Selasa, 12 November 2013

TAKUT PUN...MEMANG SALAH KOT...AKHIRAT ADA LAGI....NAK LARI MANA

Iklan GLC di Utusan, BH bercanggah Akta Persaingan

Harakahdaily, 11 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Arahan kerajaan agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negara menambah iklan di akhbar milik Umno termasuk Utusan Malaysia dan Berita Harian didakwa bercanggah dengan semangat Akta Persaingan 2010 yang dikuatkuasakan bermula Januari 2012 lalu.

Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan kerajaan itu bukan sahaja legally wrong, malah juga morally wrong.

Katanya, akta persaingan yang dikuatkuasakan tahun lalu itu bertujan untuk menggalakkan inovasi, meningkatkan kecekapan ekonomi dan menyediakan pasaran lebih baik.

Apabila pasaran menjadi lebih baik, syarikat-syarikat akan berkembang maju dan dapat menyediakan apa yang pengguna inginkan dengan kos lebih efektif berbanding dengan pesaing mereka.

"Namun dengan arahan agar GLC beriklan dengan Utusan dan Berita Harian sahaja bermakna kerajaan telah menutup hasrat untuk wujudkan persaingan sihat tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, kelmarin berkata kerajaan mengarahkan 35 syarikat berkait kerajaan (GLC) utama negara menambah iklan di akhbar-akhbar milik Umno termasuklah Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Mengulas lanjut, Dzulkefy yang juga AJK PAS Pusat berkata, kenyataan Ahmad itu adalah lanjutan kepada apa yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 13 September lalu yang menyeru  GLC beriklan dengan Utusan Melayu (M) Berhad.

"Ini membuktikan bahawa perdana menteri bukan seorang berfikiran negarawan, tetapi masih terkongkong dalam pemikiran sempit kepartian.

"Bila arahan sebegitu dikeluarkan, apa perasaan syarikat-syarikat penerbitan lain. Itu bercanggah sama sekali dengan akta persaingan," katanya lagi.

Bukti masalah kewangan

Sementara itu, beliau juga melahirkan keyakinan bahawa arahan kerajaan itu antara lain mahu menyelamatkan syarikat akhbar milik Umno itu yang dipercayai sedang mengalami masalah kewangan.

"Ini nampaknya seperti kerajaan cuba billout syarikat yang sedang mengalami masalah kewangan," katanya.

Sebelum ini Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua akhbar itu sedang mengalami penurunan jumlah edaran dari 203,704 (2005) ke 130,463 (2012) iaitu penurunan 36% bagi Berita Harian dan dari 213,445 (2005) ke 178,211 (2012) iaitu penurunan 16.5% bagi Utusan Malaysia (1).

Katanya, ditambah pula laporan Consumer & Media View oleh Nielsen yang menyatakan Utusan Malaysia khususnya menyaksikan jumlah pembaca berkurangan 8.6% menjelang PRU13 (2), dan persepsi yang timbul akibat kekalahan demi kekalahan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah berkait fitnah yang disebar akhbar tersebut.

Dulu 'Suara Pakatan Rakyat', sekarang 'Negara Pakatan Rakyat'

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 11 Nov 2013
Dulu 'Suara Pakatan Rakyat', sekarang 'Negara Pakatan Rakyat' pulak?.. sudah-sudahlah sebar fitnah tu...

Sebelum PRU13 yang lalu, telah muncul sebuah Blog ataupun Portal yang menggunakan nama 'Suara Pakatan Rakyat' yang dipercayai dibangunkan oleh macai-macai UMNO untuk mengelirukan dan dalam masa yang sama memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.

Berbagai-bagai artikel telah disiarkannya yang mana kebanyakkannya menurut admin Blog atau Portal tersebut mewakili suara pemimpin Pakatan Rakyat.

Antaranya ialah satu artikel yang mengecam penggunaan Jet Pejuang terhadap pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh Sabah.

Bagi penulis yang juga dipercayai sebagai Admin blog tersebut tindakan atau pendekatan yang diambil oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia yang menggunakan jet pejuang untuk menyerang itu adalah satu pembaziran.

Malah ianya juga adalah satu kekejaman melampau menurut Admin yang hanya berani baling batu sembunyi tangan itu.. sepenuhnya korang bacalah di SINI

Ini video penafian akan kaitan Portal tersebut dengan Pakatan Rakyat..

Selepas PRU13, Portal tersebut telah hilang dari arena Blog.. dipercayai sudah tidak ada pihak yang sanggup meneruskan pembiayaan terhadap Portal tersebut yang jelas gagal memperbodohkan penyokong Pakatan Rakyat.

Sila klik di ( SINI ) untuk melihat Portal tersebut setelah tidak ada pihak yang sudi untuk membiayai kerja-kerja bodoh admin Portal tersebut sekarang ini.

Bagaimanapun sehari dua ini telah heboh diperkatakan tentang sebuah lagi Blog yang menyamar kononnya ianya mewakili suara pemimpin Pakatan Rakyat, menggunakan nama Negara Pakatan Rakyat.


Ianya mula mendapat perhatian ramai setelah beberapa buah Blog Pro UMNO menggunakan apa yang ditulis oleh admin blog tersebut untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat..

Dan seperti biasa sasaran serangan mereka ialah Anwar Ibrahim..

Kerana menurut admin Blog tersebut kononnya "Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Indonesia agar mengemukakan bantahan rasmi atas layanan tidak berperkemanusian rakyatnya oleh polis Malaysia.

"Kerana ini bersesuaian dengan gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin yang mahu kerajaan negara-negara ASEAN menilai rekod hak asasi manusia di Malaysia."

"Pakatan Rakyat sendiri bersedia membantu kerajaan Indonesia dimana perlu dalam soal ini, termasuk menyediakan bantuan guaman ke atas suspek berkenaan (kos ditanggung kerajaan Indonesia)." Tulis admin Blog tersebut dalam mempersoalkan tindakan Polis terhadap suspek kes bunuh dan rompak sebuah sebuah Bank beberapa minggu yang lalu..


Jelas... modus operandinya juga adalah sama seperti Portal Suara Pakatan Rakyat, menyiarkan artikel yang bercanggah sama sekali dengan pendirian pemimpin Pakatan Rakyat.. kononnya mewakili Pakatan Rakyat.

Kaitannya dengan Pakatan Rakyat juga telah dinafikan oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat melalui Twitter..

Cuma bezanya dulu kos untuk membiayainya tinggi sikit.. sebab website .com tu perlu dibayar.. sekarang cuma Blogger.com.. free saja..

Tapi macai-macai UMNO ni mana mungkin buat kerja free..

Walau ditindas, Ikhwanul Muslimin semakin popular

http://greenboc.blogspot.com, 11 Nov 2013
Walau Ditekan & Ditindas, Ikhwanul Muslimin Semakin Popular & Kukuh

Kaherah - Dr. Manshur Abdul Ghafar, seorang pakar undang-undang dari Pusat Pusat pengajian Undang-undang menyatakan bahawa Ikhwanul Muslimin bertambah populer dan kuat akibat dari tekanan yang dialaminya. Hal yang sama telah terjadi dan terbukti sepanjang sejarah jamaah ini.

Menurut Abdul Ghafar, selama 80 tahun Ikhwanul Muslimin juga selalu mendapatkan pukulan hebat yang menyebabkan banyak kalangan mengira sebagai akhir riwayat jamaah ini. Tapi yang terjadi malah sebaliknya, jamaah ini semakin membesar dan meluas.

Dalam wawancara dengan televisi Al-Arabia, Abdul Ghafar menyangkal perkiraan bahwa Ikhwnul Muslimin telah tamat saat ini. Beliau menyatakan bahawa Ikhwan mempunyai dasar sosial yang sangat kuat. Beliau membuktikan bahwa walaupun hampir semua pemimpinnya telah masuk penjara, tapi demonstrasi-demonstrasi menentang kudeta masih saja berlaku setiap hari. Demonstrasi-demonstrasi dilakukan oleh rakyat biasa yang ingin mengungkapkan aspirasinya yang sama dengan Ikhwan.

Menurutnya, jumlah pendukung Ikhwan mungkin saja akan berkurang saat ini. Tapi dapat dipastikan para kader Ikhwan akan tetap memegang sikap dan prinsipnya.

Kerana ideologi tidak mengenal mati. Sejarah membuktikan walaupun pimpinan dan kader pimpinan Ikhwan ditangkap, ditahan, dihukum mati, disita asetnya, dibubarkan dan dilarang organisasinya, tapi mereka tetap bekerja.

ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Demikianlah sunatullah, demikianlah hukum kebenaran dan keadilan.

Apabila sesebuah pertubuhan itu ditekan dan dizalimi, ia bukan bertambah lemah tetapi akan menjadi bertambah kukuh dan padu. Bukankah emas dan permata yang ditenyeh dan digilap itu akan lebih bercahaya dan berkilau?

Jangan cemari proses peralihan kepimpinan DPPM

Harakahdaily, 11 Nov 2013
KUALA LUMPUR: “Sepanjang 28 tahun saya menyertai Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak pernah saya saksikan cara kempen dan saraf keji sebegini dalam persaingan mengambil posisi sebagai Ketua DPPM yang baru,” tulis Ketua DPPM, Nasrudin Hassan menerusi facebook.

Justeru, ujarnya jangan cemari kemurnian, keharmonian dan kedamaian warga DPPM dengan saraf tahap ‘macai’ dan out of date begini sama ada saraf untuk menjatuh dan menghina lawan atau saraf untuk mempopularkan diri sendiri dan mencari simpati.

“Semua kategori saraf ini sudah out of date," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar bersainglah atas semangat fastabiqul khairat sementara perwakilan menilai berdasarkan performance yang baik serta komitmen yang tinggi dengan DPPM.

Tambah beliau, bukan nilai melalui pengaruh saraf ‘tak matang’, kebencian yang dicipta serta simpati yang diraih.

“Sebaliknya nilai melakui track record dan keluhuran budi serta akhlak Islamiyah yang selayaknya sebagai pejuang Islam,” ujarnya.

Rafizi boleh dedah lagi, Shahrizat gugur saman

Harakahdaily, 11 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Dalam langkah yang dianggap mengejutkan, Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil hari ini menarik balik saman RM100 juta terhadap Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin.

Ianya berkaitan pelbagai pendedahan yang dilakukan oleh dua Ahli Parlimen PKR itu berhubung projek pemeliharaan lembu NFC dan kaitannya dengan kedudukan beliau sebagai anggota kabinet.

“Dengan menarik balik saman tanpa syarat ini, bermakna Rafizi dan Zuraida boleh terus membuat pelbagai dakwaan dan pendedahan mengenai projek NFC dan kaitannya dengan Shahrizat,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Shahrizat mengemukakan saman bernilai RM100 juta pada 19 Januari lalu atas dakwaan fitnah yang dilakukan terhadapnya berhubung projek NFC yang dimiliki oleh suami dan anak-anaknya.

Atas persetujuan bersama, hari ini saman itu ditarik tanpa syarat. Ramai yang terkejut dengan perkembangan ini.

Baca lagi

Tiada ulasan: