Taib Mahmud: Turun kerusi KM, naik tahta
Posted on Sunday, March 02 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Taib mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Sarawak ke-7 di hadapan
Ketua Menteri Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjun.
Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem.~NST
Isu perletakan jawatan dan PRK Balingian tidak pula menjadi isu hangat sebagaimana tatkala adun Kajang mengosongkan kerusinya yang menyebabkan PRK Kajang.
Ini kerana rakyat Sarawak memang telah lama menyampah dan meluat dengan Taib Mahmud. Mereka sepatutnya meraikan perletakan jawatan Taib sebagai Ketua Menteri paling lama iaitu selama 32 tahun.
Turun kerusi KM, naik tahta pula... Malang bagi rakyat Sarawak kerana perletakan jawatan Taib sebagai KM itu bukan mahu bersara terus, tapi masih mahu berkuasa dan kali ini melalui kuasa sebagai Yang Di-Pertua Negeri pula!
Maka terdapat usaha oleh satu gabungan 55 pertubuhan bukan kerajaan dan empat parti pembangkang Sarawak melancarkan satu petisyen menentang Taib Mahmud dari menjadi gabenor.
Namun usaha itu tidak mampu menahan nafsu keparat yang brgelora orang tua krepot itu. Agong mempersembahkan watikah yg diidaminya itu pagi kelmarin walaupun Taib dalam keadaan kotor comot bergelumang dengan banyak tuduhan-tuduhan rasuah meliliti tubuh badanya itu.
Taib tidak seharusnya dilantik menjadi Yang Di-Pertua Negeri selagi dia belum dibersihkan dari tuduhan-tuduhan salah guna kuasa dan rasuah yang masih berkisar di sekelilingnya.
Ada ramai calon yang lebih berkebolehan dan kurang tercemar, yang boleh dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, selain Taib, seorang ahli politik yang paling korup dan gila kuasa kerana mahu menghimpun harta semata-mata untuk diri dan keluarganya sendiri sahaja.
Taib sanggup mengenepikan Timbalan Ketua Menteri dan merupakan Timbalan Presiden 1 PPB, Alfred Jabu Anak Numpang lalu menamakan sendiri penggantinya, Adenan Satem iaitu ahli keluarganya sendiri yang begitu uzur.Pelik bukan?
Ini merupakan kali kedua Jabu disisihkan. Pada 1981, beliau sudah menjawat Timbalan Ketua Menteri. Tetapi, Abdul Rahman Yakub, Ketua Menteri melantik Taib Mahmud, anak saudaranya sendiri utuk menggantikan tempatnya.Ada patutkah?
Malah perlantikan Satem itu telah melangkau ‘bendul’ hiraki kepartian iaitu Abang Johari Tun Openg, Timbalan Presiden PPB (11) and Awang Tengah Ali Hassan seorang Naib Pesident.
Begitulah kuasa yang ada pada Taib yang sudah siap perkiraan tolak dan darabnya dalam menentukan kuasa supaya tidak terlepas ke tangan lain.
Kerusi Balingan yang dikosongkannya pasti akan diberikan kepada anaknya, Hanifah bagi menyediakan dirinya untuk memimpin PBB kearah PRU yang akan diadakan dua tahun lagi dari sekarang.
Adenan Satem yang uzur itu kemudiannya akan diketepikan kerana tugasnya telah selesai akhirnya.
Begitulah strategi Taib untuk meneruskan kuasa berada dalam genggaman dan keluarganya.
Najib nampaknya terpaksa akur dan tunduk patuh kepada setiap karenah Taib. Najib memang dikenali sebagai suami yg takut dengan isteri sendiri, tentunya dia tidak seberani Ragad Kurdi yang khabar beritanya ada di sini.
Sarawak adalah 'simpanan tetap’ kepada Umno-BN kerana memperolehi undi majoriti sekaligus menyumbang kepada kemenangan besar Umno-BN. PRU13 lalu, di Sarawak BN memenangi 25 daripada 31 kerusi.-alhusseyn51
Ahli Parlimen selak kain pesakit warga emas hanya untuk bergambar..????
Posted on Sunday, March 02 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Gambar yang dihantar oleh rakan whatsapp
Benarkah gambar diatas menunjukan YB Dr Mansor Abd Rahman (UMNO BN) ahli parlimen Sik sedang menyelak kain seorang pesakit hanya untuk bergambar...???
Kalau ya pun nak menyantuni rakyat..mengapa hingga sanggup menyelak kain seorang makcik (Warga emas)..??
Dah tak ada cara lainkah nak cari publisiti dalam politik..??
Jika boleh..mohon pencerahan dan mohon jangan diulangi perkara tindakan bodoh begini...hahaha...
*Kesian Orangni tengok makcik tu..macam dimalukan oleh seorang YB...
orangni

Khalid: Kemenangan PRK Kajang lebih utama dari pertandingan parti
Posted on Sunday, March 02 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
SHAH ALAM 1 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap meletakkan kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai keutamaan berbanding pertandingan peringkat parti yang ditandinginya.
Beliau yang membuat pengumuman bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN malam tadi, mengingatkan ahli parti terlebih dahulu memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang, kekal di tangan KEADILAN.
“Tak guna perjuang jawatan parti kalau tak dapat pertahan N25 (Kajang). Kekalahan bermakna kejatuhan buat parti kita.
“Saya sama sekali tidak akan mengutamakan diri lebih daripada parti,” katanya ketika membuat pengumuman berkenaan di kediaman rasminya yang dihadiri ratusan penyokongnya, malam tadi.
Memetik laporan portal Selangorku, Khalid berulang kali menegaskan kemenangan PRK Kajang sebagai tumpuan utama dan pengukuhan parti jauh lebih penting daripada kepentingan mana-mana individu.
Beliau juga mahu KEADILAN terus kukuh dan tidak ketinggalan berbanding parti lain dalam Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional (BN).
“Jangan heboh sangat pasal pertandingan peringkat parti sampai abaikan PRK Kajang,” katanya.-kd

Calon BN PRK Kajang Chew Mei Fun Telah Melakukan Kesalahan Yang Boleh Di Hukum..
Posted on Sunday, March 02 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Calon BN PRK Kajang Chew Mei Fun telah melakukan kesalahan yang boleh di hukum denda RM2,000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali???
Calon BN PRK Kajang, Chew Mei Fun semasa menyertai gotong-royong anjuran MCA di Gereja Methodist Sg Chua, Kajang pada pagi tadi 02/03/2014 telah dirakam sedang membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar keselamatan begitu juga dengan penunggangnya.
Mengikut undang-udang penunggang atau pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan boleh dikenakan saman mengikut Kaedah 4 motosikal (Topi Keledar) 1973 dan boleh di hukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87).
Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.... Boleh dikompaun RM300.
Telah menjadi pengetahuan umum betapa pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bahagian Trafik, amat memandang cukup serius akan pelaku kesalahan ini sehingga sering melakukan operasi khusus bagi mencekup pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan ini.
Kalau invidu seperti ini dengan tanpa rasa malu dan bersalah selamba batu sanggup melakukan kesalahan yang di pandang seius oleh JPJ dan PDRM .. tidak boleh bayangkan apa lagi dia sanggup lakukan .. itu jika di ikutkan akan hukum akal logik.
Perlukan orang seperti ini diberikan undi??????
omakkau!!!

Kalaulah fitnah ini disebar Blogger PR.. dah tentu kena tangkap
Posted on Sunday, March 02 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Seorang aktivis hak wanita terkejut apabila mengetahui bahawa gambarnya dan beberapa orang lain yang menghadiri satu majlis kerajaan, telah tersebar di ruang siber sebagai 'bukti' orang Islam di negara ini menjadi Kristian.
Gambar tersebut yang tersebar di dalam blog sejak 2012 menunjukkan dia berada di kalangan satu kumpulan duduk di bangku kayu, kebanyakannya wanita yang memakai tudung.
Dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di blog tersebut, pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata gambar itu sebenarnya dirakamkan di dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukan di sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog itu.
Katanya, majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO.
Bagaimanapun, blog di Malaysia dan Indonesia itu telah menggunakan gambar tersebut dengan mendakwa ia menunjukkan orang Islam baru sahaja dibaptiskan, dengan sesetengahnya menyalahkan DAP dan PAS berhubung isu itu.
"Saya terkejut apabila membaca dakwaan dalam blog itu - ISTAC jadi gereja!" ~ Malaysiakini
Ni gambar Dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku tu..
Aku tertarik dengan komen-komen dalam blog tu... majoriti tak berjaya diperbodohkannya nampaknya..
AnakSgDerhaka

BR1M sahaja tidak cukup, Kerajaan wajib salur lebih banyak - UAI
Posted on Sunday, March 02 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
SHAH ALAM 1 MAC: Kerajaan Pusat patut memberikan lebih keselesaan kepada rakyat yang memerlukan dan tidak tertumpu kepada pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) semata-mata.
Penceramah Terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan pemberian BR1M yang diberikan Kerajaan Pusat tidak setimpal dengan apa yang sepatutnya diterima.
“Harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata. Ia jadi kewajipan kerajaan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata.
“Kita (rakyat) dikenakan pelbagai jenis bayaran seperti cukai jalan, cukai kereta, beribu-ribu rakyat bayar, tetapi kerajaan bagi balik kira-kira RM600 sahaja. Betul ke cara macam itu?” katanya dipetik Sinar Harian.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata penerima BR1M patut menerima jumlah itu seperti yang dijanjikan di bawah Manifesto PRU13 BN, dan bukannya dikurangkan kepada RM650.
Rakyat wajar menerima BR1M berjumlah RM1,200 sekiranya Malaysia Airlines (MAS) tidak mengalami kerugian besar berjumlah RM4.1 bilion dalam tempoh 3 tahun yang lalu.
Kerajaan Umno-BN gagal menepati Aku Janji yang dibuatnya sendiri sebelum Pilihan Raya Umumke-13 untuk menaikan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 kepada RM1,200 apabila hanya mengumumkan pemberian sebanyak RM650 setahun.
Pada Februari 2013 – sebelum pilihan raya umum ke-13 – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.
Antara aku janji BN yang diumumkan sebelum PRU-13 adalah menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 bagi orang bujang setiap tahun bagi lima tahun akan datang.-sk

Siapa Dalang Dalam Isu Penghakiman Ingkar Presiden PAS?
Posted on Sunday, March 02 @ 14:05:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Mohd Shamsul bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Dungun, Terengganu menang kes saman "penghakiman ingkar" kepada Presiden PAS. Kemenangan ini dikatakan kerana Presiden tidak hadir mahkamah lalu mahkamah mengiyakan saman mengikut jumlah tuntutan RM2 juta.
Ada banyak kekeliruan dalam kes ini sehingga berlaku tuduh menuduh. Ada yang menuduh penguam PAS tak cekap, ada yang kata orang sekeliling (penasihat Presiden tak berfungsi). Ada juga yang kata ada golongan tertentu nak jatuhkan Presiden dan sehingga akhir ada juga menyalahkan kononnya bangunan PAS Marang tak ada orang bertugas.
Jika kita teliti video ucapan Presiden PAS berkaitan perkara ini tidak ada nama yang jelas disebut dan tak dituju kepada sesiapa secara jelas? (rujuk video di sini) Ikut logiknya kes ini sepatutnya tak 'lekat' di mahkamah. Tapi kes ini boleh lekat. Kita tak ada kuasa membuat penentuan itu kerja hakim. Tapi kita hanya ada keraguan dalam isu ini.
Surat pertama dihantar (entah siapa) kepada Presiden PAS sendiri di rumahnya. Surat ini diserah kepada penguam PAS Haji Asmuni Awi. Peguam PAS menjawab tak ada kaitan dengan tuan guru dan beberapa kali menghubungi peguam Mohd Shamsul tetapi telefon tidak diangkat dan di jawab. Anggapan perkara ini mungkin terhenti di sini kerana tak ada kes atau isu.
Tiba-tiba ada surat baru (surat ketiga) sampai dan lewat untuk dibalas. Hakim telah membuat keputusan lebih awal daripada sepatutnya.
Dimana surat kedua yang menyebabkan Penghakiman Ingkar?
Di dalam afidavit tersebut yang bertarikh 11 Februari 2014, Plaintif telah melampirkan sama dokumen berikut iaitu :
1) sesalinan Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini,
2) surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Presiden PAS bagi tujuan menyerahkan Writ Saman tersebut; dan
3) Kad AR pejabat pos yang mengandungi nama dan tandantangan pihak yang menghantar dan menerima Writ Saman tersebut beserta dengan tarikh penghantaran dan tarikh penerimaan.
Di dalam surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Defendan bagi tujuan penyerahan Writ Saman bagi kes ini, tertera di dalam surat tersebut bahawa peguam Plaintif telah menyerahkan saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang (depan Masjid Rusila), 21080 Kuala Terengganu.
Surat kedua tidak dapat dicari dimana-mana tempat, hanya diperolehi melalui carian yang dijalankan di kaunter pendaftaran mahkamah. Untuk dapatkan salinan surat berkenaan.
Satu lagi surat ketiga yang di alamatkan ke Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang sebenarnya tidak pernah diambil oleh sesiapa pun? Macam mana surat yang tak diterima boleh sampai kepada Peguam PAS di KL?
Saya dimaklumakan PAS Marang dalam mesyuarat Sabtu lalu cuba mengesan urutan ini untuk mengenalpasti siapa sebenarnya yang mengambil surat berkenaan dengan membuat nama tak betul dan kad pengenalan tak cukup.
Terdapat nama penerima chap Pos Malaysia tetapi nama penerima tidak dapat dikesan siapa. Manakala nombor kad pengenalan pula tidak cukup satu angka. Ini isu boleh disebut sebagai konspirasi..
Pelik kan??
Ini mainan siapa?
Tadi saya sebut logiknya kes ini sepatutnya tak bersabit. Tapi bila kita teliti kita dapati tujuan sebenar saman ini bukan untuk menang kes tetapi sekadar untuk dapatkan PENGHAKIMAN INGKAR sahaja.
Oleh itu cara operasi bagaimana surat-surat dihantar dan penerima menunjukkan ada unsur-unsur untuk Presiden tidak dapat hadir dan PENGHAKIMAN INGKAR boleh dibuat.
Untuk tujuan apa??
Sekadar untuk memalukan Presiden?
Memecah belahkan situasi orang-orang belakang Presiden?
itu masih menjadi siasatan.
Hanya kita membuat anggapan kes ini akan selesai diluar mahkamah?
Oleh siapa?
Ada yang menyebut kepada saya Anwar Ibrahim akan balik daripada Jepun dan mengistiharkan kes ini di tarik/diselesaikan diluar mahkamah. Itu saya anggap andaian jahat sahaja. Tapi boleh dimasukkan dalam siasatan untuk mendapatkan jawapan.
Memang sukar untuk mengetahuinya melainkan kita terlalu bijak 'bermain' politik.
Saya serah dulu untuk perbahasan umum sebelum saya sambung lagi tulisan ini.
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan