Akal mengukur maklumat
Cabaran
paling besar dalam kalangan sesetengah yang memakai gelaran ‘agamawan'
atau tokoh agama adalah apabila mereka tidak memiliki manhaj atau method yang betul dalam memahami sesuatu fakta yang dikaitkan dengan Islam.
Lalu,
atas kurang teliti, atau ‘kurang fikir' atau ‘memang tak mahu fikir'
mereka menelan semua perkara yang dikaitkan dengan agama, sama ada hasil
percakapan orang atau bahan bacaan yang mereka temui.
Dari situlah lahirnya khurafat, karut marut, tokok tambah, kekartunan pemikiran yang diberikan lebel agama. Jika hal itu berterusan, maka kekeliruan terhadap agama akan berkembang lantas agama akan dipersenda dan didustai.
Menilai kesahihan maklumat
Sesuatu riwayat atau kisah atau matan yang hendak dianggap benar untuk dikaitkan dengan Islam dinilai secara kritis sejauh manakah kesahihan maklumat tersebut.
Ini mesti dilihat kepada sumber maklumat; sama ada ia berasal daripada al-Quran dan al-Sunnah atau tidak?
Sementara jika riwayat itu bersumberkan hadis atau athar, hendaklah dipastikan ia riwayat yang diterima di sisi ilmu periwayatan.
Setelah proses ini dilepasi, dinilai pula sejauh manakah kemunasabahan sesuatu teks atau riwayat itu.
Adakah ia bertentangan dengan al-Quran, atau realiti yang nyata, atau fakta sejarah yang tidak mungkin dipertikaikan, atau akal yang disepakati? Jika ini berlaku dan tiada jalan keluar untuk menserasikannya, maka riwayat itu ditolak.
Contohnya cerita bahawa bahtera Nabi Nuh AS tawaf kaabah dan bersolat di makam Ibrahim dua rakaaat. Ini semua adalah dusta. Tidak masuk akal.
Nabi Nuh AS wujud sebelum Ibrahim AS. Sementara Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan Makam Ibrahim mengambil sempena nama Nabi Ibrahim AS. Di mana Kaabah dan makamnya ketika itu untuk bahtera Nuh bertawaf?
Dengan itu para ulama hadis hadis menolak cerita ini. Termasuk yang tampail menempelak riwayat tersebut al-Imam al-Syafi'i RH (al-Jurjani, al-Kamil fi Du'afa al-Rijal, 4/270, Beirut: Dar al-Fikr)
Malang sekali, masih ada penceramah agama yang mendendangkan kisah karut ini.

Pembunuhan Husain
Beberapa e-mel saya terima mengadu mengenai sebuah tulisan dalam akhbar ini yang menyatakan tentang sunat membuat bubur pada sepuluh Muharram kerana mengenangkan peristiwa pembunuhan Saidina Husain bin ‘Ali RA.
Ada yang bimbang masuknya unsur Syiah ke dalam masyarakat yang tidak diajar menilai sesuatu dengan kritis.
Saya kata; kita tidak bimbang asal-usul sesuatu unsur pemikiran atau kefahaman dari mana datangnya.
Selagi ia benar atau bertepatan dengan fakta, datanglah dari mana sahaja, sekalipun dari Yahudi. Kebenaran tidak memilih bulu. Apa yang dibimbangi adalah unsur tersebut terpinggir jauh dari kebenaran.
Soal kelebihan amalan atau fadilat adalah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Dalam riwayat sahih yang manakah yang menyebut kelebihan membuat bubur hitam atau merah atau apa warna sahaja pada Hari Asyura?
Apa yang pasti ia tidak pernah ada riwayat sahih yang menyuruh hal itu. Apatah lagi peristiwa pembunuhan Husain bin ‘Ali berlaku pada tahun 61H, di zaman pemerintahan Yazid bin Mu'awiyah.
(lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 6/258, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Terlajak membicarakan tentang pembunuhan cucunda Nabi SAW ini, al-Husain bin ‘Ali yang amat kita cintai, ingin saya jelaskan bahawa ahli-ahli sejarah ramai yang berpendapat bukan Yazid yang membunuhnya seperti yang didakwa.
Saya ingin memetik apa yang diulas oleh sejarahwan besar, al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H):
"Orang ramai mempunyai berbagai pendapat tentang Yazid bin Mu'awiyah. Ada yang mencintai dan mengangkatnya iaitu segolongan penduduk Syam yang beraliran Nasibiyyah.
"Adapun golongan Syiah Rafidah, mereka mengejinya dan mengada-adakan berbagai pembohongan yang Yazid tidak lakukan. Ramai mereka menuduhnya zindiq (kafir yang berpura Muslim). Dia tidak sampai begitu.
"Sementara pihak yang lain, tidak menyukainya dan tidak pula mencercanya. Ini kerana mereka tahu dia bukan zindik seperti yang dituduh oleh golongan Syiah Rafidah, namun pada zaman pemerintahannya berlaku berbagai peristiwa yang jelek dan perkara-perkara yang dibantah, hodoh dan keji.
"Paling teruk adalah pembunuhan Husain bin ‘Ali di Karbala. Namun dia tidak tahu (mengarahkannya) dan barangkali dia tidak meredainya." (al-Bidayah wa al-Nihayah, 6/256).
Kata tokoh pengkaji hadis al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H):
"Tidak sahih di sisi kami bahawa Yazid memerintahkan agar dibunuh al-Husain RA. Riwayat mereka yang dipercayai bahawa perintah agar dibunuh al-Husain dari orang yang mengepalai dalam pembunuhannya iaitu `Ubaid Allah bin Ziyad, gabenor Iraq ketika itu." (Ibn Tulun, Qaid al-Syarid min Akhbar Yazid m.s. 57, Kaherah: Dar al-Sahwah, Kaherah).

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) mempunyai ulasan yang menarik, Katanya:
"Apabila kaum keluarga Husain datang kepada Yazid, dia memuliakan mereka dan mengiringi mereka ke Madinah. Diriwayatkan dia melaknat Ibn Ziyad atas pembunuhan al-Husain.
"Katanya: Aku meredai ketaatan penduduk Iraq tanpa membunuh al-Husain'. Namun begitu beliau tidak menampakkan bantahannya, membela kematiannya dan mengambil tindakan membunuh balas sedangkan itu adalah kewajipannya.
"Maka dengan itu, pendokong kebenaran mengutuknya disebabkan dia meninggalkan kewajipan di samping perkara-perkara lain. Adapun musuh-musuhnya mereka menokok tambah pendustaan ke atasnya berbagai-bagai lagi." (Ibn, Taimiyyah, Majmu' al-Fatwa, 2/253, Riyadh: Maktab al-‘Abikan)

Unsur Syiah
Unsur Syiah bukan baru dalam masyarakat kita, walaupun ia belum lagi keterlaluan. Ini dapat dilihat bagaimana orang Melayu menamakan akar-akar kayu dengan nama Ali dan Fatimah; seperti tongkat Ali dan Kacip Fatimah.
Tidak dinamakan tongkat Abu Bakr atau Umar, tidak juga Kacip Aishah, atau Habsah.
Dalam jampi juga ada menyebut: "fu kiri, fu kanan, berkat doa baginda Ali".
Jika sekadar nama Ali atau Fatimah tiada salahnya. Mereka ialah kaum keluarga Nabi SAW yang amat kita kasihi.
Sebaliknya, yang ditakuti apabila perkara yang tidak agama dianggap agama dalam Islam. Itu yang menakutkan.
Sehingga di Pakistan, Iraq, Iran dan kawasan-kawasan yang kuat pegangan Syiahnya, pada hari Asyura mereka mencederakan diri masing-masing dengan alatan tajam kerana mengenangkan Saidina Husain dan kekejaman Yazid.
Ribuan bahkan ratus ribu kaum Syiah berkumpul pada sepuluh Muharram saban tahun melukai tubuh dengan darah dan membasahi pipi dengan air mata mendendami Yazid dan mengenang al-Husain bin Ali.
Lalu peristiwa hitam semalam, terus menjadi dendam hingga ke hari ini. Siapakah sasarannya? Apapun jawapannya, ia adalah antara sebab terpisahnya Sunni dan Syiah.
Satu ajaran yang hidup dalam nostagia luka yang sebahagiannya mungkin benar, sebahagiannya mungkin palsu.

Apapun, saya tidak dapat bayang jika seseorang yang ingin menganut
Islam hadir menyaksikan upacara yang dikaitkan dengan Islam yang
dipenuhi manusia yang mencedera dan melukai diri sendiri.
Apakah dia akan terus menganggap agama yang membangunkan akal dan jiwa, mudah dan lurus mencapai Tuhan?
Atau mungkin dia tidak dapat membezakan antara ajaran Kristian yang mendakwa darah Jesus terpaksa ditumpahkan untuk menebus dosa manusia?
Atau mungkin dia akan keliru dengan agama sesat yang menyuruh penganutnya berjalan atas api dan melukai diri untuk menunaikan nazar atau menebus dosa?
Saya tidak pasti. Apa yang pasti itu bukan sifat Islam seperti yang terkandung indah dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Islam bentuk minda kritis
Jika
seseorang ingin membaiki sesuatu perkara atau peralatan, dia terlebih
dahulu hendaklah ada pengetahuan atau ilmu mengenainya. Jika tidak
nanti, niatnya yang baik untuk membaiki itu akan menatijah kerosakan
semata, bukan memulihkan. Ini yang disebut sebagai tikus membaiki labu,
atau tukang besi membaiki komputer.
Tanpa ilmu, bukan bertambah baik tetapi bertambah rosak. Islam juga demikian. Niat yang baik semata untuk mempertahan atau menyampaikan ajaran yang agung ini tidak memadai jika yang melaksanakan tugasan itu tidak cukup pengetahuan dalam perkara yang disampaikan tersebut.
Saya tidak menyatakan seseorang yang hendak berdakwah menyampai mesej Islam mesti menjadi sarjana besar terlebih dahulu. Tidak! Sama sekali tidak. Tetapi, dia hendaklah faham dengan baik bab atau perkara yang disampaikan itu.
Umpamanya, jika dia bercakap mengenai cara sujud dalam solat, maka dia jelas tentang hadis-hadis mengenai perkara tersebut. Jika dia bercakap pendirian Islam terhadap penganut agama lain, dia juga hendaklah jelas dan faham dalam perkara tersebut.
Tidak boleh hanya berpijak kepada maklumat yang dikutip tanpa kepastian, atau tidak boleh pulak bercakap hanya atas sesuatu sentimen semata.
Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (Wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutku menyeru kepada agama Allah berdasarkan bukti yang jelas nyata. Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Surah Yusuf: ayat 108)
Mimpi bukan hujah agama
Saya amat dukacita apabila tertonton satu siaran televisyen di bawah nama ‘sirah' di mana seorang ‘ustazah' telah menceritakan perihal kelahiran wanita terkenal Rabi‘ah al-‘Adawiyah. Kononnya, semasa kelahirannya, keluarga begitu miskin dan bapa malu hendak meminta bantu jiran tertangga.
Pada malamnya, bapanya bermimpi berjumpa Rasulullah SAW yang menyuruh beliau meminta wang 400 dirham dari Gabenor Basrah. Kononnya, Rasulullah SAW suruh beliau menyatakan kepada gabenor berkenaan:
"Wahai Gabenor! Engkau biasanya berselawat pada malam Jumaat sebanyak 400 kali, namun pada hari Jumaat yang lepas engkau telah menguranginya, maka engkau pun didenda dengan membayar 400 dirham kepada bapa Rabi‘ah."
Cerita yang seperti ini, mungkin dikutip oleh ‘ustazah' berkenaan daripada mana-mana sumber yang tidak boleh dipegang. Ia mencemarkan Islam dengan menggambarkan seakan Nabi SAW itu ‘kaki pau' yang akan memeras atau mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang yang hakikatnya bukan kesalahan pun.
Kemudian, kisah ini cuba menetapkan khasiat berselawat 400 kali pada malam Jumaat, padahal tiada satu hadis pun yang menetapkan bilangan tersebut. Lebih daripada itu semua, mimpi bukanlah hujah dalam Islam sehingga boleh diperas harta orang lain beralasankan mimpi.
Apakata nanti, jika ada orang yang mengugut kita menyuruh kita memberikan wang kepadanya atas alasan dia bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW dan baginda memerintahkan kita memberikan wang kepadanya.
Kata al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) selemah-lemah hujah mereka (puak bid‘ah) adalah puak yang mengambil amalan agama bersandarkan mimpi-mimpi. Mereka ini berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut.
Mereka berkata: "Kami bermimpi lelaki soleh tertentu berkata kepada kami: Tinggalkan ini! Buat ini". Ini banyak berlaku kepada mereka yang mengamalkan panduan tasawwuf. Dalam kalangan mereka ada yang berkata: "Aku melihat Nabi SAW dalam mimpi, baginda berkata kepada sebegini... Dan memerintah aku sebegini". Lantas dia pun mengamalkannya dan meninggalkan apa yang ditetapkan oleh syariat. Ini adalah salah, kerana mimpi individu selain nabi, tidak boleh menghukum ketetapan syarak, dalam apa keadaan sekalipun. Melainkan setelah dibentangkan kepada hukum-hakam syariat yang ada. Jika syarak membolehkan, maka ia diamalkan, jika tidak, ditinggalkan." (Al-Syatibi, Al-I'tisam, 198, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi)
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Di sana ada golongan sufi yang melampaui batas dalam menilai ilham. Bahkan ada dalam kalangan mereka yang mengiranya sebagai jalan mengetahui kebenaran yang tidak akan silap. Mereka mencerca ulama syariat yang berpegang dengan dalil dan tidak menerima sesuatu dakwaan tanpa bukti dari hujah yang baik atau akal atau wahyu. Golongan sufi ini mencerca mereka dengan menyatakan mereka ini jumud dengan ilmu zahir. Bagi mereka; ilmu zahir kedudukannya seperti kulit, sedang ulama syariat berpaling daripada ilmu batin yang mana kedudukannya seperti isi." (Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu`asir, m.s. 134, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Cerita kartun buah epal
Demikian juga cerita-cerita yang bersifat "kekartunan" seperti kononnya ada seorang wali Allah yang memakan epal yang hanyut dalam sungai. Kemudian dia mencari tuan punya epal tersebut untuk meminta halal daripadanya, tetapi tuan kebun tersebut mensyaratkan hendaklah berkahwin dengan anak perempuannya.
Dia memberitahu anaknya itu bisu, pekak, buta dan berbagai kecacatan yang lain. Demi mendapat ‘sijil halal' epal yang dimakannya itu terpaksalah si wali tersebut berkahwin dengan anak empunya kebun epal tersebut. Konon akhirnya didapati anaknya itu sempurna dan cantik.
Cerita yang seperti ini mencemarkan dataran Islam yang bersih. Perkahwinan dalam Islam boleh dipaksa atas nama menghalalkan sebiji epal. Epal yang hanyut dan terdedah kepada rosak boleh dimakan dari dibazirkan. Jika pun ada tuntutan, boleh dibayar dengan harga sebiji epal, bukan dipaksa kahwin.
Bayangkan jika seseorang memandu kereta lalu terlanggar kereta orang lain dan tuannya tidak mahu memaafkan melainkan dia mesti berkahwin dengan anak tuan kereta tersebut yang betul-betul 'tidak menawan'.
Apakah itu jalan mendapatkan 'kehalalan' atas sesuatu kesilapan yang tidak berkaitan? Menghidangkan cerita-cerita yang seperti ini untuk orang ramai - walaupun dengan niat yang baik - hanya membuatkan Islam disalahtafsirkan sahaja.
Pedang khutbah?
Begitulah juga apabila ada pandangan seketika dulu agar khatib yang berkhutbah memegang pedang sebagai lambang kekuatan. Tindakan yang seperti itu boleh menyebabkan Islam disalahtafsirkan terutama di zaman kita ini yang mana Islam dilebelkan oleh media khurafat Barat sebagai agama keganasan.
Saya tertarik dengan kata-kata al-Hafiz al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H)
Nabi SAW tidak pernah memegang pedang atau selainnya (ketika berkhutbah). Hanya baginda memegang anak panah atau tongkat sebelum dibuat mimbar. Baginda (ketika berkhutbah) dalam peperangan memegang anak panah dan ketika Jumaat memegang tongkat. Tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda memegang pedang. Apa yang disangka oleh sesetengah golongan jahil bahawa baginda sentiasa memegang pedang sebagai tanda bahawa Islam ditegakkan dengan pedang adalah kejahilan yang teramat. Tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda selepas dibuat mimbar menaikinya dengan pedang, atau anak panah atau selainnya. Tidak juga sebelum dibuat mimbar baginda memegang pedang di tangannya sama sekali. Hanya baginda memegang tongkat atau anak panah (Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma‘ad, 1/439, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Berhujah dengan matang
Atas dasar sebagai agama hujah dan fakta yang tegak membela kebaikan manusia sejagat kita mengizin semua pihak termasuk agama lain berhujah secara harmoni dan baik. Islam bukan macam sesetengah pihak, yang jika ada orang berbeza pendapat dengan ustaz-ustaz mereka terus sahaja dilabelkan sebagai ‘Wahabi' ataupun liberalis ataupun seumpamanya. Islam agama yang sudi mendengar hujah dan alasan.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahlul Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, kami berserah diri." (al-Ankabut: ayat 46)
Firman Allah juga yang bermaksud:
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Surah al-Nahl: 125)
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN adalah bekas mufti Perlis.

Riwayat itu bersambung lagi
Hamba
sambung kembali kisah Long Libon. Hujan masih turun mencurah-curah.
Kilat sabung menyabung macam dawai letrik putus tersangkut. Guruh
berdentam dentum. Halilintar memecah bumi. Petir panah memanah dan guruh
letup meletup seperti George Bush sedang menyerang Saddam Hussein.
Hamba merasa takut. Takut kalau-kalau banjir akan sampai. Takut
kalau-kalau rumah Long Libon ini akan dihanyutkan air.
Mengikut labun Orang kampung, keluarga Long Libon telah menjadi kaya semenjak jala Long Libon tersangkut dalam sungai. Entah apa yang telah menyambar jala itu. Entah apa yang diperangkap oleh jala. Entah apa yang dibawa jala naik ke darat. Macam-macam kisah didengar.
Ada orang kampung berkisah, jala Long Libon telah tersangkut dengan peti harta karun. Ada berkisah Long Libon dapat numbor ekor dari Vincent Tan. Ada yang berkisah bagaimana George Soros tersilap menghantar dana. Tiga kotak dolar dan ringgit yang dihantar oleh George Soros untuk NGO milik Marina tetapi entah macam mana kotak duit ini sampai ke Long Libon.
Orang kampung menggelarkan Long Libon Mat Koyo. Ada yang berkisah nama Mat Koyo ini muncul kerana Long Libon suka memakai koyok Jepun bila sakit kepala. Ada yang berkisah perkataan "koyo" ini datang dari perkataan kaya. Setelah jala tersangkut, keluarga miskin di hujung kampung ini menjadi kaya. Ini teori orang kampung
Ramai orang kampung mengaku kenal baik dengan Long Libon. Semua mengakui menjadi tok perawi sahih - membawa kisah Mat Koyo yang sahih. Tetapi biar hamba royak di sini, amat susah untuk disahihkan semua kisah-kisah ini. Semua cerita dari mulut orang Kampung Lidah Bercabang. Semuanya mungkin betul dan semua mungkin salah. Kerana itu hamba sendiri datang nak mencari apa yang benar.
Sedang hamba mengelamun memandang hujan yang mencurah turun, tetiba jantan hamba diganggu lagi. Pelesit Sundal Malam masuk ke ruang tamu membawa sedulang kopi. Mata hamba berlakon memandang ke arah dulang. Walhal ketika Pelesit Sundal Malam membongkok menuang kopi yang jadi sasaran ialah ehem ehem... malu nak cakap. Tapi jawapannya gagal. Tidak ada apa-apa yang terbuka.
Long Lobon datang menghampiri hamba. Sambil menggulung tembakau sambil bercerita. Entah kenapa cerita yang dikisahkan semuanya seram dan menakutkan.
"Kau tahu Badang kan? Kau tahu muntah hantu? Kau pernah jumpa hantu raya?" dia bertanya sambil matanya memandang tepat muka hamba.
Belum sempat hamba menjawab Long Libon bersuara lagi. "Tu... Mahathir yang kau nampak tu... itu bukan Mahathir. Itu hantu raya. Mahathir udah lama mati. "
"Kau tahu kenapa Rosmah gempal macam itu... dia tersalah pakai susuk. Tok bomoh dah siapkan susuk emas. Tapi ada orang kelepet susuk emas itu... ganti dengan jarum peniti. Tu pasal dia jadi gemuk dan muka nampak masam. Kau ingat aku ni bohong ke? Kau ingat Bala... Bala yang jaga Altantuya tu mati kerana apa? Bukan kerana sakit jantung la. Aku tahu dia kena buatan bomoh."
Hamba terpinga-pinga. Hamba tidak ada pilihan melainkan mendengar semua kuliah hantu, jin dan polong yang keluar dari mulut Long Libon. Untuk menyedapkan cerita kesemua anak beranak sokong menyokong. Ayah kata ini. Emak kata itu. Tiga orang anak angguk mengangguk. Hamba seorang sahaja yang melopong mendengar. Yang menjadikan hamba kecewa ialah Pelesit Sundal Malam pun turut sama mengaminkan apa sahaja hantu yang keluar dari mulut ayahandanya.
Dipendekkan cerita, esoknya sesudah minum pagi Long Libon aka Mat Koyo sudah berjanji untuk membawa hamba ke tempat jala tersangkut. Hati hamba berdebar-debar. Apakah rahsia yang akan menjelma? Apakah hantu raya Mahathir akan datang atau bomoh akan muncul.
Kami berempat sampai ke tempat yang ditujui. Bukan di tepi sungai. Bukan di tebing jala tersangkut. Tapi di hadapan sebuah bukit batu. Tanpa banyak bercakap Long Libon menghampiri tembok batu itu dan membisikkan sesuatu. Tetiba tembok batu itu terbuka luas. Dengan tanda isyarat Long Libon menjemput kami masuk. Hamba diapit oleh Pidun dan Kitam.
Apa yang hamba lihat dalam gua ini terlalu payah untuk hamba kisahkan. Mungkin ramai akan menuduh hamba ini membawa kesah khurafat. Membawa kesah karut marut. Membuat onar menggoncang akidah. Tetapi hamba rasa kesah ini wajib disampaikan kepada anak cucu cicit kita agar mereka akan menurunkan riwayat ini kepada anak cucu cicit mereka pula.
Macam tak percaya apa yang hamba lihat dalam gua batu ini. Dua buah enjin jet tegak berdiri. Sahihlah ini enjin jet kerana di enjin itu ada tertulis dalam tulisan Jawi: Kalau kantoi tuduh Muthu Towkay Besi Buruk. TUDM rules okay!
Mulut hamba ternganga melihat enjin jet ini. Rupa-rupanya dalam gua ini ia tersimpan.
Kami berjalan lagi hingga sampai ke satu petak yang agak terang. Di sini mata hamba menjadi kabur. Kabur kerana tak percaya apa yang sedang hamba lihat. Di atas sebuah meja batu tersusun pistol-pistol pelbagai jenis. Mata hamba mula menghitung. Ada terkira 44 pucuk pistol. Tak jauh dari meja pistol itu hamba ternampak tiga butir bom. Jelas bertulis C4. Di sebelah bom itu kelihatan 14 laras senapang jenis lama, 5 pucuk Styner dan 6 pucuk Kalashinikov. Di tepi bom C4 itu ada sehelai kertas bertulis: Bukan Razak Yang Curi.
"Semua ini adalah senjata polis dan tentera kita yang dikatakan hilang. Lihat di sana ada 44 pistol polis. Inilah pistol yang dikatakan jatuh ke dalam air oleh Zahid Hamidi. Tujuh pistol itu agak kemik sedikit kerana jatuh dari lubang jamban. Kemik kerana lubang jamban itu agak kecil. Lihat di sana ada beberapa buah walkie talkie.... semua ini harta PDRM."
Demi Zeus apabila hamba hampir jatuh pengsan. Senjata ini memang telah dilaporkan hilang. Enjin jet ini telah lama dicari tak jumpa jumpa. Dalam laporan tahunan audit negara yang terbaru memang ada laporan pistol polis hilang. Tetapi bagaimana enjin jet ini, senapang ini dan pistol ini masuk ke dalam gua ini.
"Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Zahid Hamidi tentang pistol dan senapang jatuh ke dalam air adalah betul. Hanya parti pembangkang yang suka membuat heboh. Tuduh sana tuduh sini. Mereka tidak tahu cerita sebenar. Kami sekeluarga sahaja yang tahu apa yang sebenar berlaku. Kami tak membawa cerita kepada sesiapa pun. Ini janji kami dengan Wong Kaitong."
Siapa pulak Wong Kaitong? Belum pun sempat hamba membuka mulut untuk bertanya Long Libon terus bersurah panjang. Rupa-rupanya jala Long Libon telah tersangkut dengan anak Jin Afrit Wong Kaitong - Raja Sungai Parit Longkang dan Segala Jamban. Long Libong telah melepaskan anak Wong Kaitong dari perangkap jala maka sebagai hadiahnya Raja Sungai Parit Longkang dan Segala Jamban ini telah memberi mantera sakti untuk membuka mana-mana gua batu dalam dunia ini.
Memang susah hendak dipercayai riwayat ini. Tetapi hamba telah melihat dengan mata sendiri 44 pucuk pistol PDRM terletak di meja batu. Malah mengikut surah Long Libon pistol PDRM yang ditemui dalam jamban itu mungkin akan berkarat kalau tidak di selamatkan oleh Wong Kaitong.
Maka hamba tersedar bahawa rupa-rupanya selama ini ada makhluk yang menjadi raja yang menjaga sungai parit dan jamban. Hamba tidak menyangka begitu besar peranan raja ini. Rupa-rupanya raja inilah yang telah menyelamatkan semua pistol PDRM yang terjatuh ke dalam sungai, parit, longkang, kolam dan jamban. Bersyukur!
Hamba termenung sebentar. Bagaimana dengan bom C4? Kenapa dia ada di sini? Apakah ada juga Raja Jin Afrit yang menjaga bom ini? Long Libon macam tahu sahaja apa yang ada dalam kepala hamba.
"Bom C4 itu telah dijumpai dalam jamban di Bukit Damansara. Wong Kaitong telah menyelamat Damansara kerana semua jamban-jamban telah tersumbat kerana ada orang menyimpan bom ini di dalam jamban".
Mata hamba terbeliak bila mendengar bab ini.
Kami pun berundur ke pintu gua. Long Libon dengan senyum terus bercerita.
"Sesekali aku pun buka pintu gua lain'.
Maka hamba terfikir mungkin dalam gua yang lain ini Long Libon terjumpa emas atau micro chip yang pernah hilang di Sebrang Prai. Mungkin inilah yang menjadikan keluarga ini berubah nasib.
Dekat pintu, kami sekali lagi berhadapan dengan dua jet enjin. Mata hamba memandang tepat dan cuba mencari jawapan di mana agaknya enjin ini ditemui oleh Wong Kaitong. Mungkin dalam Sungai Perak atau Sungai Pahang.
"Aku tahu apa yang dalam kepala kamu. Kamu nak tahu dari mana enjin jet ini ditemui. Jangan terperanjat. Jet ini ini di temui oleh Wong Kaitong dalam jamban Rosmah di Putrajaya."
Mulut hamba terbuka luas. Demi Kala Dewata hebat sungguh Wong Kaitong.
Akhirnya hamba berpuas hati. Lalu meminta diri untuk pulang. Di tengah jalan baru teringat hamba belum dapat jawapan kenapa minah cun gadis sunti itu diberi nama Pelesit Sundal Malam. Mungkin itu kesah lain.

Laporan Budaya Khianat Wang Rakyat
Posted on Friday, November 15 @ 19:42:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Mengapa orang Islam kita bekerja secara culas dan malas? Mengapa kita tidak produktif? Begitu ramai orang Islam yang bekerja tetapi khianat dalam kerja, tidak jujur dll.
Berapa ramai pekerja Islam yang melayari facebook peribadi menggunakan komputer syarikat dan dilakukan dalam waktu kerja. Letrik syarikat yang ‘dicuri.’
Mereka yang menggunakan iPad sendiri tetapi membuat urusniaga peribadi dalam waktu pejabat. Mereka yang datang lewat lalu menelefon kawan untuk ‘punch card.’ Mereka yang sentiada dalam keadaan ‘de-motivated’ atas pelbagai alasan lalu tidak profesionalisme dalam kerja.
Ini belum lagi pengkhianatan berbentuk rasuah dan pecah amanah sehingga melibatkan puluhan dan ratusan juta wang pembayar cukai, wang rakyat. Wang kita. Banyak projek mewah yang dinyatakan sebagai gagal. Banyak perbelanjaan-perbelanjaan pelbagai projek yang dinyatakan sebagai dilakukan secara tidak berhemah.
Kemolekkan ayat yang digunakan tidak dapat mengubah hakikat bahawa ia berlaku kerana kecuaian, ketidak cekapan, penyelewengan, rasuah; atau mana-mana satu atau lebih antaranya.
Laporan Ketua Audit Negara (Siri 2) 2012 merekodkan sebahagian kepincangan ini dan Laporan ini juga membuktikan bahawa kepincangan dan penyelewengan telah berlaku secara berulangan.
Sebenarnya, pembaziran wang pada suatu projek yang gagal kerana kecuaian atau ketiadaan kemahiran seperti kes keruntuhan stadium Sultan Mizan di Terengganu adalah bukan sekadar pembaziran wang puluhan/ratusan juta atas projek yang gagal itu tetapi menyebabkan kita tidak memperolehi suatu projek lain yang boleh dibangunkan dengan jumlah wang yang sama yang berkemungkinan suatu projek yang lebih bermanafaat kepada rakyat.
Pembaziran ini adalah seumpama kita mencampakkan ribuan helaian wang kertas bernilai ribuan/ratusan juta ke dalam seunggun api besar yang sedang membakar. Kalau dipandang begitu, kerugian yang berlaku dilihat lebih serius, pda fikiran kita.
Walaubagaimanapun, jika beginilah cara pandang kita, ia masih belum tepat. Ia adalah kesilapan pertama kita, iaitu ‘as to the way we see it.’ Hakikatnya, kesan yang berlaku adalah lebih serius dan parah.
Jika permasalahan ini tidak dibendung ia ‘melahirkan ...tidak, ia telah melahirkan’ maka ia akan ‘membiakkan jiwa-jiwa manusia yang rosak dan tangan-tangan yang kotor’.
Keadaan serius ini semakin diburukkan jika ‘jiwa-jiwa’ ini berada pada kedudukan, jawatan dan peranan yang tinggi, besar dan penting seperti menteri, timbalan menteri, pengerusi, pengarah, ketua, timbalan-timbalan atau penolong-penolong kepada mereka.
Lalu apa nak jadi kepada negara kita? Baldatun tayyibun... hanya slogan yang bagai mimpi di dalam mimpi!
Apabila tiada tindakan serius dilakukan atau kesannya tidak berhasil, apabila tiada kuatkuasa undang-undang secara sewajarnya, atau jika ada pendakwaan undang-undang diambil, ia dirasai sebagai pendakwaan terpilih, bersifat ‘kambing hitam,’ mensasarkan ‘ikan bilis’, melepaskan ‘jerung’,’ atau ‘hangat-hangat tahi ayam’, atau apabila tiada rayuan atas kegagalan kes pendakwaan pada peringkat bawahan, kesan buruknya ialah majoriti masyarakat menerima suatu perlakuan salah ini sebagai.... ‘biasa, tidak mengapa, bukan hal besar, lantaklah, dan tak boleh buat apa, biarkanlah sahaja...”.
Akhirnya, amalan-amalan salah seperti rasuah, kecuaian, keculasan, ketidakcekapan, penyelewengan menjadi suatu kebiasaan. Satu budaya. Ia tidak begitu lagi dirasa sebagai satu dosa. Maksiat yang dibenci Allah.
Kayu ukur yang digunakan ialah dapatan bersalah mahkamah sivil, iaitu apabila segala bukti dan keterangan begitu ‘overwhelming’ namun berjaya ditimbulkan keraguan munasabah, maka ia diputuskan tidak bersalah, me’rai-sakan’lah manusia korup itu sebagai tanda kemenangan beserta senyum melebar dengan publisiti media masa yang diberikan.
Seolah-olah prosiding mahkamah itu telah mensucikan dirinya daripada dosa sedangkan pada hakikatnya dia memang melakukan jenayah rasuah tetapi tidak mampu dibuktikan di mahkamah ke tahap ‘beyond reasonable doubt’ atau atas sebab ‘technical error’ pada proses penyiasatan dan pembuktian.
Ketika itu, Laporan Audit itu ditakuti dianggap sekadar merekodkan secara rasmi suatu budaya baru, budaya amalan berdosa di negara kita.
Janganlah sampai nanti :-
di mata kita membacanya sebagai tertulis -Laporan Ketua Audit Negara
Tetapi dihati kita merasa sbg “Laporan Rasmi Budaya Mungkar Negara” atau
Laporan Budaya Khianat Wang Rakyat” atau sebagainya.
Justeru semua rakyat sekelian
khususnya golongan muda,
yang...aku tahu sebahagiannya sedang merayau sana sini mencari kerja
sebahagian pula .... bertungkus lumus bekerja bagi gaji yang tak seberapa
bangkitlah... suarakan
di facebook, twitter atau apa jua saluran yang berguna
segala kekecewaan dan ketidaksetujuan kita
kepada pemegang amanah ... pemimpin negara
agar budaya mungkar ini ditukar, diubah..
sebelum...
Wallahu taala.
hisham-ahmad.blogspot.com"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: hishamahmad

Ahli Perniagaan Baksl Dedah Terma Penyelesaian Kes Belasah Zahid Hamidi
Posted on Saturday, November 16 @ 18:26:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
CUBA TANYA RAKYAT MARHAEN.. BERAPA BANYAK GAJI MEREKA SEHARI ATAU SEBULAN... TANYALAH JUGA BAGAIMANA SUSAH DAN DERITANYA UNTUK MENDAPAT REZEKI SEBANYAK ITU.... TETAPI BANDINGKAN PULA DENGAN SEORANG MP UMNO/BN.... GAJINYA SEBANYAK RM27 000 /BULAN.. TANPA MELAKUKAN APA2 PEKERJAAN..
BERAPA GAJI ANDA SEBULAN?
Posted on Saturday, November 16 @ 18:26:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Terma
penyelesaian luar mahkamah kes belasah antara Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) dan ahli perniagaan, Amir
Bazli Abdullah akan didedahkan kepada umum pada 5 Disember ini.
Ia berikutan arahan Mahkamah Tinggi pada Khamis baru-baru ini kepada
Amir Bazli supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menjelaskan
perkara sebenar yang berlaku sepanjang proses pengantaraan empat bulan
lalu.
Peguam Amir Bazli,
Karpal Singh, memberitahu The Malaysian Insider, Hakim Vernon Ong sudah
mengeluarkan arahan di dalam kamar selepas pertemuan dengan wakil
peguam kedua-dua pihak.
Ahmad Zahid diwakili oleh peguam Datuk Shashi Menon.Bulan lalu, Karpal
menulis permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk membuka semula kes anak
guamnya, Amir Bazli yang menyaman Menteri Dalam Negeri itu.
Pada 18 Julai, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bertemu dengan pengantara,
Rohani Ismail, yang juga seorang hakim Mahkamah Sesyen di Shah Alam.
Sejurus selepas pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju
menyelesaikan kes itu di luar mahkamah tetapi wakil peguam kedua-dua
pihak tidak dimaklumkan mengenai terma penyelesaian.
Rohani dikatakan memberitahu kedua-dua pihak supaya merahsiakan terma penyelesaian tersebut.
Bagaimanapun, Karpal tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut
memandangkan perbicaraan kes saman Amir Bazli sudah ditetapkan pada
bulan Ogos lalu.
Amir Bazli hilang selepas 18 Julai dan tidak menghubungi Karpal sejak
itu.Karpal tidak berpuas hati kerana perkara tersebut disembunyikan
daripadanya.Beliau berkata, hakim Mahkamah Tinggi hendaklah dimaklumkan
mengenai perkara sebenar yang berlaku semasa proses pengantaraan
walaupun kes itu dikatakan sudah selesai.
"Hakim perbicaraan akan merekodkan status kes itu dan kemudian
membatalkan perkara tersebut jika kedua-dua sememangnya menyelesaikan
tanpa perbicaraan.
"Biarlah dia (Amir Bazli) datang ke mahkamah sendiri dan memberitahu
hakim apa yang berlaku. Jika dia berpuas hati dengan terma penyelesaian,
biarlah ini direkodkan untuk menutup kes tersebut. Jika tidak, tarikh
perbicaraan baru boleh ditetapkan,” katanya.
Selepas penyelesaian luar mahkamah dicapai, Ahmad Zahid berkata, Amir
Bazli meminta maaf kepadanya.Amir Bazli, 41, memfailkan tuntutan saman
pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada
16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang,
menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata.
Beliau mendakwa, Ahmad Zahid turut mengugut membunuhnya dan menahannya
tanpa kebenaran di kediaman menteri itu di Country Heights dan meminta
ganti rugi kerosakan khas, umum dan teruk.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir
Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfail saman balas terhadap
Amir Bazli.Amir Bazli juga membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid
tetapi tiada apa-apa tindakan diambil menyebabkan ahli perniagaan itu
memfailkan saman.
the malaysian insider | 16 Nov 2013
Tidak tahan dan tertekan dengan serangan demi serangan bertali arus
tanpa henti dari rakyat mengenai gelagat beliau seperti penghuni zoo
yang terjerit terlolong sambil mengoyakkan kertas cadangan usul yang
dibawa oleh YB Fuziah Salleh Wakil Rakyat dari Kuantan mengenai
pemotongan elaun yang diberikan kepada beberapa bekas Menteri dilihat
sebagai membazir dan menyalah gunakan kuasa, maka Ahli Parlimen
berkenaan dari Kinabatangan Bung Mokhtar telah melutut merayu minta jasa
baik dan pengaruh DSAI agar jangan beterusan menyerang beliau.
Yang peliknya itu dia boleh tergamak tanpa ada rasa malu menulis "TOLONG ARAH PENYOKONG KAU JAGA PERANGAI " ..
Perangai sendiri teruk tidak terjaga .. sepatutnya dia minta jasa baik DSAI agar didik dan n asihat beliau agar jaga perangai dan tingkah laku.
AHLI PARLIMEN KINABATANGAN MENGADU NASIB DAN MINTA NYAWA KEPADA DSAI!!!!
Yang peliknya itu dia boleh tergamak tanpa ada rasa malu menulis "TOLONG ARAH PENYOKONG KAU JAGA PERANGAI " ..
Perangai sendiri teruk tidak terjaga .. sepatutnya dia minta jasa baik DSAI agar didik dan n asihat beliau agar jaga perangai dan tingkah laku.
Hamzah Ya shared Otai Reformasi II's photo.
Hn Dev shared Bicara Che Wan's photo.
MAKA INILAH YANG DINAMAKAN REZEKI HARAM...... RM27 000 SETIAP BUAN DARIPADA SESUATU YANG HARAMCUBA TANYA RAKYAT MARHAEN.. BERAPA BANYAK GAJI MEREKA SEHARI ATAU SEBULAN... TANYALAH JUGA BAGAIMANA SUSAH DAN DERITANYA UNTUK MENDAPAT REZEKI SEBANYAK ITU.... TETAPI BANDINGKAN PULA DENGAN SEORANG MP UMNO/BN.... GAJINYA SEBANYAK RM27 000 /BULAN.. TANPA MELAKUKAN APA2 PEKERJAAN..
BERAPA GAJI ANDA SEBULAN?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan