri kehilangannya.
Timbul syak bahawa pesawat dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 orang di dalamnya, mungkin telah dirampas atau dibom selepas dua penumpang didapati menggunakan pasport yang dicuri.
'Reuters' melaporkan bahawa terdapat kemungkinan pesawat berkecai ketika dalam penerbangan.
Ia memetik sumber dari mereka yang terlibat dalam siasatan di Malaysia sebagai berkata: "Apabila kita tidak dapat menemui mana-mana serpihan setakat ini, ia nampaknya menunjukkan hakikat bahawa pesawat itu mungkin telah hancur pada ketinggian kira-kira 35,000 kaki. Pasukan pencari dijangka akan memberi tumpuan kepada mencari kerja-kerja mencari dan mengkaji serpihan."
"Jika pesawat itu menjunam dari ketinggian seperti itu, ia akan pecah disebabkan tekanan dengan air," kata sumber itu yang tidak boleh dinamakan kerana beliau tidak dibenarkan untuk bercakap secara terbuka mengenai siasatan.
Beliau berkongsi perkara ini tidak lama sebelum pihak berkuasa Vietnam berkata kapal terbang tentera mereka telah mengesan objek di laut disyaki bahagian pesawat yang hilang.
Ditanya mengenai kemungkinan letupan seperti bom, sumber itu berkata masih tidak ada bukti terdapat unsur jenayah dan pesawat itu juga berkemungkinan pecah kerana masalah mekanikal.
Pihak berkuasa berkata adalah terlalu samar untuk memastikan jika objek itu adalah sebahagian daripada kapal terbang yang hilang dan yang pasti lebih banyak pesawat akan dihantar ke kawasan tersebut, di perairan selatan Vietnam, pada Isnin.
"Kami menerima maklumat bahawa pesawat kami menemui dua objek yang pecah, seolah-olah seperti serpihan kapal terbang, kira-kira 50 batu (80km) ke selatan- barat Pulau Tho Chu," kata seorang pegawai Vietnam.
Pegawai Malaysia sebelum ini berkata masih tiada sebarang bangkai yang dijumpai.
Satu teori yang 'lebih jahat' timbul selepas seorang penulis blog Cina mendakwa bahawa "satu kumpulan minoriti Islam" mendakwa bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat.-mstar
Posted on Monday, March 10 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
PETALING JAYA: Sama ada dengan sedikit kemajuan atau langsung tiada kemajuan dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang, banyak teori dikemukakan mengenai misteri kehilangannya.
Timbul syak bahawa pesawat dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 orang di dalamnya, mungkin telah dirampas atau dibom selepas dua penumpang didapati menggunakan pasport yang dicuri.
'Reuters' melaporkan bahawa terdapat kemungkinan pesawat berkecai ketika dalam penerbangan.
Ia memetik sumber dari mereka yang terlibat dalam siasatan di Malaysia sebagai berkata: "Apabila kita tidak dapat menemui mana-mana serpihan setakat ini, ia nampaknya menunjukkan hakikat bahawa pesawat itu mungkin telah hancur pada ketinggian kira-kira 35,000 kaki. Pasukan pencari dijangka akan memberi tumpuan kepada mencari kerja-kerja mencari dan mengkaji serpihan."
"Jika pesawat itu menjunam dari ketinggian seperti itu, ia akan pecah disebabkan tekanan dengan air," kata sumber itu yang tidak boleh dinamakan kerana beliau tidak dibenarkan untuk bercakap secara terbuka mengenai siasatan.
Beliau berkongsi perkara ini tidak lama sebelum pihak berkuasa Vietnam berkata kapal terbang tentera mereka telah mengesan objek di laut disyaki bahagian pesawat yang hilang.
Ditanya mengenai kemungkinan letupan seperti bom, sumber itu berkata masih tidak ada bukti terdapat unsur jenayah dan pesawat itu juga berkemungkinan pecah kerana masalah mekanikal.
Pihak berkuasa berkata adalah terlalu samar untuk memastikan jika objek itu adalah sebahagian daripada kapal terbang yang hilang dan yang pasti lebih banyak pesawat akan dihantar ke kawasan tersebut, di perairan selatan Vietnam, pada Isnin.
"Kami menerima maklumat bahawa pesawat kami menemui dua objek yang pecah, seolah-olah seperti serpihan kapal terbang, kira-kira 50 batu (80km) ke selatan- barat Pulau Tho Chu," kata seorang pegawai Vietnam.
Pegawai Malaysia sebelum ini berkata masih tiada sebarang bangkai yang dijumpai.
Satu teori yang 'lebih jahat' timbul selepas seorang penulis blog Cina mendakwa bahawa "satu kumpulan minoriti Islam" mendakwa bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat.-mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan