KUALA TERENGGANU - Perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dikenakan bermula April 2015, ibarat pukat tunda kerana dilihat akan memberikan kesan kepada semua kerana melibatkan 'ikan kecil' dan 'ikan besar'.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata, ia tidak seharusnya berlaku kerana tidak adil untuk 'ikan kecil' yang tidak berpeluang menikmati kehidupan yang lebih lama.

“Jika benar kerajaan ingin teruskan, saya ingin cadangkan, pukat tunda itu diganti dengan pukat jerut. Ini sebab pukat jerut ini saiz lubang pukatnya ada besar dan ada yang sederhana.

“Supaya 'ikan kecil' terlepas dan dapat hidup lebih lama serta membesar, supaya orang miskin dikecualikan dan orang biasa terlepas daripada cukai. Sekarang, hanya sebahagian kecil rakyat yang bayar cukai," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini.

Melalui GST, katanya, semua orang terpaksa membayar cukai.

Kata beliau, kerajaan tidak boleh mengelirukan rakyat dengan membuat perbandingan dengan GST di Singapura.

Katanya, Singapura mulakan GST mereka dengan kadar tiga peratus dan mengambil masa sembilan tahun untuk naik satu peratus lagi.

Selepas itu, ia mengambil masa selama empat tahun lagi untuk sampai kepada tujuh peratus, iaitu jangka masa 13 tahun daripada tiga peratus untuk sampai kepada tujuh peratus, sedangkan negara ini bermula dengan enam peratus.

“Sepatutnya Malaysia pandai belajar. Singapura negara maju, Malaysia negara membangun.

"Tahap kemiskinan rakyat jauh berbeza, tetapi Singapura lebih prihatin kepada rakyat dan publisiti meluas bertahun-tahun diadakan sebelum GST dikenakan,” katanya.

Katanya, Islam adalah sistem yang paling adil. Cukai melalui zakat dan harta perniagaan dikenakan untuk mereka yang berada sahaja dan mesti cukup haul, iaitu setahun sekurang-kurangnya simpanan. Orang berada sahaja dikenakan dan kadarnya hanya 2.5 peratus.

“Islam menuntut pemerintah menjual aset dan harta sendiri sebelum rakyat dikenakan cukai bebanan yang terlalu tinggi,” katanya.

(TAKZIAH)Ahmad Busu Kena Strok, Kini Di PPUM

Written by AbangNara | September 14th, 2009

ahmad busu
Takziah kami ucapkan kepada Ahmad Busu dan sekeluarga. Ahmad Busu yang femes dengan cerita komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu kini ditahan di PPUM akibat serangan strok. Semoga kesihatan beliau cepat sembuh dan dapat berhari raya bersama keluarga. Anak beliau yang paling bongsu kini baru berumur 5 tahun.
Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan dan kesembuhan salah seorang pelawak yang bagi kami masih tiada tandingan setakat ini. Lawak Ahmad Busu dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu memang terbaik ~~

(Al-Fatihah)Ahmad Busu, Pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu Meninggal Dunia

Written by AbangNara | November 10th, 2013

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon Ahmad Busu yang telah pun meninggal dunia hari ini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Umur Allahyarham adalah sekitar 60-an.
ahmad busu meninggal dunia
Buat anda yang tidak mengenali Ahmad Busu, Allahyarham sangat popular menerusi sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu satu ketika dahulu. Watak yang dibawak ialah Mat Deris. Pelakon segenarasi dengannya ialah Imuda. Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Pemergian Ustaz Awang Kehilangan Besar Bagi PAS


KEMAMAN – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, pemergian Allahyarham Ustaz Awang Jusoh merupakan satu kehilangan besar buat PAS negeri Terengganu dan PAS Kawasan Kemaman.
Wahid berkata tokoh yang ‘gigih seperti arwah sukar dicari ganti.
“Saya amat terharu dan sangat terasa kehilangan seorang sahabat, tok guru dan tokoh politik kerana arwah merupakan antara peneraju utama PAS Kawasan Kemaman,
mohd abdul wahid“selain merupakan ‘tok guru’ yang aktif mengaja kuliah-kuliah agama di merata tempat termasuk (sehingga ke negeri) di Pahang,
Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata, kehilangan Allahyarham tiada galang gantinya.
“sesetengah orang kata patah tumbuh hilang berganti tapi bagi saya insan seperti Allyarham tiada galang gantinya.
“Seluruh kepimpinan PAS Terengganu mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang mukmin,” kata beliau ketika ditemui.
Jenazah Allahayarham yang juga mantan Exco Kerajaan Negeri merangkap Adun Chukai penggal 1999 hingga 2004, Ustaz Awang Dagang atau nama sebenarnya Awang Jusoh, di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, Chukai, kira kira jam 2.15 petang Sabtu, 9 November.
Allahyarham, 79, yang meninggal dunia kira-kira jam 11.30 Jumaat malam , selepas mengalami sesak nafas.
mahyudinSolat jenazah diimamkan oleh Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad yang merupakan menantu kepada Allahyarham.
Allahyarham yang juga bekas Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kemaman menghembuskan nafas akhir ketika berada di rumah isteri keduanya di Kampung Mak Chili, dekat sini, sejurus pengsan setelah secara tiba-tiba sukar bernafas.
Anak arwah, Mahyudin, 55, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada ibu tirinya yang memaklumkan bapanya sukar bernafas kira-kira jam 10.30 malam lalu segera berkejar ke Kampung Mak Chili dengan menunggang motosikal.
“Namun ketika berada di simpang jalan Kampung Mak Chili, ummi (ibu tiri) sekali lagi menghubungi saya dan memberitahu ayah sudah tidak sedarkan diri. Apabila tiba di rumah saya segera memanggil jiran dan menghubungi ambulans dan doktor sebelum doktor mengesahkan arwah sudah tiada,” katanya sebak.
Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad membaca doa di pusara AllahyarhamKata Mahyudin, kali terakhir dia bercakap dengan arwah ketika bapanya itu datang ke rumahnya di Kampung Injin Gergaji yang terletak bersebelahan Balai Istiqamah (tempat bapanya mengajar agama) pada jam 6 petang kelmarin iaitu beberapa jam sebelum arwah mengalami kesukaran bernafas.
“Waktu itu arwah makan petang bersama saya dan arwah sempat berjalan mengelilingi rumah saya dan pulang ke rumah di Kampung Mak Chili bersama ummi kira-kira jam 6.45 petang.
“Tiada perubahan ketara yang saya lihat pada diri arwah apatah lagi arwah kelihatan sihat dan masih kuat berjalan. Bulan lepas arwah masuk wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selama enam hari kerana sakit batu karang dan apendiks tapi lepas buat rawatan dia kelihatan makin pulih dan sihat,” katanya yang merupakan anak paling rapat dengan arwah.
Datuk Mustaffa Ali berkopiah, paling kiri ketika menziarahi jenazah Allahyarham Ustaz Awang DagangPun begitu, Mahyudin berkata, ketika dia sedang bertugas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Kedah baru-baru ini arwah ada menelefon dan berpesan kepadanya agar cepat pulang ke Chukai.
“Arwah beritahu dia uzur jadi minta saya cepat balik. Itu sahaja pesan terakhir daripada arwah,” katanya selepas menyiram air di pusara bapanya.
Berita pemergian arwah mengejutkan ramai pihak dengan lebih 500 penduduk setempat, bekas murid dan pimpinan PAS Pusat dan PAS Terengganu.
Turut menziarahi jenazah Allahyarham adalah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu yang juga Bekas Speaker Dun, Datuk Husin Awang, Bekas YDP PAS Kemaman merangkap bekas Adun Air Putih, Ismail Harun dan YDP PAS Kemaman Ustaz Alias Abdul Hamid.


Setem Besi and Mahadi Hj Isa shared Piesby Gee's photo.
Kenapa jadi begini?