Ahad, 24 November 2013

ADAKAH SEBAB NI KITA MENOLAK HUDUD....ZINA MEMANG SERING BERLAKU...DIRAKAM...PENGAKUAN SERTA TERHASIL ANAK2 LUAR NIKAH

Angka korban taufan Haiyan hampiri 7,000 orang


MANGSA taufan Haiyan beratur ketika hujan untuk menerima bantuan makanan di Tacloban semalam.- AFP


TACLOBAN - Bilangan mangsa yang maut atau hilang selepas taufan Haiyan melanda Filipina meningkat menghampiri 7,000 orang semalam.
Taufan yang bertiup melebihi kelajuan 300 kilometer sejam itu merupakan antara terkuat di dunia.
Setakat semalam Manila mengesahkan jumlah korban bertambah kepada 5,235 orang dengan 1,613 mangsa masih hilang dua minggu selepas taufan Super Haiyan meratakan bandar-bandar di beberapa buah pulau di tengah Filipina.
Bencana itu mencetuskan usaha bantuan antarabangsa besar-besaran apabila berpuluh-puluh negara dan pertubuhan bantuan bergegas untuk mengagihkan makanan, air dan khidmat kesihatan kepada lebih 4 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
Namun, ketua agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Valerie Amos selepas melawat zon bencana memberitahu, dunia perlu bertindak lebih pantas.
"Lebih banyak perlu dilakukan. Makanan, air bersih dan tempat perlindungan menjadi keutamaan," kata Amos selepas PBB merayu dana bantuan ditingkatkan daripada AS$301 juta (RM967.8 juta) kepada AS$348 juta (RM1.1 bilion).
Menurutnya, masih ramai mangsa terdedah kepada cuaca buruk di sembilan wilayah yang musnah dilanda Taufan Haiyan terutamanya bayi, kanak-kanak dan kaum ibu.
"Saya bimbang bahawa terdapat kira-kira 1.5 juta kanak-kanak berisiko mengalami kurang zat makanan manakala hampir 800,000 ibu mengandung dan menyusu memerlukan zat tambahan," jelas Amos pada satu sidang akhbar di ibu pejabat PBB.
Sementara itu, di bandar Tacloban yang paling teruk dilanda bencana tersebut, mangsa-mangsa terselamat mengadu bantuan yang diterima jauh daripada mencukupi.
"Penyaluran bekalan masih belum stabil. Ia datang sedikit demi sedikit," kata seorang ibu berusia 41 tahun, Maribel Senase di sini.
Kelmarin, Bank Dunia menambah bantuan kecemasan sebanyak AS$480 juta (RM1.5 bilion) kepada Filipina dengan dana keseluruhan PBB kini meningkat kepada hampir AS$1 bilion (RM3.2 bilion).
Ia akan digunakan bagi membina semula infrastruktur kediaman mangsa yang musnah dalam bencana itu. - AFP

Peragawati dibunuh

Seremban: Seorang wanita yang mati dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak ke longkang di tepi jalan di Taman Seruling Jaya, Labu, di sini, kelmarin, dikenal pasti bekerja sebagai peragawati sambilan di Kuala Lumpur.
Mangsa dikenali sebagai Cheok Hui Min, 22, berasal dari Ampang, Selangor dipercayai pernah menyertai Pertandingan Ratu Cantik anjuran sebuah akhbar berbahasa Cina, awal tahun ini. Bapa mangsa yang enggan dikenali berusia 50-an berkata, kali terakhir dia menghubungi anak bongsunya pada minggu lalu untuk bertanya khabar.

“Anak saya tinggal bersama bekas isteri di Ampang manakala saya berada di Lukut, Port Dickson selepas kami bercerai. “Semalam (kelmarin), saya dihubungi anggota polis yang memaklumkan penemuan mayat anak di tepi jalan di daerah ini dan bergegas ke hospital,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, semalam. Katanya, dia percaya anaknya berkemungkinan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di daerah ini. “Ini berikutan polis tidak menemui apa-apa dokumen pengenalan diri dan dompet anak turut hilang.
“Bagaimanapun, saya percaya polis dapat menahan penjenayah itu dalam masa terdekat dan yakin mereka dapat menyelesaikan kes ini,” katanya sebak. Semalam Harian Metro melaporkan, dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa ditemui di longkang di tepi jalan tempat kejadian oleh sepasang suami isteri yang melakukan riadah pagi di sekitar kawasan itu. Sumber berkata, mangsa berkemungkinan dicekik sebelum mayatnya dicampak di situ berdasarkan kesan lebam di leher dan luka di badan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat dan akan mengetahui sebab kematian dalam masa terdekat,” katanya.

Sunday, 24 November 2013


ASTAGHFIRULLAHAL'ADZIM...DUNIA AKHIR ZAMAN !!! BAPA TENGOK ANAK PEREMPUAN BUAT PROJEK DALAM HP!!!

Dah jadi haru-biru ni..,betapa teruknya akhlak pelajar sekolah masa kini....makin melampau!!!

Adegan seks Terlampau Gadis 14 tahun, hebat budak sekolah sekarang mengalahkan orang tua.

Seorang bapa dari Kuala Lipis, Pahang mengucap panjang sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan lima lelaki serentak. Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh dirakamkan seorang daripada lima lelaki berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan dua.

Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.

Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya. Selepas didesak berulang kali, gadis terbabit mengakui kejadian itu sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Merapoh.

Sindiket dapat RM72,000 sebulan



SEBAHAGIAN GRO asing yang ditahan polis dalam serbuan Ops Noda di Taman Perniagaan Kuchai, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pulangan pendapatan bulanan lumayan lebih RM72,000 sebulan antara menjadi penyebab pemilik premis hiburan di Jalan 10/116 Taman Perniagaan Kuchai di sini berdegil untuk terus menggaji gadis pelayan pelanggan (GRO) biarpun sudah lebih 10 kali diserbu polis.
Terbaharu pada pukul 10.45 malam kelmarin, sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menahan 12 GRO warga asing termasuk seorang remaja bawah umur dalam serbuan operasi Ops Noda di premis berkenaan.
Ketua operasi, Inspektor Mohd. Nor Nahar Nayan berkata, semasa ditahan, kesemua gadis berusia 16 hingga 30 tahun itu sedang asyik melayan pelanggan di dalam bilik di pusat hiburan tersebut.
"Kesemua ditahan dipercayai warga Vietnam, China, Thailand, Laos dan juga Indonesia yang melanggar syarat pas lawatan sosial dan bekerja sebagai GRO.
"Seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun yang dipercayai sebagai pelindung kepada wanita berkenaan turut ditahan dalam operasi kali ini.
"Hasil siasatan awal mendapati setiap wanita itu dibayar RM200 bagi setiap kali perkhidmatan dan dianggarkan setiap bulan, sindiket GRO ini memperoleh sehingga RM72,000," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Difahamkan pusat hiburan terbabit sudah lebih 10 tahun beroperasi dan lebih 10 kali serbuan dilakukan terhadapnya.

Model dibunuh & dicampak dalam longkang


modaalSeremban – Identiti mayat wanita yang ditemui mati dibunuh sebelum dicampak dalam longkang di Taman Seruling Jaya, Labu, dekat sini kelmarin, dikenal pasti sebagai peragawati sambilan di ibu kota.
Mangsa, Cheok Hui Min, 22, berasal dari Ampang, Kuala Lumpur juga pernah menyertai pertandingan ratu cantik anjuran sebuah akhbar berbahasa Cina awal tahun ini.
Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia bercakap dengan anak bongsunya pada minggu lalu ketika menghubunginya untuk bertanya khabar.
Katanya, selepas bercerai, anaknya tinggal bersama bekas isterinya di Ampang, manakala dia kini tinggal di Lukut, Port Dickson.
“Polis menghubungi saya kelmarin, memaklumkan penemuan mayat anak dan saya bergegas ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS). Saya percaya anak saya dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dalam longkang.
Dompet hilang 

“Ini kerana polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri, malah dompetnya juga hilang,” katanya di sini, semalam.
Lelaki berusia 50-an itu bagaimanapun percaya, polis akan dapat menahan penjenayah berkenaan dalam masa terdekat dan yakin dapat menyelesaikan kes itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin, mayat mangsa dalam longkang di tepi jalan ditemui sepasang suami isteri yang melakukan riadah pagi di sekitar kawasan itu.
Mangsa mungkin dicekik sebelum mayatnya dicampak di situ berdasarkan kesan lebam di leher dan luka di bahagian badan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, menurut sumber Berita Harian.
Katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat dan akan mengetahui sebab kematian dalam tempoh terdekat.

Penjual kuih maut ditikam rakan sendiri

24/11/2013 10:52am

PASIR PUTEH - Seorang penjual kuih ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah berhampiran sebuah rumah di Kampung Nara, dekat sini, petang semalam.
Mangsa, Mohd. Azizi Abdul Razak, 48, dipercayai ditikam bertubi-tubi oleh rakan karibnya sendiri menggunakan senjata tajam dalam satu pergaduhan.- KOSMO!

Cinta punca bakar diri

Kuala Lumpur: Angkara cinta dipercayai menjadi punca seorang lelaki yang juga anak seorang tokoh korporat membakar diri di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, lelaki berusia 20 tahun terbabit dikatakan baru tiba di rumahnya selepas keluar berjumpa rakan sebelum meminta minyak petrol daripada bapanya dan masuk ke dalam biliknya.

Sumber berkata, pelajar jurusan ekonomi dari sebuah universiti luar negara itu membakar diri di bahagian balkoni biliknya menggunakan minyak petrol itu sebelum ditemui ibunya dalam keadaan rentung lebih 80 peratus.
“Sebelum kejadian, mangsa berjumpa rakan dan berlaku pergaduhan. Mangsa disyaki mempunyai hubungan dengan seorang penari kelab malam. Wanita terbabit disyaki mengandung anak hasil hubungan mereka.

“Wanita terbabit menyuruh mangsa bertanggungjawab, namun mangsa enggan. Wanita itu memberitahu seorang rakan mereka yang dipercayai mengugut mangsa supaya bertanggungjawab,” katanya.

Menurut sumber, hubungan terbabit menyebabkan mangsa mengalami tekanan lalu bertindak nekad membunuh diri dengan membakar dirinya.
Katanya, kejadian itu hanya disedari ibu mangsa kira-kira jam 4 pagi ketika bangun daripada tidur dan melihat asap dari balkoni bilik anak lelakinya.

Sumber berkata, ibu mangsa masuk ke dalam bilik mangsa dan terkejut melihat anak lelakinya rentung.
Berikutan itu, bapa mangsa dimaklumkan mengenai kejadian itu sebelum menghubungi polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Anak lelaki seorang tokoh korporat ditemui mati dalam keadaan rentung 80 peratus di balkoni sebuah kondominium di Taman Tun Dr Ismail awal hari ini.
Mayat mangsa berusia 20 tahun itu, ditemui ibunya pada kira-kira 4 pagi ketika terjaga dari tidur sebelum melihat kesan kebakaran di balkoni kondominium berkenaan.
Menurut sumber polis, ibu mangsa kemudiannya cuba membuka pintu jeriji yang berkunci di balkoni itu sebelum melihat mayat anaknya dalam keadaan rentung dan tertiarap.
Mangsa merupakan pelajar jurusan ekonomi dan politik sebuah universiti luar negara.
Turut ditemui di tempat kejadian, dua tin disyaki mengandungi petrol, sebuah telefon bimbit berhampiran mangsa yang tertera khidmat pesanan ringkas kepada rakannya mengatakan ‘see you in other side’ (jumpa anda di dunia lain).
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kematian anak tokoh itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

  • Ismail Ab Wahab · University of Malaya
    Amat bersimpati. Semoga kita dan keluarga tidak diuji dengan situasi sukar begini.

  • Khodri Tamin · SM Raja Chulan Ipoh
    tak semestinya anak2 org berada tu selalu hidup senang......

    • Riena Manan · SMK Tengku Ampuan Intan (SMKTAI)
      kita Nampak mereka kaya...boleh beli apa saja yg mereka nak..hidup mewah di kelilingi harta tapi itu bukan jaminan utk mrk bahagia.byk harta tapi kurang perhatian dan kasih saying adalah faktor utama mengapa mereka bertindak mengikut perasaan

    • M Lokman Yasin · Top Commenter · SMV Simpang Sanggang 1981-1982
      Riena Manan Itu nikmatnya orang yang tak kaya(miskin)....apa saja yang di sekeliling payah dan tak tentu dapat dimiliki...tapi bila dapat je....bestnyaaaaaa!! ..seronok gila..Tapi bila orang kaya raya semua dimiliki depan mata maka nikmat memiliki dah tak ada..sampai tak tahu apa benda lagi yang menyeronokkan bila dimiliki...?

  • Panji Alam · Works at "Alex Stewart International Corporation" LLC
    wht kind of religion?stupid action

  • Arahim Aras · · Top Commenter · Consultant at Freedom Communications
    Nauzibillah.....Istifar2

  • Kamarul Talib · IKM Besut
    kacip pil kuda budok ni...

Tiada ulasan: