Jumaat, 22 November 2013

JANGAN DULUKAN KEPENTINGAN PERIBADI DARI KEPENTINGAN ISLAM...AKAN KECUNDANG DIAKHIRAT KELAK....YANG MENILAI TEPAT BUKAN AHLI TETAPI ALLAH SWT

Suhaizan Ketua dan Khalil Abdul Hadi Timbalan Pemuda PAS
Posted on Friday, November 22 @ 06:45:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PETALING JAYA: Suhaizan Kaiat (gambar) yang mendapat 320 undi dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bagi sesi 2013-2015, sementara Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai timbalannya diumumkan sebentar tadi.

Dua lagi calon Ketua Pemuda ialah Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif yang masing-masing mendapat 304 dan 7 undi.

Khalil mendapat 355 undi sementara Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula 282 undi.
Ir Khairil Nizam Khirudin yang mendapat 411 undi dipilih sebagai Naib Ketua manakala Ahmad Zamri As'ad khuzaimi pula memperoleh 226 undi.
Photo: Kepimpinan 2013/15  Ketua DPPM : Suhaizan Kaiat Timbalan Ketua : Khalil Abdul Hadi Naib Ketua DPPM : Khairil Nizam

Ahli-ahli Jawatankuasa yang dipilih sebagaimana di bawah:

1. Syed Abdul Kadir Al Jofree (433)
2. Afnan Hamimi Taib Azamudden (433)
3. Ahmad Fadhli Shaari (417)
4. Syahir Sulaiman (415)
5. Abang Ahmad kerdee (404)
6. Zaharudin Muhammad (379)
7. Ahmad Yahya (377)
8. Wan Faizul Salleh (371)
9. Fadhli Ghani (359)
10. Zawawi Hassan (358)
11. Nurul Islam Mohamed Yusoff (355)
12. Mohd Sany Hamzan (340)

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan DPPM, Zulqarnain Lukman.

Anis, Hazayani dan Muhammad Faizal,
HARAKAHDAILY


 Muktamar PAS, sibuk pilih pemimpin bukan bantu pemimpin
Posted on Friday, November 22 @ 06:40:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"Saya hairan kenapa orang dalam dan luar PAS begitu sibuk dan ghairah tertunggu-tunggu siapa yang akan membarisi kepimpinan PAS selepas ini. Saya tidak memikirkan itu semua, sekadar ambil tahu. Apa yang saya sedang fikirkan sekarang ialah bagaimana saya yang bodoh ini dapat membantu kepimpinan PAS yang baru dan lama, kerana terlalu banyak kerja yang hendak dilakukan sebelum dan selepas muktamar ini.


Bagaimana saya dapat membantu pemimpin untuk mempastikan semua ahli PAS menjaga solat mereka, terutama yang lelaki, solat jemaah di masjid.
Bagaimana saya dapat membantu pemimpin untuk mempastikan semua ahli PAS sentiasa membayar yuran bulanan cawangan, kawasan dan sebagainya, malahan menderma lebih lagi, tanpa perlu lagi selepas ini mengutip derma semasa ceramah.
Bagaimana saya dapat bantu pemimpin untuk mempastikan lebih banyak lagi PASTI akan ditubuhkan, lebih ramai lagi ahli PAS yang tua dan muda menyertai Unit Amal atau Jabatan Amal agar lebih banyak gotong royong bersih kubur, gotong royong baiki rumah keluarga miskin dapat dilakukan.
Banyak lagilah kerja nak dilakukan, sampaikan tak ada masa saya nak fikir siapa layak jadi pemimpin , siapa tidak layak, kerana yang nak jadi pemimpin PAS ialah orang PAS, bukan orang UMNO, bukan orang PKR atau bukan orang DAP, bahkan bukan orang atas pagar.
Fenomena sibuk siapa perlu jadi pemimpin dalam parti atau dalam organisasi bukan sahaja berlaku dalam parti malahan dalam apa-apa organisasi.
Ada orang tanya saya bila nak buat mesyuarat agung surau. Saya jawab mudah saja, sampai 50 peratus ahli taman kita solat jemaah di surau, itulah KPI kita untuk buat mesyuarat agung.
Kita patutnya bukannya sibuk siapa yang nak jadi pemimpin surau, kita patutnya sibuk mengajak orang ke surau setiap waktu, setiap hari, bukannya sibuk mengajak orang ke surau untuk mesyuarat agung setahun sekali.
Itu belum lagi dalam PIBG dan dalam beberapa persatuan lain.
Jadi kepada mereka yang sibuk nak tahu siapa yang layak jadi pemimpin, tanya diri kita dulu, adakah kita layak jadi pemimpin keluarga, jadi suami, jadi bapa?
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Friday, November 22 @ 06:40:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


 Adakah Mahathir masuk IJN kerana ini?
Posted on Friday, November 22 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



" Selepas PRU 13,isteri PMNajib lebih banyak "bersuluk". Hingga ramai beranggapan beliau sudah "taubat nasuha" di atas segala keseronokan dan "shopping sakan" yang menyebabkan PMNajib hampir rebah dalam PRU 13.

Malangnya, sekonyong-konyong beliau "tidak tahan menahan nafsu". Sekadar 7 bulan sahaja, beliau "bersuluk". Kini perangai buruk menjelma lagi.

Menuju Doha menaiki pesawat khas sebagai mewakili negara.

Mana dia Menteri Perdagangan yang dilantik PMNajib ? Semuanya menikus termasuk suaminya sendiri!

Lebih malang lagi, barangkali Dr Mahathir masuk IJN kerana terkejut dengan "tsunami Rosmah" !

Adakah Rosmah bakal menggugat anak Mahathir untuk menjadi PM ?"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Friday, November 22 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


 Live Streaming: Siaran Langsung Muktamar Tahunan PAS Ke-59 (2013)
Posted on Friday, November 22 @ 14:32:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"

Hanya perlu klik sahaja untuk mengikuti secara langsung segala perjalan muktamar samada bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, Dewan Muslimat PAS Pusat, Dewan Ulamak PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta Majlis Tertinggi PAS Pusat.

Keputusan-keputusan penting akan dapat diketahui secara pantas dan cepat terutamanya dalam saingan sengit jawatan Naib Presiden dan Timbalan Presiden yang hangat dipertandingkan.

Jemput mengikuti Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke-59 yang disiarkan secara langsung di:

http://hijabulcrewz.blogspot.com

#Promosi & Kredit kepada ehsanTV & HijauFM"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
hijabulcrewz
Posted on Friday, November 22 @ 14:32:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 SUBHANALLAH!! Kenali Pemuda Bernama Ahmad Ammar [MESTI BACA...]
Posted on Wednesday, November 20 @ 21:19:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Ammar, pemuda berusia 20 tahun yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya telah pun kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana kerana kemalangan yang melibatkan sebuah ambulan.

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Subhanallah... berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengunsung keranda allahyarham.....

Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.

Al-fatihah. - IniKalilah"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Wednesday, November 20 @ 21:19:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 PAS Pulau Pinang mendesak Kerajaan Pulau Pinang Mengambil Cakna Rakan Pakatan Rakyat
Posted on Wednesday, November 20 @ 14:46:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





PAS Pulau Pinang dengan penuh hormat akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri jika tuntutan dan ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak Kerajaan Negeri dan Majlis Pakatan Rakyat.


Bagi memperkukuh dan memberdaya Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang, Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang pada 14 November 2013 lalu yang dipengerusikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS P.Pinang YB Dato’ Mohd Salleh Man, telah membuat beberapa ketetapan untuk makluman dan tindakan Kerajaan Negeri serta Majlis Pakatan Rakyat Negeri P.Pinang, seperti berikut:-

1.      Memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada YDP MAINPP sekarang (YB Dato’ Mohd Salleh Man) untuk mengemukakan makluman keputusan cadangan lantikan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta mana-mana portfolio Lembaga Pengarah dalam mana-mana agensi atau anak syarikat dibawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Kami difahamkan terdapat campur tangan yang tidak sewajarnya dari pihak Exco Kerajaan Negeri untuk menetapkan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat MAINPP untuk sesi akan datang. Jika benar, ianya adalah satu tindakan yang bertentangan etika & semangat Pakatan Rakyat. Tindakan campur tangan ini sangat dikesali.

2.      Menambah bilangan Ahli Majlis MPPP dan MPSP untuk kuota PAS P.Pinang dari 2 orang setiap PBT kepada 4 orang setiap PBT. Ini adalah manifestasi dari pandangan ahli peringkat akar umbi dalam mesyuarat-mesyuarat agung yang telah dijalankan sebelum ini.

Perlantikan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS ini hendaklah dilantik dengan cadangan & persetujuan PAS P.Pinang.

3.      Memberi kuasa penuh kepada PAS P.Pinang untuk memilih dan melantik JKKK di kawasan DUN / Parlimen yang ditandingi PAS (6 DUN, 2 Parlimen).

Kami difahamkan bahawa terdapat lantikan JKKK di kawasan yang ditandingi PAS dibuat secara terus kepada individu terlibat tanpa persetujuan & perbincangan melibatkan pihak PAS Kawasan. Tindakan ini juga melanggar etika Pakatan Rakyat.
Ia sangat dikesali.

4.      Memperuntukkan kuota mewakili PAS bagi lantikan Ahli Lembaga Pengarah dalam anak-anak syarikat milik / berkaitan Kerajaan Negeri (GLC). Sehingga kini, TIADA mana-mana lantikan yang dibuat mewakili PAS dengan persetujuan PAS P.Pinang. Tindakan ini juga tidak menggambarkan semangat kerjasama Pakatan Rakyat.


Tuntutan / ketetapan ini dibuat berdasarkan beberapa justifikasi seperti berikut:-

1.      Mesyuarat Agung PAS Kawasan-kawasan seluruh P.Pinang serta sayap parti (Dewan Ulama, Dewan Pemuda & Dewan Muslimat) yang berlangsung baru-baru ini sebahagiannya membuat keputusan bahawa PAS P.Pinang perlu lebih bertegas dengan pihak rakan Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri P.Pinang supaya diberi peranan & posisi yang seimbang dalam Kerajaan Negeri. Tuntutan ini dibuat berdasarkan maklumbalas ahli-ahli peringkat akar umbi bagi memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

2.      Tuntutan & ketetapan ini adalah selari dengan semangat persefahaman & kerjasama  yang digariskan dalam Pakatan Rakyat.

3.      Ia juga adalah selaras dengan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) yang diamalkan Kerajaan Negeri. Kami mendapati bahawa slogan CAT ini tidak dipraktikkan dalam hubungan PAS bersama Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

4.      PAS P.Pinang akan terus bertindak sebagai juru semak & imbang (check and balance) kepada Kerajaan Negeri & Pakatan Rakyat P.Pinang. Tuntutan & ketetapan ini adalah sebahagian dari fungi semak & imbang tersebut.

5.      PAS P.Pinang bimbang dengan campur tangan yang tidak wajar oleh pihak Kerajaan Negeri terhadap MAINPP akan menyebabkan berlakunya ‘Pertindihan Kuasa’ yang akan mengganggu kelancaran pentadbiran dan organisasi MAINPP yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

6.      Walaupun PAS P.Pinang hanya memiliki 1 kerusi DUN, ia tidak bermakna suara, sumbangan, khidmat & profesionalisma PAS di Pulau Pinang dipinggirkan.


Dengan ini, PAS P.Pinang membuat penegasan bahawa:-

1.      PAS P.Pinang hendaklah dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar dan polisi yang hendak dirancang oleh Kerajaan Negeri sebelum ia dilaksanakan. Perbincangan tersebut hendaklah melibatkan organisasi, bukan secara individu. Hal ini amat perlu kerana ahli-ahli PAS, penyokong dan pendokong PAS tidak mengizinkan PAS dilihat seperti boneka rakan Pakatan Rakyat terutamanya di P.Pinang.

2.      Sebarang perlantikan politik terhadap mana-mana jawatan, portfolio, posisi dalam Kerajaan Negeri yang melibatkan kuota PAS mahupun pimpinan atau mana-mana ahli PAS, mestilah dengan perbincangan dan persetujuan PAS P.Pinang. Jika tidak, PAS P.Pinang tidak mengiktiraf penglibatan individu tersebut sebagai mewakili parti dan akan mengambil tindakan keatas individu berkenaan, serta menganggap tindakan ini sebagai mengenepikan PAS P.Pinang.

3.      PAS P.Pinang dengan penuh hormat akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri jika tuntutan dan ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak Kerajaan Negeri dan Majlis Pakatan Rakyat.

PAS P.Pinang juga akan mengkaji kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat P.Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam Kerajaan Negeri, demi memelihara prinsip & maruah perjuangan.

Sekian, terima kasih.


Mohd Fauzi b Yusof
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG


......
Kenapa kenyataan ini tiada di Harakahdaily???


Tiada ulasan: