Thursday, 6 March 2014
SUSPEK PENGAWAL KESELAMATAN PESAKIT MENTAL DI CEKUP INSIDEN BUANG AL QURAN DALAM TANDAS MASJID.
Seorang lelaki dipercayai suspek yang bertindak membuang al-Quran dan surah Yasin di dua masjid di Besut ditahan petang kelmarin dan sekali gus berjaya menyelesaikan kes yang menggemparkan penduduk sebelum ini.
Lelaki berusia 27 tahun dan masih bujang itu ditahan di pekan Besut hasil maklumat orang awam, kira-kira jam 5 petang.
Hasil siasatan mendapati lelaki yang berasal dari Kampung Keluang, Besut itu menghidap penyakit mental sejak tiga tahun lalu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, selain itu, polis turut merampas sebuah motosikal dan telefon bimbit serta beberapa barangan lain yang boleh membantu siasatan.
“Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan, merosakkan atau mencemarkan rumah ibadat serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
“Kita yakin kes ini dapat diselesaikan dengan penahanan suspek yang dipercayai melakukan perbuatan tidak beradab itu di dua buah masjid berasingan iaitu Masjid Limbongan dan Masjid Nasharuddin Shah, Kampung Raja, Besut,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri di sini, semalam.
Selain itu, jelas Jamshah, berdasarkan siasatan awal serta pengakuan keluarga terdekat, suspek memang menghidap penyakit mental sejak tiga tahun lalu dan pernah mendapatkan rawatan serta mengambil ubat bagi penyakit tersebut.
“Diharapkan dengan tertangkapnya suspek ini, segala spekulasi mengaitkan perbuatan khianat ini dilakukan oleh golongan daripada kaum tertentu yang mempunyai niat tertentu dapat dihentikan kerana ia sebenarnya dilakukan oleh individu kurang siuman,” tegasnya.
Kata Jamshah, semasa ditahan, suspek memberi kerjasama yang baik dan kakinya yang cedera dipercayai akibat terkena kaca ketika menendang pintu gelongsor di masjid berkenaan terpaksa dikenakan lapan jahitan.
“Bagaimanapun, kita masih menyiasat untuk memastikan sama ada suspek menendang pintu gelongsor berkenaan untuk memasuki masjid atau sebaliknya,” katanya.
Sementara itu di di Mahkamah Majistret, Kampung Raja, Besut, Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap suspek selama empat hari bermula semalam.
Semalam, Omak Kau ada melaporkan penduduk gempar dengan insiden al-Quran dan Yasin di Masjid Limbongan serta Masjid Nasaruddin Shah dekat Kampung Raja, Besut, dicampak ke dalam mangkuk tandas, diselerakkan dan dibuang ke luar masjid.
Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 2.30 pagi itu, al-Quran, kitab dan surah Yasin dicampak di merata tempat termasuk di dalam dan di luar kawasan masjid berkenaan, setelah dikoyak-koyakkan.
Lebih menyedihkan terdapat beberapa naskhah al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas.
BAGAIMANA SEORANG ADA MASALAH SAKIT MENTAL DAN JIWA DI AMBIL SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN ... KESELAMATAN DIRI SENDIRI TIDAK BOLEH NAK KAWAL BAGAIMANA NAK MENGAWAL KESELAMATAN ORANG LAIN.
MENGAPA RASULULLAH MELARANG KITA MEMINUM SAMBIL BERDIRI?
Ternyata secara medik, dalam tubuh manusia terdapat penyaring Sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum blm 100% steril untuk diolah oleh tubuh. Bila kita minum smbil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer keranan tertutup. Air yang tidak disaring oleh sfringer langsung masuk ke kantung kemih, dapat menyebabkan penyakit kristal ginjal. SubhanAllah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya.
Terapi air putih :
1) minum 2 gelas setelah bangun tidur dapat membersihkan organ2 internal.
2) minum segelas air, 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
3) minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah.
4) minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke dan serangan jantung.
Mari berkongsi tips sihat dgn mengirimkan pesanan kepada teman dan keluarga,,
Thursday, March 6, 2014
PANAS: TERESA KOK KENA PENAMPOR DI KAWASAN ANWAR? BIAR BETUL??
Akhirnya Teresa Kok kena penampor? Betul ke ada rakyat yang berani tampor CINABENG LAHANAT nie? Betul ke berita yang GR terima nie???
Walaupun masih belum mendapat pengesahan dari sumber yang rapat, pasti si CINABENG tua ni dah mengelabah. Nampak sangat ramai rakyat menyampah dengan dirinya sendiri yang selamba cetuskan isu perkauman dengan video bangang dia tu.
Lihat kenyataan beliau di bawah:
Kemudian kecoh mengatakan dia telah ditampar sewaktu berceramah, namun ia kemudian dipastikan tidak berlaku.
Sebaliknya difahamkan seorang lelaki yang tidak dikenali telah dikatakan bersalam dengannya sambil memegang sebiji telur.
Ini tweet dari twitter rasmi beliau:
Macam pelik pun ada dengan kenyataan Teresa Kok ni...kenapa lelaki tu saja bawa telor dan salam dengan beliau? Tak kira lah itu telur busuk atau sebaliknya. Dua tweet dia pun dah pusing-pusing statement...tengok sendiri pelikkan?
Dia kata lelaki salam dengan dia telor pecah...lepas tu kata Utusan Malaysia fitnah dia kata disalam telor busuk.
Persoalannya telor siapa yang kau pegang tu Teresa Kok??? Jelas di sini rakyat dah menyampah dengan puak DAP ni. Bagi ceramah kat mana-mana pun, mereka dah meluat. Pada GR, kalau betul meluat tunjukkan jangan hanya pandai cakap saja lebih.
Pada siapa pun yang menerima sebarang berita, sama-samalah kita mencari kesahihannya. Zaman sekarang ramai yang pandai kaki spin. Yang betul pun boleh kata salah....ramai pulak yang percaya. Itu yang musykil..!!!
GR kata: Baru kena telor dah kecoh...kira macam sambut Happy Birthday kan! Ha ha ha
Thursday, 6 March 2014
HEBOH UTUSAN SIARKAN BERITA TERESA KOK DI TAMPAR DALAM SUATU CERAMAH MALAM TADI LEPAS ITU DIPADAMKAN!!!!
PERMATANG PAUH 5 Mac – Ceramah anjuran pembangkang di Taman Cermai di sini yang dihadiri Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bertukar kecoh apabila dia ditampar seorang lelaki tidak dikenali selepas menyampaikan ceramahnya sebentar tadi.
Teresa kemudiannya dibawa keluar dari lokasi ceramah berkenaan manakala lelaki terbabit berjaya melarikan diri. - UTUSAN ONLINE
Namun begitu apabila link dibuka, berita tersebut telah dipadam... Kenapa berita tersebut dipadam, bimbang disaman… atau mungkin Utusan membuat rujukan daripada blog macai Pro UMNO...
Risikan didapati lelaki tersebut hanya bersalaman dengan YB Teresa Kok dengan tangan berisi telur.
Lelaki itu di percayai berjaya dicekup oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.
Muhamad Saad Shaari shared Harakahdaily's photo.
Abu Hashim Jalal shared Nik Abdul Aziz Nik Mat's photo.
Mau tunggu sampai bila....
Mangsa kemalangan sempat peluk teman wanita
- Kereta mangsa mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan tersebut. Kesan darah mangsa kelihatan di atas jalan. - Foto: Ihsan Oriental Daily
Sebelum kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, N Nesa Raja, seorang penghantar surat, bersama teman wanitanya menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback dari Puchong menuju Damansara.
Menurut saksi, kereta dipandu mangsa terbabas melanggar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali.
Katanya, kenderaan itu berpusing sejauh kira-kira 500 meter, sebelum merempuh pengadang di bahagian kiri jalan.
"Selepas kereta itu merempuh pembahagi jalan, mangsa sempat memeluk teman wanitanya berkemungkinan untuk menyelamatkan wanita itu.
"Bagaimanapun, kepalanya terhentak pada tingkap yang terbuka dan pembahagi jalan sepanjang kereta itu berpusing," katanya.
Saksi berkata, darah serta sebahagian daging di muka dan otak mangsa itu dilihat bertaburan atas jalan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.
Teman wanitanya yang dilaporkan cedera ringan turut menerima rawatan di hospital sama.
Muhamad Saad Shaari shared Say No to Najib's photo.
KRONI KAYA RAYA.....RAKYAT PAPA KEDANA....NASIB RAKYAT MALAYSIA DI BAWAH PEMERINTAHAN UMNO BARISAN NASIONAL.....
In
the US car showroom rentals are higher, car salesman salaries are
higher, electricity and telephone bills are higher - everything is more
expensive in the US. Yet the cars are
much much cheaper. Their road tax is almost non existent. The entire
registration fee plus license plate for a car in California is about
RM360 only.Americans earn about four to five times more than Malaysians. Yet they pay 40% or less for the same car. They earn much more than us but they pay much much less than us for the same car.
Projek Mega Bawah Tanah, Kerajaan dituntut beri penjelasan
Posted on Thursday, March 06 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Bajet projek mega Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) yang sudah mencecah RM60 bilion dijangka akan terus meningkat berikutan cadangan pembinaan sebuah lagi terowong Transit Laju Massa (MRT) antara stesen KL Sentral dan MRT Stesen Muzium Negara.
Difahamkan, kos awal projek yang dicadangkan ini adalah bernilai RM 800 juta tetapi ia telah ditolak oleh kerajaan. Namun demikian, projek yang sama telah dikemukakan kembali kepada kerajaan dengan nilai RM 350 juta.
Pada pertengahan 2013, Gamuda sebagai Project Delivary Partner (PDP) telah mengeluarkan tender untuk memulakan projek tersebut tetapi pada masa yang sama kerajaan masih belum meluluskan projek ini.
Lanjutan daripada itu, pada pertengahan Disember 2013 yang lalu, kerajaan telah menangguhkan projek tersebut atas alasan mahu mengkaji dahulu nilai kos dan aspek-aspek keselamatan projek ini.
Pelbagai persoalan timbul daripada cadangan pembinaan terowong MRT di bawah platform KL Sentral ini.
Antaranya, jarak diantara Stesen KL Sentral ke Stesen Muzium Negara ini adalah sekitar 120m sahaja. Soalanya, adakah berbaloi membuat satu terowong dengan kos RM350 juta hanya untuk sebuah terowong sepanjang itu? Apakah tiada laluan terowong tersebut daripada dibina di bawah platform KL Sentral ke laluan lain yang lebih kos efektif?
Jika diukur nilai kos tersebut, purata nisbah kosnya sekitar RM35 juta untuk setiap sepuluh meter. Apakah nilai ini memberi makna bahawa sistem laluan pengguna MRT itu begitu moden dan cekap?
Jika projek ini dilaksanakan, siapakah yang akan menanggung kos tersebut kelak? Apakah syarikat konsesi akan dapat memberikan kadar caj yang rendah atau berpatutan kepada pengguna (rakyat)?
Jika projek ini diluluskan oleh kerajaan, jelas ia merupaka satu pembaziran yang amat dahsyat oleh kerajaan. Wang pembayar cukai semestinya akan digunakan untuk menampung kos projek ini sedangkan, ia bukanlah projek yang berbaloi untuk rakyat mahupun pelancong.
Projek terowong MRT antara Stesen KL Sentral dan Stesen Muzium Negara ini tidak ada dalam perancangan awal projek KVMRT Sungai Buloh – Kajang. Jadi bagaimana boleh wujud cadangan pembinaan terowong pengguna MRT ini? Begitu juga dengan Stesen MRT Muzium Negara?
Hasil semakan menerusi peta stesen di laman web www.mymrt.com.my, tidak wujud sama sekali Stesen tersebut. Ini bermakna, projek terbaru yang dicadangkan ini boleh disifatkan sebagai projek ‘ sambil menyelam, minum air’.
Walaupun kos cadangan awal berjumlah RM800 juta, tetapi diubah menjadi RM350 juta, ianya masih terlalu tinggi nilainya sedangkan ia cuma untuk laluan pengguna MRT yang akan berjalan menerusi terowong pengguna ini di antara kedua-dua stesen tersebut.
Adakah ini bermakna, kos awal projek tersebut merupakan suatu penipuan? Tiadakah laluan lain yang bole dipertimbangkan?
Berdasarkan tiga persoalan ini, masyarakat awam sudah tentu mahukan penjelasan baik daripada pihak kerajaan mahupun MRT Corp, termasuk Gamuda. Semua pihak mengetahui bawaha MRT Corp ini adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang diperbadankan. Justeru, kita sebagai rakyat juga tertanya-tanya, siapakah sebenarnya pihak ‘swasta’ ini?
Kita sangat berharap, Menteri Kewangan dan pihak MRT Corp dapat tampil membuat penjelasan mengenainya. Ini adalah kerana MRT Corp itu merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan.
MRT Watch
web : mr*****ch.blog.com
emel : mr*****ch2014@gmail.com
twitter : @mrt_watch
Projek Mega MRT Bawah Tanah Tak Selamat?
Posted on Thursday, March 06 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Selain daripada persoalan integriti dan ketelusan projek terowong laluan pejalan kaki yang menghubungkan Stesen MRT Muzium Negara ke KL Sentral yang bakal dijalankan tidak lama lagi, persoalan terpenting adalah aspek keselamatan baik semasa dan selepas projek ini siap kelak.
Jika dilihat dari aspek lokasi dan peta laluan terowong ini, ia terletak betul-betul di bawah platform KL Sentral iaitu struktur terpenting yang terletak di atasnya dua buah hotel lima bintang iaitu Hotel Hilton dan Le Meridien termasuk bangunan UEM Mercu, SSM, MIDA dan Platinum Sentral dang bangunan-bangunan persekitaran lain.
Yang paling merisaukan adalah sekitar 30 hingga 40 batang rasuk (concrete beam) yang menyokong platform KL Sentral akan dipotong. Ini pastinya akan memberi kesan terhadap kekukuhan struktur bangunan diatasnya. Yang pastinya, platform KL Sentral sudah pasti tidak akan mampu menyokong beban pelbagai bangunan yang terletak di atasnya.
Siapakah yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku malapetaka kejuruteraan? Siapakah yang akan bertanggungjawab terhadap keselamatan dan nyawa 150,000 orang yang bekerja, tinggal dan pengguna LRT, MRT, Komuter dan KTM? Ini adalah soal keselamatan dan kerajaan tidak boleh berkompromi mengenai isu ini sama sekali walaupun didesak syarikat kroni, Gamuda Berhad.
Beban berat bangunan dipermukaan pastinya akan memberi tekanan kuat bukan sahaja semasa proses pembinaan terowong sebaliknya tekanan ini wujud setiap masa selepas terwong siap dibina.
Ini merupakan terowong di bawah platform ditengah-tengah kawasan yang sudah sesak dengan pembangunan dipermukaan, bukan laluan pejalan kaki diatas permukaan tanah atau jambatan yang tergantung diawangan. Ini bermakna, laluan terowong ini amat bergantung dengan rekabentuk keselamatan khususnya pada ciri-ciri keselamatan termasuk sistem pengudaraan yang cekap dan selamat.
Berbeza dengan depot stesen KTM yang mana ia direkabentuk dengan sistem aliran udara secara semulajadi. Rekabentuk bangunan direka khas untuk memastikan aliran udara bersih dan teratur malah ia akan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan menyelamat dengan mudah dan cekap.
Namun, untuk projek terowong MRT dengan jarak sekitar seratus sahaja pastinya memerlukan satu pelan rekabentuk sistem udara yang jelas, betul dan dijamin selamat. Malah ia memerlukan pelan pengaliran asap jika berlaku kebakaran, pelan sokongan jika berlaku runtuhan dinding atau siling terowong.
Kita difahamkan, rekabentuk terowong sepanjang 100 meter ini akan menorobos zon penampan kebakaran yang amat penting bagi memastikan keseluruhan kawasan KL Sentral selamat digunakan oleh rakyat.
Terowong laluan pejalan kaki ini kelak akan digunakan puluhan ribu orang setiap hari. Pastinya aspek keselamatan begitu penting.
Aspek keselamatan lain seperti kejadian jenayah dikawasan awam sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan kita. Apakah terowong yang terletak di bawah platform KL Sentral ini mempunyai sistem kawalan keselamatan yang cekap.
Pihak manakah nanti yang akan membuat kawalan keselamatan, adakah ia mencukupi, adakah pengawal keselamatan ini ‘pengawal keselamatan warga asing’? Semua ini mendatangkan persoalan kepada pihak awam.
Projek ini merisikokan banyak perkara, daripada risiko kerosakan struktur bangunan-bangunan dipermuakaan, faktor keselamatan ketika dan selepas projek ini selesai dan juga faktor penyelenggaraan.
Di Malaysia kita memang agak terkenal dengan kemampuan membina segala macam monumen besar-besar dan hebat-hebat, itu tak dapat dinafikan. Tetapi disamping itu, kita juga terkenal dengan kelemahan sistem penyelenggaraan.
Lihat sahaja projek KLIA2, projek MRR2, dan sistem pangangkutan awam.
Ini persoalan besar yang mana pihak MRT Corp, bukan sekadar menjawab persoalan ini sebaliknya meyakinkan pengguna – rakyat.
MRT Watch
Web : mr*****ch.blog.com
Twitter : @mrt_watch
Emel : mr*****ch2014@gmail.com
9 kertas siasatan laporan Ketua Audit disyor tutup
Posted on Thursday, March 06 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"
Jabatan Peguam Negara mengembalikan sembilan kertas siasatan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2012 (LKAN 2012) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan syor supaya ia ditutup, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Posted on Thursday, March 06 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"
Jabatan Peguam Negara mengembalikan sembilan kertas siasatan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2012 (LKAN 2012) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan syor supaya ia ditutup, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Katanya ini kerana penelitian jabatan
itu terhadap hasil siasatan SPRM mendapati tidak cukup keterangan bagi
membolehkan satu pertuduhan jenayah di bawah mana-mana undang-undang
dikenakan terhadap mana-mana pegawai atau individu yang dinamakan di
dalam kertas siasatan itu.
"Dalam beberapa
kes, adalah diperhatikan bahawa salah laku atau salah urus perbelanjaan
yang telah dibangkitkan di dalam LKAN 2012 dan disiasat oleh pihak SPRM
adalah berikutan kecuaian pegawai-pegawai di samping kelemahan prosedur
pentadbiran, kewangan dan tadbir urus di kementerian, jabatan atau
agensi yang berkenaan.
"Justeru, tindakan
untuk menambah baik prosedur dan tadbir urus dan saranan untuk suatu
tindakan tatatertib terhadap pegawai yang terlibat telah dicadangkan di
dalam beberapa kertas siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul
Gani juga berkata tujuh kertas siasatan yang lain telah dipulangkan
oleh jabatan itu kepada SPRM dengan arahan untuk menjalankan siasatan
lanjut bagi mendapatkan maklumat tambahan dan dokumen sokongan yang
berkaitan.
Ia bertujuan melengkapkan kertas
siasatan sebelum suatu syor yang muktamad diberikan, katanya sambil
menambah bahawa beberapa pertuduhan yang berbangkit daripada tiga kertas
siasatan yang dirujuk juga sedang dipertimbangkan oleh jabatan itu.
Abdul
Gani berkata penyerahan kertas siasatan itu dibuat oleh SPRM secara
berperingkat-peringkat bermula 14 Nov 2013 dan kertas siasatan terbaru
diterima pada 14 Februari 2014.
"Sejak 14
November 2013, kesemua kertas siasatan yang dirujuk telah diteliti
dengan segera oleh pihak Jabatan Peguam Negara sebaik sahaja ia
diterima.
"Sesi perbincangan di antara pihak
Jabatan Peguam Negara dengan pihak SPRM, terutamanya pegawai-pegawai
penyiasat yang berkaitan, juga sentiasa diadakan," katanya.
Beliau
berkata kesemua kertas siasatan yang dikemukakan SPRM pada kali pertama
didapati tidak lengkap dan memerlukan penyiasatan lanjut kerana tidak
meliputi semua aspek teguran yang dibuat di dalam LKAN 2012.
Abdul
Gani juga menjelaskan jabatan itu tidak menerima kertas siasatan bagi
kes program bantuan Rumah Dhua’fat secara tidak memuaskan, kerana
pemilihan penerima bantuan tanpa borang permohonan dan pendapatan
penerima melebihi garis kemiskinan.
Satu lagi
kes yang tidak diterima kertas siasatan daripada SPRM ialah mengenai kes
pemberian tender bernilai RM14,385,332 oleh Universiti Malaysia
Terengganu (UMT) berkaitan soal mereka bentuk, membina, menguji dan
mentauliahkan 'steel hull' latihan dan penyelidikan untuk UMT, sedangkan
hasil pemeriksaan Jabatan Laut Malaysia mendapati ia tidak mengikut
spesifikasi yang ditetapkan, katanya.
- Bernama
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Thursday, March 06 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan