Pas Bagan Parit Sulong and Pakdo Dey shared Tokjanggut Kelate's photo.
Pas Bagan Parit Sulong shared Tokjanggut Kelate's photo.
Yang ini "sifat dajjal" yg ke berapa?Maka orang itu wajib di hukum kerana fitnah yang di lemparkannya, dan tidak terpakai pengakuan darinya untuk selamanya kecuali sesudah dia bertaubat seperti mana di tegaskan Allah swt dalam Al Quran..
Firman Allah dalam Surah an-Nur ayat 4 yang marhumnya:
Dan orang-orang yang melimparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
Husin Tebuk was tagged in Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]'s photo.
Pas Bagan Parit Sulong shared Suara Rakyat's photo.
Bila puok2 penyamun disuruh siasat inilah jadinya.. Seribu satu alasan yg diberinya... Cuba klu libatkan pembangkang, mcm lipas kudung nak disiasatnya..
Kamu dibayar gaji oleh cukai2 rakyat untuk apa???? MAKAN GAJI BUTA!!! Akan kami (rakyat) tuntut keadilan yg sebenarnya di akhirat kelak...
Pas K. BktSenggeh shared Inspirasi Syakilla's photo.
Tak ada kerja lain "utusan meloya" nie...
Selasa - 4 Mac 2014
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menempelak akhbar UMNO, Utusan Malaysia yang menuduhnya tidak bersetuju nama Jambatan Kedua Pulau Pinang ditukar kepada Jabatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Malah, katanya lagi, akhbar itu langsung tidak menghantar wartawan untuk majlis gotong-royong ketika beliau ditanya mengenai perkara itu, semalam.
“Ia adalah hak kerajaan Persekutuan untuk menamakannya. Tidak benar sama sekali yang saya tidak gembira jambatan itu mengambil sempena nama Yang di-Pertuan Agong,” katanya menurut The Malaysian Insider.
Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan bertajuk ‘Terima hati terbuka nama jambatan kedua’ yang mendakwa Guan Eng kononnya tidak gembira dengan nama itu kerana ia diputuskan tanpa perbincangan bersama kerajaan negeri.
Setiausaha Agung DAP itu berkata lagi, beliau hanya ingin membetulkan kesilapan laporan mengenai perkara itu, bukannya menyekat kebebasan media.
“Saya hanya membetulkan kesilapan laporan. Apabila kami cuba betulkan, kami dituduh menyekat kebebasan media.
“Adakah anda ingin saya tambah saman ke atas Utusan. Kini pun sudah banyak (saman terhadap akhbar itu),” katanya lagi.
Pada 1 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan jambatan yang menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di Seberang Perai yang menelan belanja RM4.5 bilion.
Majlis itu turut dihadiri sendiri Guan Eng dan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof. – Roketkini.com
Muhamad Saad Shaari shared Manjada Wajada's photo.
Kerajaan BN ‘tumbang’ jika punca kerugian MAS dibongkarKUALA LUMPUR 4 MAC : Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yakin kerajaan akan tumbang sekiranya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuat siasatan terhadap kerugian RM 1.17 bilion Malaysia Airlines Bhd (MAS)
Katanya, beliau mengesyaki Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed tahu kepincangan yang berlaku lalu mengambil langkah selamat untuk tidak menyiasat kes tersebut dengan alasan bukan di bawah bidang kuasa badan itu.
“Saya mengesyaki Jazlan tahu apa yang akan berlaku sekiranya disiasat, (maka) akan nampak segala kepincangan yang berlaku.
“Sebab perkara ini hanya akan terbongkar melalui siasatan PAC sahaja.
“Kalau tak ada masalah, kenapa nak larikan diri daripada disiasat?
“Sebabnya dia tidak mahu dilihat sebagai orang yang membongkar isu ini. Kalau benda ni dibawa ke dalam Parlimen, saya yakin parlimen akan kecoh dan kucar-kacir.
“Kalau terbongkar, kerajaan memang akan ‘tumbang’, katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Jazlan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini mengatakan tidak akan menyiasat kerugian MAS kerana ia bukan di bawah bidang kuasa badan itu.
Jelasnya lagi, antara punca kerugian tersebut kerana ketidakcekapan dalam mengurus perbelanjaan dan pelaburan yang dibuat seperti pelaburan hartanah.
Pendekar Musafir with Cen Polo and 5 others
'Saya bangga dengan abang saya'
OLEH: RIDAUDDIN DAUD
Tarikh: March 4, 2014
'Saya bangga dengan abang saya'
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani (dua, kanan) turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Koperal Raja Aizam Raja Mohid.
SAYONG - "Saya bangga kerana abang saya meninggal dunia sewaktu sedang melakukan tugas namun saya sedih dengan cara pemergiannya," demikian luahan adik kepada Koperal Raja Aizam Raja Mohid, 55, yang maut diserang warga Indonesia ketika sedang melakukan pemeriksaan di Taman Sentosa, Klang.
Raja Azizul Azan Raja Mohid, 53, berkata, dia mempunyai hubungan yang baik dengan arwah abangnya itu meskipun mereka jarang berjumpa.
Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa dengan abangnya itu adalah pada dua tahun lepas ketika dia pulang ke rumah ibu mereka, Sapiyah Endut, 79, di Kampung Sayong Lembah, di sini.
"Kali terakhir saya berhubung dengan arwah adalah pada Selasa minggu lepas. Masa itu kami berbual seperti biasa, berbual tentang keluarga kami.
"Kemudian dia kata dia ada kerja, jadi dia menghentikan perbualan dan akan hubungi saya semula pada sebelah malam. Tapi saya pun lupa dan dia pun tiada hubungi saya lagi.
"Saya memang terkejut bila dapat tahu dia sudah meninggal dunia sebab saya baru sahaja berhubung dengan dia minggu lepas," katanya ketika ditemui di rumah ibunya, di sini, hari ini.
Dia yang bekerja sebagai pemandu bas di Raub bergegas pulang ke kampung sejurus mengetahui tentang tragedi yang menimpa abangnya kira-kira jam 8 pagi hari ini.
Menurutnya, ibunya yang mempunyai masalah ingatan masih dalam keadaan keliru dengan pemergian abangnya namun dia kelihatan sugul kerana tahu salah seorang anaknya meninggal dunia.
"Kami tidak mahu paksa mak untuk tahu apa yang terjadi kepada arwah Raja Aizam sebab kami bimbang dengan keadaan kesihatannya.
"Dia tidak ingat anaknya yang mana meninggal dunia tapi dia tahu bahawa salah seorang anaknya telah pergi meninggalkannya," ujarnya.
Hampir 500 saudara-mara dan jiran terdekat berkumpul di hadapan Surau Khairiyah di sini bagi menunggu ketibaan jenazah dan jenazah Koperal Raja Aizam tiba di surau berkenaan kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Raja Aizam meninggalkan seorang isteri, Nor Salmah Nordin, 52 dan empat anak berusia lingkungan 17 hingga 24 tahun.
OLEH: RIDAUDDIN DAUD
Tarikh: March 4, 2014
'Saya bangga dengan abang saya'
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani (dua, kanan) turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Koperal Raja Aizam Raja Mohid.
SAYONG - "Saya bangga kerana abang saya meninggal dunia sewaktu sedang melakukan tugas namun saya sedih dengan cara pemergiannya," demikian luahan adik kepada Koperal Raja Aizam Raja Mohid, 55, yang maut diserang warga Indonesia ketika sedang melakukan pemeriksaan di Taman Sentosa, Klang.
Raja Azizul Azan Raja Mohid, 53, berkata, dia mempunyai hubungan yang baik dengan arwah abangnya itu meskipun mereka jarang berjumpa.
Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa dengan abangnya itu adalah pada dua tahun lepas ketika dia pulang ke rumah ibu mereka, Sapiyah Endut, 79, di Kampung Sayong Lembah, di sini.
"Kali terakhir saya berhubung dengan arwah adalah pada Selasa minggu lepas. Masa itu kami berbual seperti biasa, berbual tentang keluarga kami.
"Kemudian dia kata dia ada kerja, jadi dia menghentikan perbualan dan akan hubungi saya semula pada sebelah malam. Tapi saya pun lupa dan dia pun tiada hubungi saya lagi.
"Saya memang terkejut bila dapat tahu dia sudah meninggal dunia sebab saya baru sahaja berhubung dengan dia minggu lepas," katanya ketika ditemui di rumah ibunya, di sini, hari ini.
Dia yang bekerja sebagai pemandu bas di Raub bergegas pulang ke kampung sejurus mengetahui tentang tragedi yang menimpa abangnya kira-kira jam 8 pagi hari ini.
Menurutnya, ibunya yang mempunyai masalah ingatan masih dalam keadaan keliru dengan pemergian abangnya namun dia kelihatan sugul kerana tahu salah seorang anaknya meninggal dunia.
"Kami tidak mahu paksa mak untuk tahu apa yang terjadi kepada arwah Raja Aizam sebab kami bimbang dengan keadaan kesihatannya.
"Dia tidak ingat anaknya yang mana meninggal dunia tapi dia tahu bahawa salah seorang anaknya telah pergi meninggalkannya," ujarnya.
Hampir 500 saudara-mara dan jiran terdekat berkumpul di hadapan Surau Khairiyah di sini bagi menunggu ketibaan jenazah dan jenazah Koperal Raja Aizam tiba di surau berkenaan kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Raja Aizam meninggalkan seorang isteri, Nor Salmah Nordin, 52 dan empat anak berusia lingkungan 17 hingga 24 tahun.
|Ramai wanita yang SALAH MANDI WAJIB|
[1]- Kes 1: Jika melahirkan anak tanpa darah nifas (eg: kadang kala tiada nifas jika melalui operation) wajib mandi wiladah (mandi wajib) dan solat seperti wanita suci pada kadar kemampuannya seperti duduk dan baring. Bukan tunggu 60 hari. Jika tunggu 60 hari, wanita ini berdepan dengan dosa besar iaitu tinggal solat selama 60 hari dan WAJIB QADAR kesemuanya.
## Kes 2: Kalau keluar wiladah tanpa nifas, kena mandi wajib wiladah dulu. tak lama selepas tu, selepas sehari ke dua hari ke, baru keluar nifas, kena mandi wajib lepas habis nifas tu (tempoh nifas maksimum 60 hari).
[2]- Wanita yang melahirkan anak beserta darah nifas hanya perlu mandi wajib sekali saja. TIADA istilah mandi dua kali seperti mandi wiladah kemudian mandi nifas <-- br="" mengatakan="" qoul="" sedemikian.="" tepat="" tiada="" yang=""> Contoh diberi berdasarkan situasi begini seperti yang dijelaskan ulama:
## Sifulan buang air kecil (hadas), kemudian terkentut (hadas), kemudian bersentuhan dengan bukan muhrim (hadas) kemudian pengsan (hadas). Berlaku 4 kali hadas dalam satu masa, cukup sekali wuduk untuk mennunaikan solat, bukan 4 kali wuduk.
[3]- Jika wanita mengalami nifas melebihi 60 hari, darah yang keluar selepas 60 hari adalah ISTIHADHAH dan wajib baginya mandi wajib untuk membolehkan solat seperti wanita suci.
[4]-Cara mengenal ISTIHADHAH:
a) Untuk mengenal istihadah dalam nifas adalah Selepas 60 hari daripada tempoh nifas
b) Keluar darah kurang daripada sehari semalam (tempoh minimum keluar darah dan dikira haid adalah sehari semalam)
c) Qoul pertama mengatakan 15 hari tempoh haid, selebihnya adalah Istihadhah.
d) Qoul yang kedua mengatakan tempoh haid antara 6-7 hari, selebihnya adalah Istihadhah.
e) Qoul yang ketiga paling senang iaitu melalui kaedah Tamyiz (perbezaan) iaitu RASA, BAU & WARNA. Kita gunakan situasi wanita mengalami 20 hari keluar darah:
## Contoh Rasa:-
7 hari rasa sakit (dikira haid) 13 hari tidak sakit (istihadhah)
## Contoh Bau:-
7 hari berbau busuk (dikira haid) 13 hari tidak berbau (istihadhah)
## Contoh Warna:-
Warna yang keluar pada mula yang lebih gelap adalah HAID,
Warna yang keluar lebih cerah dari asal adalah ISTIHADHAH.
(Contoh: 7 hari darah hitam adalah HAID, 13 hari darah merah gelap adalah ISTIHADHAH. Contoh lain: 7 hari darah merah cerah adalah HAID, 13 hari darah coklat adalah ISTIHADHAH)
---> Warna ada 5 jenis iaitu HITAM, MERAH PEKAT, MERAH CERAH, COKLAT & KUNING. Mazhab Hanafi lebih satu iaitu HIJAU.
[5]-Bagi yang KALI PERTAMA mengalami HAID seawal umur 9 tahun.
(Guna contoh situasi 20 hari juga)
a) 1 Qoul mengatakan 15 hari adalah haid, 5 hari selebihnya adalah Istihadhah.
b) 1 hari adalah HAID, 19 hari adalah ISTIHADHAH.
[6]- Jika mengalami ISTIHADHAH, ada kaedah KHAS untuk BERWUDUK kerana ia tidak sama seperti wuduk wanita yang bebas dari Istihadhah.
1 qoul mengatakan wanita yang mengalami Istihadhah hanya boleh berwuduk selepas masuk waktu apabila azan dikumandangkan. 1 wuduk untuk 1 solat.
a) Adapun jika darahnya keluar terus menerus, apabila masuk waktu solat (kedengaran azan), perlu dibasuh dengan suci pada farajnya kemudian tampal dan terus berwuduk walaupun darahnya tetap masih mengalir (dimaafkan syarak kerana diluar keupayaan). Kemudian disegerakan solat. Sah 1 solat dengan 1 wuduk.
b) Adapun jika darahnya keluar secara sekejap sekejap dan dia mengetahui bila tempoh darah istihadhah seterusnya akan keluar (contoh berhenti sejam keluar sejam), apabila masuk waktu solat (kedengaran azan), perlu dibasuh dengan suci pada farajnya dan tidak perlu menampal pad jika tiada darah keluar pada waktu itu, terus berwuduk kemudian disegerakan solat. Dalam tempoh istihadhah tidak keluar, 1 qoul mengatakan boleh solat melebihi sekali (solat fardhu & solat2 sunat yang lain) dalam 1 wuduk selagi tempoh tidak keluar istihadhah seterusnya. Jika keluar, hukumnya menjadi semula seperti contoh diatas.
[7]- BAB MANDI WAJIB DARIPADA HAID YANG BIASA.
Cara nak tahu haid itu sudah kering atau habis bukan sekadar tengok pada pad tetapi kena memasukkan secebis kain @ cotton bud ke dalam faraj sedalam/seluas jari (pandangan ulama sepanjang 2 bahagian tulang pada 1 jari). Sebelum memasukkan perca kain atau cotton bud, perlu dibasuh faraj terlebih dahulu kerana khuatir darah2 kering yg melekat di tepian faraj mengelirukan anda ketika memeriksa haid. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis walaupun pada pad sudah tidak keluar, ia masih dalam haid. Jika tiada warna maka segeralah mandi junub/wajib.
Wanita perlu tahu, jika tidak melakukan perkara sebegini, PAD tidak memenuhi kaedah dalam syariat Islamiah untuk mengesan haid yang sudah habis tempoh. Jika hanya percaya pada pad semata-mata, anda BERDEPAN dengan DOSA BESAR yakni meninggalkan solat dengan sengaja.
P/S: Untuk nombor [4], "c,d dan e" kesemua Qoul boleh digunakan.
Semoga pencerahan ini jelas untuk difahami semua. Sekian dari saya, Listen Listen Original. Ada salah silap tolong tegur.
Rujukan sumber: Rujukan HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik Bab Haid, Hadis Saidatina Aisyah, Kuliah UAI dan rujukan dari Ustaz2 lain.-->
Pas Bagan Parit Sulong shared Pendekar Musafir's photo.
Agus: Mengapa nilai ringgit makin turun?Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
SHAH ALAM - Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini meluahkan perasaan bimbang dan sedihnya terhadap nilai ringgit (RM) negara yang semakin hari semakin menurun nilainya.
Menurutnya, sejak dua tahun lepas, dunia dikejutkan dengan krisis Euro dan selepas itu krisis Dollar Amerika, waktu itu nilai Euro dan Dollar Amerika terumbang ambing kerana krisis ekonomi dan kewangan yang mereka hadapi.
Jadi, ketika itu katanya, rakyat Malaysia hendak menukar ringgit berasa sungguh selesa dan gembira kerana nilai ringgit bernilai tinggi ketika itu.
" Namun hari ini saya ke 'money changer'. Sedih saya melihat nilai ringgit kita rendah, tidak seperti enam bulan yang lalu berbanding dengan Euro, Amerika Dollar, British Pound atau Singapura Dollar.
"Mengapa nilai ringgit kita semakin rendah? Inilah isu yang perlu dijawab dan dibahaskan untuk dijadikan sebagai renungan bersama," katanya dalam entri terbaru Facebooknya.
Tambahnya, beliau pernah terbaca kenyataan seorang timbalan menteri yang berkata nilai ringgit yang rendah baik untuk ekonomi negara kerana ini menyebabkan eksport kita bertambah kerana banyak negara luar berminat pada barangan kita kerana harganya murah.
"Saya tidak berminat dengan jawapan sebegitu. Saya juga tidak bangga jika barangan kita dibeli oleh negara luar kerana harganya murah atau pelancong datang ke negara kita kerana kosnya rendah.
"Saya mahu negara luar berminat membeli barangan kita kerana produknya berkualiti dan pelancong datang ke negara kita kerana produk pelancongannya baik.
"...bolehkah kita bermentaliti begitu? Kita hebat kerana kualiti barangan kita hebat, bukannya kerana harganya murah dengan kualiti yang belum pasti," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan