Kita jadi wakil kepada wakil rakyat – Presiden PAS
Harakahdaily, | 17 Nov 2013 |
MELAKA: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli di peringkat cawangan melaksanakan kerja wakil rakyat untuk mempertahankan kemenangan.
Beliau membuat gesaan itu ketika menyampaikan ucaptama dan merasmikan Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Kompleks PAS Bukit Katil, dekat sini pagi ini.
Sehubungan itu, tegasnya kemenangan pertama PAS Melaka di Dun Bukit Baru mesti dipertahankan.
Untuk itu, ujarnya PAS cawangan mesti ditambah untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan bagi membantu wakil rakyat.
Beliau menambah, tugas wakil rakyat PAS seharusnya turut dilakukan oleh ahli-ahli di peringkat cawangan dengan lebih aktif untuk membantu masyarakat.
Justeru, katanya adalah salah menganggap bahawa wakil rakyat sahaja yang menjalankan tugas untuk membantu masyarakat selepas pilihan raya.
“Adalah salah kita anggap wakil rakyat sahaja yang buat kerja, akhirnya tinggal wakil rakyat seorang selepas pilihan raya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Beliau mengambil contoh dirinya sendiri selaku Presiden PAS, ahli parlimen dan Adun untuk menjalankan tugas sekali gus sedangkan banyak masa perlu ditumpukan untuk parti di peringkat Pusat dan antarabangsa.
Justeru, ujarnya ahli-ahli PAS cawangan dan kawasan banyak membantu beliau menjalankan tugas di peringkat Dun dan parlimen.
Menurutnya, khidmat yang diberikan oleh ahli di peringkat cawangan bukan sahaja sebagai sumbangan kepada masyarakat tetapi untuk memecahkan kejahilan mereka.
Katanya, kejahilan masyarakat tidak hanya boleh dipecahkan melalui ilmu tetapi juga dengan khidmat yang diberikan oleh ahli-ahli PAS.
“Sumbangan yang diberikan ini supaya rakyat mendukung perjuangan Islam dan kita lakukan ini untuk perjuangan jangka panjang,” ujarnya.
Justeru, beliau mengingatkan para pendukung PAS agar menjalankan kerja-kerja untuk memenangkan perjuangan Islam kerana mendapat pahala yang besar.
Namun, tegasnya tidak ada erti perjuangan jika tidak ada iman di dalam diri.
“Mesti ada iman dalam diri kepada perjuangan ini, jangan jadi sia-sia,” katanya lagi.
Sempena konvesnyen itu, beliau turut merasmikan Kompleks PAS Bukit Katil yang berharga keseluruhannya kira-kira RM500,000.
Tuan Guru Abdul Hadi menurunkan tandatangan pada plka perasmian Kompleks PAS Bukit Katil yang turut disaksikan Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim.
Cikgu Yong turut menyertai konvensyen.
Zakat: TBS perlu bentang laporan kewangan
Syamsul Bahrie Mohd, | 17 Nov 2013 |
Sebagai badan tunggal pengurusan zakat di Sarawak, Tabung Baitulmal
Sarawak (TBS ) seharusnya memandang serius kenyataan-kenyataan oleh
pelbagai pihak yang menegur aspek pengurusan wang zakat dan
pengagihannya yang dilihat tidak menyeluruh dan kurang berkesan.
Atas premis ini, perlu ditegaskan bahawa TBS perlu komited dengan prinsip urustadbir yang baik (good governance) dan nilai ketelusan (transparency) dalam menguruskan hal-ehwal zakat umat Islam Sarawak selaras dengan nilai-nilai Islam yang kita junjungi.
Ini boleh dilakukan dengan mengeluarkan laporan kewangan tahunan yang lengkap dan terperinci bagi membolehkan umat Islam di Sarawak yang menjadi pembayar zakat melalui TBS mengetahui setakat mana wang zakat mereka disalurkan kepada para penerima zakat (asnaf) dengan berkesan.
Dalam program-program turun padang dan tinjauan mesra kami di peringkat akar umbi, realiti kemiskinan di kalangan umat Islam di negeri ini begitu ketara dan menyedihkan.
Di Tupong sebagai contoh, ramai penduduk yang kami kunjungi merungut bahawa walaupun mereka berada dalam kategori miskin serta mendiami rumah yang serba daif, TBS gagal meluluskan permohonan mereka untuk menerima bantuan zakat.
Kita sedar bahawa kadar insiden kemiskinan di negeri ini telah menurun kepada 2.4% pada tahun 2012 berbanding 5.3% pada tahun 2009, namun hakikatnya ialah bilangan isi rumah miskin di seluruh negeri masih tinggi.
Berdasarkan perangkaan terkini, terdapat 28,485 buah keluarga miskin di Sarawak dengan bahagian Samarahan mencatat jumlah keluarga miskin tertinggi iaitu 4,278 buah keluarga, diikuti dengan Miri (4,230 keluarga), Kapit (3,561 keluarga) dan Kuching (3,229 keluarga).
Perkara ini diakui sendiri oleh Menteri Muda Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah yang mengatakan bahawa Sarawak masih memerlukan masa yang lama untuk mensifarkan kemiskinan di negeri ini.
Malahan, beliau juga menambah bahawa, di Malaysia, hanya Sarawak dan Sabah yang masih mempunyai keluarga miskin tegar iaitu keluarga yang hanya hidup dengan pendapatan bawah RM 590 sebulan.
Angka-angka ini amat mengejutkan bagi sebuah negeri yang memiliki simpanan negeri (state reserve) tertinggi di Malaysia iaitu RM 22 bilion sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Menteri awal minggu ini.
Kami yakin sebahagian besar keluarga dari kategori miskin di Sarawak ini adalah keluarga Muslim dan di sinilah peranan TBS harus diperkasakan.
Penelitian kami terhadap angka-angka umum jumlah kutipan dan agihan zakat di Sarawak mendapati TBS hanya mengagihkan sekitar 60% daripada wang zakat kepada para asnaf.
Sebagai contoh untuk tahun 2006, hanya RM 1.1 juta ataupun 5.5% diagihkan untuk asnaf miskin dan fakir daripada lebih RM20 juta wang zakat yang diperolehi oleh TBS pada tahun tersebut.
Yang lebih menyedihkan ialah pada tahun yang sama terdapat lebihan sekitar RM 13 juta daripada wang zakat yang tidak diagih kepada para asnaf walaupun realitinya, masih ramai penduduk Islam di Sarawak yang masih terbelenggu dengan kemiskinan.
Pengurusan wang zakat seperti ini jelas bersalahan dengan prinsip asas institusi zakat dalam Islam yang meletakkan zakat sebagai instrumen utama pembasmian kemiskinan.
Pandangan kami ini dikukuhkan lagi dengan satu kajian oleh Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS pada tahun 2012, yang mendapati peningkatan kutipan zakat di Sarawak sejak 10 tahun yang lalu tidak menyumbang secara ketara kepada penurunan kadar kemiskinan negeri dalam tempoh yang sama.
Para pengkaji UNIMAS ini kemudiannya menyimpulkan bahawa antara sebab kenapa ini berlaku ialah kerana bantuan zakat oleh TBS kepada golongan miskin di kalangan umat Islam di Sarawak amat terhad dan tidak menyeluruh.
Kami juga amat sedar bahawa penyata kewangan Majlis Islam Sarawak (MIS) termasuklah TBS diberi penarafan cemerlang oleh Jabatan Audit Negara, namun apalah gunanya penarafan 5 bintang sekiranya kutipan wang zakat yang dijangka melebihi RM 60 juta untuk tahun 2013 ini gagal dimanfaatkan untuk membasmi masalah kemiskinan umat.
Jelas, TBS harus segera bermuhasabah dengan keberkesanannya dalam menangani masalah kemiskinan di kalangan umat Islam di negeri ini.
Perancangan-perancangan untuk menggunakan wang zakat bagi membina bangunan-bangunan tertentu atas premis pelaburan dan mengembangkan dana zakat untuk masa depan harus dinilai semula.
Keutamaan harus diberikan kepada usaha pembasmian kemiskinan yang menjadi objektif utama pensyariatan zakat oleh Allah kepada umat Islam. Beramanahlah dengan wang zakat itu, agihlah ia dengan adil dan janganlah cemari institusi zakat dengan kepentingan tertentu.
*Penulis adalah Naib Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak
SHAH ALAM: Media tempatan terutama arus perdana digesa
berhenti membuat laporan tidak berasas berhubung isu memorandum daripada
Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor .
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata isu itu dianggap selesai apabila Kerajaan Negeri mengadakan pertemuan bersama BBC untuk menyerahkan lakaran Belanjawan 2014.
“Sudah banyak kali kita cerita isu ini. Isu memorandum ini sudah pun diselesaikan dengan mengambil kira kehendak dan kepentingan semua pihak.
“Saya minta media jangan laga-lagakan isu ini kalau tujuannya untuk melariskan surat khabar hasil daripada cerita tidak tepat,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu memorandum dari BBC.
Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan penuh kepada pembangunan rakyat dan tidak akan melayan karenah atau dakwaan liar sesetengah pihak.
“Ini semua drama yang sengaja ditimbulkan. Kita sudah sampai ke satu tahap yang lebih tinggi dari segi kematangan dan fikiran dan tidak akan melayan karenah kecil seperti ini,” katanya.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) Selangor menyelar tindakan mengedar ‘surat layang’ menggunakan nama Kelab Penyokong Kerajaan Selangor sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
Pimpinan PR Selangor turut menafikan menandatangani mana-mana surat atau kenyataan menyatakan perasaan marah dan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Abdul Khalid.
KUALA LUMPUR: Negara Anggota OIC digesa memanggil duta
Myanmar ekoran penghinaan dan serangan terhadap Islam yang dilancarkan
oleh sami-sami Buddha esktrimis atas alasan membantah lawatan
menteri-menteri luar OIC baru-baru ini.
Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata penghinaan dengan menyamakan Islam sebagai ideologi binatang bukan sahaja menghina akan tetapi membawa mesej mengistiharkan perang ke atas Islam dan kaum Muslimin.
"Kami melihat kebencian terhadap Muslim dan Islam ini sengaja direncanakan oleh pihak berkuasa kerajaan Myanmar sendiri.
"Kami sangat kesal dengan sikap dan tindakan para sami ekstrimis yang membawa kain sepanduk yang menghina Islam dan mengaitkan Islam sebagai agama haiwan," katanya dalam satu kenyataan bersama Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura).
Menurutnya, maklumat diperolehi mendapati pihak berkuasa kerajaan Myanmar sendiri yang memberi arahan dan mengeluarkan kebenaran supaya sami-sami tersebut berdemonstrasi membantah lawatan delegasi OIC.
Malah ujarnya ada seorang Menteri yang turut bersama dalam salah sebuah demonstrasi di satu bandar di Myanmar.
"Kami menuntut supaya kerajaan Myanmar menghentikan tindakan liar dan tidak bertamadun ini dan mengingatkan jangan cuba mencabar kesabaran umat Islam seluruh dunia .
"Kami juga mengingatkan kepada Myanmar bahawa negara umat Islam seperti Malaysia telah berjaya mengujudkan suasana harmoni antara orang Islam dan penganut agama yang lain termasuk penganut Buddha .
"Semua agama adalah dilindungi secara undang-undang dan semua agama di Malaysia hidup dengan aman," katanya lagi.
Beliau turut mempersoal kenapa Myanmar dan para sami berkelakuan sedemikian dan terus menyebarkan kempen membenci penganut agama lain di zaman seperti ini.
"Ancaman apa yang ditakuti oleh kerajaan Myanmar dari lawatan OIC? Kecuali jika kerajaan Myanmar sendiri mengamalkan polisi mendokong keganasan penganut Buddha oleh estrimis Buddha seperti yang ditunjukkan ke atas kaum Muslimin," katanya.
Sehubungan itu beliau mengesa semua negara Asean dan OIC mengutuk tindakan ganas ini dan menekan kerajaan Myanmar supaya tidak tunduk kepada estrimis Budhha yang menyebarkan kebencian terhadap agama lain dan bersikap rasis terhadap kaum lain.
Beliau juga menuntut supaya semua kedutaan Myanmar di negara-negara anggota OIC yang ada hubungan diplomatik dengan Myanmar dipanggil untuk menyatakan kutukan dan menegaskan pendirian masing-masing.
"Semua negara Islam perlu mengerakkan tindakan bersama untuk menekan Myanmar . Jika ini tidak berkesan memutuskan hubungan diplomatik adalah pilihan yang perlu dipertimbangkan," katanya.
Adly menyampaikan ucapan pada Konvensyen PAS Melaka kali ke-2 di Bukit Katil, pagi ini.
MELAKA: Masjid yang aktif memberi kesan yang positif kepada perjuangan Islam, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari.
Ini, katanya kerana masyarakat Melayu di kawasan berkenaan mahu kepada Islam yang secara tidak langsung memberi sokongan kepada PAS.
Beliau berkata, ini terbukti pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu di mana PAS negeri berjaya mendapat sokongan 50 peratus di sesetengah unit peti undi (UPU) yang melibatkan ramai pengundi Melayu.
“Kalau masjid aktif menunjukkan manusia mahu kepada Islam, ia memberi rangsangan dan sokongan kepada kita.
“Ini pendekatan yang harus kita buat,” ujarnya ketika berucap pada Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Kompleks PAS Bukit Katil, dekat sini pagi ini.
Justeru, beliau menggesa ahli-ahli dan pendukung PAS supaya menghidupkan masjid, paling tidak pun menunaikan solat berjemaah di rumah Allah itu.
Berdasarkan pengalaman, katanya di UPU yang ramai orang Melayu tetapi masjid tidak aktif menyebabkan sukar PAS mendapat sokongan pengundi.
Katanya, beliau pernah membuat tinjauan di beberapa kawasan seumpama itu didapati pegawai masjid pun tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah.
Tambahnya, kehadiran para pendukung PAS memakmurkan masjid menjadikan PAS dekat dengan masyarakat.
Sebahagian peserta Konvensyen PAS Melaka ke-2, pagi ini.

Surat layang: Drama yang sengaja ditimbulkan - Khalid
Selangorku, | 17 Nov 2013 |
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata isu itu dianggap selesai apabila Kerajaan Negeri mengadakan pertemuan bersama BBC untuk menyerahkan lakaran Belanjawan 2014.
“Sudah banyak kali kita cerita isu ini. Isu memorandum ini sudah pun diselesaikan dengan mengambil kira kehendak dan kepentingan semua pihak.
“Saya minta media jangan laga-lagakan isu ini kalau tujuannya untuk melariskan surat khabar hasil daripada cerita tidak tepat,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu memorandum dari BBC.
Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan penuh kepada pembangunan rakyat dan tidak akan melayan karenah atau dakwaan liar sesetengah pihak.
“Ini semua drama yang sengaja ditimbulkan. Kita sudah sampai ke satu tahap yang lebih tinggi dari segi kematangan dan fikiran dan tidak akan melayan karenah kecil seperti ini,” katanya.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) Selangor menyelar tindakan mengedar ‘surat layang’ menggunakan nama Kelab Penyokong Kerajaan Selangor sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
Pimpinan PR Selangor turut menafikan menandatangani mana-mana surat atau kenyataan menyatakan perasaan marah dan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Abdul Khalid.
Hina Islam: Negara OIC perlu panggil duta Myanmar
Harakahdaily, | 17 Nov 2013 |
Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata penghinaan dengan menyamakan Islam sebagai ideologi binatang bukan sahaja menghina akan tetapi membawa mesej mengistiharkan perang ke atas Islam dan kaum Muslimin.
"Kami melihat kebencian terhadap Muslim dan Islam ini sengaja direncanakan oleh pihak berkuasa kerajaan Myanmar sendiri.
"Kami sangat kesal dengan sikap dan tindakan para sami ekstrimis yang membawa kain sepanduk yang menghina Islam dan mengaitkan Islam sebagai agama haiwan," katanya dalam satu kenyataan bersama Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura).
Menurutnya, maklumat diperolehi mendapati pihak berkuasa kerajaan Myanmar sendiri yang memberi arahan dan mengeluarkan kebenaran supaya sami-sami tersebut berdemonstrasi membantah lawatan delegasi OIC.
Malah ujarnya ada seorang Menteri yang turut bersama dalam salah sebuah demonstrasi di satu bandar di Myanmar.
"Kami menuntut supaya kerajaan Myanmar menghentikan tindakan liar dan tidak bertamadun ini dan mengingatkan jangan cuba mencabar kesabaran umat Islam seluruh dunia .
"Kami juga mengingatkan kepada Myanmar bahawa negara umat Islam seperti Malaysia telah berjaya mengujudkan suasana harmoni antara orang Islam dan penganut agama yang lain termasuk penganut Buddha .
"Semua agama adalah dilindungi secara undang-undang dan semua agama di Malaysia hidup dengan aman," katanya lagi.
Beliau turut mempersoal kenapa Myanmar dan para sami berkelakuan sedemikian dan terus menyebarkan kempen membenci penganut agama lain di zaman seperti ini.
"Ancaman apa yang ditakuti oleh kerajaan Myanmar dari lawatan OIC? Kecuali jika kerajaan Myanmar sendiri mengamalkan polisi mendokong keganasan penganut Buddha oleh estrimis Buddha seperti yang ditunjukkan ke atas kaum Muslimin," katanya.
Sehubungan itu beliau mengesa semua negara Asean dan OIC mengutuk tindakan ganas ini dan menekan kerajaan Myanmar supaya tidak tunduk kepada estrimis Budhha yang menyebarkan kebencian terhadap agama lain dan bersikap rasis terhadap kaum lain.
Beliau juga menuntut supaya semua kedutaan Myanmar di negara-negara anggota OIC yang ada hubungan diplomatik dengan Myanmar dipanggil untuk menyatakan kutukan dan menegaskan pendirian masing-masing.
"Semua negara Islam perlu mengerakkan tindakan bersama untuk menekan Myanmar . Jika ini tidak berkesan memutuskan hubungan diplomatik adalah pilihan yang perlu dipertimbangkan," katanya.
Masjid aktif beri kesan positif kepada PAS
Harakahdaily, | 17 Nov 2013 |
Adly menyampaikan ucapan pada Konvensyen PAS Melaka kali ke-2 di Bukit Katil, pagi ini.
MELAKA: Masjid yang aktif memberi kesan yang positif kepada perjuangan Islam, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari.
Ini, katanya kerana masyarakat Melayu di kawasan berkenaan mahu kepada Islam yang secara tidak langsung memberi sokongan kepada PAS.
Beliau berkata, ini terbukti pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu di mana PAS negeri berjaya mendapat sokongan 50 peratus di sesetengah unit peti undi (UPU) yang melibatkan ramai pengundi Melayu.
“Kalau masjid aktif menunjukkan manusia mahu kepada Islam, ia memberi rangsangan dan sokongan kepada kita.
“Ini pendekatan yang harus kita buat,” ujarnya ketika berucap pada Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Kompleks PAS Bukit Katil, dekat sini pagi ini.
Justeru, beliau menggesa ahli-ahli dan pendukung PAS supaya menghidupkan masjid, paling tidak pun menunaikan solat berjemaah di rumah Allah itu.
Berdasarkan pengalaman, katanya di UPU yang ramai orang Melayu tetapi masjid tidak aktif menyebabkan sukar PAS mendapat sokongan pengundi.
Katanya, beliau pernah membuat tinjauan di beberapa kawasan seumpama itu didapati pegawai masjid pun tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah.
Tambahnya, kehadiran para pendukung PAS memakmurkan masjid menjadikan PAS dekat dengan masyarakat.
Sebahagian peserta Konvensyen PAS Melaka ke-2, pagi ini.
4 kali p'raya, Kg Tukau Jaya belum dapat air bersih
Harakahdaily, | 17 Nov 2013 |
MIRI: Penduduk Kampung Tukau Jaya, Jalan Bakam di
sini yang kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan nelayan
memohon agar pihak kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih ke
kampung mereka.
Sehinga kini mereka hanya bergantung dengan tadahan air hujan dan juga air kolam yang terdapat di situ bagi tujuan keperluan harian mereka.
Sekiranya berlaku musim kemarau yang berpanjangan, bekalan air mereka terputus dan air dalam tangki dan kolam tidak cukup untuk menampung keperluan harian mereka.
Mengulas perkara itu, Yang Dipertua PAS Miri Jofri Jaraiee berkata, penduduk di sini berharap bajet 2014 untuk membantu penduduk luar bandar yang tidak ada bekalan air bersih dapat digunakan untuk kampung mereka.
Selain isu bekalan air bersih katanya, penduduk di sini juga berdepan masalah jalan yang serba daif.
Menurutnya, jalan batu kerikil yang digunakan sekarang banyak lobang dan ianya menyukarkan penduduk kampung ketika hujan lebat, manakala jambatan yang menghubung ke tempat tinggal mereka sehingga kini masih lagi belum siap sepenuhnya.
Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Sibutir, mereka sudah lama memohon agar pihak pemerintah membaiki jalan dan jambatan usang itu tetapi sehingga kini sudah empat kali pilihanraya, tetapi tiada sebarang perubahan.
"Sudah empat wakil rakyat bersilih ganti tetapi tiada satu janji pun mereka tepati," katanya.
Menurutnya lagi mereka juga pernah memohon kepada kerajaan supaya dapat membuat Perimeter Survei atas tapak kampung Tukau Jaya, jalan Bakam Miri pada 17 september 2011 yang lalu tetapi sehingga kini mereka masih belum mendapat hakmilik kekal di tapak kediaman mereka.
"Kita bimbang sekiranya pihak kerajaan tidak memberi hakmilik kekal ke atas tanah penduduk asal di sini, kemungkinan suatu hari nanti kami akan dipaksa keluar dari tanah kami sendiri akibat pembangunan yang sedang rancak berlaku disekitar kawasan ini," katanya lagi.
Dalam pada itu, Jofri yang juga Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak mahu pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih, jalan dan infrastruktur di kampung Tukau Jaya.
"Kita harap pihak kerajaan dapat meninjau keadaan penduduk di kampung itu dengan memberi kemudahan asas seperti yang diperlukan oleh penduduk di situ," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan