Ahad, 3 November 2013

TELAH JADI TAKDIR ALLAH JANGAN DIHINA LAGI

Balik dan keluar mengundi, abai SMS palsu

Muhamad Faizal | Foto: Bashir, 03 Nov 2013

JERAI: PAS menyeru para pengundi di Dun Sungai Limau agar tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu yang sedang disebar kononnya tidak perlu keluar mengundi esok kerana calon PAS sudah menang.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, para pengundi diminta tidak mengendahkan sms itu dan perlu keluar beramai-ramai mengundi esok.
"Saya merayu dan menyeru, agar semua pengundi keluar mengundi esok. Ketepikan dakyah sms yang disebarkan itu," katanya pada sidang media PAS di Markaz Induk hari ini.
Beliau mengulas sms yang sedang tersebar yang meminta pengundi agar tidak keluar mengundi kononnya kerana calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat sudah menang.
Sms itu juga turut menawarkan bayaran RM200 hingga RM300 kepada pengundi supaya mereka tidak keluar mengundi.
Selain itu kata Mahfuz, sms tersebut juga dikesan disebar kepada pengundi luar agar tidak pulang mengundi esok dengan alasan sama iaitu kononnya Ustaz Azam sudah menang.
"Bagi saya ini satu tindakan terdesak. Balik mengundi Ustaz Azam untuk Ustaz Azizan, kita kekalkan keharmonian yang ada sebelum ini bersama wakil yang baru dengan perwatakan yang menarik.
"Masih ada masa lagi untuk merancang pulang untuk mengundi esok. Kemenangan PAS bergantung kepada anda semua," katanya.

Firdaus mangsa terbaru
Sementara itu, satu lagi sms fitnah menggunakan nama bekas Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar turut tersebar.
Sms itu antara lain meminta para pengundi mengambil bayaran RM120 seorang di markaz PAS sebelum pengundian esok.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya sms berkenaan. Ia bukan dari saya," katanya sambil menambah akan membuat laporan polis selepas ini.

Betullah Anwar ditolak di Sg Limau, terhangat

Harakahdaily, 03 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Artikel blog bertajuk “Wah! Betullah Anwar ditolak penyokong PAS di Sg Limau” menjadi artikel paling diminati para pembaca Harakahdaily bagi minggu ke-43, 2013.

Gambar-gambar warga Sungai Limau membanjiri ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk menjawab dakwaan sebuah blog pro-Umno kononnya penyokong PAS Sungai Limau menolak kehadiran beliau.

Artikel itu turut mengalahkan berita mengenai Ustaz Azhar Idrus yang biasa mengungguli carta terhangat berita Harakahdaily.

Artikel “Ustaz Azhar Idrus baru pulang dari Mekah” terpaksa akur di tempat kedua diikuti dengan “Rakaman gambar yang bakal diputar” mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Berikut ialah 10 artikel pilihan pembaca Harakahdaily bagi minggu ke-43, 27 Oktober hingga 2 November.

1

Wah! Betullah Anwar ditolak penyokong PAS di Sg Limau
2

Ustaz Azhar Idrus baru pulang dari Mekah
3

Rakaman gambar yang bakal diputar
4

MP Lenggong beri 'bola tanggung'
5

Gambar Anwar diserbu macam bintang pop di Sungai Limau
6

Sabar dalam perjuangan...
7

Gaji pegawai JPM melampau, lagi pembaziran kerajaan
8

Muhyiddin Yassin hilang ingatan, terhangat
9

1,000 hilang kerja syarikat keselamatan digantung
10

"Kenyataan Muhyiddin guris hati kami"

Gambar buat juak Umno berasap kepala

http://omakkau.blogspot.com, 03 Nov 2013

RAKAMAN GAMBAR YANG PASTI BUAT JUAK-JUAK UMNO MENYIRAP DARAH BERASAP KEPALA!!!!


Selama ini siang malam 1 hari 24 jam 7 hari seminggu tanpa henti dan jemu para juak-juak UMNO termasuklah para pemimpinnya sekali tuduh dan fitnah kononnya PAS jadi kuda tunggangan DAP.

Nah!! rakaman gambar di atas siapa yang payungkan siapa????

Bukankah seorang penyokong DAP dengan menggunakan payung berlambangkan DAP sedang memayung calon PAS PRK DUN N20 Sg Limau, Ustaz Azam Samad?

Kalaulah para blogger UMNO yang terkenal seantero dunia kaki penipu dan pemfitnah paling handal dan terhebat nampak rakaman gambar ini ... Omak Kau yakin .. mau mereka tidak dapat lelap tidur malam sebab darah asyik menyirap, kepala pula sentiasa berasap sampai keluar ikut telinga.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Replika patung provokasi cetus kemarahan penduduk

Muhammad Faizal, 03 Nov 2013
JERAI: Kurang 24 jam hari pengundian, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, dicemari dengan insiden replika patung yang dipotong  kaki di beberapa tempat sekitar Dun Sungai Limau.

Walaupun sebelum ini kedua-dua belah pihak berjanji memastikan kempen ini berlangsung secara damai namun terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mencemari suasana tersebut dengan melakukan tindakan itu.

Dalam laporan yang disiarkan Sinar Harian semalam, keluarga Azizan akan mengambil tindakan atas provokasi tersebut.

Malah jelas Muhamad Rafi'ie Azizan beliau cukup kecewa, marah dan sedih atas penghinaan yang dilakukan terhadap ayahnya serta sengaja memprovokasi PAS dan Umno pada PRK ini.

Sementara itu Barisan Nasional turut membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Dalam pada itu, PAS dijangka akan membuat sidang media pada jam 11 pagi ini untuk mengulas isu itu.

Tinjauan Harakahdaily juga mendapati penduduk tidak senang dengan perkara itu dan melihatnya satu penghinaan kepada Allahyarham Ustaz Azizan yang banyak berbakti kepada mereka.

Tinjauan turut mendapati dua lokasi yang telah digantung dengan patung tersebut dan yang paling ketara adalah di Kampung Simpang Tiga, Sungai Limau Luar yang mana ia berhampiran dengan Markas Induk PAS dan juga di kawasan Bukit Besar.

Tengok bola, jangan lalai musuh menyusup di Sg Limau

Harakahdaily, 03 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Malam ini boleh dikatakan semua mata pasti tertumpu di Stadium Shah Alam. Dua gergasi Pantai Timur, Pahang dan Kelantan akan bertempur untuk merebut Piala Malaysia.

“Maka, kehangatan malam terakhir berkempen di PRK Dun Sg Limau pasti sedikit berkurangan,” tulis blogger Wfauzdin NS di dalam blognya..

Menurut beliau, dari segi taktikalnya, sepatutnya malam ini PAS dengan dibantu oleh rakan-rakan di dalam PR wajib berkempen habis-habisan dan berganda dari sebelum ini.

“Jangan lupa, malam ini jugalah boleh membuatkan seseorang pengundi atas pagar boleh berubah fikiran. Malam ini jugalah para 'penyangak atau penipu’ akan beroperasi habis-habisan di kala kita semua leka di hadapan TV atau beramai-ramai bersorak di hadapan layar skrin besar,” tulisnya lagi.

Justeru itu, beliau menggesa semua petugas PAS dan PR harus berhati-hati malam ini.

“Anggaplah ini suatu peperangan, jangan tinggalkan kubu kita dan jangan alpa dengan keseronokan yang dihidangkan,” nasihatnya.

Sudah tentu, katanya anak-anak muda akan beramai-ramai menyaksikan perlawanan bolasepak malam ini melalui TV atau skrin yang disediakan, sedangkan tenaga mereka amat penting untuk mengawasi keselamatan malam ini.

Oleh itu, beliau menggesa pengarah pilihan raya serta ketua-ketua keselamatan yang dilantik mesti lebih peka malam ini.

Tiada ulasan: