Johor cadang kembalikan cuti Jumaat?
Abdullah M Thani, |
Walaupun masih jauh jika mahu dibandingkan dengan Brunei yang telah mengisytiharkan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah, namun sekurang-kurangnya cadangan ini mengembalikan hak umat Islam selepas 19 tahun. Pada tahun 1994, Johor menukarkan cuti mingguannya kepada Sabtu dan Ahad sama seperti kerajaan pusat. Ketika itu hanya Kelantan, Kedah, dan Terengganu yang terus mempertahankan cuti hari Jumaat.
Cuti pada hari Jumaat akan memudahkan umat Islam bersolat Jumaat dalam keadaan yang tenang dan tidak terkejar-kejar untuk keluar dan kembali ke pejabat. Tambahan pula ada sesetengah majikan yang tidak memperuntukan masa yang secukupnya bagi pekerja Islam untuk solat Jumaat dan makan tengah hari.
Cuti pada hari Jumaat juga membolehkan ibu bapa membawa anak-anak mereka ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan keluarga.
Dahulu, cuti mingguan ialah satu setengah hari. Pada hari Ahad atau Jumaat cuti penuh dan Sabtu pula cuti setengah hari. Ketika ini berlaku ketidakseragaman cuti di sesetengah negeri di Malaysia.
Namun, kemudiannya Kelantan di bawah PAS memperuntukkan cuti mingguan kepada dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu – yang akhirnya diikuti oleh kerajaan pusat secara berperingkat dan seterusnya cuti penuh Sabtu dan Ahad.
Tiru Amerika beri kerakyatan
Johari Mukhsan, |
Kemudian kita berhadapan kebanjiran pekerja dari Sabah dan Sarawak dalam pelbagai sektor di Semenanjung. Dan kini, kita berhadapan pula dengan jenayah bersenjata api termasuk kes bunuh.
Yang terbaru ialah kejadian yang menimpa Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abdul Malek. Allahyarham bukanlah mangsa yang pertama yang terbunuh melalui kejadian ini. Pada tahun ini sahaja beberapa kes berprofil tinggi pembunuhan bersenjata api telah berlaku iaitu Timbalan Ketua pengarah Kastam, Datuk Shaharudin Ibrahim dan Pengasas Arab-Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi.
Kadang-kadang saya terfikir adakah ini kesan daripada pemberian kad pengenalan secara mudah yang pernah berlaku di Sabah suatu masa dahulu. Mungkin saya silap, namun jika diambil contoh yang membabitkan pembunuhan pegawai bank tempoh hari, di dapati pengawal keselamatannya dikatakan berasal dari Sabah dan mempunyai kad pengenalan.
Serbuan dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa kemudiannya mendapati ramai warga asing khususnya dari Indonesia mempunyai kad pengenalan yang berdaftar di Sabah. Jadi tidak mustahil kebanjiran pekerja dari Sabah ini sebenarnya bukanlah warga asal Sabah, tetapi warga asing yang mendapat kad pengenalan secara mudah tersebut.
Jika benarlah ini berlaku, saya beranggapan negara kita amat malang. Hal ini kerana, kebanyakan negara maju juga memberi kerakyatan kepada warga asing, namun antara syarat yang dikenakan ialah mempunyai kemahiran tinggi yang mampu menjana kemajuan negara.
Seorang rakan saya pernah ditawarkan kerakyatan Amerika kerana kepakaranya dalam bidang sains pertanian. Beliau mencipta bakteria yang mempu menggalakkan hasil pertanian berlipat kali ganda. Tetapi rakan saya menolaknya dan kembali ke Malaysia dan kini memnggunakan hasil kajiannya untuk memajukan sistem pertanian di negara ini.
Itu lebih baik daripada memberi kerakyatan “segera” kepada warga asing dan kepakarannya hanya layak menjadi pengawal keselamatan sahaja.
Post by Ibnu Al-qadhy.
Lelaki dan Cincin Suasa
Sumber:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.
http://www.ustazazhar.net/
SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.
Waalaikumussalam. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
“Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
“Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”
Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam
Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.
Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu.
(Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86)
Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)
Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:
“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”
Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”
Berkata al-Imam Ibnu Hajar, sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.
Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”
Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)
JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH
Soalan:
Apakah hukum memakai cincin suasa?
Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:
1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%
Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.
Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang ” مموه” iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.
Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.
Hukum Memakai Tangkal
Pertama, menggunakan tangkal yang mempunyai bahan seperti tulang binatang atau kayu yang dikatakan berhikmah, atau seumpamanya, para ulama tidak ada khilaf untuk mengharamkannya, kerana ia boleh menjerumuskan seseorang itu kelembah syirik.
Sabda Rasulullah saw,
من علق ودعة فلا ودع الله له ومن علق تميمة فلا تمم الله لهKedua, adapun menggantungkan tangkal yang bahannya adalah ayat-ayat Al-Quran, maka dalam hal ini para ulama berbeza pendapat. Satu golongan mengatakan hukumnya adalah haram dan satu lagi golongan menyatakan harus.
Maksudnya : “ Barangsiapa yang menggantungkan manik-manik (tangkal) maka Allah tidak akan menjaganya. Barangsiapa yang menggantungkan tamimah (tangkal) maka Allah tidak akan menyempurnakan sesuatu untuknya”. (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Antara golongan ulama yang menyatakan haram ialah Ibnu Abbas, Huzaifah, Abdullah bin Mas’ud, sebahagian ulama Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal (salah satu riwayat daripadanya). Mereka berpandukan kepada maksud umum hadis di atas tadi, yang menyebut dengan jelas bahawa Nabi saw melarang umatnya menggunakan tangkal. Tidak kiralah sama ada bahan yang digunakannya itu daripada Al-Quran atau bukan daripada Al-Quran.
Hujah mereka, menggantungkan tangkal pada badan, boleh menyebabkan diri seseorang hilang penggantungan (tawakal) kepada Allah SWT. Sedangkan tawakal yang sebenar seseorang hamba hanyalah kepada Allah SWT sahaja, tidak boleh lain daripada itu.
Perbuatan menggantung tangkal yang terdapat ayat-ayat Al-Quran juga boleh membawa kepada penghinaan terhadap ayat-ayat suci Al-Quran. Apatah lagi jika ia di bawa masuk ke dalam tandas atau sipemakainya terlibat dengan pekerjaan yang bercanggah dengan syariat seperti pekerjaan maksiat dan sebagainya.
Manakala golongan ulama yang berpendapat hukum memakai tangkal yang bahannya adalah daripada ayat-ayat Al-Quran itu adalah harus, didokong oleh Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘As, Abu Jaafar al Baqir dan Imam Ahmad bin Hanbal (salah satu riwayat daripadanya). Hujah mereka, sahabat Rasulullah saw pernah berbuat demikian untuk anak-anak mereka yang belum menghafaz Al-Quran.
Menurut Prof Dato’ Dr. Haron Din, walaupun terdapat perbezaan pandangan ulama tentang hal ini, akan tetapi perubahan zaman boleh membawa kepada perubahan hukum. Jika dirujuk kepada zaman sekarang, akidah umat Islam sedang terancam, umat Islam tidak begitu kuat bergantung kepada Allah, iman mereka begitu rapuh, mereka tidak lagi memperdulikan halal dan haram, apa yang mereka mahu ialah kenikmatan hidup yang sementara di dunia, tanpa memperdulikan untung nasib di akhirat.
Ditambah pula dengan suburnya gejala maksiat, syirik dan kufur kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, jika penggantungan ummah kepada tangkal, tidak dibendung atau dicegah dengan sejelas-jelasnya ia akan mendorong masyarakat terjerumus kepada kerosakkan akidah.
Kesimpulannya, pendapat yang sahih, keharusan memakai tangkal yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebenarnya adalah di awal permulaan Islam. Apabila keimanan para sahabat sudah kuat tertanam dalam diri, maka Rasulullah saw melarang sama sekali memakai tangkal walaupun menggunakan ayat-ayat Al-Quran.
Hikmahnya ialah untuk mencegah daripada keburukkan yang lebih besar, memelihara kesucian Al-Quran dan seterusnya untuk membulatkan keyakinan bahawa hanya Allah SWT sahaja yang mampu melindungi manusia daripada segala-galanya.
Berapa Ramai Lelaki yang Boleh Jadi Imam?
Kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita… kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. “Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. “Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus beberapa kawan wanita yang lain. Betul juga.
Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apalah salahnya lelaki juga disuruh belajar.
Akibat Meninggalkan Solat
Di riwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Sumber: Facebook revolusi anak muda malaysia
Kelebihan Hari Jumaat
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)
Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).
Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Ganjaran bagi segala kebajikan digandakan pada hari Juma'at". (HR ath-Thabarani)
Kematian: Hari Jum'at Selamat Dari Siksa Kubur
Assalamualaikum,
Saudara,
kita sambung lagi perbincangan kita tentang tajuk 'kematian'. Setiap yg
hidup atau yg bernyawa pasti mati.Umat Muhammad, kata Rasulallah
(s.a.w) hidup hanya untuk antara 60 hingga 70 tahun, on average.
jarang-jarang manusia itu dapat hidup sampai seratus tahun! kalau daopay
hidup sampai umur Mahathir dah dikira baik.
Tapi,
yg utama diingatkan adalah apakala mati, disiksa dalam kubur, kalau
tidak Islam dan kalau Islampun akan disiksa dalam kubur, kerana kubur
itu adalah permulaan kpd siksaan bagi orang yg tidak Islam dan yg Islam
tapi ingkar. Kerana mereka itu adalah calun neraka! Kalau kita calun
syurga, kerana kita Islam dan beriman dan mengerjakan segala perintah
Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti al-Quran dan as-Sunnah,
maka kubur itu adalah satu drp beberapa banyaknya taman-taman syurga.
Kerana, kesudahan manusia setelah matinya adalah bermula di dalam kubur,
kemudian berhimpun di padang makhsyar dankemudian diputuskan oleh Allah
(a.w) sama ada dapat syurga atau neraka. [Nota: Orang yg tidak
Islam atau yg 'Islam' tetapi tak menepati speks Islam mengikut ketetapan
al-Quran dan as-Sunnah, pasti masuk neraka. Syurga hanyalah untuk orang
yg Islam yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam blog ini
kita telah diberitahu apakah ciri-ciri Islam yg hak yg diterima Allah
(a.w) itu]
Saudara,
dalam menyebut kematian itu, Islam memberitahu kpd kita bahawa
seseorang islam yg beriman menepati al-Quran dan as-Sunnah, jika
dimatikan pada (siang) hari Jum'at (iaitu antara waktu Subuh hingga
waktu 'Asar) atau malam Jum'at (i.e. bermula masuknya waktu 'Asar hari
Khamis hingga Subuh hri Jum'at) terselamat dari siksaan kubur. Kita
telah lihat beberapa contoh siksaan kubur. Antaranya, apabila kita Islam
tetapi tidak menjadikan Rasulallah (s.a.w) contoh ikutan. Atau, apabila
kita menolak as-Sunnah. Atau, kita tidak akur dgn ketetapan as-Sunnah.
Atau, kita tidak berwaspada apabila bersolat di tempat yg ada air
kencing atau najis, tempat solat, pakaian solat dll terkena percikan air
kencing, mengundang siksaan kubur. Sesiapa yg menolak suatu ketetapan
as-Sunnah akan dipukul oleh dua malaikat yg menemuinya sebaik sahaja
orang yg menemaninya di kubur menapak hendak pulang ke rumah
masing-masing. Kita ditanya oleh kedua-dua malaikat dgn menunjukkan
potret Rasulallah (s.a.w), dan kita tak kenalkan dia. Kebnal atau tidak
kenal kpd gambar yg ditunjukkan itu bergantung pada amalan dan ibadah
ketika hidup, bukan kerana nasihat imam ketika membaca talqin di atas
kubur kita. Orang Islam yg beriman itu akur sepenuhnya dgn al-Quran dan
as-Sunnah - mereka belajar suaya faham islam dan syariatnyam faham
peranan Rasulallah (s.a.w), maka dgn itu selamat di dalam kubur, berjaya
menjawab soalan-solan kedua-dua malaikat tersebut.
Diriwayatkan
hadith dari Said b Abi Hilal hadith dari Rabi'ah b Saifi hadith dari
Abdullah b Omar (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Ma min muslimin yamutu yaumal Jumu'ati au lailatal-Jumu'ati illa waqahul-llahu fitnatal-qabri' (Yg bermaksud:
Tidak ada dari kalangan orang Islam yg mati pada hari Jum'at (yakni,
lepas 'Asar hingga masuk'Asar esoknya) atau (mati pada) malam Jum'at
(yakni, selepas waktu Maghrib hari Khamis sampai masuk waktu Subuh, esok
harinya) kecuali menjaga oleh Allah (a.w) atau terjaga dari kerosakan
(yakni, siksaan) dalam kubur). [Hadith at-Termidzi, Kitab Jenazah]
Dalam
hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg Islam (yg
menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) yg mati pada hari Jum'at atau
(mati pada) malam Jum'at dijaga oleh Allah (a.w) dari siksaan kubur.
Saudara,
kita diberitahu bahawa ketika di dunia kita hidup selama umur yg
diqadarkan oleh Allah (a.w) untuk kita, dan kita penuhi hidup kita dgn
mencari kesejahteraan dunia dan pada masa yg samakita mencari dan
mengumpul segala sesuatu yg akan menjamin kesejahteraan akhirat. Amalan
dan ibadah hanya boleh dilakukan ketika hidup. Sesudah mati tidak ada
lagi amalan, hanyalah balasan apa-apa yg kita lakukan ketika hidup.
Pembalasan itu bermula ketika dalam kuburlagi. Kemudian ketika berhimpun
di padang makhsyar. Dan, akhirnya ketika telah selesai hisaban, kita
dibalas dgn kemuncak balasan - syurga atau neraka. Kita diberitahu dalam
Ayat 7, Surah asy-Syura bahawa hanya dua penamat manusia - iaitu syurga
atau neraka. Itu saja pilihan kita. Pilihan itu wajar dibuat ketika
hidup. Kerana setelah sampai ajal kita, tiada pilihan lagi hanya meneri
saja yg mana satu kita layak ...
Saudara,
mudah-mudahan kita dimatikan oleh Allah (a.w) pada hari Jum'at atau
pada malamnya, insya Allah. Hari Jum'at adalah hari kebesaran Islam atau
hari kebesaran orang yg ikuti ugama Allah (a.w). Kiamat akan berlaku
pada hari Jum'at.
Jazakallahu khairah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan