Mesyuarat pertama Dewan Ulamak PAS Pusat 30 Nov
- Nov 28, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Naib Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mesyuarat tersebut akan melantik jawatan-jawatan rasmi Dewan Harian iaitu Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihan Raya.
"Kita akan bermesyuarat pada Sabtu, 30 November ini di Pejabat Agung PAS, jam 9 malam untuk lantik jawatan-jawatan termasuk pengerusi-pengerusi lajnah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Pada pemilihan sempena Muktamar PAS kali ini, semua pemimpin utama DUPP menang tanpa bertanding dengan mengekalkan penyandangnya, Datuk Harun Taib.
PAS Wilayah gerak kempen tolak kenaikan cukai DBKL
- Nov 28, 2013
- azmi
Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi berkata, penduduk sebaliknya perlu mengambil peluang untuk mengadakan bantahan agar cukai pintu tidak dinaikkan.
"Pengumuman penangguhan kenaikan kadar cukai pintu bukan berita baik untuk rakyat jadi kita jangan keliru.
"Menteri umum untuk tangguhkan sahaja, lambat laun akan laksanakan juga," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata, Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa sedang mengadakan Kempen 'Jom Bantah Kenaikan Cukai Pintu' dengan mengumpul tandatangan penduduk untuk diserahkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Selain itu katanya, contoh surat bantahan juga akan diedarkan kepada penduduk supaya mereka dapat menyediakan surat bantahan kepada DBKL.
"Bantahan perlu dilakukan secara bertulis jadi kita edarkan contoh surat bantahan kepada penduduk dan kita juga minta penduduk isi nama, alamat dan nombor akuan cukai pintu sebelum ini untuk diserahkan kepada DBKL.
"Kita tak ada banyak masa kerana tarikh akhir bantahan sehingga 17 Disember. Jadi pusat khidmat perlu bergerak segera termasuk buka kaunter di pasar malam dan pasar pagi," kata bekas calon Parlimen Titiwangsa pada PRU13 lalu.
Semalam, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J. Loga Bala Mohan berkata penangguhan itu diputuskan bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dapat dilaksanakan bermula Januari hingga Mac depan.
Warga kota bagaimanapun katanya, masih boleh mengemukakan bantahan atau aduan seperti mana yang ditetapkan iaitu sehingga 17 Disember.
Tambah Ahmad Zamri lagi, cadangan kenaikan ini akan membebankan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
"Saya katakan, inilah pakej hadiah kemenangan BN untuk rakyat selepas menang PRU13. Cukai pintu mahu dinaikkan, tahun depan tarif elektrik pula akan dinaikkan.
"Isu ini isu rakyat, melangkaui isu politik jadi saya minta semua pihak memainkan peranan untuk menjayakan bantahan kita," katanya.
Hutang 53.6% dari KDNK, menteri kata masih terkawal
- Nov 28, 2013
- HARAKAHDAILY
Dengan baki sebanyak 1.4 peratus untuk mencecah 55 peratus dari KDNK, iaitu kadar yang ditetapkan oleh Bank Negara sebagai paras bahaya, persepsi umum melihat jawapan 'terkawal' yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di parlimen kelmarin sukar untuk dipercayai.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas perkara itu semalam berkata, dalam menerangkan hutang negara ini, pemimpin BN itu seharusnya tahu asas ekonomi.
"Dia pilih angka yang dia mahu. Dia banding umpamanya dengan Singapura juga ada hutang, tapi dia tak sebut Singapura ada lebihan.
"Kalau saya ada hutang RM1,000, pendapatan saya RM10,000, itu OK. Tapi kalau pendapatan RM800, kemudian setiap tahun berhutang RM5,000, itu problem.
"Ini asas ekonomi yang menteri kena tahu," katanya pada sidang media di lobi parlimen.
Semalam dalam satu jawapan bertulis kepada Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam), kerajaan sekali lagi memaklumkan kadar hutang negara kini meningkat kepada RM529.2 bilion atau 53.6 peratus berbanding KDNK sehingga 30 September tahun ini.
Kerajaan juga memaklumkan komited untuk memastikan paras hutang negara tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK dengan menubuhkan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Hutang sahaja bukan masalah kalau kita ada lebihan.
"Tetapi kalau dah 15 tahun kita ada defisit, kemudian kita berhutang lagi, maknanya defisit kita terus bertambah. Itu yang kita bantah.
"Kalau kerajaan pilih satu angka dan tinggal angka yang lain, itu masalah," ujar Anwar.
Malaysia ku, apa dah jadi ?
Pelantikan dua bekas Adun DAP dipertikai
- Nov 28, 2013
- Harakahdaily
Beliau berkata semua pihak boleh membuat tafsiran berhubung pelantikan kedua-dua mereka yang juga merupakan bekas anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang sebelum bertindak menjadi wakil rakyat Bebas sebelum ini.
"Ini tafsiran subjektif, siapa saja boleh mentafsir, sebarang pelantikan boleh ditafsir sebagai habuan...biar mereka (pembangkang) buat tafsiran," katanya kepada pemberita di luar persidangan DUN di sini, semalam.
Beliau mengulas mengenai pertikaian Adun Malim Nawar Leong Cheok Keng berhubung pelantikan itu, selain turut membangkitkan sama ada ia sebagai 'reward' (habuan) kerana mereka menyokong Barisan Nasional (BN).
Terdahulu, ketika membahaskan Bajet 2014 negeri, Leong (DAP-Malim Nawar) berkata pelantikan Keshvinder Singh dan Datuk Hee Yit Foong dibuat dalam keadaan yang luar biasa kerana setakat ini pembangkang tidak mengetahui pengumuman mengenai pelantikan tersebut sama ada oleh kerajaan negeri atau kerajaan Pusat.
"Kalau pelantikan jawatan itu adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat, kepentingan awam, kenapa tiada apa-apa pengisytiharan umum dibuat mengenainya," katanya.
Beliau turut mempersoalkan sama ada pelantikan dua jawatan itu mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak atau peruntukan lain kerana jika tiada, maka ia boleh dikatakan di luar kuasa kerajaan atau pelantikan itu tidak sah.
"Kami pun tidak diberitahu sama ada jawatan-jawatan itu dibuka untuk permohonan, adakah mereka dikehendaki menjalani temuduga dengan pihak kerajaan, atau adakah orang lain juga mohon jawatan itu. Adakah ini semua 'black box operation' maksudnya tidak dikenali oleh orang awam," katanya.
Selain itu, Leong juga mempersoalkan sama ada imbuhan dan elaun yang diberi kepada kedua-dua penyelaras itu termasuk dalam peruntukan RM4 juta yang disediakan kerajaan negeri bagi menjalankan program berkaitan Hal Ehwal Bukan Islam atau kedua-duanya hanya bekerja secara percuma.
"Oleh yang demikian, orang mengesyaki ia adalah ganjaran politik selepas kejatuhan Pakatan Rakyat pada tahun 2009. Kontrak dan surat pelantikan perlu disebarkan kepada umum supaya tahu keistimewaan, kuasa dan bajet. Jika jawatan itu tidak diperlukan, ia perlu dihapuskan untuk menjimatkan duit rakyat," katanya.
Timbalan Speaker DUN, Datuk Nasarudin Hashim kemudian meminta Leong tidak tersasar daripada membahaskan Bajet 2014 negeri kerana persoalan itu akan dijawab semasa sesi penggulungan nanti. - Bernama
Pakatan berdepan 2 cabaran unik di Sabah, Sarawak
- Nov 28, 2013
- HARAKAHDAILY
Cabaran pertama, katanya ialah untuk berdepan dengan tuduhan bahawa parti-parti komponen Pakatan Rakyat DAP, PKR, dan PAS, bukan parti ‘tempatan’ tetapi hanya merupakan kepanjangan bagi parti-parti ‘utama’ yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia dan cenderung hanya pada kepentingan Semenanjung.
“Justeru itu, parti-parti ini dianggap tidak mampu menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, cabaran kedua melibatkan sejarah kerjasama di kalangan parti-parti pembangkang termasuk DAP, PKR dan PAS di kedua-dua negeri.
“Kedua-dua cabaran ini belum dapat diatasi sepenuhnya, namun usaha mengukuhkan kerjasama di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat telah berjaya merungkai sebahagian isu dan perkara ini tercermin pada keputusan pilihanraya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan sepanjang tiga hari lalu, saya telah mengemukakan hujah, disertakan dengan fakta dan angka, bahawa ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat, iaitu DAP, PKR dan PAS telah mencapai keputusan terbaik di peringkat parlimen dan negeri dalam pilihanraya umum tahun 1999, 2008 dan 2013 menerusi kerjasama mereka.
Kerjasama itu bukan saja membuahkan kejayaan untuk Pakatan Rakyat di Semenanjung Malaysia (kenyataan saya sepanjang tiga hari lalu memberikan tumpuan pada Semenanjung), malah juga di Sabah dan Sarawak. Ini menunjukkan dengan jelas faedah kerjasama di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat berdepan dengan dua cabaran unik di Sabah dan Sarawak.
Cabaran pertama ialah untuk berdepan dengan tuduhan bahawa parti-parti komponen Pakatan Rakyat DAP, PKR, dan PAS, bukan parti ‘tempatan’ tetapi hanya merupakan kepanjangan bagi parti-parti ‘utama’ yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia dan cenderung hanya pada kepentingan Semenanjung. Justeru itu, parti-parti ini dianggap tidak mampu menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak.
Cabaran kedua melibatkan sejarah kerjasama di kalangan parti-parti pembangkang termasuk DAP, PKR dan PAS di kedua-dua negeri.
Kedua-dua cabaran ini belum dapat diatasi sepenuhnya, namun usaha mengukuhkan kerjasama di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat telah berjaya merungkai sebahagian isu dan perkara ini tercermin pada keputusan pilihanraya.
Pada tahun 2008, pembangkang gagal menghindari pertembungan tiga penjuru di Sabah dan Sarawak.
Pada tahun itu, DAP dan PKR bertanding merebut kerusi bandar Stampin dan Sibu. Pertembungan tiga penjuru di Stampin paling merugikan, kerana pembangkang mampu menang di kawasan itu jika tidak berlaku pertembungan sedemikian.
Keadaan lebih buruk di Sabah. DAP telah bertanding di 5 kerusi parlimen, 4 daripadanya pertandingan tiga penjuru melibatkan PKR. Pertandingan tiga penjuru dengan PKR juga berlaku di 9 dari 10 kerusi negeri yang ditandingi DAP.
Pembangkang bernasib baik kerana tetap berjaya memenangi satu kerusi parlimen dan satu kerusi negeri di tengah-tengah pertembungan tiga penjuru berkenaan. Namun, kita percaya bahawa lebih banyak kerusi boleh dimenangi jika pembangkang bekerjasama lebih erat.
Selepas pembentukan Pakatan Rakyat pasca PRU tahun 2008, keadaan semakin baik dan kerjasama lebih erat telah membuahkan hasil.
Dalam pilihanraya negeri Sarawak tahun 2011, Pakatan berjaya mengelakkan pertembungan tiga penjuru di semua kerusi, dengan PKR bertanding di 49 kerusi, DAP 15, dan PAS 5. Pakatan berjaya memenangi 15 kerusi (DAP 12, PKR 3) dan menawan hampir semua kerusi bandar.
Kerjasama dan prestasi Pakatan Rakyat membuka jalan untuk menghasilkan keputusan lebih baik dalam PRU tahun 2013 apabila pakatan pembangkang di Sarawak berjaya meningkatkan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi dari satu kerusi dalam PRU 2008 menjadi 6 kerusi (5 DAP dan 1 PKR).
Walaupun kita kecewa kerana gagal memenangi kerusi luar bandar, prestasi dalam PRU13 itu tetap memberangsangkan kerana ia dicapai di sebuah negeri yang telah lama dikuasai oleh BN.
Di Sabah, Pakatan berjaya menghindari pertembungan tiga penjuru di semua kerusi kecuali satu (kerusi Labuan ditandingi oleh PKR dan PAS).
Di peringkat parlimen, PKR bertanding merebut 20 kerusi, DAP 4 dan PAS 3. Di peringkat negeri, PKR bertanding untuk 43 kerusi, DAP 8 dan PAS 9.
Sekali lagi, keputusannya menggalakkan. Pakatan berjaya merebut 11 kerusi negeri apabila PKR memenangi 7 kerusi dan DAP 4 – peningkatan besar dari hanya satu kerusi pada tahun 2008.
Hakikat yang lebih memberangsangkan ialah bahawa 6 dari 11 kerusi yang dimenangi itu adalah bagi kawasan majoriti bumiputera.
Pada masa yang sama, Pakatan juga berjaya menafikan tanggapan bahawa ia kurang popular atau kurang boleh diharapkan berbanding parti-parti pembangkang Sabah dan Sarawak.
Dalam pilihanraya negeri Sarawak tahun 2011, parti pembangkang tempatan SNAP telah bertanding untuk 26 kerusi negeri, 25 daripadanya melibatkan PKR. Calon-calon SNAP bukan saja mendapatkan undi lebih sedikit berbanding calon-calon PKR di 25 kerusi negeri ini, malah SNAP juga telah hilang deposit di 24 kerusi.
Di Sabah, dalam PRU 2013, STAR yang diketuai oleh Jeffrey Kitingan telah bertanding di 21 kerusi parlimen, semuanya melibatkan pertembungan dengan parti Pakatan (16 dengan PKR, 3 dengan DAP, 2 dengan PAS). Kecuali di Keningau, kubu kuat Jeffrey Kitingan, calon Pakatan mendapat lebih banyak undi daripada calon STAR di semua 20 kerusi parlimen yang lain.
SAPP, sebuah parti yang berpangkalan di Sabah, telah bertanding merebut 8 kerusi parlimen dan gagal memenangi undi lebih banyak daripada Pakatan di semua 8 kerusi.
Corak yang sama boleh dilihat di peringkat negeri di Sabah.
Calon STAR bertanding di 49 dari 60 kerusi negeri dan mendapat undi lebih sedikit daripada calon Pakatan di 46 dari 49 kerusi berkenaan.
SAPP bertanding di 41 dari 60 kerusi negeri dan mendapat undi lebih sedikit dari calon Pakatan di 40 dari 41 kerusi. Antara kegagalan besar SAPP ialah apabila bekas Ahli Parlimen Sepanggar Eric Majimbun gagal mempertahankan kerusinya daripada direbut oleh Roland Chia, calon PKR. Untuk kerusi negeri Likas pula, Yong Teck Lee telah kalah di tangan Wong Hong Jun dari DAP.
Pilihanraya 5 Mei 2013 menjadi pengajaran buat Pembangkang di Sabah, kerana Barisan Nasional sebenarnya dapat dikalahkan di sekurang-kurangnya empat lagi kerusi parlimen dan lapan lagi kerusi Dun jika undi tidak pecah di kalangan calon Pembangkang.
Empat kerusi parlimen itu ialah P.168 Kota Marudu, P.180 Keningau, P.181 Tenom, dan P.182 Pensiangan, manakala lapan kerusi DUN terbabit adalah N.11 Kiulu, N.29 Kundasang, N.31 Paginatan, N.32 Tambunan, N.34 Liawan, No. 35 Melalap, N.38 Nabawan dan N.45 Elopura.
Malah, jika Pembangkang bersatu di Sabah, ia sepatutnya telah mampu mengumpul 11 kerusi parlimen (3 yang telah dimenangi, ditambah empat yang terlepas kerana undi pecah, dan empat lagi, iaitu P.177 Beaufort, P.170 Tuaran, P.179 Ranau dan P.169 Kota Belud) dan 26 kerusi Dun (iaitu 12 yang telah dimenangi, ditambah dengan lapan yang terlepas daripada genggaman kerana undi pecah dan enam lagi, iaitu N.2 Tanjong Kapor, N.30 Karanaan, N.36 Kemabong, N.37 Sook, N.44 Karamunting dan N.46 Tanjong Papat).
Keputusan di Sabah dan Sarawak jelas menunjukkan bahawa pengundi di kedua-dua negeri mahukan sebuah pakatan yang boleh diharapkan untuk menjadi pembangkang yang ampuh di peringkat negeri dan parlimen, selain sebagai sebuah pakatan yang boleh diharapkan untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.
Parti-parti yang sepenuhnya bersifat tempatan di Sabah dan Sarawak tidak mampu tampil sebagai satu pilihan yang ampuh. Pakatan yang menggabungkan kekuatan parti-parti komponennya adalah satu-satunya pilihan ampuh di kedua-dua negeri.
Masih berat cabaran yang perlu ditempuh Pakatan di Sabah dan Sarawak.
Walaupun kita telah mencapai beberapa kejayaan, kawasan luar landar yang ditakluk politik wang masih menjadi kubu kuat BN.
Masalah lompat parti yang kita lihat berlaku kebelakangan ini di Sabah dan Sarawak juga adalah sebahagian daripada lanskap politik yang perlu diatasi Pakatan.
Tetapi tidak dapat diragui sama sekali bahawa setiap parti dalam Pakatan telah mendapat faedah menerusi kerjasama mereka dan bahawa keputusan yang lebih baik hanya akan dicapai jika kerjasama Pakatan Rakyat dikukuhkan di Sabah dan Sarawak.
Masa depan politik Malaysia dalam PRU14 bergantung pada Sabah dan Sarawak. Itulah nilai cabaran politik yang sedang dihadapi Pakatan.
Sanggupkah Pakatan Rakyat bangkit untuk menyahut cabaran bagi menentukan masa depan bukan saja Sabah dan Sarawak, malah Malaysia secara keseluruhan dalam PRU14?
Naik jangan tak naik..
Like · · Share · 16 minutes ago ·
Rumah pun nak naik?? naik jer...
Like · · Share · 12 minutes ago ·
Nahhh..Amekkk
Kau...3 lagi nikmat akan di beri oleh parti Beri Nikmat utk rakyat2
kesayangannya bermula thn depan:TARIF LEKTRIK,TAMBANG BAS DAN KADAR
TOL....rasanya eloklah pencacai2 parti
Beri Nikmat ini membuat jamuan kesyukuran utk menyatakan kegembiraan yg
amat sangat atas nikmat yg bakal diberi oleh parti Beri Nikmat
ini..sepatutnya pncacai2 ini berarak beramai2 sambi membawa kalungan
bunga utk dihadiahkan kpd ketua parti Beri Nikmat ini..mmg sukar utk
dapat nikmat 3 serentak ini..mngkin ada lagi nikmat2 tambahan yg bakal
diberi..siapa yg tahu??
SHAH ALAM: Tidak ada kajian semula atau penangguhan terhadap pelaksanaan kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker dan timbalannya, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), demikian tegas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) petang tadi, Khalid menjelaskan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian setelah usul yang dicadangkan semalam mendapat persetujuan ahli-ahli dewan seratus peratus.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC), Azmin Ali supaya menangguhkan perlaksanaan kenaikan gaji supaya penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.
"Kita tidak akan kaji semula atau buat penangguhan terhadap kenaikan itu. Sebab ia dah diluluskan di dalam Dewan semalam.
"Malah persetujuan itu kita perolehi dari ADUN BN dan PR. Semuanya menyokong seratus peratus, tiada penolakan diterima.
"Jika Azmin atau mana-mana ADUN yang tidak bersetuju dengan kenaikan gaji itu, mereka boleh ambil gaji yang asal atau boleh juga dermakan lebihan," katanya kepada pemberita.
Azmin semasa ditemui di sidang media di Parlimen hari ini berkata, BBC menerima kenaikan gaji tersebut, namun merasakan kadar yang diumumkan oleh Khalid adalah terlalu tinggi.
Tambahnya, Khalid tidak pernah mengadakan perbincangan bersama BBC mengenai hal itu.
Khalid semalam mengumumkan kenaikan gaji meningkat lebih seratus peratus melibatkan beberapa jawatan utama kerajaan negeri.
Perkara tersebut diluluskan dibawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 setelah mendapat persetujuan sebulat suara oleh ahli dewan negeri.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250, anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250.
Speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500, timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.
Jumlah kenaikan gaji ini akan melibatkan peruntukan lebih daripada RM10 juta iaitu kenaikan sebanyak RM5,751 541.92 daripada tahun 2011.
Namun Khalid menegaskan kenaikan gaji itu adalah munasabah dan menjadikan Sarawak sebagai indikator dalam perlaksanaannya tetapi kadarnya masih rendah berbanding apa yang diterima oleh ahli-ahli kerajaan di Sarawak.
Malah katanya, kenaikan tersebut tidak seharusnya dipandang sebagai satu isu memandangkan kerajaan negeri mempunyai kemampuan dari segi lebihan hasil negeri dan mengelakkan amalan rasuah di kalangan anggotanya, di samping kadar itu masih rendah berbanding mereka yang berkhidmat di sektor swasta.
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini juga mendesak Khalid memberi kepada rakyat dengan lebih terperinci berhubung perkara ini.
Kata Anwar kenaikan gaji yang hanya melibatkan beberapa jawatan itu dilihat terlalu tinggi dan mengejutkan banyak pihak.
Malah kata Anwar lagi, kenaikan gaji yang mendadak itu tidak boleh disamakan dengan beberapa negeri lain di kepulauan Borneo.
Tol pun nak naik ??...naik jerr...
Hamzah Ya shared Milo Kosong Koww's photo.
Hamzah Ya shared Milo Kosong Koww's photo.
Nahhh..Amekkk
Kau...3 lagi nikmat akan di beri oleh parti Beri Nikmat utk rakyat2
kesayangannya bermula thn depan:TARIF LEKTRIK,TAMBANG BAS DAN KADAR
TOL....rasanya eloklah pencacai2 parti
Beri Nikmat ini membuat jamuan kesyukuran utk menyatakan kegembiraan yg
amat sangat atas nikmat yg bakal diberi oleh parti Beri Nikmat
ini..sepatutnya pncacai2 ini berarak beramai2 sambi membawa kalungan
bunga utk dihadiahkan kpd ketua parti Beri Nikmat ini..mmg sukar utk
dapat nikmat 3 serentak ini..mngkin ada lagi nikmat2 tambahan yg bakal
diberi..siapa yg tahu??Selangor tidak akan tarik balik pelaksanaan kenaikan gaji, tegas Khalid
pada 28-11-2013 06:11 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Tidak ada kajian semula atau penangguhan terhadap pelaksanaan kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker dan timbalannya, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), demikian tegas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) petang tadi, Khalid menjelaskan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian setelah usul yang dicadangkan semalam mendapat persetujuan ahli-ahli dewan seratus peratus.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC), Azmin Ali supaya menangguhkan perlaksanaan kenaikan gaji supaya penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.
"Kita tidak akan kaji semula atau buat penangguhan terhadap kenaikan itu. Sebab ia dah diluluskan di dalam Dewan semalam.
"Malah persetujuan itu kita perolehi dari ADUN BN dan PR. Semuanya menyokong seratus peratus, tiada penolakan diterima.
"Jika Azmin atau mana-mana ADUN yang tidak bersetuju dengan kenaikan gaji itu, mereka boleh ambil gaji yang asal atau boleh juga dermakan lebihan," katanya kepada pemberita.
Azmin semasa ditemui di sidang media di Parlimen hari ini berkata, BBC menerima kenaikan gaji tersebut, namun merasakan kadar yang diumumkan oleh Khalid adalah terlalu tinggi.
Tambahnya, Khalid tidak pernah mengadakan perbincangan bersama BBC mengenai hal itu.
Khalid semalam mengumumkan kenaikan gaji meningkat lebih seratus peratus melibatkan beberapa jawatan utama kerajaan negeri.
Perkara tersebut diluluskan dibawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 setelah mendapat persetujuan sebulat suara oleh ahli dewan negeri.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250, anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250.
Speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500, timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.
Jumlah kenaikan gaji ini akan melibatkan peruntukan lebih daripada RM10 juta iaitu kenaikan sebanyak RM5,751 541.92 daripada tahun 2011.
Namun Khalid menegaskan kenaikan gaji itu adalah munasabah dan menjadikan Sarawak sebagai indikator dalam perlaksanaannya tetapi kadarnya masih rendah berbanding apa yang diterima oleh ahli-ahli kerajaan di Sarawak.
Malah katanya, kenaikan tersebut tidak seharusnya dipandang sebagai satu isu memandangkan kerajaan negeri mempunyai kemampuan dari segi lebihan hasil negeri dan mengelakkan amalan rasuah di kalangan anggotanya, di samping kadar itu masih rendah berbanding mereka yang berkhidmat di sektor swasta.
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini juga mendesak Khalid memberi kepada rakyat dengan lebih terperinci berhubung perkara ini.
Kata Anwar kenaikan gaji yang hanya melibatkan beberapa jawatan itu dilihat terlalu tinggi dan mengejutkan banyak pihak.
Malah kata Anwar lagi, kenaikan gaji yang mendadak itu tidak boleh disamakan dengan beberapa negeri lain di kepulauan Borneo.
Cukai pintu Kuala Lumpur tetap naik 1 Januari - Tengku Adnan
pada 28-11-2013 04:11
KUALA PUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan cukai pintu di bandar raya akan tetap dinaikkan pada 1 Januari depan, tetapi hanya pelaksanaannya ditangguhkan.
Beliau membetulkan kenyataan timbalannya, Datuk J Loga Balan Mohan bahawa keputusan menaikkan kadar cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah ditangguhkan hingga diberitahu kelak.
Menurutnya, tarikh akhir bantahan kenaikan cukai pintu tetap pada 17 Disember ini dan kenaikan akan bermula Januari 2014.
Beliau berkata, meskipun kenaikan bermula tahun hadapan namun pemilik hartanah dibenar menangguhkan pembayaran sehingga satu keputusan muktamad dicapai di antara DBKL dan warga kota.
“Kita boleh tangguh. Tapi bila kadar itu naik, tetap dinaikkan. Apa yang kami tangguhkan adalah pelaksanaan kerana 17 Disember semua bantahan akan diperoleh dan DBKL akan mendengar bantahan itu sekurang-kurangnya tiga bulan.
“Bulan 12 mula dengar. Mungkin cukai baru dikenakan dalam Januari. Kami kena ikut akta. Kami tidak buat apa-apa 21 tahun lalu.
“Apa yang saya lakukan adalah membetulkan nilai sebenar untuk rakyat dan berlaku adil kepada DBKL,” katanya selepas merasmikan jambatan yang menghubungkan Segambut dan Mont Kiara di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kuala Lumpur tetap bertegas akan meneruskan petisyen bantahan besar-besaran 16 Disember ini.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, biarpun kerajaan menerusi kenyataan Loga Balan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan kenaikan tarif tetapi warga kota perlu diingatkan ia hanya bersifat sementara.
"Kenaikan akan tetap berlaku menyebabkan kita tetap dengan pendirian mengumpul penduduk bandar menghantar surat bantahan pada 16 Disember ini di DBKL, " katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Semalam, Dewan Rakyat memutuskan untuk menangguhkan cadangan menaikkan kadar cukai taksiran di Kuala Lumpur ekoran bantahan daripada ahli Parlimen dan pemilik bangunan di ibu negara.
Naik gaji: Selangor rujuk sistem kenaikan Sarawak, kata Khalid
pada 28-11-2013 03:11 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kenaikan gaji
menteri besar, Speaker, anggota exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) adalah munasabah dan melihat kepada sistem kenaikan gaji yang
dilakukan oleh kerajaan negeri Sarawak.
Malah katanya, kenaikan tersebut tidak seharusnya dipandang sebagai
satu isu memandangkan kerajaan negeri mempunyai kemampuan dari segi
lebihan hasil negeri dan mengelakkan amalan rasuah di kalangan
anggotanya.
Khalid yang ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun)
Selangor, hari ini, seterusnya menjelaskan, kenaikan gaji yang bermula
pada Januari depan adalah masih rendah berbanding mereka yang berkhidmat
di sektor swasta.
"Pada saya, gaji ini lebih rendah. Dahulu pun saya dapat gaji lebih
berganda dari apa yang saya dapat sekarang. Tapi ini adalah gaji
munasabah kerana kalau kita nak bekerja untuk rakyat, kita juga mesti
pentingkan rakyat. Tapi di sektor swasta, saya rasa gaji ini tidak
tinggi tapi munasabah.
"Kita kena buat begini. Ini menunjukkan bahawa kita telus dan lebih
baik kerana pendapatan (kenaikan gaji) itu sesuai untuk wakil-wakil
rakyat dan exco.
"Seterusnya mereka tak perlu lagi mencari duit dari luar. Ini yang
berlaku. Boleh jadi menteri-menteri dalam persekutuan pun walaupun
mereka bekerja sebagai menteri, kadang-kadang masih mencari duit dari
luar untuk membiayai kerja-kerja mereka. Itu sukar untuk kita," katanya.
Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang turut merasa hairan mengapa isu
kenaikan gaji di Selangor menjadi topik hangat jika dibandingkan dengan
pengumuman negeri Sarawak mengenai perkara yang sama.
"Kita pertimbangkan, sebab itu kita ambil Sarawak sebagai contoh. Kita
buat tidak tinggi seperti Sarawak. Malah kita beri diskaun 30 peratus
dari Sarawak. Tetapi semasa Sarawak buat pembentangan kenaikan gaji ini
dan diluluskan, tidak ada satu surat khabar pun jadikan ia cerita.
"Tapi apabila Selangor buat, boleh jadi sebab ia Pakatan Rakyat, baru
ada cerita. Ini menunjukkan tiada kesamarataan. Kalau mereka (media)
konsisten, sudah tentu Sarawak juga perlu komen," demikian menurut
beliau.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji
dibawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan)
(Pindaan) 2013 setelah mendapat persetujuan sebulat suara oleh ahli
dewan negeri.
Gaji Menteri Besar meningkat lebih seratus peratus selain gaji ADUN
meningkat sebanyak 83 peratus, Speaker Dewan 268 peratus, Timbalan
Speaker 372 peratus serta ahli mesyuarat meningkat lebih seratus
peratus.
Keputusan itu diambil dengan melihat kepada peningkatan hasil dalam kerajaan negeri.
Namun hal ini menerima reaksi berbeza daripada Ketua Umum PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, yang mahukan
Khalid memberikan penjelasan terperinci kerana merasakan ia terlalu
tinggi dan dibuat secara mendadak.
Azmin gesa tangguh naik gaji ADUN Selangor
Anggota
Parlimen Gombak, Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Khalid Ibrahim menangguhkan kenaikan gaji buat wakil rakyat Selangor
yang akan berkuat kuasa mulai tahun depan.
Menurutnya, perkara tersebut diputuskan tanpa perbincangan dengan wakil rakyat lain dan kajian semula perlu dibuat agar kadar kenaikannya lebih munasabah.
"Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula agar lebih munasabah dan diterangkan kepada rakyat akan kenaikan ini," kata Azmin yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.
Menurutnya, perkara tersebut diputuskan tanpa perbincangan dengan wakil rakyat lain dan kajian semula perlu dibuat agar kadar kenaikannya lebih munasabah.
"Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula agar lebih munasabah dan diterangkan kepada rakyat akan kenaikan ini," kata Azmin yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.
Selangor tidak naikkan premium tanah
- Nov 28, 2013
- Harakahdaily
Beliau mengakui harga semasa tanah di Selangor semakin meningkat setiap tahun dan ia adalah punca utama kenaikan kadar premium tersebut.
"Kadar premium tanah di Selangor sentiasa meningkat bukan kerana peratus pengenaan cukai tetapi nilai semasa harga tanah.
"Sebagai contoh harga tanah di Petaling Jaya dalam lima tahun lepas sehingga sekarang kenaikannya melebihi 100 peratus," katanya menjawab pertanyaan mulut Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) mengenai dasar penentuan premium tanah oleh kerajaan negeri.
Abdul Khalid berkata, kadar premium tanah negeri adalah mengikut jenis-jenis seperti ditetapkan mengikut Kaedah-kaedah Tanah Selangor 2003 (pindaan 2005) dan kadar pengiraan premium tanah adalah sama mengikut daerah tetapi berbeza mengikut kegunaan tanah.
Menjawab soalan tambahan daripada Gan Pei Nei (PKR-Rawang), Abdul Khalid berkata jika tanah yang dimiliki ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) bukan atas tujuan komersial, mereka boleh memohon kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan potongan pembayaran (kadar premium tanah) atas dasar kebajikan.
"Jika tanah itu bertujuan komersial, kita tidak boleh bagi diskaun sewenang-wenangnya, sebab kalau kita hendak bagi (diskaun), kita kena bagi kepada semua," katanya. - Bernama
Kerajaan belum kemuka rayuan kes Pulau Batu Putih
- Nov 28, 2013
- Harakahdaily
Beliau berkata walaupun kerajaan tidak menyatakan komitmen untuk membuat rayuan namun kerajaan sentiasa mengumpul bukti agar dapat dibentangkan dengan baik di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.
"Kita sentiasa mencari maklumat dan dokumen yang boleh menyokong kita... untuk membuat rayuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Undang-undang Kebangsaan 2013 di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (Ilkap) di sini.
Nancy mengulas desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar kerajaan segera membuat rayuan di ICJ berhubung kekalahan kes tuntutan Pulau Batu Puteh kepada Singapura pada 2007.
Dalam perkembangan lain, Nancy meminta orang ramai supaya lebih beretika dalam berkongsi maklumat di internet dan media sosial menerusi penyebaran gambar dan video yang sensitif.
"Kita kena hormat perasaan keluarga mangsa hingga mereka terpaksa merayu kepada orang ramai supaya menghentikan penyebaran gambar dan video ahli keluarga," katanya. - Bernama
Sepatutnya Naikkan "Peruntukan YB", Bukan Naikkan Gaji!
Selangor tidak akan tangguh kenaikan gaji, kata MB
Kerajaan negeri Selangor hari ini menegaskan pendirian mereka untuk tidak menangguhkan kenaikan gaji yang dijadualkan bermula 1 Januari tahun depan kerana telah mendapat persetujuan 100% Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kedua-dua Adun daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mencapai kata sepakat berhubung kenaikan tersebut, dan Dewan telah bersetuju perkara itu akan dilaksanakan.
"Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN di Shah Alam, hari ini.
Malah, Abdul Khalid menegaskan, sebelum perbahasan berkenaan perkara itu dilakukan, beliau telah memaklumkan kenaikan gaji itu hanya akan dilakukan dengan persetujuan Adun PR dan BN.
Adun Pelabuhan Klang itu bagaimanapun berkata, sekiranya ada mana-mana ahli Dewan yang tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut, boleh menyalurkan lebihan pendapatan mereka kepada saluran-saluran lain.
"Adun PR dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak.
"Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," katanya.
Beliau turut berkata, sehingga hari ini, selain Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, tiada pihak lain yang menggesa beliau untuk menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji tersebut.
Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor hari ini menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan adun negeri itu agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.
Azmin berkata biarpun BBC tidak menolak kenaikan gaji tersebut, kadar yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah terlalu tinggi.
Menurut Adun Bukit Antarabangsa itu, sepanjang tempoh cadangan pelaksanaan kenaikan gaji, Abdul Khalid tidak pernah berbincang dengan BBC.
"Kita tidak tahu bagaimana pelaksanaannya dan kerajaan negeri sudah umumkan semalam. Tidak ada perbincangan langsung yang dibuat bersama BBC," katanya yang juga merupakan ahli Parlimen Gombak dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Pagi tadi, Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar turut mengulas mengenai kenaikan berkenaan dengan menyifatkan ia terlalu tinggi dan mendadak.
Abdul Khalid bagaimanapun berkata, kadar yang digunakan kerajaan negeri Selangor adalah berdasarkan kadar gaji di Sarawak, dan jumlah berkenaan adalah munasabah.
"Bagi sesetengah orang ini mungkin dah banyak tetapi bagi mereka yang berada dalam sektor swasta, ia tidak tinggi. Ini munasabah," katanya.
"Kita tidak boleh sorokkan pendapatan. Kita sudah setuju pendapatan kita akan umumkan," kata Adun Pelabuhan Klang itu lagi.
Malah, Abdul Khalid turut berkata, pendapatan mereka yang berada dalam sektor swasta juga melebihi gaji menteri.
"Kerajaan persekutuan juga guna konsultan daripada orang swasta. Pendapatan mereka ada kalanya yang jauh lebih tinggi daripada menteri. Jadi maknanya sudah ada penerimaan tentang gaji yang munasabah," kata Abdul Khalid.
DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dun berkuat kuasa Januari 1 depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.
Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.
Abdul Khalid ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada November 22 bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75% daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak. -TMI
MB pertahan kenaikan gaji exco, ADUN S'gor
Kenaikan gaji bagi wakil rakyat Selangor bertujuan supaya mereka tidak lagi perlu membuat kerja luar untuk mencari pendapatan tambahan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini
Kenaikan pendapatan tersebut, katanya, adalah sesuai untuk wakil rakyat dan exco kerajaan negeri kerana tidak mahu mereka membuat kerja luar untuk menampung perbelanjaan mereka.
"Ini telah berlaku (sebelum ini)," kata Khalid kepada media di lobi Dewan Undangan Neger (DUN) Selangor di Shah Alam hari ini.
Menurut Khalid, beberapa menteri persekutuan juga mungkin perlu mencari pendapatan tambahan untuk kerja-kerja politik mereka.
Katanya, walaupun mendapat gaji seorang menteri (selain elaun MP atau senator), mereka kadang-kadang mungkin perlu mendapatkan duit dari luar, untuk membayar bagi kerja-kerja mereka.
Khalid mempertahankan kenaikan pendapatan tersebut sebagai "tidak tinggi" dan "munasabah", berbanding dengan upah di sektor swasta.
Beliau berkata kerajaan negeri telah mengambil kira bantahan rakyat berhubung perkara ini.
Oleh itu, katanya, ia memilih gaji ADUN Sarawak sebagai asas dan memutuskan kadar 30 peratus lebih rendah untuk ADUN Selangor.
Walaupun kedua-dua negeri itu mempunyai rizab kewangan, Khalid berkata, Selangor lebih besar daripada Sarawak dari segi prestasi ekonomi. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan menteri besar Selangor berkata kenaikan gaji antara 80 hingga hampir 400 peratus itu dibuat selepas mengkaji pelbagai faktor termasuk mengambil kira kenaikan yang diterima ADUN serta anggota pentadbiran negeri Sarawak.
"Kita naikkan gaji di Selangor kerana tidak mahu wakil rakyat kita buat kerja luar untuk tampung perbelanjaan mereka.
"Saya berpendapat kenaikan ini munasabah sebab kita hendak (beri) servis kepada rakyat. Malah, kalau di sektor swasta, gaji seperti ini tidak tinggi. Kita juga tidak boleh sorok pendapatan sebab kita setuju setiap harta dan pendapatan mesti diumumkan, biar rakyat tahu," katanya.
Abdul Khalid turut menafikan yang gajinya lebih tinggi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Gaji di Selangor dikira berdasarkan formula 75 peratus daripada kenaikan yang diterima di Sarawak.
"Sebagai contoh kalau gaji ketua menteri Sarawak RM39,000, gaji menteri besar di Selangor ialah RM29,000.
"Selain itu, sejak lima tahun lepas kita dapat kutip hutang yang sebelum ini gagal dikutip kira-kira RM500 juta. Dengan 10 peratus daripada hasil kutipan hutang ini, kita sudah dapat bayar gaji ini," katanya. -mk
ULASAN GB
Negeri yang kaya seperti Selangor mempunyai haknya sendiri untuk menaikkan gaji para ADUNnya. Dengan rizab mencecah hampir RM3 billion, sepastinya Selangor tidak ada masalah untuk kenaikan gaji berkenaan.
Namun, rezab yang tinggi itu sepatutnya dapat dinikmati oleh "rakyat Selangor" juga secara keseluruhannya.
Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor mempertahankan kenaikan gaji berkenaan dengan alasan supaya wakil rakyat Sleangor tidak perlu membuat "kerja luar" untuk melaksanakan tugas-tugas memreka.
"Kerja luar" yang dimaksudkan berkemungkinan kerja-kerja yang boleh dikategorikan sebagi "komisyen" dan "korupsi" termasuklah membotakkan bukit untuk memunggah tanah, mengorek sungai untuk dikaut pasirnya dan yang seumpamanya.
Dengan alasan untuk menjalankan tugas YB memerlukan banyak belanja terutama untuk melayani permintaaan rakyat, bagi pandangan GB, daripada menaikkan gaji dengan "terlalu tinggi dan mendadak" kepada YB-YB, mengapakah kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid tidak memikirkan untuk menaikkan "peruntukan untuk YB"?
Ada beza di antara kedua-duanya. Dengan kenaikan peruntukan YB di satu-satu DUN, rakyat setempat dapat menikmati hasil negeri Selangor tetapi dengan hanya menaikkan gaji YB, rakyat belum tentu dapat merasainya kerana ia adalah "hak milik peribadi" YB berkenaan.
Jika peruntukan untuk YB dinaikkan berapa banyak sekalipun, ia akan disambut dengan meriah oleh sekalian rakyat Selangor. Korupsi boleh berlaku? Ya, tetapi peruntukan sentiasa boleh diaudit untuk mempastikan ia tidak disalahgunakan.
Bukan GB menentang kenaikan gaji itu, tetapi kenaikan itu biarlah berpada-pada. Separuh dari kenaikan tersebut sepatutnya disalurkan kepada rakyat di dalam bentuk peruntukan YB.
Seperkara lagi, Selangor tidak perlulah mendabik dada kerana menjadi negeri terkaya dan rezab terbanyak dengan meningkatkan gaji begitu tinggi, kerana langkah tersebut amat menyusahkan Pakatan Rakyat di tempat lain untuk mempertahankannya. Di saat kita menentang pembaziran dan belanja besar kerajaan UMNO BN di peringkat pusat dan negeri, tiba-tiba Selangor pula tidak dapat menjadi contoh yang baik di dalam apa yang kita sebutkan "belanja berhemah".
Jawapan Tan Sri Khalid: "Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," terhadap saranan YB Azmin Ali supaya ditangguhkan dahulu kenaikan gaji itu agak dikesalkan. Nadanya kedengaran angkuh dan sombong.
Beringatlah, berapa banyak kerajaan yang kaya-raya akhirnya tumbang dan musnah kerana keangkuhan dan kesombongannya. Itu hukum kebenaran dan keadilan!
Khamis, 28 November 2013
KENAIKAN GAJI !!! ADUN PR TERUS LENA DIBUAI MIMPI @NajibRazak @nohomar
Hoiii !!!! Orang bagi naik gaji bukan suruh tidur, tapi suruh buat kerja
dengan lebih baik, tingkatkan prestasi dan bukannya membuta dalam dewan
undangan tu.
Inilah akibat kenaikan gaji yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
semalam, akibatnya lebih ramai le ADUN Pakatan akan tertidur lena sebab
dah merasa selesa sebab jika pilihanraya akan datang juga sudah tentu
rakyat akan memilih puak puak ni untuk mentadbir negeri.
Tapi dimana relevan kenaikan gaji yang diluluskan semalam? Apa sumbangan
yang akan diberikan oleh ADUN pakatan yang berjumlah seramai 44 orang
dalam dewan tersebut.
Apa yang Sangkakala nampak tidak lebih dari mengganggu hujah yang
diberikan oleh ADUN Barisan Nasional semasa sessi perbahasan dan semasa
sessi soalan juga begitu seolah olah mereka cuba menutup kesalahan dan
kesilapan kerajaan negeri.
Berkenaan dengan kenaikan gaji pula, Sangkakala lihat Menteri Besar
serta Ahli Dewan Negeri Selangor cuma mengambil kesempatan diatas
kemenangan mereka di negeri ini.
Dalam pada mereka mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional berbelanja
secara melulu mereka pula mengambil kesempatan dengan menaikkan gaji
masing masing.
Memang betul didalam Dewan tersebut ada ADUN dari BN tetapi apa yang
mampu dilakukan jika majoriti menyokong keputusan? Mahu atau tidak
terpaksa bersetuju kerana suara majoriti memberikan undi kepada
keputusan.
Tapi kenaikan yang dibuat pada Sangkakala amat melampau dan ini juga
sebenarnya dinyatakan oleh ketua pembangkang Selangor yang mana beliau
mengatakan adalah wajar jika ada kenaikan tetapi bukanlah melampau
sangat kenaikannnya.
Gaji Menteri Besar dan exco dilihat sudah melebihi gaji Perdana Menteri dan Menteri Kabinet.
Cuba lihat gaji yang tertera diatas, itu gaji Menteri Besar dan speaker dewan, belum gaji exco kerajaan negeri lagi tu.
Ini ke yang dikatakan perbelanjaan berhemah oleh kerajaan Selangor?
Makin hari makin teruk nampaknya keadaan dinegeri Selangor lepas ni,
dengan kehilangan pendapatan sebanyak RM 4.8 juta setahun setelah
bangunan Yayasan Selangor tidak disewakan, kini ditambah pula dengan
kenaikan gaji para ADUN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan