Rabu, 20 November 2013

JANGAN KITA BERSIFAT KURANG ASAM

Presiden Indonesia: Perlakuan Australia menyakitkan

Harakahdaily, 19 Nov 2013
JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (gambar) berkata Indonesia akan mengkaji semula sejumlah kerjasama dengan Australia berikutan laporan kegiatan intipan negara jirannya itu terhadap pemimpin-pemimpin negara Asia termasuk Indonesia.

"Kita akan meninjau kembali sejumlah agenda kerjasama bilateral akibat perlakuan Australia yang menyakitkan itu," katanya dalam akaun twitternya @SBYudhoyono hari ini.

Presiden Indonesia itu yang mesra dengan panggilan SBY, berkata Indonesia meminta Australia memberi jawapan rasmi yang boleh difahami oleh seluruh masyarakat berhubung tindakan pengintipan yang dilakukannya ke atas Indonesia.

"Tindakan Amerika Syarikat dan Australia mencederai (menjejaskan)kerjasama strategik dengan Indonesia, sesama negara demokrasi," katanya.

Beliau telah meminta Menteri Luar Marty Natalegawa untuk memanggil pulang Duta Besar negara itu di Australia, Nadjib Riphat Kesoema sebagai suatu langkah diplomasi yang tegas.

Presiden SBY juga kesal dengan kenyataan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott yang menganggap remeh laporan berita tentang kegiatan pengintipan oleh Australia terhadap Indonesia.

Sementara itu dalam satu laporan agensi berita Antara pada Selasa yang memetik tulisan kolumis The Canberra Times, Philip Dorling menyebut bahawa Australia telah mula melakukan intipan ke atas Indonesia sejak tahun 1950-an kerana negara itu tidak mempercayai Indonesia.

Dalam tulisannya bertajuk "Canberra doesn't trust Jakarta" di akhbar harian Australia, Sidney Morning Herald, pada Selasa, Dorling berkata khabar tentang jabatan perisikan elektronik "Defence Signals Directorate" mengintip dengar perbualan telefon Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono bukanlah mengejutkan ratusan, bahkan ribuan ejen rahsia diplomat, birokrat dan ahli politik Australia.

"Kita (Australia) bekerjasama erat dengan Indonesia termasuk dalam bidang keselamatan dan perisikan tetapi kita tidak mempercayai mereka (Indonesia)," tulis Dorling.

Indonesia di mata Australia, kata Dorling, tidak seperti Australia memandang New Zealand yang dianggap sekutunya, sebaliknya Australia selalu khuatir Indonesia pada suatu masa nanti akan menjadi ancaman.

Laporan media sebelum ini menyebut bahawa agensi perisikan Australia telah cuba mengintip dengar perbualan telefon Yudhoyono dan isterinya serta beberapa menteri kanan Indonesia selama 15 hari pada bulan Ogos 2009.

Dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Snowden dan diterima media penyiaran Australia Broadcasting Corporation (ABC) dan akhbar harian The Guardian menyebut bahawa Presiden Indonesia dan sembilan orang terdekatnya sebagai sasaran intip dengar itu. - Bernama

Demi Rakyat! Kerajaan Tolak Usul Lupus Kereta 12 Tahun Keatas

Klik pada gambar untuk besarkan
KELANTAN, Kota Bharu 19 nov - Kabinet dengan sikap rendah diri dan prihatin kepada rakyat, memutuskan untuk menolak terus cadangan mengharamkan kereta berusia lebih 12 tahun keatas. bercakap kepada wartawan Ajensi Berita Fakap, encik Aduka berkata, Bekas Perdana Menteri ketika ditemui berkata :
"Ini bukti kerajaan bersikap membela rakyat, rakyat di dahulukan, tidak seperti sikap pembangkang yang hanya tahu membangkang sahaja. Kita menolak had usia 12 tahun kenderaan. Demi rakyat, kita lanjutkan sehingga 15 tahun. Jadi, selepas habis loan 9 tahun, rakyat ada masa rehat 6 tahun untuk berhutang semula, rasanya ia sudah cukup untuk rakyat balas budi pada negara" 
Klik pada gambar untuk besarkan
bercakap kepada wartawan ABF pula, seorang rakyat malaysia berkata, "kerajaan tidak sepatutnya melupuskan kenderaan berusia lebih 12 tahun sahaja, malah kerajaan perlu melupuskan kereta berusia 2 tahun keatas juga (gambar), kerana kemalangan banyak berlaku di malaysia melibatkan kenderaan-kenderaan yang berusia 2 tahun hingga 3 tahun, tayar juga hanya berusia 1 tahun saja dan ia perlu di tukar atau di lupuskan, inikan pula kereta atau kerajaan 56 tahun? memang sudah tua bangka! memang wajib sudah di lupuskan! saya berharap kerajaan BN dapat mendengar rintihan saya ini" - Ajensi Berita Fakap

Atas perkiraan apa Abu Bakar jadi Pengerusi BSN?

Salmiyah Harun, 19 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim enggan menjawab persoalan berhubung penamatan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz di dalam sidang medianya hari ini tidak berpuas hati dengan jawapan daripada Shahidan yang hanya memaklumkan penamatan Abu Bakar kerana kesalahan di bawah peraturan 49.

Peraturan 49 menyebut seorang pegawai JPA boleh ditamatkan atas kepentingan awam.

Jelas Mahfuz, Abu Bakar berada pada jurus dua iaitu kedudukan paling tinggi dan bakal dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara.

"Bila dicaj bawah peraturan 49 ianya adalah satu kesalahan yang sangat besar," kata Mahfuz.

Atas sebab itulah, Mahfuz mempersoalkan atas alasan apa kerajaan pula melantik Abu Bakar sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Bagaimana kita bagi tanggungjawab kepada beliau untuk menjadi Pengerusi BSN yang juga milik awam. Yang ini Shahidan tidak jawab.

"Kalau beliau dikenakan tindakan atas kepentingan awam, dia tidak layak jadi pengerusi BSN. Atas perkiraan apa Abu Bakar jadi Pengerusi BSN?" bidas Mahfuz.

Abu Bakar yang berkhidmat selama 35 tahun  menerima surat penamatan khidmatnya daripada JPA yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai 2012.

Beliau dikatakan dilantik sebagai Pengerusi BSN pada awal tahun ini.

Pengawal warga asing didakwa bunuh pegawai Ambank

Harakahdaily, 19 Nov 2013
PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan warganegara Indonesia hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh dan melepaskan tembakan kepada seorang pegawai Ambank Subang Jaya, bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada ‬La Ode Ardi Rasila, 36, selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa membunuh Norazita Abu Talib, 37, di dalam bangunan Ambank No. 5 dan 7, Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya di sini antara 6 petang hingga 6.30 petang, 23 Okt lepas.

La Ode yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan itu didakwa mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan rompakan dan melepaskan tembakan dari senjata api jenis 'pump gun' dengan niat menyebabkan kematian kepada Norazita pada tempat dan masa yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

K.B Elina memerintahkan kedua-dua kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam serta-merta selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan.

Kes melibatkan hukuman mati merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun dan Mohd Asyraf Md Kamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Seawal jam 8 pagi mahkamah dipenuhi media jurugambar dan orang awam bagi mengikuti kes itu.

Dalam kejadian pada 23 Okt, Norazita maut ditembak seorang pengawal keselamatan yang bertugas di bank itu ketika dia membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu.

Lelaki itu melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Pada 11 Nov, polis menemui senjata api jenis 'pump gun' yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari bank berkenaan.‬ - Bernama

Calon berintegriti: JK Pemilihan tidak terima aduan

Hazayani Zakaria, 19 Nov 2013

Asmuni menunjukkan tong undi yang digunakan pada pemilihan nanti.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat belum ada sebarang aduan salah laku melibatkan calon-calon yang bertanding sama ada di peringkat pusat atau dewan-dewan sepanjang tempoh kempen pada pemilihan PAS kali ini.

Pengerusinya Asmuni Awi berkata, semua calon yang bertanding sangat berintegriti dan berkempen mengikut garis panduan yang ditetapkan.

"Kita tidak menerima sebarang aduan salah laku yang dilakukan calon-calon yang bertanding. Calon kita penuh integriti bermain dalam padang yang dibenarkan," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS dan penolongnya, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Takiyuddin Hassan.

Bagaimanapun katanya, terdapat aduan melibatkan pengguna media sosial termasuk blog yang memerlukan siasatan lanjut.

Tegasnya, sekiranya aduan yang diterima melibatkan ahli PAS, tindakan akan diambil oleh Lembaga Disiplin PAS.

"Cuma ada aduan melibatkan blog daripada penyokong selalunya mereka ini yang lebih bersemangat dari calon sendiri dan kita akan melihat kepada laporan yang dibuat mengenai salah laku yang dilakukan ahli, penyokong dan blogger ini.
"Kalau mereka merupakan ahli PAS kita akan laporkan kepada Lembaga Disiplin tapi kalau yang melakukan itu bukan ahli PAS kita serahkan kepada calon sendiri untuk mengambil tindakan undang-undang kalau mereka mahu," katanya lagi.

Lantik wakil

Sementara itu Asmuni turut memberitahu, setiap calon yang bertanding iaitu jawatan timbalan presiden, naib presiden, ketua, timbalan dan naib ketua dewan-dewan boleh melantik wakil sebagai pemerhati pada hari pengundian.

Calon ketua, timbalan ketua dan ahli jawatankuasa dewan-dewan juga dibenarkan berbuat demikian.

Wakil calon wajib ahli PAS sama ada perwakilan atau tidak.

"Kali ini kita benarkan bagi setiap calon yang bertanding bagi dewan-dewan bagi peringkat ketua, timbalan juga naib dan bagi ajk pusat bagi jawatan tertinggi untuk melantik wakil calon mereka dan saya sudah menghantar pekeliling kepada semua calon yang terlibat.

"Mereka boleh melantik wakil untuk menjadi pemerhati sepanjang proses pemilihan dan pengiraan undi.

"Wakil ini hendaklah terdiri dari ahli PAS sama ada perwakilan atau tidak.

"Dulu pelantikan calon hanya diberikan kepada mereka yang bertanding ajk pusat tapi sekarang kita perluaskan kepada dewan-dewan," katanya.

Tambah beliau, wakil calon mesti mengangkat sumpah kerahsian sebelum masuk ke tempat pengiraan undi.

Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda akan menjalankan proses pengundian pada hari Khamis manakala bagi PAS Pusat, pengundian akan berlangsung pada hari Jumaat.

Bagi Dewan Ulamak tiada proses pengundian kerana semua jawatan dimenangi tanpa bertanding.

Muktamar tahunan PAS kali ke-59 akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam bermula 22 hingga 24 November.

Manakala muktamar bagi Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan bermula malam esok masing-masing di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJA) dan Dewan Jubli Perak Bangunan SUK Selangor, Shah Alam.

Belanjawan 2014: Selangor belanja RM2.28b rizab simpanan

Harakahdaily, 19 Nov 2013
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri akan membelanjakan RM2.28 bilion rizab simpanan bagi perbelanjaan pembangunan dan pengurusan pada 2014.

Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah RM1.225 bilion diperuntuk kepada perbelanjaan mengurus yang meliputi 53.7 peratus manakala bakinya RM1.055 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Beliau berkata, sebanyak RM430 juta dibelanja bagi membiayai pembangunan enam inisitif melibatkan kepentingan rakyat.

Antaranya, jelas beliau RM150 juta bagi pembinaan Jambatan Ketiga Klang, pembinaan rumah mampu milik (RM100 juta) dan pembinaan beberapa bangunan sekolah (RM50 juta).

“Selain itu, sejumlah RM50 juta dari rizab simpnanan digunakan untuk pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia, pembangunan desa (RM50 juta dan pemberdayaan wanita (RM30 juta),” katanya.

Abdul Khalid menyatakan demikian ketika membentangkan Belanjawan Berimbang Negeri 2014 yang bertema Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat di Dewan Negeri Selangor, di sini hari ini.

Menurutnya lagi, setakat 31 Oktober lalu, Kumpulan Wang Disatukan Selangor dalam bentuk tunai dan pelaburan ialah RM2,712.85 juta, sekaligus menandakan rizab negeri berada pada paras tertinggi sejak 1998.

Katanya, mungkin kerana kurang arif mengenai selok-belok pengurusan kewangan dan fiskal, wujud suara-suara yang mengecam atau paling tidak, merungut tentang kecenderungan kerajaan mengumpul rizab.

“Saya tegaskan pembinaan rizab beserta perbelanjaan berhemah mengikut konsep keutamaan yang betul merupakan paksi disiplin fiskal dan sebahagian rangka pengurusan kewangan dan fiskal jangka panjang,” katanya.

Tragedi Memali: The Star mohon maaf

Harakahdaily, 19 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini menerbitkan kenyataan memohon maaf atas keterlanjuran menggelarkan Almarhum Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang terlibat dalam peristiwa Memali sebagai 'kumpulan ajaran sesat'.
Dalam Nota Pengarang pada artikel utama muka 40 ruangan Pendapat (View) akhbar berkenaan hari ini, The Star memohon maaf kepada ahli keluarga  dan sahabat handai Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang bersedih atas dakwaan tersebut.

Pernyataan maaf The Star itu diterbitkan di akhir surat bertajuk "Memali incident a sad tragedy" (Peristiwa Memali adalah satu tragedi sedih) oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Khairil Nizam dalam tulisan tersebut menjelaskan, Mahkamah Tinggi Alor Setar sendiri telah memerintahkan kerajaan membayar pampasan kepada waris bagi individu yang terkorban dalam tragedi tersebut.

“Jadi bagaimana Allahyarham Ustaz Ibrahim dan pengikutnya boleh dipersalahkan atas tindakan kekerasan apabila kerajaan yang diminta membayar pampasan?” soalnya.

Tambahnya, satu-satunya fatwa yang dikeluarkan berhubung kes tersebut adalah fatwa oleh Majlis Fatwa Kedah yang berpendapat bahawa kumpulan berkenaan tidak patut digelar sebagai para “syahid”.

Malah jelas Khairil, pandangan yang mengatakan Ustaz Ibrahim Mahmud dan para pengikutnya yang terbunuh dalam peristiwa Memali sebagai "syahid" datang daripada ulamak yang disegani, Mudir Sekolah Pondok Lanai, Tuan Guru Haji Omar Zuhdi  dan disokong oleh dua anggota Majlis Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abdul Razak.


Festival Rogol Assam sambutan gila di India
Posted on Tuesday, November 19 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



1343291905 assam2 The Assam Rape Festival in India begins this week

Madhuban Ahluwalia yang mengetuai perayaan tahunan berkata kepada pemberita mengapa acara ini adalah amat penting. "Ini adalah satu tradisi lama di Assam sejak beribu-ribu tahun," katanya

"Kami rogol syaitan jahat daripada gadis-gadis, jika tidak mereka akan menipu kita dan kita akan dipaksa untuk membunuh mereka. Oleh itu adalah perlu untuk semua orang. "

Tiap-tiap gadis berusia 7-16 yang belum berkahwin mempunyai peluang untuk melarikan diri atau membiarkan diri dirogol.

Pesta Assam bermula pada 43 SM apabila Baalkrishan Tamil Nadu dirogol oleh orang di kampungnya di Doomdooma. Baalkrishan Tamil Nadu diingati setiap tahun pada majlis ini, sebenarnya trofi yang diberikan kepada lelaki yang paling kerap merogol dipanggil "Mr Baalkrishan ".


_____
India adalah negara yang kedua dalam kes rogol dilaporkan dalam dunia selepas Amerika Syarikat , walaupun begitu kebanyakan kes rogol di India tidak dilaporkan.

Tiada ulasan: