Khamis, 21 November 2013

MACAM-MACAM ADA....YANG PENTING MANUSIA KENA IKUT PERATURAN ALLAH...MINHAJ ILAHI


Pegawai polis ‘malu’, foto tersebar di Internet


on Thursday, November 21, 2013
SEORANG anggota polis muda tidak terkata apa-apa dan hanya tersenyum apabila diberitahu tindakannya membantu seorang warga emas melintas jalan dirakamkan dan tersebar luas di Internet.

Gambar tersebut yang dipercayai dirakam oleh seorang pemandu tidak dikenali itu turut dimuatkan dalam laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Setakat tengah malam tadi, lebih 6,000 pemilik akaun Facebook telah menanda Like sebagai tanda sokongan dan pujian terhadap polis muda itu.



China Press menggambarkan polis yang dikenali sebagai Hezran berumur 22 tahun itu merupakan seorang anggota yang pemalu dan tidak dapat membiasakan diri dengan wartawan dan lensa kamera.

Hezran tidak menyangka tindakannya membantu seorang warga emas melintas jalan akan dirakam, malahan tersebar di alam maya.

Polis muda yang mana ibu dan bapanya juga berkhidmat dalam pasukan polis itu ternyata terkejut apabila diberitahu rakan sekerja bahawa terdapat wartawan yang ingin bertemu dengannya.





“Gambar itu dirakamkan pada bulan April dan saya tak sangka ia akan tersebar selepas enam bulan,” katanya kepada China Press.

Dalam pada itu, Malaysia Gazette mendapati ramai pengguna Internet yang terdiri daripada pelbagai kaum telah memberi pujian kepada Hezran dalam laman Facebook PDRM.

Sesetengah pengguna Facebook turut menyeru orang ramai berlaku adil kepada polis kerana terdapat ramai polis yang baik, walaupun imej mereka tercemar oleh segelintir kecil polis yang kurang amanah.





Subhanallah.. Like kalau anda nampak kalimah ALLAH.. >> Zara Zya << kini muncul di facebook!

Wang zakat bukan dana pelaburan

Awang Abdillah | September 28, 2013
Dakwaan salah laku Daud selaku Pengerusi Baitulmal Sarawak harus disiasat oleh SPRM dengan segera.
KUCHING: Pengerusi Baitulmal Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman didakwa menyalah guna kuasanya untuk mendapatkan kontrak bagi projek pembinaan kompleks Baitul Makmur 11 di Petrajaya di sini, demikian menurut Sarawak Report.
Syarikat milik beliau, Eastbourne Corporation mendapat kontrak bernilai RM253 juta tanpa melalui proses tender terbuka. Kerja-kerja pembinaan kemudiannya disub-kontrak atau di ‘ali-baba’ kepada syarikat Hock Seng Lee pada nilai RM228 juta.
Ini bermakna syarikat milik Daud memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM25 juta dengan cara begini dan perlu diingat bahawa dana untuk membiayai projek ini diperolehi dari pinjaman bank dan juga wang zakat.
Mengikut maklumat yang diterima, Lembaga Baitulmal telah menggunakan sebahagian dananya iaitu wang zakat untuk urus niaga saham di Bursa Saham Malaysia hingga mengalami kerugian berjuta-juta ringgit.
Memandangkan untung rugi dalam jual beli saham semata-mata bergantung kepada nasib maka ianya dianggap satu perjudian dan judi adalah haram dalam Islam.
Dakwaan salah laku Daud selaku Pengerusi Baitulmal ini harus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan segera.
Wang zakat bukanlah dana simpanan (savings) atau dana pelaburan Islam (Islamic investment fund). Tetapi cukai atas harta orang kaya dan wang kutipan tersebut kemudiannya diagih kepada golongan khas yang kurang berkemampuan atau bernasib baik dalam perusahaan atau kehidupan mereka.
Tabung Zakat dan Fitrah
Seperti di negeri-negeri lain dalam Malaysia, Majlis Islam Sarawak (Mis) telah menubuhkan Tabong Zakat dan Fitrah pada tahun 1966 khas untuk menyelenggara wang zakat dan zakat fitrah tetapi dimansuhkan dan diganti dengan Tabong Baitulmal Sarawak pada tahun 1984.
Oleh kerana fungsi Tabong Zakat dan Baitulmal berbeza dari sumber kewangan dan tujuan maka kewujudan Tabong Zakat dan Fitrah harus dikekalkan.
Tabong Zakat hanya mengurus wang cukai zakat dan fitrah bagi pihak penyumbang sedangkan Baitulmal merupakan gedong perbendaharaan yang menerima sumbangan kewangan untuk dijadikan dana pinjaman, pelaburan dan sebagainya.
Bagaimanapun Tabong Baitulmal tidak boleh mengubah asas hukum melibatkan kegunaan wang zakat untuk dijadikan sebagai dana simpanan atau pelaburan.
Adalah menjadi satu kesalahan oleh Mis dan Tabung Baitulmal mengubah amalan dan tujuan rukun Islam keempat di mana sebahagian besar kutipan wang zakat dijadikan dana simpanan dan modal pelaburan untuk membina bangunan komersial dan seumpamanya.
Pada awal tahun 2012/2013 Tabong Baitulmal telah menggunakan wang zakat dan fitrah untuk membina bangunan komplek Islam di Kuching yang menelan belanja sebanyak RM90 juta.
Kontrak pembinaan telah diberi kepada syarikat Naim Cendera secara rundingan terus. Oleh itu baki wang zakat yang tinggal untuk diagihkan dalam tahun ini kepada golongan miskin dan yang memerlukan tidak mencukupi.





Sumbang Mahram Dengan Ayah Terbongkar



ayah sumbangPETALING JAYA - Lelaki berusia 46 tahun telah mengadakan hubungan seks bersama anak perempuannya sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah.
Kegiatan sumbang mahram itu mungkin akan berterusan jika seorang pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa berusia 21 tahun itu bekerja selepas dia menduduki peperiksaan SPM tidak campur tangan dalam perkara tersebut.
Sumber polis berkata pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbitnya pada 9 November untuk membuat panggilan namun dia terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) ‘lucah’ daripada ayah mangsa kepada anaknya itu.
“Pakcik itu terpaksa meminjam telefon bimbit remaja berkenaan untuk membuat panggilan kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri.
“Dia sangat terkejut apabila terbaca mesej lucah daripada ayah remaja berkenaan dan segera menyoal siasat mangsa.
“Selepas disoal bertalu-talu, remaja itu akhirnya mengaku mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sejak dia berusia 18 tahun. Dia turut mendedahkan dia rela menjadi pasangan kepada ayahnya dan jatuh cinta dengannya,” kata sumber berkenaan.
Pakcik itu akhirnya membawa remaja berkenaan pulang ke rumah dan bersemuka dengan ayahnya dihadapan ibu mereka.
Lelaki berkenaan hanya diam sementara isterinya benar-benar kecewa dengan hubungan terlarang itu.
“Remaja berkenaan turut mendedahkan kali terakhir dia mengadakan hubungan seks dengan ayahnya, Oktober lalu.
“Dia turut berkata ayahnya yang mengusahakan sebuah kedai makan di Kajang, memberinya wang setiap kali mereka mengadakan hubungan kelamin,” menurut sumber polis tersebut.
Sumber turut berkata, pada awalnya remaja tersebut enggan membuat laporan polis.
Bagaimanapun, pakcik tempatnya bekerja telah membawanya ke balai polis Kaqjang kerana dia bimbang nasib yang sama akan menimpa adik perempuan remaja berkenaan yang berusia sembilan tahun.
Suspek ditahan reman hingga 26 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376A, Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan perbuatan sumbang mahram.
Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh kenakan hukuman penjara antara enam hingga 20 tahun, dan sebatan.
Mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sumber guaman berkata sekiranya ayah mangsa didakwa atas kesalahan berkenaan, remaja tersebut juga akan didakwa di bawah Seksyen 376A.
“Mengikut undang-undang, sekiranya kedua-dua mereka melakukan kesalahan, mereka akan didakwa namun ia bergantung kepada keadaan kes berkenaan, menurut sumber mStar.
“Terpulang kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan sama ada wanita berkenaan adalah mangsa atau dia juga harus didakwa atas kesalahan yang sama,” kata sumber berkenaan.
Di bawah Seksyen 376A, seseorang yang melakukan perbuatan sumbang mahram dengan mengadakan hubungan seks dengan individu yang mempunyai pertalian darah yang tidak membolehkan mereka berkahwin dengannya mengikut undang-undang, agama dan adat.


Psikologi Anak : Komunikasi secara berkesan


Bagi mereka yang telah mempunyai cahaya mata tentu memahami betapa sukarnya untuk mengawasi tingkah-laku anak-anak, terutamanya dalam 'usia nakal' mereka. Ketika dalam peringkat usia ini, sifat ingin tahu dan ingin mencuba sedang giat berkembang.

Sebagai ibu bapa, kita tentu tidak mahu melihat anak-anak kita terjebak ke dalam aktiviti tidak sihat seperti gangsterisma atau perkara-perkara yang boleh memudharatkan seperti bermain api dan sebagainya. Kita juga ingin mengawasi pergaulan anak-anak kita agar tidak bergaul dengan golongan yang rendah akhlaknya. Dalam usaha kita memainkan peranan sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kadang-kala kita tersilap dari segi kaedah menegur anak-anak kita. Akhirnya, niat baik kita bertukar menjadi mimpi buruk.

Antara kesilapan yang sering dilakukan ketika menegur anak ialah dengan menggunakan ayat yang berbentuk negatif. Contohnya, "kenapalah awak ni malas sangat nak baca buku?". Kritikan sedemikian jika diulangi selalu akan menjadi kenyataan. Ini kerana perkataan ibu bapa terhadap anak-anak adalah doa yang makbul. Dari segi psikologi, kritikan yang negatif akan membentuk minda anak yang negatif. Jadi, jangan persalahkan mereka jika mereka benar-benar menjadi malas!

Kesilapan kedua ketika menegur ialah kita asyik menegur berulang-ulang kali tetapi tidak memastikan anak mengikut teguran kita. Contohnya, kita menyuruh anak yang sedang menonton televisyen pergi bersiap untuk bersolat, kita mesti memastikan mereka terus melakukan arahan kita. Jangan mengulangi arahan tersebut beberapa kali. Ini kerana teguran yang sama beberapa kali akan menjadi leteran.

Teguran yang berkali-kali tanpa merubah tingkah-laku anak-anak boleh membawa dua kesan besar. Pertama, mungkin anak akan benci kepada leteran ibu bapa. Kedua, sifat hormat anak-anak kepada ibu bapa akan berkurangan.

Dalam pada itu, ibu bapa perlu konsisten menegur anak-anak yang melakukan kesalahan yang sama. Contohnya, jika hari ini kita tegur anak yang sedang bermain mancis, jika esok dia bermain lagi kita mesti menegur juga. Teguran yang tidak konsisten akan menyebabkan anak keliru. Semalam tidak boleh, hari ini boleh pulak!

Kesilapan ketiga ialah mengugut atau mengancam anak. Anak yang selalu diugut ketika proses tumbesarannya akan menjadikan dia seorang yang penakut bila besar kelak. Malah, kemungkinan juga dia akan jadi tukang ugut pula suatu hari! Ini kerana anak-anak biasanya akan mengikut tingkah laku dan gaya hidup penjaganya.

Akhir sekali, sudahi usaha kita dengan doa. Walaupun kita sudah menegur dan menasihati anak kita dengan baik, tetapi hanya Allah s.w.t. jualah yang dapat mengubah hati mereka. Jika perangai anak-anak tetap tidak berubah, bersabar dan letakkan pengharapan pada Allah s.w.t. Insya-Allah, kita mampu mendidik anak-anak menjadi insan soleh dan solehah.


Berikan kebebasan kepada anak memilih.

Salah satu keunikan manusia berbanding hidupan lain ialah keupayaan berfikir dan seterusnya membuat kesimpulan yang rasional. Walaupun semua orang berkeupayaan melakukan proses kognitif ini, namun tidak semua orang berani mengemukakan pandangan atau hasil pemikirannya. Hal ini berlaku antaranya disebabkan oleh didikan dan persekitaran yang dilalui oleh seseorang semasa zaman kanak-kanaknya.

Kanak-kanak biasanya kurang diberikan kebebasan untuk membuat pilihan atau keputusannya sendiri. Kebiasaannya ibubapalah yang menjadi 'dicision- maker'. Secara tidak langsung, amalan ini seolah-olah mengongkong kebebasan mereka untuk memberi pandangan; sekaligus mematikan sifat kreativiti mereka. Lama-kelamaan, mereka juga akan hilang keyakinan diri.

Sepatutnya, ibubapa melibatkan anak-anak dalam proses membuat keputusan. Mereka seharusnya diberi peluang mengemukakan pandangan. Ini akan membantu mereka dalam perkembangan minda dan sekaligus anak-anak akan merasakan diri mereka lebih dihargai. Contohnya, apabila kita hendak membeli baju anak-anak. Sebaiknya bawalah bersama anak untuk memilih bajunya sendiri. Sekiranya kita merasakan mereka belum pandai membuat pilihan yang terbaik, pilihlah beberapa helai dan biarlah keputusan akhir dilakukannya sendiri.

Dalam Islam, kita digalakkan untuk bermusyawarah. Budaya ini sepatutnya disemai di dalam institusi kekeluargaan bilamana hendak membuat sebarang keputusan yang penting dalam keluarga. Selain melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan, ia juga dapat mengeratkan talian kekeluargaan dan sifat percaya-mempercayai sesama ahli keluarga.

Hargailah pandangan anak-anak. Jika pandangan mereka tidak dapat diterima atau kurang menepati kehendak syariat, berikan kepada mereka alternatif. Elakkan daripada 'mencantas' setiap luahan rasa mereka. Jika anak-anak dihargai, insya Allah mereka akan membesar menjadi insan yang lebih proaktif dan berani.



A. Petua Merangsang Anak Yang Mempunyai Masalah Komunikasi :

1. Ibu bapa harus memberikan perhatian yang khusus bila diperlukan.
2. Pamerkan kasih sayang dengan jelas.
3. Puji anak secara khusus.
4. Berikan penerimaan & penghargaan sekerap yang mungkin.
5. Hormati kawan-kawan anak.
6. Kongsi perasaan ibu bapa dengan anak-anak.
7. Kongsi hobi dengan anak.
8. Lakukan sesuatu yang istimewa untuk anak.
9. Bentuk suasana komunikasi yang selesa.


B. Petua Merangsang Keistimewaan Anak :

1. Kenali dan nyatakan ciri istimewa anak.
2. Terima dan galakkan anak memberi pandangan dan cadangan.
3. Terima dan hargai anak walaupun ada kesilapan dan kelemahan.
4. Cari keunikan dalam idea atau perlakuan anak dan beri pujian.
5. Beri peluang anak untuk mencuba atau bertindak secara unik.
6. Hormati setiap pandangan anak walaupun ada yang tidak disetujui oleh ibu bapa.
7. Hormati barang kepunyaan dan biliknya.
8. Beri peluang anak melakukan sesuatu kerja atau tugasan mengikut caranya sendiri.


C. Petua Meningkatkan Keyakinan Diri Anak :

1. Bantu anak meningkatkan kemahiran berkomunikasi
Galakkan beri pandangan.
Dengar ceritanya.
Suruh ceritakan pengalaman di sekolah setiap hari.

2. Libatkan anak dalam merangka peraturan dalam rumah tangga dan dalam menyelesaikan masalah.
Jadual harian di rumah.
Tanggungjawab mengenai bilik tidur.
Tanggungjawab membantu kerja-kerja dirumah.

3. Nilai proses penyelesaian masalah yang dijalankan oleh anak.

4. Beri penghargaan untuk setiap 1 kejayaan walaupun kecil.

5. Hormati aras ketrampilan anak dan sentiasa ingat yang dia sedang belajar.

6. Galakkan anak membuat matlamat peribadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

7. Beri sokongan dan galakan bila anak dapat mempengaruhi orang lain secara positif.

8. Terima perubahan dalam peranan yang dimainkan oleh anak. Contoh : Masa kecil suka ikut bapa ke mana-mana. Bila sudah besar tidak mahu lagi ikut bapa.


D. Petua Merangsang Anak Agar Mendengar Cakap Ibu Bapa :

1. Elakkan dari berleter. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak lebih bersedia mendengar cakap ibu bapa jika disampaikan menggunakan tiga ayat atau kurang.

2. Tarik perhatian anak terlebih dahulu sebelum menyatakan sesuatu kepada anak.

3. Rangsang emosi anak sebelum memberi nasihat atau arahan. Emosi yang sesuai akan dapat merangsang tindakan.

4. Ulang perkara atau perkataan yang penting beberapa kali agar jelas dan nampak peri mustahaknya.

5. Jangan beri arahan sahaja. Terangkan juga cara dan apa yang dibuat dan kenapa ia perlu dilakukan.

6. Jangan menggunakan perkataan "orang pertama" - kamu, anda, awak. Ia akan merangsang bantahan atau naluri melawan. Gunakan bahasa "orang kedua"
"Abah harap kamu mandi sebelum Maghrib".
"Abah sedih kalau kamu bergaduh dengan kawan".

7. Beri anak pilihan dalam perkara-perkara yang dilakukan. Ini akan membuatkan mereka terasa dihormati dan berkebolehan.

8. Minta cadangan dari anak untuk menyelesaikan masalah mereka.
Contoh :
i. Anak diminta belikan lampu picit untuk membolebkan dia tidur sendiri di bilik.
ii. Anak mencadangkan ayahnya membelikan bakul untuk baju bagi mengelakkan pakaian kotor berselerak.

9. Beri maklumat yang lengkap sebelum sesuatu perkara berlaku.
Contoh :
Bapa: Nenek tu tak suka bising-bising, jadi apa yang patut kamu buat bila nenek tidur kat rumah kita esok?
Anak: Ok lah, Saya tak buka radio kuat-kuat seperti biasa.

10. Gunakan fantasi untuk memberi kesedaran pada anak.
Anak : Abah.. ,naik teksi bah.Tak bestlah naik bas.
Bapa : Eh..Kalau abah jutawan, jangankan teksi, abah belikan kamu helikopter untuk pergi dan balik dari sekolah!!!

11. Gunakan humor untuk mengelakkan pertengkaran atau kenang semula cerita lama yang lucu untuk meredakan suasana yang tegang.


E. Mendidik Anak Mengenali Perasaannya :

1. Apabila ibu bapa cuba memahami dan menerima perasaan, elakkan dari mengulang semula apa yang anak sebut. Gunakan perkataan lain untuk menjelaskan perasaan anak.
Contoh 1:
Anak : "Saya takut pada lipaslah abah!"
Ayah : "Oh ya, abah lupa yang Shakir tak selesa kalau ada lipas dalam bilik".

2. Dengan mempamerkan yang kita faham dan simpati mengenai perasaannya, anak akan terdorong untuk bercerita dengan lebih lanjut mengenai perasaannya. Ibu bapa juga perlu mendidik anak mengenali emosi yang mereka rasakan.
Contoh 2 :
Anak : Boringlah pergi sekolah, Cikgu asyik bentak-bentak aje!
Ayah: Oh... .Jadi Shazwan rasa tak seronok bila cikgu marah ke?
Contoh 3 :
Anak : Bencilah Zaidah tak jemput jamuan harijadinya!
Ayah : 0h... .Hidayah rasa marah dan kecil hati sebab kawan tak jemputlah ye !"


Kesilapan oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak.

Dewasa ini purata ibubapa yang gagal mendidik anak-anak ke arah pengamalan Islam secara syumul begitu ketara sekali dan semakin membimbangkan. Impaknya dapat dilihat dengan jelas dalam senario kehidupan anak–anak itu sendiri. Hal ini jika berterusan akan merosakkan diri mereka, kasih sayang terhadap ibubapa mereka, hubungan antara keluarga, orang tua dan ahli masyarakat setempat. Lebih jauh lagi, tempiasnya akan tersebar terhadap Islam dan negara.

Faktor penyebabnya ialah bapa, selaku ketua, pemimpin dan pelindung terhadap keluarga, dan ibu selaku penasihat dan penggerak kepada peranan bapa. Malangnya peranan ini gagal dilaksanakan.

Antara kesilapan yang dilakukan ialah :

1. Kurang penekanan terhadap kewajipan solat ; Tidak mengajar anak solat dengan betul dari segi bacaan dan perbuatan kerana sifat menyerah tanggungjawab tersebut kepada ustaz di sekolah atau kelas Fardhu Ain. Kalau anak–anak solat pun tidak pernah diuji secara praktikal atau diperhati betul salahnya solat tersebut. Begitu juga, jika dibawa anak–anak ke masjid, ibubapa tidak mengambil pusing anak–anak mereka sama ada mereka sudah masuk saf atau tidak. Apa salahnya jika jarang–jarang ibubapa solat di belakang anak–anak. Dalam hal ini ada di kalangan ibubapa yang tidak memaksa secara tegas supaya anak–anak solat seperti solat Subuh atas alasan kasihan ( melihat mereka nyenyak tidur) dan juga semasa menghadiri sesuatu majlis keraian, kenduri, perayaan dan seumpamanya.

2. Tidak memberi perhatian terhadap pembelajaran bacaan Al Quran anak–anak ; Anak–anak tidak ditanya atau menyuruh membaca semula apa yang pelajari pada hari itu dalam bentuk ulangkaji. Juga tidak ditanya guru Al-Quran tentang kemajuan dan sikap anak–anak semasa belajar sama telah untuk memberi kuasa veto kepada si guru bagi merotan anak-anak mereka.

3. Tidak memberi rangsangan dalam bentuk hadiah dan pujian terhadap anak– anak yang cemerlang dalam solat, bacaan Al-Quran ( hafalan lagi baik ) dan hafalan wirid serta doa.

4. Tidak menanam sikap kecintaan kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

5. Tidak mengambil kisah pemakanan anak–anak ; sama ada di rumah atau di luar yang kebanyakan bersumberkan syubahah seperti makanan segera, minuman berkarbonat dan lain–lain lagi. Atau bersumberkan pembelian wang haram atau syubahah.

6. Membiarkan anak–anak bergaul bebas ; tanpa memerhatikan latar belakang kawan–kawan mereka dari segi penjagaan solat, latar pendidikan, akhlak dan keluarga ( faktor pengaruh). Walau bagaimanapun anak–anak tidak boleh dikongkong kerana akan menghalang kematangan mereka dalam pergaulan.

7. Memberi kebebasan berpakaian tanpa menutup aurat ; khususnya anak perempuan. Ramai ibubapa golongan baru segaja memilih dan mengatur pakaian anak-anak mengikut ‘trend’ zaman ini. Sepatutnya anak–anak perlu diajar cara pakaian bersopan bermula zaman awal kanak-kanak lagi. Ingat, panas akhirat mengatasi panas dunia !!

8. Terlalu menekankan kecemerlangan akademik ; dengan menghantar tuisyen petang dan malam serta hujung minggu (tuisyen sekolah dan persendirian : tidak semua tetapi ada) sehinggakan anak–anak menjadi letih tetapi mengabaikan pendidikan Islam.

9. Membiarkan anak-anak menonton hiburan melampau ; dan drama yang tidak bermoral, mendengar muzik barat / cinta serta membaca novel cinta, majalah hiburan yang diketahui tiada motif / unsur mendidik rohani.

10. Tidak membawa anak–anak menziarahi kubur ; yang bertujuan untuk mengingatkan hari penyudah hidup.

11. Tidak membawa anak–anak terutamanya anak yang remaja berziarah ke rumah ahli keluaga dan saudara mara sambil memperkenalkan antara satu sama lain.

12. Tidak memanggil anak-anak supaya bersalam dan bermesra dengan tetamu yang datang ke rumah ( tetapi dengan menjaga adab kesopanan ).

13. Tidak memperjelaskan hukum hakam agama dalam semua aspek kehidupan baik rohani, jasmani dan ketuhanan kepada Yang Maha Esa.

14. Tidak menanam sikap menolong orang susah, fakir dan miskin serta amalan bersedekah.

15. Ibubapa tidak menunjukkan contoh tauladan tingkah laku yang baik selaras dengan kehendak Islam.

16. Ibubapa terlalu mengejar dunia sehingga semua di atas tidak terlaksana

40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak


Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.


Teknik mengajar anak MENGHORMATI dan mengeratkan hubungan ibu bapanya

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang2, anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah yg patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg terang2 ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT org yg memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing.

2. Bapa DILARANG menengking/mengherd ik/bertengkar dengan ibu di hadapan anak2. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yg sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2.

3. Sentiasa masak utk anak dan ajak anak sama2 masak/makan, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak

PELBAGAI PETUA DENGAN BELIMBING BULUH 1. Selain penambah perisa pada makanan, buah belimbing buluh mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dijemur, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit muka, sakit-sakit sendi serta panau. Jika di rebus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam 2. Selain itu bagi menghilangkan batuk, ambil segenggam bunga belimbing buluh dan campurkan dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Lalu direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian, minum dengan mencampurkan sedikit madu lebah. Minum segelas, tiga kali sehari 3. Untuk mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi, petik 3 biji buah belimbing buluh,potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari 4. Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikan dengan air rebusan daun belimbing buluh untuk meredakannya Pada yang LIKE, terima kasih. Pada yang ingin SHARE, silakan. Tapi LIKE lah post ini dulu atau setidak2nya bagi tau ingin SHARE. Sila ke pages saperti tertera di bawah. Jemput lah singgah. @RRH 


Farah Aleesa and Mohd Roszeli M were tagged in Zar Ali III's photos.
Khamis, 21 November 2013. Plagiat : Teresa gesa tindakan ke atas Ridhuan Tee Oleh : AFIX REDZUAN KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi serta Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) digesa mengambil tindakan plagiat terhadap pensyarah, Dr Ridhuan Tee Abdullah. Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Senator Dr Ariffin Omar dalam satu sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini. TERESA KOK Teresa berkata, beliau kesal dengan tindakan kementerian dan UPNM kerana tidak mengambil berat berkenaan aduan yang dibuat Ketua Pemuda MIC, Vel Paari, pada 8 Mac lalu dan dalam ucapan beliau ketika sesi Dewan Rakyat, pada 7 November lalu. “Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi serta universiti perlu mementingkan kualiti, prestasi akademik juga tindak tanduk pensyarah di universiti tempatan. “Selain itu, pihak bertanggungjawab perlu mengambil berat segala aduan terhadap anggota akademik tidak berkualiti dan berperangai tidak betul di institusi pengajian tinggi tempatan khususnya universiti awam,” katanya. Teresa mendedahkan bukti plagiat Ridhuan Tee dalam kertas projek bahasa Inggeris untuk memenuhi ‘Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK4), Kumpulan Pensyarah Gred DS 51 Siri 1/2010, pada 24 Mei hingga 4 Jun 2010′ Ridhuan Tee Ridhuan Tee didapati menyalin artikel asal Dr Airil Yasreen Mohd Yassin dalam laman sesawangnya ‘Airil Semetok’ termasuk kesalahan tatabahasa dalam artikel berkenaan dan difahamkan tulisan itu menyumbang kepada kenaikan pangkat beliau daripada pensyarah kanan kepada Profesor Madya di UPNM. Sementara itu, Senator Dr Ariffin yang juga bekas pensyarah UPNM menyatakan beliau pernah mengajukan soalan berkenaan plagiat di Dewan Negara. Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi dalam jawapannya memaklumkan, mereka memandang serius perkara berkenaan selain terdapat peruntukan pelucutan ijazah atas salah laku plagiat dan penipuan akademik di bawah Seksyen 73, Perlembagaan Universiti. Selain itu, peruntukan hukuman kepada sesiapa melakukan kesalahan yang boleh mencemarkan nama universiti termasuk plagiat dan penipuan penyelidikan di bawah Kaedah Tatatertib Pelajar dan Akta Badan Badan Berkanun (Tatatertib dan Surchaj) 2000.-NFN- Dicatat oleh ELBI RISALAH


Hamba Allah
JANGAN BUNUH SEMUT! kalau nampak semut banyak-banyak dalam rumah seperti yang pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullah dulu kita ucaplah "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. "Ini rumahku, Aku mahukan kebersihan, Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat".. Jika kita tak suka semut-semut berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/ sheildtox/bakar semut-semut tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s. sebab semut-semut ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s. semut-semut ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran.

 Menteri Sahkan Rancangan Laksanakan Had Jangka Hayat Kereta, Motif Kutip Cukai
Posted on Thursday, November 21 @ 01:14:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Dato’ Seri Hishamuddin Hussin semalam dipetik sebagai berkata “kerajaan mungkin perlu menggunakan cadangan yang sedia ada di samping mencari mekanisme untuk tidak membebankan rakyat” menguatkan lagi spekulasi bahawa keputusan untuk melaksanakan had jangka hayat kereta sudah hamper dibuat.

Alasan bahawa dasar ini perlu dilaksanakan demi keselamatan rakyat di jalanraya nampak dangkal tanpa bukti yang kukuh bahawa majoriti kemalangan yang berlaku adalah disebabkan kenderaan yang berusia lebih 12 tahun. Tidak ada satu keterangan saintifik dan empirikal pun setakat ini yang menunjukkan risiko kereta yang berusia 12 tahun naik mendadak berbanding kereta yang berusia 11 tahun.

Malah, dalam keadaan pelbagai faktor lain yang mempengaruhi kemalangan seperti keadaan jalanraya yang tidak selamat, papan tanda yang mengelirukan, sikap pemandu yang tidak berwaspada, sistem penggajian pemandu bas yang tidak mementingkan keselamatan dan lain-lain – alasan untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta demi keselamatan jalanraya nampak remeh dan tidak ikhlas.

Saya mengesyaki bahawa alasan sebenar Barisan Nasional mahu melaksanakan had jangka hayat kereta adalah untuk mengutip cukai GST yang bakal dilaksanakan. Setiap urusniaga pembelian dan penjualan kereta (baru atau terpakai) akan dikenakan GST, maka lebih kerap rakyat bertukar kereta lebih banyaklah GST yang akan dikutip.

Rakyat yang majoriti mengundi PR (52%) terus dihukum oleh kerajaan minoriti BN melalui dasar-dasar yang menambahkan beban sara hidup demi membiayai keborosan dan ketirisan BN.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

20 NOVEMBER 2013

rafiziramli.com

Chai Najib Bercakap ikut Burit -------------------------- HASAN MALIK NO.2 ? BUKAN BERCAKAP IKUT MULUT BUKAN BERCAKAP GUNA KEPALA OTAK HARI TUU...MATLAUN ITU JUGA YANG BUAT STATEMENT...KERETA USIA 12 TAHUN KE ATAS...AKAN DIPELINGKOPKAN TIBA-TIBA...HARI INI...DIA JUGA KATA...KERAJAAN TAK BERCADANG NAK PELINGKOPKAN KERETA BERUSIA 12 TAHUN KE ATAS HEY KERA NAJIB...U CAKAP APA NI ? KENAPA LAA MAKHLUK-MAKHLUK DALAM UMNO INI...RAMAI SANGAT YANG JENIS DARAH 'H' CUBA TEKA...DARAH JENIS 'H' ITU DARAH APA ? DARAH 'HASAN MALIK' LAA PRENS kah kah kah BANGANG SAMPAI KE TULANG SOM-SOM HERAN...MACAM MANA OTAK BANGANG MACAM TU...BOLEH JADI TIM MENTERI ? PRU-14 NANTI...JANGAN TUDUH KAUM CINA 'RASIS' TAK NAK SOKONG UMNO/BN MACAM MANA MEREKA NAK SOKONG...JIKA MELAYU SENDIRI AMAT MENYAMPAH DAN MELUAT TENGOK PUAK-PUAK BANGANG DALAM UMNO NI BERCAKAP IKUT BURIT PUN BOLEH DILANTIK JADI TIM MENTERI ? kah kah kah BERITA HARI INI..."KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak merancang untuk menetapkan tempoh usia kenderaan bagi tujuan pelupusan kerana tidak mahu membebankan rakyat, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi"
 
Apa jenis kerajaan yg kita ada ni ?
Subhanallah
Selepas kejadian taufan Haiyan di Ormoc City, Filipina, hanya beberapa bangunan yang masih dalam keadaan elok, termasuk masjid ini. Tidak jelaskah lagi tanda dari Allah? Masha'Allah sumber: Convert To Islam


Oleh Angkatan Muda Keadilan Negeri JOHOR
Ucapan Belanjawan Negeri Johor 2014 oleh ADUN Senai, #Johor Wong Shu Qi(黃書琪)
"Saya berasa hairan bukan sahaja kerana Johor mempunyai sebanyak 1,312,016 buah kereta berdaftar di JPJ, tetapi Johor mempunyai paling banyak motosikal di seluruh negara, berjumlah 1,574,475.


Benarkah rakyat Johor semakin kaya sehingga mampu untuk membeli lebih banyak kenderaan persendirian? Jawapannya kerana perkhidmatan pengangkutan awam kita sangat teruk sampaikan setiap keluarga terpaksa mempunyai sekurang-kurangnya satu kenderaan sendiri."

Posted on Tuesday, November 19 @ 23:00:00 MYT by ahmadi

Agama | Mereka akan tengok betapa adilnya hukum Allah - Ustaz Abdullah Khairi


Posted on Wednesday, November 20 @ 03:00:00 MYT by ahmadi 

Tiada ulasan: