Selasa, 19 November 2013

VIDEO SEXNYA TENTU ORANG TENGOK MELUAT...CERITA BURUK NI BIASA ORANG INGAT SAMPAI BILA2...DITAMBAH MEMGAMBARKAN ISLAM NI BURUK SANGAT....AKHIRAT KITA TUNGGU KEPUTUSAN DARI ALLAH SWT


Utusan: Chua, jangan sampai orang meluat
1:02PM Nov 17 2013
Akhbar Mingguan Malaysia tanpa berselindung lagi hari ini menyeru agar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek segera berundur dari mengetuai parti tersebut atas kegagalan parti berkenaan dalam pilihan raya umum lalu.
Seruan itu timbul ekoran usaha terbaru Chua untuk menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan salah laku kerajaan pusat, kata pengarang Mingguan Malaysia dalam pojok Awang Selamat hari ini.

“Pada Awang, selama inipun, tanpa jawatankuasa seumpama itu, MCA kerap bertindak seperti suara pembangkang. Parti itu tidak juga menang, malah kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13.

“Kepada Soi Lek, berilah peluang kepada muka lain untuk menerajui MCA. Parti itu tidak ketandusan pemimpin,” kata pengarang berkenaan dalam tulisan tersebut.

Menurutnya lagi, Chua seharusnya mengakui kesilapan sendiri sehingga menyebabkan kekalahan parti berkenaan dalam pilihan raya tersebut.

“Era Soi Lek sudah berlalu. Dont overstay your welcome atau bahasa mudahnya, jangan sampai orang meluat,” tulisan itu dipetik.
Amaran 5 hari Pemuda PAS pada Karpal

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Raja Ahmad Iskandar memberi tempoh lima hari kepada pengerusi DAP Karpal Singh untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwa berhasrat untuk menghapuskan parti politik berasaskan keagamaan.
Raja Ahmad dalam satu kenyataannya yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia menyebut, barisan pemimpin DAP sepatutnya meminta Karpal memohon maaf kepada PAS atas kenyataan kontroversi bertarikh 5 November itu.

NONEKatanya, beliau memperolehi rakaman sidang media Karpal bertarikh 5 November, yang didakwanya berbeza daripada penjelasan oleh pengerusi DAP berkenaan.

“Kami menuntut kepimpinan DAP meminta Karpal maaf kepada PAS dan menarik balik kenyataan terbaharunya tentang tidak perlu diwujudkan parti politik yang diasaskan kepada pertimbangan keagamaan di Malaysia.

“Dan juga mengenai hasrat beliau untuk pada akhirnya menghapuskan secara mutlak dari medan politik Malaysia parti diasaskan kepada pertimbangan keagamaan,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Tuntutan sama turut disuarakan naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang mahu Karpal bersikap jujur dan mengakui kesilapan sekiranya benar-benar berbuat demikian.

Mahfuz yang dipetik dalam laporan Harakahdaily turut menyatakan harapan agar DAP akan dapat mendisiplinkan Karpal atas kenyataan yang dibuat oleh pemimpin veteran itu.

"Dia (Karpal) kena jujur dan berjiwa besar. Sebelum ini dia nafikan, malah (Lim) Kit Siang juga menafikan selepas mendapat penjelasan Karpal itu.

NONE"Dengan pendedahan ini bermakna Karpal bukan sahaja calar imej PAS tapi calar juga imej DAP apabila dia berbohong kepada Lim Kit Siang kata benda itu tidak berlaku. Dia telah heret Kit Siang buat kenyataan salah," kata Mahfuz.
Desakan serupa turut disuarakan Dewan Pemuda PAS Kelantan yang mahu pemimpin DAP sendiri bertindak ke atas Karpal sekiranya pemimpin veteran itu masih enggan memohon maaf.
Timbalan ketua Pemuda PAS negeri Muhammad Hafiz Musa yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia berkata DAP perlu bertindak demikian "atas semangat setiakawan" dan untuk memelihara keharmonian dalam Pakatan.
Karpal dalam satu sidang media pada 5 November lalu didakwa menyarankan supaya parti politik atau persatuan berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai rakyat tanpa batasan kaum dan agama.

Raja Ahmad mendedahkan transkrip rakaman sidang media tersebut dalam satu kenyataannya semalam, susulan tindakan Karpal yang menafikan bahawa kenyataan tersebut bermaksud demikian.
Tuan Ibrahim: PAS akan desak Pakatan laksana hudud
11:27AM Nov 18 2013
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Muktamar PAS akan membincangkan usul khas bagi mendesak negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat melaksanakan hudud.
Tuan Ibrahim dalam laporan Sinar Harian menyebut, PAS menerima empat usul berhubung pelaksanaan undang-undang Islam, termasuk hukum hudud.

“Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat melaksanakan undang-undang itu,” katanya seperti dipetik dalam laporan berkenaan.

Tambahnya, resolusi dari perbahasan usul berkenaan di muktamar berkenaan akan dikemukakan kepada kerajaan persekutuan.

“Selepas kita berbahas usul itu pada muktamar kita akan hantar memorandum mendesak kerajaan pusat memberi laluan kepada sistem perundangan Islam itu,” katanya lagi.

Beliau yang juga pengerusi usul bagi Muktamar PAS ke-59 berkata, parti itu turut menerima usul untuk membincangkan mengenenai kerjasama politik PAS dengan parti lain.

“Kita juga telah menerima tiga atau empat kawasan yang menyerahkan usul untuk membahaskan isu tahaluf siyasi.

“Jadi kita di peringkat pusat telah terima dan akan dibahaskan di peringkat pusat,” katanya lagi dalam laporan berkenaan.
NAK BUAT HUKUM ALLAH PUN NAK BERSYARAT2....LAWAK ....LU SAPE

Hudud: Annuar Musa tetap syarat untuk kerjasama

VIDEO l 3:19 minit
MP BN Tan Sri Annuar Musa menetapkan syarat kepada PAS untuk meyakinkan parti lain dalam Pakatan Rakyat untuk menerima hudud sebelum beliau dapat memberi kerjasama untuk melaksana undang-undang tersebut.
Annuar berkata PAS perlu menyelesaikan isu berkenaan terlebih dahulu sebelum mendapatkan sokongan beliau.
"PAS bersama dengan parti gabungan lain perlu selesaikan dahulu (pertikaian tentang hudud).

"Aneh hendak bawa ke Parlimen hendak ajak BN yang merupakan lawan politik tetapi rakan separti tak setuju," katanya kepada pemberita di bangungan Parlimen hari ini.
Kenyataannya itu timbul susulan saranan dari naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang berkata, Annuar perlu menunjukkan kesungguhan untuk melihat pelaksanaan undang-undang berkenaan.
Mahfuz dalam kenyatannya hari ini berkata, Annuar perlu berbuat demikian dengan meyakinkan kerajaan Persekutuan untuk memberi kebenaran kepada Kelantan untuk melaksanakan undang-undang itu.

"Saya mengharapkan beliau akan memainkan peranan penting di antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri," kata MP Pokok Sena itu kepada pemberita di lobi Parlimen tengah hari tadi.

Saranannya itu adalah berdasarkan kenyataan Annuar minggu lalu yang menyifatkan bahawa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Kelantan telah sekian lama tertangguh kerana prosedur perundangan.
PAS menyebut, pentadbiran negeri Kelantan bersedia melaksanakan hudud di Kelantan tetapi tidak dapat berbuat demikian tanpa pindaan Perlembagaan yang perlu dipersetujui kerajaan pusat.
Perbincangan hudud mula timbul kembali apabila Brunei mula mewartakan undang-undang itu pada 22 oktober lalu yang meliputi hukuman potong tangan untuk kesalahan mencuri dan rejam sampai mati untuk kesalahan seks tanpa nikah.
Tembak adik kekasih kerana cinta terhalang

Akibat berang apabila cintanya tidak direstui keluarga teman wanitanya, seorang anggota polis bantuan melepaskan lima das tembakan yang mencederakan adik lelaki kekasihnya dalam satu kejadian di Taman Megah, Kajang, dekat Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi itu, anggota polis itu telah datang ke rumah kekasihnya berumur 26 tahun untuk berbincang hal pertunangan mereka tetapi dikatakan dihalang oleh adik lelaki wanita itu yang berumur 25 tahun daripada memasuki rumah keluarga itu.

Menurut kakak sulung mangsa, berikutan itu, berlaku pertengkaran antara suspek dengan mangsa sebelum dia memanjat pagar dan melepaskan lima das tembakan dengan satu daripadanya mengenai bahu kiri adik lelakinya itu.

Empat lagi tembakan tersasar dan satu daripadanya mengenai kereta Perodua Myvi yang berada di hadapan pagar rumah mangsa.

"Adik lelaki saya lari ke pintu belakang selepas ditembak, kami lapan orang yang berada dalam rumah berjaya halang anggota itu daripada mengejar adik saya sebelum dia (suspek) melarikan diri," kata kakak mangsa kepada pemberita di tempat kejadian.

Wanita itu berkata selepas anggota polis itu melarikan diri, keluarganya segera memaklumkan polis sebelum dia diberkas polis di sekitar kawasan Kajang.

Sumber polis berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan bagi mengeluarkan peluru. Keadaannya kini dilaporkan stabil.

Kakak mangsa berkata keluarganya menghalang hubungan cinta itu kerana mendakwa tidak menyukai sikap dan tingkah laku lelaki itu sebelum adik perempuannya memutuskan hubungan cintanya Rabu lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu dan memberi jaminan satu siasatan telus akan dijalankan ke atas kes itu.

"Kita akan siasat kes ini secara terperinci dan tiada siapa yang akan terlepas atau dilindungi. Kita akan pastikan tindakan sewajarnya diambil ke atas mana-mana anggota yang didapati terlibat dalam jenayah serta salah laku," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil pelantikan Editor Bersekutu Institute of Public Security of Malaysia (IPSOM), di Kuala Lumpur, hari ini.

- Bernama

'Kes PKFZ tak dirayu kerana kenyataan Dr M'

Kerajaan memutuskan tidak merayu perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang kerana kenyataan tiga saksi utama menyukarkan kerajaan untuk memenangi kes itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Ia didakwa menyebabkan kerajaan terpaksa membayar faedah tambahan sebanyak RM720 juta.

Menurut Nancy, kenyataan tiga bekas menteri yang memihak kepada Tun Ling Liong Sik menyukarkan pasukan pendakwaan untuk merayu kes itu.

Bekas presiden MCA, Tun Ling Liong Sik pada 25 Oktober lalu dibebaskan daripada tuduhan menipu kerajaan apabila dengan sengaja gagal mendedahkan kadar faedah tahunan sebanyak 7.5 peratus ke atas harga belian tanah untuk projek PKFZ.

"Apabila pihak pembelaan dipanggil untuk membela diri, tiga orang bekas menteri termasuk bekas perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Fong Chan On, dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah memberi kenyataan yang memihak kepada pihak pembelaan.

"Mereka nyatakan mereka tidak ditipu dan mereka tahu harga jualan yang terlibat tidak termasuk faedah.

"Dalam keadaan sebegini hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur putuskan beliau tiada alasan yang kukuh atau no cogent reason untuk menolak kenyataan mereka.

"Penemuan fakta sebegini susah untuk diubah di peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan," katanya.
Like · · · 2 hours ago ·

Tiada ulasan: