Jumaat, 7 Mac 2014

MENYEBUT AMANAH....IKHLAS....JUJUR....BERDAKWAH KONON DLL....TAPI DAPATKAH MEMBUATNYA...DAPATKAH MENGAMALKANNYA ATAU SETAKAT SEMBANG....TAPI HABUK PUN TAK DE...MASIH BUAT PERKARA2 HARAM....SOLAT PUN TAK BUAT....TERMASUK MACAM PENYAMUN TARBUS

Kezaliman Adalah Dosa Besar

Riwayat: Muslim
Hadith:
Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka.

Huraian Hadith:
Jauhilah sifat bakhil kerana bakhil itu membawa permusuhan dan pertelingkahan yang boleh mendatangkan kerugian.

Umat Islam dilarang zalim menzalimi dan memfitnah sesama mukmin kerana akibatnya adalah lebih dahsyat daripada membunuh.

Rasulullah SAW memberi pringatan kepada umatnya supaya mengeluarkan sedekah dan membelanjakan ke jalan yang halal.

Kezaliman adalah antara dosa besar yang akan menyebabkan pelakunya dikenakan azab seksa yang berat diakhirat nanti.

Tamak kepada dunia dan kedekut dengan apa yang dimiliki sentiasa mendorong manusia melakukan maksiat dan dosa dan menjerumuskan mereka kepada perbuatan keji dan kemungkaran.






Melihat kepada sejarah perkembangan dakwah Islam, kita akan dapati kaedah yang berbeza digunakan mengikut keadaan. Pada peringkat awal kemunculan Islam, Rasulullah menggunakan kaedah dakwah secara rahsia. Apabila umat Islam sudah mempunyai kekuatan, maka dakwah dilakukan secara terang-terangan.  Sebaliknya zaman ini, walaupun Islam telah dikenali, tetapi masih ramai yang tidak memahami secara tepat.

Dakwah bertujuan mengajak dan memandu seluruh manusia supaya memperoleh kebahagiaan (sa’adah) yang hakiki bagi kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Dengan kata lain dakwah bertujuan mengembalikan seluruh manusia kepada fitrah, iaitu homo religious dan homo Islamicus.

Bagi dakwah, “menguasai dunia” sebenarnya bukanlah perkara asing kerana ia merupakan ahdaf- al-da’wah (tujuan dakwah) yang utama. Dakwah Islamiah adalah bersifat fleksible dari segi kaedah atau cara dakwahnya. Sebarang peluang yang tersedia, menepati syariat, tidak wajar disia-siakan.

Dengan adanya kemudahan ICT ini, menyebabkan segala tindakan, penyebaran maklumat, menjadi semakin pantas dan mampu memberi perubahan tentang method dakwah di abad ini. Kecanggihan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) kini, menyebabkan seluruh dunia semakin mengecil sebagaimana yang kita istilahkan sebagai globalisasi.

Walaupun pada asasnya blog hanyalah teknologi yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat sahaja, tetapi yang amat penting sekali adalah maklumat itu sendiri. Malah ada yang menyebut ‘maklumat adalah kuasa’. Oleh sebab maklumat adalah kuasa, maka untuk berkuasa teknologi yang merupakan wasilah untuk menyampai dan mendatangkan maklumat menjadi cukup penting dan perlu dikuasai.

Penggunaan ICT dalam dakwah adalah sangat penting dan dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin. Kecanggihan dunia ICT hari ini telah memungkinkan blog sudah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk dakwah tanpa ada batasan. Justeru, menggunakan blog sebagai usaha untuk menyebarkan syiar Islam dilihat sebagai alternatif yang terbaik di zaman ini. Dengan niat yang betul ketika menggunakan blog untuk melakukan dakwah tentang kesucian Islam pasti kita akan dapat mengecapi keberkatan di dalam kehidupan harian. Ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan, pasti dilihat oleh Allah walaupun hanya sebesar zarah.

Firman Allah yang bermaksud:

“dan hendaklah ada di antara kamu menyeru (berdakwah) kepada kebaikan, dan menyuruh berbuat segala perkara baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah al-Imran : ayat 104)

Blog sebagai media dakwah

Ramai yang telah menyedari blog adalah satu media perhubungan yang berpengaruh dan menjadi alat penyebaran maklumat dakwah yang tidak mudah disekat ketika ini. Blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari. Dianggarkan negara kini memiliki hampir 500,000 blog dan pengendali laman blog tertinggi di dunia selepas Eropah dan Indonesia.

Pengaruh blog tidak boleh dinafikan lagi sebagai satu elemen penting untuk proses membuat keputusan kepada masyarakat hari ini. Sebahagian besar khususnya golongan muda yang celik komputer akan menerima maklumat yang dipaparkan dan berusaha untuk mengesahkan maklumat berkenaan.

Tetapi masalah utama adalah laman-laman ini kebanyakannya pula dikendalikan bukan dari mereka yang mahir dalam bidang agama yang kadang kala pula boleh menimbulkan salah faham kepada masyarakat. Justeru, suatu gabung jalin yang kuat antara pakar Muslim dalam pelbagai bidang dan antara institusi dan organisasi Islam yang berwibawa hendaklah mengusahakan penggunaan internet, blog dan teknologi yang lain sebagai medium dakwah diyakini mampu memberi nafas baharu kepada dunia dakwah agar skop dan capaian dakwahnya lebih luas, kreatif dan yang penting ilmu itu akan sampai kepada masyarakat dan masyarakat pula boleh berinteraksi dengan mereka sebagaimana maksud sebuah hadis.

“Barang siapa menunjukkan kepada suatu kebaikan, dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya.” (HR. Muslim)

Yang perlu dipastikan ketika menggunakan blog adalah menjaga etika penulisan agar ia tidak menyentuh isu yang tidak dipastikan kesahihannya. Selagi isu tersebut disokong oleh hujah al-Quran, sunnah mahupun pendapat ulama, maka tidak salah para pendakwah atau penulis blog mengutarakan pandangan mereka melalui blog.

Masyarakat kita telah berasimilasi dengan internet dan blog. Terdapat ramai masyarakat Islam yang dahagakan ilmu pengetahuan agama tetapi tidak pasti ke mana harus dituju untuk disalurkan soalan-soalan atau kemusykilan agama yang berada di fikiran.Lebih-lebih lagi bagi golongan yang tidak biasa ke masjid atau mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama atau mereka yang lebih selesa berurusan melalui telefon atau emel daripada bersemuka.

Dengan kewujudan blog, ia menjadi satu alternatif kepada umat Islam dalam usaha untuk menyebarkan dakwah melalui penulisan. Kewujudan blog jika dilihat daripada sudut yang positif merupakan rahmat kepada umat Islam dalam usaha untuk menyebarkan dakwah, terutamanya apabila kita memegang amanah adalah dai'e.

Hasil penelitian melalui laman alexa.com menunjukkan tiada satu pun laman web berbentuk dakwah atau elemen Islam yang tersenarai dalam 100 laman web popular di Malaysia. Justeru, menjadi tanggungjawab para pendakwah, untuk membina lebih banyak laman web dan blog, seperti yang dilakukan oleh pendakwah umpamanya Hasrizal Jamil (http://www.saifulislam.com) dan Zaharuddin Abdul rahman (http://www.zaharuddin.net ) sebagai contoh  atau diperingkat antarabangsa seperti Dr Yusuf al-Qardawi  (http: //www.Qardawi.com) dan lain-lain.
Abu Hashim Jalal added a new photo.
HANYA DI MALAYSIA..

Wanita islam tidak diharamkan keluar/muncul dimana2 media dalam keadaan separuh bogel....

Tapi.. Kartun (Ultraman) yang tutup aurat diharamkan.. kih kih kih kih...

Seperti yang kita sedia maklum.. Bodoh adalah salah satu syarat wajib untuk melayakkan anda menjadi menteri di Malaysia juga syarat wajib menjadi ahli umngok..!! kih kih kih kih

Abu Hashim Jalal added a new photo.





06 Mac 2014


TERHOT ! PROTON MALAYSIA BAKAL BUNGKUS...PATUTLAH TUN M MARAHKAN NAJIB BAGI BR1M..RUPANYA PERMINTAAN DANA RM 3.0 BILION SYARIKAT KRONINYA DITOLAK...




Jualan Proton terus  merosot sebanyak hampir 30 % di antara akhir bulan September dan Disember 2013 daripada suku kedua. Angka diatas menunjukan dayasaing proton kian merosot.....

Proton Mohon RM3,000 Juta (RM3 Bilion) Daripada Kerajaan Malaysia (MITI) & Petronas Bantu Syarikat Proton? Anda Setuju...?



Proton Mohon RM3,000 Juta (RM3 Bilion) Daripada Kerajaan Malaysia (MITI) & Petronas : Orang lain, nak berniaga kereta. Kita pun nak berniaga. Ini satu semangat dan iltizam yang bagus untuk menunjukkan kepada dunia, yang kita mampu mengeluarkan kereta jenama sendiri.

Tetapi, berniaga dengan cara terus-terusan mendapatkan “dana & tongkat” daripada kerajaan Malaysia ataupun Petronas serta perlindungan melalui cukai kereta yang tinggi yang menindas terhadap rakyat Malaysia (CONTOHNYA DI SINI), amatlah Berita Semasa bangkang sama sekali….

Terbaru, Berita semasa difahamkan Proton Holdings Berhad sedang berusaha memohon sejumlah RM3 bilion bagi menampung pembiayaan pembangunan syarikat daripada Kerajaan Malaysia & juga “tabung emas hitam “Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Walaubagaimanapun, Datuk Abdul Harith Abdullah yang menggantikan Datuk Lukman Ibrahim sebagai sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO ) sekarang ini sedang berusaha keras mendapat dana RM3,000,000,000 juta (RM3 bilion) tetapi masih menemui jalan buntu apabila Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa ( MITI) & Petronas terus berdegil dan keras kepala untuk menyuntik dana kepada Proton.

Dan Berita Semasa merasakan berita ini patut dihebahkan kepada rakyat Malaysia supaya ia dapat memberikan memberikan tekanan berterusan kepada kerajaan Malaysia & Petronas supaya terus mempertahankan dana RM3 bilion daripada jatuh terlepas kepada Proton.


Tujuan Dana RM3 Bilion Daripada Kerajaan Malaysia & Petronas oleh Proton?

Pembangunan model baru Proton termasuk sebuah kereta elektrik


Pada tahun 2013, Proton telah cuba memujuk kerajaan Malaysia bagi mendapatkan RM3 Bilion, tetapi ditolak


Selepas itu, Proton telah cuba mendapatkan daripada Petronas, pun tidak berjaya & sia-sia


Kebetulan, percubaan sia-sia oleh Proton untuk mendapatkan pembiayaan dibuat pada ketika bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melepaskan jawatannya sebagai penasihat Petronas.



Situasi Proton Sekarang Ini?

Proton telah melabur RM3.8 bilion untuk pelaburan sehingga 2017 dan memerlukan lebih banyak modal untuk berdaya saing dan mencapai pelan pemulihan syarikat Proton.
Di mana Proton letak sasaran tinggi ymenjual 350,000 kereta menjelang 2018
Sedangkan, ketika ini berlaku kegawatan dalam pengurusan dan pergeseran dalam pengurusan tertinggi Proton.



Jualan Proton merosot sebanyak hampir 30 % di antara akhir bulan September dan Disember 2013 daripada suku kedua.

Nampaknya selepas 30 tahun, Proton masih lagi memerlukan “tongkat”yang dinamakan insentif (ayat untuk golongan elit & taikun kaya) @ subsidi (ayat untuk rakyat marhaen), Jadi, apa faedahnya sebelum ini kerajaan Malaysia melalui Khazanah (SEPERTI DI SINI) jual pegangan saham kepada DRB Hicom jikalau masih perlu dibantu?

Sedangkan hakikatnya, ramai sudah sedia maklum dan sedar apa yang akan jadi di mana Proton akan terus dibantu dan meminta bantuan “kecemasan”. Dan dalam pada masa yag sama, DRB Hicom terus mengaut keuntungan dengan penjualan ataupun pembangunan hartanah melalui aset yang dimiliki Proton selama ini.

Melihatkan situasi yang dialami Proton sekarang, Proton dilihat seperti sedang menghidap penyakit diabaetis, acapkali perlu disuntik insulan.

P/S : Disebabkan “tongkat” yang terus diberikan kepada Proton inilah menyebabkan Indonsia dan Thailand terus meninggal Malaysia sehingga menjadi hab utama industri Automotif di Asia Tenggara. (LAPORAN BERITANYA DI SINI)

PP/S : Adakah harapan & peluang serta secubit kerisauan mengenai nasib Proton yang Berita Semasa berikan (SEPERTI LAPORAN DI SINI) selepas DRB Hicom berjaya memiliki Proton telah menemui jawapannya?


Sedia hilang jawatan kerana mahu laksanakan hukum HUDUD di Kelantan

[BERGAMBAR] YB PAS Kantoi, Ingat Nak Menyamar & Berselindung, Tetapi Dikenali Juga...


Walaupun berselindung disebalik topeng ketika mengedarkan topeng2 muka kpd ribuan pelajar disekolah rendah di Meru, Yb Meru hairan bagaimana mereka boleh mengenali beliau...

Sambil menjerit nama Yb Dr Rani, mereka berebut menerima topeng muka sambil mengucap terima kasih dan thank you !!

Jerebu yg melanda adalah peringatan Allah kpd makhluk Nya agar merenung kembali kesilapan dan dosa yg telah mereka lakukan terhadap Allah dan insan yg lain....





ULASAN GB

Dalam ramai-ramai YB yang PAS pernah lahirkan, YB Meru ini, Dr.Abdul Rani Osman namanya, merupakan salah seorang YB ynag GB suka selain daripada seorang lagi rakan GB, YB PAS di pantai timur yang sering berkunjung ke rumah-rumah orang miskin tanpa diketahui sesiapa untuk memberikan bantuan peribadinya, mencontohi peribadi Umar AL-Khattab yang memikul gandum untuk rakyatnya yang merebus batu di tengah malam. YB Terengganu ini tak bagitahu GB, tapi rakyat yang pernah dikunjunginya yang bagitahu sewaktu GB singgah di sebuah surau di sana.

Berbalik kepada ADUN Meru ni, kecemerlangan Dr. Abd Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor tetap dikenang. Semasa menyusun jawatankuasanya dulu, beliau tidak meminggirkan mana-mana kumpulan, sehinggalah PAS Selangor mencipta sejarahnya di Selangor di dalam PRU13 yang lalu dimana PAS mampu menambah kerusi daripada 8 kepada 15 kerusi.

Tapi sayang... beliau hanya memegang jawatan PJ cuma sepenggal.

Teruskan berkhidmat dengan cemerlang YB!

Dr Rani disenangi bukan Melayu walau perjuang politik Islam


DR ABDUL RANI OSMAN menempuh pelbagai cabaran sejak terpilih sebagai wakil rakyat Meru pada 2008 tetapi beliau menjadikannya sebagai penguat semangat untuk terus berjuang demi perubahan politik.

Pembabitan Pesuruhjaya PAS Selangor itu dalam politik menerusi PAS sejak 1999 bukan untuk mengangkat diri tetapi menjurus kepada memperjuang politik berlandas Islam.

“Saya masuk PAS, sertai politik bukan untuk jadi calon, tidak pernah terfikirpun. Perjuangan menegakkan Islam itu menyeluruh dan bukan setakat sembahyang.

“Ia merangkumi seluruh aspek kehidupan dan pentadbiran serta perlu dipraktikkan pemimpin demi kemakmuran rakyat,” katanya yang pernah tewas pada pilihan raya pada 2004 di DUN Meru,

Biarpun menghadapi masalah di peringkat awal sebagai Adun tetapi beliau cekal dan terus mencurah khidmat bakti tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau gembira lantaran segenap lapisan masyarakat di DUN Meru menerima kehadirannya dengan baik termasuk dari pemimpin dan penyokong parti lawan.

“Orang Cina dan India juga begitu dengan saya pernah diundang ke rumah ibadah mereka dan berbicara soal agama dengan baik,” katanya.

Selaku Adun, Dr Rani mengenal pasti banjir sebagai antara masalah utama di DUN Meru tetapi yakin, lebih 70 peratus masalah banjir dapat diatasi melalui pelbagai usaha sejak lima tahun lalu.

Beliau berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor yang berusaha memastikan banjir dapat ditangani dengan berkesan.

“Antaranya menaik taraf longkang dan parit serta membina saliran konkrit melibatkan perumahan awam dan kawasan komersial,” katanya.

Selain itu, masalah jalan raya berlubang dan tidak rata di kebanyakan kampung juga diselesaikan melalui pelbagai kerja baik pulih.

Dalam membangunkan ekonomi rakyat pula, Dr Rani mendapati program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) banyak memberi manfaat kepada rakyat yang selama ini tidak diabai kerajaan BN.

“Mereka menikmati pelbagai skim seperti Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Skim Usia Mesra Emas (SMUE), Skim Kesihatan Wanita dan banyak lagi.

PTRS bukan setakat orang Melayu tetapi Cina, India dan bangsa lain juga turut serta kerana mereka juga bukan dari keluarga yang berkemampuan.

“Begitu juga Jom Shopping, ramai peserta SMUE gembira kerana sebelum ini mereka tidak pernah mendapat kemudahan macam ini,” katanya.

Dr Rani menyifatkan pendekatan Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu wajar dipuji kerana rakyat memerlukan pemerintah yang mengutamakan rakyat.

Beliau berpendapat program seperti itu sepatutnya diperkenal lama dulu – ketika BN masih memegang tampok pemerintahan di Selangor.

Sungguh sibuk berbakti dan sukar memperuntuk masa bersama keluarga, Dr Rani Osman tidak menganggap ia sebagai penghalang, bahkan ia mengerat lagi hubungan antara mereka.

“Saya akui berubah sangat-sangat bila bergelar wakil rakyat. Sekarang jarang dapat bersama keluarga kerana masa banyak dihabiskan di luar.

“Sungguhpun begitu, sokongan terutama isteri serta anak dan adik beradik menguatkan saya untuk terus menjalankan amanah rakyat,” katanya.

Jika berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga, Dr Rani akan membawa mereka menikmati hidangan bersama-sama selain berkongsi kisah menarik.

“Dulu saya aktif dalam badminton dan bola sepak. Saya memang bagus dalam permainan bola sepak dan pernah mewakili universiti ketika di Mesir.

“Dengan anak-anak pula, saya gemar bermain ping pong untuk menguji kebolehan masing-masing,” katanya kini banyak menghabiskan masa terluang dengan membaca.

BIODATA

Umor : 55 Tahun
Tarikh Lahir : 14 April 1958
Tempat Lahir : Pelabuhan Kelang, Klang.
Kelulusan : M.B.Ch.B. (Ijazah Dalam Bidang Perubatan) Universiti Tanta, Mesir.
Keluarga : berumahtangga dan mempunyai lima anak, seorang menantu dan seorang cucu.

Pengalaman bekerja :

- Pernah bertugas di Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital Umum Sarawak dan Pusat Kesihatan Kecil Puchong, Selangor.
- Pernah mengetuai Rombongan Perubatan Jemaah Haji Malaysia di Madinah Saudi Arabia.
- Kini bertugas di klinik persendirian, Klinik Fitrah, Meru.

Jawatan Politik :

- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru
- Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor
-selangorku

Tiada ulasan: