Suhaizan - dinamik, inklusif, peduli
Anis Nazri, | 09 Nov 2013 |
Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Suhaizan berkata kelima-lima agenda yang dibawa beliau itu terangkum dalam motto yang digunakan, di mana dinamik itu dari sudut tarbiyah, inklusif dari sudut dakwah dan peduli dari sudut rakyat.
Jelas beliau, lima agenda utama yang akan dibawa itu ialah mendepani isu-isu masyarakat dengan lebih berkesan, perlu dilihat inklusif bukan eksklusif, menjadi 'check and balance' kepada parti, memposisikan pemimpin muda yang berbakat dan memperkukuh agenda tarbiyah untuk menyatukan pemuda PAS.
Mengulas lanjut, Suhaizan berkata beliau akan membawa Pemuda PAS ke hadapan dalam mendepani isu-isu masyarakat dengan lebih berkesan agar ia benar-benar menepati sasaran dan matlamat yang diperjuangkan.
"Bukanlah Pemuda hari ini tidak ke hadapan dalam mendepani isu rakyat, cuma masih banyak isu rakyat yang masih tidak benar-benar memberi kesan mendalam. Jadi, saya berikrar untuk membawa badan ini ke arah tujuan tersebut," jelas beliau.
Dalam pada itu, Suhaizan berkata Pemuda PAS hari ini dilihat lebih eksklusif apabila anak-anak muda di luar PAS begitu sukar mendekatkan diri mereka dengan Pemuda.
Katanya, berdasarkan semakan yang dilakukannya, kebanyakan anak muda melihat Pemuda PAS lebih banyak memperuntukkan program berbentuk dalaman, dalam masa sama tidak mendekati golongan ini.
"Justeru, Pemuda PAS perlu menjadi lebih inklusif, di mana ia lebih terbuka dan bersifat mesra beliau bagi memahami kemahuan dan keinginan anak muda tanpa meminggirkan syariat Allah," tegas Suhaizan.
Sementara itu, Suhaizan menambah beliau turut berhasrat membawa Pemuda PAS agar berperanan sebagai 'check and balance' kepada parti, bersesuaian dengan mana-mana sayap pemuda bagi parti apa sekalipun.
Beliau turut berikrar untuk memposisikan anak-anak muda dalam PAS yang berbakat ke dalam PAS yang dilihat lebih selesa bergerak bersama-sama dengan badan bukan kerajaan (NGO).
"Hakikatnya Pemuda PAS memiliki ramai anak-anak muda yang berbakat, bagaimanapun mereka tidak selesa bergerak dengan parti tapi memilih bersama NGO. Jadi jika saya memimpin badan ini, saya akan memposisikan mereka bagi memastikan Pemuda PAS semakin baik," jelas beliau.
Tanpa meninggalkan perkara penting, Suhaizan berkata beliau akan memastikan tarbiyah yang diterapkan dalam Pemuda PAS boleh menyatukan anak-anak muda PAS, yang dilihatnya sekarang masih terdapat ruang-ruang kosong bagi tujuan tersebut.
"Jika diperhalusi lima agenda ini, ia terangkum dalam motto yang saya perkenalkan ini. Tujuan saya untuk meneruskan apa yang baik yang dilakukan Ketua Pemuda, Ustaz Nasruddin Hassan, dan menambahbaik mana-mana yang masih ada kekurangan," tegas beliau.
Ditanya tentang peluang untuk memenangi jawatan itu, Suhaizan berkata ia dilihat agak seimbang, dan semua calon yang bersaing bagi jawatan itu telah bersama-sama dalam Pemuda PAS sekian lama dan menyifatkan penyertaan dalam pertandingan ini adalah atas prinsip berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.
Pada pemilihan kali ini, selain Suhaizan, dua lagi calon adalah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamarulzaman Mohamad dan peguam yang terkenal dengan Kempen Anti Saman Ekor (Kase) dan AES, Zulhazmi Sharif.
Ia ekoran ketua pemuda sekarang, Ustaz Nasrudin Hassan mengundur diri daripada jawatan itu.
Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi dan Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula bertanding bagi mengisi kerusi timbalan ketua yang dikosongkan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Kerusi Naib Ketua Pemuda juga menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ir Mohd Khairul Nizam Khairuddin. Ia dikosongkan oleh Dr Raja Ahmad Iskandar yang bertanding timbalan ketua.
Seramai 26 orang akan bertanding untuk mengisi kerusi AJK Dewan Pemuda
Mahathir serang Umno, kerajaan masuk episod 5
Harakahdaily, | 09 Nov 2013 |
Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Baginya, ia kini sudah memasuki siri kelima - bermula dengan luahan kecawa kerana anaknya bukan calon pilihan Najib, politik wang telah menyebabkan calon tidak layak terpilih, kerajaan Najib makin lemah kerana tunduk kepada tuntutan ekstrem pembangkang, tekanan kepada Gani Patail tetapi sasaran sebenarnya ialah Najib dan terbaru kritikannya mengenai pemberian wang dan hadiah yang dianggap pembaziran dalam kempen.
Dalam tempoh tidak sampai sebulan, sudah terlihat tanda-tanda bahawa semua yang ada dalam Umno dan kerajaan sekarang tidak lagi betul di mata Mahathir.
“Pastinya selepas ini banyak lagi kritikan dan serangan akan dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu,” tulisnya lagi.
Baca lagi
JK Pemilih alu-alukan debat terbuka antara calon
Anis Nazri, | 09 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR:
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi mengingatkan
semua calon untuk berkempen secara sihat tanpa menyerang mana-mana calon
lain.
Tegas beliau, mana-mana calon yang dilihat berkempen dengan menjatuhkan calon lain akan dirujuk ke Lembaga Disiplin parti untuk tindakan susulan.
"Calon, ahli dan penyokong boleh berkempen, tetapi kempen yang sihat, tapi kita tidak akan berkompromi jika terdapat mana-mana majlis yang dianjurkan bertujuan mempromosi diri, dan dalam masa sama menjatuhkan calon lain, termasuk melalui media sosial, tegas beliau pada sidang media di Pusat Media PAS, di Jalan Raja Laut, pagi tadi.
Tambah beliau, sekiranya pihak jawatankuasa menerima aduan berkaitan perkara tersebut, calon berkaitan boleh dirujuk ke Lembaga Disiplin parti dan seterusnya boleh digugurkan kelayakan untuk bertanding jika disabitkan kesalahan.
Malah, Asmuni berkata jika calon yang didapati melanggar tatacara pemilihan itu memenangi jawatan yang ditandinginya, kemenangan tersebut boleh digugurkan.
Justeru, Asmuni turut mengingatkan badan perhubungan negeri-negeri, lajnah-lajnah parti untuk tidak menyalahgunakan majlis rasmi mereka untuk mempromosikan calon-calon.
"Ini sudah berlaku, dengan aduan yang diperolehi. Kita sudah mengeluarkan garis panduan, kaedah 6 tatacara pemilihan bagi PAS yang sudah diluluskan baru-baru ini," kata beliau.
Debat terbuka antara calon
Dalam pada itu, Asmuni turut mengalu-alukan sebarang penganjuran debat secara bersemuka di antara calon-calon yang bertanding bagi menggalakan kempen secara sihat.
Menurutnya, dengan debat bersemuka itu kedua-dua belah pihak dapat menjelaskan pandangan, pendirian serta visi mereka dalam usaha memenangi hati perwakilan.
Ia juga, katanya akan memperlihatkan kematangan dalam memilih pemimpin berbanding Barisan Nasional.
"Ia memberi ruang kepada kedua-dua calon untuk berkempen secara bersemuka untuk penilaian perwakilan. Tidaklah seorang bercakap di sana, dan seorang lagi bercakap di sebelah sini," kata beliau.
Asmuni turut percaya terdapat calon-calon yang bertanding pada pemilihan kali ini akan menganjurkan debat secara bersemuka.
Calon top 5 boleh lantik wakil calon
Dalam pada itu, Asmuni turut memaklumkan kepada semua calon jawatan tertinggi, bermula dari presiden sehingga naib ketua setiap dewan-dewan untuk memilih wakil mereka ketika proses pengundian dan pengiraan undi.
"Kita benarkan untuk jawatan top 5, dari presiden hingga naib presiden, ketua-ketua dewan hingga naib untuk menghantar wakil mereka ketika pengundian dan pengiraan undi. Jika dalam pilihan raya, ia macam 'polling agent' dan 'counting agent'. Itu jika mereka mahu," kata beliau.
Tambahnya, calon yang berhasrat untuk berbuat demikian perlu menghantar nama wakil mereka satu hari sebelum hari pengundian, yang akan dijalankan pada 22 Nov, jam 3.30 petang.

Siapa mengaku negara ini selamat, angkat tangan
Harakahdaily, | 09 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR:
Kejadian merampas dan melarikan kanak-kanak berumur 20 bulan di Jalan
Terasik 7, Bangsar semalam adalah kejadian yang amat mengejutkan dan
satu kemalangan besar bagi Sarah Joseph, seorang ‘expat’ bahasa itu,
tulis Aspan Alias.
Baginya, jika diambil semasa berada di dalam kawasan rumah sekali pun tidak boleh menjamin keselamatan manusia, di manakah tempat yang benar-benar selamat untuk kita diami.
“Kadang-kadang kita mahu juga bertanya, di manakah yang dikatakan Malaysia sebagai negara yang selamat?
“Benarkah negara kita selamat untuk melindungi rakyatnya dari kemalangan seperti yang dialami oleh Sarah Joseph ini?” tanya Aspan Alias di dalam blognya.
Baginya, jika selalunya kita mendengar kanak-kanak hilang dicuri orang, sekarang tahap jenayah telah meningkat ke tahap yang paling tidak boleh difahami lagi, iaitu merampas anak yang sedang diberi makan oleh ibunya.
Menurutnya, kejadian buruk yang di alami oleh Sarah Joseph semalam menunjukkan betapa seriusnya isu keselamatan negara sekarang ini.
Baca di sini
Jangan Salahkan Mereka Yang Tidak Menyokong
Posted on Sunday, November 10 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Alhamdulillah Allah SWT telah menggerakkan hati ini untuk menghasilkan
satu artikel yang dituju khas buat diri sendiri dan kepada semua insan
yang bergelar pejuang yang ingin menegakkan Agama Allah SWT di muka
bumi ini. Memang mudah untuk mendapat gelaran pejuang, mujahidin, ustaz
atau ustazah, mungkin pengiktirafan ini dapat melalui syahadah
diniyyah atau terjebak dalam pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai latar
belakang perjuangan Islam. pernahkah terdetik di hati kita bahawa
gelaran yang dibawa ini bersesuaian atau tidak dengan watak yang
sebenar, adakah ia semata-mata toping atau hanya gelaran biasa-biasa
sahaja?
Sebab itulah
telinga kita sering dihidangkan dengan kata-kata “alah..nama saja
ustaz, tetapi perangai teruk” atau “pejuang Islam apanya, sombong nak
mampus..lalu tepi orang pun tak tegur, mentang-mentanglah kita ni tak
sokong mereka yang bawakan Islam.” Memang sesiapapun akan marah dengan
herdikan seperti ini. Cara yang baik untuk mengatasi masalah ini ialah
jangan kita dahulukan sifat marah itu, tetapi dahulukanlah dengan
muhasabah diri. Kenapa mereka mengeluarkan kata-kata sebegini kepada
mereka yang menyampaikan seruan dakwah? Jawapan dari saya ada dua,
pertama mungkin mereka tidak mahu kepada Islam dan menganggap orang
yang membawa Islam ini adalah pengacau untuk bersuka ria. Kedua mungkin
kerana perangai orang yang membawa Islam itu tidak mencerminkan
keperibadian Islam yang sebenar seperti mana yang diajarkan Rasulullah
SAW dan para sahabatnya.
Kadang-kadang sampai ada pulau memulau, tidak bertegur sapa sesama
adik-beradik dan jiran tetangga. Semua ini berlaku sebab latar belakang
politik berbeza, satu pihak menyokong Islam dan satu pihak lagi pula
menyokong semangat nasionalisme. persoalannya di sini sampai bila kita
hendak memulau dan bermasam muka dengan mereka yang tidak mahu kepada
Islam ini. Pernahkan kita cuba untuk memberi penerangan kepada mereka
agar mereka faham dengan kewajipan menegakkan hukum Allah SWT.
sekiranya pernah berapa kali kita berbuat demikian? Kalau jawapannya
beberapa kali, maka itu belum cukup lagi dan sempurna lagi dakwah yang
diberikan kepada mereka ini. Proses dakwah memerlukan masa yang
panjang, boleh jadi 10 tahun, 20 tahun, 2 minggu, 2 hari atau bila-bila
masa sahaja. Mengerjakan dakwah memerlukan manhaj yang betul dan tepat
pada tempatnya. Paling penting sekali dalam usaha ini ialah keikhlasan
menyampaikan dakwah.
Pendekatan dengan politik tidak membuahkan hasil dan awal-awal lagi
sudah ditolak, maka gunakanlah pendekatan yang lain untuk mendekatkan
mereka dengan Islam, boleh jadi dengan pengajian-pengajian umum,
ceramah agama yang tidak menyentuh mana-mana pertubuhan politik. Topik
yang disampaikan juga perlu dimudahkan dan berperingkat-peringkat untuk
mereka yang belum faham atau hendak berjinak-jinak dengan Islam.
Antara tajuk yang boleh digunakan seperti kasih sayang sesama manusia,
akhlak, akidah, ibadah atau muamalah yang tidak menyentuh perkara yang
sensitif. Apabila mereka sudah lama dan bersedia untuk menerima perkara
yang lebih berat, maka barulah kita masuk soal-soal perundangan Islam
dan kewajipan menyokong orang yang ingin menegakkan Islam. waktu ini
mereka sendiri akan lebih faham akan kewajipan mereka dan tindakan yang
sepatutnya dibuat oleh mereka sebagai seorang hamba Allah yang
beriman.
Buktinya dapat kita lihat sendiri dengan dakwah yang dijalankan oleh
Baginda Rasulullah SAW semasa mula-mula menjalankan dakwah. Pertamanya
Rasulullah SAW berdakwah secara bersembunyi di rumah al-Arqam Abu
Arqam. Antara isi-isi dakwah yang disampaikan Nabi SAW pada ketika itu
ialah akidah, akhlak dan persaudaraan sesama Islam. apabila tiba masa
yang sesuai, barulah Rasulullah keluar berdakwah secara terbuka dengan
mengajak umat manusia mentauhidkan Allah dan hubungan persaudaraan
sesama Islam. Kemudian secara berperingkat-peringkat diharamkan
perkara-perkara yang merosakkan seperti arak dan sebagainya.
Rasulullah SAW juga menolak mereka yang benar-benar menentang Islam
seperti Abu Jahal dan Abu Lahab. Walaupun begitu Rasulullah terbuka
untuk mereka yang ingin memeluk agama Islam. Buktinya seperti Sayidina
Khalid Al-Walid RA yang pernah menumpaskan tentera Islam di dalam
peperangan Uhud. Kemudian Rasulullah menerima pengislaman Hindon yang
menjadi dalang pembunuhan Sayidina Hamzah dengan membelah dada,
memotong hati dan digigit olehnya demi melepaskan geramnya terhadap
Hamzah yang membunuh suaminya ketika peperangan Badar dahulu.
Pendekatan qudwah hasanah juga boleh diterapkan dalam hidup kita yang
bergelar pejuang Islam agar masyarakat tertarik dengan akhlak dan budi
pekerti yang ditunjukkan. Contoh teladan yang baik ini sebenarnya lebih
mujarab berbanding dengan lisan yang digunakan. Sebabnya ia tidak
menyakiti hati sesiapa dan tidak menyentuh perkara yang sensitiviti
seseorang. Dakwah dengan perilaku yang baik ini lebih mudah dibawa dan
lebih mudah disampaikan kepada masyarakat dengan hanya dipraktikkan dan
diamalkan. Ada kalanya masyarakat menolak kita yang membawa Islam
adalah disebabkan tingkah laku. Senyuman pun diambil kira oleh
masyarakat kepada kita yang bergelar pendakwah ini. Jadi jagalah
tingkah laku kita walaupun perbuatan itu kecil sahaja di sisi kita
tetapi besar nilainya di sisi masyarakat.
Pendekatan dakwah fardiah juga sangat baik kerana dakwah fardiah ini
langsung terus kepada individu-individu yang dipilih oleh pendakwah.
Cuma dakwah fardiah ini memerlukan masa yang panjang. Ia perlu
dimulakan dengan perhubungan kawan-kawan, secara tidak langsung
dimasukkan unsur-unsur Islam ke dalam sesi persahabatan. Memberikan
bantuan kepada sahabat yang berada dalam kesempitan juga dikira sebagai
dakwah fardiah.
Amat malang kepada mana-mana pertubuhan Islam yang memiliki ahli atau
yang berjawatan mengalami masalah akhlak. Contoh seperti budi bahasa,
masalah hutang, fikiran jumut, ekstrem atau terjebak dengan masalah
Syiah yang jelas akidahnya menyimpang jauh dari Ahli Sunah Wal Jemaah
yang diamalkan di negara ini. Sekiranya ada perlu cepat ditangani
kerana aliran dan pemikiran seperti ini akan merosakkan sesebuah jemaah
yang berlatar belakangkan Islam. kepercayaan masyarakat terhadap
jemaah itu perlu dipelihara sebelum masyarakat hilang kepercayaan dan
meninggalkan jemaah tersebut.
Untuk menyelesaikan masalah ini tidak lain dan tidak bukan hanya
dengan jalan tarbiah sahaja yang boleh mengikis segala kekotoran hati
yang ada pada ahli sesebuah jemaah. Tarbiah ini ada banyak caranya yang
boleh diaplikasikan. Cara yang baik dan terbukti kejayaannya yang
dipraktikkan Rasulullah dan Syeikh Syahid Imam Hassan al-Banna iaitu
usrah atau ijtimak bersama ahli untuk memupuk semangat setia kawan,
saling memahami, amanat pimpinan, taat pimpinan, membentuk akhlak
Islamiah, melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan
Allah SWT. Dengan adanya uslub seperti ini, perselisihan faham dan
sifat-sifat yang tidak patut ada pada pejuang Islam itu dapat
dihapuskan.
Bukan perkara yang mudah untuk menegakkan syariat Islam, memerlukan
semangat jihad dan pengorbanan yang tinggi. Tanggungjawab dakwah itu
perlu dilaksanakan dengan kaedah yang betul dan cantik. Memang mesti
ada masyarakat yang tolak usaha kita, tetapi itu bukan bererti usaha
dakwah itu terputus begitu sahaja, mungkin boleh digunakan uslub yang
lain untuk golongan seperti ini. Lihatlah Ikhwan Muslimin yang
berdakwah lebih 60 tahun, baru Allah SWT anugerahkan mereka membentuk
sebuah kerajaan yang demokratik dan menjadikan Islam itu sebagai asas
perlembagaan negara, itu pun masih ditentang oleh mereka yang menolak
Islam. Apatah lagi dengan kita yang masih jauh lagi perjalanan.
Renung-renungkanlah wahai pembaca sekalian…
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal
Sumber Link 12:37 AM
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal
Sumber Link 12:37 AM
Berhati-hati dengan Teknologi Canggih yang mengalphakan kita
Posted on Sunday, November 10 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"
sepanjang masa gajet seperti kamera atau telefon pintar melekat di tubuh. Secara tidak sengaja atau jahil dalam hukum ini, maka beratus-ratus gambar telah diambil dengan pelbagai “posing”. Berikut adalah salinan dari artikel yang didapati hasil dari keputusan muzakarah haji:
Soalan
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: suhazeli
Posted on Sunday, November 10 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Posted on Sunday, November 10 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"
“Ustaz doktor, betul ke kita tak boleh ambil gambar selepas tawaf
wida?” Tanya seorang petugas mahu kepastian. “Ya” jawab ku ringkas
setelah mentelaah beberapa artikel dan bertanyakan petugas bimbingan
ibadah haji.
Perkara ini baru sahaja diputuskan dalam muzakarah haji Peringkat Kebangsaan kali ke 27 baru-baru ini2.
Salah satu dari 11 resolusi yang telah diputuskan adalah mengambil
gambar selepas tawaf Wida. Kita sebenarnya lupa dan alpha niat sebenar
tawaf wida yang wajib dijalankan. Sehinggakan membuat sesuatu ibadah itu
secara sambil lewa atau hanya ingin berseronok. Ditambahi pula dengan
kecanggihan teknologi masa kini.
sepanjang masa gajet seperti kamera atau telefon pintar melekat di tubuh. Secara tidak sengaja atau jahil dalam hukum ini, maka beratus-ratus gambar telah diambil dengan pelbagai “posing”. Berikut adalah salinan dari artikel yang didapati hasil dari keputusan muzakarah haji:
Soalan
Perlukah membayar dam sekiranya kita mengambil gambar selepas tawaf wida dan adakah sah tawaf wida kita tadi.. Mohon pencerahan.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Para
Jemaah haji dan umrah dilarang mengambil gambar di sekitar Tanah
Haram, Makkah, selepas melakukan tawaf widak (tawaf selamat tinggal).
Ini kerana ia boleh membatalkan tawaf itu dan menyebabkan ibadat yang
dilakukan tidak sempurna.
Persoalan berhubung perbuatan mengambil gambar selepas tawaf widak itu dikemukakan pembimbing ibadat haji pada Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-27 kerana ada jemaah yang musykil sama ada perbuatan itu boleh memberi kesan kepada ibadat mereka atau sebaliknya. Susulan itu, larangan tersebut disenaraikan sebagai antara 11 resolusi pada muzakarah yang dihadiri ulama, tokoh agama dan pembimbing ibadat haji di Pulau Pinang pada Februari lalu.
Mantan Pengurus Besar Bimbingan Tabung Haji, Datuk Daud Che Ngah, berkata mengikut hukum, tawaf widak adalah langkah terakhir sebelum jemaah meninggalkan Masjidil Haram.
‘Selepas tawaf widak, jemaah hanya boleh melakukan solat sunat, mengucup Hajar Aswad dan berdoa, jadi mengambil gambar boleh menyebabkan tawaf widak jemaah terbatal dan wajib melakukannya semula atau membayar dam,’ katanya.
‘walaupun ibadat sah, jemaah berdosa kerana melanggar hukum syarak.’ tambahnya
‘ Justeru adalah menjadi tanggungjawab memaklumkan jemaah mengenai larangan ini bagi mengelak mereka melanggar hukum syarak hingga wajib melakukan tawaf widak semula,’

Dalam masa yang
sama, Pembimbing Ibadat Haji,Ustaz Sapawi Che Mat, berkata larangan
itu sememangnya wajar kerana tindakan mengambil gambar selepas tawaf
wida tiada kaitan dengan urusan ibadat.
“Malah, jemaah juga dianggap melengahkan perjalanan pulang,” katanya.
Beliau
yang juga penceramah bebas, berkata resolusi yang disenaraikan itu
wajar disebarkan untuk manfaat jemaah haji dan umrah negara ini bagi
mengelak melakukan perbuatan yang dilarang hukum syarak.
Penerangan berikut adalah bayaran DAM yang perlu dilunaskan dalam kategori kesalahan ini3.
1. Berdosa tapi tidak dikenakan Dam:
Orang yang meninggalkan dengan sengaja lagi tahu hukum
wajibnya.Kemudian belum sampai 2 Marhalah ia berpatah balik dan
melakukan Tawaf, berpatah balik itu menggugurkan dam tetapi tiada
menggugurkan dosa.
2. Berdosa dan wajib bayar Dam: Meninggalkan dengan sengaja tanpa uzur Syar`ie.
3. Jika jahil atau terlupa: Dikenakan Dam dan tidak berdosa.
Bayaran Dam tertib takdir ini
Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu mengikut ketetapan syarak (takdir)
Dam
ini tidak boleh dipilih atau diganti. Di mana jemaah yang meninggalkan
tawaf wida’ hendaklah menyembelih seekor kambing Sekira tidak mampu,
Berpuasa 10 hari berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari
di tempat masing masing.
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: suhazeli
Posted on Sunday, November 10 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan