Muhamad Saad Shaari shared Nik Abdul Halim's photo.
London, England : 01-Mac-2014Statistik menunjukkan seramai 33,000 atau 1/5 tentera England yg ditugaskan dlm perang Irak & Afghanistan mengalami ketagihan alkohol pada tahap yg berbahaya bagi mengatasi gangguan tekanan (stress).
Perkara yg sama juga berlaku ke atas tentera Amerika & lain2 negara yg terlibat di dlm 2 perang berkenaan. Tidak sedikit juga di antara mereka yg telah pun membunuh diri sendiri dgn pelbagai cara.
Semoga Allah memberikan balasan yg pedih kpd puak2 kuffar dan munafik yg sentiasa memusuhi Islam... Allahuakbar!!!
Laporan : Jurnal Royal Army Medical Corps
Misteri Bahan Binaan Piramid Dijawab Dalam Al-Quran
Written By canang on Ahad, 2 Mac 2014 | 3/02/2014 04:48:00 PTG
Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah
piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina.
Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang
digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat
batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak
bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik
pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita
saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat
untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut,disebutkan bahawa batu
yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang
dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan
batu asalnya.
Al-Quran Telah pun Mempunyai Jawapan
Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara
ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah
ayat Al Quran yang berikut:
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan
bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukkuTANAH LIAT kemudian
buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat
Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari
orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)
(Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia
dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka
gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di
batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid
yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri
dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari
olahan tanah liat.
Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American
Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry
untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak
mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram.
Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan
wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya
campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang
disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun
mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di
tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.Profesor Davidovits
telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan
analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut.
Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur.
Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum
mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun
mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy
Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan
kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di
Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang
memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama
terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa
batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa
kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan
tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan
bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui
dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat.
Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid,
bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah
melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah
Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu,
dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui
tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa
Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen
tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas
berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen
yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi
Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan
petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya,
dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu
kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi
saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
Sumber4:32PM - 2 Mar 2014
Ali Tinju marah Malaysiakini tak 'spin'
NGO yang terkenal dengan 'senaman punggung' hari ini mahu mengadakan protes terhadap Malaysiakini kerana laporan mengenai isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom berkata, laporan Malaysiakini 27 Februari lalu berhubung kesibukan Rosmah sehingga tiada masa untuk hobi, tidak tepat dan berniat jahat.
"Saya rasa amat terkilan dengan tindakan Malaysiakini. Kenapa Malaysiakini tidak spin bila Datin Seri memberi sumbangan melawat kebakaran, melawat mangsa banjir di Bandar Tun Razak.
“Benda baik kenapa Malaysiakini tidak mahu spin? Tidak mahu agungkan atau beri ucapan tahniah kepada isteri PM," kata beliau dalam sidang media hari ini.6:23PM - 1 Mar 2014

Aktivis kecam penipuan murtad di Internet
Seorang aktivis hak wanita terkejut apabila
mengetahui bahawa gambarnya dan beberapa orang lain yang menghadiri satu
majlis kerajaan, telah tersebar di ruang siber sebagai 'bukti' orang
Islam di negara ini menjadi Kristian.
Gambar tersebut yang tersebar di dalam blog sejak 2012 menunjukkan dia berada di kalangan satu kumpulan duduk di bangku kayu, kebanyakannya wanita yang memakai tudung.
Dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di blog tersebut, pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata gambar itu sebenarnya dirakamkan di dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukan di sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog itu.
Katanya, majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO.
Bagaimanapun, blog di Malaysia dan Indonesia itu telah menggunakan gambar tersebut dengan mendakwa ia menunjukkan orang Islam baru sahaja dibaptiskan, dengan sesetengahnya menyalahkan DAP dan PAS berhubung isu itu.
"Saya terkejut apabila membaca dakwaan dalam blog itu - ISTAC jadi gereja!"1:13PM - 2 Mar 2014

'Langkah Kajang untuk lepaskan Anwar'
Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim mendakwa Datuk
Seri Anwar Ibrahim mengusahakan 'langkah Kajang' bagi menyelamatkan
dirinya daripada pertuduhan liwat.
Zaid mendakwa, Anwar – lawannya dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu – mahu menjadi menteri besar bagi memperoleh pengaruh, jika pembebasannya daripada tuduhan itu berubah.
“Alasan untuk pilihan raya kecil itu kerana Anwar mahu menggunakan Selangor sebagai perisai jika dia didapati bersalah.
“Dia mahu menggunakan kedudukan sebagai menteri besar sebagai perisainya,” katanya dalam majlis makan malam bersama pengundi Kajang malam tadi.
Taib Mahmud: Turun kerusi KM, naik tahta
Posted on Sunday, March 02 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Taib mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Sarawak ke-7 di hadapan
Ketua Menteri Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjun.
Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem.~NST
Isu perletakan jawatan dan PRK Balingian tidak pula menjadi isu hangat sebagaimana tatkala adun Kajang mengosongkan kerusinya yang menyebabkan PRK Kajang.
Ini kerana rakyat Sarawak memang telah lama menyampah dan meluat dengan Taib Mahmud. Mereka sepatutnya meraikan perletakan jawatan Taib sebagai Ketua Menteri paling lama iaitu selama 32 tahun.
Turun kerusi KM, naik tahta pula... Malang bagi rakyat Sarawak kerana perletakan jawatan Taib sebagai KM itu bukan mahu bersara terus, tapi masih mahu berkuasa dan kali ini melalui kuasa sebagai Yang Di-Pertua Negeri pula!
Maka terdapat usaha oleh satu gabungan 55 pertubuhan bukan kerajaan dan empat parti pembangkang Sarawak melancarkan satu petisyen menentang Taib Mahmud dari menjadi gabenor.
Namun usaha itu tidak mampu menahan nafsu keparat yang brgelora orang tua krepot itu. Agong mempersembahkan watikah yg diidaminya itu pagi kelmarin walaupun Taib dalam keadaan kotor comot bergelumang dengan banyak tuduhan-tuduhan rasuah meliliti tubuh badanya itu.
Taib tidak seharusnya dilantik menjadi Yang Di-Pertua Negeri selagi dia belum dibersihkan dari tuduhan-tuduhan salah guna kuasa dan rasuah yang masih berkisar di sekelilingnya.
Ada ramai calon yang lebih berkebolehan dan kurang tercemar, yang boleh dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, selain Taib, seorang ahli politik yang paling korup dan gila kuasa kerana mahu menghimpun harta semata-mata untuk diri dan keluarganya sendiri sahaja.
Taib sanggup mengenepikan Timbalan Ketua Menteri dan merupakan Timbalan Presiden 1 PPB, Alfred Jabu Anak Numpang lalu menamakan sendiri penggantinya, Adenan Satem iaitu ahli keluarganya sendiri yang begitu uzur.Pelik bukan?
Ini merupakan kali kedua Jabu disisihkan. Pada 1981, beliau sudah menjawat Timbalan Ketua Menteri. Tetapi, Abdul Rahman Yakub, Ketua Menteri melantik Taib Mahmud, anak saudaranya sendiri utuk menggantikan tempatnya.Ada patutkah?
Malah perlantikan Satem itu telah melangkau ‘bendul’ hiraki kepartian iaitu Abang Johari Tun Openg, Timbalan Presiden PPB (11) and Awang Tengah Ali Hassan seorang Naib Pesident.
Begitulah kuasa yang ada pada Taib yang sudah siap perkiraan tolak dan darabnya dalam menentukan kuasa supaya tidak terlepas ke tangan lain.
Kerusi Balingan yang dikosongkannya pasti akan diberikan kepada anaknya, Hanifah bagi menyediakan dirinya untuk memimpin PBB kearah PRU yang akan diadakan dua tahun lagi dari sekarang.
Adenan Satem yang uzur itu kemudiannya akan diketepikan kerana tugasnya telah selesai akhirnya.
Begitulah strategi Taib untuk meneruskan kuasa berada dalam genggaman dan keluarganya.
Najib nampaknya terpaksa akur dan tunduk patuh kepada setiap karenah Taib. Najib memang dikenali sebagai suami yg takut dengan isteri sendiri, tentunya dia tidak seberani Ragad Kurdi yang khabar beritanya ada di sini.
Sarawak adalah 'simpanan tetap’ kepada Umno-BN kerana memperolehi undi majoriti sekaligus menyumbang kepada kemenangan besar Umno-BN. PRU13 lalu, di Sarawak BN memenangi 25 daripada 31 kerusi.-alhusseyn51
1. Selepas meneliti daripada hujah-hujah yang dibangkitkan oleh saudari Doris Jones, kami daripada Team Nusantara The Patriots mendapati terdapat beberapa kepincangan fakta dan salah penghujahan yang menarik perhatian kami untuk menegur.
2. Kami mendapati bahawa saudari Jones adalah dalam percubaan untuk mengatakan seperti berikut bahawa Melayu ini adalah pendatang, tidak wujud, Hujah saudara dalam dua lingkungan, iaitu mengenai bidang Linguistik dan Parameswara, serta dengan mengatakan bahawa budaya-budaya Melayu hari ini adalah budaya cedokan.
3. Kami juga tidak mahu masuk campur mengenai perdebatan antara saudari dan Jamil Hassan. Kita hanya mahu membidas hujahan saudari mengenai bangsa Melayu, terdapat banyak kepincangan yang sangat menyayat hati dan sadis.
4. Pertama, saya ingin mengulas mengenai istilah “Borneo–Philippine languages” dan “Western Malayo-Polynesian languages” yang cuba dibangkitkan oleh saudari. Pertama saudari cuba mengatakan bahawa sesunguhnya bahasa Kadazan-Murut bukannya termasuk dalam kategori Melayo –Polynesian/Polynesian (saya percaya cubaan ini adalah untuk menidakkan kaitan bahasa Kadazan-Murut dan Bahasa Melayu).
5. Saudari kemudiannya meletakkan di mana bahasa Kadazan-Murut adalah dalam kategori Borneo-Philipines languages, dan juga Western Melayo-Polynesian. Cuma saya pelik, bagaimana saudari boleh menidakkan Malayo-Polynesian dalam penulisan saudari, kemudian tiba-tiba mengaitkannya dengan bahasa Western-Melayo Polynesian. Tak nampak ke perkataan “WESTERN MELAYO-POLYNESIAN” itu. Bagaimana saudari menolak kemudian mengaitkan dengan bahasa yang sama?
6. Tahukah saudari bahawa Austronesian adalah sebuah keluarga bahasa yang sangat luas. Di bawah Austronesian, terdapat beberapa buah keluarga kecil seperti Melayo-Polynesian, Rukai, Tsou, Puyuma?
7. Dalam Melayo-Polynesian itu sendiri terdapat sub-keluarga bahasanya tersendiri. Sebagai contoh, keluarga kecil Batanic, keluarga kecil bahasa-bahasa untuk di Borneo, Philipine merujuk kepada bahasa-bahasa di Filipina, dan juga Nuclear Melayo-Polynesian. Jadi, mahu atau tidak, bahasa-bahasa pribumi Borneo tetap duduk di bawah keluarga Melayo-Polynesian itu sendiri.
8. Saya tak faham bagaimana saudari cuba mengkasifikasikan umur sesuatu bahasa itu berdasarkan hujah yang sebegitu singkat? Apakah kerana tiada istilah seperti itu dalam bahasa Melayu mengatakan bahawa bahasa Melayu adalah tidak tua? Saudari pernah mendengar istilah BAHASA MELAYU-KUNO? Bagaimana saudari boleh mengukur usia sesuatu bahasa dengan menggunakan istilah-istilah daripada bahasa Melayu yang telah moden, yang menerima banyak pengaruh dari pelbagai tamadun lain? Saya mohon saudari mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu Kuno terlebih dahulu, sebelum membuat kesimpulan sedemikian. Tidak ilmiah langsung! Saya jangkakan analisis secara jitu ke dalam semua kota kasa bahasa Melayu kuno, dan pengukuran dari segi sejarah. Tetapi malangnya hanya jawapan kosong dari pihak saudari.
9. Saya tak nampak di mana apa salahnya kalau bahasa Melayu mempunyai campuran bahasa asing? Saudari tidak kenal bagaimana sifat TAMADUN MELAYU itu. Tamadun Melayu adalah sebuah TAMADUN MARITIM. Kami membangunkan pelabuhan-pelabuhan hebat sejak zaman LANGKASUKA lagi. Sehinggakan semenanjung Tanah Melayu menjadi pertemuan pedagang-pedagang dari Tamadun tamadun lain dunia.
10. Kemudian, di zaman Srivijaya dan Melaka, pelabuhan kami menjadi sebuah tumpuan dunia. Semua catatan daripada China, Parsi Arab menceritakan mengenai Empayar Melayu Srivijaya dan Empayar Melaka sehinggakan dikatakan Venice di Itali tidak dapat menandingi kekayaan Melaka.
11. Nah,sekarang cuba bandingkan dengan orang Kadazan Dusun yang tinggal di lembah pantai dan pedalaman? Jadi,peminjaman kosakata bahasa dari tamadun lain itu adalah satu perkara biasa dan semestinya akan terjadi,jika sesebuah tamadun itu membuka pintu mereka terhadap tamadun lain.
12. Tak hairanlah di mana sebuah Tamadun yang menjadi sebuah penemuan tamadun-tamadun dunia yang lain seperti China, Rom, Parsi, India, akhirnya menerima pengaruh bahasa-bahasa asing. Sebagai contoh, Bahasa Inggeris menerima banyak pengaruh dari seluruh dunia. Bahasa Turki mempunyai sebanyak 40 peratus pengaruh bahasa-bahasa luar.Tahukah saudari,Bahasa Inggerislah yang paling banyak mencedok kosakata bahasa-bahasa lain berbanding bahasa Melayu.
13. Saudari dilihat begitu bersungguh-sungguh cuba mengaitkan bahasa saudari dengan Filipina. Kononnya Filipina cuba menuntut Sabah atas alasan bahawa mereka serumpun dengan bahasa Western Polynesian. Ada dua kepincangan dalam hujah saudari ini.
14. Pertama, tujuan tuntutan Filipina bukan sebab bahasa atau serumpun, tetapi kerana Sabah pernah berada di bawah Kesultanan Sulu. Betulkan dulu fakta saudari dulu. Oh ya, saya ada satu berita buruk untuk saudari.
15. Ketika Revolusi Filipina melawan penjajah dulu, tahukah bahawa Jose Rizal sebenarnya tidak pun menggunakan istilah RUMPUN DAYAK, RUMPUN BORNEO-FILIPINA atau seumpama dengannya tetapi membangkitkan semangat berdasarkan istilah RUMPUN MELAYU!
16. Sila baca buku yang ditulis mengenai Jose Rizal oleh orang Filipina sendiri, iaitu Pride Of The Malay Race. Jose Rizal dipetik pernah berkata bahawa BANGSA FILIPINA HARUS memasuki satu ruang lingkup rumpun Melayu. Kemudian, Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” menyokong gagasan yang mula dicadangkan oleh Jose Rizal.
17. Tak cukup dengan itu, pada tahun 1879, parlimen Haiwaii dengan bantuan Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada ketika itu telah mengusulkan satu usul yang bertajuk, “Penyatuan Dunia Melayu.”
18. King Kalākaua, Raja Kerajaan Hawaii yang masih belum berada di bawah jajahan Amerika pada ketika itu, merupakan antara orang yang mencadangkan penyatuan tersebut. Katanya. Bangsa Melayu yang meliputi daripada Kepulauan Pasifik sehinggalah ke Kepulauan Melayu di Asia Tenggara haruslah bersatu membentuk Pan-Malay Unity, dan kesatuan itu diharap mampu mengelak daripada penjajahan.
19. Tambah mengagumkan, ketika itu Maharaja Abu Bakar sempat menghadiahkan senaskah Al-Quran kepada King Kalakua dan isterinya serta anak perempuannya, Queen Emma dan Princess Pauahi. Saya tak nampak pun tokoh-tokoh di atas cuba menggunakan istilah yang didakwa oleh saudari, tetapi sebaliknya BANGGA DI GELAR BANGSA MELAYU.
20. Saya tidak nampak tujuan apa yang cuba dibangkitkan oleh saudari dalam menceritakan agama Hindu-Buddha yang dipeluk oleh orang Melayu dulu. Ada apa dengannya? Oh ya, nak tegur sikit. Macam mana boleh wujud istilah Indonesia itu dulu, bagaimana orang Melayu boleh dipanggil sebagai orang Indonesia atau orang India sedangkan istilah itu adalah diberi oleh penjajah pada zaman moden. Ini mana dapat fakta ni? Mimpi?
21. Hujah seterusnya daripada saudari cuba mengatakan bahawa Melayu adalah pendatang. Hujah sadara adalah Parameswara yang lari daripada Majapahit. Boleh saya ketawa membaca hujah ini? Parameswara adalah sebenarnya PUTERA SRIVIJAYA. Dari mana datangnya MAJAPAHIT ni?
22. Sebenarnya saudari orang Melayu tidak ada di sini pada awal 1300 Masihi, orang Melayu sudah wujud sejak ribuan tahun lalu. Melaka bukannya kerajaan pertama orang Melayu. Biar saya senaraikan kepada saudari.
23. Sebenarnya,kerajaan Melayu telah lama wujud di Semenanjung Melayu sebelum ketibaan Parameswara lagi.Buktinya,wujud negara negara kota Melayu yang wujud di Semenanjung Melayu seperti Kedah Tua(Kataha),Chih Tu(Tanah Merah),Gangga Negara,Beruas,Grahi,Tambralingga,Tun Sun dan lain lain lagi.Kerajaan Langkasuka telah wujud di utara Semenanjung Tanah Melayu sejak abad ke 2 Masihi,dan kerajaan Sridharmaraja yang terletak di Segenting Kra yang pernah menguasai Semenanjung Melayu sejak abad ke 11.
Sriwijaya?..Usah ditanya identiti kerajaan ini kerana semestinya merupakan empayar thalosokrasi Melayu yang terulung di Asia Tenggara dan bahagian timur dunia pada masa itu.Kerajaan ini pernah menguasai Sumatera,Semenanjung Melayu dan Borneo pada sekitar abad ke 7 hingga 11.Parameswara hanyalah pewaris empayar Kadatuan Malayu Sriwijaya yang berjaya menyambung legasi Sriwijaya dengan penubuhan kerajaan Kesultanan Melaka.
Parameswara dan orang Melayu tidak boleh dianggap pendatang kerana sebelum itu,terdapat penempatan dan kerajaan Melayu yang wujud di Semenanjung Melayu sebelum itu.Dan oh ya,di Semenanjung ada Orang Asli seperti Jakun,Semai dan Senoi,sekaligus membuktikan bahawa orang Melayu ini memang sebenarnya pendatang?
Saudari,kajian terbaru menunjukkan yang Melayu memang adalah kaum peribumi di Semenanjung Melayu malahan di Asia Tenggara.Kaum Melayu mengikut kajian linguistik terbahagi kepada dua kelompok,iatu Melayu Proto dan Melayu Deutro.Melayu Proto atau lebih dikenali sebagai Melayu Purba dan Melayu Asli wujud di sekitar rantau Asia Tenggara sekitar 75000-72000 tahun dahulu.Antara kelompok yang dikategorikan sebagai Melayu-Proto adalah Jakun,Orang Kubu,Semang,Senoi dan Orang Laut.Orang Melayu-Proto banyak terdapat di sekitar Semenanjung Malaysia,Sumatera dan Kalimantan.
Interaksi antara Orang Asli di tanah tinggi dan pesisiran pantai akhirnya menjurus kepada perubahan paras rupa dan ini melahirkan Melayu-Deutro.Melayu-Deutro adalah seperti suku Bugis,Minang,Banjar dan Melayu Moden yang wujud sekarang.
Saya rasa mungkin artikel dari New Straits Times ini boleh menerangkan pada saudari mengenai kaitan genetik antara Melayu(samada Melayu-Proto atau Melayu Deutro) dengan Negrito,iatu satu lagi peribumi asal di Asia Tenggara dan Tanah Melayu ini.Tetapi,apa yang pasti,Melayu dan Negrito adalah peribumi asal di Tanah Melayu ini.Tiada istilah pendatang ataupun perampas tanah,kerana sejak dari dulu lagi,kedua-dua kaum ini saling hidup secara rukun dan kajian terbaru mendapati bahawa mereka berasal dari satu moyang yang sama dan kedua-dua mereka diiktiraf sebagai peribumi asli di Asia Tenggara.
Artikel:http://www.nst.com.my/opinion/letters-to-the-editor/malay-origins-evidence-suggests-otherwise-1.167600
Tiada istilah pendatang pada Parameswara dan orang Melayu yang mengasaskan Melaka kerana mereka sebenarnya hanya bergerak dan berpindah di dalam wilayah mereka,dari Sumatera,Semenanjung Melayu sehingga ke Sulawesi dan Kepulauan Filipina yang lebih dikenali sebagai KEPULAUAN MELAYU atau THE MALAY ARCHIPELAGO.Tiada istilah Melayu pendatang dari Indonesia kerana Indonesia pada masa itu pun tidak wujud lagi,yang ada hanyalah KEPULAUAN MELAYU atau BENUA MELAYU(VANUA MALAYU)
24. Saya tak nampak dari mana saudari mereka-reka fakta sendiri dalam mengatakan bahawa Melayu menamakan bangsanya sendiri ME – LAYU kerana lari dari Majapahit? Bangsa mana yang bodoh sangat menamakan bangsa mereka sendiri dengan nama yang menghina diri mereka.
25. Saudari… sebelum peristiwa Paramesawara ke semenanjung, atau kewujudan Majapahit, nama Melayu telah dilihat tercatat lebih awal. Sebagai contoh, dalam Prasasti Han Chey, telah tertulis mengenai Melayu.
“... mala Malayu iva malayam raja..."
(Petikan Batu Bersurat)
Batu bersuray Han Chey di Kemboja bertarikh abad ke-6 Masehi, dipahat oleh Bhavavarman II, raja Chenla yang berjaya menakluk seluruh Funan.Ayat di atas bermaksud 'Raja Mala dari Negeri Melayu'.
Saya tahu saudari cuba mengatakan yang perkataan Melayu dan Malayu bukan perkataan yang sama,justeru menafikan poin di atas.Jangan risau saudari,perkataan Malayu dan Melayu adalah sama maksudnya.
Ini kerana sekitar abad ke 18 dan 19,perkataan ملايو dalam tulisan jawi,ketika diterjemahkan ke dalam tulisan Rumi,menjadikannya Melayu, kerana ملا akan menjadi 'Mela' dalam tulisan Rumi, memandangkan jikalau perkataan مالا barulah menjadi Mala.
26. Tak cukup dengan itu, saya bawa saudari mengembara membaca Batu Bersurat Matari Singa Jaya Himat. Isinya adalah berbunyi:
“...Matari Singa Jaya Himat namanya.
Lama-lama baranak lanang;
Matari Singa Jaya Mat, dari ratu,
lami lami bangsa Malayu...”
Nampak tak perkataan Melayu di situ?
27. Juga kelihatan dalam catatan I-Ching ketika melawat Srivijaya dulu. Beliau ada menulis seperti berikut:
"...tiba dan menginap selama 6 bulan. Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini. Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."
Boleh jadi juga nama Melayu ini datang daripada nama negeri itu? Bahkan terdapat sebuah sungai yang bernama Sungai Melayu di Sumatera, dan nama Melayu juga boleh dikatakan berasal dari nama sungai itu.
28. Asal-usul Melayu senang sahaja, ianya adalah dalam sebuah wilayah yang bernama Malay Archipelago. Alfred Russel Wallace dalam bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan bahawa beliau menakrifkan penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada beberapa kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua.
29. Mengenai Sulalatus Salatin yang saudari cuba bangkitkan, sebenarnya untuk pengetahuan saudari bahawa salasilah dalam buku tersebut adalah merujuk kepada raja-raja Melayu. Dalam kita memperkatakan asal usul bangsa Melayu, saudari kena belajar untuk membahagikan dua perkara, raja-raja Melayu dan bangsa Melayu. Lagipun Sulalatus Salatin ditulis adalah merekodkan mengenai salasilah raja-raja Melayu,bukannya SEJARAH KESELURUHAN BANGSA MELAYU itu sendiri.
30. Saya tidak ada masalah dengan budaya-budaya dari kaum Kadazan-Murut. Jadi, saya turut tumpang kagum dengan budaya penuh keindahan suku-suku kaum Kadazan-Murut.
31. Bagaimana ni hujah mengatakan bahawa bangsa Melayu tak wujud hanya kerana berdasarkan puisi Usman Awang yang dibacakan oleh DS Najib Razak? Puisi itu sebenarnya merujuk kepada perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang beragama Islam dan mengamalkan budaya Melayu sebagai Melayu. Puisi Usman Awang itu sebenarnya datang daripada istilah Melayu dalam perlembagaan Malaysia.
32. Ini adalah tuduhan yang tak berasas mengatakan bahawa orang Melayu tidak mempunyai kebudayaan Asli. Saya tiada masalah dengan budaya Kadazan-Murut tetapi adalah sesuatu yang sangat BIADAP dalam memperlekehkan budaya bangsa saya hanya berdasarkan persepsi-persepsi sahaja.
33. Biar saya senaraikan budaya-budaya Melayu yang anda tidak akan jumpa pada budaya-budaya bangsa lain di dunia.
• Teater Mak Yong
• Teater Mek Mulong
• Bangsawan
• Zapin
• Dikir Barat
• Tarian Pelanduk Pahang
• Tarian Inang Renek Kedah
• Tarian Ulik Mayang
• Main Puteri
• Tarian Lilin
• Congkak
• Gasing Patah
• Dongdang Sayang
• Joget Melayu
• Tarian Balai
• Tarian Saba
• Rodat
• Wau Bulan
• Awang Batil
• Joget Marhum
• Dikir Rebana Pahang
• Penglipur Lara
Rasanya cukuplah saya menyenaraikan budaya-budaya Melayu yang anda tidak akan dapat di mana-mana. Sebenarnya terdapat banyak lagi tarian-tarian, permainan serta budaya Melayu yang anda boleh dapat.
34. Kesimpulannya, sila belajar sejarah dengan betul-betul sebelum menyebarkan berita palsu. Terima kasih. Oh ya nak jemput saudari Doris untuk mengenali siapakah Austronesia itu sebenarnya dalam video di bawah.
Link: http://www.youtube.com/watch?v=oShirKsUDAk
Mari belajar mengenai Austronesia.
Untuk pengetahuan saudari,video ini sebenarnya dicipta oleh seorang profesor dari Hawaii,iatu Prof Adam Keaweokai Kinau Manalo-Camp,yang tidak malu menyatakan yang rumpun Austronesia pernah digelar sebagai The Malay Race,seperti yang terdapat dalam video tersebut.
(SEBARKAN SUPAYA ANAK BANGSA MELAYU TAHU DAN CELIK AKAN SEJARAH,DARI MELIHAT SEJARAHNYA DINODAI OLEH PIHAK YANG BERNIAT JAHAT UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI)
-HE dan RAD-

MELAYU ITU PENDATANG - DORIS JONES
MELAYU ITU PENDATANG - DORIS JONES 1. Selepas meneliti daripada hujah-hujah yang dibangkitkan oleh saudari Doris Jones, kami daripada Team Nusantara The Patriots mendapati terdapat beberapa kepincangan fakta dan salah penghujahan yang menarik perhatian kami untuk menegur.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan