Khamis, 28 November 2013

MUNGKIN SEBAB CANTIK KOD....TENANGKAH KITA NAIK GAJI/ELAUN...RAKYAT YANG MISKIN TERUS MISKIN

KUALA LUMPUR: Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit, kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

“Apabila Umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang Melayu, mereka menindas umat Islam,” ujarnya dipetik blog Gendang Perang.

Berikut petikan tulisan daripada blog berkenaan.

Diharap dengan menonton video bertajuk "Nak berpadu sangat... Ambikkau!!" di bawah dapatlah semua ahli PAS yang menyokong penyatuan umno / PAS untuk berfikir semula.

Nilai keikhlasan mereka.

Menyedari tak semua suka tonton video, admin ambil inisiatif menulis semua isi penting yang menjadi hujah pemimpin PAS dalam video tersebut. YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan

Inilah hujah bernas beliau,

"Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit. Apabila umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang melayu, mereka menindas umat islam. Bagaimana umat Islam, orang Melayu...

"Tuan puan yang dihormati sekelian, saya nak bagi tahu.... apabila nak disatukan dengan umno, sentiasa menuding jari kepada PAS. Kononnya PAS tidak mahu bersatu.

"Saya nak bagi tahu kepada hadirin hadirat bahawa, yang menyebabkan melayu berpecah ... Dan juga cuba lihat sejarah. Sejarah menyebut bahawa setiap sepuluh tahun sekali, umno akan menyebabkan pepecahan melayu.

"Dan sebelum daripada kemerdekaan lagi, umat islam bersatu, orang melayu bersatu menentang penjajahan. Parti Kebangsaan Melayu Malaya bersatu dengan Hizbul Muslimin, bersatu dengan umno untuk memperjuangkan kemerdekaan.

"Tetapi, umno dengan tiba-tiba menjadi tali barut kepada British. Mengkhianati perjuangan umat Islam, mengkhianati perjuangan melayu. Mengkhianati perjuangan umat Islam dalam Hizbul Muslimin dan mengkhianati perjuangan melayu dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya sehingga pimpinan-pimpinan tertangkap.

"Dr. Burhanudin Helmi kena tangkap, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir kena tangkap. Tengok-tengok dia yang naik jadi Perdana Menteri. Pengkhianatan pertama umno kepada orang melayu dan juga kepada umat Islam sebelum kemerdekaan.

"Apabila berlaku peristiwa 1969, 13 Mei.. Apabila umno merasakan bahawa kuasa mereka terjejas, sebab mereka kalah di Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain; mereka mengajak PAS bersatu atas dasar penyatuan umat islam. Kononnya ada ancaman daripada orang bukan Islam.

"Mengambil sikap dasar perpaduan Islam... terima kita... Selepas daripada itu, apa mereka kuat... mereka tendang PAS keluar.

"Pada tahun 1987, umno menyebabkan perpecahan melayu lagi sehingga lahirnya Semangat 46. Pada tahun 1998, sepuluah tahun kemudian...sekali lagi melayu berpecah disebabkan oleh umno.

"Kemudian berlakulah kononnya satu penyatuan melayu apabila Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah kembali kepada UMNO atas dasar semangat penyatuan melayu dan Islam.

"Rupa-rupanya dia ajak Tengku Razaleigh masuk umno kerana nak tendang Anwar Ibrahim keluar. Bukannya atas dasar nak menyatukan orang melayu tapi pecah belahkan.

'Apabila Pak Lah ajak kami bersatu, kami kata "boleh, tapi benda ini perlu dibuat secara berhati-hati. Nanti orang PAS tak faham, Pakatan Rakyat tak faham... kami juga yang jugak yang menanggung akibat. Kami jugak nanti akan difitnah.....

"Maka dibuat perjumpaan secara senyap-senyap. Orang semua tak tahu... Tiba-tiba Pak Lah yang umumkan "sudah tiga (3) kali PAS dan UMNO berbincang di belakang tabir." Mengkhianati sekali lagi perjanjian, persefahaman. Sehingga PAS terpaksa berhadapan dengan orang-orangnya sendiri. Sehingga PAS terpaksa menghadapi parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Ini masalah dengan umno. ..." selebihnya sila tonton "Nak berpadu sangat...Ambikkau!!"
SHAH ALAM: Penyelarasan saraan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor dan anggota pentadbiran yang diluluskan semalam harus dilihat secara menyeluruh, kata Adun Kampung Tunku, Lau Weng San (gambar).

Katanya, elaun untuk Ketua Pembangkang juga bertambah dan kenaikan saraan itu adalah untuk memastikan ADN dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan hati yang tenang tanpa terlalu memikirkan ‘sumber-sumber pendapatan’ yang lain seperti apa yang berlaku semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

“Penyelarasan saraan ini akan menjamin ADN sentiasa fokus kepada tugasnya dan tidak perlu risau tentang penyaraan kehidupan dan ahli-ahli keluarganya walaupun selepas bersara,” ujarnya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 di Dewan Negeri Selangor, di sini semalam.

Beliau menceritakan pernah berlaku seorang Adun MCA yang menderita akibat diserang penyakit strok di Perak selepas bersara terpaksa merayu kepada kerajaan negeri itu kerana pinjaman perumahannya akan ditolak daripada pencennya dan menjadikan pencennya tidak mencukupi untuk menampung kos perubatannya.

Menurutnya, sememangnya menjadi pengetahuan umum bahawa tugas dan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat di Selangor menjadi semakin berat selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, Ahli-ahli Dewan Negeri bukan sahaja perlu sentiasa turun padang untuk menyelesaikan masalah dan isu di kawasan masing-masing, tetapi juga perlu memainkan peranan yang aktif dalam Dewan Negeri Selangor.

“Perbahasan di Dewan ini juga semakin rancak. Baru semalam (kelmarin), perbahasan Belanjawan 2014 di peringkat jawatankuasa selesai selepas hebat diperbahas oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor selama dua hari berturut-turut,” ujarnya.

Beliau berkata, dalam perbahasan selama dua hari itu, para ADN telah mengambil bahagian dengan begitu aktif dalam perbahasan.

Pada kebiasaanya, kata beliau para ADN akan aktif membahas sesuatu belanjawan di peringkat dasar sahaja, tetapi kini kami bukan sahaja aktif di peringkat dasar tetapi juga sama aktif di peringkat jawatankuasa juga.

Ini, ujarnya menunjukkan bahawa dalam kesibukan para ADN menyelesaikan masalah rakyat di kawasan masing-masing, mereka juga tidak melalaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka untuk membahas setiap satu butiran dalam Belanjawan 2014 ini.

Malahan, kata beliau Menteri Besar juga tidak kurang hebatnya apabila bangun dan duduk tidak kurang daripada 100 kali bermula daripada sesi soal jawab sehingga ke penangguhan Dewan untuk menjawab setiap soalan dan isu yang dibangkitkan oleh ADN.

“Oleh itu, saya ingin menyentuh dengan lebih banyak terhadap kenaikan saran yang melibatkan Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker kerana saraan untuk mereka telah dikekalkan pada paras yang amat rendah untuk satu tempoh yang sangat panjang,” katanya.

Justeru itu, ujar beliau sudah sampai masanya untuk menaikkan saraan mereka seperti apa yang dicadangkan oleh Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) itu.

Setekah enakmen itu diluluskan, gaji Menteri Besar berjumlah RM14,175.15 bakal meningkat kepada RM29.250 iaitu pada kadar 106.4 peratus, Speaker Dewan (RM6.109.29 meningkat 268 peratus kepada RM22,500) dan Timbalan Speaker (RM3,327.50 kepada RM15,570).

Bagi saraan Ahli Exco Kerajaan Negeri pula, gaji RM6,109.29 bakal meningkat kepada RM20,250, meningkat 231 peratus.

Melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan itu, saraan bagi setiap Adun mengikut Seksyen 3 juga dipinda, daripada RM6,000 kepada RM11,250 atau kenaikan 87.5 peratus.
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa Malaysia menimbang penyertaan dalam Kejohanan Sukan  Sea kali ke-27 yang bakal berlangsung di Myanmar bermula 1 Disember ini.

“Mengambilkira tindakan kelompok sami Buddha yang terang-terangan berkempen membenci Islam dan menyebarkan permusuhan terbuka kepada Islam dan syiar agama Islam termasuk membunuh, membakar hidup-hidup  mangsa yang diserang, membakar masjid, memusnah kubur dan madrasah Islam yang  diserang berterusan,  berbulan-bulan sejak Jun 2012, menunjukkan mereka tekad untuk melenyapkan Islam dari bumi Myanmar,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Menruutnya, demonstrasi yang terkini yang didorong sendiri oleh kerajaan Yangoon telah mempamerkan kempen membenci Islam dan masyarakat Islam secara jelas, terus disebar luas.

Katanya, setelah mereka membunuh, merampas, menyiksa, membakar dan menzalimi masyarakat Islam Rohingya, kini jelas mereka sudah secara terang-terangan menyerang Islam sebagai agama suci dan melancarkan kempen untuk menghapuskan seluruh simbol Islam di Myanmar.

Tambahnya, terkini mereka menghina Islam dengan melabelkan Islam sebagai agama haiwan ketika memprotes lawatan delegasi OIC ke Myanmar baru-baru ini untuk meninjau mangsa pelarian Rohingya Muslim yang terpaksa hidup dalam keadaan terancam.

Katanya lagi, kebencian terhadap umat Islam sangat meluap-luap sehingga seorang warga Muslim sama ada rakyat Myanmar atau orang luar akan sentiasa dipandang dengan mata permusuhan oleh semua penganut Buddha di Myanmar.

Kini, ujarnya Myanmar akan menjadi tuan rumah kepada kejuaraan Sukan Sea.

“Pada pendapat kami Myanmar hilang kelayakan untuk menjadi tuan rumah kepada kejohanan yang diadakan itu di Myanmar itu, setelah Myanmar menjadi tuan rumah sebanyak dua kali sebelum ini iaitu 1961 dan 1969.

“Dalam keadaan inilah kami menggesa Malaysia malah semua delegasi kejohanan Sea tahun ini membatalkan penyertaan mereka atas alasan kerajaan Myanmar bersikap anti Islam dan kehadiran atlet Islam yang tidak selamat di Myanmar,” ujarnya.

Katanya, Mapim menggesa semua olahragawan dan olahragawati Muslim dari Malaysia mahupun dari mana-mana negara Asean yang menyertai kejohanan ini berfikir dua kali untuk ke Myanmar.

Menurutnya lagi, mereka harus menilai keadaan keselamatan ketika  berada di Myanmar yang tidak selamat dan tidak terjamin.

“Kami berpendirian memboikot kejohanan Sukan Sea di Maynmar itu adalah wajar kerana antara matlamat kejuaraan ini adalah untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Asean dan Myanmar tidak berhasrat menjayakan keharmonian itu,” katanya lagi.

Beliau menambah, dengan jelas Myanmar tidak berhasrat untuk berbuat demikian, malah dengan sangat tidak bertamadun, rejim Myanmar yang ada sekarang telah melaksanakan penindasan, penafian hak manusia etnik Rohingya Muslim dan seterusnya menyatakan sikap permusuhan terhadap Islam.

“Kami tidak nampak manfaat penyertaan dalam kejohanan Sea di Myanmar jika Malaysia serta semua anggota lain serius dengan slogan rantau aman, bebas dan neutral Asean (zone of peace, freedom and neutrality),” katanya.

Mohd Azmi berkata, Asean tidak boleh membiarkan Myanmar meneruskan polisi menindas dan mewujudkan ketegangan agama antara penganut Buddha dan Islam bertujuan untuk menghapuskan Islam dan umat Islam di negara tersebut.

Katanya, Mapim menegaskan peserta Malaysia yang mempunyai anggota dari kalangan orang Islam mungkin menjadi sasaran oleh puak ekstremis Buddha ketika berada di Myanmar.

“Kami mengambil berat terhadap ingatan yang diberikan oleh beberapa pertubuhan Islam Rohingya supaya peserta Islam di kejohanan Asean itu benar-benar menjaga keselamatan diri ketika di Myanmar kerana ada tanda-tanda bahawa mereka boleh diserang,” katanya.

Ini, kata beliau menunjukkan bahawa keadaan di Myanmar sangat terdedah kepada keganasan oleh penganut ekstremis Buddhis dan kekhuatiran etlit Islam akan menjadi sasaran adalah beralasan.
KUALA LUMPUR: Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) perlu diberi ruang lebih luas untuk membincang dan menilai semula dasar kerajaan yang menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata, perubahan perlu dilakukan melalui keazaman politik oleh kerajaan untuk menjayakan hasrat itu.

“Adakah Najib boleh menerima segala cadangan dasar yang baik oleh majlis ini jika ia bertentangan dengan keputusan dan dasar kerajaan?” tanya beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.

Justeru, ujarnya kerajaan jangan bercakap syok sendiri sahaja kalau tidak menunjukkan keazaman untuk melakukan perubahan.

“Walaupun saya bersetuju sesetengah program mampu menyatukan rakyat pelbagai kaum melalui interaksi dan sebagainya, kita juga mahu tahu bagaimana Jabatan Perpaduan sendiri mengimplementasikan perkara ini,” ujar beliau.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggariskan tujuh perkara dasar penubuhan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional antaranya memperbanyakkan program yang membabitkan segenap lapisan kaum.

Najib juga mendedahkan bahawa kerajaan menganjurkan ‘pesta durian’ selepas Peristiwa 13 Mei untuk menyatukan rakyat dan mencadangkan agar majlis itu memperbanyakkan penganjuran program membabitkan alam sekitar, sukan dan kesihatan.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw sebelum ini pula dilaporkan berkata, langkah untuk memupuk semangat perpaduan perlu dibuat tanpa ada bias sentimen berbaur perkauman.

“Perpaduan mestilah berteraskan kepada dasar dan kenyataan yang tidak menyebelahi sesuatu kaum, agama atau wilayah semata-mata,” katanya yang juga Ahli Parlimen DAP Kepong.

Perpecahan kaum di kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin parah setelah Pilihan Raya Umum ke-13 apabila kerajaan BN dilihat sengaja menutup sebelah mata terhadap tindakan melampau beberapa pertubuhan radikal berteraskan perkauman seperti Perkasa, Jati dan Isma.

Malahan, lebih malang lagi, akhbar Utusan Malaysia yang menjadi lidah utama kerajaan dan UMNO tidak teragak-agak terus membakar sentimen perkauman dengan laporan muka utama mereka “Apa Lagi Cina Mahu” pada 7 Mei 2013 lalu.- Roketkini.com
SHAH ALAM: Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini meluluskan kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Ia dipersetujui sebulat suara ahli dewan yang turut mengandungi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan diluluskan mengikut Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Negeri (Saraan)(Pindaan) 2013.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia berpandukan kenaikan sama di Sarawak dan gaji Kerajaan Pusat kepada pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) kendalian Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bercakap pada sidang DNS, beliau berkata, kenaikan dilakukan selepas mengambil kira peningkatan hasil yang diperoleh kerajaan negeri.

“Beban tugas yang dipikul tanpa mengira waktu, keberkesanan melaksanakan tugas dan menunjukkan hasil terus meningkat menjadi pertimbangan,” katanya, menambah kenaikan kali terakhir dibuat pada 2004.

Gaji Menteri Besar berjumlah RM14,175.15 bakal meningkat kepada RM29.250 iaitu pada kadar 106.4 peratus, Speaker Dewan (RM6.109.29 meningkat 268 peratus kepada RM22,500) dan Timbalan Speaker (RM3,327.50 kepada RM15,570).

Bagi saraan Ahli Exco Kerajaan Negeri pula, gaji RM6,109.29 bakal meningkat kepada RM20,250, meningkat 231 peratus.

Melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan itu, saraan bagi setiap ADUN mengikut Seksyen 3 juga dipinda, daripada RM6,000 kepada RM11,250 atau kenaikan 87.5 peratus.

Abdul Khalid juga mengingatkan semua pihak berkaitan, kenaikan itu juga menandakan tanggungjawab semua pimpinan tertinggi negeri akan meningkat dan bertambah berat.
KUALA LUMPUR: Persidengan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan dua ahli parlimen diarah keluar dewan oleh yang Dipetua Dewan Rakyat.

Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) menjadi ahli parlimen pertama dihalau keluar dewan hari ini kemudian dikuti V.Sivakumar (DAP-Batu Gajah).

Kedua dua mereka dihalau ketika sesi perbahasan Belanjawan 2014 peringkat jawatankuasa melibatkan Kementerian Wilayah Persekutuan, krtika cuba membangkitkan isu perobohan sebahagian kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.

Sivarasa dihalau ketika sesi perbahasan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, manakala Sivakumar dihalau oleh Timbalan Yang Dipertua Datuk Ismail Mohd Said.

Pandikar Amin Mulia mengeluarkan perintah itu selepas beberapa kali mengarahkan Sivarasa duduk dan tidak membangkitkan perkara itu kerana sudah dibangkitkan sebelum ini oleh Anggota Parlimen Padang Serai, N Surendran.

Sivarasa bagaimanapun bertegas mahu bertanyakan perkara itu kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan yang menjawab soalan hari ini.

Ekoran itu, Pandikar menggunakan kuasanya mengarahkan Sivarasa keluar dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 44(2).

Keadaan serupa berlaku kira-kira setengah jam kemudian selepas mesyuarat dewan dipengerusikan pula oleh Ismail.

Ketika itu Sivakumar bangun untuk bertanyakan soalan serupa kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Selepas beberapa kali mengarahkan beliau duduk dan tidak diendahkan, timbalan speaker kemudian mengarahkan Sivakumar untuk keluar dewan.

Mengikut peraturan mesyuarat, jika tiada tempoh jelas dinyatakan oleh speaker terhadap penggantungan itu, maka tempoh penggantungan adalah selama dua hari.
KUALA LUMPUR: Saf kepimpinan baru Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sesi 2013-2015 akan mengadakan mesyuarat pertama mereka pada 4 Disember depan.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, mesyuarat tersebut akan melantik jawatan-jawatan rasmi Dewan Harian sayap itu iaitu Setiausaha, Penolong-penolong setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihan Raya.

"Kita akan adakan mesyuarat pertama minggu depan, 4 Disember dan akan buat pelantikan jawatan-jawatanlah," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Pada Muktamar Tahunan DMPP Ke-53 Khamis lalu, Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau panjang mengekalkan jawatan yang disandangnya selepas menerima 468 undi berbanding Nuridah Salleh.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS pula, Dr Siti Mariah juga mempertahankan jawatannya yang turut ditandingi Dr Najihatussalehah Ahmad.

Sementara bagi jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS pula, jawatan tersebut turut kekal kepada penyandangnya, Mumtaz Mohd Nawi yang menewaskan Dr Rosni Adam.

Bagi ahli jawatankuasa kerja Dewan Muslimat PAS pula, mereka yang terpilih adalah:

Dr Halimah Ali (476)
Aiman Athirah Al-Jundi (457)
Khairiah Mohamad (454)
Normala Sudirman (446)
Dr Asiah Ali (449)
Aida Yusof Rawa (409)
Wan Ubaidah Wan Omar (393)
Mastura Mohamad (392)
Datuk Asiah Ghazali (372)
Ustazah Azizah Khatib Mat (360)
Wan Hasrina Wan Hassan (331)
Kartini Ahmad (306)
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan negara, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mencatat kerugian bersih RM375 juta bagi suku tahun ketiga 2013.

Kerugian itu dialami walaupun syarikat mencatat perolehan RM3.91 bilion, meningkat daripada RM3.47 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

The Edge keluaran 25 Nov melaporkan bahawa kerugian MAS disumbangkan oleh peningkatan pesaing yang menjejaskan hasil dan peningkatan kos diakibatkan daripada kelemahan nilai ringgit (RM) berbanding dolar Amerika.

Akhbar yang sama   juga melaporkan lonjakan keuntungan 46 peratus diperolehi AirAsia X bagi suku tahun ketiga berakhir 30 September 2013.

Lonjakan keuntungan ini didorong oleh kempen promosi besar-besaran.

Perolehan syarikat  meningkat kepada RM601.49 juta berbanding RM486.55 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Ramai juga yang keliru mengapa Perdana Menteri, Najib Razak melantik artis Wardina Safiyyah (gambar) menganggotai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

Ini kerana Wardina diketahui memang mempunyai pandangan yang lebih mirip kepada pembangkang serta kerap kali mengkritik kerajaan dalam tulisannya di twitter.

“Kenapa tidak dilantik daripada kalangan pemimpin persatuan artis atau daripada kalangan penggiat seni yang lebih senior?” tanya blogger politik, Shahbudin Husin di dalam blognya.

Baginya, komposisi ahli-ahli majlis MKPN itu juga seperti tidak menggambarkan realiti kedudukan kaum yang sebenar di mana sepatutnya ahli daripada kalangan Melayu jauh lebih ramai berbanding ahli daripada kaum lain.

Menurutnya, Melayu dan Umno sebenarnya sama-sama dipinggirkan dalam MKPN.

“Selain Melayu dan Umno diketepikan dalam usaha membentuk perpaduan, Najib yang juga Presiden Umno nampaknya lebih menghargai dan memandang tinggi kewibawaan Ahli Parlimen dan AJK PAS Pusat berbanding parti di mana beliau sendiri menjadi ketuanya,” tulisnya lagi.
Ahli-ahli MKPN:

Pengerusi - Samsudin Osman
Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye

Ahli majlis:

Ramon Navaratnam
Pheng Yin Huah
Napsiah Omar
Dr Michael Yeoh Oon Kheng
Johan Jaafar
Senator Boon Soom a/l Inong
Dr Mujahid Yusof Rawa
Clarence Bongkos Malakun
John Sikayun
Lim Kok Cheong
Saifuddin Abdullah
Zainal Abidin Abdul Kadir
Rugayah Abdul Majid
Dr Kantayya Mariapan
Prof Madya Dr Madeline Berma
Prof Dr Suresh Kumar a/l Govind
Dr Bilson Kurus
Tan Yew Sing
Lim Chee Wee
Lim Lam Thye
Sadar Jagir Singh
Marina Mahathir
Mohamed Maliki Mohamed Rafiee
Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
Wardina Safiyyah
Ariff Irwani Azahari
Audrey Goh

Baca lagi
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Menteri Pendidikan bagi memberi penjelasan mengenai kelemahan dalam projek penswastaan perkhidmatan keselamatan di sekolah-sekolah yang melibatkan kos sebanyak RM812 juta.
   
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata PAC belum memutuskan sama ada akan memanggil Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan atau Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh untuk membuat penjelasan itu.
   
Beliau memberitahu sidang media di bilik jawatankuasa itu di bangunan Parlimen hari ini bahawa penjelasan itu mungkin dibuat awal tahun hadapan.
   
"PAC berpendapat banyak kelemahan dari segi pelaksanaan dan sikap yang perlu diperjelaskan seberapa segera memandangkan kos perkhidmatan keselamatan di sekolah bertambah dari masa ke semasa," katanya.
   
Beliau berkata PAC mengenal pasti kelemahan itu semasa mesyuarat pagi ini.

"Pembayaran secara tidak betul, kurang cekap menjalankan tugas, pelaksanaan dan perkara-perkara pentadbiran akan menyebabkan kos lebih tinggi jika tidak ditangani segera.
   
"Walaupun ada tindakan yang diambil kementerian, namun PAC mendapati ia belum mencukupi memandangkan kos terus meningkat dari RM594 juta (2010) kepada RM812 juta tahun lepas," katanya.
   
Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata pengambilan pengawal keselamatan di sekolah-sekolah perlu dilakukan dengan teliti dan tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan aspek penjagaan keselamatan pelajar sepanjang berada di dalam kawasan sekolah.
   
Katanya pengawal keselamatan berperanan sebagai mata dan telinga kepada pihak sekolah dalam menyampaikan maklumat mengenai salah laku pelajar kepada guru besar.
   
"Pengawal keselamatan perlu mainkan peranan untuk kawal gejala tidak sihat malah pihak sekolah perlu mengambil pengawal keselamatan terlatih yang bukan sahaja berdiri dan mengawal sekolah tanpa terlibat dalam mencegah pelajar sekolah daripada terjebak dengan gejala tidak sihat," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: