Ahad, 24 November 2013

DULUKAN ISLAM DARI KEPENTINGAN PERIBADI ATAU PANGKAT....JIKA NAK HABUAN DUNIA BAIK SERTAI PARTI LAIN...ALLAH TAHU APA TUJUAN KITA MEMPERJUANGKAN ISLAM ATAU MENCARI HABUAN DUNIA....JANGAN KITA CUBA NAK MENIPU ALLAH SWT....LEBIH2 KEJAYAAN HAMPIR DIDEPAN MATA...SEDANGAN TUGAS IBLIS SERTA KERJA2NYA TETAP SAMA....IBLIS TETAP GIGIH UNTUK MENYESATKAN MANUSIA

Senarai penuh AJK PAS Pusat 2013 - 2015
Posted on Sunday, November 24 @ 13:28:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




Klik untuk besarkan gambar

Keputusan Penuh

Presiden: TG Hj Hadi Awang (MTB)

Timbalan Presiden: Hj Mohamad Sabu (588)

Naib Presiden:
Ust Tuan Ibrahim Tuan Man (917)
Salahuddin Ayub (849)
Husam Musa (520)

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Idris Ahmad (927)
2) Mazlan Aliman (840)
3) Hanipa Maidin (735)
4) Ir. Nizar Jamuluddin (688)
5) Ir. Amiruddin Hamzah (679)
6) Dr. Hatta Ramli (649)
7) Ustaz Nasruddin Hassan (645)
8) Ir. Khalid Samad (643)
9) Ustaz Nik Abduh (627)
10) Dr. Mujahid Yusuf Rawa (626)
11) Dr. Dzulkefly Ahmad (610)
12) Kamaruddin Jaafar (562)
13) Ustaz Nik Zawawi Salleh (518)
14) Dr. Syed Azman (476)
15) Dr. Riduan Mohd Noor (469)
16) Dr. Mahfodz Mohamad (449)
17) Dr. Siti Mariah (437)
18) Ustazah Nuridah Salleh (424)


...............
Dewan Pemuda PAS Pusat


Ketua : Suhaizan Kaiat (320)
Timbalan : Ustaz Khalili Abdul Hadi (355)
Naib : Ir Mohd Khairil Nizam Khairudin (411)

AJK Pemuda
1. Hafnam Hamimi Taib Azamudin (433)
2. Syed Abdul Kadir Syed Hussin AlJufri (433)
3. Ahmad Fadhil Saari (417)
4. Mohd Sharil Zulaiman (415)
5. Abang Ahmad Kerdee Abang Masugu (404)
6. Zaharudin Mohamad (379)
7. Ahmad Yahya (377)
8. Mohd Faizul Saleh (371)
9. Dr Mohd Fadhil Ghani (359)
10. Mohd Zawawi Abdul Hassan (358)
11. Nurul Islam Mohd Yusof (355)
12. Mohd Sany Hamzah (340)

Berikut adalah data ringkas keputusan penuh Suruhanjaya Pilihanraya bagi pemilihan jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi sessi 2013/2015.

Data Ringkas
Jumlah pemilih yang layak memilih – 639
Jumlah pemilih yang membuang undi – 638
Kertas undi dlm peti undi ketua – 634 + 4 rosak
Kertas undi dlm peti undi timb – 637 + 1 rosak
Kertas undi dlm peti undi naib – 637 + 1 rosak
Kertas undi dlm peti AJK – 625 + 13 rosak
Calon Ketua Pemuda
1. Kamarulzaman Muhammad - 307
2. Suhaizan Kaiat - 320
3. Zulhazmi Sharif - 7

Calon Timbalan Ketua Pemuda
1. Mohd Khalil Abdul Hadi, Ustaz – 355
2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob, Dr - 282
Calon Naib Ketua Pemuda
1. Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi – 226
2. Mohd Khairul Nizam Khairuddin, Ir. Hj - 411


Calon Ahli Jawatankuasa
1. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus – 404
2. Abdullah Karim – 181
3. Afnan Hamimi Taib Azamuddin – 433
4. Ahmad Fadhli Shaari – 417
5. Ahmad Yahya, YB – 377
6. Lahirul Latigu – 278
7. Mohd Shahir Sulaiman – 415
8. Mohd Fadli Ghani, Dr - 359
9. Mohd Faizul Salleh – 371
10. Mohd Fakhrulrazi Mokhtar – 182
11. Mohd Firdaus Jaafar, Ustaz – 297
12. Mohd Hakim Mohd Nor – 191
13. Mohd Hazmi Dibok – 266
14. Mohd Helmi Razuan – 66
15. Mohd Nasaie Ismail - 237
16. Mohd Nazri Din – 200
17. Mohd Sany Hamzan – 340
18. Mohd Zawawi Abu Hassan, YB – 358
19. Nurul Islam Mohd Yusof – 355
20. Muhammad Ramadan – 281
21. Sulaiman Ibrahim – 50
22. Syed Abdul Kadir Syed Hussin Al Jufri - 433
23. Syeikh Umar Bagharib Ali – 95
24. Wan Mohd Faizul Wan Abas – 249
25. Yohanis Ahmad – 76
26. Zaharuddin Muhammad - 379

..........

Dewan Muslimat PAS Pusat 2013 - 2015

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan Muslimat PAS

Senarai Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS 2013-2015

jumlah perwakilan berdaftar dan layak mengundi 681
jumlah perwakilan mengundi - 665

jumlah kertas undi dalam peti undi - 665 kertas undi

Pengerusi Tetap
* Norhashimah Deraman - 387
* Nor Azlin Md Samsudin - 208
* Saadiah Abu Bakar - 56

Timbalan Pengerusi Tetap
* Nor Azlin Md Samsudin

Ketua
* Siti Zailah Mohd Yusoff - 468
* Nuridah Salleh - 189

Timbalan Ketua

* Dr Siti Mariah Mahmud - 429
* Dr Najihatussalehah Ahmad - 229

Naib Ketua
* Mumtaz Mohd Nawi - 457
* Dr Rosni Adam - 201

 Ahli Jawatankuasa
* Aida Yusof Rawa - 409
* Aiman Athirah Sabu - 457
* Dr Asiah Ali - 444
* Azizah Khatib Mat - 360
* Dr Halimah Ali - 476
* Kartini Ahmad - 306
* Khairiah Mohamed - 454
* Kintan Man - 219
* Mastura Mohammad - 392
* Noor Hanim Ismail - 274
* Noraini Hussin - 166
* Normala Sudirman - 446
* Rohani Ibrahim - 300
* Rosiah Salleh - 253
* Salamiah Mohd Nor - 209
* Datuk Siti Ashah Ghazali - 372
* Siti Faridah Samad - 260
* Wan Aisyah Wan Ariffin - 243
* Wan Hamidah Wan Daud 171
* Wan Hasrina Wan Hassan - 331
* Dr Wan Maseri Wan Muhamad - 279
* Wan Ubaidah Omar - 393


..............

 Jawatan Kosong Jururawat & Pembantu Jururawat
Posted on Sunday, November 24 @ 12:04:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Jawatan Kosong Jururawat & Pembantu Jururawat.

Majikan :        Smile Respite Care Center

Alamat  :           No 4713-P, Lot 331, Taman Maju, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu

Telefon :          017-9812136 (Cik Lili)

Email    :            mmy.care@gmail.com

Jawatan :         Jururawat & Pembantu Jururawat

Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 10

Kelayakan :       Sijil dan keatas

Gaji :               RM 900.00



Keterangan :

•      Mempunyai lesen dan kenderaan sendiri

•      Boleh bekerja shift mengikut keperluan

•      Mempunyai perwatakkan menarik,baik serta peramah

•      Gaji : RM900.00 – RM1400.00



#       Hantarkan resume lengkap ke alamat email kami mmy.care@gmail.com atau hubungi kami untuk maklumat lanjut (Cik Lili) 017-9818136 atau boleh datang sendiri ke Smile Respite Care Center kami dengan membawa resume yang lengkap
#       Tarikh Tutup : 20 Disember 2013 - JKKK"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Sunday, November 24 @ 12:04:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 SUBAHANALLAH!! Gempar Video Hujan Ais Sebesar Penumbuk Budak [SAKSIKAN...]
Posted on Sunday, November 24 @ 11:31:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia masih aman... IniKalilah menerima klip video yang dikirimkan dari seorang sahabat yang bekerja di Arab Saudi baru-baru ini.

Subhanallah besarnya hujan air batu yang turun baru-baru ini sebesar penumbuk budak...

Mengikut pengirim klip video ini diambil di Abha, Saudi Arab. Kehadiran hujan ni telah merosakkan kereta dan pecahkan cermin kereta.

Sama-sama lah kita saksikan... Subhanallah..

[Untuk lihat video klik disini...] "


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Sunday, November 24 @ 11:31:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Bagaimana pelajar kita solat Jumaat dalam bas sekolah?
Posted on Sunday, November 24 @ 11:46:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Alhamdulillah , syukur Johor kembali cuti pada hari Jumaat. Saya amat cemburu mereka di Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah. Mereka tak perlu terkejar-kejar tunai solat Jumaat, mereka boleh datang awal masjid melakukan solat sunat, zikir dan baca al Quran. Juga boleh zikir lama-lama dan solat sunat dengan selesa selepas solat Jumaat.

Berbeza dengan kami di Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain di Tanah Melayu ini. Tempat saya kerja di Senawang waktu rehat hari Jumaat dari 12.45 tgh ke 2.30 ptg. Masa 1 jam 45 minit inilah kami berkejar-kejar untuk mandi sunat kot sempat, pakai baju Melayu kot sempat, makan tengahari, dengar khutbah Jumaat dalam keadaan mengantuk mendengar teks khutbah yang seragam satu Malaysia.

Negeri yang tidak cuti hari Jumaat, harap kerajaan negeri beri panduan dan kemudahan para pelajar sekolah yang kita sedang nak pergi masjid solat Jumaat mereka sedang menunggu bas nak pergi sekolah agar diberi panduan macamana mereka nak solat Jumaat atas bas, atau apabila sampai di surau sekolah, agar ada ustaz yang bawa solat Jumaat di surau sekolah.

Begitu juga kilang-kilang yang tidak benarkan pekerja mereka solat Jumaat , agar pihak Jabatan Agama Islam Negeri beri panduan macamana pekerja kilang ini dapat tunaikan solat Jumaat di kilang mereka.

Begitu jugalah kepada para peniaga warung Islam, restoran Islam agar diberi nasihat, bimbingan, betapa berdosanya mereka berniaga beri makan kepada orang lelaki Islam apabila masuk waktu solat Jumaat terutamanya apabila khatib sudah mula membaca teks khutbah.

Semoga umat Islam di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah dapat pergi awal ke masjid pada hari Jumaat, terutama mereka yang baru atau sudah lama bertahun-tahun balik haji, di mana bila kita di Mekah, jam 9 pagi kita sudah berebut-rebut masuk Masjidil Haram menunggu solat Jumaat."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Sunday, November 24 @ 11:46:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Himpunan Besar-besaran Bantah GST, TPPA
Posted on Sunday, November 24 @ 01:56:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-59 memutuskan akan menggerakkan himpunan rakyat secara besar-besaran bagi membantah dan mendesak kerajaan menarik balik hasrat dan keputusan melaksanakan GST dan TPPA.

Mewakili PAS Pusat, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menyatakan himpunan itu akan digerakkan dengan penggemblengan parti-parti Pakatan Rakyat, NGO dan semua pihak bagi membongkar segala termasuk penyelewengan sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara.

Mohamad berkata, bebanan baru dipaksakan ke atas rakyat seperti cukai GST yang akan membebankan, kenaikan harga barangan,  pemotongan subsidi dan lainnya telah mendedahkan rakyat kepada bebanan ekonomi yang serius serta peningkatan kadar inflasi negara.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) yang menjelaskan usul itu berkata, cukai GST adalah bercanggah dengan prinsip percukaian Islam dan membawa kepada kezaliman.

Tegasnya, kegagalan kerajaan BN mencegah kebocoran, pembaziran, rasuah dan salah guna kuasa tidak seharusnya diletakkan bebannya ke atas rakyat.

Tambahnya, TPPA yang jelas akan meletakkan negara kepada satu bentuk penjajahan ekonomi oleh kuasa besar, sedang negara akan berhadapan dengan pelbagai peraturan yang merugikan rakyat.

Usul itu disokong PAS Kawasan Bandar Tun Razak yang menerusi, Dr Rosni Adam, perwakilan Johor, Zulkifli Ahmad dan Negeri Sembilan, Khairul Azidi.

Usul ekonomi yang diterima dalam muktamar itu dikemukakan oleh Jawatankuasa PAS Pusat dan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Berikut ialah kandungan usul tersebut.

Menyedari bahawa Laporan Audit Negara setiap tahun mendedahkan pelbagai penyelewangan dan salahlaku yang sangat serius, melibatkan dana billion ringgit,

Menyedari pelbagai bebanan baru dipaksakan ke atas rakyat seperti cukai GST yang akan membebankan, kenaikan harga barangan, pemotongan sabsidi dan lainnya telah mendedahkan rakyat kepada bebanan ekonomi yang serius serta peningkatan kadar inflasi negara.

Menyedari juga bahawa cukai GST adalah bercanggah dengan prinsip percukaian Islam dan membawa kepada kezaliman

Menyedari Kegagalan kerajaan BN mencegah kebocoran, pembaziran, rasuah dan salahguna kuasa tidak seharusnya diletakkan bebannya ke atas rakyat.

Menyedari bahawa TPPA yang jelas akan meletakkan negara kepada satu bentuk penjajahan ekonomi oleh kuasa besar, sedang negara akan berhadapan dengan pelbagai peraturan yang merugikan rakyat,

Menyedari betapa gagalnya kerajaan mengambil sebarang langkah bagi mengatasi segala penyelewengan tersebut,

Maka muktamar yang diadakan hari ini mencadangkan agar satu himpunan rakyat diadakan secara besar-besaran dengan pengembelingan semua parti-parti PR, NGO dan semua pihak bagi membongkar segala penyelewengan sebagaimana laporan audit serta membantah dan mendesak kerajaan menarik balik hasrat dan keputusan melaksanakan GST dan TPPA.-hd


 Suku Kaum Penan S'wak Terus ‘Dianiayai’ Sykt Swasta, K'jaan Tidak Bertindak Membela
Posted on Sunday, November 24 @ 02:06:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan



KUALA LUMPUR, 22 NOVEMBER: Kerajaan Barisan Nasional (BN) didesak menangani masalah dihadapi kaum minoriti Penan di Sarawak yang ditindas dan dipinggirkan akibat pembinaan Empangan Murum yang mengubah kehidupan mereka sejak turun temurun.

Ahli Parlimen DAP Sarikei, Wong Ling Biu kesal dan simpati, dengan nasib yang menimpa kaum Penan dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana pembinaan empangan bakal melenyapkan kediaman dan tanah pusaka nenek moyang mereka.

“Mereka (suku Penan) perlu dibela sewajarnya kerana kehidupan mereka banyak bergantung kepada hutan, walaupun mereka boleh dibawa ke tengah masyarakat untuk memulakan hidup baru yang akan memakan masa.

“Bukan itu sahaja, apa yang menimpa mereka amat zalim. Rumah mereka dirobohkan jentolak dan ada juga laporan mengatakan kediaman mereka dibakar. Perkara ini harus diselesaikan dengan baik,” katanya kepada Roketkini.com.



Wong berkata, situasi yang berlaku amat menyedihkan memandangkan golongan pedalaman telah memberi mandat besar kepada BN untuk terus memerintah untuk mendapatkan pembelaan.

“Kawasan pedalaman memberi kemenangan besar kepada BN untuk membentuk kerajaan Persekutuan, tetapi apa yang menimpa kaum Penan amat tidak wajar,” katanya lagi.

Kelmarin sekumpulan masyarakat Penan datang ke Parlimen untuk menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung ancaman Empangan Murum terhadap kehidupan mereka.

Memorandum itu antara lain melaporkan bahawa mereka dikeluarkan daripada kediaman secara tiba-tiba tanpa sebarang notis.

“Rumah panjang kami telah musnah akibat tindakan Sarawak Energy dan banyak harta benda kami hilang.

“Ramai yang terpaksa meninggalkan kediaman asal mendapati rumah ganti yang dijanjikan Sarawak Energy belum siap dibina dan akhirnya ada yang terpaksa menumpang di rumah saudara-mara, bersesak-sesak dalam satu ruang kecil,” petik memorandum itu.

Seramai 1,500 orang asal Penan dipaksa meninggalkan kediaman turun temurun mereka berikutan penakungan air Empangan Murum yang dijangka mula beroperasi pada Ogos 2014.

Selain pengusiran, penduduk juga dilaporkan diancam pihak berkuasa yang menyebelahi pemaju.

Akibatnya, pada 7 November 2013, 10 orang ditahan termasuk dua remaja berusia 13 dan 16 tahun malahan akan didakwa mengikut Seksyen 341 dan 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh tanah tanpa kebenaran.

Sumber: Roketkini.com


 Kemalangan Maut Melibatkan Biker Yang Naik Ducati Di Genting Sempah
Posted on Sunday, November 24 @ 01:29:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Rider Monster down kat selekoh selepas Terowong Genting Sepah menghala Kuala Lumpur. Diberitakan rider meninggal BKB696.. Kepada bikers-bikers yang ride dan berkonvoi minta lebih berhati-hati dan sentiasa perihatin...

Sejak akhir-akhir ni kerap berlakunya kemalangan melibatkan motosikal berkuasa tinggi.. Adakah kerajaaan akan mengharamkan penggunaannya?? Sama-sama lah kita tunggu dan lihat.. huhu

UNTUK PARA RIDERS TU INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.. - IniKalilah"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Sunday, November 24 @ 01:29:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


APA SANGAT TERLUCUT JAWATAN....JANGAN TERLUCUT IMAN ATAU AKIDAH...NI LAGI PENTING UNTUK DIJAGA 

 Jawapan Zed Zaidi setelah terlucut Presiden Seniman
Posted on Sunday, November 24 @ 01:47:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"“Memang kita ni mangsa keadaan. Kita ni cuci tahi banyak, jadi bila kita dah bersihkan cantik-cantik, jadi balik tahi.”

Kenyataan yang terkeluar dari mulut bekas Presiden Seniman, Zed Zaidi berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mesyuarat Agung ke-14 Seniman terbatal dan tidak sah.

Dia akur dengan keputusan mahkamah, dan tidak pernah kesal dengan apa yang telah diperjuangkan melalui Seniman sebelum ini.

“Saya bangga kerana apa yang saya buat sekarang ini tidak pernah dibuat mereka sebelum ini. Apa yang saya buat ni bukan untuk saya.

“Bagi saya benda baik yang saya dah usahakan ini kalau tidak diteruskan, ahli-ahli yang akan teraniaya,” ujar Zed Zaidi.

Zed Zaidi berkata dia berkhidmat di dalam Seniman sebagai sukarelawan demi membantu ahli-ahli Seniman. Inisiatif yang telah dilakukannya, Kad Diskaun 1Malaysia, Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), dan pelbagai untuk golongan artis.

Apabila disoal berkenaan usaha untuk menyelesaikan isu tersebut diluar mahkamah, Zed menjelaskan pelbagai usaha telah dilakukan namun tiada kata putus.

“Kita memang sentiasa terbuka untuk bekerjasama, tapi dalam soal mesyuarat yang dia (Abu Bakar Omar) buat itu saya tidak dijemput.

“Kita dah buat macam-macam dah, tapi respond tak ada. Kita dah guna Lembaga Penasihat Seniman pun tiada maklumbalas,” jelas Zed.

Sidang media yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), lebih 50 orang ahli persatuan itu hadir dan ada yang menitiskan air mata atas keputusan mahkamah itu.

“Saya sebenarnya sayang dekat mereka (ahli vateran) sebab mereka banyak menyokong saya dan mereka antara paling ramai turun apabila kita buat program,” kata Zed.

Zed Zaidi juga menasihati pihak luar yang tidak mengetahui masalah dalaman Seniman supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi terutama persepsi negatif terhadap persatuan itu.

Baca juga:#HotFMPenipu jadi trending gara-gara kuiz #HotFMSejuta "


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
laniismaa
Posted on Sunday, November 24 @ 01:47:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Tiada ulasan: