Jumaat, 22 November 2013

MENGHINA HUDUD SAMA DENGAN MENGHINA ALLAH....TAK SEDAR KE ALLAH HIDUPKAN MEREKA....JANGAN KITA SESAT DAN MENYESATKAN ORANG LAIN...NAK BERTAUBAT AGAK SUSAH KERANA KENA BETULKAN ORANG YANG DAH KITA SESATKAN

PAS: Jangan guna 'makhluk asing' atur pendidikan kita

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak kerajaan Umno-BN yang menggunakan konsultan luar yang dianggapnya sebagai "makluk asing" untuk menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan kos RM20juta.

Katanya, tindakan itu tidak memperlihatkan usaha kerajaan secara bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu pendidikan secara umum termasuk pendidikan Islam dalam negara.

"...(Ia) memberikan gambaran bahawa kerajaan Umno-BN tidak yakin dengan anak nusa dan bangsa yang ada dalam negara sendiri tanpa peduli pendidikan hendaklah mengikut acuan setempat yang berbeza di antara satu sama lain.

"Menggunakan 'makhluk asing' untuk mengatur pendidikan kita adalah menempah kegagalan lagi, di mana anak-anak kita hanya sekadar menjadi ujian mereka sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar Muktamar PAS ke-59 bertajuk "Rahmat Untuk Semua" di Stadium Malawati pagi ini.

Abdul Hadi berkata lanskap pendidikan tinggi juga perlu mengalami perubahan sturuktur yang ketara dan ia perlu ditangani secara berkesan kepada perubahan persekitaran, institusi pengajian tinggi diberikan lebih autonomi dalam berbagai sudut tertentu.

Katanya, ia bertujuan untuk meningkatkan kesarjanaan tulen dan bukan pengampu politik yang berselindung di sebalik jubah akademik.

"Autonomi ini perlu seimbang dengan tanggungjawab sosial melahirkan manusia berilmu dalam masyarakat dengan rangka kerja kebertanggungjawaban yang jelas dan jaminan bahawa dana awam digunkan denga bijak dan betul untuk mencapai cita-cita dan matlamat negara.

"Oleh yang demikian satu sistem kawalan kewangan yang proden diperlukan untuk memantau dan mengawal perbelanjaan dalam autonomi institusi pengajia tinggi," katanya.

Dalam ucapannya juga, Abdul Hadi menggesa rakyat Malaysia supaya menentang Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang dirunding secara rahsia dan tidak wajar sama sekali rakyat menyokongnya.

Menurutnya, perjanjian yang didakwa akan memberi mudarat dan impak besar kepada ekonomi negara dan kesejahteraan masa depan rakyat yang isi kandungan perbincangan perjanjiannya disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

"PAS mengajak rakyat Malaysia supaya jangan membiarkan kerajaan menggadaikan generasi anak cucu dan kedaulatan negara keapda kuasa imperalis bentuk baru yang mahu terus menjajah negara-negara lain.

"Sepatutnya kita berjuang di peringkat antarabangsa kepada hubungan perdagangan yang adil terhadap semua pihak," katanya.
Mayat wanita ditemui di tepi jalan
3:16PM Nov 22 2013
Mayat seorang wanita, dipercayai  mangsa bunuh, ditemui di tepi jalan di Taman Seruling Jaya, Jalan Labu di Seremban hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Zainal Abu berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ.
  
"Mayat mangsa yang berusia lewat 20-an atau awal 30-an itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 7.30 pagi. Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa yang berseluar pendek dan berbaju-T mungkin berketurunan Cina," katanya kepada Bernama.
  
Zainal berkata mayat kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban untuk bedah siasat.
  
Beliau turut meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222.

- Bernama

 
Like · · · 11 · 5 hours ago ·
NGO lapor polis klip video didakwa hina hudud
3:13PM Nov 22 2013
Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis berhubung satu klip video yang didakwa memperlekeh dan menghina hukum hudud.
  
Pengerusinya Abdul Rani Kulup Abdullah berkata laporan itu meminta polis bertindak terhadap pihak yang terlibat dalam mengarah dan menerbit video berkenaan.
  
Katanya dialog serta lakonan yang dipaparkan dalam klip video berkenaan jelas menghina hukum Islam dan boleh membangkitkan kemarahan umat Islam di Malaysia.
  
"Saya minta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat perkara ini. Perkara ini bukan bermotifkan politik tetapi melibatkan hukum agama Islam," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
  
Klip video berdurasi dua minit 20 saat itu dimuat naik di laman You Tube, memaparkan lima individu sedang berbual dan membincangkan perihal hukum hudud.

- Bernama
BOS RASUAH....AGAK2 ANAK BUAH MACAMANE YE....AKHIRAT AKAN TERBONGKAR SEMUA

Wahid dibenar ikatjamin selepas 23 hari dalam penjara
3:03PM Nov 22 2013
Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don keluar dari Penjara Kajang setelah 23 hari meringkuk dalam tirai besi, selepas Mahkamah Tinggi membenarkannya diikat jamin sementara menunggu rayuan terhadap sabitan rasuah.
  
Pada 30 Oktober lepas, Mahkamah Sesyen menolak permohonannya untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara enam tahun dan denda RM300,000 yang dijatuhkan mahkamah itu.
  
Hakim Datuk Azman Husin hari ini membenarkan permohonan itu dan menaikkan jumlah jaminan daripada RM50,000 yang dikenakan Mahkamah Sesyen sebelum ini kepada RM200,000 dengan dua penjamin.
  
Sebagai syarat tambahan, beliau memerintahkan Wahid menyerahkan pasport kepada mahkamah.
  
Azman juga membenarkan permohonan bagi geran tanah dijadikan cagaran dengan isteri Wahid dan ipar lelakinya sebagai penjamin.

Wahid memakai pakaian penjara berwarna merah dan kepalanya dicukur botak, dengan nada tenang memberitahu Hakim Azman, walaupun kehidupan di penjara adalah sukar tetapi beliau dilayan dengan baik, termasuk boleh menunaikan solat lima waktu sehari.
  
Terdahulu, Ketua Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa tidak membantah permohonan ikat jamin itu, tetapi membantah penangguhan pembayaran denda RM300,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen.
  
Bagaimanapun, peguam yang mewakili Wahid, Datuk V Sithambaram berhujah anak guamnnya tidak berisiko melarikan diri dan telah menghadiri semua prosiding mahkamah, malah tanpa notis diserahkan kepadanya.
  
Hakim Azman memberitahu Abdul Razak bahawa kes Wahid adalah kes khusus dan menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan jaminan itu.

Pada 30 Oktober lepas, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM300,000 ke atas Wahid selepas didapati bersalah menerima rasuah RM60,000 untuk meluluskan visa bagi pekerja Bangladesh.
  
Wahid dituduh menerima rasuah itu daripada ahli perniagaan Datuk Seri Low Chang Hian sebagai dorongan untuk mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa bagi pekerja Bangladesh di Malaysia.
  
Dia melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta pada 10 Julai 2008.
  
- Bernama
 DAH TERANG SALAH KITA IKUT JUGA...SEBAB JAHIL ATAU IA GUNA SIHIR....TUNDUK IKUT CAKAP DIA AJE


'Tuhan Harun' dirawat di hospital selepas mengadu sakit
2:51PM Nov 22 2013
Pengarah Kesihatan Pahang Dr Norhizan Ismail hari ini mengesahkan ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saad, 47, sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
  
Katanya lelaki itu dimasukkan ke wad di HTAA petang semalam.
  
"Buat masa ini pakar perubatan sedang memberi rawatan kepadanya, dia masih dalam pemerhatian pakar... sakit apa saya tidak dapat pastikan," katanya kepada pemberita di Kuantan.
  
Terdahulu beliau mengiringi Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang berkenan melawat keluarga Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik, Ketua Bahagian Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Pahang, di kediaman Allahyarham.
  
Harun dilapor dimasukkan ke HTAA pada pukul 2.30 petang semalam selepas mengadu sakit dan menunjukkan tanda serangan angin ahmar.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata kejadian berlaku ketika Harun berada di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan susulan perintah tahanan reman selama seminggu bermula semalam, bagi membantu siasatan kes bunuh Ahmad Raffli.
  
Abdul Aziz berkata beberapa tahanan yang berkongsi lokap dengan Harun memanggil polis selepas lelaki itu mengadu sakit dan mulutnya berbuih sebelum dia dibawa ke HTAA.

- Bernama
1. 'Tuhan Harun' ditahan di Tangkak
2. Mahkamah keluar waran tangkap 'Tuhan Harun'
3. Waran tangkap 'Tuhan Harun' jika gagal kerjasama

 
Yeke?? Adakah sebab nak "menghalal"kan cara kamu?

ISU KONFLIK PAS DENGAN KARPAL SINGH...NASIHAT KEPADA PEMIMPIN PAS... JANGAN MELATAH DENGAN PROVOKASI MUSUH.. KARPAL DIKATAKAN MENCADANGKAN AGAR NAMA PERTUBUHAN ATAU PARTI POLITIK YANG BERASASKAN KAUM DAN AGAMA PERLU DIHAPUSKAN...MAKA MENJERITLAH DAN MELATAH SEBAHAGIAN PEMIMPIN PAS TERUTAMA GOLONGAN PEMUDANYA..KONONNYA APA YANG TELAH DICADANGKAN OLEH KARPAL ITU TELAH MENGHINA PARTI PAS.....DAN AKIBATNYA KARPAL DITUNTUT MEMOHON MAAF ATAS CADANGANNYA ITU.... TETAPI YANG PELIKNYA...CADANGAN YANG SAMA PERNAH DIKEMUKAKAN OLEH PEMIMPIN UMNO... TIDAK PULA MEREKA INI MELATAH SEDEMIKIAN RUPA... TIDAK PULA MEREKA INI MELATAH APABILA MUFTI MESRA UMNO (HZ) SENDIRI BERUSAHA UNTUK MEMBAWA USUL INI KE MAJLIS FATWA KEBANGSSAN UNTUK DIPUTUSKAN

FAKTA YANG PASTI TIDAK AKAN DI SIARKAN OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN, RTM DAN TV3 .... PERBANDINGAN ANTARA KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG DI TADBIR URUS OLEH PAKATAN RAKYAT DENGAN UMNO/BN.


Ini adalah fakta bukan auta .. benar bukan putar .. realiti bukan ilusi dan emosi ... kenyataan bukan rekaan.

Sepanjang 55 tahun lebih negeri Selangor Darul Ehsan di tadbir urus oleh UMNO/BN hanya mampu mengumpul sebanyak RM400 juta saja untuk rizab negeri sedangkan dalam masa tempoh 5 tahun Pakatan Rakyat memerintah Negeri Selangor sudah berjaya menyimpan RM2.712 billion lebih dari 6 kali ganda.

Kalau di ikutkan hukum logik berpaksikan kepada mendabik dada para pemimpin UMNO/BN kononnya para pemimpin Pakatan Rakyat tidak pandai dan mampu memerintah negara dan negeri sudah pasti berlaku sebaliknya.

Dengan angka dan fakta ini maka amat jelas,  mengapa rakyat Selangor dari hari semakin hari bertambah ramai menolak UMNO/BN.

 
Jumaat, 22 November 2013. Ulama PAS tolak Hasan Ali, dakwa beliau cuba pecah belahkan parti Islam! Muktamar PAS ke-59 dijangka hangat dengan pelbagai isu.Dewan Ulama PAS menyifatkan gesaan bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali supaya parti Islam itu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai cubaan memecahbelahkan parti Islam itu. Muktamar PAS ke-59 dijangka hangat dengan pelbagai isu. Setiausaha Dewan Ulama Dr Mohd Khairudin Aman Razali menegaskan kenyataan Hasan tidak wajar dijadikan rujukan oleh ahli PAS yang bakal menghadapi pemilihan parti minggu ini. "Beliau bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan PAS dan Pakatan. Hasan Ali tidak wajar dijadikan rujukan oleh ahli PAS. "Beliau mungkin ada hak untuk bercakap, tapi beliau tidak ada hak untuk dijadikan rujukan pemimpin PAS ataupun bercakap mengenai parti," kata Mohd Khairudin apabila dihubungi The Malaysian Insider semalam. Hujung minggu lalu, Hasan yang dipecat daripada PAS menggesa parti Islam itu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam PR kerana peranan PAS seakan-akan tidak menonjol lebih-lebih lagi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). “Saya harap ia dapat dicerminkan dalam muktamar kali ini dan keputusannya, PAS meninggalkan PR,” kata Hasan semasa sidang media rumahnya Sabtu lalu. Mohd Khairudin membidas Hasan sebagai tidak layak bercakap mengenai hal ehwal parti PAS memandangkan sudah dipecat pada tahun 2012. Keputusan tersebut berdasarkan Fasal 82 (9) peraturan parti. "Bagi isu dan perkara yang dibangkitkan oleh Hasan Ali, ingin saya tegaskan di sini, Hasan Ali telah dipecat dan tidak layak untuk bercakap mengenai PAS ataupun perkara berkaitan dengan PAS," kata Mohd Khairudin. Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed juga mempersoalkan niat Hasan yang membangkitkan mengenai gesaan tersebut memandangkan tidak pernah mengutarakan pandangan sedemikian semasa masih lagi berada dalam parti tersebut sebelum dipecat. "Pandangan tersebut adalah hak beliau (Hasan Ali), tapi adalah lebih baik jika ia dilakukan semasa dahulu berada dalam PAS. "Dulu tidak pun pernah nyatakan sokongan, patutnya bersuara ketika masih memegang kuasa," kata Mahfodz kepada The Malaysian Insider. Dalam pada itu, mengenai isu kaji semula supaya tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PR, kedua-dua pemimpin Dewan Ulama tersebut menjelaskan cadangan tersebut bukan bertujuan untuk mengajak PAS meninggalkan PR. Sebaliknya, Mohd Khairudin berkata cadangan tersebut diutarakan bertujuan untuk melakukan bedah siasat terhadap usaha sama selama ini yang terjalin antara PAS dan PR. "Usul yang dibawa tersebut bertujuan untuk perkukuhkan sebarang kelemahan, kekurangan dan kepincangan yang dikenalpasti supaya satu kajian mendalam dilakukan. "Ia bagi membuat penilaian kekuatan dan kelemahan sepanjang proses tahaluf siasi, tapi yang perlu ditekankan di sini bukan bertujuan untuk keluar daripada PR," katanya. Sebagai contoh, Mohd Khairudin menyentuh isu pembahagian kerusi semasa PRU13 lalu, khususnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara sehingga menimbulkan kekalutan di kalangan ahli PAS di samping kenyataan-kenyataan pemimpin PR yang bersifat peribadi. "Selain itu, pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh pemimpin-pemimpin PR semasa pilihan raya lalu yang merosakkan pandangan masyarakat terhadap PAS, khususnya keyakinan orang Melayu terhadap PAS," jelasnya lagi. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad yang dianggap sebagai kumpulan profesional tidak membantah usul mengkaji semula hal tersebut dan menghormatinya sebagai satu proses demokrasi dalam parti. "Bagi saya, usul yang dibawa oleh ulama, berwajaran dan berpatutan, tidak mempunyai masalah dan mereka bertanggungjawab ke atas usul yang dibawakan. "Ini membuktikan PAS mempunyai dinamika politik dan demokrasi yang sihat dalam kepimpinannya.. Ia juga menunjukkan wujud kepelbagaian dan memiliki sinergi," kata bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu. Dewan Ulama menimbulkan kekecohan baru-baru ini ekoran resolusi yang dibuat dalam perhimpunan mereka di Alor Setar. Ia bermula dengan ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib yang mencadangkan multaqa itu mengkaji kerjasama politik dengan PR khasnya dengan PKR. Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan resolusi itu satu tindakan yang tidak bijak. Muktamar PAS ke-59 akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam mulai 22 hingga 24 November ini yang bakal menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertingginya. Muktamar kali ini dijangka panas dengan isu penyertaan PAS dalam PR ekoran resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS di Alor Setar sebelum ini. Antaranya, resolusi itu mahu agar PAS mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PR khasnya PKR ekoran berkurangnya sokongan pengundi Melayu kepada PAS dalam PRU13 yang lalu. Posted & copy by Rakyat Marhaen
Like · · · 1 · 8 hours ago ·

Penjelasan wanita dalam video belasah peragut



yeap1PETALING JAYA - Wanita yang dipaparkan dalam video dia mempertahankan diri daripada peragut sebenarnya merupakan seorang ahli sukan Muay Thai, Germaine Yeap.
Yeap, 28, mendedahkan aksi berkenaan dilakonkan semula bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam membanteras jenayah terutamanya dikalangan wanita.
Walaupun video berkenaan mendapat pujian daripada warga Internet yang memuji tindakan beraninya itu, Yeap berkata dalam situasi tertentu mangsa terpaksa juga menyerahkan barang berharga mereka kepada penjenayah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Semoga perompak itu akan berlaku pergi dan tidak mencederakan anda. Anda boleh mempertahankan diri jika anda tidak mempunyai pilihan lain,” katanya dalam satu lagi rakaman video yang dikeluarkan pada Khamis.
Yeap berkata saksi yang melihat kejadian jenayah seperti itu boleh membantu dengan menghubungi pihak polis.
“Dalam video berkenaan, saya menyerang kembali kerana saya mempunyai kemahiran dengan latihan muay thai yang saya pernah jalani dan saya yakin dapat menewaskan dia. Apabila saya nampak perompak kedua menjerit dengan mengacukan pisau, saya melihat keadan sudah tidak selamat dan saya berlari pergi,” katanya.
Dia turut menggesa wanita mempelajari kemahiran seni pertahanan diri.
Kedua-dua rakaman video berkenaan disiarkan oleh saluran IPTV tempatan, MaxMan.Tv sebagai sebahagian daripada insiatif mencegah jenayah.
Video pertama telah disiarkan pada 10 November lalu, memaparkan Yeap yang baru keluar daripada keretanya di anjung rumahnya sementara dua orang lelaki menaiki motosikal dilihat memerhatikannya dari luar pagar rumahnya.
Sebaik sahaja dia keluar daripada kereta, pembonceng motosikal itu turun daripada motorsikalnya dan berlari masuk ke kawasan rumah Yeap sebelum pintu pagar tertutup.
Lelaki berkenaan cuba meragut beg tangan mangsa, namun Yeap dengan berani merampas kembali beg tangannya daripada peragut berkenaan.
Tidak berjaya dengan cara itu, dia dengan beraninya menggunakan menyiku perut peragut dengan menggunakan lututnya dan menendang suspek hingga tersungkur ke lantai.
Namun dia terpaksa menyelamatkan dirinya apabila rakan suspek mengacukan pisau kepadanya.
Perompak berkenaan bagaimanapun melarikan diri apabila mendapati cubaan mereka merompak wanita berkenaan gagal.
Yeap yang berasal dari George Town, Pulau Pinang, mempelajari latihan muay thai sejak lima tahun lalu demi menjamin kesihatan tubuh badannya, menurut sumber mStar.
Dia mula masuk bertanding pada tahun ini dan telah meraih dua gelaran dalam pertandingan Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Langkawi Z1 International Cup.
 MENARIK KAHWIN.....RASULLULLAH MENOLAK TAWARAN RAJA@PANGKAT...HARTA DAN WANITA....TENTU ADA PENGAJARANNYA....INI ADALAH SALAH SATU PERANGKAP IBLIS

Surat Syiah Taqiyah Malaysia tawar 497 Gadis & Janda untuk dikahwini ahli baru

Posted on November 22, 2013 by


syiah-sesat-malaysia
Surat ini baru kami terima daripada perkongsian Whatsapp. Kepala surat menunjukkan Pertubuhan Syiah baru dengan menawarkan pakej perkahwinan bersama 156 gadis dan 341 janda yang disediakan oleh mereka.
Malah, hanya Mas Kahwin sahaja diperlukan kepada ahli yang berminat. Segala prosedur untuk berkahwin tersebut.





Pertubuhan ini juga mengaku orang-orang Syiah di Malaysia bertuhankan Allah dan berasulkan Nabi Muhammad tipu daya kerana kita sudah sedia maklum Syiah bukanlah satu cabang mazhab dalam Agama Islam.
suratsyiahkahwin
Penyebaran Syiah di Malaysia amat membimbangkan. Golongan ajaran ini semakin berani muncul di khalayak sebarang bentuk pergerakan Anti Syiah. Diharap pihak berkuasa mengambil langkah sewajarnya membendung Malaysia.
FATWA MALAYSIA MENGENAI SYIAH
Sumber: tengoktvonline.blogspot.com

Tiada ulasan: