Written By canang on Rabu,
20 November 2013 | 11/20/2013 08:52:00 PG
Soalan Assalamualaikum. Saya baru menimang cahayamata pertama. Bayi saya berumur dua bulan dikenal pasti oleh pihak hospital mengalami masalah jantung berlubang. Lubang itu hanya 2 mm di antara dinding kanan dan kiri di bahagian bawah jantung. Setiap kali menangis, kuku jari kaki anak saya menjadi biru. Pihak hospital mencadangkan pembedahan. Saya ingin bertanya bolehkah saya mencuba rawatan al-Quran untuk menyembuhkan penyakit anak saya ini?
Terima kasih. n Azhari Shaari
Surah As-Saffat ayat 22 hingga 47. Baca surah Al-Isra’ tiga kali pada waktu malam dan surah Hud tiga kali pada waktu siang. Amalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, mohon penyembuhan kepada Allah SWT. Selepas membaca dua surah pertama tadi, ulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang seterusnya.
Lebih baik berjumpa perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus. Janganlah berputus asa dalam mencari ikhtiar untuk merawat penyakit jantung. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya. “Kami menurunkan dari Al Quran itu suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman..” – (Al-Israa’, 17:82)
Yang penting, haruslah yakin bahawa segala sesuatu itu hanya boleh berlaku dengan izin Allah. Maka, jikalau ada masanya kita merasakan masalah penyakit jantung itu sudah tidak dapat lagi kita tahan dan perasaan putus asa mula menguasai perasaan kita, cepat-cepatlah ingat bahawa apa yang berlaku merupakan suatu ujian daripada Allah SWT. *Sumber dari al-bakriah.com.my
Remaja ditahan dalam ops banteras pelacuran
Seorang
remaja perempuan berusia 13 tahun adalah antara empat yang ditahan
dalam operasi membanteras kegiatan pelacuran di kawasan Bandar Sandakan
di Sandakan semalam.Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata tiga wanita yang ditahan dalam operasi pada pukul 10.45 pagi itu berusia antara 23 hingga 39 tahun.
Beliau berkata serbuan dilakukan di sebuah premis di tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Dua dan hasil pemeriksaan menemui buku kecil mengandungi catatan bayaran pelanggan dan peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti pelacuran.
Dua yang ditahan masing-masing memiliki pasport antarabangsa Filipina dan kad pelarian IMM 13, seorang lagi memiliki kad pengenalan permastautin tetap Malaysia dan remaja perempuan itu memiliki sijil lahir negara ini, katanya.
- Bernama
Mahfuz: Obama pun tak hantar isteri jadi wakil
MP
Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan yang didakwa
meluluskan peruntukan untuk isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah
Mansor melawat Qatar menggunakan jet eksekutif baru-baru ini merupakan
perbuatan memalukan.Bercakap dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini, Mahfuz berkata ia menunjukkan tindakan “Kabinet yang tidak bermaruah”.
Katanya, negara maju seperti Amerika Syarikat juga tidak akan membiarkan isteri presidennya mewakili suami melawat negara tertentu dengan jet eksekutif.
"Apabila presiden US Barack Obama tidak dapat hadir ke Malaysia, beliau menghantar wakilnya ke sini. Ada dia hantar isterinya?," soal Mahfuz.
Lawatan Rosmah pada 10 November ke Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4 itu dibangkitkan MP Gombak, Azmin Ali semalam di Dewan Rakyat
Lawatan itu menjadi topik perbincangan hangat di Dewan Rakyat pada hari Isnin lalu selepas dibangkitkan MP Gombak Azmin Ali yang mendakwa ia dibuat menggunakan jet eksekutif dan ditanggung oleh kerajaan.
Shahidan yang menjelaskan isu tersebut di Dewan Rakyat memberitahu bahawa lawatan "demi kepentingan negara" tersebut diluluskan oleh Kabinet.
Shahidan tidak mengesahkan atau menafikan bahawa lawatan itu menggunakan jet eksekutif.
Mohammad Hj Yahya shared Halim Ishak's photo.
PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH
Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah
disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam
iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan
rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi
yang bermaksud :
“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.
Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana
dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :
“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta
orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.
Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang
perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima
malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan
rasuah ini.
PUNCA BERLAKUNYA RASUAH
Antara punca berlakunya rasuah ialah :a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.
b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.
e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.
KESAN-KESAN RASUAH
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.
LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :
1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.
2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan -Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.
3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.
4.Memudahkan urusan menggunakan ICT -Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses. ## Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)
Hudud bukan untuk negeri Pakatan Rakyat sahaja - Usul PAS
pada 20-11-2013 01:11
SHAH ALAM: PAS bertindak membetulkan usul perbahasan pada muktamarnya yang bakal berlangsung minggu ini dengan mendesak kerajaan pusat supaya melaksanakan hukum Hudud.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berlaku kesilapan dalam laporan mengenai usul "Negeri pentabiran PR akan didesak laksana hudud".
"Merujuk kepada laporan mengenai usul "Negeri pentabiran PR akan didesak laksana hudud", PAS ingin menjelaskan bahawa terdapat kesilapan kepada laporan itu.
"Usul yang diterima dengan pindaan untuk perbahasan ialah untuk mendesak kerajaan Malaysia supaya melaksanakan undang-undang Syariah dan membantu mana-mana negeri yang ingin perkara sama untuk melaksanakannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, berlaku kekeliruan dalam usul terbabit kerana keputusan penuh melibatkan isu pelaksanaan Hudud terletak di tangan kerajaan pusat.
"Ia bukanlah usul yang fokus pada negeri-negeri PR semata-mata. Umum mengetahui, halangan kepada terlaksananya undang-undang Islam ada di tangan kerajaan pusat yang diterajui Umno.
"Oleh itu, tidak munasabah untuk PAS mendesak negeri-negeri PR sahaja melaksanakan undang-undang Syariah tatkala Kelantan masih menghadapi pelbagai cabaran perundangan yang menjadi penghalang selama ini," tambahnya.
Tuan Ibrahim berkata, pelaksanaan hukum Hudud bukan dipersetujui oleh PAS sahaja sebaliknya pemimpin Umno juga menerima cadangan pelaksanaannya.
Beliau memetik kenyataan ADUN Umno dari Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang pernah menyatakan hasratnya untuk melihat undang-undang Syariah dilaksanakan di negeri Johor.
"Seperti kata Ahli Parlimen Ketereh dari Umno, Tan Sri Annuar Musa umat Islam wajib berusaha untuk memastikan hukum Syariah ini berjaya direalisasikan," ujar beliau.
Muktamar PAS ke-59 akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam mulai 22 hingga 24 November ini yang bakal menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertingginya.
Muktamar kali ini dijangka panas dengan isu hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat ekoran resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS di Alor Setar sebelum ini.
Antaranya, resolusi itu mahu supaya PAS mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan Pakatan khasnya PKR berikutan berkurangnya sokongan pengundi Melayu kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Anwar: Pakatan tak sebut 40,000 pengundi Bangladesh
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan bahawa 40,000
pengundi hantu dari Bangladesh turun mengundi dalam pilihan raya lalu
mula ditimbulkan oleh penulis blog pro-Umno dan bukannya oleh pemimpin
Pakatan Rakyat.Katanya, beliau telah membuat semakan dan mendapati pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah membuat kenyataan seperti itu.
"Kita dah buat kajian, ada tak kenyataan begini? Tidak ada.
"Rupanya yang bawa (kenyataan) itu bloggers Umno.
"Kenyataan kita (adalah) memang ada pengundi luar," katanya pada sidang media di perkarangan Parlimen pagi tadi.
Anwar mengulas laporan akhbar hari ini berhubung kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina yang menafikan dakwaan bahawa 40,000 rakyatnya diterbangkan ke Malaysia untuk mengundi pada Mei lalu.
Najib minta bantuan PM Bangladesh tutup penipuan pilihan raya
(Oleh Norasikin Samsi)KUALA LUMPUR 20 NOVEMBER: Datuk Seri Najib Razak berbohong kepada Perdana Menteri Bangladesh menyatakan kononnya Pakatan Rakyat mendakwa 40,000 rakyat negara itu mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Sebaliknya, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada pembentangan Bajet lalu mengelirukan Dewan Rakyat dengan berkata, Pakatan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftar 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi.
“Najib sebenarnya mengelirukan Dewan. Kita dah jelaskan dan kita buat semakan sama ada wujud atau tidak kenyataan begini.
“Dalam semakan kita tidak ada. Kita hanya temui tiga fakta berhubung isu penipuan pengundi,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau menjelaskan, semakan Pakatan Rakyat mendapati pengundi dibawa dengan pesawat termasuk orang luar dari Sabah dan Sarawak.
Kedua katanya, kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa terdapat 62,000 pengundi yang diragui didaftar sebagai pemilih.
Seterusnya Anwar merujuk kenyataan beliau selepas pengundian awal dengan bukti nama, kad pengenalan dan status kewarganegaraan.
“Warganegara tersebut termasuk India, Bangladesh, Filipina, Indonesia. Soalan saya bagaimana orang dalam kategori warganegara ini boleh dibawa masuk sebagai pengundi awal di bawah tentera dan polis.
“Tetapi sekarang ini, dia (Najib) lemparkan (tuduhan) dan minta bantuan Perdana Menteri Bangladesh untuk mengatakan tidak ada pengundi Bangladesh mengundi di negara ini.
“Mana PM Bangladesh tahu. Ini urusan dalam Malaysia dan patut dipantau oleh SPR. SPR memang terbukti berat sebelah, tidak wibawa, tidak dipercayai lagi,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Perkara ini diberitahu Najib kepada Md Abdul Hamid, semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Bangladesh itu di negara tersebut.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, jumlah 40,000 warga Bangladesh seperti didakwa Najib itu sebenarnya merupakan ciptaan blogger Umno.
“Siapa yang kata 40,000? Ini telah dipusing oleh blogger Umno. Kenyatan kita memang ada pengundi luar dan kita buktikan dengan nama dan warganegara dalam senarai pemilih dengan merujuk kenyataan SPR. Perkara ini sekarang disahkan dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) tentang nama-nama yang dikemukakan untuk pertimbangan SPR,” katanya.
Tegas Anwar, perkara itu perlu diserahkan kepada pasukan bebas atau dibawa kepada RCI, bukan dicanang seperti dilakukan Najib.
ISMA ikrar londeh Comango habis-habisan
VIDEO l 3:30 minit
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berikrar "melondeh habis-habisan" agenda Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) jika kumpulan itu terus menuntut kebebasan beragama, termasuk hak murtad serta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Presiden ISMA Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, mereka tidak akan berundur walaupun gabungan 54 NGO mengheret itu itu ke mahkamah.
Abdullah Zaik berkata, agenda Comango yang diimport daripada negara luar khususnya Amerika Syarikat, tidak berdasarkan pengalaman dan nilai setempat serta bermotifkan penjajahan untuk merosakkan masyarakat Islam.
"Mereka berasa selesa sekarang ini kerana orang tidak tahu apa itu Comango. Tapi kalau rakyat tahu mereka perjuangkan kebebasan beragama, memperjuangkan hak murtad, LGBT dan sebagainya, saya rasa, mereka tidak akan mampu nak mengangkat muka di tepi jalan.
"Kita akan (membuat) penjelasan (tentang) perjuangan mereka. Kita akan londeh habis-habisan. Kalau dia nak main (di) mahkamah, itu hak dia," katanya ketika diminta mengulas perkara itu.
Diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Abdullah Zaik berkata pihaknya tidak menolak secara menyeluruh aspek kebebasan selagi ia sejajar dan memberi manfaat kepada masyarakat Islam.
Ia, katanya, termasuk menolak kediktatoran dan menyokong peranan masyarakat dalam menentukan dasar negara.
Sebaliknya Abdullah Zaik menegaskan, beliau tidak nampak apa-apa kebaikan dalam tuntutan kumpulan NGO itu.
"Tetapi untuk membawa seketul satu, secara menyeluruh fahaman itu untuk diterap di Malaysia, saya rasa, tidak boleh dilakukan oleh orang Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme, jujur pada kenegaraan dan setia kepada bangsa dan masyarakat dia," katanya.
Nafi 'PERKASA Islam'
Diminta membuktikan dakwaan terdapat dalang-dalang dalam tuntutan itu, termasuk pengasas Malaysiakini Premesh Chandran, Abdullah Zaik hanya menegaskan mereka tidak mereka-rekanya atau menokok tambah senarai sedia ada.
"Mereka yang senaraikan, kita hanya ketengahkan sahaja. Kita bukan ada tokok tambah daripada mana-mana. Dan mereka berjuang (serta) beriman dengan agenda itu.
"Kalau, dia beriman dengan Comango, kemudian orang kata dia dalang, OK-lah. Tapi dia tak setuju pula, maknanya (mereka) rasa terhina atau terfitnah. Itu perkara yang pelik, bercanggah," katanya.
Abdullah Zaik juga menepis gelaran sesetengah pihak bahawa NGO yang dipimpinnya itu sebagai "PERKASA Islam", ekstrem atau mempunyai kaitan dengan Umno.
"Apa yang kita bawa penting dan benar, dan kita mampu menegak dengan hujah dan bukti, maka kita rasa, lambat laun, orang akan faham kerana ia dekat dengan sanubari.
"Terbuka hijab pemikiran dan seruan kita adalah seruan fitrah, dekat dengan (hati) mereka dan yang luar adalah saingan (kita)," katanya.
Presiden kumpulan pendesak Melayu Datuk Ibrahim Ali menarik perhatian media hari ini, hanya selepas tiga jam dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah menghina mahkamah.
Walaupun didenda RM20,000 dan penjara sehari serta dibawa ke lokap di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, beliau dilihat berada di kafeteria kita-kira ham 4 petang tadi.
Ibrahim, bersama peguam dan rakan-rakan dilihat sedang minum teh tarik.
Ditanya kenapa beliau keluar daripada lokap lebih awal daripada jam 5 petang, Ibrahim berkata, pegawai terbabit membenarkannya keluar selepas membayar denda.
Beliau bagaimanapun dimaklumkan supaya tidak meninggalkan kompleks mahkamah sehingga jam 5 petang.
Mengulas keputusan hari ini, Ibrahim walaupun menerima keputusan itu menafikan membuat kenyataan yang menghina mahkamah.
Katanya, beliau tidak pernah membuat sebarang kesalahan tetapi masalahnya apabila media memutar kenyataannya.
"Saya mangsa keadaan, mangsa media sosial," katanya.

Ibrahim Ali habiskan masa dengan teh tarik
VIDEO l 3:04 mins Presiden kumpulan pendesak Melayu Datuk Ibrahim Ali menarik perhatian media hari ini, hanya selepas tiga jam dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah menghina mahkamah.
Walaupun didenda RM20,000 dan penjara sehari serta dibawa ke lokap di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, beliau dilihat berada di kafeteria kita-kira ham 4 petang tadi.
Ibrahim, bersama peguam dan rakan-rakan dilihat sedang minum teh tarik.
Ditanya kenapa beliau keluar daripada lokap lebih awal daripada jam 5 petang, Ibrahim berkata, pegawai terbabit membenarkannya keluar selepas membayar denda.
Beliau bagaimanapun dimaklumkan supaya tidak meninggalkan kompleks mahkamah sehingga jam 5 petang.
Mengulas keputusan hari ini, Ibrahim walaupun menerima keputusan itu menafikan membuat kenyataan yang menghina mahkamah.
Katanya, beliau tidak pernah membuat sebarang kesalahan tetapi masalahnya apabila media memutar kenyataannya.
"Saya mangsa keadaan, mangsa media sosial," katanya.
AMK: Isma tak faham, jumud & berniat jahat
Pemuda
PKR (AMK) menyelar kenyataan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang
mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan fahaman "liberal demokratik",
yang menurut NGO itu akan membawa Malaysia ke arah negara tiada agama.
Timbalan ketua penerangannya Najwan Halimi berkata, kenyataan Presiden ISMA Abdullah Zaik Abdul Rahman itu berniat jahat, terkepung dalam ideologi tajaan PERKASA dan sekadar mengulangi pandangan perkauman yang jumud.
Malah, menurut Najwan, ia boleh mencetuskan sentimen agama dan perpecahan kaum.
"Apa yang jelas adalah, Abdullah Zaik sendiri tidak memahami kerangka liberal dalam konteks yang menyeluruh," kata Najwan.
Dalam kenyataannya hari ini, Najwan juga berhujah, kritikan Abdullah Zaik terhadap Buku Jingga dinyatakan tanpa menyebut komitmen bersama Pakatan Rakyat untuk mempertahankan perlembagaan, Islam sebagai agama rasmi dan melindungi keistimewaan Melayu.
Berhubung dakwaan Institut Kajian Dasar (IKD) pimpinan pimpinan pusat PKR Khalid Jaafar, mempromosikan fahaman liberal secara terancang, Najwan menafikannya.
"IKD sebagai sebuah institusi pemikir bukan sekadar mengangkat wacana liberal sebagai tema perdebatan bahkan turut mempromosi aliran pemikiran Islam klasik dan kontemporari sejajar dengan pergulatan pelbagai isu dan krisis pemikiran, sosial dan budaya di negara ini," katanya.

Setem Besi shared Dinie Putra Norikmar's photo.
Angka sebelahi Nik Amar, tapi Mat Sabu...
Tinggal
48 jam sebelum pemilihan pusat PAS, persaingan antara dua calon
timbalan presiden parti Islam itu masih sukar ditentukan kelebihan
memihak kepada siapa ekoran pertembungannya ibarat buku bertemu ruas.
Penyandang Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah, masing-masing tidak dapat mendabik dada sudah benar-benar selamat. Bahkan, dijangka, yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak semua.
Menurut sumber-sumber PAS, keputusan pemilihan bergantung kepada undi menyokong Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa yang dianggap mempunyai kuasa penentu.
Sokongan yang diperoleh mereka di peringkat kawasan perlu diambil kira memandangkan berjaya mendapat pencalonan tertinggi bagi jawatan nombor dua sebelum menarik diri daripada persaingan.
Masih tidak jelas undi-undi itu akan pergi ke mana. Bagaimanapun, ia dilihat bergantung kepada hubungan kedua-dua calon dengan Tuan Ibrahim dan Husam.
Satu versi menyatakan, Mohamad mempunyai kelebihan berdasarkan hubungan 'tidak mesra' Nik Amar-Husam akibat politik dalaman PAS Kelantan dan kerajaan negeri.
Kedua-dua mereka pernah menjadi exco yang sama-sama berpengaruh bawah pimpinan tokoh terpenting PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini.
Bagaimanapun, hubungan Mohamad dan Husam juga mempunyai sejarah 'calarnya' sendiri apabila sama-sama berentap pada 2009 untuk jawatan sama dalam pertembungan tiga penjuru dengan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.
Mohamad dan Husam walaupun dianggap satu aliran, masing-masing gagal berkompromi - situasi yang memberikan kelebihan kepada Nasharuddin, calon proulama ketika itu.
Trend 4 tahun pemilihan
Sementara itu, di atas kertas, trend pengundian sejak empat tahun lalu tidak menyebelahi Mohamad yang hanya mendapat sokongan satu pertiga daripada lebih 1,000 perwakilan pada 2011.
Pada 2009, Mohamad tewas dengan sokongan terendah 261 undi, Husam (281 undi) dan Nasharuddin 480 undi. Perpecahan undi Mohamad dan Husam menjadi punca kekalahan kumpulan profesional.
Dalam pemilihan dua tahun berikutnya, trend sebaliknya pula berlaku apabila Mohamad - calon tunggal kumpulan profesional - menang tipis akibat perpecahan undi kumpulan ulama.
Mohamad menang jawatan timbalan presiden dengan 420 undi berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharuddin (224).
Berdasarkan angka itu, bermaksud Mohamad gagal mendapat sokongan bulat penyokong Husam selepas dua tahun.
Bahkan, kumpulan ulama menambah penguasaan mereka daripada 480 undi pada 2009 kepada 624 (gabungan undi Tuan Ibrahim dan Nasharuddin) pada 2011.
Ini menyebabkan Mohamad, walaupun mempunyai kelebihan penyandang, tetap tidak senang duduk.
Namun begitu, telahan ini hanya akan menjadi kenyataan dengan mengandaikan faktor-faktor lain tidak berubah. Tetapi itu tidak mungkin.
Menilai daripada aspek aktivisme dan kepimpinan, Mohamad dilihat lebih ke hadapan memimpin massa dalam isu-isu penting, antaranya melalui demonstrasi BERSIH dan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.
Beliau juga dilihat sebagai tokoh nasional berbanding Nik Amar yang hanya dikenali di peringkat negeri walaupun turut menganggotai jawatankuasa Pusat PAS.
Malah, kewujudan kumpulan-kumpulan dalam PAS Kelantan, yang Mohd Amar dianggap antara pemain utamanya, tidak menjanjikan kelebihan kepada ADUN Panchor itu.
Korban perjuangan sendiri?
Mohamad juga menyandarkan harapan kepada populariti sebagai pemidato 'bersuara emas' PAS dan aktivismenya yang menyaksikan beliau turun naik mahkamah dan ditahan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) sebelum ini.
Manakala Nik Amar (kanan) pula menyandarkan peluangnya kepada berpengalaman dalam kerajaan negeri yang diberi kepercayaan oleh Nik Aziz, termasuk mengantikan kuliah mingguan mursyidul am PAS itu.
Statusnya sebagai anak 'tok guru Nik Lah' yang memperoleh sarjana dalam bidang teologi di Birmingham, United Kingdom itu juga dilihat mempengaruhi keputusan pengundian Jumaat ini dalam parti berteraskan agama itu.
Nik Amar juga tidak dihantui kontroversi di peringkat nasional berbanding Mohamad yang masih berhempas pulas menepis tuduhan berfahaman Syiah dan isu khalwatnya lama dahulu, walaupun mahkamah telah membebaskannya.
Semua ini sudah tentu akan dipertimbangkan perwakilan bagi menentukan masa depan PAS, termasuk hubungan dalam Pakatan, prospek untuk pilihan raya umum ke-14 dan arah tuju parti dalam keadaan trend politik yang makin melampui sentimen.
Sesiapa pun yang menang pasti akan memainkan peranan besar menentukan semua ini, terutamanya ikatan PAS dalam Pakatan yang terbukti berhasil sejak awal kerjasama pada 2008.
Persoalannya, antara budaya aktivisme dan kepimpinan ulama, pihak manakah yang benar-benar diperlukan PAS buat masa ini?
Tetapi, jika Mohamad tewas, keputusan itu pastinya ironi sekali di mata penganalisis.
Mohamad, 30 tahun lalu antara tokoh yang paling terkedepan memperjuangkan kepimpinan ulama. Dan 30 tahun kemudian, adakah beliau akan menjadi korban perjuangannya sendiri?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan