Khamis, 6 Mac 2014

BOMOH PULAK

Suhakam: Tiba masanya polis fahami PAA
Posted on Thursday, March 06 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Pasukan polis perlu "mengubah minda mereka" sewaktu menguatkuasakan Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 dan menghormati peruntukan perlembagaan yang memberi hak untuk berhimpun.

Bercakap dalam forum reformasi polis di ibu negara semalam, Timbalan Pesuruhjaya Suhakam Prof Datuk Khaw Lake Tee (kanan) berkata polis dilihat memberi gambaran bahawa protes rakyat sebagai satu cubaan mencabar autoriti mereka.

Khaw berkata banyak cara berfikir pasukan polis perlu ditukar dalam mengendalikan sesuatu perhimpunan aman yang bertukar menjadi rusuhan di mana mereka sepatutnya memudah cara bagi memastikan keselamatan rakyat.

"Tetapi jika peserta enggan menuruti arahan kamu, di sana ada peruntukan untuk kamu ambil tindakan - hak polis untuk menguat kuasa undang-undang tidak boleh dinafikan.

“Tetapi kamu jangan terus mengambil tindakan kerana mereka ada di sana.

"Inilah bagaimana polis benar-benar berfikir - sesuatu perhimpunan adalah mencabar kuasa mereka, dan kamu (peserta) mengganggu perniagaan dan bisnes dan menghambat pelancong," katanya.

sumber"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Thursday, March 06 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



 Bomoh Dah Ramal: Pemimpin AMK setuju tak terus saman Hadi
Posted on Wednesday, March 05 @ 18:49:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





"Tahi nah" kerana misi dan visi saman telah berjaya mencapai matlamat. Dah sampai misi 'permainan' kira games over. Bomoh politik pun tahu visi dan misi tersebut. Baca artikel saya berkenaan perkara ini dalam tajuk "Siapa Dalang Dalam Isu Penghakiman Ingkar Presiden PAS??" di sini.

Tulisan ini adalah berkenaan dengan artikel di bawah. (Gambar di atas adalah Abdul Rahman Yusof Setpol Anwar Ibrahim juga merupakan AMK Kemaman, Terengganu pada dasarnya tak ada kaitan...)

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar kes saman dua juta melibatkan presiden PAS dan ahli PKR tidak diteruskan bagi menunjukkan semangat setiakawan Pakatan Rakyat.

Menurut Anwar (kiri), beliau dan PKR telah menemui sendiri pihak keluarga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun Mohd Shamsul Mat Amin yang menang kes saman fitnah RM2 juta kerana penghakiman ingkar bulan lalu.

"Kita nasihatkan kes ini tidak wajar diteruskan kerana ia bukan saja libatkan sahabat tapi pimpinan Pakatan Rakyat.

"Saifuddin dah temui beliau (Shamsul) minta untuk tak teruskan dan beliau setuju dan saya sendiri dah jumpa ayah beliau dan beliau setuju," kata Anwar.

Pada 24 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan Abdul Hadi membayar saman berjumlah RM2 juta dalam penghakiman ingkar yang diperolehi Mohd Shamsul.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas Abdul Hadi gagal untuk memfailkan writ bagi menangkis dakwaan Mohd Shamsul.


Kalau tak faham juga rantaian artikel di atas nak buat macam mana!!


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com


 Bukan Setakat Ali Tinju Kena Belajar Lagi Tapi Lu Pun Sama Juga Beb.
Posted on Wednesday, March 05 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Kalau BERPANDUKAN kepada Kenyataan Presiden Persatuan Veteran Tentera Mohd Ali TINJU memang lah betul apa yang dikatakan oleh Bekas Calon Ketua Pemuda Umno Malaysia Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail ni beb, kerana Terang Lagi Bersuluh yang keluar dari MULUT LONGKANG Ali Tinju itu 99 peratus nya adalah LUAHAN dari KEPALA LUTUT beliau semata-mata, demi MEMBODEK Bini Najib (BN) iaitu Datin Hajah Rosmah Mansor... kah kah kah!.

Kerana APA HAL nya pulak Maruah BN orang lain yang kena jaga, habis tu LAKI dia nak jadi apa, tak kan asik nak PENDIK KATA aje beb. Sekali Sekala kena lah dengar PANJANG KATA biar dia jadi PANJANG AKAL sikit, tapi kalau LAKI sendiri pun tak tahu nak jaga Maruah Bini sendiri macam mana lah orang lain pulak hendak diharap untuk menjaga Maruah Bini sendiri. Mungkin itu Maksud yang TERSIRAT dari kata-kata Syed Rosli tu... kah kah kah!.

Yang Menarik nya lagi ialah Orang yang diharapkan oleh Ali Tinju untuk menjaga Maruah BN termasuk apa yang dikatakan SALAH ORANG, dimana orang tersebut Maruah beliau sendiri sebagai Menteri Maharaja Lawak Mega pun beliau sanggup Campakkan ke LONGKANG di tempat yang selalunya KANGKONG MEMBIAK. Jadi kalau sudah Maruah diri sendiri pun beliau tak boleh nak jaga, APA BARANG nak suruh Zahid Hamidi tu jaga Maruah BN beb... kah kah kah!.

Bab diatas memang gua SETUJU 101 peratus dengan si Syed tu, jangan marah Zul Kulum gua pinjam kata-kata KERAMAT lu sekejap, tapi dalam Bab LETAK JAWATAN ada Cerita buat si Syed ni. Dalam bab ini gua pulak BERSETUJU dengan Ali Tinju bila mengatakan yang Zahid Hamidi tu BUAT KERJA TAK PERNAH SELESAI, pada gua perkara seperti ini bukan sekali atau dua kali tapi BERKALI-KALI telah dihasilkan oleh Menteri Maharaja Lawak Mega tu, kepada Ali Tinju lu jangan pulak PERASAN beb... kah kah kah!.

Tak usah ambil masa yang panjang, ambil kisah beliau semasa di akhir-akhir menjadi Menteri Pertahanan. Berapa banyak kerja yang TAK SELESAI telah beliau lakukan, bermula dengan kata beliau yang mahu MENYIASAT berkenaan DAKWAAN baginda Sultan Johor yang mengatakan Baginda boleh membeli Kenderaan RIV dengan hanya RM150 Ribu berbanding dengan harga RM690 Ribu yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan dibawah Zahid Hamidi... kah kah kah!.

Apa kata beliau pada ketika itu beb, konon nya beliau akan MENYIASAT perkara tersebut seperti yang Didakwa oleh Baginda Sultan Johor. Apa kesudahan nya beb, sampai lah Penganas Sulu Menceroboh Lahad Datu' Sabah dan Parlimen Dibubarkan BAYANG HASIL SIASATAN pun tak nampak. Macam mana nak nampak Siasat pun tidak, sepatutnya yang menyiasat adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan nya beliau... kah kah kah!.

Kalau Kementerian beliau telah DIRAGUI INTERGRITI nya dan beliau pulak yang akan Menyiasat serupa lah seperti PENYAMUN Menyiasat PENYAMUN, kalau sudah Penyamun Menyiasat Penyamun tak kan lu orang tak tahu apa kesudahan cerita nya beb. Tak habis dengan Cerita tersebut Timbul pulak KISAH Pemimpin Pembangkang ada KAITAN dengan Pengganas Sulu yang Menceroboh Lahad Datu Sabah seperti dakwaan oleh beliau di masa KEMPEN PRU13 sedang berjalan... kah kah kah!.

Konon nya beliau akan DEDAH nama-nama Pemimpin Pembangkang yang TERLIBAT dalam ISU Pencerohan Pengganas Sulu selepas PRU13 selesai. Sudah hampir Setahun PRU13 MELABUHKAN TIRAI kalau ada Pasangan yang Melangsungkan Perkahwinan pada ketika itu dan diberi REZEKI oleh Allah SWT dalam kata lain BUNTING PELAMIN jawap nya sudah mendapat ZURIAT Pasangan tersebut, tapi nama-nama Pemimpin Pembangkang tak jugak keluar dari MULUT LONGKANG Zahid tu... kah kah kah!.

Itu pun sama jugak Tak Selesai-Selesai sampai LA NI, kemudian timbul pulak Cerita SYIAH yang dikatakan beliau bahawa Timbalan Presiden Pas adalah Pengikut Syiah dan beliau PUNYA BUKTI YANG KUKUH. Cerita itu pun sama seperti Cerita SVR dan Cerita Pemimpin Pembangkang Terlibat dengan Pengganas Sulu, jadi bila Ali Tinju tu kata yang Zahid Hamidi Buat Kerja Tak Selesai-Selesai memang gua SETUJU 101 peratus... kah kah kah!.

Kalau Dakwaan bukan dibuat oleh Pihak Polis mahu pun Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) ya memang betul, tapi setidak-tidak nya KERTAS SIASATAN telah Selesai dan Diserahkan kepada Pendakwa Raya. Baru boleh dikatakan yang Zahid Hamidi adalah seorang Menteri yang amat TEGAS dan bukan nya AMARAN-AMARAN. Serta beliau AKAN dan TELAH Melaksanakan Tanggung Jawab beliau dengan BAIK di KDN dan semua Kementerian yang beliau menjadi MENTERI... kah kah kah!. sumber klik sini "


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Wednesday, March 05 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Khutbah: Islam Adalah Risalah Rahmat:
Posted on Wednesday, March 05 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



 "Sinopsis:

Betapa besarnya rahmat kedatangan Islam dirasai melalui pembawanya Nabi Muhammad SAW. Akhlak, peribadi, ajaran yang dibawa semuanya sebagai rahmat buat manusia dan alam.

Sekali lagi DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai Islam sebagai suatu risalah penuh rahmat seperti di bawah pada 28 Rabiulakhir 1435H (28 Feb 2014) :

Islam Adalah Risalah Rahmat"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ustaznik
Posted on Wednesday, March 05 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Suspek Buang Al-Quran Di Masjid Limbongan Dikenalpasti
Posted on Wednesday, March 05 @ 12:35:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Seorang lelaki 28 tahun telah ditangkap malam tadi di Kampung Pengkalan Teras, Keluang. Lelaki ini mengaku telah melakukan perkara yang sama sebelum ini.

Lelaki ini ditangkap setelah mendapat maklumat daripada pihak hospital yang mendapati seorang pesakit yang dihantar oleh sepupunya kerana kecenderaan dikaki akibat terkena serpihan kaca. Setelah didesak ia mengaku membuat perbuatan seperti yang dilaporkan.




Seperti yang saya tulis sebelum ini pintu kaca masjid ditendang dan ada kesan darah pada serpihan kaca adalah antara tanda untuk jejak kepada suspek.

Kalau mengikut keterangan sepupu lelaki berkenaan, suspek mengalami sakit mental. Sebelum ini sepupunya telah membuat posting dalam facebook berkenaan kejadian semalam.


Tiada ulasan: