HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 14 November 2013
JANGAN MEDAN WACANA JADI MEDAN MENGANGKAT DIRI....MENGODEM ORANG....NI BUKAN AJARAN ISLAM.....JIKA TIADA....BAGUSLAH
RM7.2 Bilion Bayar Perunding: PKR Desak Penjelasan Kerajaan
Posted on Thursday, November 14 @ 02:24:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Ahli Parlimen PKR hari ini mendesak Putrajaya memberi penjelasan berhubung jumlah bayaran sebanyak RM7.2 bilion kepada perunding swasta sejak 2009 lalu.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen (gambar), berkata jawapan bertulis oleh Putrajaya semalam adalah mengejutkan dan mendesak segala butiran mengenai pembayaran tersebut didedahkan kepada umum.
"Jumlah RM7.2 bilion ini sangat mengejutkan, ini adalah suatu yang serius," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.
Dalam kertas jawapan bertulis, Putrajaya membayar perunding swasta sebanyak RM1.2 bilion pada 2009, RM1.6 bilion pada 2010, RM1.7 bilion pada 2011, RM1.8 bilion pada 2012 dan RM721 juta sehingga Oktober 2013. - 13 November 2013.
Wong Chen berkata, jumlah perbelanjaan tersebut adalah tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sebahagian hasil yang dijana daripada cukai pendapatan tahunan rakyat.
"Jumlah ini boleh diurai sebagai RM125 juta sebulan, atau RM4 juta sehari.
"Daripada angka ini, kita dapat lihat perbelanjaan ke atas syarikat perundingan swasta meningkat pada kadar purata 13.5%s setiap tahun, ini adalah dua kali ganda kadar pertumbuhan KDNK Malaysia," katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan mengambil sikap telus dalam perkara ini serta mendedahkan semua butiran daripada pembayaran kepada perunding swasta tersebut.
"Lebih banyak ketelusan diperlukan.
"Kami menyeru semua kementerian mendedahkan secara sepenuhnya jumlah yang dibelanjakan untuk syarikat perunding swasta dan nama syarikat perunding terbabit," katanya.
Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung, berkata pendedahan itu menimbulkan persoalan mengenai peranan penjawat awam yang terdiri seramai 1.42 juta ketika kerajaan berbelanja besar membayar perunding swasta.
"Isunya di sini ialah pengabaian peranan penjawat awam dalam kerajaan sedangkan kita mempunyai lebih sejuta penjawat awam.
"Perkara ini sangat membimbangkan, kami desak kerajaan beri penjelasan.
"Kami mahu butiran, nama perunding dan berapa banyak yang dibelanjakan,” katanya pada sidang media sama.
Isu perlantikan perunding luar bukan kali pertama dibangkitkan oleh pembangkang Pakatan Rakyat (PR), kerana DAP turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan melantik tiga perunding luar negara berjumlah RM268.5 juta bagi tempoh tiga tahun untuk meningkatkan bilangan guru bahasa Inggeris tempatan sedangkan terdapat cara yang lebih murah untuk menangani masalah itu. - 13 November 2013.-tmi
Kerana Siti-KJ, pengikut berbalah di Twitter
Posted on Thursday, November 14 @ 01:32:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"
Gara-gara teguran Siti Nurhaliza kepada Khairy Jamaluddin, pengikut setia mereka berbalah di Twitter.
Ramai yang menghentam Siti kerana ada yang menyifatkan penyanyi tersebut tak sepatutnya mengeluarkan status berkenaan kepada seorang menteri.
“Kalau dah orang tua tak faham bahasa ini, kena lantang sedikit. Oh lupa, akak (Siti) tidak pernah beratur beli tiket,” kata seorang pengikut Khairy, lapor mStar Online.
Pengikut Twitter Khairy (@Khairykj) meminta Siti tidak masuk campur dengan perbalahan tersebut dan menganggap Siti kurang peka mengenai perasaan penonton bola sepak negara.
Peminat Siti kelihatan lebih berhemah membalas komen-komen peminat Khairy dengan mengatakan mereka tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu.
“Datuk Siti tegur tentang hormat antara tua dan muda. Tiada kaitan dengan politik atau bola. Yang beri respons, pandai baca ke tidak?” kata salah seorang pengikut Twitter Siti.
Baca juga: Fathul Bari tunjuk jantan, sedia “sembilan lawan satu” dengan ADUN PAS"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: laniismaa
Posted on Thursday, November 14 @ 01:32:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Apa kata Tariq Ramadan Ttg Isu Kalimah ‘Allah’
Posted on Thursday, November 14 @ 00:21:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
"Kita telah mengikuti perkembangan isu Kalimah ‘Allah’ di Malaysia yang penuh kontroversi dan sensasi. Apa kata kita dengar pendapat seorang yang dinobatkan sebagai antara pemikir Islam terkenal di luar negara (Professor of contemporary Islamic studies, Oxford University) iaitu Prof. Dr Tariq Ramadan.
Apa pula pandangan adil anda mengenai kata-katanya ini:-
“Hanya orang Islam yang mempunyai ‘rasa rendah diri’ (Inferiority complex) akan memonopoli penggunaan kalimah "Allah" sedangkan perkataan Arab untuk Tuhan tidak eksklusif untuk Islam;”
"Mengapa jadi emosional, kalimah ‘Allah’ tidak eksklusif untuk orang Islam
KUALA LUMPUR, Nov 3 — Only Muslims with an “inferiority complex” would monopolise the use of “Allah” when the Arabic word for God is not exclusive to Islam, celebrated Swiss-Muslim theologian Dr Tariq Ramadan has said.
The Oxford University professor of contemporary Islamic studies, who was hailed by Foreign Policy magazine as one of the top 100 global thinkers last year, took to Twitter yesterday to add his voice to a growing number of prominent Muslims outside Malaysia who have been critical of the government’s stand that “Allah” cannot be used by followers of other faiths as it will cause confusion to Muslims.
“Why do we get emotional when others use the word #Allah?” Ramadan asked on his Twitter account, @TariqRamadan handle.
“There is only one God. My God is your God. Allah is not just the God for Muslims,” he wrote.
He added: “It is because of an inferiority complex that the word #Allah is monopolized. How about monopolizing good deeds instead?”
Ramadan, who comes from an illustrious religious family—his father, Said Ramadan, was a prominent figure in Egypt’s Muslim Brotherhood founded by his maternal grandfather, Hassan al-Banna, while his grand-uncle, Gamal al-Banna, is a famed liberal Muslim reformer—has been a vocal advocate of a progressive and moderate Islam.
In a separate Twitter entry today that seemed a continuation of his critical views on Islam and Malaysia, he remarked that non-Muslims here appear to be sharing the sentiments of Muslim minorities in the West who have been sidelined by the majority in a plural society.
He included the link to an article he had previously penned on religion here, under the hashtag Malaysia.
In the article titled “Malaysia: which challenges towards which modernity?”, Ramadan wrote that Hindu, Buddhist, Christian and atheist Malaysian citizens often feel that they are “captives in a debate that marginalises or exploits them”.
“Like the mirror image of many Muslim citizens in the West, they may be perfectly respectful of the constitution, of the laws and prerogatives of the civil state, but it is as if they are slightly excluded from the shared narrative upon which the Malaysia nation is founded,” said the scholar, who had studied at the Al-Azhar University in Egypt.
“It has proved difficult for them to achieve the fully equal status that would establish their sense of belonging to a pluralist society,” Ramadan added.
Ramadan’s remarks on the “Allah” controversy in Malaysia follows criticism by other international publications against the Court of Appeal ruling earlier this month that found that the Home Ministry’s decision to ban the use of the Arabic word in the Catholic Church’s weekly, the Herald, was justified.
The three-judge panel ruled that the use of the word “Allah” was not integral to the practice of the Christian faith, overturning a High Court decision that the ban was unconstitutional.
Prolific Turkish writer Harun Yahya had last week urged Putrajaya to reverse its ban on the use of the word “Allah” by non-Muslims here, saying the decision was “based on illogical and theologically unacceptable reasoning”.
The writer—whose real name is Adnan Oktar and who had achieved cult status among Muslim here for his rejection of Darwinism—said such a ban would inevitably lead to an environment of severe oppression, despite Putrajaya’s repeated claim that it only applies to local Catholic newspaper The Herald.
“Such a decision cannot be accepted and defended even if it was directed at one newspaper or a single person,” Oktar wrote in an opinion piece carried by Indonesian daily The Jakarta Post on October 25.
He added: “This decision, which is completely against Islam, a religion of peace and brotherhood, must be reversed and there must be freedom of expression for everyone.”
Local Islamic scholar Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin has similarly said that the Quran allows ? and even encourages ? non-Muslims to address God as “Allah”, as long as they are referring to “The Supreme Being”.
hisham-ahmad.blogspot.com"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: HishamAhmad
Posted on Thursday, November 14 @ 00:21:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Digantung kerana Simbol R4BIA
Posted on Thursday, November 14 @ 01:25:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Penyerang kelab bola sepak Al-Ahly, Ahmed Abdel-Zaher digantung tanpa gaji kerana menunjukkan simbol empat jari (R4BIA) selepas menjaringkan gol kemenangan 2-0 ketika menentang kelab Afrika Selatan, Orlando Pirates, Ahad lalu.
Kelmarin, jurucakap kelab bola sepak Mesir itu memaklumkan tindakan tersebut dibuat kerana kononnya Abdel-Zaher, 28, mencampuradukkan politik dengan sukan.
Perbuatan Abdel Zaher mendapat kritikan daripada Menteri Sukan kudeta, Kelab Al-Ahly dan Persekutuan Bola Sepak Mesir yang menganggap perbuatan itu sangat menghinakan.
Abdel Zaher menyatakan, "Saya mengangkat tanda R4BIA, tetapi tidak memaksudkan sebarang unsur politik kepada mana-mana pihak atau peminat. Saya melakukannya bagi memperingati mereka yang telah meninggal, tak kira di Rabaah, mana-mana warganegara ataupun polis"
Menteri Sukan kudeta Taher Abu Zeid turut menggesa Persekutuan Bola Sepak Mesir supaya menggantung dan mendenda pemain tersebut sama seperti yang dikenakan ke atas juara Kung Fu dunia, Mohamed Youssef.
Difahamkan, laporan dipetik dari Al Arabiya, Youssef dilarang menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun kerana beliau memakai baju T tertera lambang R4BIA dan menunjukkan simbol empat jari tersebut selepas memenangi pingat emas di Rusia pada bulan lalu.
Hasbunallahu wani'mal wakeel.
Sumber : Sinar Harian/Egyptian Streets
#mesirkini
#R4BIA
Facebook mesirkini
Wacana Pra Muktamar: Tampil Keberanian Calon
Posted on Thursday, November 14 @ 02:51:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Baru sekejap tadi telah berlangsung wacana pra muktamar Pas di Mergon, Alor Star Kedah yang mengemukakan calon-calon yang akan bertanding merebut jawatan ketua pemuda dan timbalan ketua pemuda Pas.
Ianya dianjurkan Dewan Pemuda Pas Kedah. Majlis itu sesuatu yang perlu dipuji kerana ia menggambarkan sikap terbuka dan anjakan politik pemuda Pas.
Wacana itu juga menunjukkan sikap terbuka dan keberanian dewan pemuda berkenaan. Secara tidak langsung wacana sedemikian juga meletakkan dewan Pemuda Pas lebih terkedepan berbanding dengan parti Umno yang mengakui sebagai sebuah parti berpengalaman tetapi tidak berani untuk meletakkan celon-calon yang bertanding merebut jawatan ketua Pemuda Umno di atas satu pentas untuk mengemukakan wawasan masing-masing.
Bagaimana pun agak dikesalkan seorang calon ketua dan timbalan ketua tidak hadir. Mereka ialah Kamaruzaman Mohamad yang bertanding jawatan ketua dan Abdul Khalil Abdul Hadi yang bertanding jawatan timbalan ketua pemuda. Ketidak-hadiran mereka sedikit sebanyak mencacatkan wacana berkenaan.
Ketidaaan mereka berdua juga boleh disifatkan sikap tidak sporting mereka dan mungkin juga mereka kurang berani untuk berdepan dengan khalayak. Ia ini sedikit sebanyak menjejaskan reputasi mereka sebagai calon. Tanpa hadir menyebabkan orang boleh menyifatkan mereka juga tidak mempunyai idea atau pun tidak bersedia dengan wawasan atau iltizam untuk memimpin Pemuda.
Wacana itu dirasmikan Ketua Pemuda Pas Kedah, Nasir Zakaria manakala Mohd Rozi (kalau salah nama harap maaf) selaku moderatornya. Dua calon ketua Pemuda Zul Hazmi Sharif dan Suhaizan Kaiat serta seorang calon timbalan Raja Ahmad Iskandar hadir dan mengemukakan pandangan serta wawasan mereka.
Usaha dilakukan Dewan Pas Kedah itu sesuatu yang wajar dijadikan tradisi dalam Pas menjelang pemilihan. Mungkin untuk masa akan datang ia perlu ditetapkan untuk diadakan di setiap negeri atau pun secara berpusat di Kuala Lumpur.
Sekali lagi diucapkan syabas kepada Pas Kedah kerana mendahului Dewan Pemuda Pas negeri-negeri lain. Syabas juga kepada Suhaizan, Zul Hazmi dan Raja Ahmad Iskandar kerana memenuhi undangan untuk wacana berkenaan. Anda telah memulakan sesuatu pembaharuan bernilai dalam Pas. [wm.kl.12:17 t/malam 14/11/13]-msomelayu
Gambar tambahan dari sedakasejahtera.blogspot.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan