Rabu, 27 November 2013

BILA MASUK PARTI TAK BERDASARKAN AKIDAH....PERLEMBAGAAN KENA BERSUMBER QURAN DAN HADIS....JIKA MAHU SELAMAT

Remaja Nikah Umur 12 Tahun Dicerai Talak Tiga



tnikahKULIM - Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.
Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.
Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.
Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.
Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.
Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.
Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.
Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.
Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.
Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.
Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.
Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah, menurut sumber Awani. 

Nikah bawah umur akhirnya berpisah jua... (bersama video)
Posted on Wednesday, November 27 @ 11:26:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 12 dan Mohd Fahmi Alias, 19, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Masih ingat perkahwinan ini mendapat liputan hampir semua media.


Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun.
Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.
Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.
Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.
Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.


Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.
Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.
Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.
Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.
Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.
Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.

Tanda-tanda Gangguan Makhluk Halus

 by

haj_bahaa_mosque_in_lebanon_night_wallpaper-normal
Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.
Firman Allah maksudnya::
“Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat).” (Al-A’raaf 16-17)




Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An’am 112)
Berikut adalah senarai tanda-tanda gangguan makhluk halus:
a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  • Mimpi buruk yang menakutkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  • Mimpi melihat makhluk halus.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).
b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:
  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan (Gila).
  • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  • Lesu dan malas.
  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi.
  • Melihat sesuatu yang pelik.
  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  • Selalu mengantuk.
  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Hilang darah.
  • Agresif dan bertindak liar.
Sumber: Sinar Zamdurani

Faktor-faktor Gangguan Makhluk Halus

 by

histeria
Al-Quran memperakui adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin lebih awal daripada Adam. Gangguan jin-jin terhadap manusia adalah suatu hakikat yg tidak dapat kita nafikan. Allah s.w.t menjadikan makhluk jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus.
Kerana itu, mereka berupaya menyakiti manusia dengan memasuki kedalam badan manusia melalui cara halus. Jin-jin ini Allah jadikan di dalam berbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil dan sebagainya. Tetapi Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.




Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasuallah s.a.w. ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan gangguan makhluk halus:
Berpunca Daripada Jin
  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
Berpunca Daripada Manusia
  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
  1. Terlalu marah.
  2. Terlalu takut.
  3. Nafsu syahawat yang tinggi.
  4. Manusia yang lalai.
  5. Jahil
  • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.
Baca juga: Tanda-tanda Gangguan Makhluk Halus
Sumber: Sinar Zamdurani

10 Perkara Mengenai Jin

by

Oleh: Ustaz Ismail Kamus

1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.


3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).
5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.
6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca ” Sala Mun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!
7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
Source: Kumbang Jingga

Tutuplah Ruang Perpecahan
Posted on Tuesday, November 26 @ 17:46:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Kita semua adalah 'amilin kepada jemaah Islam. Mereka pemimpin dan kita pengikut. Sedangkan kita juga adalah pemimpin di peringkat kita... semuanya mempunyai tugas dan sama pentingnya di sisi Allah. Tiada golongan profesional dan ulamak dalam memimpin perjuangan. Mereka yang berhak memikul gelaran itu kerana keilmuannya adalah kelebihan yg Allah beri utk berbakti kepada umat.

Bukan utk diasingkan dlm kepimpinan dan perjuangan. Biarlah mereka profesional, biarlah mereka ulamak, tetapi dlm barisan kepimpinan mereka adalah pemimpin. Serahkanlah kepimpinan kepada mereka jika mereka layak. Taatilah mereka selagi tidak melanggar hukum Allah. Bukan saja mereka akan ditanya hal kepimpinan mereka, malah kita juga akan ditanya hal ketaatan kita... jika kita mengharapkan pemimpin yg terbaik maka kita harus jadi pengikut yg terbaik. 

Apakah dengan memberikan label kepada kumpulan akademik tertentu akan menaikkan mutu kepimpinan jamaah? Tidak! Ia hanya akan menjadi tembok pemisah dengan kumpulan yang lain terutama dalam pemilihan jawatan parti kerana kumpulan lain pastinya ingin menaikkan calon dari kalangan mereka pula. Justeru apakah pertembungan seumpama ini menjadi suatu impak positif dalam kepimpinan? Pastinya tidak kerana nilai dan kebolehan memimpin telah menjadi kurang penting. Menaikkan individu dari kumpulannya akan menjadi agenda yang lebih penting. Akhirnya ia akan menjadi suatu pertembungan yang tidak sihat dan menjadi bibit kepada perpecahan di mana parti yang akan menerima kesannya. Justeru memberikan label untuk kumpulan akademik tertentu dalam saf kepimpinan jamaah hanya akan membawa kerosakan. Benarlah sebagaimana kenyataan Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang sehari sebelum muktamar baru-baru ini yang mengharamkan label-melabel.

Apa yang kita dapat jika menaikkan kumpulan tertentu dalam saf kepimpinan? Semua bentuk habuan keduniaan pastinya tidak dapat parti berikan, yang dapat hanyalah kepuasan yang tiada manfaatnya. Jika pemimpin yang kita sokong habis-habisan itu mempunyai merit kepimpinan, maka jemaah tidak rugi. Jika sebaliknya, jemaah akan rebah. Siapa yang rugi? Umat yang rugi.
Namun perlu diingat, benih perpecahan yang terjadi akibat kecenderungan menaikkan pemimpin atas kelulusan akademik tertentu itu sudahpun terlarang, sekalipun pemimpin itu mampu memimpin jemaah tetap akan rugi.
Oleh itu, sudah sampai masanya kita mengorak langkah yang lebih matang dalam perjuangan. Robohkan tembok pemisah dalam saf kepimpinan. Jernihkan pemikiran dari prasangka yang buruk. Prasangka itu hanyalah hembusan tipudaya syaitan.
Pemimpin perlu ditaati. Tanpa ketaatan apalah ertinya kepimpinan. Tanpa kepimpinan apalah ertinya sebuah jemaah. Tanpa jemaah di manakah perjuangan mahu disandarkan.
Musuh merancang untuk menewaskan kita. Kita juga merancang untuk menewaskan musuh. Kejayaan kita adalah kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh. Jadi tutuplah ruang maksiat itu sepenuhnya, insyaAllah kejayaan akan bersama kita.
As Syahid Hassa  Albanna pernah menukilkan, lantiklah seorang yang paling lemah di kalangan kamu dan taatilah. Nescaya dia akan menjadi pemimpin yang hebat.
Justeru, seusai muktamar kali yang ke-59 ini, rapatkanlah kembali silaturrahim. Tautkan kembali mahabbah. Pemimpin yang terpilih kita taati. Taat yang tidak berbelah bagi. Nescaya mereka akan menjadi pemimpin yang hebat. Jamaah akan kuat dan rahmat akan turun bagi membuka ruang kemenangan yang kita tunggu-tunggu.
Mudah-mudahan Allah akan menerima usaha dan keikhlasan kita.
Dr Ghazali Hasbullah 

11 pemimpin cabang PKR Sabah keluar parti dan sokong BN
Posted on Tuesday, November 26 @ 17:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan 11 pemimpin cabang PKR di Sabah keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka adalah pemimpin cabang Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Peluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

"Dengan erti kata apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti PKR di Sabah hampir lumpuh, sebaliknya BN semakin kuat dan utuh serta semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah," katanya.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata demikian dalam pertemuan khas dengan pimpinan PKR Sabah di Menara Dato' Onn, di sini, sebentar tadi. 

EDISI KANTOI!!! ... BUKANNYA 11 KETUA CABANG KEADILAN YANG KELUAR PARTI TETAPI HANYA 5 ORANG SAJA!!!!!

Pagi tadi bukan main lagi seronoknya Najib Razak selaku Presiden UMNO memberitahu satu dunia kononnya 11 Ketua Cabang Parti KeADILan Rakyat Negeri Sabah telah keluar parti.

Hari ini penipuan itu dideahkan oleh seorang ahli KeADILan bernama Jonathan Yasin... Beliau berkata di dinding laman sosialnya Facebook dengan kata-kata...

"Mengikut pemerhatian saya adalah tidak benar 11 Ketua Cabang PKR yg keluar. Hanya 5 Ketua Cabang (Kota Marudu/ Beluran/Kinabatangan/Silam/Semporna) dan 3 Pemangku Ketua Cabang (Kudat/Inanam/Pensiangan) yg saya kenal pasti dari dulu. Angki Adek, Muhd Jun, Solo Yuna, Jelani Hamdan dan Jeremy Malajad tidak pernah menjadi Ketua Cabang PKR Sabah".

Jelas sekali Najib Razak amat mudah di tiupu oleh para pengampunya ... Perkara se asas dan semudah ini pun beliau boleh di tipu ataupun beliau tahu tapi sengaja nak menipu. Wallah wuakhlam.

 Demonstrasi bantah Yingluck
Posted on Tuesday, November 26 @ 17:34:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Demonstrasi bantah Yingluck
Ribuan penunjuk perasaan mengibar bendera ketika mengadakan bantahan besar-besaran di Bangkok, semalam. - Foto AFP

Bangkok: Penunjuk perasaan anti kerajaan menyerbu Kementerian Luar di Bangkok dan menduduki bangunan kerajaan kedua paling penting itu semalam.

Tindakan dilakukan beberapa jam selepas mereka menyerbu masuk dan menguasai kementerian kewangan, sambil mengancam akan merampas lebih banyak bangunan kerajaan, ketika tunjuk perasaan untuk menggulingkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra semakin memuncak.

Jurucakap kementerian luar, Sek Wannamethee, berkata beratus-ratus penunjuk perasaan memecahkan pagar bangunan dan masuk ke halaman bangunan itu.

“Ramai kakitangan sedang bekerja ketika kejadian berlaku.

Penunjuk perasaan meminta mereka meninggalkan bangunan dan tidak kembali bekerja esok. Penunjuk perasaan menguasai kawasan luar bangunan tetapi tidak masuk ke dalam,” katanya.

Tiada ulasan: