Lima Isteri Rogol Suami Sampai Mati!
Written By canang on Ahad, 24 November 2013 | 11/24/2013 03:00:00 PTG
Seorang ahli perniagaan di Nigeria meninggal dunia kerana 'diperkosa' lima daripada enam isterinya, Julai lalu.
Kelima-lima mereka memaksa Onoja mengadakan hubungan seks secara bergilir-gilir hingga mangsa berhenti bernafas secara tiba-tiba.Menurut DailyMail,susulan kejadian itu, dua daripada lima isterinya telah ditahan polis
MANTAN PENGERUSI SPR KINI TELAH DI LANTIK MENJADI AHLI DEWAN TERTINGGI PERKASA
Kini taraf mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid bin Abdul Rahman kini berada di bawah Presiden Perkasa Ibrahim Ali dan Naib Presiden Perkasa Zulkifli Noordin.
Beliau kini sudah berjawatan sebagai Ahli Dewan Tertinggi Perkasa.
Tugas pertama beliau setelah di angkat dan dinobatkan sebagai Ahli Dewan Tertinggi Perkasa ialah merasmikan Mesyuarat Agung Khas Perkasa Peringkat Wilayah Persekutuan 2013 hari ini 24hb November 2013 jam 10.00 pagi di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur.
Tak mau nak ulas lebih panjang lebar tetapi sekadar mengajak rakyat cuitkan sedikit minda untuk berfikir dan menilai.Posted by OMAK KAU!!!!
BENARKAH MALAYSIA ITU SEBUAH NEGARA ISLAM TERBAIK DI DUNIA DAN MENJADI CONTOH KEPADA NEGARA-NEGARA ISLAM YANG LAIN?
Written By canang on Ahad, 24 November 2013 | 11/24/2013 06:43:00 PG
BENARKAH MALAYSIA ITU SEBUAH NEGARA ISLAM TERBAIK DI DUNIA DAN MENJADI CONTOH KEPADA NEGARA-NEGARA ISLAM YANG LAIN?
INILAH JAWAPANNYA.....SELEPAS IMAM DIPECAT 24 JAM DAN DILARANG MEMASUKI MASJID..KINI TIBA PULA GILIRAN 3 BILAL MASJID DIBERIKAN NOTIS DIPECAT DALAM TEMPOH 24 JAM
JOHOR BAHRU - Selepas pemecatan seorang imam di Masjid Taman Perling, tiga bilal masjid itu pula ditamatkan perkhidmatan.Notis penamatan jawatan bilal menerusi notis 24 jam diserahkan kakitangan jawatankuasa pentadbir masjid itu kira-kira jam 1 tengah hari, kelmari
Bicara Che Wan.
Post by Mr Konar Leper.
Post by Mr Konar Leper.
Syariah: PAS sedia muzakarah dengan Umno
- Nov 24, 2013
- ANIS NAZRI
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi pelawaan itu ketika ucapan penangguhan di Stadium Malawati, sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.
Berucap di hadapan para perwakilan, Ustaz Hadi menegaskan PAS bersedia dengan barisan pakar untuk tujuan muzakarah itu seperti ulama, mahupun peguam.
"Kita ada ramai ahli. Ada yang tua, ada yang muda. Kita ada Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Harun Taib. Kalau yang muda, kita ada Nik Abduh, Nik Zawawi. Kalau peguam, kita ada Tun Salleh Abbas atau Wan Mutalib Embong. Yang muda, ada Asmuni Awi, Hanipa Maidin," kata beliau.
Dalam pada itu, Ustaz Hadi menegaskan PAS sudah beberapa kali berbincang dan bermuzakarah berkaitan hukum Islam, termasuk dengan DAP dan juga badan-badan agama lain.
Malangnya, kata beliau yang paling kuat menentang Islam ialah Umno, bukannya DAP, malah Umno tidak pernah menghadiri majlis penjelasan berkaitan hukum Islam walaupun dipelawa PAS.
"DAP memang tidak setuju dengan Islam. Kalau dia setuju, dia dah lama masuk Islam. Tapi DAP bercakap dengan kita jika tidak setuju dengan hukum Islam. Pernah tahun 90-an kita adakan perbincangan mengenai hudud. DAP datang, persatuan kristian, buddha, sikh datang, Umno yang tidak datang," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, Ustaz Hadi berkata Umno tidak mampu mengikut hukum Islam kerana ia berbeza dengan ideologi perjuangan yang dibawa parti Melayu terbesar itu.
"Kalau Umno ikut, mereka akan tersangkut. Sebab itu bukan ideologi perjuangan mereka," kata beliau lagi.
Presiden PAS nafi ulama dipinggir
- Nov 24, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, perkara itu tidak sewajarnya berbangkit kerana komposisi ulama dan profesional dalam saf kepimpinan baru PAS adalah seimbang.
"Perkara ini tak timbul. Saya kira dalam Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja ada 9 orang ulama daripada 18 orang," katanya pada sidang media terakhir selepas Muktamar Tahunan PAS ke-59 tditangguhkan kira-kia jam 3 petang ini.
Beliau turut menambah bahawa, bukan jumlah mana-mana kelompok sama ada ulama atau profesional yang perlu dipersoal, tetapi PAS lebih melihat kepada peranan yang akan dimainkan.
"Kita tak mahu macam ulama dalam Umno (tiada peranan). Yang penting kita melihat peranan yang dimainkan nanti," jelas beliau lagi.
Terdahulu beliau diminta memberi komentar oleh wartawan media arus perdana berhubung jumlah ulama dalam saf kepimpinan baru yang didakwa mereka menyaksikan kumpulan ulama tidak mendominasi AJK PAS Pusat.
Muslimat terbukti berperanan Exco, MP dan Adun
- Nov 24, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Justeru, beliau mengingatkan ahli-ahli supaya jangan ada golongan label melabel sebaliknya mesti merapatkan ukhuwah untuk menghadapi PRU14.
"Kita ada exco di Selangor; Dr Halimah Ali di Kelantan, Mumtaz Md Nawi dan Kedah ketika memerintah, Datuk Aisah Ghazali," katanya dalam sesi penggulungan ucapan dasar Presiden.
Menurut beliau, pada PRU lalu muslimat bertanding tujuh kerusi Parlimen dan 18 Dun di mana pencapaian calon muslimat di Parlimen Kota Raja serta Dun di Seri Serdang mengatasi calon muslimin.
Beliau berharap ramai lagi muslimat yang diberi peluang untuk menjadi calon dan jangan menganggap muslimat memberi saingan kepada muslimin kerana muslimat merupakan kakak dalam perjuangan.
Menurut beliau, muslimat tidak mengharapkan jawatan atau gelaran tinggi tetapi kerjasama yang mantap menjadi penentu kepada wajah ummah dan negara.
Katanya, PAS kawasan mesti memastikan setiap jentera muslimat berperanan dan bekerja keras untuk menangkan calon PAS yang bertanding bagi memastikan matlamat ke Putrajaya tercapai pada PRU14 nanti.
"Saya mengharapkan sokongan dan dokongan semua peringkat kepada muslimat melalui Briged Amal, Ameerah, Nisa’ kerana golongan ini bekerja mendekatkan hati kepada masyarakat," katanya.
Ini kerana, tambah beliau PAS menghadapi cabaran besar apabila lebih 35 peratus wanita Melayu masih belum memberi sokongan kepada PAS.
Hargai kelompok seni bersama PAS
- Nov 24, 2013
- Hazayani Zakaria
Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam berkata, tujuan PAS menarik artis, seniman, budayawan, dan karyawan untuk melakukan perubahan.
Justeru, katanya PAS perlu menghargai kesediaan kelompok ini bersama-sama parti dengan meraikan kepelbagaian mereka.
"Kita bawa artis, seniman, budayawan, karyawan bersama kita untuk melakukan perubahan. Mereka sudah bersedia bersama kita, mengapa kita masih banyak berkira-kira?
"Jangan terlalu ghairah untuk 'mengePASkan' mereka, mengenakan uniform atau jubah PAS, dari pemuzik menjadi ustaz, dari menyanyi menjadi penceramah. Aulanya adalah fikrah dan nilai, tasawur perjuangan.
"Biarkan mereka sebagai pemuzik, pelukis, penyanyi, pelakon, penulis dan sang karyawan lain-lain menghasilkan karya yang dapat membangunkan umat, menghidupkan jiwa yang mati, menyuntik semangat juang.
“Kita masih mengharapkan Bob Lokman dapat menghasilkan lirik-lirik berbisanya seperti ‘Isabela’, ‘Taman Rashidah Utama’ dengan nafas perjuangan," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS Ke-59 di Stadium Malawati hari ini.
Sementara itu, mengulas tema muktamar iaitu ‘Rahmat Untuk Semua’, beliau berkata ia hanya akan menjadi retorik kosong jika PAS masih terperap dalam tempurung markaz dan kelompok masing-masing.
"Rahmat daripada perjuangan kita bukan sekadar ahli PAS sahaja tapi untuk seluruh alam termasuk bintang di langit, gunung, laut membiru, jalanraya, bangunan, beburung, serangga, ikan di kali, keretapi, kapal korek, kelapa, buah mempelam, penarik beca, petani, penyanyi, pelancong, penoreh getah, pelacur, pengemis, orang Cina, Iban, India, Kadazan, ibu mengandung, wanita bekerjaya, OKU, penganggur, pelukis, pesakit di hospital," katanya kepada Harakahdaily.
Tambah beliau juga, daerah pembudayaan adalah sangat luas, bukan sekadar aktiviti kesenian seperti baca puisi, menyanyi, berlakon dan sebagainya sebaliknya termasuk idea, sistem sosial dan karya-karya yang dihasilkan.
"Prof. Dr. Koentjaraningrat, bapa Anthropologist Indonesia mengatakan bahawa konsep kebudayaan wujud dalam tiga keadaan. Pertama wujud kebudayaan sebagai idea, gagasan, nilai atau norma.
"Kedua wujud kebudayaan sebagai aktiviti atau pola tindakan manusia dalam masyarakat yang lebih dikenali sebagai sistem sosial. Ketiga adalah wujud kebudayaan sebagai karya-karya yang bersifat konkrit, fizikal seperti muzik, puisi, ukiran, lukisan dan sebagainya.
"Dalam pemikiran kita, barang kali yang menjadi tumpuan adalah wujud kebudayaan ketiga berbanding dengan kebudayaan yang pertama dan kedua," katanya.
Beliau juga berkata, PAS perlu lebih banyak menghasilkan karya yang mewakili pemikiran mereka daripada terus mengkritik karya orang lan tanpa sebarang tindakan.
"Di mana lagi ulama seperti Pak Hamka dalam PAS yang mampu menulis novel roman cinta seperti Tenggelamnya Kapal Van der Wijc dan Di bawah Lindungan Kaabah? Islam bukan sekadar diungkapkan dengan kalimah al Quran dan Hadis semata-mata tetapi yang lebih penting bagaimana Islam diterjemahkan dalam nilai wahyu," katanya lagi.
Justeru beliau menyeru agar para budayawan tidak hanya diundang pada musim pilihan raya sahaja namun kewujudan mereka perlu disedari sepanjang waktu.
"Kerana itu, besarlah harapan saya untuk tidak melihat para budayawan sekadar pengisi waktu menjelang musim-musim pilihanraya. Mereka adalah pelukis langit zaman, pelakar bumi Tuhan. Para karyawan, seniman, artis dan budayawan bukan askar upahan tetapi adalah pejuang sepanjang zaman," katanya.
Muktamar PAS: harakatul ummah ini tak mampu dipecahkan
- Nov 24, 2013
- DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Muktamar PAS kali ke-59 melabuhkan tirainya dengan bergaya dengan puluhan ribu ahli-ahli PAS memadati stadium Melawati selama tiga hari. Muktamar dengan euphoria pemilihan ini telah memancing minat yang besar masyarakat dan pendokong PAS untuk mengikuti dari jauh dan dekat perjalanan majlis gala PAS ini. Bermula dengan ucapan dasar Presiden pada hari pertama yang meletakkan unjuran setahun halatuju bahtera besar ini. Hari pertama juga menyaksikan perwakilan memilih Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Pada hari kedua muktamar bermula seawal pagi dengan para perwakilan bersiap memilih 18 Ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat.
Agenda memilih pemimpin kali ini terasa begitu sulit kerana 61 orang calon yang mempunyai kompetensi yang baik dan mampu menyumbang untuk pemberdayaan jamaah tercinta ini. Media massa dan juga fenomena media baru turut menyimbah rasa menggebu untuk memastikan saff pimpinan adalah tembok batu paling teguh untuk mengasak regim tirani negara ini. Pada hari kedua juga para perwakilan membahaskan ucapan dasar Presiden dan ternyata dengan kelompok kelas menengah yang membesar dalam PAS maka pembahas semakin baik berbanding puluhan tahun yang lepas.Kepelbagaian latar belakang pendidikan pendokong PAS adalah aset besar bahtera jamaah ini .
Pada sebelah petangnya perbahasan usul yang semakin hangat, tingkah meningkah namun masih dalam adab yang tinggi. Petang kedua juga semakin mendebarkan apabila pengumuman jawatankuasa kerja PAS Pusat. Ustaz Idris Ahmad bekas pensyarah UiTM telah mencuat ditempat pertama. Mantan Presiden PMUKM ini adalah juara Pidato Perdana Menteri semasa menjadi anak remaja di Kolej IsIam Kelang dalam dekad 1980-an. Anakanda kepada tuan guru Ahmad Petai ini kini adalah MP Bukit Gantang dan akan menjadi pimpinan masa depan PAS. Mazlan Aliman tokoh masyarakat tani dan rakyat jembel yang sangat cemerlang gerakerjanya mendapat tempat ketiga. Mazlan berpuluh kali mendekam di lokap polis semasa menjadi sesepuh utama pemuda PAS. Anak Johor yang merupakan kubu Umno ini juga sangat cemerlang dalam perjuangan masyarakat FELDA. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh mantan Menteri Besar Perak, Ir Nizar Jamaluddin.
Pemilihan kali ini juga menyaksikan muka-muka baru yang dipilih oleh perwakilan bagi melengkapkan keseimbangan barisan kepimpinan. Antaranya Ustaz Nasrudin tantawi, MP Temerloh yang juga baru berdata sebagai ketua Dewan Pemuda Pas Pusat.Ustaz Nik Mohamad Abduh, MP Pasir Mas yang juga mantan Timbalan Ketua DPPPM. Turut menang daripada pesara DPPM ialah Riduan Mohamad Nor, mantan ketua Penerangan DPPPM sesi lepas.
Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh, pelajar doktoral Pengajian Islam yang juga Setiausaha Majlis syura ulama turut membarisi kepimpinan sesi baru ini. Muktamar PAS kali ini juga menyaksikan sedikit kekecohan dengan aksi kumpulan metal sebelum muktamar penuh bermula. Pengerusi lujnah seni, Dr Muhaimin Sulam telah menjelas dengan panjang lebar justifikasi kekecohan itu pada hari terakhir muktamar.
Ternyata muktamar pada kali ini menutup mulut pesaing PAS seolah gerakan Islam ini tidak mampu menguruskan perbedaan pandangan dan juga dikotomi ulama professional yang muncul setiap kali muktamar.
Pimpinan akar umbi PAS yang juga perwakilan telah membuktikan bahawa mereka mempunyai piawaian tersendiri untuk memilih barisan kepimpinan yang tidak perlu mengikut gendang yang dipalu oleh seteru mereka untuk memilih kepimpinan parti.
Dengan usia menjangkau 63 tahun, PAS telah meracik segunung pengalaman berdada dengan hamparan mehnah. Harakatul ummah ini telah mengalami tajribah politik yang sangat lumayan, bahkan turut dikongsi pengalamannya oleh gerakan Islam dunia yang lain seperti Ikhwan muslimin, Jamiat Islami serta pelbagai gerakan Islam yang lain.
PAS membawakan temanya rahmat untuk semua, pasti akan lebih ranggi memancing sokongan dan dokongan pelbagai jalur masyarakat negara ini. Teringat saya ulasan Joceline Tan seorang wartawan dan juga penganalisa politik Malaysia bahawa PAS terutama Dewan Pemudanya dibarisi kepimpinan yang rapi pendidikannya dan ini pasti menyukarkan Umno untuk tidur lena usai muktamar ke-59 ini.
Untuk ahli-ahli PAS dan penyokong gerakan Islam ini teruskan menanam baja untuk menyuburkan medan siasah bernuansa Islam ini, suburkan pendakwahan dengan lebih merata ke setiap medan operasi massa, merendangkan pohon amal tarbawi yang akan mengikat ukhuwwah serta mempersiapkan fikrah ahli semoga terus bertajarrud dengan fikrah Islam tulen. Insya-Allah, kita akan merengkuh Putrajaya dengan bergaya dalam PRU ke-14 nanti.'nothing else matters' ungkap anak-anak muda ranggi, tiada yang mustahil jika tekad kita seteguh karang di lautan.
PAS tegas pendirian isu antarabangsa
- Nov 24, 2013
- Muhammad Faizal
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar) yang berucap mewakili Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar pada penggulungan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 menjelaskan penglibatan PAS di peringkat antarabangsa sentiasa berterusan sehingga sekarang.
Katanya, walaupun PAS bergerak aktif dalam hubungan tersebut namun tiada laporan media dilakukan bagi menjaga sensitiviti sesebuah negara.
"Kita tekankan di sini PAS tidak pernah lari dengan pendirian yang dibawa sejak dari dulu lagi dalam hubungan dengan masyarakat antarabangsa.
"Kita sentiasa bertegas dalam soal yang membabitkan kemanusiaan, tidak kira apa jua peringkat lapisan kaum," ucap beliau.
Jelasnya, PAS sentiasa berkongsi pengalaman antara satu sama lain dalam hal-hal antarabangsa dan juga hubungan dengan pimpinan negara-negara luar.
"Kita kongsi pengalaman antara satu sama lain, isu-isu antarabangsa dan menjaga baik hubungan dengan pimpinan setiap negara.
"Sebab itu apa yang berlaku di Mesir atau Timur Tengah kita tegas menentang dan kita apa terus beri sokongan tentang apa yang berlaku," katanya yang juga Adun Batu Burok.
Syed Azman yang turut memberitahu insiden di Syria menjadi perhatian serius PAS yang merupakan tragedi yang tidak dapat digambarkan.
Namun, apabila PAS berdepan dengan isu-isu ini secara meluas maka PAS akan terus dilabelkan dengan istilah membantu kelompok pemberontak.
"Isu Syria kita jelas, kita membantu dan tidak sangguh melihat insiden tragedi yang berlaku tetapi kita tidak menceritakan apa kita lakukan itu melalui publisiti yang meluas.
"Jika ini yang kita lakukan maka kita akan mendapat label sebagai membantu golongan pemberontak. Atas alasan tersebut mungkin tidak semua tahu apa yang telah PAS lakukan," jelasnya.
Beliau yakin dengan sumbangan yang dilakukan PAS di peringkat antarabangsa menjadikan parti itu terus berada di hadapan dalam pola politik dunia baru.
Perwakilan terlepas pandang bahas akta zalim
- Nov 24, 2013
- SALMIYAH HARUN
Timbalannya Hanipa Maidin berkata ramai yang tidak sedar bahawa tiga undang-undang yang dibuat kerajaan seperti SOSMA, Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Jenayah.
"Udang-undang khususnya Akta Pencegahan Jenayah sebenarnya adalah undang-undang yang kembalikan roh ISA.
"Walaupun kerajaan telah memansuhkan ISA tetapi kembalikan roh ISA dalam udang-undang ini," katanya dalam ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.
Tegasnya, para perwakilan yang gagal memahami apa itu dakwah sebenarnya menunjukkan mereka juga tidak faham kepada seruan dan ajakan.
"Dakwah paling mudah untuk kita fahami adalah seruan dan ajakan. Ahli-ahli Parlimen kita jalankan dakwah juga di parlimen di mana mereka membahaskan polisi dan dasar kerajaan yang menzalimi rakyat," katanya.
Bahkan katanya, dalam menyampaikan dakwah PAS janganlah terlalu memberi fokus kepada hudud sahaja.
"Yang penting tonjol Islam dalam erti kata lebih luas. Syariat perlu kuasai ilmu Islam ini dan ilmu duniawi supaya orang tidak rasa Islam itu hanya hukum sahaja. Hukum sahaja tidak membantu kita dalam menerangkan Islam kepada orang bukan Islam," katanya.
PAS perlu nasionalkan isu alam sekitar
- Nov 24, 2013
- Hazayani Zakaria
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Mohd Omar berkata, isu alam sekitar memerlukan kajian dan penyelidikan yang teliti serta mengambil masa yang panjang.
Justeru katanya, kerja-kerja lajnah alam sekitar banyak berbentuk perbincangan dan pertemuan dengan badann bukan kerajaan (NGO).
"Kita bukan sahaja memperjuangkan isu Lynas seperti yang didakwa perwakilan Kedah tetapi kita juga pernah perjuangkan isu sampah di Batu Pahat Johor dan dahulu kita perjuangan isu insenarator di Broga dan kes itu menang di mahkamah.
"Cuma lajnah alam sekitar memang tida banyak berceramah atau mengeluarkan kenyataan media kerana kita mengambil masa yang agak manjang untuk kajian dan penyelidikan sebelum bercakap kepada umum," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS Ke-59 di Stadium Malawati hari ini.
Justeru katanya, PAS perlu meneruskan perjuangan dalam isu Lynas termasuk isu-isu alam sekitar di kawasan lain.
Beliau juga menjelaskan, isu alam sekitar dikategorikan kepada tiga iaitu nasional, negeri dan kawasan.
Katanya, hasil perjuangan isu sampah di Bukit Pelandok, Batu Pahat, PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di kawasan tersebut.
Tubuh skuad prihatin di setiap kawasan
- Nov 24, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Menurut beliau, ziarah ukuhwah perlu dipertingkatkan kerana ramai penggerak veteran yang sudah tidak mampu bergiat cergas dalam parti dan mereka rasa terpinggir jika tidak diambil tahu hal kebajikan mereka.
"Mereka adalah insan yang sangat sensitif apabila kita tidak ambil tahu hal mereka," katanya.
Beliau menyarankan supaya setiap negeri menubuhkan seketariat orang kurang upaya (OKU) kerana mereka mempunyai banyak cabaran dan perlu dikedepankan masalah mereka.
Menyentuh program tahunan Semarak Kasih Ramadan perlu diberi perhatian kerana ia memberi satu imej yang tinggi bahawa PAS begitu prihatin terhadap kebajikan.
Katanya, setiap kawasan mesti tubuhkan skuad Prihatin untuk menggerakkan kerja-kerja kebajikan kerana kebajikan menjadi nombor dua terpenting selepas program tarbiyah.
Beliau mengakui sejak PAS mengangkat slogan Negara Berkebajikan semua kawasan begitu prihatin dengan soal kebajikan.
Naib Presiden: Salahuddin, Tuan Ibrahim dan Husam
- Nov 24, 2013
- Harakahdaily
SHAH ALAM: Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa dipilih sebagai Naib Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS ke-59.
Salahuddin memperolehi 917 undi, Tuan Ibrahim (849) dan Husam (520).
Dua calon lagi, Datuk Mahfuz Omar memperolehi 504 undi dan Datuk Abu Bakar Chik (364).
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi jam 10.50 pagi ini.
Jelasnya, jumlah perwakilan yang berdaftar ialah 1,129 sementara yang mengudi 1,086 dengan enam undi rosak.
Mohamad mahu bantu Presiden perkukuh PAS, PR
- Nov 24, 2013
- Harakahdaily
Sambil mengucapkan terima kasih kepada para perwakilan, beliau berkata amanah yang telah dipertanggungjawab ini akan digunakan untuk terus membantu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi mengukuhkan PAS dan Pakatan Rakyat.
"Tidak ada nak celebrate apa-apa (atas kemenangan ini) sebab pertandingan ini pertandingan persahabatan.
"Saya akan terus buat kerja, banti presiden untuk perkukuhkan PAS dan perkukuh Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media sejurus diumum menang.
Dalam keputusan yang diumumkan Jawatankuasa Pemilihan PAS petang semalam, Mohamad menang dengan 588 undi manakala pencabarnya Datuk Nik Mohd Amar Abdullah mendapat 490 undi.
Kemengan ini adalah kali kedua buat Mohamad yang telah menyandang jawatan tersebut sejak sesi 2011 lalu.
Bagi jawatan Naib Presiden pula, keputusan pemilihan hanya akan diumumkan pada pagi ini ekoran terpaksa dikira untuk kali kedua.
K-Pop: Inovasi apa dengan pakaian tidak senonoh
- Nov 23, 2013
- Harakahdaily
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, lebih parah beliau menjustifikasikannya dengan menyatakan berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta.
Beliau turut mempertikai kenyataan menteri yang menerajui KBS itu yang kini menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menganggap ini sebagai kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit kepada hasil negara.
“Kami menyelar sikap Menteri tersebut yang sama sekali tidak menghormati Dasar Kebudayaan Kebangsan dan Islam sebagai agama Persekutuan yang sepatutnya menjadi pertimbangan utama lebih dari soal pulangan wang dan inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kerajaan.
“Kami mempersoal inovasi apa yang beliau maksudkan dengan mempersembah penari Korea yang berpakaian tidak senonoh untuk menarik belia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) amat kesal dengan sikap kerajaan melalui Menteri Belia dan Sukan yang akhirnya mengaku memanggil artis K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran RM1.6 juta pada sambutan Hari Belia 2012.
Lebih parah beliau menjustifikasikannya dengan menyatakan berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta.
Menteri yang menerajui KBS kini menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menganggap ini sebagai kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit kepada hasil negara.
Kami menyelar sikap Menteri tersebut yang sama sekali tidak menghormati Dasar Kebudayaan Kebangsan dan Islam sebagai agama Persekutuan yang sepatutnya menjadi pertimbangan utama lebih dari soal pulangan wang dan inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kerajaan.
Kami mempersoal inovasi apa yang beliau maksudkan dengan mempersembah penari Korea yang berpakaian tidak senonoh untuk menarik belia.
Inikah darjat pemikiran seorang Menteri yang hendak menerajui pembentukan budaya generasi muda di negara ini?
Dengan berjaya menonjolkan budaya asing untuk menarik 2.4 juta pengunjung di Sambutan Hari Belia, ia bukan satu ukuran yang sepatutnya dibanggakan.
Menarik penaja untuk membiaya K-Pop yang jelas merupakan budaya asing yang bercanggah dengan nilai budaya negara, bagi kami adalah polisi yang sangat memalukan.
Kami tidak boleh menerima sama sekali alasan beliau bahawa soal K-Pop hanya salah satu dari 500 acara sambutan dan ia tidak perlu diperbesarkan.
Menteri beralasan untuk Malaysia ada satu acara ikonik kerana membandingkan dengan Brazil yang ada Karnival Rio, Jerman ada Oktober Fest, bermakna beliau mempunyai pemikiran yang suka plagiat budaya dan acara orang lain untuk dibawa ke Malaysia.
Bila beliau berkata tiga kumpulan K-Pop yang dipanggil itu merupakan antara 10 kumpulan paling popular di Korea Selatan tetapi untuk mendapatkan tempahan, sejumlah deposit daripada RM900,000 perlu dibayar, ini bererti beliau tidak terfikir sama sekali apa rasional untuk membawa penari bergaya tidak senonoh itu betapa popular sekalipun mereka itu.
Bagi kami ini bukan isu tiada salah laku dalam cara perbelanjaan tetapi adalah soal apa justifikasi beliau meluluskan membawa penari K-Pop itu.
Ini juga bukan isu politik. Bagi kami ini adalah isu kerosakan budaya dan percanggahan nilai dan moral rakyat dan negara yang dibawa sendiri oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.
Kami kesal PAC begitu dangkal dalam menangani isu ini yang hanya dilihat dari segi prosedur bayaran. Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed ternyata tidak memahami kemarahan rakyat bila wang rakyat dibelanja untuk membiayai penari yang tidak ada kena mengena dengan soal pembentukan sahsiah belia di negara ini.
Kami menyatakan bantahan kami kepada sikap kerajaan yang jelas tidak sensitif dengan soal kerosakan akhlak generasi muda dengan membawa artis luar negara yang tidak melihat kesan dan imej yang akan terbentuk kepada generasi muda.
Bila Pengerusi PAC itu berkata bajet yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan semasa diterajui Ahmad Shabery untuk Hari Belia 2012 dahulu amat sesuai dengan dasar kerajaan yang mahukan setiap ringgit yang dibelanjakan perlu memberi pulangan sekali ganda atau lebih, bermakna harga nilai moral bagi kerajaan adalah lebih rendah berbanding pulangan nilai wang ringgit.
Kami berpendirian kerajaan telah melakukan suatu jenayah dan pengkhianatan budaya yang sangat besar bila wang rakyat diguna untuk mengimport persembahan yang rendah moral dan sama sekali bertentangan dengan Dasar Budaya Kebangsaan dan Islam sebagai agama di negara ini.
DPPM: Gandingan mantap depani isu anak muda
- Nov 23, 2013
- SALMAH MAT HUSAIN
Ketua Penerangannya, Ustaz Nur Azariza Mohd Alawi, berkata ucapan tahniah yang diterima bukan sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi ia adalah harapan bagi seluruh pemuda dan anak muda Malaysia yang menantikan bagaimana kepimpian baru berperanan mendepani masalah mereka.
Menurutnya, perwakilan Muktamar DPPM Ke-54 telah membuat pemilihan yang terbaik di samping gandingan yang terbaik untuk memantapkan jentera parti.
“Ustaz Khalil Abdul Hadi dan Mohd Khairil Nizam Khiruddin sebagai timbalan ketua dan naib masing-masing gandingan mantap yang tentunya bersedia untuk mendepani golongan belia.
“Mereka merupakan antara gandingan terbaik yang telah ditentukan oleh seluruh pewakilan anak muda Islam yang kasihkan jemaah,” ujarnya.
DPPNK juga, ujarnya turut mengingatkan kepada mana-mana yang tidak terpilih baru-baru ini supaya terus istiqamah dalam perjuangan.
Katanya, mereka yang tidak mendapat tempat dalam pemilihan baru-baru ini bukan bermakna mereka ditolak dan bukan menjadi alasan untuk mereka hilang semangat serta daya juang.
“Kita pemuda Islam telah lama diajar oleh pimpinan, istilah kecewa tiada dalam kamus perjuangan PAS. Pemuda Kelantan yakin kepimpinan Pemuda Malaysia mempunyai formula terbaik untuk mencantumkan semula bulu-bulu ayam yang mungkin tercarik,” ujarnya lagi.
Pemuda PAS Kelantan juga katanya merakamkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan DPPM yang lalu di atas sumbangan dan jasa besar mereka dalam meneruskan mata rantai perjuangan pemuda yang terus berkesinambungan.
Wanita Yang Menolak Perkahwinan
Written By canang on Ahad, 24 November 2013 | 11/24/2013 12:00:00 PTG
Sepertimana yang
diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat
segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana
memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan.
Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan
terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Justeru itu ramai
yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak
dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin
disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat
memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan
kerjaya masing-masing.
Kami akan
menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu
bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada
jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh
dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya
sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi
menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.
Perkembangan
tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam
masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam.
Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam
yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah
semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah
kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan
antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif
dan negatif untuk melahirkan cahaya.
Di Malaysia,
walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup
membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun
demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap
jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan
mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di
akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah
lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita,
pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga,
suami dan anak-anak.
Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah:
“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”
Sekiranya seorang
wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan
pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang,
berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan
mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati
suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha
Allah pun bergantung kepada redha suami.
Selain daripada
itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi
pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di
kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu
akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan
diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh
kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan
dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya
akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi
ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal
berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di
syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan
mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana
bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Semua
kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang
menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu
berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh
itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang
sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman,
walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
Sabda Rasulullah saw:
“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan”. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”
Begitulah besarnya
pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk
keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan
wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan
ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan
perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui
kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang
menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita
solehah yang berada di bawah naungan suami.
Sumber: http://www.darulnuman.com/
Mesir Mengusir Duta Turki
Keputusan untuk mengusir Duta Turki Huseyin Avni Botsali pada hari Sabtu 23 November, berikutan kenyataan yang dibuat oleh Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki, yang menganggap pemerintah Mesir menganggap sebagai ” provokatif “.
Turki telah muncul sebagai salah sebuah negara di persada antarabangsa yang lantang mengkritik penggulingan Presiden Mohamed Morsi pada bulan Julai, yang menyifatkan ia satu ” rampasan kuasa tidak boleh diterima” .
“Turki telah cuba untuk mempengaruhi pendapat orang ramai terhadap kepentingan Mesir , disokong dengan mesyuarat organisasi yang berusaha untuk mewujudkan ketidakstabilan di negara ini”, kata Badr Abdelatty , jurucakap Kementerian Luar Mesir.
Tidak lama selepas pengumuman Mesir , Turki membuat kenyataan balas untuk bertindak sebagaimana Mesir .
“Kami akan mengambil langkah-langkah timbal balik selepas rundingan menyeluruh dengan duta Turki, ” kata Levent Gumrukcu , jurucakap Kementerian Luar Turki.
Abdelatty berkata Mesir membuat tiga keputusan pada hari Sabtu mengenai hubungan diplomatiknya dengan Turki.
“Pertama untuk mengusir duta Turki dan menurunkan taraf hubungan kita ke tahap caj d’ Affaires , kedua untuk mengisytiharkan duta Turki ‘persona non-grata’ dan ketiga kita tidak akan menghantar duta kami ke Turki ,” kata Abdelatty
Beliau berkata keputusan telah diambil selepas Erdogan membuat kenyataan di Rusia pada hari Khamis yang disifatkan Mesir sebagai provokatif dan mencampuri hal ehwal dalaman Mesir.
Erdogan mengutuk tindakan keras oleh pasukan keselamatan Mesir ke atas penyokong Morsi di Kaherah pada 14 Ogos.
Al Jazeera Hoda Abdel- Hamid , melaporkan dari Kaherah pada hari Sabtu , berkata: ” Salah satu isu yang anda dengar di sini di kalangan banyak orang-orang Mesir adalah Erdogan menggunakan tabik empat jari. ”
Erdogan berkata, beliau menggunakan tabik hormat “kerana ia adalah tanda kebebasan” , kata beliau, tetapi dia telah membuat kenyataan kepada media Turki yang telah menimbulkan kemarahan Kementerian Luar Mesir.
Post by Mr Konar Leper.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan