Posted on Wednesday, November 27 @ 07:39:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
10. Yamashita Treasure, Philipines
Harta karun Yamashita, adalah harta yang dijarah oleh pasukan Jepun
pada Perang Dunia II, Lokasi ini berada di sebuah Teluk di Filipina,
Banyak yang percaya akan adanya harta ditempat ini, tetapi kerana
medannya telah berubah, harta ini semakin sukar untuk dicari.
9. VOC Treasure, Indonesia
Misteri harta karun VOC di Pulau Onrust memang mengundang perhatian
ramai orang. kerana kononnya, jumlah harta ini dapat melunaskan semua
hutang Indonesia .
Pulau Onrust terletak di teluk Jakarta. 3 jam dari Muara Karang dengan menggunakan kapal motor, tempat ini pada zaman Belanda dulu memang tempat yang paling sibuk, tempat masuknya kapal setelah menjajah kota-kota lain di Indonesia. Mitos harta karun VOC di pulau Onrust itu bermula dari keganjilan sejarah, bagaimana sebuah institusi dagang sebesar dan sekuat VOC tiba-tiba bangkrap.
8. Treasure of Lima, Peru
Pada tahun 1820, di Lima (ibukota Peru) sedang terjadi perang
revolusi. Untuk berjaga-jaga, pemerintah kota Lima memutuskan untuk
memindahkan harta kekayaan kota itu ke Mexico. Harta benda tersebut
meliputi batu-batu permata berharga, tempat-tempat lilin dan dua buah
patung Maria sedang menggendong Yesus seukuran manusia. Secara
keseluruhan, harta itu dianggarkan bernilai U$60 juta yang diangkut
menggunakan 11 kapal dan dikemudikan oleh Kapten William Thompson.
Namun sayangnya harta itu dilarikan oleh William Thompson dan
menyembunyikannya di Kepulauan Cocos. Sampai sekarang harta karun itu
tidak pernah ditemui lagi.
Semenjak itu sudah lebih dari 300 ekspedisi pencarian diadakan, namun gagal. Akhir-akhir ini muncul teori bahawa sebenarnya harta tersebut tidak disembunyikan di Kepulauan Cocos, melainkan di sebuah pulau tak dikenali di Amerika Tengah.
7. The Ark of The Convenant (Perjanjian Tabut ), Jerusalem
Perjanjian Tabut didalam Alkitab adalah sebuah wadah yang terbuat dari
emas yang bertuliskan “10 Perintah Tuhan” selain itu kononnya tongkat
Nabi Musa juga berada didalam kotak itu.
gambar ini hanyalah sebuah replika.
gambar ini hanyalah sebuah replika.
6. Pharaohs’ Missing Treasure, Egypt
Pada tahun 1922, Howard Carter menemui makan Tutankhamen di Lembah Para Raja (Valley of the Kings), Mesir, dia terpesona oleh kemegahan artifak-artifak yang terdapat di makam raja muda itu.
Di sekitar makan tersebut terdapat banyak sekali batu-batu permata serta artifak-artifak lain.
Namun, ketika penggalian makam-makan Fir’aun lainnya di akhir abad ke 19 ditemukan kenyataan bahawa makam-makam tersebut dalam keadaan kosong.
Hampir semua orang sudah tahu bahawa para perompak makam telah menjalankan aksinya selama berabad-abad yang lalu. Namun apabila mereka sampai menggasak habis harta para Fir-aun tersebut, maka hal itu sangat keterlaluan. Pertanyaan selanjutnya: di manakah harta para Fir’aun tersebut disembunyikan?
Beberapa
pakar percaya bahwa harta tersebut sebenarnya sengaja diambil oleh para
pendeta yang melakukan pemakaman atas dinasti Raja-Raja Mesir yang ke
20 dan ke 21 (tahun 425-343 SM) di Lembah Para Raja.
Fir’aun-Fir’aun di masa itu kononnya tidak melarang untuk mengambil
harta yang ada di makam nenek moyang mereka untuk digunakan kembali
pada saat pemakaman mereka.
5. Montezuma’s Treasure, Mexico
Pembantaian ke atas suku Aztec di Mexico yang dilakukan oleh
orang-orang Sepanyol menjadi perhatian pada tahun1520. Setelah membunuh
Kaisar Montezuma, Hernando Corts dan pasukannya dikepung oleh para
kesatria Aztec yang marah, di ibukota Tenochtitlan. Setelah pertempuran
sengit selama beberapa hari, Corts memerintahkan pasukannya untuk
mengumpulkan harta Montezuma yang paling berharga lalu membawanya
keluar. Namun belum begitu jauh mereka melarikan diri, pasukan Aztec
berjaya mengejar mereka serta menyerang pasukan Sepanyol di Tasik
Tezcuco. Baki pasukan yang tersisa segera membuang harta rampasan
mereka kemudian langsung kabur. Setahun kemudian Corts datang lagi
dengan pasukannya untuk mengambil kembali harta tersebut. Namun
penduduk Tenochtitlan telah menyembunyikan harta tersebut, sehingga
harta-harta itu tidak pernah ditemui lagi hingga sekarang.
4. King Solomon’s Treasure, Jerusalem
Setelah satu dekad, ahli arkeologi, Dr Kensley telah melakar semula peta harta karun itu untuk pertama kalinya. Menurutnya harta itu telah meninggalkan Rome pada abad ke 5 menuju Kartago, Constantinopel, dan Aljazair sebelum tujuan akhirnya di padang gurun Yudea.
3. Blackbeard’s Treasure, caribbean island
Perompak termasyur, Blackbeard, sebenarnya hanya mengambil masa selama
2 tahun untuk merompak (1716-1718). Namun selama masa itu kononnya dia
telah mengumpulkan banyak sekali barang jarahan. Ketika Spanyol sedang
sibuk mencari emas dan perak di kawasan Mexico dan Amerika Selatan,
Blackbeard dan kumpulannya menunggu dengan sabar dan kemudian merompak
kapal-kapal yang membawa emas dan perak tersebut di saat mereka kembali
ke Sepanyol.
Blackbeard dikenal sebagai perompak kejam yang pintar mengambil keuntungan. Wilayah operasinya ialah di sekitar Hindia Barat dan pantai Atlantis di Amerika Utara, dengan markas utamanya di kepulauan Bahamas dan Carolina Utara. Riwayatnya tamat pada bulan November 1718, saat Leftenan British, Robert Maynard berjaya menangkap serta menggantungnya. Namun harta jarahannya tidak diketemui hingga kini.
2. The Lost City – Atlantis (Coordinates : 31 15′15.53N 24 15′30.53W)
Goggle Ocean sambungan teknologi dari Google Earth telah merakam imej yang luar biasa iaitu Kota yang Hilang, Atlantis. Kota yang berada sekitar 620 mil di laut dalam barat laut Afrika, berdekatan dengan Kepulauan Canary di Lautan Atlantik.
Menurut filsuf Yunani, Atlantis kota yang sangat maju berada disebuah pulau sekitar 9000 tahun yang lalu. Wilayahnya meliputi wilayah Asia sehingga Libya, dengan istana-istana mewah, berlimpah emas dan perak, dan merupakan tempat yang tanah dan iklimnya terbaik di dunia. Tetapi kemudian, Plato menulis, Atlantis dikalahkan dalam perang oleh suku-suku lain. Dan Kota itu pun dihancurkan.
1. The Amber Room, Rusia
Digambarkan sebagai keajaiban dunia ke-8 oleh orang-orang yang pernah melihatnya. Amber Room merupakan harta karun paling unik sepanjang sejarah.
Merupakan sebuah ruangan berukuran 11 kaki persegi, terdiri dari panel-panel dinding berukuran besar yang bertatahkan beberapa ton batu Amber yang luar biasa, cermin-cermin besar yang di sisi-sisinya terdapat dedaun yang terbuat dari emas, serta empat buah mozaic Florentine yang luar biasa indahnya. Tersusun dalam 3 tingkat, ruangan tersebut bertatahkan permata-permata yang tak ternilai harganya. Di dalamnya tersimpan berbagai koleksi benda seni buatan Prusia dan Rusia yang paling berharga.
Dibuat oleh Raja Friedrich I dari Prusia utk diberikan kepada Czar Rusia, Peter yang Agung pada tahun 1716. Ruangan Amber terletak di Istana Katherine, St. Petersburg.
Saat Hitler bersama tentera Nazi menyerang Rusia, ruang Amber dipindahkan dan disembunyikan di suatu tempat yang tidak diketahui, dan sehingga kini belum dapat ditemui. Namun ada juga teori yang mengatakan ia telah dimusnahkan oleh tentera Soviet sendiri.
Saat ini telah diciptakan replika dari Ruangan Amber, yang dibuat dengan sangat teliti, di Istana Catherine.
source: http://www.didunia.net
SATU PUAK BERJASA PADA RAKYAT.....SATU PUAK PULAK CILUK DUIT RAKYAT...AKHIRAT MEREKA NI TAK LEPAS....ANGGOTA BADANNYA SENDIRI JADI SAKSI
Yang tidak pandai pun boleh berjasa dan berbudi kepada rakyat
Posted on Wednesday, November 27 @ 07:32:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Najib dan seluruh kabinet Malaysia perlu berterus terang, dari mengelak-mengelak dari isu sebenar di ketahui ramai. Kita hendak tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang ini dan kita hendak melihat apa yang akan dilakukan beliau dan kabinet keseluruhannya untuk menyelesaikan masalah besar yang kita sedang hadapi kini. Jangan bermain dengan silap mata lagi dan jangan menafikan yang anda dan seluruh ahli kabinet telah gagal mendapatkan penyelesaiannya.

Jika kedudukan kewangan negara sudah tenat mengaku sahaja ia tenat.
Kita sudah letih mendengar seorang ahli kabinet kata yang ekonomi kita
masih kukuh dan seorang lagi kata sedang menghadapi masalah kewangan.
Kerajaan ingin mencukai rakyat dengan berbagai cara bagi menambah
kuatkan kedudukan kewangan kita. . PM Najib tidak perlu takut dan
menerima keadaan buruk ini dengan menunjukkan jiwa mereka yang besar
dengan mengaku sahaja yang keadaan kewangan kita sedang dalam ketenatan.
Untuk menunjukkan jiwa besar ahli-ahli jemaah kabinet pula keseluruhan
kabinet perlu diajak bersama-sama meletakkan jawatan dan berundur kerana
‘accountability’ ini wajar di pikul oleh semua ahli kabinet secara
bersama (collective). Kepada Najib dan seluruh kabinet dan Majlis
Tertinggi UMNO serta BN, kita ingin menyakinkan anda semua, negara yang
anda semua tadbir ini adalah sebuah negara kepunyaan rakyat yang
demokratik.
Sesungguhnya masalah yang berlaku sekarang ini bukannya untuk
melonggokkan semua kesalahan kepada Najib dan Rosmah semata-mata malahan
ia sepatutnya menjadi tanggungan semua ahli kabinet lantikan Najib itu.
Lebih awal mengaku lebih baik untuk rakyat dan Najib serta kabinet
sekalian boleh menumpang hasil kebaikan dari tindakan mereka
mengundurkan diri dari mentabir itu.
Bukannya orang pandai dan bijaksana sahaja yang boleh berbudi kepada
negara. Yang tidak pandai pun boleh membantu menyelamatkan negara ini.
Jika yang bijak pandai menggunakan kebijaksanaan mereka membina negara
secara betul, yang tidak pandai pula boleh meninggalkan nama dan budi
serta jasa mereka dengan meletakkan jawatan dan berundur untuk
menyelamatkan negara dari jatuh tersungkur.
Banyak pendapat memberikan pandangan yang kabinet pimpinan Najib ini
merupakan kumpulan yang kedua tadi, iaitu yang tidak pandai seperti saya
dan ramai lagi di bawah ini. Maka mengundurkan diri dari memegang
amanah rakyat itu merupakan budi dan jasa yang amat besar kepada negara
dengan tidak terus menjahanamkan negara kita lagi. Pendeknya mereka
boleh membuktikan yang mereka juga adalah rakyat yang sangat patriotik
dan sanggup berhenti dan bersara demi kepentingan negara.
Jangan jadi pelepah mati kelapa yang tergantung yang hanya menunggu
waktu untuk jatuh kebumi. Masalahnya sekarang ini pemimpin tidak mahu
mengakui kelemahan mereka sedangkan mereka tahu negara akan bankrap jika
mereka masih mentadbir dan memimpin negara ini.
Jadi sekarang ini tindakan semua ahli kabinet bersara dan berundur itu
adalah satu-satunya cara bagi mereka hendak melakukan ‘redemption’
terhadap kesalahan dan kelemahan mereka di sisi rakyat, lebih-lebih
lagi di sisi agama dan Tuhan kita. Najib selalu berkata beliau mahukan
peluang untuk berjasa dan menabur budi kepada rakyat.
Sekarang peluang beliau dan ahli-ahli kabinet untuk menyempurnakan niat untuk menabur jasa itu sudah sampai pada masanya. Beliau dan kabinet lantikan beliau perlu bersara secara 'en block'. Tentu rakyat akan ber'GUMBIRA' menerima khabar berita ini.

Pemimpin yang gagal mentadbir dan tidak pula mahu mengakui kelemahan
mereka, adalah selemah-lemah pemimpin dan akan menjadi ingatan buat
selama-lamanya bagi rakyat serta generasi yang akan datang.
ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com
ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Buah pisang ada dalam syurga?
Posted on Wednesday, November 27 @ 07:05:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
" Baru ku tahu buah pisang ada dalam syurga. Buah pisang disebut sekali dalam al Quran pada surah Al-Waaqi'ah (Kiamat). Mungkin kita tertanya-tanya sebelum ini kenapa orang dulu suka sedekah buah pisang di masjid. Rupa-rupanya buah pisang ini adalah untuk mengingatkan kita akan hari kiamat dan apa yang ada di dalam syurga.
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal

Dari sudut saintifiknya pula, buah pisang adalah antara buah yang
paling berkhasiat. Dikatakan buah pisang ini dapat mencegah angin ahmar
atau “stroke” jika diamalkan memakannya.
Nampak pisang, bayangkan hari kiamat. Nampak pisang, bayangkan syurga
Allah. Nampak pisang, bayangkan buah apa pula yang ada dalam neraka.
“ Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya” (Al-Waaqi'ah 56:29)
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Posted on Wednesday, November 27 @ 07:05:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Solatnya boleh didirikan di mana-mana sahaja...
Posted on Wednesday, November 27 @ 02:27:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Saya catatkan di sini antara perkara yang paling menyentuh hati berlaku pada hari Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Malawati, Shah Alam baru-baru ini dan saya kreditkan tulisan ini kepada sahabat baik saya Saudara Jefri Chua, Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu.
Saya mengenali Jefri Chua sebagai seorang kawan dan sahabat. Selalu apabila ada kesempatan bertemu, kami selalu duduk berbincang, berkongsi pendapat dalam banyak hal, walau tak selalunya pendapat kami selari tetapi beliau mempunyai sikap menghormati pendapat orang lain dan bersedia untuk berbincang.
Di Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, beliau dengan mesra datang ke tempat duduk perwakilan PAS Setiu, mengambil tempat di sebelah saya dan sambil mengikuti perbahasan dari perwakilan, sebagaimana biasa sikap ramahnya dengan tak pernah surut, beliau berceloteh memberikan pendapat tentang perkara itu ini juga bertanya tentang itu ini...
Ditunjukkan kepada saya gambar beliau memegang sebuah buku tulisan Datuk Ismail Kamus bertajuk ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ yang sedang dibacanya. Saya hanya memberikan komentar ringkas, “buku ini sebuah buku yang baik untuk dibaca, isinya mudah difahami...”
Tanpa diduga, saya terkedu serta mengalirkan air mata, bila beliau bertanya soalan yang tak dijangka, "Apa yang you rasa bila suatu hari nanti saya menjadi seorang Islam?"
Jawab saya, "Sayalah antara manusia yang paling gembira ketika itu dan paling awal mengucapkan tahniah!"
Beliau menyambung lagi, "Sebenarnya saya sedang berfikir ke arah itu, tetapi berikan saya sedikit masa kerana saya juga mempunyai isteri dan anak-anak. Kalau saya seorang diri sahaja, mudah..."
Kata beliau lagi, "kalau dihitung purata umur rakyat Malaysia, saya masih mempunyai masa sekitar 20 tahun lagi untuk membuat kebaikan..." ujarnya penuh bermakna.
Saya mengenali Jefri yang saya panggil Jeff sebagai seorang yang berprinsip, komitmen dalam melakukan kerja, sanggup menongkah arus dalam mengambil tindakan.
Mungkin beliau satu-satunya teman berbangsa Tionghua yang belum Islam tetapi sanggup mop lantai Masjid Pengadang Baru. Selalu mengikuti kuliah pagi Jumaat Tuan Guru Presiden di Masjid Rusila.
Kelibatnya tak sukar untuk ditemui walaupun dalam program-program parti yang berbentuk keislaman.
Peranannya dalam meraih sokongan pengundi Tionghua kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 baru-baru ini tak siapa yang mampu menafikannya. Caranya dan pemikirannya agak kreatif.
Beliau menunjukkan kepada saya gambar beberapa orang perwakilan muktamar yang sedang mendirikan solat di atas lantai di satu sudut Stadium Malawati ketika rehat sesi muktamar.
Saya tanya, “Apa yang Jeff nak buat dengan gambar ini?”
Jawabnya, “Saya nak post dalam fb, nak tunjuk kepada kawan-kawan fb saya yang berbangsa Cina bahawa Islam ini sangat mudah, solatnya boleh didirikan di mana-mana sahaja...”
Sekali lagi mata saya berkaca dengan air mata yang bergenang.
Jeff sahabatku... saya menunggu untuk memeluk tubuhmu sebagai seorang saudara Islam sambil mengucapkan tahniah nanti! Saya berkeyakinan bahawa ianya tersangat hampir!
DR AZMAN IBRAHIM
Harakahdaily

Kes saman antara Umno dan Mustafa Ali lalui proses mediasi
Posted on Wednesday, November 27 @ 02:13:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Pihak-pihak yang terlibat dalam kes saman fitnah UMNO terhadap Datuk Mustafa Ali, peguamnya dan akhbar lidah rasmi Pas, HarakahDaily, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah bersetuju untuk kes itu dipindahkan bagi proses mediasi ke arah penyelesaian saman tersebut. Hakim telah menetapkan 15 Januari 2014 bagi pengurusan kes untuk mengetahui status mediasi tersebut.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh selaku pegawai awam UMNO melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi telah bertindak menfailkan saman sebelum ini. Tuntutan saman itu melibatkan lima artikel yang disiarkan setelah Mustafa didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah pada 13 April lalu apabila video lucah seorang lelaki menyerupainya tersebar di laman sesawang sejak 11 April lalu.
Mustafa sebagai defendan pertama; peguam beliau, Asmuni Awi defendan kedua dan Ketua Pengarang HarakahDaily.net, Zulkifli Sulong defendan ketiga. Dalam writ saman tersebut, , kenyataan fitnah itu diucapkan oleh Mustafa bersama Asmuni dan telah diterbitkan oleh Zulkifli. Pihak plaintif mendakwa, Mustafa telah membuat kenyataan berunsur fitnah yang pertama ketika berucap dalam satu majlis di markas Pas Kampung Molek, Dungun, Terengganu pada 13 April lalu.
Pada tarikh yang sama, kenyataan tersebut disiarkan oleh www.malaysiakini.com melalui artikel bertajuk Mustafa nafi letak jawatan SUA Pas manakala HarakahDaily.net menyiarkan artikel bertajuk Mustafa ceramah di Dungun, dakwa UMNO terdesak. Artikel ketiga bertajuk, Peguam Mustafa dakwa ia fitnah UMNO bertarikh 12 April dan artikel keempat bertarikh 13 April bertajuk, GE13: Mustafa: I’m not the man in videoclip manakala artikel kelima bertajuk Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam – Mustafa.
Artikel fitnah tersebut antaranya membawa maksud kononnya UMNO yang sengaja merancang insiden berkaitan video lucah itu, UMNO menyebarkannya untuk kempen dan UMNO menjadi dalang di sebalik pembikinan video lucah tersebut. Oleh itu Mustafa bertanggungjawab ke atas reputasi UMNO yang terjejas teruk dan pihak plaintif layak diberikan ganti rugi. Manakala peguam bela dan peguam cara, Asmuni telah turun ke arena politik dan didakwa berniat jahat ketika membuat kenyataan tersebut. Dan dasar defendan ketiga jpula berniat agar kata-kata fitnah itu diterbitkan.
UMNO tidak mempunyai sebarang kaitan serta tidak terlibat sama sekali dengan amalan politik kotor seperti itu dan mahu mendapatkan keadilan. Mereka menuduh beberapa blog pro-Umno telah memuatkan video melibatkan pemimpin itu dengan seorang wanita tidak dikenali dalam sebuah bilik hotel lapan hari sebelum penamaan calon.
Ironinya wanita dalam video itu mengaku diupah PKR untuk memerangkap pemimpin itu – yang menurutnya orang paling lantang mendesak ke arah penyatuan PAS-Umno melalui kerajaan perpaduan. Tuduhan dilemparkan kepada UMNO kononnya dalam suasana tertekan maka video lucah dikeluarkan lagi oleh BN untuk menekan Pakatan Rakyat. Mereka juga menuduh UMNO menuding jari kepada PKR juga bertujuan melaga-lagakan kedua-dua rakan dalam Pakatan itu.

2 calon SPM, seorang PMR ditahan terlibat aktiviti jenayah siber
Posted on Wednesday, November 27 @ 01:55:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
PUTRAJAYA 25 Nov. - Dua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) ditahan Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana terlibat dengan aktiviti jenayah siber.
Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, ketiga-tiga suspek berumur antara 15 dan 18 tahun itu ditahan kerana mengoperasikan laman web untuk memuat turun dan menayangkan filem-filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hak cipta.
Beliau berkata, mereka ditahan di rumah masing-masing dalam serbuan Ops Spyglass yang dijalankan pada 29 Oktober dan 8 November lalu di Selangor serta Pulau Pinang.
"Serbuan dilakukan setelah kami menerima aduan daripada pemilik hak cipta dan orang ramai tentang aktiviti jenayah siber yang melibatkan filem tempatan seperti KL Gangster 2, KL Zombie dan Tanda Putera.
"Laman web tersebut adalah www.allinoneattheremovies.blogspot.com yang beroperasi di Selangor dan www.pjsenter.com serta www.piratebytez.com yang beroperasi di Pulau Pinang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Serbuan yang disertai 10 penguat kuasa itu turut mendapat kerjasama daripada pegawai Cybersecurity Malaysia (Cybersecurity) yang memberikan bantuan teknikal semasa pemeriksaan.
Mohd. Roslan berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas tiga komputer riba, masing-masing dua router dan modem serta satu unit jalur lebar yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM12,000.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek kini diletakkan di bawah jaminan polis dan tindakan akan diambil setelah urusan peperiksaan persekolahan mereka selesai.
"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 1(G) Akta Hak Cipta 1987.
"Sekiranya disabit kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan sekurang-kurangnya RM2,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, berdasarkan soal siasat, suspek memaklumkan filem-filem yang disediakan diperoleh daripada laman web lain.
"Antaranya www.ganool.com yang beroperasi di Jawa Timur dan http://pencurimovie.sx/ serta http://moviepecah. blogspot.com/ dipercayai beroperasi di Eropah.
"Pihak penguat kuasa akan mengenal pasti pemilik laman web berkenaan dan mengambil tindakan kepada mereka, buat masa ini notis halangan akses dikeluarkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa memantau aktiviti siber anak-anak masing-masing supaya mereka tidak melakukan sebarang perkara menyalahi undang-undang.
Swasta tiada cuti haji
Posted on Wednesday, November 27 @ 01:43:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"Kita ni manja sangat, banyak sangat cuti. Macamana tok nenek kita dulu pergi haji, berbulan-bulan naik kapal. Tok nenek kita bukan kakitangan kerajaan, cuma penoreh getah, pesawah padi, nelayan, mereka tiada cuti haji atau cuti tahunan atau cuti sakit berbayar. Mereka yakin rezeki ALLAH beri. Kita korban cuti, wang untuk pergi haji hanya mengharapkan redhaNya.

Ramai yang tak sedar
dan terkejut bila diberitahu pihak swasta tiada cuti haji, pekerja
swasta tak bising pun. Malahan gaji pekerja swasta tersebut tak setinggi
gaji sesetengah pegawai kerajaan lain. Pekerja swasta yang pergi haji
perlu ambil cuti tahunan, tak cukup cuti tahunan kenalah ambil cuti
tanpa gaji.
Kalau 45 hari pergi haji,
kenalah hampir sebulan ambil cuti tanpa gaji. Yakinlah, rezeki itu dari
ALLAH, manusia dan kerajaan hanya menguruskannya.
Kerajaan tidak bercadang lanjut tempoh cuti haji
2013/11/26
2013/11/26
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh cuti
haji daripada 40 hari kepada maksimum 50 hari kerana jumlah peruntukan
cuti sedia ada sudah memadai buat penjawat awam, kata Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
"Cuti haji sedia ada untuk penjawat awam adalah memadai dan dasar
sekarang dikekalkan," katanya ketika menjawab soalan asal Mohd Rafizi
Ramli (PKR-Pandan) pada sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di
sini, hari ini.
Mohd Rafizi
bertanyakan mengapa cuti ibadah haji untuk penjawat awam dihadkan kepada
40 hari sedangkan tempoh masa menunaikan haji di bawah kelolaan Lembaga
Tabung Haji mencecah 45 hari.
Kepada
soalan tambahan Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang), Shahidan
menjelaskan kerajaan menyokong dan menggalakkan swasta memberi cuti haji
kepada pekerja swasta tapi mereka perlu faham bahawa cuti haji tidak
perlu sehingga 40 hari.
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Posted on Wednesday, November 27 @ 01:43:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan