Sabtu, 16 November 2013

ORANG TAWADHU NI....BIASANYA ORANG YANG BETUL2 MENGENAL ALLAH SEBAGAIMANA RASULLULLAH SAW MENGENAL ALLAH...BERILMU SERTA MENGAMAL ILMUNYA...IKHLAS...SERTA TERMASUK ORANG TELAH DAPAT RAHMAT ALLAH SERTA SAKINAH DARI ALLAH

Tawadhu`nya Nabi SAW
Posted on Saturday, November 16 @ 21:17:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sangat tawadhu` orangnya, yakni suka merendahkan dirinya terhadap orang lain. Sifat mulia ini sangat asing ada pada ramai manusia, apatah untuk dijumpai sifat ini pada seorang ketua, pemimpin atau seumpamanya.

Namun sifat ini sangat subur terpancar dari jiwa Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam yang bukan sahaja merupakan Pesuruh ALLAH, juga merupakan seorang pemimpin negara yang sangat berwibawa. Membuatkan manusia yang menemuinya pasti berasa terhormat dan jatuh cinta.

  • Apabila berjalan, pandangan mata Baginda akan selalu memandang menunduk ke tanah.

  • Apabila berjalan dengan sahabat-sahabatnya, Baginda selalu memilih untuk berjalan di belakang. Bukan di depan seperti sebahagian raja atau pemimpin yang berjalan dengan megah di hadapan pengikut-pengikutnya.

  • Apabila makan, Baginda selalu akan berkongsi makanan dengan orang lain dan makan bersama-sama mereka di dalam bekas yang sama.

  • Baginda tidak membazirkan makanan. Makanan yang dihidangkan padanya dihabiskan sehingga licin bukan sahaja pada bekasnya bahkan juga di jari-jarinya juga Baginda sisip sehingga licin. Betapa Baginda menghargai rezeki yang dikurniakan buatnya.

  • Apabila bertemu dengan orang di jalanan, sentiasa Baginda memulakan ucapan salam terlebih dahulu kepada orang lain, hatta kepada kanak-kanak sekali pun.

  • Apabila Baginda bercakap dengan orang lain, Baginda akan mengadapkan tubuh dan dadanya tepat kepada orang yang bercakap dengannya, tidak sekadar memaling muka. Baginda cukup hormat dan mesra dengan orang lain. Perbuatan Baginda ini membuatkan semuan yang bercakap dengannya rasa dihormati, diberikan perhatian dan dihargai.

  • Baginda tidak mengecewakan permintaan orang lain samada permintaan itu berbentuk pertolongan atau permintaan harta benda.

  • Baginda selalu senyum dan berwajah manis apabila menemui orang.

  • Baginda juga selalu bergurau senda dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya.

  • Baginda memakai pakaian yang sangat sederhana. Tidak memakai pakaian yang mempunyai ciri kemegahan atau kebesaran.

  • Baginda sentiasa menjaga air muka yakni perasaan orang yang berada di sekelilingnya.

  • Apabila membuat keputusan untuk masyarakatnya, Baginda tidak bersifat diktator dengan kuasanya, bahkan selalu meminta pandangan orang lain untuk dipertimbangkan.
  • Apabila para sahabat ingin bangun memberikan penghormatan kepada Baginda ketika Baginda masuk menemui mereka, Baginda akan menegah mereka kerana Baginda tidak mahu dirinya diberikan penghormatan seperti raja-raja di istana.
  • Dengan Tuhannya, Baginda sentiasa memohon ampun dan rahmat ALLAH sepanjang masa. Beribadah dengan penuh kerendahan dan kesungguhan mengharap agar Baginda diangkat menjadi hamba ALLAH yang paling dekat dan dikasihi olehNYA, Tuhan Sekalian Alam.
Banyak lagi contoh sifat tawadhu` Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang digambarkan para sahabat radhiAllahu `anhum ajma`in. Yang tersenarai di atas cuma sebahagian ringkasan daripadanya sahaja.

Sifat tawadhu` Baginda sudah cukup untuk membuatkan Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam disayangi oleh ahli keluarga, para sahabat dan semua yang mengikutinya. Bahkan disegani oleh orang-orang yang membenci ajarannya. Penduduk bumi dan langit semua mengasihinya.

Itu cuma sebahagian sifat tawadhu` Baginda yang sempat disenaraikan, belum lagi kita bicarakan sifat-sifat mulianya yang lain. Mudah-mudahan menjadi contoh buat kita semua, in shaa’ ALLAH.

أللهم صل على محمد و على آل محمد

- muzir.wordpress.com

———-

Baca juga:


*Sumber: http://muzir.wordpress.com"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
al-bahanj
Posted on Saturday, November 16 @ 21:17:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Presiden KP1M cedera dihempap besi khemah
Posted on Saturday, November 16 @ 17:33:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



FILIPINA - Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim cedera di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, Tacloban, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira 1.45 petang waktu tempatan itu berlaku ketika beliau sedang mengadakan perbincangan bersama anggota sukarelawan setelah selesai melakukan lawatan dan menyerahkan bantuan di kawasan berdekatan.

Selepas kejadian itu, beliau terus dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia, di sini, dan menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus.

Keadaan beliau bagaimanapun dilaporkan stabil.


Bernama | 16 Nov 2013


 Penyebar fitnah tampil mohon maaf
Posted on Saturday, November 16 @ 17:29:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering





IPOH - Individu yang menyebarkan fitnah kononnya Restoran Nasi Vanggey Greentown menggunakan najis manusia sebagai pelaris menerusi laman sosial Facebook miliknya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pengurusan restoran berkenaan malam tadi.
(Gambar :  Ze Aida (kiri) memberikan kenyataan permohonan maaf kepada Ahamed Azlan Shah (kanan) sambil diperhatikan Ahmad Fazli di Restoran Nasi Vanggey Greentown, malam tadi. - Foto Sinar Harian)


Individu yang menggunakan nama profil Ze Aida itu hadir sendiri ke restoran berkenaan dengan ditemani abangnya untuk bertemu dengan Pengurus premis makanan tersebut, Ahmad Fazli Mohammed dan Pengarahnya, Ahamed Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Wanita berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak berniat untuk menghina restoran berkenaan dan segala-galanya berlaku secara tidak sengaja.

“Kontroversi timbul apabila saya menyalin semula status ditulis seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran ini.

“Status Facebook saya hanya boleh dibaca sebilangan kecil individu sahaja, namun ada pihak tidak bertanggungjawab mencetak paparan skrin (screen shot) status saya dan menyebarkannya secara meluas melalui telefon dan internet,” katanya.

Ze Aida berkata, dia membuat telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam bagi menyangkal tuduhan disebarkan sebelum ini serta meminta pihak yang menyimpan salinan paparan skrin tersebut memadamkannya supaya ia tidak disalah tafsir.

Katanya, bagi memenuhi permintaan pengurusan Restoran Nasi Vanggey, dia memohon maaf secara terbuka di atas kesilapannya itu dan menyatakan amat menyesali tindakannya membuat tuduhan tanpa asas dan kebenaran.

“Saya juga berharap perkara ini menjadi iktibar kepada semua pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati apabila meletakkan sesuatu status supaya tidak timbul masalah di kemudian hari,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Fazli menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terdapat najis dalam peti simpanan makanan restoran berkenaan.

Katanya, penyebaran berita palsu di Facebook yang memburuk-burukkan restoran popular itu menjejaskan perniagaan mereka sehingga 60 peratus.

“Kami berharap melalui penjelasan dan pengakuan dibuat oleh wanita terbabit akan dapat memulihkan semula keyakinan orang ramai terhadap pengurusan makanan restoran ini,” katanya yang turut mempunyai 10 cawangan tersebut termasuk sebuah cawangan di Kuala Selangor manakala dua lagi sedang dalam proses operasi di negeri ini.

Menurutnya, restoran berkenaan tiada kaitan dengan penutupan Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom Khamis lalu.

Beliau berkata, serbuan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) itu bukan sahaja membabitkan satu restoran malah melibatkan 12 restoran lain di sekitar bandar raya ini.





 Kisah BN Perak bakal tumbang
Posted on Saturday, November 16 @ 17:12:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



CERITA dongeng memang best. Katak yang terlompat-lompat dalam kolam boleh menjelma sebagai anak raja dan akhirnya kahwin dengan puteri. Itu dongeng Inggeris dahulu kalalah.

Dongeng moden Malaysia juga terdapat cerita lompat-lompat.  Terbaru,  diperdengarkan untuk santapan halwa telinga rakyat Perak khususnya, dan rakyat Malaysia amnya, kisah dua Adun BN di Perak mahu melompat keluar parti.

Mungkin pada hemat tukang karut dongeng terbaru ini, lompat parti ini macam acara lompat pagar atau lompat tinggi, atau lompat bergalah dalam sukan atletik. Namun  dalam politik, kita begitu maklum ia tidak semudah itu.

Bagi kalangan BN pula, senang cerita, malas nak layan. Modal basi seperti ini tidak menyebabkan Menteri Besar Dr Zambry Abdul Kadir kehilangan tidur malam. Ketika tampil mengulas Pengerusi BNBBC negeri, Khusairi Talib  mengatakan rasa kesal sikap Pengerusi DAP Negeri, Ngeh Koo Ham yang sanggup mencemar kedudukannya sebagai pemimpin  dengan menjadikan dirinya ejen penyebar khabar angin. Katanya sebagai pemimpin senior, Koo Ham tidak sepatutnya membesarkan berita ini malahan membenarkan dirinya terperangkap dalam isu politik khabar angin yang keji untuk mendapatkan publisiti murahan.

Pemuda Pas Perak pula  menyarankan Dr Zambry buat laporan polis bagi menafikan ‘khabar angin’ isu lompat parti itu.

Sedang tak siapa ambil peduli  pembangkang pula cuba menangguk di air keruh dengan komen-komen yang dangkal. Bukannya apa, dalam Dun Perak kini BN mempunyai kelebihan  tiga kerusi. Sekiranya dua Adunnya melompat menyertai pembangkang iaitu 28 +2 maka dengan kelebihan 30 suara dalam Dun Perak, dengan sendiri boleh mengemukakan usul tidak percaya. Pengalaman 2009 apabila kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tumbang gara-gara tiga Adunnya “melompat” tentu boleh dijadikan rujukan.

Bagi yang terlupa apabila tiga Adun PR, dua PKR dan 1 DAP, meninggalkan komponen itu lima tahun lalu  menjadi calon bebas yang menyokong BN, mereka mati kutu. Kecewa bukan kepalang kerana tindakan tersebut sebabkan kerajaan 11 bulan itu tumbang.

Yang anehnya masa Adun Bota Nasaruddin Hashim lompat menyertai PKR, ia bukan saja diterima malah Anwar memberi penghormatan dengan mengumumkan sendiri dalam satu sidang akhbar. Bila terkena ke muka sendiri soal prinsip sekadar sehelai lalang yang lintuk ikut tiupan angin.

Selepas itu apabila kerajaan PR Perak tumbang, maka kita dengar mereka yang konon  berfikiran intelektual menganggap ia satu rampasan kuasa, ada juga mendakwa di bawah BN matinya demokrasi. Kita pun dengar ada pihak DAP pusat yang membantah lompat parti sehingga dalam sidang Dun Perak menjelang PRU13 dulu, satu usul dibawa untuk halang mana-mana Adun melompat.

Saya tidak fikir PR akan halang atau pun menutup pintu kemasukan mana-mana wakil rakyat Umno ke pangkuan mereka. Bodohlah kalau mereka tak mahu kembali memegang jawatan MB dan berkuasa semula.

Dulu, sebelum PRU13, cerita Dr Zambry bakal dibawa ke pusat panas dijaja. Ia jauh lebih panas dari cerita Wan Azizah bakal bertanding di Dun dan bakal dilantik Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Begitu juga cerita Gang 14 dianggotai ketua-ketua bahagian di Perak yang berkomplot memastikan Dr Zambry terlucut jawatan MB. Ramai juga ghairah nak tahu siapa ketua kumpulan.

Tapi hingga kini cerita atau berita itu masih dibelenggu misteri.

Bagi rakyat soal yang jauh lebih penting dari sepak terajang politik ialah pembangunan negeri itu yang menyentuh hal ehwal hidup mereka. Mereka tidak mahu hilang fokus disebabkan kisah dongeng ‘lompat si katak lompat’ seperti ini.  Lebih-lebih lagi menjelang sidang Dun dan pembentangan bajet 2014 pada 25 November ini. Rakyat mahukan MB yang ada rekod KDNK cemerlang penggal lalu.

Cerita petikan twitter dua Adun BN menemui Anwar Ibrahim di Permatang Pauh tidak lebih dari temberang pembangkang sahaja. Macam cerita katak jadi anak raja, konon salah seorang Adun berkenaan bercita-cita agar dapat menjadi MB baru pula.

Bagi Dr Zambry, cerita seperti ini hanya membuang masa beliau untuk mendengarnya.  Begitu juga dengan rakyat Perak.

Begitu pun, dalam pada DAP Perak sibuk menjual ubat dengan kisah dongeng ini, tanpa diketahui mereka dan secara senyap sudah ada desas-desus membayangkan akan adanya beberapa Adun dari kem sebelah sana yang akan sama ada menyeberangi masuk ke kem BN atau menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Ini bukanlah perkara mustahil seperti berlaku di Sabah beberapa hari lalu. Sejak PRU12 tahun 2008,  terdapat sekian banyak Adun kem sebelah sana bertandang ke dalam kem BN atau menjadi anggota bebas yang menyokong BN berbanding kumpulan sini ke sana.

Pembangkang sepatutnya lebih memikirkan kemungkinan hilang beberapa kerusi PR dalam Dun Perak, kerana ia pernah berlaku dan tak mustahil akan berlaku lagi dari mengambil risiko hilangnya integriti sebagai pemimpin kerana menjadi tukang karut seperti ini.




 'Berkelakuan seakan beruk melompat di Parlimen?'
Posted on Saturday, November 16 @ 17:50:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering





ULASAN dikemaskini | Ada perkara pelik berlaku di Parlimen semalam.

Pada sebelah pagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri membentangkan usul untuk menggantung ahli Parlimen Padang Serai N Surendran selama enam bulan kerana menghina speaker Pandikar Amin Mulia.

Surendran diusir dari Dewan pada hari sebelumnya kerana enggan berhenti membentangkan usul perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman yang berusia 101 tahun.



Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membalas dengan berdiri dan mengoyakkan notis usul serta cuba untuk menghalang pembentangan usul tersebut. Mereka memanggilnya "usul haram".

Pada sebelah petang pula, Fuziah Salleh, ahli Parlimen Kuantan, membentangkan usul untuk "mengagihkan semula" gaji lima orang penasihat bertaraf menteri, iaitu Rais Yatim, Noh Omar, Shahrizat Abdul Jalil, Johari Baharom dan Hasbi Habibollah.

Ahli Parlimen BN juga berdiri dan mengoyakkan notis usul serta cuba untuk menghalang pembentangan usul tersebut. Mereka juga memanggilnya usul haram.

Kelakuan "membalas balik" antara dua pihak yang menyebabkan perbuatan keduanya dikutuk sesetengah pemerhati kerana tidak matang dan berkelakuan seakan beruk di dalam Parlimen.

Tetapi adakah kedua-kedua aksi tersebut sama?

pakatan mp tearing motion papers 141113 Anda pernah dengar cerita seseorang yang memesan kopi tanpa susu di sebuah kedai kopi? Pelayan memberitahu bahawa kedai tersebut kehabisan susu, namun memandangkan mereka mempunyai gula, maka bolehlah memesan kopi tanpa gula.

Kopi tanpa susu dan kopi tanpa gula kedua-duanya kopi hitam. Akan tetapi, penyangkalan itu cukup penting. Kes sebegini disebut orang sebagai "serupa tapi tak sama".

Satu lagi contoh yang mungkin lebih baik: Orang kaya yang berdiet dan orang miskin yang kebuluran. Kedua-duanya kelaparan, tapi sebabnya amat berbeza.

Apakah sebab-sebab di sebalik tingkah laku blok kerajaan BN dan Pakatan?

Sebab Pakatan tolak usul kerajaan

Pada mulanya beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangun untuk mengemukakan hujah, antaranya Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Gelang Patah, mengutarakan tiga sebab mengapa usul Nancy harus ditolak:

(1) Tidak mematuhi peraturan mesyuarat nombor 27, iaitu notis satu hari.

(2) Speaker mesti berpuas hati bahawa sesuatu notis satu hari mempunyai kepentingan awam - yang jelas tidak wujud dalam kes Surendran - sebelum boleh membenarkan notis tersebut, yang sepatutnya memakan masa seminggu untuk dibenarkan untuk didebat. Kalaupun kepentingan awam terlibat, hal ini harus dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan.

(3) Memandangkan speaker yang ‘dihina' merupakan speaker yang pada masa yang sama membenarkan usul ‘menghina speaker', maka terdapat konflik kepentingan yang jelas.

Sebab BN menolak usul Pakatan

Apa pula sebab BN menolak usul Fuziah?

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin, mendakwa, usul Fuziah mempunyai kesilapan dalam menamakan jawatan Hasbi Habibollah sebagai penasihat pembangunan Sarawak, yang sepatutnya disebut sebagai pengerusi Perlembagaan Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak.

Penjelasan kemudian dibuat kepada Dewan Rakyat bahawa kesilapan penamaan tersebut berada dalam dokumen sampingan, bukan notis usul, dan ini sepatutnya tidak menjejaskan kesahihan usul tersebut.

Sandiwara kedua-dua pihak?

Usul BN bertujuan menggantung seseorang ahli Parlimen kerana membawa usul mengenai perobohan kuil Hindu berusia 101 tahun.

NONEUsul Pakatan bertujuan mengagih semula gaji yang dibayar kepada pelantikan politik khas dalam Jabatan Perdana Menteri oleh BN yang berjumlah RM1.6 juta setahun.

Penolakan Pakatan terhadap usul BN adalah kerana percanggahan penting dan ketidakadilan dalam usul tersebut.

Penolakan BN terhadap usul Pakatan kerana terdapat kesilapan penamaan.

Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai ‘sandiwara' BN dan Pakatan dalam Parlimen semalam:

Pihak manakah yang cuba untuk membantah atas sebab yang benar dan kukuh, dan pihak manakah yang berkelakuan seperti monyet yang meniru aksi yang dilihatnya?


STEVEN SIM ahli Parlimen Bukit Mertajam. Beliau turut berdiri dan mengoyakkan usul Nancy Shukri semalam.

Steven Sim
Malaysiakini | 15 Nov 2013

Hasil Kajian Dedah PEKIDA Ada Kaitan Dengan Militan.
Posted on Saturday, November 16 @ 18:09:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering





Biar betul?

Menarik juga info neh. Patutlah tingkah laku sesetengah dari mereka dilihat agak berbahaya dan provokasi melampau. Mohon geng2 PEKIDA baca dan ulas serba sedikit tentang hasil kajian kat bawah neh, boleh?



Point penting ;

1. Pekida adalah antara rangkaian yang berkaitan dengan militan politik.

2. Ia sebagai salah satu cara untuk halalkan aktiviti tertentu, untuk halalkan dana kepada mereka dan juga untuk memberikan sokongan politik kepada pihak tertentu.

3. Objektif utama PEKIDA ialah, kuasa, wang dan keuntungan.

4. Kajian tersebut membayangkan yang ahli2 PEKIDA terlibat dalam kegiatan haram. Dan juga bersifat GANAS.

Patutlahhhh

Harap ahli2 PEKIDA yang baca neh jangan sentap dengan maki hamun, meroyan, mengamok, ataupun peluru dan sebagainya. Baca elok2 dan bidas pun elok2. Kalau bidas cara kasar ia seolah2 membuktikan kajian kat bawah neh errr BENAR?

Hehe..


Berdasarkan kepada kajian yang dijalankannya selama lima tahun di Malaysia, Pemegang PhD dari Perancis, Sophie Lemiere berkata NGO Pekida atau Tiga Line merujuk kepada kesetiaannya kepada orang Melayu, raja dan Islam.

Katanya, ini dapat dilihat dalam simbolnya  yang berwarna merah (untuk darah), kuning (raja ) dan hijau (Islam).

convertion forum protest 090807 gpms (left) pekida (right)Lemiere berkata berdasarkan temubualnya yang luas dengan
anggota-anggotanya dan carian di internet, kumpulan seperti Pekida adalah satu rangkaian kompleks NGO yang diwujudkan oleh kumpulan yang berkaitan dengan militan politik.


Pekida, menurut kajian Sophie,  adalah nama generik yang digunakan untuk menggambarkan satu rangkaian kompleks kumpulan dan NGO.

Pada hakikatnya, tegas beliau, nama Pekida adalah nama salah satu daripada banyak NGO yang diwujudkan oleh rangkaian tersebut untuk memberikan sokongan politik, menghalalkan sebahagian daripada aktiviti mereka, dan memudahkan penerimaan dana dari parti pemerintah.

180910 pekida burn bar council banner sosilawatiLemiere berkata mungkin ada kumpulan lain yang menggelar diri mereka Pekida tetapi di bawah nama lain juga atau mungkin tiada kaitan dengan Pekida .

Menurutnya, dua tanggapan utama yang akan diketengahkan adalah cabaran biasa bagi mana-mana kumpulan untuk terus hidup dan cara terbaik untuk menjamin survival adalah melalui kuasa dan wang.

'Kuasa dan wang jadi pendorong '

Katanya, objektif utama kumpulan itu adalah kuasa, keuntungan dan wang, yang membayangkan bahawa ahli-ahli terlibat dalam kegiatan haram, dan boleh menggunakan tahap keganasan yang berbeza.
Cita-cita asasnya, tegas Lemiere, ialah sering membentuk semula di segi ideologi bagi memudahkan pengambilan anggota, gabungan kumpulan dan mewajarkan penggunaan keganasan.

Kelestarian kumpulan itu dipastikan dengan menyesuaikan diri kepada perubahan politik dan sosial. Identiti kumpulan boleh berubah mengikut peluang yang wujud.

Sophie Lemiere Pekida forumLemiere (kiri) berkata, situasi politik yang berada dalam peralihan adalah baik kepada pembangunan kumpulan-kumpulan tersebut dan membuka peluang untuk menjalin hubungan dengan parti-parti politik. Dalam konteks ini, katanya, kumpulan-kumpulan itu boleh menjadi usahawan politik, atau militan secara diam-diam, kepada sesiapa di mana tindakan politik disubkontrak untuk mengekalkan kuasa politik.

Menurut Lemiere, ia umpama seekor sumpah-sumpah yang marah, yang boleh bertukar warna dan bentuk pada bila-bila masa,  tetapi sentiasa kekal dengan potensi ganas.

Lemiere, yang baru sahaja menerima PhD beliau dari Sciences-Po (L'Institut d'études politiques) Paris tentang pergerakan etno- nasionalis dan Islam di Malaysia, kini berada di Pulau Pinang untuk membentangkan kertas kerjanya di Universiti Sains Malaysia , semalam.

Kertas kerjanya  yang bertajuk 'Gangsters and Masters: Connivance Militancy in Contemporary Malaysia', adalah berdasarkan kajian dari tahun 2008 hingga April tahun ini.

Lemiere berpejabat di Singapura dan ahli gabungan Institut Penyelidikan Asia  di Universiti Nasional Singapura. -MKINI-
 

Tiada ulasan: