Ahad, 3 November 2013

NAK BAGI BIARLAH YANG BAIK2

RAKAMAN GAMBAR PENDUDUK SG LIMAU BO LAYAN MENTERI UMNO!!!
Posted on Sunday, November 03 @ 00:50:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering





Sekarang bukan zaman 70an dan 80an .. dulu bolehlah ajak rakyat bersendiwara kononnya para menteri dan pemimpin UMNO/BN berjiwa rakyat. .. Itu dulu .. sekarang sorylah bro.



Rakyat tahu jika pemimpin itu ikhlas atau pura-pura. .. akhirnya sendiri dapat malu semata-mata nak dapat satu undi.

Tak perlulah nak tunjuk baik dan perihatin berjiwa rakyat konon hanya disebabkan adanya piliharaya kecil .. kalau tidak itu bayang pun ta nampak.

Umat Munafik Number One.

sumber : Omak Kau!!! 

 Kempen PRK Sungai Limau dicemari replika kaki sebelah dipotong
Posted on Saturday, November 02 @ 20:33:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



"

Replika yang ditemui disifatkan sebagai satu penghinaan dan provokasi pertama yang berlaku ketika kempen berjalan dengan tenang di Sungai Limau.
Semakin hampir dengan hari membuang undi, kempen pilihan raya kecil di Sungai Limau dicemari dengan kempen kotor apabila replika kaki sebelah dipotong yang ditemui digantung di Bukit Besar tengahari ini.


Insiden itu disifatkan sebagai satu penghinaan dan provokasi pertama yang berlaku ketika kempen berjalan dengan tenang di Sungai Limau.
"Pihak yang bertindak melakukannya untuk mendapatkan rasa simpati adalah sesuatu yang menjijikan dan tidak wajar.
"Saya tidak mahu orang lihat Barisan Nasional (BN) berkempen dengan kotor," kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam satu sidang media di pusat operasi BN di Sungai Limau hari ini yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab tersebut.
Satu laporan polis juga telah dibuat oleh petugas BN hari ini selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut yang berlaku betul-betul ditepi jalan pekan Bukit Besar.
Walaupun tidak mengaitkan insiden tersebut dengan mana-mana pihak, dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan arwah Tan Sri Azizan Razak yang mana sebelah kakinya telah dipotong sebelum meninggal dunia selepas menjalani pembedahan.
Jamil yang juga Ahli Parlimen Jerai tidak menolak insiden tersebut bertujuan untuk menimbulkan kemarahan kepada BN pada hari membuang undi nanti.
"Saya tidak mahu insiden ini dikaitkan dengan BN.
"Tidak menolak juga langkah jijik tersebut bertujuan menimbulkan kemarahan kepada BN," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi.
Sepanjang tempoh kempen yang bakal berakhir esok, kedua-dua belah pihak BN dan PAS berkempen secara sihat dan tiada sebarang kontroversi yang tercetus.
Malah, kedua-dua belah pihak secara tidak langsung menyeru antara satu sama lain agar berkempen secara aman dan tidak mencetuskan provokasi sebarang tempoh berkempen.
Sungai Limau adalah kubu kuat PAS yang telah dimenangi mereka selama lima penggal.
Penyandangnya arwah Azizan adalah wakil rakyat dikawasan tersebut sejak tahun 1995.
Kerusi tersebut kosong selepas arwah Azizan meninggal dunia pada 26 September kerana jatuh sakit dan mengalami kegagalan organ.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, arwah Azizan memperoleh majoriti 2,774 undi berbanding majoriti sebanyak 3,212 undi yang diperolehnya pada tahun 2008 sebelum ini.
Beliau menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dalam pertarungan empat penjuru. Dua calon bebas lain tewas dan hilang wang deposit mereka.

Malaysianinsider | 2 Nov 2013
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Saturday, November 02 @ 20:33:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering


 
BN Kutip Balik Susu Luput Tarikh
Posted on Saturday, November 02 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya







 Serah kerusi MB kepada Sohaimi
Posted on Saturday, November 02 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya


 


 PRK Sg Limau: Hot Nelayan mogok di Kuala Kedah.
Posted on Saturday, November 02 @ 23:41:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya



Oleh Dr Azman Ismail

176 buah bot Zon B (menangkap ikan 5 batu nautika dari pantai) di Kuala Kedah telah dilabuhkan sejak 1 November semalam. Ini merupakan 100% dari bot Zon B di Kuala Kedah. Nelayan-nelayan terlibat saya temui di kedai kopi di Pekan Kuala Kedah,seperti dalam gambar.Saya difahamkan di Tanjong Dawai juga 100% bot Zon B nya juga tidak keluar menangkap ikan (45 bot).Ini tentu akan menyebabkan bekalan ikan berkurangan dengan teruknya dan harga ikan melambung tinggi,membebankan semua rakyat.
Pokok masalahnya adalah 2 peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak berwajib mulai 1 November 2013:


1) masalah terbesar adalah saiz lubang pukat yang diperbesarkan;dari 25 mm ke 38 mm.Sementara pukat juga dipendekkan dan diperkecilkan dengan ukuran tertentu.

2)bot Zon B tidak dibenarkan samasekali menggunakan khidmat warga asing.Bot Zon C,12 batu nautika atau lebih saja dibenarkan menggunakan krew warga asing.

Pihak nelayan berhujah bahawa saiz lubang pukat yang lebih besar ini akan menyebabkan ikan-ikan kecil yang biasanya ditangkap untuk menjadi baja ikan seperti ketang akan terlepas.Ikan begini merupakan pendapatan penting bot-bot ini juga.Mereka mengatakan ada bot yang telah mencuba menangkap ikan dengan pukat spesifikasi baru ini dan akhirnya rugi.

Mengenai menggunakan warga asing pula,mereka berhujah bahawa adalah amat sukar mendapatkan orang tempatan bekerja di bot mereka kerana terlalu banyak lesen diberikan untuk bot-bot kecil menyebabkan nelayan tempatan habis bekerja di bot kecil masing-masing.

Soalan telah dibuat di Parlimen berkenaan masalah ini namun saya belum melihat jawpan dari Menteri yang berkenaan.Bagaimanapun kita boleh mengagak sebab penguatkuasaan spesifikasi baru pukat itu adalah untuk menjaga supaya benih ikan jangan pupus,supaya hanya ikan yang besar yang telah membenihkan anak-anak ikan saja ditangkap.

Tentang warga asing bekerja di atas bot itu,memang harapan kita semua semoga pergantungan pada warga asing dikurangkan di semua sektor,atas berbagai sebab yang telah diketahui umum.

Soalnya ialah apa yang boleh kita lakukan,apa langkah-langkah yang boleh kita ambil supaya muncul situasi menang-menang dalam menangani masalah ini.Kita juga mahu stok ikan dan hasil laut kita sentiasa terpelihara.
Nelayan mogok di Kuala Kedah.  176 buah bot Zon B (menangkap ikan 5 batu nautika dari pantai) di Kuala Kedah telah dilabuhkan sejak 1 November semalam. Ini merupakan 100% dari bot Zon B di Kuala Kedah. Nelayan-nelayan terlibat saya temui di kedai kopi di Pekan Kuala Kedah,seperti dalam gambar.Saya difahamkan di Tanjong Dawai juga 100% bot Zon B nya juga tidak keluar menangkap ikan (45 bot).Ini tentu akan menyebabkan bekalan ikan berkurangan dengan teruknya dan harga ikan melambung tinggi,membebankan semua rakyat. Pokok masalahnya adalah 2 peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak berwajib mulai 1 November 2013: 1) masalah terbesar adalah saiz lubang pukat yang diperbesarkan;dari 25 mm ke 38 mm.Sementara pukat juga dipendekkan dan diperkecilkan dengan ukuran tertentu. 2)bot Zon B tidak dibenarkan samasekali menggunakan khidmat warga asing.Bot Zon C,12 batu nautika atau lebih saja dibenarkan menggunakan krew warga asing. Pihak nelayan berhujah bahawa saiz lubang pukat yang lebih besar ini akan menyebabkan ikan-ikan kecil yang biasanya ditangkap untuk menjadi baja ikan seperti ketang akan terlepas.Ikan begini merupakan pendapatan penting bot-bot ini juga.Mereka mengatakan ada bot yang telah mencuba menangkap ikan dengan pukat spesifikasi baru ini dan akhirnya rugi. Mengenai menggunakan warga asing pula,mereka berhujah bahawa adalah amat sukar mendapatkan orang tempatan bekerja di bot mereka kerana terlalu banyak lesen diberikan untuk bot-bot kecil menyebabkan nelayan tempatan habis bekerja di bot kecil masing-masing. Soalan telah dibuat di Parlimen berkenaan masalah ini namun saya belum melihat jawpan dari Menteri yang berkenaan.Bagaimanapun kita boleh mengagak sebab penguatkuasaan spesifikasi baru pukat itu adalah untuk menjaga supaya benih ikan jangan pupus,supaya hanya ikan yang besar yang telah membenihkan anak-anak ikan saja ditangkap.  Tentang warga asing bekerja di atas bot itu,memang harapan kita semua semoga pergantungan pada warga asing dikurangkan di semua sektor,atas berbagai sebab yang telah diketahui umum. Soalnya ialah apa yang boleh kita lakukan,apa langkah-langkah yang boleh kita ambil supaya muncul situasi menang-menang dalam menangani masalah ini.Kita juga mahu stok ikan dan hasil laut kita sentiasa terpelihara.Dibuka untuk perbahasan. ....

Tiada ulasan: