Isnin, 18 November 2013

MASIH TAK MAHU HUDUD...APA NAK JAWAB BILA BERHADAPAN DENGAN ALLAH SWT NANTI

BIMBANG KLIP VIDEO AKSI PANAS DISEBARKAN, GADIS SUNTI DIPAKSA JADI HAMBA SEKS TEMAN LELAKI !!!

Foto Hiasan
BATU GAJAH - Disebabkan bimbang rakaman klip video memaparkan dirinya diperkosa disebarkan, seorang gadis berusia 15 tahun terpaksa menjadi hamba seks teman lelakinya sejak dua bulan lalu.

Mangsa turut dipaksa mengadakan hubungan seks dengan rakan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pada 13 September lalu, mangsa dibawa teman lelakinya yang berusia 20 tahun ke sebuah rumah di Jalan Tanjung Tualang, di sini.

Menurutnya, lelaki terbabit memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya di dalam bilik di rumah berkenaan.

Katanya, selepas melempiaskan nafsunya, lelaki itu menghantar mangsa ke perhentian bas berhampiran dan menyuruhnya pulang ke rumah menaiki bas.

"Kira-kira dua minggu selepas itu, suspek sekali lagi bawa mangsa ke rumah sama untuk melampiaskan nafsunya.

“Namun kali ini, mangsa menolak namun lelaki itu ugut ingin beritahu apa dilakukan mereka kepada keluarga mangsa jika enggan menurut kemahuannya," katanya.

Shaharon berkata, mangsa diperkosa sekali lagi oleh teman lelakinya itu dan suspek merakamkan perbuatan jijiknya itu menggunakan telefon bimbitnya.

Katanya, suspek kemudian memaksa mangsa mengikutnya ke rumah seorang rakan di kampung Baru Bakap, Jalan Tanjung Tualang, di sini, pada jam 8 pagi kelmarin.

Menurutnya, pada mulanya mangsa enggan namun terpaksa akur selepas suspek mengugut akan menyebarkan klip video dirakamnya.

“Mangsa dicium di dalam rumah itu dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan rakan suspek berusia 18 tahun sebelum dia dihantar pulang ke rumahnya," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tidak tahan diugut dan dipaksa menyerahkan tubuhnya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah, di sini.

Katanya, susulan laporan tersebut, polis berjaya memberkas suspek berusia 18 tahun di sebuah rumah di Kampung Seri Meriah pada jam 3 pagi semalam. Polis kini masih memburu teman lelaki mangsa.

ROGOL ADIK ANGKAT : PEMUDA DIBURU POLIS !!!

Gambar Hiasan

SUBANG JAYA: Seorang lelaki tergamak meratah tubuh adik angkatnya yang masih di bawah umur sehingga gadis terbabit yang masih bersekolah hamil lapan bulan menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kelmarin. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, gadis berusia 14 tahun itu dirogol suspek berusia 25 tahun pada Ogos tahun lalu di rumahnya di Kampung Tengah, Batu 14, Puchong, dekat sini. Menurutnya, siasatan mendapati walaupun kejadian berlaku sekali, tetapi gadis terbabit hamil.

Mangsa tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa termasuk keluarganya kerana bimbang dimarahi. “Suspek yang tinggal di Batu 13, Puchong, anak angkat kepada keluarga mangsa dan dia sering datang ke rumah mangsa termasuk bermalam di situ. “Ini menyebabkan keluarga mangsa tidak mengesyaki perbuatan terkutuk dilakukan lelaki terbabit dan suspek merogol mangsa pada waktu malam ketika tiada sesiapa di rumah,” katanya. Katanya, kejadian disedari keluarga mangsa selepas melihat perut gadis itu yang semakin membesar di samping perubahan sikapnya.

“Mangsa menceritakan kejadian rogol itu selepas dia tidak dapat berselindung dan keluarganya membuat laporan polis. “Suspek terbabit yang baru melangsungkan perkahwinan dua bulan lalu kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

FOTO 18SX ; PASANGAN REMAJA MELAYU BANGGA SEBARKAN VEDEO AKSI LUCAH MEREKA !!!

Sebuah klip video selama 5 minit 28 saat yang memperlihatkan satu pasangan remaja Melayu melakukan hubungan seks di sebuah hotel  kini tersebar di beberapa lama web lucah popular.
Pasangan berkenaan didakwa pihak yang memuat naik video berkenaan sebagai baru sahaja pulang dari bergembira di kelab malam.
Tidak tahulah mereka pasangan suami isteri atau apa… kalau bukan maknanya berzina…dan itu sudah satu hal…ditambah lagi dengan kebodohan merakamkan aksi yang tidak sepatutnya.
Ini bukan kali pertama dan seolah-olah semakin menjadi satu perkara yang macam diterima di negara ini.
Kalau dahulu benda macam ini bukan main kecoh, namun sekarang orang acuh tak acuh.
Artis yang pernah terbabit dalam aksi yang tidak sepatutnya dirakam pun kembali berlakon dengan muka tembok. Macam tidak ada apa-apa yang berlaku.
Rasanya, tak lama lagi akan jadi semacam kebangaan pulak kot kalau dapat rakam aksi seks dan sebarkan kepada orang ramai… glamour tak bertempat.
mynewshub

ASRAMA SEKOLAH PUN DAH TAK SELAMAT !!! PELAJAR JADIKAN KELAS UNTUK BUAT "PROJEK".


gambar hiasan
SABAK BERNAM – Kegelisahan seorang pelajar tingkatan dua yang lewat datang bulan akhirnya membongkar rahsia hubungan intimnya bersama teman lelaki yang berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, perbuatan terkutuk mangsa itu terbongkar selepas teman lelakinya menghantar pesanan melalui aplikasi mudah alih WeChat kepada tunang bapa saudara perempuan terbabit.

Menurutnya, suspek mengenali rapat tunang bapa saudara mangsa telah memaklumkan kekasihnya itu bimbang apabila tidak didatangi haid dan meminta bantuan serta pandangan wanita terbabit.

"Bagaimanapun, bapa saudara pelajar perempuan itu terbaca perbualan yang dihantar suspek, kemudiannya memaklumkan kepada ibu mangsa mengenai hubungan mereka," katanya. 

Noor Mushar berkata, difahamkan pasangan itu sudah melakukan hubungan seks sebanyak lima kali sejak mereka bercinta tiga tahun lalu.

Katanya, kali terakhir suspek dan teman wanitanya melakukan kegiatan tidak bermoral itu kira-kira jam 11.30 tengah hari pada 24 Oktober lalu semasa kedua-duanya berada di asrama sekolah.

"Suspek menghantar SMS kepada mangsa dan kemudiannya mereka berjumpa di sebuah kelas yang tidak digunakan.

“Mereka sempat berbual sebelum suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks di atas meja kelas itu dengan kerelaan mangsa,” katanya.

Katanya, sebaik saja suspek dan mangsa melepaskan nafsu masing-masing, mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu terus menuju ke surau sekolah berkenaan.

“Mangsa mengakui dia tidak pernah dipaksa atau dikasari suspek untuk melakukan hubungan seks sebanyak lima kali di tempat yang sama,” katanya.

Menurutnya, satu laporan dibuat ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam berhubung aktiviti tidak bermoral anaknya itu pada Jumaat lalu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya

WANITA TERKEJUT SEDAR DARI TIDUR DALAM KEADAAN BOGEL & TERDAPAT KESAN MANI DI DADA : ADAKAH INI ANGKARA PUKAU ???

Gambar Hiasan
Kejadian seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol di rumahnya di Taman Tenaga di Kajang, Khamis lalu, mencetuskan tanda tanya berikutan berlaku tanpa disedari mangsa yang tidur.

Difahamkan, mangsa yang terjaga kira-kira jam 8 pagi terkejut apabila mendapati dirinya dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi cecair pekat keputihan dipercayai air mani.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa yang berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan tidak bertemu sesiapa malam sebelum kejadian.

“Mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja,” katanya.

Katanya, mangsa memberitahu ketika terjaga, seluruh badannya sakit dan keletihan selain sakit kepala menyebabkannya terus ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan.

TRAGIS !!! IBU DI SAMUN & DI ROGOL DEPAN ANAK LELAKI BERUSIA 4 TAHUN !!!


Gambar Hiasan
Tempoh 30 minit menjadi pengalaman sengsara dalam hidup seorang wanita apabila bukan saja menjadi mangsa samun, malah turut dirogol seorang lelaki di tempat duduk belakang sebuah kereta Proton Persona di satu lokasi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam 5 November lalu berkenaan turut disaksikan anak lelaki mangsa berusia empat tahun selepas wanita itu ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang.

Sebelum itu, seorang lelaki lingkungan 20-an dipercayai masuk di tempat duduk hadapan lalu mengacukan sebilah pisau kepada mangsa.

Wanita berkenaan kemudian diarahkan memandu kereta terbabit ke kawasan lain sebelum merogol dan menyamun sejumlah wang tunai termasuk telefon bimbit sebelum melarikan diri.

Susulan kejadian itu, gerakan menjejaki suspek dijalankan sehingga sepasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berjaya menahan dua lelaki lingkungan 20-an, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat berhubung lokasi suspek dan kedua-dua lelaki itu ditahan secara berasingan.

“Tangkapan pertama dibuat kira-kira jam 11 malam (kelmarin) di Kampung Kesop, Jitra, dan kami berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai membeli telefon bimbit mangsa sebelum tangkapan kedua dilakukan tidak lama selepas itu.

“Kami dapati kedua-duanya penagih dadah hasil daripada ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap mereka,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Mohd Nashir berkata, siasatan lanjut yang dilakukan terhadap suspek berjaya menemui semula barang-barang milik mangsa termasuk telefon bimbit.

Katanya, kes berkenaan dianggap selesai dan kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 20 November depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397, Kanun Keseksaan serta Seksyen 376, kanun sama.
Sumber

LELAKI TUA LICIK PERANGKAP GADIS SEBELUM ROGOL DITANGKAP POLIS !!!

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Menipu kononnya dia pemilik sebuah pusat beli-belah di Pandan Indah, dekat sini, seorang lelaki berusia 57 tahun licik memerangkap gadis muda sebelum merogol serta merakam gambar bogel mereka menggunakan telefon bimbit.

Setakat ini, dua mangsa membuat laporan polis selepas menjadi mangsa ‘Romeo tua’ itu membabitkan seorang remaja berusia 14 tahun dan wanita berusia 23 tahun yang mendakwa dirogol pada 5 Oktober dan pertengahan September lalu.

Bagaimanapun, sumber polis berkata, kedua-dua mangsa hanya membuat laporan polis pada 9 November lalu dan susulannya, suspek berjaya ditahan di rumahnya di Subang Jaya, dekat sini, Isnin lalu.

Menurutnya, dalam aduan mangsa, suspek dikatakan sering berlegar-legar di sebuah pusat beli-belah di Pandan Indah dan akan mendekati wanita yang mencari pekerjaan di kompleks perniagaan itu.

“Dia kemudian mengaku sebagai pemilik pusat beli-belah itu dan bersedia mengambil mereka bekerja, namun mangsa perlu mengikutnya terlebih dulu untuk ditemu duga,” katanya.

Sumber itu berkata, dalam laporan polis dibuat mereka, kedua-dua mangsa mendakwa mereka percaya suspek benar-benar pemilik pusat beli-belah berkenaan kerana lelaki itu berpakaian kemas dan perwatakannya seperti orang kaya.

“Selepas mangsa bersedia menerima pekerjaan ditawarkannya, lelaki itu memberitahu dia perlu menjalani temu duga di pejabat yang terletak di USJ 19.

“Mangsa kemudian mengikut suspek menaiki sebuah kereta dan sebaik tiba di pusat beli-belah berkenaan, dia memberi alasan tertinggal dokumen di kondominiumnya yang terletak di atas pusat beli-belah itu,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian mengajak mangsa mengikutnya dan ketika berada di dalam rumah, suspek memberikan minuman dipercayai dicampur ubat khayal kepada mangsa.

Katanya, selepas mangsa tidak sedarkan diri suspek merogol mangsa dan merakam gambar mereka dalam keadaan bogel.

“Selepas mangsa tersedar beberapa jam kemudian dan mendapati mereka tidak berpakaian, suspek memberi amaran supaya tidak melaporkan kejadian kepada polis jika tidak mahu rakaman video dan gambar bogel mereka disebarkan,” katanya.

Sumber itu berkata, polis percaya kemungkinan ada lagi wanita yang turut menjadi mangsa suspek dan meminta mereka membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli semalam mengesahkan kejadian dan memberitahu suspek kini direman untuk siasatan lanjut.
Sumber

ROMPAK & ROGOL : RAMBO BENTONG TUKAR PENGAKUAN !!!


RAUB - Rambo Bentong yang sedang menjalani hukuman penjara berjumlah 133 tahun selain 50 sebatan atas kesalahan rogol, seks luar tabii serta cubaan membunuh anggota polis, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah bagi satu pertuduhan merompak dan dua pertuduhan merogol isteri orang di Mahkamah Sesyen di sini.

Rabidin Satir, 42, sebelum ini mengaku bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Shahrizat Ismail pada 7 Oktober lepas.

Hari ini, mahkamah sepatutnya mendengar fakta kes serta rayuan tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman.

Shahrizat menetapkan 28 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa melakukan rompakan sehingga menyebabkan seorang wanita berusia 28 tahun cedera di perumahan Perhutanan Bentong antara 3.50 pagi hingga 4.30 pagi pada 3 November 2012 mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol wanita berkenaan di depan suaminya di tempat dan pada waktu sama manakala pertuduhan ketiga menyebut Rabidin merogol mangsa sekali lagi sehingga meletakkan wanita itu dalam ketakutan serta boleh menyebabkan kematian.

Bagi kedua-dua kesalahan ini, Rabidin didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Liyana Syahril.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Raub menjatuhkan hukuman penjara 133 tahun dan 50 sebatan ke atas Rabidin yang mengaku melakukan empat kesalahan merogol, satu kes liwat dan cubaan membunuh seorang anggota polis antara 2009 dan 2011.

Dia juga ketika ini sedang dibicara Mahkamah Tinggi Temerloh atas pertuduhan membunuh seorang remaja, Annie Kok Yin Cheng, 17, di Lot 4168 Kampung Ketari, Bentong pada 7 Mac 2009. 

 Bernama

USTAZAH DITANGKAP KHALWAT !!!

Gambar Hiasan
MASAI – Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.

Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.

Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.

Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.

Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.

Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.

Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.

Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi.

GILA!!! GADIS MELAYU BANGGA MINUM ARAK KONGSI DI "FB" !!!

Aduh,, sedihnya bila tengok kelakuan minah yang bernama Nur Shafinaz ni.
Apakah yang dia cari sebenarnya dalam hidup ini???

Bukan setakat tidak segan silu, dia siap berbangga lagi dengan upload gambar minum arak ke dalam FB dan berang apabila ada pihak yang cuba menegur perbuatannya.

Semoga minah .ni diberikan hidayah dari Allah Taala ke jalan yang benar.






Tiada ulasan: