Selasa, 19 November 2013

JANGAN ISLAM DIBAWAH KEKUASAAN KITA...INI JUGA SATU ALIRAN BOLEH MEROSAK IMAN DAN AKIDAH

Hina mahkamah: Penjara, denda untuk Ibrahim Ali
1:26PM Nov 19 2013  
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan penulis blog Zainuddin Salleh bersalah atas kesalahan menghina mahkamah.
Kesalahan itu merujuk kepada penerbitan satu tulisan Zainuddin di laman web PERKASA pada 7 Januari lalu yang dianggap mencalar imej Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari ke atas Ibrahim, berkuatkuasa hari ini dan juga denda RM20,000.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat minggu ke atas Zainuddin, berkuatkuasa hari ini.

Zainuddin dalam tulisannya mendakwa Singham, yang mendengar kes saman difailkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Malaysia pada masa itu, sebagai pro-pembangkang.
Zainuddin juga mempersoalkan orientasi seksual hakim berkenaan dan menyatakan bahawa hakim tersebut masih bujang.
Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara.
Susulan itu, Ibrahim diperintahkan ditahan di lokap kompleks mahkamah Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang ini.Dalam penghakimannya, Hakim O'Hara berkata tindakan oleh kedua-dua defendan merupakan serangan ke atas Hakim Singham dan turut mempersoalkan integriti dan kesaksamaan hakim tersebut.
Tambahnya, tulisan di laman web tersebut juga sub judice kerana Hakim Singham pada waktu itu mendengar kes saman oleh Anwar ke atas Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak.
"Penghakiman yang sesuai perlu dibuat. Saya berharap ini menjadi penghalang kepada sesiapa yang menghina mahkamah," kata O'Hara.
Sementara itu, peguam Ibrahim, Adnan Seman @Abdullah berkata hakim enggan membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman, yang menyebabkan Ibrahim terpaksa dipenjara selama sehari hari ini.
"Saya akan failkan rayuan ke atas hukuman itu esok... dengan asas bahawa laman web tersebut tidak dimiliki oleh PERKASA," kata Adnan kepada pemberita.
Mahfuz tuntut penjelasan lantikan pengerusi baru BSN
2:39PM Nov 19 2013  
VIDEO l 3:44 minit
Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan memberikan penjelasan memuaskan berkenaan pelantikan pengerusi baru Bank Simpanan nasional (BSN), Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang berkuat kuasa pada 1 Mac lalu untuk tempoh tiga tahun.

Menurutnya, pelantikan itu menimbulkan persoalan tentang cerita sebenar di sebalik penamatan khidmat Abu Bakar sebagai ketua pengarah perkhidmatan awam pada bulan Julai 2012 selepas dikaitkan dengan kegagalan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada masa itu.

"Bila saya tengok dia jadi pengerusi BSN, saya ingat ada yang tak kena pada proses tindakan ke atas dia dan proses pelantikan beliau (baru-baru ini).

"Sebab itu kerajaan perlu perjelaskan atas kelayakan apa Tan Sri Abu Bakar ini dilantik jadi pengerusi BSN," kata Mahfuz pada sidang medianya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau menimbulkan persoalan itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan kepadanya penamatan Abu Bakar pada tahun lalu dibuat "demi kepentingan awam".

"Penamatan telah dibuat secara teratur dan mengikut prosedur dan peraturan-peraturan yang berkaitan di bawah Peraturan 49 Peraturan-peraturan Pegawai Perkhidmatan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Perlembagaan Persekutuan," jawapan Shahidan dipetik.
'Ajaran sesat' Ibrahim Libya: The Star mohon maaf
11:12AM Nov 19 2013  
Akhbar The Star menyiarkan nota permohonan maaf atas tulisan mendakwa Allahyarham Ibrahim Libya dan kumpulan penyokong PAS yang bertempur dengan pasukan keselamatan dalam tragedi Memali pada 1985 sebagai kumpulan ajaran sesat.

Nota permohonan maaf oleh pengarang The Star itu disiarkan bersama dengan kandungan surat oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin yang menjelaskan bahawa Ibrahim dan kumpulan penyokong tersebut tidak seperti yang digambarkan akhbar berkenaan.

Tulisan pada 12 November itu menyenaraikan Ibrahim Libra bersama dengan kes kekerasan melibatkan kumpulan ajaran sesat, termasuk Imam Mahdi, Al-Ma'unah dan Tuhan Harun.

Khairil Nizam dalam tulisan tersebut menjelaskan, Mahkamah Tinggi Alor Setar sendiri telah memerintahkan kerajaan membayar pampasan kepada waris bagi individu yang terkorban dalam tragedi tersebut.

“Jadi bagaimana Allahyarham Ustaz Ibrahim dan pengikutnya boleh dipersalahkan atas tindakan kekerasan apabila kerajaan yang diminta membayar pampasan?,” soalnya.

Tambahnya, satu-satunya fatwa yang dikeluarkan berhubung kes tersebut adalah fatwa oleh Majlis Fatwa Kedah yang berpendapat bahawa kumpulan berkenaan tidak patut digelar sebagai para “syahid”.

Akhbar berkenaan memohon maaf susulan laporan polis yang dibuat oleh ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah, yang juga merupakan anak kepada salah seorang mangsa dalam tragedi berdarah itu.

Yusni berkata laporan berkenaan melukakan perasaan anggota keluarga dan anak-anak mangsa tragedi Memali dan turut merendah-rendahkan reputasi Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muazzam Shah yang pernah menziarahi pusara Ibrahim.
ISMA: Anwar akan bawa pada negara tiada agama
 
VIDEO l 4:43 minit
Fahaman "liberal demokratik" dalam Pakatan Rakyat, termasuk melibatkan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa boleh menjuruskan Malaysia ke arah sebuah negara sivil tidak beragama dan berbangsa.

Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) mendakwa, doktrin itu boleh memberi kesan besar kepada identiti Malaysia sebagai negara Islam berteraskan Melayu.

NONEPresidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman (kanan) berkata, Pakatan dan NGO seperti Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Institut Kajian Dasar (IKD) mempromosi doktrin itu secara terancang bagi mengubah pemikiran ahli politik dan generasi muda melalui pelbagai medium.

"Kalau kita mengkaji dari segi pengakuan, Anwar sendiri sebagai ketua pembangkang mengisytihar dia adalah liberal demokrat, ataupun pejuang demokratik liberal. Kalau kaji dia punya ucapannya, dia pun mendokong mafhum (maksud fahaman) itu.

"Saya ikuti (perkara) ini lama, (mereka) mempromosi fahaman ini. Kalau kita tengok Buku Jingga, tidak keluar daripada mafhum liberal demokratik. Kalau kita tengok agenda DAP juga selari atau sejajar dengan faham liberal demokratik.

"Karpal secara jelas menyatakan tahaluf (kerjasama) mereka dengan PAS dan PKR berasaskan liberalisme dan pluralisme. Ini suatu yang sangat jelas, sebab itu kita lihat banyak NGO hak asasi berlindung di sebalik itu," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berhubung dakwaan fahaman liberalisme dan pluralisme dalam kerjasama politik dalam Pakatan.

Bahaya identiti tanpa bangsa

Ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Abdullah Zaik memberi amaran, akan berlaku "malapetaka besar" kepada bangsa Melayu sekiranya identiti "tidak berbangsa" mengambil tempat di negara ini.

Ini kerana katanya, ekoran kebimbangan kaum Melayu kehilangan kuasa dan tanah air berdaulat yang diwarisi sejak zaman berzaman.

abdullah zaik pembela seminar on islam under seigeAbdullah Zaik juga berkata, orang Cina atau India mempunyai "tanah berdaulat" di negara masing-masing tetapi pada masa yang sama mempersoalkan pemilikan tanah di negara ini.

"Bolehkah orang Melayu, kata 'di negara China, kita buat sama rata, orang Melayu pun boleh memiliki tanah orang Cina.' Orang Cina tak akan bagi punya. India pun begitu juga. '(Kalau Melayu kata) ini tanah India, tanah orang Melayu juga.' Orang India pun tak terima.

"Tapi malang (perkara) ini dilaksanakan orang Melayu supaya orang Melayu menerima (idea itu) dan akhirnya kuasa Melayu hilang kuasa politik dan dan tanah kedaulatannya. Apa akibatnya kepada bangsa Melayu? Jadi manusia menumpang di negara sendiri," katanya

Ditanya sama ada liberal demokratik juga mempengaruhi PAS, Abdullah Zaik berkata parti Islam itu cuba menyesuaikan diri dengan kerangka fahaman itu dengan mengungkapkan dasar perjuangan parti dalam bentuk baru.

Negara Islam jadi Negara Berkebajikan
Antaranya, kata Abdullah, istilah Negara Islam yang diperjuangkan parti itu kini bertukar dengan Negara Berkebajikan, konsep 'rahmatan lil'alamin' (rahmat kepada seluruh alam) dirujuk kepada kesamarataan dan 'karamah insaniah' (kemuliaan manusia) kepada konsep humanisme.

"(Ia) cuba diislamisasikan mafhum-mahfum itu dan diberikan hujah islamik," katanya.

azlanMengulas kerjasama PAS dalam Pakatan, Abdullah berpendapat kumpulan ulama mahu mengekal parti itu sebagai sebuah parti yang bebas, tidak cenderung pada mana-mana tokoh atau diikat kemas dengan tahaluf siyasi (kerjasama politik).

Manakala golongan 'Erdogan' pula, dakwa Abdullah Zaik mahu membawa PAS menurut cara Anwar yang juga ketua umum PKR.

"Kalau dalam tahaluf siyasi, tidak sepatutnya PAS diikut kukuh, PAS mesti mempunyai hak dan indipenden, dan mempunyai kebebasan membuat keputusan sendiri kerana melibatkan dasar. Itu maruah parti.

"Saya lihat tahaluf siyasi merugikan Islam yang dibuat dalam Pakatan, dan merugikan umat Islam di Malaysia. Dan PAS, dengan penglibatan itu dapat memenangkan golongan liberal.

"Saya setuju PAS keluar daripada Pakatan," katanya ketika ditanya sama ada PAS wajar keluar daripada Pakatan susulan perkara itu.
Kerana pagar, berakhir dengan drama 'gengster'
 
Ketika T Sivanesan, 26, membayar kontraktor tempatan RM4,500 untuk membina pagar besi untuk rumah kakaknya pada Mac lalu, beliau berharap anggota keluarganya akan selamat.

NONETetapi akhirnya, keselamatannya tetap terancam dengan drama melibatkan gengster sementara polis pula didakwa dirasuah.

Perkara itu didakwanya dalam laporan polis di Sungai Jarom, Banting minggu lalu.

Dalam laporan keduanya, Sivanesan (kiri) mendakwa, beliau menerima SMS ugutan berbunyi:

Puk**** kamu, ingat kamu besarlah, lan***, lu tekan polis Banting untuk tangkap (nama tidak disiarkan) Dengkil. Kan aku kepala geng Satu Hati Malaysia (nama tidak disiarkan) Puchong.

"Tunggulah lagi 2 hari aku turun bakar rumah lu."

Lebih menakutkan, SMS itu mendakwa polis ini sekarang mencari seseorang untuk menembaknya.

NONE"Polis Banting cakap, cari orang mahu kasi duit (untuk) tembak lu mati," katanya.

Polis mengesahkan kewujudan laporan Sivanesan.

Malaysiakini sudang menghubungi Ketua Polis Daerah Kuala Langat Nordin Manan dan masih menunggu ulasannya berhubung perkara itu.

Satu Hati antara 49 kumpulan samseng yang dikenal pasti polis. Kebanyakan anggotanya dikatakan berbangsa India.
'Halang PERKASA masuk S'wak tak bertamadun'
11:06AM Nov 19 2013  
PERKASA menyelar NGO dan pembangkang negeri yang mahu kerajaan melarang kumpulan pendesak Melayu itu daripada membuka cawangan di Sarawak, menggunakan alasan ekstrimis.

perkasa charter interfaith council 260713 ibrahim aliPresidennya Datuk Ibrahim Ali (kanan) berkata, penentangan itu tidak bertamadun, malah ketinggalan maklumat kerana PERKASA telah wujud di semua negeri sejak empat tahun lalu, termasuk bumi kenyalang itu.

"PERKASA pertubuhan halal di sisi undang-undang. Siapa yang keluar pendapat hendak halang PERKASA tidak bertamadun.

"Fikiran yang buat budak-budak ketawa," katanya melalui SMS, menjawab soalan Malaysiakini berhubung perkara itu lewat petang semalam.

Ibrahim juga menjelaskan, PERKASA sendiri tidak pernah menghalang mana-mana pihak memasuki negeri tertentu dan hanya menegur pihak yang mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan undang-undang dan perlembagaan.

"Kasihan dengan mereka yang ketinggalan maklumat. Steady-lah," sindir Ibrahim lagi.

PKR: Tiada tempat untuk rasisme
Sebuah portal kelmarin melaporkan, PERKASA kini mempunyai 45,000 anggota di Sabah dan berharap mendapat sokongan sama apabila membuka cawangan di negeri jirannya, Sarawak.

NONEMenafikan gelaran rasis yang dikaitkan dengan mereka, setiausaha agungnya Syed Hassan Ali berkata, ramai bumiputera Kristian Sabah menyertai PERKASA kerana pendirian mereka mempertahankan hak Bumiputera.

Bagaimanapun, langkah itu ditentang hebat di alam maya, NGO negeri dan beberapa parti politik, termasuk DAP, PKR dan Parti Rakyat Sarawak.

"Tiada tempat untuk rasisme," kata Naib Presiden PKR Sarawak See Chee How (kiri) semalam.
Pemandu teksi, isteri dituduh merompak
 
Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 12 pertuduhan merompak berkumpulan menggunakan pisau membabitkan lebih 10 penumpangnya pada Ogos lepas.

Isterinya turut mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan melakukan rompakan bersama-sama suaminya itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azwarnida Affandi.

B Sulinder Singh, 36, dan isterinya, Harvinderjit Kaur, 23, didakwa bersama-sama merompak Cherylene Ann Bruyns, 21, menggunakan pisau dan melarikan wang tunai RM70, sebuah telefon pintar, sekeping kad pengenalan, dua keping kad ATM dan seutas jam tangan.

Mereka juga didakwa menyamun Nor Hidayah Hashim, 25, iaitu sebuah telefon pintar, dua keping kad ATM, serta wang tunai Singapura dan Thailand yang kesemuanya berjumlah RM4,000.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di stesen menunggu teksi Taman Connaught, Cheras, pada 1.30 tengah hari, 30 Ogos dan di Taman Tasik Titiwangsa, 8.20 pagi, 28 Sept.

Pasangan suami isteri itu turut didakwa merompak Choi Hui Pin, 29, iaitu wang tunai RM270, telefon bimbit dan tiga keping kad ATM di tepi Jalan Sarjana, Taman Connought berdekatan Tadika Mayter Cheras, pada 1.10 tengah hari, 19 Okt lepas.

Sejam kemudian, mereka didakwa merompak sebuah kamera digital, telefon bimbit dan kunci rumah di lorong Jalan Gempita 4, Taman Salak Selatan daripada Nor Hazalinda Ismail, 24.

Mereka didakwa melakukan kesemua kesalahan itu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sulinder Singh juga didakwa menyamun pelbagai barangan termasuk seutas beg tangan, telefon bimbit, dan wang tunai RM40 milik Chew Mei, 30, Fatin Nur Ainaa Nasir, 19, dan Tie Seew Har, 32.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukannya di Jusco Taman Maluri, Cheras, di Taman Leng Seng, dan Jalan Tun Razak, pada 15 dan 16 Okt lepas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zamran dan pasangan itu diwakili peguam Rejinder Singh.

Azwarnida membenarkan Harvinderjit diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap minggu pertama.

Terdahulu, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustafa, Sulinder Singh yang kelihatan sugul turut berdepan lima pertuduhan merompak menggunakan sebilah pisau pada Oktober lepas.

Dia didakwa merompak penolong akauntan, Azlina Katiman, 26, iaitu telefon bimbit, wang tunai RM200 dan dua bentuk cincin emas di dalam teksi di Jalan Bangsar di Kuala Lumpur pada 10.27 pagi, 15 Okt lepas.

Selain itu, dia didakwa menyamun telefon bimbit, serangkai kunci, dan beberapa buah buku sekolah milik Nurul Huda Salihah Nordin, 17, dan menyamun telefon pintar iphone 4s daripada Lee Lai Ching, 30.

Pemandu teksi itu turut didakwa menyamun telefon bimbit, wang tunai RM50, pelbagai buku sekolah milik Wan Nur Amira Mohd Nazira, 17, selain didakwa menyamun Guan Bee Go iaitu kad ATM, sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM50.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di beberapa tempat termasuk Taman Tun Dr Ismail dan di hadapan perhentian bas bersebelahan Kompleks Kerajaan Jalan Duta antara 15 Okt hingga 21 Okt lepas.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norman Mohd Nasir tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh, yang diwakili peguam Rejinder Singh, atas alasan pertuduhan itu tidak boleh dijamin.

Azman tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh.

Kesemua kes itu disebut semula pada 2 Dis ini.

- Bernama

Tiada ulasan: