Posted on Tuesday, March 04 @ 23:46:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Berita ni tidak keluar di TV3 suku.. Utusan pun tak mungkin.. tapi kuar dimedia baru... hehe
Timbalan Ketua Wanita UMNO serta AJK Batu 10,Jln Cheras, Kajang istihar keluar dari UMNO sejak Hasan Ali keluarkan 20 dalil.. dan menyertai PKR...
Majlis penyerahan borang disertai oleh DSAI sendiri.....
Undang-undang diluar kotak?
Posted on Tuesday, March 04 @ 23:48:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"
Berikut keratan dari SPAD mengenai permit teksi,
"DASAR PENGELUARAN LESEN BARU
LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (LPKP)
1. DASAR SEMASA
*Dibuka kepada Individu, Syarikat Perkongsian, Syarikat Sdn Bhd, Syarikat Berhad dan Koperasi
* Pengeluaran lesen teksi dibuka mengikut keperluan
*Tempoh lesen: 7 tahun
* Jenis Perkhidmatan
i. Perkhidmatan Bajet
ii. Perkhidmatan Premier (pengeluaran lesen telah diberhentikan)
iii. Perkhidmatan Eksekutif
2. KAWASAN OPERASI
*
Teksi Bajet - Zon Lembah Klang (termasuk Seremban), Zon Johor Bahru,
Zon Pulau Pinang, Zon Melaka dan Zon Kuala Terengganu. (kecuali di
lapangan terbang)
* Teksi Eksekutif - Seluruh Semananjung Malaysia kecuali
di lapangan terbang
5. WARNA KENDERAAN
* Teksi Bajet - Merah Putih – (Berkuatkuasa 18.6.2004);
atau Jalur Gemilang – (Kuatkuasa 21.1.2003).
- Merah (Reflex Blue 11334: nexa autocolour)
Biru (Chili Red A00158; ICI Paint) bagi teksi individu
- Penggunaan warna korporat untuk syarikat yang mempunyai bilangan lesen teksi melebihi 250 unit.
*Teksi Eksekutif
- Candy Blue CT005 - Special Colour;
mercury paints."* Teksi Eksekutif - Seluruh Semananjung Malaysia kecuali
di lapangan terbang
*Teksi Eksekutif
- Candy Blue CT005 - Special Colour;
mercury paints."
KECUALI DI LAPANGAN TERBANG! Betul ke ni? Yang berlambak teksi jenis macam ni di KLIA tu Ape?
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: pemerhati44
Posted on Tuesday, March 04 @ 23:48:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Salinan Al-Quran tetap utuh dalam kereta hangus terbakar
- Mar 04, 2014
- DETIK ISLAM
"Pemandu itu berkata kepada saya, kereta itu adalah milik ayahnya yang selalu menyimpan salinan Al-Quran di dalamnya," kata seorang saksi, harian Emirates melaporkan pada 2 Mac lalu.
Pengakuan dari pemiliknya menurut harian Saudi, dia sedang memandu keretanya di wilayah selatan Jazan Saudi dan secara tiba-tiba kereta terbakar, sehingga memaksa dia menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari keretanya.
Beberapa saksi memeriksa pemandu tersebut dan keadaan keretanya, mereka menjumpai salinan Al-Quran satu-satunya barang yang tetap utuh dalam kereta yang hangus terbakar.
"Ketika saya melihat ke dalam kereta yang hangus tersebut, saya terkejut melihat semuanya hancur dan hangus kecuali salinan Al-Quran yang masih utuh," katanya dipetik blog Detik Islam.
"Saya memutuskan untuk mendokumentasikan keajaiban ini dengan telefon bimbit saya."
Al-Quran adalah wahyu dari Allah, Pencipta alam semesta dan dunia beserta isinya.
* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com
Rosak Al Quran Di Kg. Limbongan Perbuatan Orang Islam Sendiri?
Posted on Tuesday, March 04 @ 20:40:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Penduduk di Kampung Limbongan di Besut dan sekitarnya hari pagi tadi digempar apabila menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menceroboh masjid kampung itu dan merosakkan beratus-ratus naskhah Al-Quran dan kitab hari ini.
Dalam kejadian yang disedari kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Al-Quran, kitab dan buku yasin milik masjid itu didapati dibuang merata tempat termasuk di dalam dan luar kawasan masjid berkenaan, setelah dikoyak-koyakkan.
Yang menyedihkan terdapat beberapa naskhah Al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas.
Laporan Polis seperti dilampirakan di bawah:-
As salam YDH Tuan. Untuk makluman YDH Tuan. Bersabit Kg Raja Rpt: 1071/14, P/Penyiasat: Insp.Azira Bt Md Razak, 4/3/2014@0310hrs
Butir-butir Pengadu:
Nama: Engku Mi Bin Engku Hassan
Kp: 530105065037
Umur: 61
Kerja: Berniaga/KRT/SRS
Alamat: 1394 Kg Limbonhan 22200 Kg Raja Besut Trg
Ringkasan kes:
Pada 4/3/2014 jam lebih 1.30 pagi semasa pengadu sedang buat rondaan KRT/SRS di kawasan Kg Limbongan Kg Raja Besut Trg telah singgah di Masjid Kg Limbongan dapati dalam keadaan baik.
Seterusnya pengadu buat rondaan dan singgah di rumah kediaman YB Mahadi Bin Musa yang terletak berhampiran. Pada 4/3/2014 jam l/kurang 2.30 pagi pengadu pergi semula ke kawasan Masjid Kg Limbongan Kg Raja telah dimaklumkan oleh anggota SRS yang membuat rondaan bermotorsikal mengatakan bahawa telah menjumpai Al-Quran dalam keadaan berselerak di depan tangga pintu masuk masjid, di dalam mangkuk tandas,dan di tempat solat. Terdapat juga barang-barang lain seperti kipas dinding dan pintu sliding tempat solat telah dirosakkan dan di pecahkan. Pengadu syaki perbuatan tersebut dikhianati oleh orang yang tidak dikenalpasti.
Hasil siasatan IO:
(1) temubual dan rakam percakapan pengadu.
(2) Hasil rakaman percakapan pengadu dapati pengadu tidak kenalpasti saspek yang melakukan perbuatan tersebut. Menurut pengadu tiada saksi yang nampak semasa kejadian berlaku.
(3) Ke tempat kejadian bersama Jurufoto Kpl/D Ramli Sulaiman iaitu Tempat kejadian adalah di Masjid Kg Limbongan Kg Raja Besut Trg. Tiada alat CCTV dipasang.
(4) Pohon bantuan Unit Forensik D10 IPK Trg untuk siasatan lanjut tempat kejadian di ketuai oleh Insp Shamendra.
(5) Arahkan CPJ/Detektif dapatkan maklumat lanjut dan kesan saspek yang disyaki.
Perkembangan lanjut akan dimaklum semula.Terima kasih YDH Tuan.
Al Quran Berselerak |
Sekitar tangga Masjid |
Dalam Mangkuk tandas |
Mengikut papaan CCTV ada 2 kelibat masuk dengan memakai top keledar pada pukul 11.28 malam. Daripada pergerakan yang terus ke hadapan mimbar menunjukkan kelibat berkenaan agak mahir dengan kedudukan masjid dan ini dipercayai adalah orang Islam sendiri.
Walaubagaimana pun pihak polis masih belum mengesahkannya melainkan siasatan rapi dibuat.
Ada kesan darah pada muka hadapan pintu masjid dipercayai adalah kesan darah kaki kelibat yang menyempak peralatan masjid dan pintu ketika ingin masuk masjid.
Perkara ini sedang disiasat termasuk dengan bantuan anggota forensik yang didatangkan dari Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu dan penduduk dan masyarakat Islam diminta bertenang.
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com
Husin Tebuk was tagged in Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]'s photo.
Rafizi Serang Khalid. Hisham Serang AzminPosted on Tuesday, March 04 @ 21:58:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Gambar di atas adalah gambar yang dirakam semasa Majlis Pelancaran Pusat Media KEADILAN PRK Kajang petang tadi di Kajang. Gambar ini adalah menutup "mulut" umno untuk bersuara dalam mengulas tentang pengumuman Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mencabar Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.
Ramai blogger pro Pakatan Rakyat mengulas tentang gambar ini "Langsung sedikit pun tidak nampak adanya pergeseran".
Saya mungkin berbeza dengan mereka. Gambar bagi orang politik adalah lakonan semata-mata mereka boleh berpeluk di hadapan kamera tetapi esoknya 'bertikam'. Dulu Mahathir dan Musa berpeluk selepas itu Musa letak jawatan. Malah Anwar Ibrahim sehari sebelum dipecat pun masih membuat penafian.
Semalam Rafizi menyerang secara terbuka pasal penjanjian air Selangor. Kenyataan beberapa kepimpinan PKR juga meminta TSKI menerangkan kepada akar umbi pasal perjanjian ini. Azmin juga menepelak bertanya bila ada OSA dalam PR?
Aspan Alias YB DAP juga sama masuk dalam membuat ulasan tentang perkara ini.
Manakala Hishamudin Rais pula masih kekal dengan kedudukan menyerang Azmin dalam tulisan terbarunya di Tukar Tiub malah dia bersedia berhadapan dengan tuntutan saman.
Azmin yang dikatakan akan saman Suara Keadilan, suara rasmi Partinya sendiri.
Semua ini adalah kudis-kudis yang menunggu nanah untuk PRK Kajang. Jika ada sesuatu berlaku bukan yang berperang disalahkan, rakan yang membantu yang digelar kumpulan "kupiah putih" akan menjadi sebab.
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com
TS Khalid perlu memberi penerangan isu air sampai ke akar umbi
Posted on Tuesday, March 04 @ 18:54:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
TS Khalid Ibrahim akan memberikan penerangan yang sebetulnya bagi menafikan apa yang di sebut oleh Rafizi Ramli, tentang MoU berkaitan dengan air, dua hari lepas itu hanyalah andaiannya sahaja. Rafizi telah mengkririk MoU itu dan berkata yang perjanjian itu akan melibatkan kos bagi kerajaan Selangor itu akan mencecah harga RM20 billion dan bukannya RM9.6 billion sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan itu.
TS Khalid berkata beliau akan memberikan penerangan secara
besar-besaran dan mengtaklimatkan isu air ini supaya tidak dikelirukan
oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. TS Khalid berkata yang semua
pihak akan dapat memahami segala yang telah dipersetujui itu dengan
memberikan pencerahan secara terbuka dan tepat dalam masa yang terdekat
ini.
Bagi saya, rakyat yang biasa dibawah ini, wajar
mendapat penerangan dengan baik. Penerangan itu boleh dilakukan dengan
mengembalikan tindakan memberikan penerangan kepada rakyat Selangor
seperti kurusus sivik yang lazim dilakukan oleh kerajaan dahulu. Proses
penerangan itu wajar dilakukan diperingkat kampung melalui
penyelenggaraan setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,
JKKK, di setiap kampung di Selangor.
Penerangan melalui JKKK ini amat perlu kerana setiap rakyat ditadbir
oleh JKKK dikampung-kampung dan desa. Penerangan perlu dilakukan oleh
Jabatan Penerangan Daerah setelah semua pagawai-pegawai penerangan
daerah diberikan taklimat dan memahami segala apa yang terkandung dalam
MoU kerajaan Selangor dan Persekutuan dan setiap kampung perlu diberikan
penerangan itu.
Setelah memberikan taklimat kepada pegawai-pegawai penerangan dan
pegawai-pegawai daerah, penerangan wajar diberikan secepat yang mungkin
yang dianjurkan oleh JKKK setiap kampung itu. Jika ada 150 orang sahaja
kehadiran dalam sesuatu penerangan sivik itu, ia sudah cukup bagi
kerajaan negeri mendapat perlindungan dari fitnah dan permainan politik
sesuatu pihak terhadap kerajaan Selangor terutamanya dari ahli-ahli
parti dan pemimpin dalam parti yang memerintah kerajaan Selangor itu.
Sesungguhnya inilah yang sudah tidak dilakukan oleh kerajaan sejak
hampir tiga puluh tahun dahulu. Dulu-dulunya segala projek dan tindakan
kerajaan persekutuan atau negeri, rakyat akan diajak untuk bersama-sama
melaksanakan sesuatu dasar itu dengan memberikan mereka penerangan yang
jelas dan salah satu caranya ialah dengan mengadakan kursus sivik untuk
berinteraksi secara ‘direct’ dengan rakyat bawahan. Melalui kursus sivik
itu rakyat akan merasakan yang mereka dibawa bersama untuk melaksanakan
sesuatu tindakan kerajaan itu.
Itu sebabnya dahulunya rakyat tidak banyak membuat ‘complain’ terhadap
kerajaan kerana mereka merasakan seolah-olah mereka adalah bersama-sama
melaksanakan sesuatu tindakan itu. Mereka akan mempertahankan semua
tndakan kerajaan, dalam isu kini, tindakan kerajaan Selangor
menandatangani perjanjian air yang telah lama tidak selesai itu.
Saya berharap TS Khalid akan melakukannya secara pantas kerana tindakan
kerajaan negeri mengenai air ini telah menampakkan unsur-unsur
‘insubordinations’ dikalangan parti PKR itu sendiri.
TS Khalid mempunyai rakyat untuk mempertahankan tindakan beliau itu.
Maka rakyat ramai wajar diberikan penerangan itu secepat yang mungkin
sebelum ada pihak memecahkan kesatuan rakyat Selangor kerana kepentingan
politik mereka sendiri.
Tindakan TS Khalid Ibrahim melakukan penerangan ini amat baik, tetapi
ia perlu mencari jalan yang terbaik untuk mempertahankan tindakan beliau
itu dengan berhadapan dengan rakyat melalui penerangan yang jelas di
setiap kampung dan desa ini, kerana disitulah letaknya benteng
pertahanan TS Khalid sebagai Menteri Besar negeri yang paling maju
terutamanya dibidang perindusrian ini.
Saya sendiri menaruh minat yang amat besar untuk mengetahui
perkembangan tentang apa yang berlaku dalam Selangor pada hari ini. TS
Khalid tidak perlu gusar dan bimbang untuk memberikan penerangan secara
terbuka kerana akhirnya kebenaran diantara TS Khalid menghadapi mereka
yang 'tidak sebulu' dengan beliau dalam PKR itu akan terjelas juga
akhirnya.
ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com
ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com
MCA Ketandusan Isu, Guna Taktik Kotor
Posted on Tuesday, March 04 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KAJANG 3 MAC : MCA ketandusan isu dan meniru parti rakannya Umno apabila menggunakan taktik kotor untuk menyerang KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata, tindakan terdesak itu dilakukan MCA yang tergugat dengan jangkaan kemenangan majoriti berpihak kepada calon pilihan raya kecil (PRK) N25 Kajang yang juga Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
“MCA cuba melaga-lagakan dengan isu yang dimainkan dengan menyatakan terdapat dua kelompok dalam KEADILAN,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN PRK DUN Kajang, hari ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tion Lai dan calon Chew Mei Fun sebelum ini menuduh kononnya terdapat perpecahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Reaksi MCA itu kata Elizabeth berikutan kempen sekitar Kajang yang mendapat sambutan positif pengundi, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
“Itu taktik yang dimainkan MCA dan Umno. Mereka tergugat apabila Datuk Seri Anwar dijangka menang di DUN Kajang,” kata Elizabeth.-kd

PR mesti tunjuk komitmen, perpaduan untuk menang besar di Kajang – Kit Siang
Posted on Tuesday, March 04 @ 23:20:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
PULAU PINANG, 4 MAC: Semua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR, PAS dan DAP perlu menunjukkan komitmen dan perpaduan untuk membolehkan parti mencapai kemenangan bersejarah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PRK Kajang adalah penting untuk PR menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang mungkin diadakan pada 2018, 2016 atau 2017 nanti.
“Ia penting bagi Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan yang tidak pernah berlaku sebelum ini jika mahu mencapai kemenangan bersejarah di Kajang nanti.
“Tambahan pula terdapat satu plot serius dibuat UMNO/BN untuk mensabotaj pencalonan Anwar pada PRK Kajang, 11 Mac ini,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Penghargaan DAP untuk ahli veteran DAP Pulau Pinang lebih 30 tahun di Restoran Star View, Pulau Pinang, Ahad lalu.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, parti komponen PR mesti mensasarkan kemenangan dengan majoriti besar melebihi pencapaian calon PKR pada PRU-13 lalu, Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824 undi.
“DAP komited mendapatkan setiap undi untuk Anwar di Kajang dan penduduk Kajang mesti bersuara bagi pihak 30 juta rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau wilayah dan berdiri teguh di belakang Anwar dan Pakatan Rakyat untuk perubahan di Malaysia bagi memastikan keamanan, keharmonian, keadilan, kebebasan, tadbir urus yang baik dan kemakmuran negara dan rakyat Malaysia dicapai,” tambahnya.
Pagi kelmarin, Kit Siang bersama pemimpin PR, termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli hadir ketika melancarkan pusat operasi DAP bagi PRK Kajang, 23 Mac ini.
“Tiga hari lalu, saya memberi peringatan supaya PR mengelak daripada perpecahan dalaman kerana yang boleh menghalang Anwar menang besar di Kajang ialah pilihan raya tidak bebas.
“Bagaimanapun saya gembira kerana peringatan saya itu sudah diberi perhatian baik oleh semua pihak dalam PR.
“Walaupun perselisihan faham adalah perkara biasa dalam parti, masalah dalaman perlu diketepikan untuk mencatat kemenangan besar di Kajang demi rakyat dan negara,” ujarnya. -Roketkini.com
Jerebu: Selangor sediakan 100,000 topeng muka untuk rakyat
Posted on Tuesday, March 04 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
SHAH ALAM, 4 MAC: Berikutan jerebu yang semakin membimbangkan, Kerajaan Selangor mengambil langkah segera menyediakan 100,000 topeng muka untuk diedar kepada orang ramai.
Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi, berkata ia diberi kepada semua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencatat kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi.
Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahupun pegawai PKM boleh mendapatkan bekalan berkenaan dalam masa terdekat.
“Orang awam boleh mendapatkan topeng muka itu secara percuma di PKM di DUN masing-masing.
“Kuantitinya akan ditambah dari masa ke masa bergantung kepada keadaan semasa jerebu,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Sehingga jam 12 tengah hari tadi, Banting mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 130, Petaling Jaya (123), Pelabuhan Klang dan Shah Alam (121), Kuala Selangor (105) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (115).
Mengikut Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU antara 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana); 101-200 (tidak sihat); 201-300 (amat tidak sihat) manakala lebih 301 (berbahaya kepada kesihatan).
Pada kenyataan media sama, Daroyah juga menasihati orang ramai supaya peka terhadap bacaan IPU bagi mengelakkan mereka terdedah kepada risiko kesihatan.
Katanya, jerebu memberi kesan buruk kepada semua orang terutama golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan mereka yang menghidap penyakit asma, paru-paru atau jantung.
“Rakyat disaran meningkatkan pengambilan air dan mengurangkan aktiviti luar serta sentiasa menggunakan topeng muka di luar rumah.
“Pesakit yang mengambil ubat-ubatan dinasihatkan supaya mengambil ubat secara teratur. Jika sukar bernafas, segera bertemu doktor,” katanya.
Selain itu, katanya perokok diminta mengurangkan tabiat mereka selain mengelakkan merokok di kawasan tertutup seperti di rumah.
Beliau berkata, pengguna jalan raya pula dinasihati menjaga jarak antara kenderaan dan elakkan memandu jika jarak penglihatan kian teruk.
Hampir semua kawasan di Selangor dan Lembah Klang mencatat bacaan IPU tidak sihat ekoran jerebu akibat pembakaran hutan di Sumatera hingga menjejaskan kualiti udara di Semenanjung Malaysia.-sk

Tiada ulasan:
Catat Ulasan