Posted on Thursday, November 28 @ 21:33:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Isu berkaitan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menarik hak penganjuran acara Piala Monsun yang selalu diadakan di Pulau Duyung, Terengganu yang akan dipindahkan ke Johor.
Menteri Besar, Mat Said, berkata keputusan tidak meneruskan penganjuran sukan tersebut yang dijalankan sejak 2005 itu seakan tidak menghargai peranan dan sumbangan Terengganu terhadap kemajuan dan pembangunan sukan negara.
Oleh sebab itu Mat Said membuat ‘ugutan’ yang mendapat ulasan Menteri KBS. Khairy terpaksa mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara tersebut.
Isu LTdL 2014"
Saya terkejut dengan pengumuman Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Ahmad Said, untuk menarik tajaan RM2 juta bagi perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 serta menarik diri daripada menjadi tuan rumah bagi sebarang peringkat pada perlumbaan itu.
Saya difahamkan pengumuman tersebut dibuat berdasarkan andaian beliau bahawa acara perlumbaan basikal jalan raya pada Sukan SEA 2017 akan diadakan di Johor dan kejohanan pelayaran Piala Monsoon juga akan dipindah dari Pulau Duyong bermula tahun depan.
Saya ingin menerangkan bahawa Jemaah Menteri serta Kementerian Belia dan Sukan setakat ini belum menetapkan sebarang keputusan mengenai lokasi atau ‘venue’ acara-acara untuk Sukan SEA 2017. Walaupun Jemaah Menteri sudah memutuskan bagi Malaysia untuk menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk temasya tersebut pada tahun 2017, Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) akan hanya membuat keputusan rasmi pada 10 Disember. Sebarang kenyataan mengenai lokasi atau ‘venue’ bagi acara-acara adalah hanya cadangan buat masa ini.
Kerajaan juga belum membuat sebarang keputusan tentang Piala Monsun akan datang. Walaupun perjanjian antara KBS dan bekas penganjur T-Best Events Sdn Bhd untuk mengadakan kejohanan ini di Terengganu sudah tamat pada tahun 2012, masih belum ada apa-apa keputusan muktamad tentang lokasi kejohanan itu untuk tahun depan dan seterusnya.
Saya telahpun menjelaskan mengenai perkara ini kepada Ahli Exco Sukan Terengganu, YB Rozi Mamat, yang juga pernah menjadi rakan seperjuangan saya dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dan ingin menasihatkan semua pihak agar tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan berdasarkan andaian yang tidak tepat.
Saya amat berharap bahawa YAB Menteri Besar Terengganu akan mengkaji semula keputusan beliau semalam tentang LTdL. Walaupun terdapat salah faham mengenai dua perkara yang saya telah jelaskan di sini, sukan basikal tidak seharusnya dijadikan mangsa terutamanya dalam acara antarabangsa sebegini. Memang tepat pun, kenyataan MB bahawa kebanyakan pelumba basikal terunggul berasal dari negeri Terengganu dan saya rasa mereka amat mengharapkan penglibatan Terengganu dalam LTdL.
Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan
28 November 2013
- Sumber FB Khairy
Baca juga :Kenaikan Gaji KM, Exco Sarawak - MB, Exco Selangor
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: laniismaa
Posted on Thursday, November 28 @ 21:33:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sumbangan bina Surau Kg BOT Cambodia -RAMLISDAR
Posted on Thursday, November 28 @ 21:23:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Sumbangan anda amat di hargai.
Memandangkan tak lama lagi gaji akan masok, mungkin ada yang dah masok gaji mereka.
Maka saya mengambel kesempatan ini memaparkan artikel moga ada yang hati tersentoh dan ingin membantu
Dengan Kalimah Bismillah Ar Rahman ArRahim
Saya mulakan thread ini, lanjutan dari Misi Kembara Qurban Cambodi pada bulan Oktober 2013 baru2 ini. Sila refer thread terdahulu ini, untok maklumat lanjut akan kesah Kembara Qurban kami di Cambodia, serta activity yang di jalankan
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12200&postdays=0&postorder=asc&start=135
thread Sumbangan bina Surau Kg BOT Cambodia –RAMLISDAR
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=13214#492974
Ada beberapa aktivity yang di kenal pasti yang boleh di lakukan sebagai usaha membantu saudara se Islam kita di Cambodia. Tetapi buat kali ini, kami hanya akan mem-fokus pada satu Kampong, yang saya panggel sebagai Kampong BOT. Kerana pendudok di sini tidak mempunyai tanah. BOT yang menjadi alat sumber pandapatan menyambong hidop untok keluarga mereka juga merupakan “tanah” dan juga “rumah” buat mereka. Kampong ini telah terdiri di atas air Sungai Mekong ini buat selama lebeh kurang 30 tahon.
Kita tak mampu nak bantu membaiki standard hidop atau mengubah hidop mereka, tetapi sekurang2 nya, kita mampu membuat sedikit perubahan dengan membantu membaeki dan membesarkan surau mereka yang kini di gunakan, yang kelihatan amat dhoif. Refer pada Link di atas untok melihat akan keadaan surau mereka.
Sebelom ada nya surau yang dapat anda lihat ini. Apa yang berlaku ialah:
Kerana mereka adalah nelayan sungai, setiap pagi mereka akan keluar bekerja mencari rezki sebagai nelayan di Sungai Mekong. Tetapi yang molek nya mereka tidak lupa akan tanggong jawab kepada Allah
Bila waktu solat zohor tiba, mereka semua akan kembali dan merapatkan BOT mereka dan bersolat berjemaah
Selesai solat berjemaah zohor, mereka akan bertebaran semula mencari rezki sebagai nelayan sungai. Bila tiba solat Asar, sekali lagi mereka akan kembali dan merapatkan BOT mereka untok solat berjemaah Asar bersama2.
Itulah indah nya cara mereka, walau pon dalam kesempetan hidop dan menghadapi hidop yang susah mereka tidak lupa akan tanggong jawab mereka kepada Allah.
Saya juga melihat yang surau ini boleh di jadikan tempat untok solat Jumaat mereka, kerana tidak ada Masjid dalam jarak terdekat dengan kawasan ini.
Nota: Sila perkemaskan artikel sebelum dihantar - Editor"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: raMLISDAR
Posted on Thursday, November 28 @ 21:23:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
[GAMBAR] Kemalangan Melibatkan Tanker Terbakar Di Lebuhraya DUKE.
Posted on Thursday, November 28 @ 21:15:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"
URGENT: kemalangan yang melibatkan tanker terbakar di lebuhraya DUKE menghala ke Jalan Duta. Semua kenderaan diarah pusing balik - kawalan Trafik Polis.
Kesesakan yang teruk DUKE arah itu. Jadi elakkan menggunakan DUKE menghala ke Jalan Duta. Harap maklum. - IniKalilah.
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: matuse68
Posted on Thursday, November 28 @ 21:15:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sultan Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor bertaraf Ulama? (bersama video)
Posted on Friday, November 29 @ 08:30:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Selepas solat subuh saya selongkar installer. Saya menghadapi masalah dengan Office 2013 dengan Windows 8.1 pasal activition. Sambil selongkar terjumpa kuliah Ustaz Don Daniyal pasal Syiah (tajuk). Saya nak dengar apa pendapat Ustaz Don. Tapi sepanjang saya dengar hanya cerita Hang Tuah & Puteri Gunung Ledang... Saya terdengar pasal kitab kuning Pohon agama dan Nasihat kepada guru yang mendidik anak-anak oleh Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Sultan Selangor...
Manarik dan saya cari maklumat berkenaan.
Sultan Sulaiman Selangor - Sultan yang mengasihi ulama
Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
ANTARA sekian ramai sultan di dunia Melayu, terdapat beberapa orang sultan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti Islam. Ada yang mengasihi ulama, bahkan ada yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam. Ada juga yang menghasilkan karangan berupa risalah atau pun kitab. Sultan Sulaiman, Sultan Selangor Darul Ehsan dapat dikategorikan seorang sultan yang mengasihi ulama. Mengenainya dapat dibaca dalam riwayat Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, Syaikhul Islam Selangor, dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia, terbitan Isnin, 22 Mac 2004, Seksyen 3, halaman 9.
Nama lengkapnya ialah Sultan Alauddin Sulaiman Syah bin Raja Muda Musa bin Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah bin Sultan Ibrahim Syah bin Raja Lumu (Sultan Salehuddin Syah, Sultan Selangor yang pertama) bin Upu Daeng Celak (Yamtuan Muda Riau yang kedua). Sultan Sulaiman lahir pada 19 Rabiul Akhir 1282 Hijrah/11 September 1865 Masihi dan mangkat pada 30 Muharam 1357 Hijrah/31 Mac 1938 Masihi. Baginda Sultan Sulaiman merupakan Sultan Selangor ke-5, yang bertahta pada tahun 1898 Masihi - 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun.
Keturunan
Memperhatikan jalur keturunan di atas dapat dipastikan bahawa dari sebelah ayah baginda, Sultan Sulaiman adalah keturunan anak Raja Bugis yang berasal dari Luwuk, Sulawesi dan dari sebelah ibu baginda adalah keturunan puteri Kerajaan Riau. Datuk neneknya, Raja Lumu adalah adik beradik dengan pahlawan Melayu yang terkenal, iaitu Raja Haji asy-Syahid fi Sabilillah yang meninggal dunia dalam peperangan melawan Belanda di Teluk Ketapang, Melaka pada 18 Jun 1784 Masihi. Raja Haji secara rasminya dianugerah sebagai Pahlawan Nasional Indonesia yang disertai dengan Piagam dan Tanda Kehormatan Bintang Mahaputera Adipradana pada 11 Ogos 1997 oleh Presiden Republik Indonesia yang ditandatangani oleh Soeharto.
AKTIVITI ISLAM
Atas rasa kewajipan dan tanggungjawab menyebar dan mempertingkatkan pengetahuan Islam di Kerajaan Selangor, Sultan Sulaiman telah mendatangkan beberapa orang ulama besar dalam kerajaan yang diperintahnya. Antara ulama yang paling dekat dengannya ialah Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani.
Sultan Sulaiman sangat mesra dan kasih kepada Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani dalam Selangor sendiri hinggalah ketika beliau satu ketika pergi ke luar negara (terutama ke London), ulama yang berasal dari Patani itu ikut bersama-sama dalam rombongan beliau. Peristiwa ini mencerminkan bahawa Sultan Sulaiman berusaha sedemikian rupa menggabungkan kerjasama, kesepaduan dan keserasian antara umara dan ulama sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. -
Dalam penyebaran Islam di negeri lain selain Selangor, Sultan Sulaiman juga mempunyai rasa tanggungjawab. Sebagai buktinya, walaupun baginda kasih terhadap Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, namun kerana masyarakat Jambi sangat memerlukan ulama, baginda merestui keberangkatan Tengku Muhammad dari Klang ke Jambi.
Sebagai bukti bahawa Sultan Sulaiman mementingkan pembangunan keIslaman, beliau juga membina sebuah masjid yang diberi nama dengan nama baginda iaitu Masjid Alauddin di Kuala Langat, Selangor. Di masjid tersebutlah Sultan Alauddin Sulaiman Syah selalu membaca khutbah Jumaat, khutbah kedua-dua hari raya; Aidilfitri dan Aidiladha. Dalam gambar kelihatan bahawa baginda sedang menyampaikan khutbah. Ini sebagai bukti bahawa baginda adalah seorang sultan yang mampu dan aktif dalam kegiatan-kegiatan Islam.
PENULISAN
1. Kitab Pohon Ugama Bahagian Rukun Iman, diselesaikan 1337 H/1919 M. Cetakan ketiga, Mathba'ah New Klang Press, Klang, 15 Jamadilakhir 1349 H/1930 M. Kandungan, setelah ``Pendahuluan'' oleh baginda sendiri, Rahman al-Fathani. Antara pandangan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, ``Terlihatlah hamba yang daif atas kitab ini, Pohon Ugama, karangan bagi Yang Maha Mulia Sultan Selangor Maulana al-Mu'azzam Sir Alauddin Sulaiman Syah ... Maka patut dijadikan pelajaran kanak-kanak yang mubtadi pada tiap-tiap sekolah ugama supaya berkekalan manfaatnya istimewa pula ...'' Kandungan yang menjadi topik perbahasan keseluruhan ialah mengenai akidah. Pada halaman 25 terdapat gambar baginda sedang duduk di atas mimbar Masjid Alauddin dalam rangka membaca khutbah.
Ilmu Tauhid
2. Kitab Melatih Kanak-Kanak Laki-Laki Perempuan, Agama Islam 1, diselesaikan di Istana Mahkota Puri, Klang 3 Zulhijjah 1348 H. Dicetak oleh The Boon Hua Press, Klang, 1349 H/1930 M. Kandungan, antara kalimat baginda yang bersajak pada pendahuluan, ``... pada bicarakan ilmu tauhid pangkal agama Islam. Yang sangat hampir fahamnya dan mengertinya bagi segala awam. Dicadangkan dia bagi mereka yang berkehendak kemenangan lama. Daripada kanak-kanak yang baharu belajar di dalam sekolah agama ...'' Pada halaman 27 terdapat satu judul yang agak menarik, ialah ``Nasihat Guru Pada Murid''. Mengenai ini baginda menulis dalam bentuk puisi yang terdiri daripada 22 bait empat-empat rangkap. Sebagai contoh, beberapa bait antaranya ialah:
``Tuntutlah ilmu akhirat dunia,
hidup matimu dapat bahagia.
Ke manamu pergi jadi mulia,
tidaklah hidup sia-sia
Pergi sekolah janganlah segan,
ilmu agama jangan dilupakan
Sama dituntut sama amalkan,
dua-duanya sama muliakan.
Agama Islam amat sebenar,
peraturannya cukup benar.
Tetaplah padanya jangan nanar,
beroleh kebajikan yang bersinar ... ``
*Puisi yang mengandungi pemantapan pengenalan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. di atas baginda tutup dengan beberapa bait, katanya,
``Sekadar ini rencananya disurat,
supaya ingat jangan melarat.
Menghafaz membaca janganlah berat,
iman di dada akar berurat.
Cinta ibu harus diingat,
bapa berharap beserta sangat
Anak yang soleh jadi semangat,
setiap waktu setiap saat.
Harap ibu orang yang cinta,
bapa dan kaum pula serta.
Anak berilmu alim pendeta,
biarlah habis wang harta ``.
Karya di atas juga telah disemak oleh Tengku Mahmud Zuhdi al- Fathani. Selain memuji kandungan karya, Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani juga memuji baginda sultan, katanya, ``... padahal ia daripada karangan orang yang mempunyai akal yang sempurna. Dan tinggi hemah pada meneguhkan tiap-tiap pekerjaan yang berguna. Iaitu mereka yang menghamparkan atas rakyatnya naung kurnia. Dan aman hadhrat yang mentadbirkan dan memerintahkan negeri Selangor Darul Ehsan Yang Maha Mulia Maulana as-Sultan Sir Alauddin Sulaiman Syah ibni al-Marhum Maulana al-Mu'azzam Raja Musa ...''
KETURUNAN
Sultan Sulaiman berkahwin beberapa kali dan mempunyai keturunan yang ramai. Yang dipaparkan dalam artikel ini sekadarnya sahaja, kerana ketiadaan cukup ruangan. Perkahwinan pertamanya dengan Tengku Ampuan Maharum binti Tunku Dhiyauddin/Tengku Kudin Kedah, memperoleh seorang putera dan empat puteri. Putera baginda ialah Sultan Ghiatuddin Riayat Syah, Sultan Selangor yang ke-7 (1942 M- 1945 M).
Baginda berkahwin pula dengan Cik Hasnah/Cik Aminah binti Pelong Makam Bandar, memperoleh dua putera dan dua puteri. Putera yang menjadi sultan ialah Sultan Hisamuddin Alam Syah, Sultan Selangor yang ke-6 (1938 M- 1942 M dan 1945 M - 1960 M). Baginda sempat menjadi Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-2 tetapi tidak sempat mengakhiri jabatannya kerana baginda mangkat (1960 M).
Selanjutnya Sultan Sulaiman berkahwin dengan Tengku Ampuan Zabedah binti Sultan Abdul Jalil Syah, Perak, memperoleh dua putera dan empat puteri. Baginda berkahwin lagi dengan Tengku Ampuan Fatimah binti Sultan Idris, Perak, memperoleh empat putera dan dua puteri. Perkahwinan seterusnya dengan Raja Bulat binti Raja Ahmad, memperoleh empat putera. Berkahwin dengan Raja Cik Rogayah binti Mohd. Amin, memperoleh dua putera. Berkahwin dengan Che Bidayah binti Ahmad, memperoleh empat putera dan dua puteri.
Sultan Sulaiman berkahwin dengan Che Maimun binti Abdullah, memperoleh lima putera dan seorang puteri. Puteri baginda bernama Tengku Raihani (lahir 1911 M) berkahwin dengan Sultan Sir Ahmad Tajuddin ibni Sultan Jamalul Alam, Sultan Brunei, memperoleh putera Pangiran Anak Puteri Nor Ehsan. Nor Ehsan berkahwin dengan Tengku Pangiran bin Tengku Abdul Aziz Syah memperoleh tiga putera di Brunei, ialah Tengku Putera Pawzy, Tengku Putera Amir Farouk dan Tengku Putera Muhd. Harris Fadzillah. Salah seorang putera daripada isteri ini bernama Tengku Mahmud (lahir 1925 M) berkahwin (yang pertama) dengan Raja Habsyah binti Raja Muhammad Bai, Riau. Raja Habsyah masih mempunyai hubungan keluarga dengan penulis, beliau belajar al-Quran dan ilmu-ilmu fardu ain kepada Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani, ibu penulis. Oleh itu selain ada hubungan kekeluargaan, pada tahun 1970 dan tahun 1976, dalam rangka penelitian sejarah penulis pernah tinggal di rumah Tengku Mahmud di Jalan Mawar, Klang. Daripada mereka sangat banyak diperoleh maklumat dalam penulisan artikel ini.
Penulisan
Terakhir sekali dua orang lagi isteri Sultan Sulaiman, ialah Che Chik binti Abdullah, memperoleh tiga putera dan empat puteri. Isteri terakhirnya ialah Che Johari binti Abdullah, memperoleh dua putera.
Memperhatikan penulisan baginda dan perkataan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, penulis berkesimpulan bahawa baginda Sultan Sulaiman sangat memperhatikan soal pendidikan sejak kanak-kanak lagi. Dan yang paling
diutamakan penerapannya ialah perkara akidah dan akhlak.
.............
Video kuliah Ustaz Don
Perbandingan tidak tepat, MB saran semak ‘betul-betul’ gaji PM
Posted on Thursday, November 28 @ 20:38:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
SHAH ALAM 28 NOV: Kadar gaji Perdana Menteri yang digambarkan media pro-Umno kononnya lebih rendah daripada gaji Menteri Besar, Exco dan Adun, tidak tepat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyarankan semua pihak supaya membuat semakan terperinci terhadap gaji bulanan Perdana Menteri sebelum membuat perbandingan.
“Semak betul-betul, Perdana Menteri dapat gaji jauh lebih tinggi daripada ini. Boleh jadi gaji beliau (Perdana Menteri) sama seperti pendapatan saya dulu (dua kali ganda) sebelum menjadi Menteri Besar,” katanya.
Bercakap kepada pemberita di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini, Abdul Khalid berkata, kenaikan itu munasabah kerana menggunakan sistem gaji pemimpin negeri di Sarawak sebagai petunjuk.
Meskipun ramai mempertikaikannya, beliau berkata, kadar kenaikan berkenaan sebenarnya jauh lebih rendah daripada pekerja dalam sektor swasta.
“Pendapatan itu sesuai untuk wakil rakyat dan exco kerana tidak perlu mencari duit dari luar, seperti yang dilakukan menteri dalam Kerajaan Pusat untuk membiayai kerja mereka.
“Memang biasalah kalau kenaikan gaji itu berlaku, sebab itu kita buat secara terbuka.
“Semasa mereka (Sarawak) bentangkan dan luluskan (kenaikan gaji), tiada surat khabar yang cerita, tetapi bila Selangor buat disebabkan ia negeri Pakatan Rakyat (PR) barulah ada cerita,” katanya.
Sidang DNS semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ahli DUN berkuatkuasa 1 Januari depan yang kali terakhir dibuat pada 2004.
sumber : Selangorkini.net
Kejadian jatuh bangunan menjadi-jadi
Posted on Thursday, November 28 @ 11:36:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan Suntech Sunshine Square Bayan Baru, di George Town, hari ini.
Mayat Lau Chuen Wei, 24, ditemui orang awam di tepi jalan berdekatan restoran makanan segera dalam keadaan parah pada jam 8.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, siasatan mendapati Lau bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat perindustrian di Bayan lepas dan mempunyai alamat rumah di Jalan Raja Uda, Butterworth.
“Lima belas minit sebelum kejadian, seorang penjaga parkir melihat Lau yang berpakaian serba hitam berjalan mundar-mundir di tingkat lapan bangunan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.
Sumber Link
MCA Cina Babi dalam BN - kawan UMNGOK terang2 Hina Islam
Depan " Jibby Sudu ", Ya'Allah begitu Hinanya Islam.. Diejek,
Dijelik, diludah depan " Jibby Sudu '... hanya Mampu terkedu..
Saksikan Video nie lebih Sedih : http://www.youtube.com/watch?v=Fm_W7Q6knaQ — with Apo Plak and 4 others.
Depan " Jibby Sudu ", Ya'Allah begitu Hinanya Islam.. Diejek,
Dijelik, diludah depan " Jibby Sudu '... hanya Mampu terkedu..
Saksikan Video nie lebih Sedih : http://www.youtube.com/watch?v=Fm_W7Q6knaQ — with Apo Plak and 4 others.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan