Posted on Wednesday, November 20 @ 22:00:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Ahli Parlimen Datuk Seri Azalina Othman (gambar) hari ini mendedahkan bahawa jemputan Datuk Seri Rosmah Mansor ke Persidangan Wanita di Qatar bukan atas urusan rasmi kerajaan sebaliknya jemputan yang dibuat secara peribadi.
"Jemputan berkenaan bukan berdasarkan daripada kerajaan kepada kerajaan, tetapi lebih secara peribadi," katanya di Parlimen hari ini semasa pembentangan Bajet 2014.
Azalina turut mengakui beliau antara delegasi yang mengikuti Rosmah dalam rombongan tersebut selain mendedahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu yang meluluskan penggunaan jet rasmi kerajaan dalam mesyuarat kabinet dan bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa sebelum ini.
Kehadiran Rosmah dalam persidangan wanita di Doha Qatar pada minggu lalu dikritik ramai pihak apabila berita mengenai isteri Perdana Menteri itu menggunakan jet rasmi kerajaan didedahkan kepada orang ramai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mengakui kelulusan penggunaan jet rasmi untuk digunakan oleh Rosmah adalah keputusan kabinet bagaimanapun diselar pembangkang mendakwa ia tindakan tidak bertanggungjawab sekaligus tidak boleh diterima.
Tambah Azalina, selain beliau, delegasi Rosmah ketika itu terdiri daripada pegawai rasmi kerajaan, media dan wakil daripada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Azalina menjawab kritikan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang kesal dengan tindakan kabinet meluluskan penggunaan jet rasmi biarpun ia secara terangan adalah salah.
Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar turut dilihat mempertahankan Rosmah dengan berkata rakyat Malaysia sepatutnya berbangga apabila isteri Perdana Menteri itu diberi penghormatan oleh kerajaan Qatar di mana peluang sebegitu itu jarang berlaku kepada isteri pemimpin di negara lain.
"Saya tidak faham kenapa mereka tidak boleh menghargai perkara begini.Ia selalu menjadi isu besar kepada pembangkang. Mereka mengharumkan nama negara dilayan seperti musuh, sementara mereka yang memburukkan nama negara dilayan sebagai hero," katanya.
Susulan itu, semasa di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis turut menyokong kenyataan Noh dengan berkata jemputan tersebut membuktikan Rosmah memberi imej baik dan mengharumkan nama negara.
"Pemergian beliau ke sana bukanlah memandai-mandai dan kita patut berbangga beliau diberikan penghormatan untuk bercakap dalam forum tersebut," katanya.
Beliau juga membidas pembangkang kerana sering memperbesarkan isu yang remeh sambil berkata perjalanan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara juga ditanggung oleh kerajaan negeri biarpun Anwar bukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.
"Saya yakin rakyat boleh melihat bahawa isu berkenaan dicetuskan oleh pihak pembangkang," katanya.
10 November lalu Rosmah berada di Qatar menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar.
Turut menemani Rosmah, Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, isteri Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria. – 20 November, 2013.-tmi
Ke Qatar: Rosmah Mudah Pengaruhi Kabinet Najib?
Posted on Wednesday, November 20 @ 21:54:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR: Tindakan kabinet meluluskan urusan lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar, baru-baru ini boleh mengundang bahaya kepada negara apabila urusan negara diserahkan kepada pihak yang bukan berkenaan.
Malah, tindakan itu juga menunjukkan kabinet Datuk Seri Najib Razak begitu mudah dipengaruhi Rosmah dalam urusan rasmi negara sehingga Najib terpaksa mengemukakan permohonan untuk meluluskan urusan lawatan tersebut.
"Mengikut amalan biasa, isteri-isteri pemimpin ini hanya mengiringi suami mereka dalam urusan negara. Malangnya, di Malaysia ini, isteri pemimpin pula yang dibenarkan mewakili negara dalam hal hubungan dua hala," kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Menurutnya, sebagaimana lazim Timbalan Perdana Menteri atau menteri Kabinet yang mewakil Perdana Menteri dalam menjalin hubungan dua hala dengan negara luar, bukannya isteri Perdana Menteri.
Tambah beliau, sebelum ini ketika pentadbiran Tun Abdullah Badawi, Tun Mahathir sering menggelarkan kabinet Abdullah dipengaruhi 'budak tingkat empat', namun dalam era kepimpinan Najib, kabinet Najib dipengaruhi isteri beliau sendiri.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan, di Dewan Rakyat mengesahkan kerajaan meluluskan urusan lawatan Rosmah ke Qatar.
Sebelum ini, anggota parlimen Pakatan Rakyat membangkitkan soal kewajaran kerajaan menghantar Rosmah ke Qatar atas tujuan rasmi dan dibiayai dengan duit kerajaan dan mempertikaikan tindakan tersebut.
Rosmah, pada 10 Nov lalu hadir ke Qatar untuk Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4.-hd
Khutbah: Hijrah Untuk Menyelamatkan Manusia
Posted on Wednesday, November 20 @ 19:49:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Sinopsis: Perjalanan jauh Nabi SAW dari Mekah ke Madinah merentasi padang pasir sejauh mata memandang, menempuh panas terik matahari penuh bahang, meninggalkan kampung halaman serta harta yang disayang, dalam sebuah cerita hijrah seorang pejuang. Hijrah untuk menyelamatkan agama. Hijrah juga untuk menyelamatkan umat manusia.
Hijrah adalah kesinambungan sebuah kehidupan penuh makna. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai peristiwa hijrah ini seperti di bawah pada 11 Muharram 1435H (15 Nov 2013):
Hijrah Untuk Menyelamatkan Manusia (0)"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: ustaznik
Posted on Wednesday, November 20 @ 19:49:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Rakyat Malaysia Pertama Dikebumikan Disamping 60 Sahabat Nabi
Posted on Thursday, November 21 @ 01:35:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.
Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki.
Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya.
Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.
Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
Lagi gambar dan video di: http://hijabulcrewz.blogspot.com/"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: hijabulcrewz
Posted on Thursday, November 21 @ 01:35:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Nasrudin garis 5 hala tuju kebangkitan anak muda
Posted on Thursday, November 21 @ 02:36:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
PETALING JAYA: Berasaskan cabaran dan strategi am Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), ketuanya, Nasrudin Hassan menggariskan lima Halatuju Kebangkitan Anak Muda yang mestilah dipelopori oleh semua peringkat organ jamaah.
Katanya, hala tuju pertama ialahp embinaan keterampilan tokoh pemimpin muda Pemuda PAS perlu menyedari realiti dan ekpektasi politik baru dengan iltizam menjadi pemain yang terampil dan berkesan dalam medan demokrasi semasa, di samping agenda menggilap potensi untuk membina dan menampilkan tokoh pemimpin muda negara.
Kedua, ujarnya penguasaan sokongan pengundi muda di mana momentum penguasaan 60% undi anak muda yang pernah beliau sasarkan sebelum PRU13 perlu dipertingkatkan bagi menghadapi PRU14 akan datang.
“Saya berkeyakinan dengan penuh iltizam untuk menggagaskan ‘Roadmap Anak Muda Ke Putrajaya PRU14’ dengan sasaran penguasaan minimum 53% undi anak muda di beberapa kerusi marginal yang gagal dimenangi oleh PAS atau PR dalam PRU13.
Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan DPPM ke-54, di sini malam ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merasmikan muktamar dengan tema ‘Infiru’ itu.
Beliau berkata, peningkatan 15% hingga 20% undi anak muda, bandar dan luar bandar di setiap negeri dan parlimen untuk membolehkan PAS dan PR memenangi majoriti 120 kerusi di Dewan Rakyat dan mengambilalih Terengganu, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.
Hala tuju ketiga, jelasnya penggunaan media baru secara optima kerana landskap masyarakat juga banyak berubah dengan cepatnya tersebar maklumat khususnya melalui media sosial yang baru seperti facebook, twitters, youtube, whatsap dan sebagainya yang menyebabkan kepalsuan propaganda media arus perdana mudah untuk dipatahkan.
Justeru, ujarnya Pemuda PAS di semua peringkat perlu kehadapan dalam rentak penggunaan media baru secara optimum bagi menyedar dan menyegarkan pemikiran anak muda, khususnya GenY.
“Pemuda PAS perlu aktif di alam maya dan media baru untuk menjadi rakan pintar generasi-Y pada hari ini, dengan pendekatan berhikmah yang bersifat kreatif dan interaktif,” ujarnya.
Tambahnya lagi, hala tuju keempat ialah penampilan Pemuda PAS yang prihatin dan berkebajikan.
“Saya mahu melihat Pemuda PAS terus mampu melahirkan 'produk-produk' baru yang akan terus mengukuhkan jenama Pemuda PAS sebagai duta penyelamat dan kasih sayang,” ujarnya.
Beliau menambah, hala tuju kelima ialah pengukuhan Pakatan Rakyat (PR) dan memposisikan PAS sebagai parti teras dalam PR.
Tegasnya, pemantapan Pemuda PR perlu menjadi keutamaan.
Sehingga hari ini, kata beliau Pemuda PR masih belum dilihat sederap dan selangkah walaupun menghayun kaki dan tangan bergerak ke arah yang sama.
Harakahdaily | 20 Nov 2013
Pembinaan Jambatan Ke-3 Klang Bermula Julai 2014
Posted on Thursday, November 21 @ 01:45:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
SHAH ALAM 20 NOV : Pembinaan jambatan ketiga Klang dengan anggaran kos mencecah RM281 juta termasuk pengambilan tanah dan yuran perunding dijangka bermula, pada Julai 2014.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata kini Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor melalui perunding Vast Consultants Sdn Bhd sedang mereka bentuk jambatan itu dengan terperinci yang dijangka selesai, pada Februari 2014.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang bertanyakan perkembangan pembinaan jambatan itu, anggaran kos pembinaan dan bila akan dimulakan selain daripada peranan kerajaan pusat dalam projek berkenaan ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.
Chnag Kim (DAP-Sungai Pinang) berkata, kerja awal bagi tujuan pengumpulan data seperti kajian impak trafik, kerja ukur tanah dan hidrologi serta kerja penyiasatan tanah sedang dijalankan yang dijangka selesai awal Disember ini.
“Pelan pengambilan tanah serta dokumen berkenaan di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 sudah dihantar kepada Pejabat Daerah dan Tanah Klang untuk tindakan lanjut, pada pertengahan Oktober lalu,” katanya.-selangorku
TERBUKTI! Orang Melayu berjaya temui penawar HIV/AIDS !
Posted on Friday, November 22 @ 14:38:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
"MACHANG - Setelah lapan tahun disahkan menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) dan jangkitan HIV, Azman (bukan nama sebenar) mendakwa menemui penawar apabila disahkan bebas penyakit berbahaya itu tahun lalu.
Azman, 45, mula terjebak dengan najis dadah sejak berusia 15 tahun dan nekad meninggalkannya pada 2005 selepas keluar dari pusat serenti demi orang tersayang.
“Apabila keluar dari pusat serenti, saya hilang anak-anak dan isteri. Sejak itu saya nekad untuk meninggalkan dadah tanpa mengambil sebarang ubat dan tinggal di pondok. Ketika itu, saya rasa macam baru dilahirkan dan cuba buat yang terbaik dalam hidup saya selepas diberi peluang kedua oleh ALLAH SWT.
“Saya mula mendalami agama dan meninggalkan tempat kelahiran saya untuk berubah. Pada 2010, seorang rakan memperkenalkan penawar ini dan saya menghubungi pengusahanya secara terus melalui telefon. Sejak itu saya mengambil ubat tersebut sekalipun tidak mempercayai ubat-ubatan sebelum itu,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui di kediaman pengusaha penawar berkenaan, Tuan Mohamad Tuan Bongsu di sini, semalam.
Azman berkata, selepas tiga bulan dia mula merasakan perubahan dan meneruskan pengambilan ubat sehingga sekarang walaupun, disahkan bebas penyakit berbahaya itu pada tahun lalu.
Menurutnya, dia membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan disahkan bebas HIV/AIDS.
Dia belum bersedia untuk mendedahkan dirinya namun, rasa bertanggungjawab bagi membantu rakan senasibnya mengubati penyakit yang ditakuti ramai itu.
“Ketika disahkan menghidap AIDS, saya reda dan menerimanya sebagai balasan ALLAH kepada saya yang banyak melakukan kesilapan serta nekad meninggalkan dadah.
“Penawar berasaskan herba ini bukan membantu saya menyembuhkan penyakit tetapi membuatkan saya lupa dadah dan menjalani kehidupan normal,” katanya.
Sementara itu, Tuan Mohamad berkata, dia mula mencari formula bagi menghasilkan penawar itu selepas ahli keluarga terdekatnya disahkan menghidap penyakit itu.
“Saya tak sanggup lihat dia menderita dan saya mula mencari formula bagi menghasilkan penawar sebagaimana sabda Rasulullah, setiap penyakit ada ubatnya. Saya banyak bertanya kepada doktor, tabib Cina dan orang berpengalaman dalam bidang herba serta pada masa sama mempelajarinya melalui internet.
“Selepas setahun mencari, saya mula menghasilkan penawar itu dengan melakukan percubaan demi percubaan agar bersesuaian dengan penyakit itu. Alhamdulillah ahli keluarga saya itu sembuh selepas tiga tahun mencubanya dan meninggal dunia pada 2009 akibat penyakit kencing manis,” jelasnya.
Bekas kontraktor itu berkata, dia mula berkongsi penawar itu dengan pesakit AIDS sejak beberapa tahun lalu, melalui internet memandangkan ramai pesakit malu untuk menampilkan diri mereka.
Katanya, selepas kematian ahli keluarganya, dia berhenti menghasilkan ubat itu namun memulakannya kembali setahun kemudian untuk membantu penagih tegar dan penghidap HIV/AIDS yang dikatakan tiada ubat.
“Penawar ini terdiri daripada herba dari dalam dan luar negara yang diadun sebaik mungkin bagi membantu pesakit menjalani kehidupan normal selepas disahkan menghidap penyakit membunuh itu,” katanya.
sinarharian.com.my"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: hati_ini
Posted on Friday, November 22 @ 14:38:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Hadi: Banyak tak sempurna, banyak juga positif
Posted on Friday, November 22 @ 14:40:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau akan menyelesaikan perkara yang dibangkitkan oleh Pemuda PAS dalam muktamarnya semalam dengan Pakatan Rakyat negeri itu secara dalaman dan bukannya melalui media.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan hubungan dan kerjasama Pakatan di negeri itu "banyak perkara yang tidak sempurna lagi, tapi banyak yang positif".
"Saya menghargai rakan-rakan (Pakatan) daripada Pulau Pinang yang memberi satu tempat yang besar kepada PAS, memberi satu kerusi sahaja. Peranan yang diberi sangat besar.
"Untuk mengisi peranan itu sudah tentulah ada masalah yang belum selesai.
"Masalah itu akan diselesaikan secara dalaman, bukan melalui media. Setakat ini saya membaca melalui media tidak bertemu lagi dengan rakan-rakan (Pemuda) Pulau Pinang.
"Insya-Allah saya dapat penjelasan daripada mereka, saya akan bincang dengan rakan-rakan dalam Pakatan (di negeri itu)," katanya dalam sidang media.
Beliau menjawab soalan pemberita berhubung PAS yang didakwa menjadi pak turut di Pulau Pinang susulan perwakilan Pemuda negeri mendakwa ketegangan PAS dan kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam disebabkan tekanan dan hilangnya kuasa.
Mohd Raduan Ramli menyatakan PAS Pulau Pinang seolah pak turutdan mendakwa sejak pilihan raya, mesyuarat Pakatan hanya tiga kali sahaja diadakan dan tiada medan untuk memberi pendapat.
"PAS Pulau Pinang seolah diletakkan di kerusi pemandu tetapi stering kereta dikawal oleh orang lain," kata Mohd Raduan ketika membahas ucap utama ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan di Dewan Sivik MBPJ semalam.
malaysiakini | 22 Nov 2013
Keadaan Ruh di Alam Barzakh
Tarikh: 28 Mei 2013
Alam Barzakh adalah tempat sementara bagi ruh yang telah meninggah
sebelum memasuki alam akhirat. Setelah memasuki liang lahad, kubur orang
yang beriman akan dilapangkan dan mereka juga dapat melihat nikmat yang
bakal diperoleh di syurga.
Sebaliknya, jika mereka kufur dan ingkar, maka pada ketika itu kubur mereka akan disempitkan. Malah, bahang kepanasan api neraka akan ditayangkan kepada sepanjang mereka di alam itu sehingga kiamat.
Untuk mengetahui persoalan ruh di alam barzakh, kami nukilkan soal jawab yang disiarkan menerusi Islam Online yang di jawab oleh Syaikh Muhammad Soleh Al-Munajid dan Muhammad bin Soleh al-Utsaimin, sarjana Islam kontemporari yang disegani.
Apa itu Alam Barzakh
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan alam barzakh? Saya inginkan penjelasan yang terperinci tentang perkara ini. Selain itu, saya juga ingin mengetahui jenis-jenis seksaan yang bakal dikenakan ke atas orang yang berbuat dosa.
Jawapan: Maksud alam barzakh ialah alam selepas kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan pada hari kiamat. Sesiapa yang mati dalam Islam dan ibadah, dia akan diberi nikmat. Sesiapa yang mati dalam kekufuran dan maksiat, dia akan diseksa.
Firman Allah SWT yang maksudnya:
“Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): Masukkanlah Firaun dan para pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!”(Surah Ghafir: 46)
Seksaan itu ada pelbagai jenis mengikut dosa Pelakunya. Terdapat sebuah hadis dalam Sahih al-Bukhari yang menjelaskan azab Barzakh yang dikenakan ke atas sebahagian pelaku dosa-dosa besar. (Rujuk: Sahih al-Bukhari, no. 6525. Hadis ini telah pun dinyatakan dalam persoalan terdahulu. Fatwa Syeikh Walid al-Firyan).
Cara Mayat Disoal
Adakah soalan kepada penghuni kubur satu kenyataan yang benar-benar akan berlaku di mana ketika itu mereka akan didudukkan dan saling bersoal jawab?
Jawapan: Syeikh Muhammad bin ‘Utsaimin r.h berkata: “Tidak diragukan lagi bahawa soalan di dalam kubur merupakan satu kenyataan (yang pasti akan berlaku). Seseorang akan didudukkan, saling berbalas cakap dan disoal di dalamnya.
Jika ada orang yang bertanya, bagaimana mungkin keadaan kubur yang sempit itu membolehkan seseorang itu duduk, maka jawapannya:
Pertama,orang mukmin wajib menerima dan yakin dengan perkara-perkara ghaib tanpa bertanya bagaimana dan mengapa. Seseorang yang bertanya seperti itu, bererti dia masih ragu-ragu. Orang yang beriman dan menerima segala yang telah diberitakan oleh Allah dan Rasul-Nya pasti akan berserah diri dan mengata kan Allah Maha Mengetahui perkara itu.
Kedua,perhubungan roh dengan jasad sesudah mati tidak sama dengan perhubungannya semasa masih hidup. Roh dengan jasad memiliki rahsia yang amat luar biasa dan tidak seorang pun mengetahuinya. Perhubungan roh dengan jasad selepas kematian tidak mungkin disamakan dengan perhubungannya semasa masih hidup.
Buktinya, seseorang yang tidur dan bermimpi dia pergi, kembali, bermusafir, bercakap dengan orang lain, berjumpa dengan orang yang sudah mati dan orang yang masih hidup, melihat dia memiliki sebuah kebun yang indah atau rumah gelap yang menakutkan, melihat dirinya sedang menaiki kenderaan mewah dan kadangkala sedang menaiki kenderaan yang buruk.
Kesemua ini mungkin sahaja terjadi walaupun dia berada di atas tilamnya tanpa sebarang perubahan. Malah, selimut yang digunakan juga langsung tidak berubah.
Kita yang bermimpi merasa seolah-olah yakin bahawa ia memang benar-benar terjadi. Jadi, perhubungan roh dengan jasad selepas kematian tentu berbeza dengan perhubungannya semasa hidup dan ketika dalam mimpi. Ia memiliki keadaan yang berlainan di luar pengetahuan kita. Boleh jadi seseorang duduk di dalam kubur dan disoal meskipun dalam kubur yang sempit dan terhad.
Demikianlah keterangan yang disampaikan oleh Nabi s.a.w dalam beberapa hadis sahih. Baginda tela hpun memberitahu kita keadaan ini dan kita wajib percaya dan beriman.
Firman Allah SWT yang Maksudnya:
“Maka demi TUHANmu (wahai Muhammad), mereka tidak dikatakan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang tim bul di antara mereka. Kemudian mereka pula tidak berasa di hati mereka sesuatu keberatan daripada apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”(Surah: al-Nisa: 65. (Majmu’ Fatawa, Syeikh Ibn ‘Utsaimin, jil. 2, ms. 34).
Kehidupan dalam Kubur
Soalan: Adakah kehidupan orang yang berada di dalam kubur sama dengan orang yang masih hidup? Berapakah pancaindera mereka yang kembali seperti sediakala? Berapa lamakah kehidupan di alam barzakh? Bagaimanakah keadaan mayat yang dibakar s perti Hindu dan Jepun akan disoal? Seorang doktor ketika ingin memulakan pembedahan, dia terlebih dahulu akan mem berhentikan keaktifan pancaindera seseorang menggunakan bius. Adakah keadaan ini sama dengan orang yang sudah mati?
Jawapan: Pertama,wajib ke atas setiap mukmin dan mukminah meyakini apa yang diberitakan oleh Allah di dalam kitab-Nya atau melalui lidah Rasul-Nya dalam setiap perkara yang berkaitan dengan akhirat, hisab, syurga, neraka, kematian, kubur, seksaan, nikmat dan perkara -perkara ghaib yang telah diterangkan oleh al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w.
Oleh itu, kita wajib beriman, pasrah diri dan meyakini semua itu kerana kita tahu bahawa Tuhan kita adalah Maha Benar terhadap apa yang difirmankan dan apa yang telah diberitakan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya:
“Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada ALLAH?” (Surah al-Nisa: 122.)
Kita juga tahu bahawa Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling jujur dan baginda tidak mengeluarkan kata-kata menurut hawa nafsu nya. Ia adalah wahyu yang telah disampaikan kepada nya. Jadi, apa sahaja yang telah tsabit dalam pelbagai hadis sahih, kita wajib meyakininya. Meskipun tidak mengetahui hakikatnya yang sebenar.
Kita juga wajib meyakini perkara-perkara yang berkaitan dengan akhirat, syurga dan neraka, kenikmatan dan seksaan yang dirasakan oleh penghuni syurga dan neraka. Begitu juga meyakini bahawa roh dikembalikan kepada jasad ketika diazab atau diberikan nikmat di dalam kubur.
Semua ini adalah benar seperti yang telah dijelaskan oleh pelbagai nas. Setiap orang mestilah menerima ketetapan ini dan meyakini apa yang telah diberitahu oleh al-Quran, hadis sahih atau ijmak ulama.
Kemudian jika seorang mukmin dan mukminah di anugerah kan Allah untuk mengenali hikmah dan rahsia itu, maka ia merupakan satu kebaikan, cahaya dan ilmu yang luar biasa. Oleh itu, dia hendaklah bersyukur atas ilmu kurniaan Allah itu sehingga pengetahuannya bertambah dan jiwanya semakin tenteram.
Soalan kepada penghuni kubur adalah benar. Ketika itu rohnya dikembalikan semula kepada jasadnya. Hal ini telah diterangkan dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w.
Kehidupan di dalam kubur jelas berbeza dengan kehidupan di dunia ini. Manusia akan menjalani satu kehidupan khusus, iaitu alam barzakh yang amat berbeza dengan kehidupan dunia di mana kita memerlukan makanan, minuman dan sebagainya.
Ia adalah satu kehidupan khusus. Si mati akan memahami soalan dan memberikan jawapan terhadap soalan yang diajukan kepadanya. Dua malaikat akan bertanya kepadanya.
Jadi, kita dapat mengetahui bahawa ada kalanya kubur menjadi taman syurga dan ada kalanya menjadi lubuk api neraka. Seksa dan nikmat dirasakan oleh roh dan jasad di dalam kubur. Begitu juga syurga atau neraka.
Berhubung dengan orang yang mati kerana terbakar, lemas atau dibaham binatang buas, rohnya tetap akan merasakan seksa atau nikmat. Ini kerana, roh tetap akan mendatangi jasadnya sama ada di darat, di laut mahupun di dalam perut binatang buas. Tetapi kebanyakan nikmat atau seksa dikenakan ke atas roh. Jadi, roh orang beriman akan masuk ke dalam syurga.
Nabi s.a.w bersabda: Maksudnya:
“Sesungguhnya roh orang beriman terbang di atas pokok syurga dan memakan buahnya, manakala roh orang kafir masuk ke dalam neraka.”
Dengan itu, wajib ke atas Muslim dan Muslimah mempercayai apa yang telah diberitakan oleh Allah SWT dan rasul-Nys seperti yang di kehendaki oleh Allah. Meskipun ada sebahagian maksudnya tidak difahami oleh seseorang. (Rujuk: Kitab Majmu’ Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah ms. 338).
Setelah dilahirkan,, barulah manusia hidup pada tahap yang kedua,, iaitu di alam dunia,, yang tempoh masanya telah ditetapkan Allah swt hingga ia menemui ajalnya.. Setelah ajal datang,, maka manusia mengalami kematian,, roh keluar dari tubuhnya,, dan mulailah menempuh ke tahap ke tiga,, iaitu di alam barzakh [kubur].. Di saat itu,, tempat kediaman roh-roh tadi dalam keadaan yang berbeza-beza.. Ada yang mulia dan terhormat dan ada pula yang sangat hina dan rendah darjatnya..
Adapun tempat kediaman roh-roh di alam barzakh,, yakni sesudah manusia itu mati,, menurut keterangan yang disebutkan dalam hadis nabi saw yang ana catit di bawah ini...
"Demi Dzat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya,, bahawasanya pakaian yang disembunyikan olehnya itu pasti akan menyala menjadi api yang akan membakar dirinya di dalam kuburnya itu"

Tempat Kediaman Roh Di Alam Barzakh!Alam Barzakh , Hikmah Islamic
Sebagaimana kita ketahui menurut agama Islam,, bahawa manusia itu akan mengalami empat tahap hidup.. Pertama,, hidup dalam alam kandungan... Kedua,, hidup di alam dunia seperti sekarang ini.. Ketiga,, hidup di alam kubur [setelah mati] dan yang keempat,, hidup di alam akhirat [setelah dibangkit dari alam kubur].. Hidup di alam kandungan adalah kehidupan di alam yang sempit,, iaitu sebelum manusia lahir dan waktunya pada kebiasaan adalah 9 bulan di dalam kandungan..Setelah dilahirkan,, barulah manusia hidup pada tahap yang kedua,, iaitu di alam dunia,, yang tempoh masanya telah ditetapkan Allah swt hingga ia menemui ajalnya.. Setelah ajal datang,, maka manusia mengalami kematian,, roh keluar dari tubuhnya,, dan mulailah menempuh ke tahap ke tiga,, iaitu di alam barzakh [kubur].. Di saat itu,, tempat kediaman roh-roh tadi dalam keadaan yang berbeza-beza.. Ada yang mulia dan terhormat dan ada pula yang sangat hina dan rendah darjatnya..
Adapun tempat kediaman roh-roh di alam barzakh,, yakni sesudah manusia itu mati,, menurut keterangan yang disebutkan dalam hadis nabi saw yang ana catit di bawah ini...
- Ada roh yang bertempat tinggal di suatu tempat yang tertinggi sekali [A'la Iliyyin],, dan roh-roh berkumpul dengan kelompok malaikat.. Mereka adalah roh-roh para Nabi.. Namun,, diantara golongan inipun terdapat juga perbezaannya dan ada tingkatannya yang tersendiri sebagaimana yang pernah dilihat Rasulullah saw pada malam Isra' Mi'raj..
- Ada roh-roh yang menghuni di tempat peristirehat burung-burung yang bulunya hijau,, sedap mata memandang,, dan roh-roh itu dapat berkeliaran di dalam syurga sesuka hatinya.. Itulah roh-roh orang yang mati syahid yang telah menegakkan kalimah Allah swt,, yang luhur dan mempertahankan ajaran Islam..
- Ada roh yang dipenjarakan dipintu syurga,, iaitu sebagaimana yang telah disebutkan dalam suatu hadis Rasulullah saw,,,,,
Raitu Shaahibakum Mahbuusan 'Alaa Baabil Jannati..
"Saya melihat kawanmu itu ditahan di pintu syurga"- Ada roh yang dipenjarakan di dalam kuburnya sendiri,, sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang mewartakan bahawa,, orang yang menyembunyikan pakaian rampasan perang,, lalu orang tersebut mati syahid.. Ramai yang mengatakan bahawa orang tersebut pasti mengalami kesenangan dan keenakan kerana dapat ditentukan masuk syurga.. Tetapi Rasulullah saw telah bersabda......
"Demi Dzat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya,, bahawasanya pakaian yang disembunyikan olehnya itu pasti akan menyala menjadi api yang akan membakar dirinya di dalam kuburnya itu"
- Ada juga roh yang mendiami bahagian pintu syurga,, sebagaimana telah disebut di dalam sebuah hadis dari ibnu Abbas r.a,, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud,,,
- Ada pula roh manusia yang dipenjarakan di dalam bumi dan tidak dapat naik ke atas,, sebab ia adalah roh yang hina.. Maka,, sangat wajar menetap hanya di dalam tanah sahaja.. Roh yang sedemikian itu tidak dapat berkumpul dengan roh yang lainnya yang mulia dan terhormat yang ada di atas langit.. Hal ini terjadi kerana sewaktu di dunia,, ia tidak berkumpul sama dengan para alim ulama serta golongan mulia lainnya.. Jadi,, pada hakikatnya manusia setelah mati,, tempat kediaman rohnya akan berkumpul dengan golongannya sendiri-sendiri,, iaitu,, yang mulia berkumpul bersama yang mulia,, dan yang hina hanya berkumpul dengan yang hina dan rendah darjatnya..
- Begitu pula dengan roh yang berenang di sungai yang berair darah dan bersama-sama menelan batu..
- Dan ada lagi roh yang berdiam diri di tempat yang panas dan berada di atas tungku api.. Inilah ahli-ahli yang PENZINA,, baik lelaki mahupun wanita,, ia akan dikumpulkan disini sehingga menunggu hari kiamat datang..
Itulah antara lain mengenai tempat-tempat kediaman roh
setelah manusia mati dan berada di dalam tahanan di alam barzakh..
Selain it,, sebenarnya masih ada pula keterangan hadis dan
riwayat-riwayat lain yang mengemukakan tenteang tempat kediaman
roh-roh.. Tetapi,, perlu kita ketahui,, sekalipun roh itu ada di dalam
syurga,, ada di atas langit,, tetap juga dapat berhubungan dengan
tubuhnya di dunia sebab roh itu memang lebih cepat gerak langkah nya
baik dalam naik turun kemana saja mahupun berpindah ke satu tempat yang
lansung tidak mampu di jangkau oleh kelajuan pesawat ciptaan dunia...
Dan semua roh-roh itu ada yang dalam kategori merdeka,,, dan ada yang
dipenjarakan... Wallahua'lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan