Rabu, 13 November 2013

PENGAJIAN DIMASJID2 DAN SURAU2 SENTIASA DIJEMPUT HADIR....HADIRLAH SEBELUM ALLAH JEMPUT HADIR....KERETA BANYAK DAN MEWAH2 APA ALASAN TAK MAU HADIR....KALAU DAH PANDAI MINTAK TULIAH KEMUDIAN AJAR AGAMA SECARA PERCUMA....JANGAN KITA CERDIK TAPI TAK BERAKAL

Siti Zailah impikan muslimat yang berani

Hazayani Zakaria, 12 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Siti Zailah Mohd Yusoff yang mempertahankan jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bersedia memantapkan kepimpinan DMPP dalam menghadapi suasana politik yang semakin mencabar.

Beliau berkata, kepimpinan yang mantap dari sudut jasmani dan rohani amat perlu untuk mendepani isu-isu semasa khususnya melibatkan wanita.

Di samping berazam meneruskan misi dan visi sebelum ini, Siti Zailah juga mahu melihat saf kepimpinan muslimat lebih maju dan berani mendepani segala cabaran.

"Saya akan teruskan dasar muslimat yang sedia ada dan saya melihat dalam suasana politik hari ini perlunya kepimpinan muslimat yang mantap.

"Dalam kita menerajui sebuah organisasi kita perlu kepimpinan yang mantap yang boleh menggerunkan musuh.

"Sebab itu saya harapkan dalam pemilihan kali ini perwakilan memilih saf kepimpinan yang boleh memacu dewan muslimat untuk terus maju, bukan semakin berundur," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, DMPP perlu meyakinkan masyarakat bahawa suara muslimat amat penting bukan sahaja di peringkat penggubal dasar malah di peringkat akar umbi.

"Kita memerlukan suara muslimat untuk bersuara di semua peringkat sama ada di peringkat penggubal dasar negara sama ada di Parlimen atau Dun.

"Kita lihat semakin hari semakin menampakkan suara muslimat boleh diterima dalam masyarakat buktinya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 majoriti muslimat semakin bertambah dan membuktikan keyakinan masyarakat bahawa muslimat boleh menyaingi Wanita Umno," katanya.

Sementara itu, beliau berjanji tidak akan mensia-siakan kepercayaan ahli parti terhadapnya sekiranya terpilih sebagai Ketua DMPP.

"Dalam kita meletakkan pertandingan apa-apa jawatan bukan untuk mencari nama atau kedudukan tapi kita berkhidmat untuk jemaah, untuk berebut pahala dan untuk sama-sama menyumbang bakti untuk perjuangan Islam," katanya.

Seorang lagi calon yang bertanding Ketua DMPP ialah Ustazah Nuridah Salleh.

Ibrahim Libya: Pemuda PAS desak The Star mohon maaf

Muhammad Faizal, 12 Nov 2013


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak akhbar The Star memohon maaf dan menarik balik artikel yang mengaitkan Almarhum Ibrahim Libya sebagai pengganas dalam masa tiga hari.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, akhbar The Star perlu bertindak segera dalam tempoh yang diberikan itu sebelum tindakan undang-undang diambil kerana telah memfitnah seorang ulama yang dihormati seluruh masyarakat.

"Melebalkan Ustaz Ibrahim sebagai penjenayah dan mengamalkan ajaran sesat adalah satu fitnah dan tidak berasas.

"Kami dari DPPM mengecam tindakan The Star yang menyiar artikel tersebut yang dlihat menghina seorang ulama yang dihormati.

"Atas tindakan tersebut, kami menggesa agar The Star menarik balik siaran itu dan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia dalam masa tiga hari, jika enggan kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap siaran fitnah tersebut," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Khairuddin Aman Razali.

Menurut beliau lagi, Ustaz Ibrahim Libya atau Ibrahim Mahmud merupakan seorang ulama terkenal dan pernah bekerja di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta merupakan pemimpin PAS di Kedah.

Namun Ibrahim telah menjadi mangsa kekejaman sewaktu di bawah pemerintahan Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

"Ustaz Ibrahim pernah bekerja di Jakim dan beliau turut merupakan seorang pemimpin PAS di Kedah.

"Jadi apa yang dilakukan oleh akhbar tersebut adalah satu penghinaan yang tidak berasas, mereka sepatutnya tidak melebalkan Ibrahim sama dengan ajaran sesat yang lain.

"Saya tegaskan pemohonan maaf bukan sahaja kepada seluruh keluarganya tetapi turut kepada PAS yang mana pemimpin kita dituduh serta difitnah dengan cara yang tidak berakhlak," sambung beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh.

Akhbar The Star hari ini memetik nama Almarhum Ibrahim Libya dan mendakwa beliau salah seorang pengganas yang berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa pada 19 November 1985.

Di bawah tajuk Major Cases Involving Violant Deviant Groups in Malaysia Almarhum Ibrahim Libya disenaraikan bersama pengganas dan kumpulan ajaran sesat yang lain iaitu kumpulan Imam Mahadi, Al-Ma'unah dan Tuhan Harun.

Anda dijemput hadir!

Harakahdaily, 12 Nov 2013
Kuala Lumpur: Suatu forum bertajuk “OKU - Pasca Belanjawan” akan diadakan di Dewan Himpunan Cina KL Selangor. Forum anjuran Sekretariat Prihatin OKU, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Parti Islam Semalaysia (PAS) akan berlangsung pada 17 November 2013 ini. Demikian dinyatakan oleh Mohammad Faizal Che Yusof, Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU dalam kenyataan medianya. Forum ini diadakan sempena sidang parlimen yang berlangsung ketika ini, pihak sekretariat sedang berkerjasama dengan pelbagai badan bagi kepentingan Orang Kurang Upaya (OKU), mengenengahkan isu-isu berkaitan OKU untuk diambil perhatian.

Forum ini berobjektifkan membina Malaysia baru ke arah mengupayakan OKU. Antara panel yang hadir termasuklah Mohd Nazari Hj Othman (Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, SBM), dan Mohammad Faizal Che Yusof (Seorang Aktivis dan peguam OKU).

Seluruh masyarakat terutamanya mereka yang berada dalam saf kepimpinan di pelbagai peringkat amatlah dialu-alukan untuk hadir bagi membantu pembangunan OKU yang lebih menyeluruh di Malaysia.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan forum boleh diperoleh melalui pengarah program iaitu saudara Bukhari Zakaria di talian 013 6306869 atau Sahmar Saad di talian 0136968618.

Maklumat forum sebagaimana berikut:

Tajuk: OKU - Pasca Belanjawan

Tarikh: 17 November 2013.

Masa: 8:30 malam.

Tempat: Dewan Himpunan Cina KL Selangor.

 
Idola kecil..ceria superstar..sedih tgk budak2 skang ni kekecik lg tekinja2 atas pentas..stesen tv ni tak de plak nk buat rancangan akademi al-Quran utk budak2 ke..hafaz al-Quran utk budak2 ke..kem2 motivasi ke..kem2 berkaitan pelajaran ke...barulah cuti sekolah dipenuhi dgn perkara2 berfaedah..tak suke dgn rancangan tv skang yg makin mengarot2 dan merosakkan akhlak budak2 n remaja..

Minta GLC bantu Melayu, bukan tolong Utusan

Harakahdaily, 12 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Dalam usaha membantu syarikat Utusan Melayu yang semakin kerugian kerana semakin kurang orang membaca akhbar terbitannya, Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan membuat keputusan menulis surat kepada semua syarikat berkaitan kerajaan atau GLC agar menyalurkan lebih banyak iklan di dalam akhbar tersebut.

Menurut Ahmad Maslan, daripada 35 GLC utama di negara ini, mereka membelanjakan hanya sekitar 3.7 peratus saja daripada keseluruhan peruntukan iklan untuk Utusan Malaysia.

“Secara jujurnya tindakan Ahmad Maslan dalam hal ini menampakkan kekeliruan dan kecelaruannya dalam memahami tugas serta peranan GLC kepada rakyat,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Menurutnya, dalam pembentangan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera tidak lama dulu, Najib sendiri ada membangkitkan peranan GLC dalam membantu ekonomi Bumiputera dan orang-orang Melayu.

“Dalam hal ini Perdana Menteri telah menetapkan usaha membantu orang Melayu ini sebagai salah satu KPI atau penunjuk prestasi pemimpin-pemimpin GLC terbabit yang dilantik oleh kerajaan menduduki jawatan tersebut,” tulisnya lagi.

Baca lagi

Pengganas: The Star biadap, tarik balik laporan

Salmiyah Harun, 12 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Akhbar The Star hari ini memetik nama Almarhum Ibrahim Libya dan mendakwa beliau salah seorang pengganas yang berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa pada 19 November 1985.

Di bawah tajuk Major Cases Involving Violant Deviant Groups in Malaysia Almarhum Ibrahim Libya disenaraikan bersama pengganas dan kumpulan ajaran sesat yang lain iaitu kumpulan Imam Mahadi, Al-Ma'unah dan Tuhan Harun.

Laporan itu mendapat kecaman daripada Pemuda PAS Malaysia dan Pemuda PAS Kedah yang menyifatkan The Star telah menghina Tuanku Sultan Kedah Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang pernah mencemar duli menziarahi kubur almarhum Ustaz Ibrahim Libya.

Malah menurut Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria, laporan akhbar terbabit telah menggambarkan tahap mentaliti pemilik akhbar yang semakin memualkan.

"Petikan itu adalah satu provokasi untuk mewujudkan satu ketegangan agama di dalam negara dan di kalangan masyarakat.

"Petikan dan siaran itu adalah sesuatu yang amat jahat dan tidak beretika," katanya kepada Harakahdaily.

Tegasnya Dewan Pemuda Kedah, menuntut pihak The Star menarik balik dan memohon maaf segera kepada seluruh umat Islam dan ahli keluarga yang terlibat dalam isu Memali ini.

"Kita tidak teragak-agak akan membuat membuat laporan Polis dan dalam masa tiga hari sekiranya tiada tindakan daripada The Star.

"Kami akan memohon mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan memorandum bantahan kerana baginda adalah Ketua Agama Islam Malaysia," katanya.

Sementara itu, AJK Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizat Kaiat dalam satu kenyataan menyifatkan tuduhan tersebut tidak tepat dan biadap.

Ini kerana peristiwa Memali yang dimaksudkan oleh The Star adalah peristiwa yang masih gagal disabitkan sebagai aktiviti pengganas melibatkan Almarhum Ust Ibrahim Libya sebagai pemimpin masyarakat di situ.

"Bahkan sejarahwan dan pengamat politik di Malaysia sendiri sebahagiannya menyatakan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa melalui arahan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir ketika itu sebagai perdana menteri sebagai memiliki agenda tersembunyi," katanya.

Bahkan katanya, fakta sejarah sendiri telah menyaksikan bahawa status Almarhum Ibrahim Libya dan beberapa rakannya yang ditembak sebagai syahid dan turut disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak ketika itu.

Justeru, tegas Suhaizan untuk meletakkan kedudukan Almarhum Ibrahim Libya sebagai pengganas di Malaysia seperti mana dilaporkan The Star adalah tidak bertanggungawab dan biadap sama sekali khususnya kepada ahli keluarga dan kebanyakan rakyat yang mengenali Almarhum.

"Bahkan, kes Memali yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah ini masih gagal diputuskan kedudukannya sehingga ke hari ini," katanya.

Justeru, beliau  mendesak The Star menarik balik berita tersebut dan memohon maaf terbuka kepada seluruh ahli keluarga dan kenalan Almarhum.

"Saya tidak teragak-agak untuk memobilisasi rakyat seramai mungkin untuk menyatakan bantahan ini sekiranya tiada sebarang tindakan tarik balik dan permohonan maaf dibuat oleh The Star," katanya.

Tiada ulasan: