Rabu, 20 November 2013

YANG PENTING K-POP MAJLIS TAK MENGIKUT HUKUM SYARAK....MASALAH AURAT...MELALAIKAN SERTA BERCAMPUR GAUL CARA BEBAS....AKHIRAT JAWAB

S'gor peruntuk RM34 juta untuk pendidikan

Selangorku, 20 Nov 2013
SHAH ALAM: Belanjawan Selangor 2014 memperuntukkan sejumlah RM34 juta bagi aspek pembangunan pendidikan, modal insan dan pusat latihan.

Abdul Khalid berkata, perbelanjaan pembangunan pendidikan merangkumi RM16 juta sebagai bantuan kepada sekolah agama, Cina dan Tamil, RM5 juta bagi program pendidikan secara umum, program Pendidikan Tinggi dan Kemahiran Teknikal (RM2 juta) dan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang (RM1 juta).

“Peruntukan ini belum diambil kira RM50 juta yang diperuntukkan daripada rizab negeri bagi tahun 2014 untuk membina beberapa buah bangunan sekolah,” katanya dalam pembentangan belanjawan negeri 2014 di Dewan Negeri, di sini, semalam.

Dalam pada itu kerajaan negeri juga turut memperuntukkan RM1 juta untuk melaksanakan dasar Perumahan Mampu Milik Berkualiti bagi memastikan rakyat negeri itu memiliki kediaman pada harga berpatutan.

Menurut Abdul Khalid peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta turut diberikan bagi pelaksanaan projek Perumahan Rakyat, manakala RM2.4 juta untuk penyelenggaraan atau membaik pulih rumah awam kos rendah.

Katanya, peruntukan itu tidak termasuk peruntukan khas RM100 juta untuk pembinaan rumah mampu milik yang menggunakan dana rizab negeri.

“Usaha ini adalah bagi memastikan tiada rakyat Selangor yang ketinggalan dalam arus kemajuan pesat hingga terpaksa hidup merempat dan bergelandangan.

“Kerajaan negeri sangat serius dalam memastikan wujudnya tempat kediaman pada harga dan kadar sewa berpatutan seperti yang terkandung dalam manifesto ‘Meneruskan Kecemerlangan’,” katanya.

Jambatan ketiga Klang dibina Julai depan

Harakahdaily, 20 Nov 2013
SHAH ALAM: Pembinaan Jambatan Ketiga Bandar Klang dijangka bermula pada Julai depan dengan anggaran kos mencecah RM281 juta termasuk pengambilan tanah dan yuran perunding, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Datuk Teng Chang Khim.

Pada masa ini, katanya, Jabatan Kerja Raya Selangor melalui perunding Vast Consultants Sdn Bhd sedang mereka bentuk jambatan itu dengan terperinci yang dijangka selesai pada Februari depan.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang bertanyakan perkembangan pembinaan jambatan itu, anggaran kos pembinaan dan bila ia akan dimulakan selain daripada peranan kerajaan Persekutuan dalam projek itu semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Teng berkata selain itu, kerja-kerja awal bagi tujuan pengumpulan data seperti kajian impak trafik, kerja ukur tanah dan hidrologi serta kerja penyiasatan tanah sedang dijalankan dan dijangka selesai awal bulan hadapan.

"Pelan Pengambilan Tanah serta dokumen yang berkaitan bagi proses Pengambilan Balik Tanah di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 telah dihantar kepada Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada pertengahan Oktober lepas untuk tindakan lanjut," katanya.

Agensi kerajaan Persekutuan iaitu Jabatan Kerja Raya berperanan sebagai penasihat teknikal bagi projek itu. - Bernama

Lebih 1/2 juta kad pengenalan dilapor hilang

Harakahdaily, 20 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Sebanyak 565,157 kad pengenalan Malaysia dilaporkan hilang sehingga 31 Okt tahun ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar).

Katanya kes kehilangan itu semakin bertambah dengan 397,079 kad pengenalan dilaporkan hilang pada 2010, sebanyak 413,068 kad pada 2011 dan 429,137 kad pada 2012.

Beliau tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan oleh pendatang asing tanpa izin.

"Kementerian tidak menolak bahawa ada kad milikan orang lain digunakan oleh warga asing setelah diselewengkan daripada kad-kad yang hilang disebabkan kecuaian, kad yang diragut dan dicuri... mungkin juga dijual kepada sindiket oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Dr Makin@Marcus Mojigoh (BN-Putatan) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi menangani masalah kehilangan kad pengenalan, kementerian juga merangka garis panduan baharu meliputi langkah perundangan dan pencegahan.

"Ia akan dimuktamadkan dengan segera sebaik sahaja menerima pandangan perundangan daripada pihak Peguam Negara," kata Wan Junaidi.

Semasa menjawab soalan Lee Boon Chye (PKR-Gopeng), beliau berkata dalam Ops Cantas polis dari 17 Ogos hingga 20 Nov lepas, sebanyak 87,1526 orang telah diperiksa dan daripada jumlah itu, sebanyak 32,174 orang ditangkap dan 951 senjata api dirampas.

Daripada jumlah yang telah ditangkap, sebanyak 13,789 orang terdiri Melayu dengan 13,119 lelaki dan 590 wanita, Cina 3,809 orang dengan 3,609 lelaki dan 200 wanita dan India 7,263 orang dengan 7,139 daripadanya adalah lelaki dan 124 wanita.

"Lain-lain kaum adalah 7,313 orang iaitu 6,145 lelaki dan 1,168 wanita," katanya.

Beliau berkata kejayaan ketara ialah penurunan jenayah indeks terutama kes yang melibatkan jenayah kekerasan seperti bunuh menurun hampir 23 peratus daripada 187 kes kepada 144 kes dalam tempoh 96 hari Ops Cantas dijalankan. - Bernama

Kerana K-Pop Shabery menghadap PAC

Harakahdaily, 20 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan menjadi menteri yang pertama memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang akan diadakan esok.

Ahmad Shabery berkata kehadiran beliau adalah bagi memberikan penjelasan mengenai isu bayaran untuk persembahan artis K-Pop dalam acara Hari Belia Negara 2012 yang ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2012.

Beliau ketika itu ialah Menteri Belia dan Sukan.

"Saya sendiri telah menawarkan diri kepada PAC untuk hadir memberikan penjelasan.

"Saya telahpun bersedia untuk menjelaskan kepada mereka isu-isu yang dibangkitkan berkaitan isu K-Pop dalam Laporan Ketua Audit Negara itu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bernama difahamkan Ahmad Shabery ialah menteri pertama yang menawarkan diri untuk memberikan penjelasan kepada PAC.

PAC yang bersidang esok akan memanggil Kementerian Belia dan Sukan bagi menjelaskan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Jawatankuasa itu akan mula bersidang pada 10.30 pagi.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.  - Bernama


Kebanggaan Masyarakat Dengan Membina Masjid Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa..Rasulullah s.a.w. bersabda: " Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga manusia bermegah-megah dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid " (Riwayat Abu Dawud) # ustaz pengampu pemimpin zalim....

Ke Qatar: Rosmah mudah pengaruhi Kabinet Najib?

Anis Nazri, 20 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Tindakan kabinet meluluskan urusan lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar, baru-baru ini boleh mengundang bahaya kepada negara apabila urusan negara diserahkan kepada pihak yang bukan berkenaan.

Malah, tindakan itu juga menunjukkan kabinet Datuk Seri Najib Razak begitu mudah dipengaruhi Rosmah dalam urusan rasmi negara sehingga Najib terpaksa mengemukakan permohonan untuk meluluskan urusan lawatan tersebut.

"Mengikut amalan biasa, isteri-isteri pemimpin ini hanya mengiringi suami mereka dalam urusan negara. Malangnya, di Malaysia ini, isteri pemimpin pula yang dibenarkan mewakili negara dalam hal hubungan dua hala," kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Menurutnya, sebagaimana lazim Timbalan Perdana Menteri atau menteri Kabinet yang mewakil Perdana Menteri dalam menjalin hubungan dua hala dengan negara luar, bukannya isteri Perdana Menteri.
Tambah beliau, sebelum ini ketika pentadbiran Tun Abdullah Badawi, Tun Mahathir sering menggelarkan kabinet Abdullah dipengaruhi 'budak tingkat empat', namun dalam era kepimpinan Najib, kabinet Najib dipengaruhi isteri beliau sendiri.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan, di Dewan Rakyat mengesahkan kerajaan meluluskan urusan lawatan Rosmah ke Qatar.

Sebelum ini, anggota parlimen Pakatan Rakyat membangkitkan soal kewajaran kerajaan menghantar Rosmah ke Qatar atas tujuan rasmi dan dibiayai dengan duit kerajaan dan mempertikaikan tindakan tersebut.

Rosmah, pada 10 Nov lalu hadir ke Qatar untuk Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4.

Keputusan pemilihan PAS diumum pagi Sabtu

Hazayani Zakaria, 20 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Seramai 1,120 perwakilan termasuk pimpinan PAS Pusat akan berhimpun pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-59 di Stadium Malawati, Shah Alam bermula 22 hingga 24 November ini.

Ucapan dasar Presiden PAS akan disampaikan pada pagi 22 November (Jumaat) oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang manakala proses pemilihan jawatan dalam parti akan berjalan pada sebelah petang, mengikut susunan berperingkat-peringkat.

Keputusan pemilihan dijangka akan diketahui kira-kira jam 8.45 pagi 23 November (Sabtu), sebelum perbahasan ucapan dasar dan perbahasan usul-usul yang dibawa oleh kawasan dan dewan-dewan.

Hari ke-3 muktamar pula akan diisi dengan ucapan penggulungan oleh pimpinan PAS Pusat dan ucapan penangguhan oleh Tuan Guru Abdul Hadi dan dijangka selesai jam 1.30 petang.

Para perwakilan dari setiap negeri boleh mendapatkan tag nama sewaktu mendaftarkan diri pada pagi Jumaat.

Sementara itu, bagi Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), majlis perasmiannya dan ucapan dasar akan berlangsung malam ini.

Muktamar DPPM akan berlangsung di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ).

Majlis perasmiannya akan disempurnakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu selepas ucapan dasar oleh Ketua Pemuda DPPM, Nasrudin Hassan.

Muktamar penuh DPPM dan proses pemilihan akan berlangsung esok di tempat yang sama.

Bagi DMPP pula, muktamarnya akan berlangsung di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK selangor, Shah Alam.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan menyempurnakan majlis perasmian malam ini selepas ucapan dasar Ketua DMPP Siti Zailah Mohd Yusoff.

Manakala Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) akan berlangsung di Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula pagi esok.

Tiada pemilihan bagi DUPP kerana semua jawatan dimenangi tanpa bertanding.

Kira-kira 300 pengamal media dari dalam dan luar negara sudah memohon tag media untuk membuat liputan sepanjang muktamar.

Siaran langsung

Perjalanan muktamar akan disiarkan secara langsung melalui webtv PAS (http://webtv.pas.org.my) dan juga radio internet hijau.fm terutamanya pada hari perasmian.

Jabatan IT PAS Pusat (JITP) juga telah memembangunkan laman web khusus untuk Muktamar Tahunan PAS ke-59 pada kali ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, JITP ditugas mengendalikan urusan yang berkaitan dengan akses internet dan lain-lain perkara berkaitan dengan IT bagi memastikan kelicinan muktamar.

Pengarah JITP, Suhaimi Embong memberitahu, kandungan web muktamar59 ini boleh diakses di alamat http://muktamar59.pas.org.my meliputi aturcara, jawatankuasa, berita-berita berkaitan dengan muktamar, koleksi video dan album muktamar terdahulu serta lain-lain perkara berkaitan dengan muktamar yang akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.

"Web muktamar ke59 ini diadakan bagi tujuan untuk memudahkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta rakyat Malaysia mendapat maklumat berkaitan dengan muktamar PAS melalui sumber-sumber rasmi parti secara langsung," kata Suhaimi yang juga Ketua Jawatankuasa IT Panitia Muktamar.

Adun PAS gesa Kedah perkasa peranan GLC

Bashir Ishak, 20 Nov 2013
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah digesa untuk memperkasakan peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang memainkan peranan besar memberikan sumbangan kepada ekonomi dan kewangan negeri.

Berucap membahaskan Bajet 2014 semalam, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor) berkata, GLC di Kedah perlu melihat ke hadapan untuk meneroka peluang-peluang perniagaan di luar daripada lingkungan negeri Kedah seperti yang dibuat oleh GLC di negeri-negeri lain.

"Kita lihat GLC seperti milik SEDC Johor yang berjaya mengembangkan perniagaan mereka melangkaui negeri mereka sendiri. GLC ni sekiranya dapat melantik ketua eksekutif yang berkeupayaan, sudah tentu kita dapat memecahkan pasaran yang berada di luar Kedah.

"Ini kerana selama ini GLC ini banyak berharap kepada peluang-peluang perniagaan yang ada di Kedah sahaja. Untuk berkembang jauh, GLC tak boleh berharap peluang yang ada dalam lingkungan projek kerajaan negeri sahaja.

"Sebab itu, kita mahu Makmal Transformasi Kedah ini kena duduk berbincang bagaimana untuk mengembangkan GLC ini," katanya.

Tiada ulasan: