Posted on Sunday, November 10 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"
KES AMBank
Hakim : Mengapa kamu kejam hingga menembak mati sedangkan dia tidak melawan dan ada suami dan anak ?
Pembunuh : Aku mahu rompak duit............
Selepas 7 bulan
Hakim : Hukuman mati bakal menunggu kamu !
KES Altantuya
Hakim : Mengapa kamu kejam hingga letupkan badannya sedangkan dia sedang hamil dan perempuan
Pembunuh : Saja-saja nak membunuh........
Selepas 7 tahun
Hakim : Kamu berdua dibebaskan........balik penjara,kemas pakaian kamu!.
KESIMPULANNYA:
Polis Malaysia memang hebat dan cekap di dunia. Bayangkan dalam masa kurang 30 hari, pembunuh kerani Ambank dapat diberkas.
Begitu juga dalam kes Altantuya.Bayangkan tulang-tulang mangsa yang hancur akibat diletupkan letupan kuasa tinggi C4 dapat dikesan oleh Polis Malaysia. Bahkan anggota elit mereka dapat diberkas.
Tetapi bila babitkan politik, semuanya tinggal kenangan sahaja!"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokpepijat
Posted on Sunday, November 10 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pas Kuala Nerus shared Azam Myship's photo.
Ada kes tembak kt im 2...bbrape minit yg lps...mangsa blm d pastikn lg... Saspek kreta wira aerobak putih..3 org..salah satu bkepiah..baju hitam.. Mangsa dari pej agama islam pahang..penguatkuasa..tkena 3 das tembakan..umur 49 thn..no.7 lrg im 2/29 indera mahkota..mangsa mninggal d tempat kjadian Ust raffli.. pen pengarah bhgn penguatkuasa... penyokong kita.. anak2 dia jemaah kita.. Info drpd kwn. Ketua penguatkuasa agama pahang baru shj meninggal dunia akibat ditembak sebanyak 3 das di dada dan diperut dirumahnya di tmn indera mahkota kuantan. Dipercayai akibat ketidak puasan hati ttg operasi gerak gempur syiah yg dilaksanakan baru2 ini. Marilah sama2 kita sedekahkan al-Fatihah. Semgoa rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah.Selepas isteri, kini anak George W Bush pula memeluk Islam
Pada tahun 2005 wanita pertama Amerika Syarikat, Laura Bush, isteri kepada George W. Bush diberitakan memeluk Islam di Jerusalem. Berita Laura Bush memeluk Islam memeranjatkan seluruh warga Amerika yang mendapat berita tersebut.
spoof.com |
Kini anaknya pula diberitakan memeluk Islam video beliau memperkatakan tentang Al Quran dan Allah dimuatkan ke youtube pada 18.3.2013.
Kononnya Zakir Naik (pendakwah terkenal) mengumumkan penerimaan beliau (anak bush) terhadap Al Quran pada May 2012.
Carian google mendapati Bush hanya mempunyai sepasang anak kembar iaitu Barbara Pierce Bush (kakak) dan Jenna Bush Hager (adik).
Gambar dalam video lebih mirip kepada Jenna Bush Hager yang berkulit cerah dan bermata hitam.
Keraguan membuatkan admin terus mencari bukti/status keislamam ibu dan anak keluarga Bush ini. Namun apa yang memeranjatkan ialah siaran berita oleh Daily Mail 8 Nov. 2013 yang memaparkan gambar Jenna Bush Hager dengan pakaian seksi tanpa hijab.Ibunya Laura Bush juga demikian.
DailyMail. uk. 8 Nov.2013 |
Kesimpulannya berita keislaman dua beranak ini adalah palsu semata-mata.
Mengapa perlu publisiti murhan seperti ini. Tidakkah berita palsu sebegini memalukan Islam?
Tampak seolah-olah Islam begitu desperate untuk mendapat pengikut daripada golongan popular.
Siapakah wanita dalam video di atas? Wajahnya mirip wanita arab.
adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan
pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat
dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak
terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang
mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila
email gua di atimuda@gmail.com"
400.000 Guru Sukar tidur lena "Virus PBS",
Posted on Sunday, November 10 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"
Menteri Pendidikan Malaysia bertindak zalim sistem baru "Pentadbiran Berasakan Sekolah (PBS) kepada 400,000 guru seluruh Malaysia. Disarankan kepada perkhidmatan Perguruan Kebangsan Malaysia (KPPK) memboikot sistem PBS.
Malah guru guru tersbut terkena penyakit "Virus PBS" sukar tidour lena, runcing, penat dan fikiran nya celuru dan ditambah pula dengan beban serta karenah mendidik anak bangsa yang bermacam ragam dan situasi ibu-bapa yang ego.
Apa tidaknya sistem PBS menghantui setiap guru, kerana salah satu rujukan penilaian percapaian guru guru tersebut. Malah kami mendapat maklumat dari guru guru bangun tengah malam untuk mengekseskan sistem PBS, malangnya teramat sukar melayari untuk diimputkan data yang perlu didikan oleh guru-guru.
Dengan keluhan yang rengkas ini serta rasa simpati guru guru yang banyak korban masa dan waktu untuk mendidik anak bangsa, Agar Kementerian Pendidikan perlu memansuhkan sistem PBS.
Kepada guru guru pula berjuanglah dan mendidik anak bangsa dengan ikhlas dan jujur jangan hanya mahu gaji bulalan atau sekadar memenuhi waktu mengajar secara mendatar sahaja. Guru juga perlu belajr dan mencari maklumat jangan jadi guru hanya melepas batuk ditangga sahaja.
Sekali lagi disarankan kepada menteri Pendidikan Malaysia dan pegawai yang membuat dasar dan bentuk perlu pijak dibumi nyata. Jangan seronok menulis dasar tetapi kosong dan beban menjadi jawapan kepada setiap guru. sekian
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: mohdnoorawang
Posted on Sunday, November 10 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
BENARKAH IC PEROMPAK AMBANK PALSU
Posted on Sunday, November 10 @ 16:04:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"
Betulkah IC perompak AMBANK palsu.
- IC dikeluarkan di negeri Sabah yang terkenal sebagai tempat penganugerahan IC kepada warganegara asing khususnya dari kalangan pendatang Filipina dan Indonesia.
- Sebagai jabatan yang pernah berbohong bukanlah mustahil bagi JPN untuk delete segala maklumat berkaitan pemilik IC sebelum buat pengishtiharan bahawa data ic berkenaan tidak ditemui sekaligus membuktikan ia palsu. Trick seumpama ini pernah dilakukan oleh JPN. Ini boleh dilakukan oleh JPN demi menyelamatkan maruah mereka dari menerima kemaluan yang besar. Ingat lagi kes data IC sah pada waktu pagi dan data IC tidak ditemui pada waktu petang?
- Untungnya kali ini sebab belum sempat penyiasat persendirian buat siasatan pengumuman dah pun dikeluarkan bahawa IC berkenaan adalah palsu. Agaknya kalau ada pihak yang buat siasatan lebih awal barang kali lain ceritanya.
- Untuk tambah perisa maka dibuatlah cerita bahawa IC berkenaan dibeli dengan harga RM200 sahaja. Supaya menunjukkan ia benar benar IC palsu. Peliknya siapa yang buat cerita RM200 ni. Sedangkan pemilik IC yang didakwa palsu itu belum ditangkap.
- Satu lagi persoalan bagaimana agaknya Syarikat Kawalan Keselamatan yang terkenal satu Malaya tersebut bayar gaji pada pekerjanya. Apakah syarikat yang terkenal itu bayar gaji secara cash. Agak mustahil untuk mereka berbuat demikian.
- Secara logiknya sebagai syarikat yg jaga hampir kesemua bank di Malaysia, tak logik kalau mereka tidak mengambil manfaat dari kecanggihan sistem bank yang mereka kawal...dalam hal ini sudah barang pasti mereka akan bayar gaji melalui bank in akaun simpanan setiap pekerjanya termasukah si perompak tersebut dan gaji tidak dibayar secara cash. Kalau syarikat gergasi bayar gaji secara cash leceh lah...
- Persoalannya kalau gaji dibayar secara bank in dalam akaun, bagaimana pemilik IC palsu berjaya membuka akaun bank. Tidakkah semua bank menggunakan tumb scanner atau alat bio matrik untuk sahkan pemilik IC sebelum apa apa akaun tersebut dibuka.
- Apakah sistem bank pengesanan bank begitu longgar sehingga pemilik IC palsu pun boleh buka akaun. Mesti bank tak nak mengaku....sistem kami canggih sebab kami dah guna sistem bio matrik untuk kesan kesahihan, sedangkan pihak SPR sendiri baru terfikir nak nak guna sistem tersebut....
- Cuma nak ingakkan ini semua cuma andaian saya kepada sebuah jabatan yang pernah sekali sekala menipu....hehe.
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: penhijau
Posted on Sunday, November 10 @ 16:04:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pengawal Keselamatan Yang Bunuh Kejam Pegawai Berjaya Di Tangkap Polis
Posted on Sunday, November 10 @ 15:45:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Pengawal keselamatan yang bunuh kejam pegawai bank tempoh hari berjaya di tangkap polis di Johor Baharu pagi ini!!
Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.
Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.
Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.
Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.
Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut.-omakkau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan