Hilangnya tazkirah dan doanya
- Nov 26, 2013
- TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Kepenatan bersama menggerakkan jamaah ini, adalah nikmat perjuangan. Semua petugas bergerak sebagai sebuah jamaah.
Inilah ukhuwah dan nikmat perjuangan yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang menghayatinya.
Namun tanpa disedari kita sebenarnya kehilangan nasihat dan doa daripada Mursyidul Am. Muktamar kali ini kita hanya sempat melihat kelibatnya sebentar di pentas di hari perasmian.
Beliau yang telah diketahui sangat uzur terus menggagahkan diri untuk turut hadir di pentas utama. Namun kesihatannya tidak mengizinkan beliau terus bersama kita di sepanjang Muktamar kali ini
Kebiasaannya beliau akan menasihati semua kita sama ada pimpinan di pentas, perwakilan atau pemerhati.
Namun kali ini tiada lagi nasihat dan tazkirah daripada beliau, tiada lagi doa dan munajat beliau di akhir Muktamar. Kelibatnya sudah tidak kelihatan di pentas utama pada hari penutup Muktamar.
Beliau terpaksa berlepas pulang lebih awal kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Sesusuk tubuh kecil sudah tidak kelihatan lagi pada hari kita mendengar penggulungan daripada Presiden parti.
Apakah kita masih boleh melihatnya di pentas utama pada Muktamar tahun hadapan?
Semua akan mengharapkan demikian. Kami pimpinan masih memerlukan teguran dan nasihat beliau.
Saya sempat bersama beliau sewaktu menghadiri mesyuarat syura yang diadakan pada petang Jumaat lalu. Ternyata Kesihatannya tidak mengizinkan beliau meneruskan mesyuarat.
Walau tidak banyak isu yang kami bincang, kerana mesyuarat tersebut lebih kepada memenuhi jadual mesyuarat yang sudah ditetapkan, namun itulah Musyidul Am yang kita kasihi.
Beliau gagahkan juga untuk bersama kita. Marilah kita terus berdoa agar Allah sembuhkan beliau dan Muktamar akan datang kita akan dapat lagi mendengar nasihat, teguran dan doa daripada beliau.
Ya Allah, kami memohon rahmat kasihan belas-Mu agar Engkau kurniakan kesihatan kepada guru kami, pimpinan kami Mursyidul Am yang kami cintai.
Royalti: Pemuda janji realisasi gesaan R
- Nov 26, 2013
- Harakahdaily
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata memang menjadi hasrat beliau dan juga pemuda PAS untuk memberi fokus kepada isu-isu rakyat termasuk dalam isu royalti ini.
"Isu royalti ini termasuk dalam rakyat yang dewan pemuda akan mendepaninya secara berkesan.
"Kita akan sama-sama dengan NGO Royalti (R) untuk memperjuangkan hak rakyat ini sehingga ianya dikembalikan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden R, Nari Deraman mencadangkan supaya saf kepimpinan pemuda yang baru turut memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan tuntutan royalti yang dinafikan pusat.
Nazri berkata, pemuda PAS perlu bersama dalam isu ini dan mahu dewan itu memperjuangkannya secara bersungguh-sungguh dan konsisten.
Beliau juga menggesa Pemuda PAS agar menubuhkan Jawatankuasa Khas Perjuangan Menuntut Royalti di peringkat dewan itu.
Selain itu Nazri juga mencadangkan agar dewan itu menjadi penghubung kepada NGO lain seperti Royalti, Lynas, Bersih, Anak dan lain-lain.
Tarbiah bukan agenda utama Pemuda PAS
- Nov 26, 2013
- Zaharudin Muhamad
Saya jawab "program tarbiah bukan agenda utama" tetapi agenda "utama ialah memobilasi gerakan menuntut keadilan untuk rakyat". Memang wartawan tersebut agak kebingungan dengan jawapan saya, kerana jarang kedengaran seorang ustaz tidak meletakkan agenda utama ialah tarbiah.
Kenapa?
Apabila disebut sebagai agenda utama, maka itulah yang akan dihighlightkan kepada masyarakat dalam bentuk penerangan dan mobilasi. Adapun apabila disebut sebagai bukan agenda utama, ia tidak bermaksud membelakangkan tarbiah atau mengkesampingkannya.
Bila disebut agenda utama, common understanding ialah ianya akan menjadi fokus utama di dalam mesyuarat dan perkara yang selalu diucapkan oleh DPPM bagi menarik sokongan orang ramai.
Maka tarbiah bukan untuk itu, ajakan orang ramai supaya bersama kita namanya dakwah, bukan tarbiah. Semua kerja PAS adalah dakwah dan mesti bertepatan dengan kaedah-kaedah dan garis panduan dakwah yang telah ditinggalkan oleh rasul-Nya S.A.W.
Kiasnya seperti kereta
Tarbiah seperti kereta. Service rutin seperti penukaran minyak hitam, oil filter dan lain adalah agenda rutin yang menjadi kewajipan semua ahli jemaah PAS. Itulah kedudukan usrah yang sepatutnya menjadi agenda rutin bulanan, bermula daripada DPPM, DPP negeri sehingga ke semua DPP kawasan.
Kadang kala perlu dibuat major service seperti penukaran gasket dan lain-lain khususnya apabila kereta terlalu lasak digunakan. Itulah ibarat kepentingan Ijtima' Tarbawi bagi pengukuhan keseluruhan jentera.
Tarbiah adalah agenda dalaman parti bagi memperkukuhkan jentera. Adalah tidak praktikal mengajak semua rakyat mengikut agenda ini. Kereta orang, tuannya punya pasal nak service atau tidak, nak pakai minyak apa, oil filter jenis apa.
Agenda utama kita mengajak semua kereta-kereta yang ada bersama kita menuju matlamat. Atau dengan kata lain, mengajak semua parti politik yang ada, termasuk juga NGO dan semua lapisan bersama kita di dalam sesuatu agenda utama. Bagi saya isu keadilan ekonomi dan bantahan GST adalah agenda yang perlu diutamakan, dihighlightkan dan diajak semua parti politik, NGO dan lain-lain supaya bersama kita.
Tentukan agenda utama, plan tindakan dan jentera
Apabila kereta sudah diservice, keadaannya baik, baru kita boleh tentukan matlamat yang diletakkan sebagai agenda utama. Adakah kereta ini (DPPM) akan membawa kita ke Terengganu? Ke Singapore? Ke Bukit Kayu Hitam? Ke Alor Star? Jika kita kereta kita maintenancenya dalam keadaa baik, maka kita boleh pandu ke mana sahaja. Jika minyak hitam (tarbiah) tak pernah dibuat, minyak enjin tak pernah ditukar, maka menentukan destinasi yang jauh agak berisiko khususnya posibiliti kerosakan kereta di tengah jalan adalah besar.
Justeru itu, agenda tarbiah adalah agenda rutin yang wajib diteruskan. Untuk agenda rutin ini, saya berterima kasih dan berbangga dengan usaha YB Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi Ketua Pemuda yang lalu dan YB Ustaz Nik Abduh, pengerusi Tarbiah DPPM yang lalu yang telah memperkasakan tarbiah di zaman mereka khususnya menghidupkan Ijtima' Tarbawi di peringkat kebangsaan.
Dengan sebab usaha mereka, maka DPPM pada sesi baru mampu berfikir untuk menggerakkan jentera yang 'telah diservice baik' ini untuk menuju ke sesuatu destinasi yang akan ditetapkan sebagai agenda utama DPPM sesi 2013-2015.
Agenda utama?
Secara peribadi, saya berhasrat untuk meletakkan agenda utama DPPM ialah memperjuangkan keadilan ekonomi rakyat. Hari ini, rakyat tertekan dengan ekonomi dan kewangan, kerja dari pagi sehingga ke petang, hampir separuh hidup mereka di tempat kerja berbanding dengan keluarga. Seteruk itu kerja, pendapatan mereka tidak mencukupi, dapat gaji akhir bulan bulan depan dah habis.
Hidup dikelilingi hutang sekeliling pinggang. Lepas pencen tiada harta yang dapat dibuat. Kereta yang dibayar oleh 1/4 gaji sudah buruk sewaktu pencen. Yang tinggal mungkin hanya rumah yang pada waktu itu mungkin belum habis installmentnya. Wang simpanan seperti lantai disapu penyapu dan dilap air, licin bersih.
Alternatif kepada masalah rakyat ini adalah kerja dakwah yang saya berhasrat menjadikan agenda utama DPPM sesi ini. Bukan sahaja mengajak orang ramai mengubah sistem ekonomi korup, tetapi kerja yang lebih besar ialah mempamerkan tawaran sistem ekonomi Islam yang adil.
Bergantung kepada persetujuan mesyuarat
Walau bagaimanapun, ini adalah lontaran awal idea dan hasrat saya. Hasrat ini yang menyebabkan saya tidak menolak pencalonan saya di dalam AJK Pemuda dan AJK Pusat. Kalah adalah pertandingan adalah impian saya supaya tidak disoal di hadapan Allah kelak. Sebab itu saya tidak menyatakan perkara ini sebelum muktamar kerana takut ia bersifat kempen diri sendiri yang dilarang oleh Nabi S.A.W.
Walau bagaimanapun, menang adalah peluang untuk saya memperjuangkan perkara ini melalui DPPM kerana ia adalah instrument yang terbaik di dalam negara demokrasi untuk membuat perubahan kepada negara yang tercinta.
Final kepada idea dan cadangan ini bergantung kepada keputusan mesyuarat DPPM. Jika dipersetujui, maka insya Allah ia akan dilaksanakan, jika tidak, insya Allah saya akur kepada keputusan mesyuarat.
Apapun, insya Allah agenda utama ini saya akan kemukakan di dalam mesyuarat DPPM untuk akhirnya memobilasi rakyat Malaysia ke arah keadilan ekonomi seterusnya membentuk sebuah negara Malaysia yang kuat.
Saya yakin di dalam lapisan DPPM ramai kepakaran dalam bidang ekonomi dan pengurusan bisnes. Saya ada bersama saya, Saudara Syahir Sulaiman yang saya anggap seperti adik saya sendiri. Saya ada ustaz-ustaz berkaliber dalam bidang syariah ekonomi seperti Ustaz Syed Kadir, Ustaz Fadhli Shaari dan termasuk aktivis yang rajin berusaha, iatu KP sendiri. Alhamdulillah, pakej DPPM sesi ini lengkap dan insya Allah bersedia menuju ke arah membentuk Malaysia Yang Kuat.
Saya menyeru kepada semua jentera, daripada DPPM, DPP negeri dan DPP kawasan sehingga ke cawangan untuk memberikan sokongan kepada KP yang baru, dan seterusnya menggerakkan DPP di semua peringkat bagi mengorak langkah ke arah keadilan dan membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang kuat.
Sekian.
Penulis ialah AJK Pemuda PAS Malaysia sesi 2013-2015. Tulisan di atas dipetik daripada facebook beliau.
Perkauman, diskriminasi dan berbudaya
- Nov 26, 2013
- Mahdzir Ibrahim
Bukan hanya mereka yang tidak bersekolah tinggi atau miskin, siapa jua yang berpendidikan, status hidup atau yang beragama, juga terdedah dengan sikap perkauman, prejudis atau diskriminasi antara kaum mahu pun golongan. Dengan kata lain, mereka ini tidak akan terselamat dari sikap tersebut.
Kepercayaan seseorang tentang keistimewaan atau kelebihan pada sesuatu bangsa atau kaum (termasuk kaum sendiri) bukanlah suatu perkara yang salah. Ia tiada apa-apa nilai pada apa-apa atau mana komuniti. Jika saya nak rasa Melayu itu hebat, hebatlah. Jika kaum India merasa kaumnya istimewa, juga tiada masalah. Tiada siapa boleh mempertikaikan kepercayaan saya atau sesiapa.
Tetapi perlu kita sedari juga bahawa, perasaan atau pun kepercayaan ini akan mudah sekali mendorongnya menjadi satu sikap yang dizahirkan, baik dengan ungkapan kata-kata kepada umum atau tindakan secara fizikal ke atas seseorang, maka barulah ia sempurna dinilai sebagai – rasis. Jika ada body contact, maka ia dianggap sebagai jenayah.
Dalam faham Nazi, ‘faham’ bahawa kaum yang digelar sebagai Aryan itu, sebagai kaum yang sempurna, tinggi statusnya atau istimewa jenisnya, bukanlah suatu kesalahan moral atau pun jenayah kepada sesiapa pun.
Ia hanyalah idea yang diambil sebagai suatu kepercayaan penganutnya. Tetapi, kepercayaan ini (nazi) menjadi virus hingga mendorong/lahirnya faham politik, sikap politik, tindakan politik dan keputusan politik, maka dari semua aksi dari kepercayaan ini, jadilah ia suatu dasar yang memberi kesan fizikal kepada orang ramai.
Mein Kampf (Perjuangan saya), Hitler mengembangkan teori politiknya selepas memerhatikan dengan teliti dasar-dasar Empayar Austria-Hungary. Beliau percaya bahawa kepelbagaian etnik dan linguistik telah melemahkan bangsanya dan dia juga melihat demokrasi sebagai kuasa yang boleh menggugat kestabilan politiknya. Dari sinilah, aksi politik Nazinya bermula. Dan selebihnya, Nazi tinggal sebagai sejarah hitam di benua eropah.
Inilah beza antara kepercayaan dengan hukum moral, sama ada yang diucap atau dizahir dengan pelbagai bentuk.
Kita disini juga mungkin sering atau sekurang-kurangnya pernah mendengar ungkapan kata-kata…
1.“Buat apa kau beli dengan Cina, kan orang ‘kita’ ada, kenalah tolong orang kita”.
ATAU
2."Baik aku upah mekanik (bengkel) Cina, Melayu buat lambat, tak boleh tawar-menawar pula tu ”
Ungkapan-ungkapan ini pada hakikatnya bukanlah satu tindakan ofensif yang perkauman secara langung atau dengan niat. Tetapi, apabila kita membaca dari senario atau konteks ungkapan ini dizahirkan, ia menunjukan ada aksi yang menjurus kepada tindakan diskriminasi, prasangka dan prejudis kepada pihak peniaga, sama ada kepada peniaga kaum Cina mahupun peniaga kaum Melayu.
Kedua-duanya kenyataan ini adalah sikap rasis. Dan sikap rasis ini diterjemahkan dalam konteks ekonomi.
Ungkapan ini bukan dongeng. Kata-kata ini dari mereka yang mampu berbelanja, yakni mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti ekonomi semasa. Mampu beli kereta bermakna mempunyai pendapatan dan pekerjaan yang baik, dan umumnya juga mereka ini punya pendidikan sedikit sebanyak.
Realiti keduanya adalah, ungkapan diatas juga menjadi fakta bahawa ada peniaga Melayu yang keciciran atau lemah dalam berniaga yakni yang perlu dibantu. Dan di satu situasi lagi, ada kaum Cina yang cekap membaiki kenderaan malah sanggup pula tawar-menawar tetapi didiskriminasikan oleh kerana ‘Cina’nya.
Ungkapan pertama mungkin dengan niat yang baik, mahu membantu peniaga (mekanik) Melayu – yang lemah/kerdil. Adakah niat ini salah? Atau, niatnya yang baik itu tetapi diterjemah secara salah?
Begitu juga dengan ungkapan kedua, adakah semua mekanik Melayu buat kerja lambat (tidak cekap) membaiki kereta? Atau semua peniaga Melayu, dengan kata lain – asal bernama mekanik Melayu - pasti tak pandai tawar-menawar, begitu?
Apabila kita soal kembali kepada mereka ini, maka jawabnya “aku tak ada niat nak rasis atau prejudis ”, tetapi walau tanpa ada niat berlaku rasis sekalipun, ia tetap dinilai sebagai satu sikap rasis kerana ada aksi dari kata-kata itu. Dalam konteks ini, aksinya adalah – urus niaga. Dan muamalah ini, akan tumbuh dan membudaya dalam masyarakat – budaya muamalah rasisme.
Budaya muamalah yang rasis ini akan berakar dan membenam dalam jiwa hingga kita tidak dapat untuk membezakan antara kecekapan, kemahiran, kebolehan, pengetahuan seseorang dengan warna kulit atau bangsanya. Nilai pada kemahiran atau pengetahuan seseorang itu sudah tidak bernilai kerana sifat rasional sudah rosak.
Apabila rasional akal sudah rosak, apa jua latar pendidikan, apa jua idelogi, apa jua parti politik, taraf jawatan, keturunan atau agama anda hinggalah niat anda, ia tidak akan memberi apa-apa makna dan faedah kepada sesiapa pun. Untuk jadi khalifah dimuka bumi ini, kena rasional bukan?
Mahdzir Ibrahim, Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis Dap (DAPSY)
Talam: S'gor peroleh nilai aset RM700 juta
- Nov 26, 2013
- Selangorkini
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata aset hartanah yang diperolehi melalui kutipan hutang Talam itu akan dibangunkan Kerajaan Negeri bagi memastikan ia terus menjana keuntungan.
Abdul Khalid berkata, tanah di Bukit Beruntung seluas 1,275 ekar dan 25.93 ekar akan dibangunkan dalam bentuk pembangunan bercampur oleh anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) serta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Katanya, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menjual tanah berkenaan walaupun terdapat pihak yang menyatakan hasrat untuk membelinya dengan harga RM300,000 bagi satu ekar.
“Tanah Bukit Beruntung, ia akan dibuat dalam bentuk pembangunan bercampur, pelan pembangunan sudah disiapkan dan sekarang ada orang yang ingin membeli satu ekar dengan harga RM300,000, jadi kita tidak bercadang untuk menjualnya.
“Saya akan tunjukkan bahawa Insyallah bahawa kita dapat bangunkan Bukit Beruntung, kawasan itu akan menjadi beruntung,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) ketika Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, semalam.
Abdul Khalid berkata, tanah di Bestari Jaya berkeluasan 2,263 ekar akan dibangunkan menjadi tapak takungan air bagi mengatasi masalah kekurangan air ketika musim kemarau.
Katanya, terdapat dua cadangan yang dikemukakan bagi pembangunan di Bestari Jaya iaitu untuk dijadikan tapak takungan air dan pembangunan hartanah di kawasan sekitar takungan air itu.
Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata, cadangan tersebut masih di peringkat perbincangan dan akan diputuskan kelak.
“Kerajaan Negeri menjual tanah di Danau Putra berkeluasan 140 ekar dengan nilai RM60 juta dan tanah Puncak Bukit Jalil seluas 12 ekar yang dibeli Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB),” kata beliau.
Gubal dasar khusus elak bank diskriminasi OKU
- Nov 26, 2013
- Harakahdaily
Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar) menyatakan demikian sebagai Mstar pada 22 Oktober lalu bertajuk Encounter of the rude kind yang membabitkan seorang OKU penglihatan yang telah dinafikan untuk menjadi penjamin kepada satu pinjaman kenderaan hanya disebabkan beliau cacat penglihatan.
Katanya, kes yang menimpa pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Melaka tersebut bukanlah suatu yang baru di negara ini, bahkan ia berlaku dari semasa ke semasa.
Berikutan desakan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili OKU penglihatan, pihaknya telah difahamkan bahawa pihak Bank Negara Malaysia telah bersedia untuk mempertimbangkan bagi diperkenalkan satu dasar khusus supaya pihak bank dan institusi kewangan tidak lagi bersikap diskriminasi terhadap OKU.
“Kami menggesa kepada pihak Bank Negara Malaysia untuk menyegerakan penggubalan dan pelaksanaan dasar tersebut agar individu OKU termasuklah OKU penglihatan, dan OKU pendengaran tidak lagi berhadapan sikap diskriminasi daripada pihak bank sewaktu berurusan dengan mana-mana bank,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, apa yang berlaku sebagaimana dilaporkan MStar harus memberi kesedaran kepada semua pihak terutamanya pihak berkuasa betapa isu yang membabitkan OKU tidak hanya terhad kepada pemberian dan sumbangan.
Harus diingat, kata beliau komitmen Malaysia dalam meratifikasikan Konvensyen Berkaitan Hak-hak Orang Kurang Upaya telahpun memasuki tahun ketiga pada tahun 2013.
Justeru, katanya penambahbaikan haruslah dipertingkatkan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersifat inklusif kepada semua termasuk OKU yang pelbagai katagori.
Sebarang permasalahan berkaitan perkhidmatan perbankan yang membabitkan OKU pengihatan, sila ajukan kepada Bukhari Zakaria dari Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) di talian 013-6306869.
Pemuda PAS disaran aktif perjuang tuntutan royalti
- Nov 26, 2013
- SALMAH MAT HUSAIN
Presidennya, Nazri Deraman (gambar) berkata, rakyat Malaysia khususnya golongan muda berharap Pemuda PAS berupaya memainkan peranan paling berkesan dalam memperjuangkan hak tanpa mengira fahaman politik.
Mengulas kemenangan Suhaizan, beliau seterusnya turut mencadangkan supaya saf kepimpinan Pemuda turut memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan tuntutan royalti yang dinafikan.
“Walaupun ianya hak kerajaan Kelantan, namun Pemuda PAS perlu menyatakan kebersamaan kerana isunya adalah masalah rakyat di negara ini seluruhnya, khususnya berhubung ketidakadilan,” ujarnya.
Jelasnya, sebelum ini telah ada beberapa pihak yang menyatakan sokongan kepada perjuangan menuntut royalti untuk negeri pengeluar petroleum.
“Namun apa yang pihak kami harapkan ianya diperjuangkan secara bersungguh-sungguh dan konsisten,” ujarnya.
Katanya lagi, memandangkan Suhaizan amat terkenal dengan seorang tokoh yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi, R Kelantan berharap Pemuda PAS menubuhkan Jawatankuasa Khas Perjuangan Menuntut Royalti di peringkat mereka.
“Ianya bertujuan untuk membela nasib rakyat yang berjumlah lebih 9.79 juta rakyat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak,” ujarnya.
Tegasnya lagi, perjuangan ini sinonim dengan moto yang dibawa Suhaizan ‘peduli’.
“Memperjuangkan royalti di peringkat Pemuda PAS juga seumpama peduli kepada rakyat di negeri tersebut,” ujarnya.
Nazri seterusnya berharap Pemuda Pusat turut bertindak sebagai jambatan yang menghubungkan NGO lain seperti Royalti, Lynas, Bersih, Anak dan lain-lain.
KECOH PRESIDEN PERKASA IBRAHIM ALI DI LANTIK SEBAGAI SALAH SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH UiTM!!!!
Beliau didapati bersalah kerana menghina Mahkamah kini UiTM pula dilihat sudah menghina kesucian Institusi UiTM dengan melantik Ibrahim Ali sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengarahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan