Khamis, 28 November 2013

BUKAN BANDINGKAN DENGAN SARAWAK....BANDINGKAN DENGAN AJARAN ISLAM ATAU DARI SEJARAH2 PEMIMPIN ISLAM YANG BERJAYA

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan langkah kerajaan negeri menaikkan gaji Menteri Besar, anggota Exco, speaker dan timbalan speaker yang dianggap masih rendah dan munasabah.

Beliau berkata kenaikan gaji antara 80 hingga hampir 400 peratus itu dibuat selepas mengkaji pelbagai faktor termasuk mengambil kira kenaikan yang diterima Adun serta anggota pentadbiran negeri Sarawak, lapor Bernama.
   
"Kita naikkan gaji di Selangor kerana tidak mahu wakil rakyat kita buat kerja luar untuk tampung perbelanjaan mereka.
   
"Saya berpendapat kenaikan ini munasabah sebab kita hendak (beri) servis kepada rakyat. Malah, kalau di sektor swasta, gaji seperti ini tidak tinggi. Kita juga tidak boleh sorok pendapatan sebab kita setuju setiap harta dan pendapatan mesti diumumkan, biar rakyat tahu," katanya kepada pemberita di lobi Dun Selangor di sini, hari ini.

Abdul Khalid turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa gaji baru beliau lebih tinggi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
"Gaji di Selangor dikira berdasarkan formula 75 peratus daripada kenaikan yang diterima di Sarawak.
   
"Sebagai contoh kalau gaji ketua menteri Sarawak RM39,000, gaji menteri besar di Selangor ialah RM29,000.
   
"Selain itu, sejak lima tahun lepas kita dapat kutip hutang yang sebelum ini gagal dikutip kira-kira RM500 juta. Dengan 10 peratus daripada hasil kutipan hutang ini, kita sudah dapat bayar gaji ini," katanya.

Sementara itu beberapa anggota pembangkang Dewan Negeri (Adun) Selangor hari ini berbeza pendapat dengan ketua pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) berhubung isu kenaikan gaji itu.

Shamsuddin seperti dilapor Selangorkini menganggap kenaikan saraan untuk anggota pentadbiran kerajaan negeri, Speaker dan Timbalan Speaker juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu adalah berpatutan serta wajar  namun beberapa Adun BN menganggapnya tidak wajar dan terlampau tinggi.

Adun Kuang Datuk Abdul Shukor Idrus berkata berdasarkan kenaikan gaji dan elaun bagi tiga jawatan itu, timbalan speaker DUN mencatatkan peratusan kenaikan tertinggi iaitu 373 peratus bersamaan RM15,750 sebulan daripada RM3,327.
   
"Begitu juga dengan gaji menteri besar yang naik 106 peratus iaitu RM29,250 daripada RM14,175 sebulan diikuti gaji Speaker DUN yang turut naik mendadak pada kadar 268.3 peratus iaitu kira-kira RM22,500 daripada RM6,109 sebulan.
   
"Bagi saya, kenaikan (bagi ketiga-tiga jawatan ini) tidak mengambil kira denyut nadi rakyat di peringkat bawahan yang masih memerlukan lebih pembelaan daripada kerajaan negeri," katanya ketika ditemui di luar sidang dewan di sini.

Adun Semenyih Datuk Johan Abdul Aziz pula berkata peratusan kenaikan gaji itu sepatutnya diselaraskan dan bukan hanya untuk menteri besar, speaker dan timbalan speaker, lapor Bernama.
   
"Melihat gaji menteri besar, speaker dan timbalan speaker, kadar kenaikannya jauh lebih tinggi. Sepatutnya, kalau semua naik, maka peratusannya perlu selaras serta munasabah bagi semua jawatan," katanya.

Namun, Johan bersetuju dengan kenaikan gaji termasuk elaun bagi Adun di negeri ini yang mendapat pertambahan 87.5 peratus iaitu RM11,250 daripada RM6,000 sebulan kerana sebahagiannya mungkin dipulangkan semula kepada rakyat atas peranan serta tanggungjawab seorang wakil rakyat.

Sepatutnya Naikkan "Peruntukan YB", Bukan Naikkan Gaji!


Selangor tidak akan tangguh kenaikan gaji, kata MB

Kerajaan negeri Selangor hari ini menegaskan pendirian mereka untuk tidak menangguhkan kenaikan gaji yang dijadualkan bermula 1 Januari tahun depan kerana telah mendapat persetujuan 100% Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kedua-dua Adun daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mencapai kata sepakat berhubung kenaikan tersebut, dan Dewan telah bersetuju perkara itu akan dilaksanakan.

"Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN di Shah Alam, hari ini.

Malah, Abdul Khalid menegaskan, sebelum perbahasan berkenaan perkara itu dilakukan, beliau telah memaklumkan kenaikan gaji itu hanya akan dilakukan dengan persetujuan Adun PR dan BN.

Adun Pelabuhan Klang itu bagaimanapun berkata, sekiranya ada mana-mana ahli Dewan yang tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut, boleh menyalurkan lebihan pendapatan mereka kepada saluran-saluran lain.

"Adun PR dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak.

"Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa,"
katanya.

Beliau turut berkata, sehingga hari ini, selain Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, tiada pihak lain yang menggesa beliau untuk menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji tersebut.

Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor hari ini menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan adun negeri itu agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.

Azmin berkata biarpun BBC tidak menolak kenaikan gaji tersebut, kadar yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah terlalu tinggi.

Menurut Adun Bukit Antarabangsa itu, sepanjang tempoh cadangan pelaksanaan kenaikan gaji, Abdul Khalid tidak pernah berbincang dengan BBC.


"Kita tidak tahu bagaimana pelaksanaannya dan kerajaan negeri sudah umumkan semalam. Tidak ada perbincangan langsung yang dibuat bersama BBC," katanya yang juga merupakan ahli Parlimen Gombak dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Pagi tadi, Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar turut mengulas mengenai kenaikan berkenaan dengan menyifatkan ia terlalu tinggi dan mendadak.

Abdul Khalid bagaimanapun berkata, kadar yang digunakan kerajaan negeri Selangor adalah berdasarkan kadar gaji di Sarawak, dan jumlah berkenaan adalah munasabah.

"Bagi sesetengah orang ini mungkin dah banyak tetapi bagi mereka yang berada dalam sektor swasta, ia tidak tinggi. Ini munasabah," katanya.

"Kita tidak boleh sorokkan pendapatan. Kita sudah setuju pendapatan kita akan umumkan," kata Adun Pelabuhan Klang itu lagi.

Malah, Abdul Khalid turut berkata, pendapatan mereka yang berada dalam sektor swasta juga melebihi gaji menteri.

"Kerajaan persekutuan juga guna konsultan daripada orang swasta. Pendapatan mereka ada kalanya yang jauh lebih tinggi daripada menteri. Jadi maknanya sudah ada penerimaan tentang gaji yang munasabah," kata Abdul Khalid.

DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dun berkuat kuasa Januari 1 depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Abdul Khalid ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada November 22 bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75% daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak. -TMI




MB pertahan kenaikan gaji exco, ADUN S'gor


Kenaikan gaji bagi wakil rakyat Selangor bertujuan supaya mereka tidak lagi perlu membuat kerja luar untuk mencari pendapatan tambahan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini

Kenaikan pendapatan tersebut, katanya, adalah sesuai untuk wakil rakyat dan exco kerajaan negeri kerana tidak mahu mereka membuat kerja luar untuk menampung perbelanjaan mereka.

"Ini telah berlaku (sebelum ini)," kata Khalid kepada media di lobi Dewan Undangan Neger (DUN) Selangor di Shah Alam hari ini.

Menurut Khalid, beberapa menteri persekutuan juga mungkin perlu mencari pendapatan tambahan untuk kerja-kerja politik mereka.

Katanya, walaupun mendapat gaji seorang menteri (selain elaun MP atau senator), mereka kadang-kadang mungkin perlu mendapatkan duit dari luar, untuk membayar bagi kerja-kerja mereka.

Khalid mempertahankan kenaikan pendapatan tersebut sebagai "tidak tinggi" dan "munasabah", berbanding dengan upah di sektor swasta.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mengambil kira bantahan rakyat berhubung perkara ini.

Oleh itu, katanya, ia memilih gaji ADUN Sarawak sebagai asas dan memutuskan kadar 30 peratus lebih rendah untuk ADUN Selangor.

Walaupun kedua-dua negeri itu mempunyai rizab kewangan, Khalid berkata, Selangor lebih besar daripada Sarawak dari segi prestasi ekonomi. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan menteri besar Selangor berkata kenaikan gaji antara 80 hingga hampir 400 peratus itu dibuat selepas mengkaji pelbagai faktor termasuk mengambil kira kenaikan yang diterima ADUN serta anggota pentadbiran negeri Sarawak.

"Kita naikkan gaji di Selangor kerana tidak mahu wakil rakyat kita buat kerja luar untuk tampung perbelanjaan mereka.

"Saya berpendapat kenaikan ini munasabah sebab kita hendak (beri) servis kepada rakyat. Malah, kalau di sektor swasta, gaji seperti ini tidak tinggi. Kita juga tidak boleh sorok pendapatan sebab kita setuju setiap harta dan pendapatan mesti diumumkan, biar rakyat tahu," katanya.

Abdul Khalid turut menafikan yang gajinya lebih tinggi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Gaji di Selangor dikira berdasarkan formula 75 peratus daripada kenaikan yang diterima di Sarawak.

"Sebagai contoh kalau gaji ketua menteri Sarawak RM39,000, gaji menteri besar di Selangor ialah RM29,000.

"Selain itu, sejak lima tahun lepas kita dapat kutip hutang yang sebelum ini gagal dikutip kira-kira RM500 juta. Dengan 10 peratus daripada hasil kutipan hutang ini, kita sudah dapat bayar gaji ini," katanya.
-mk


ULASAN GB

Negeri yang kaya seperti Selangor mempunyai haknya sendiri untuk menaikkan gaji para ADUNnya. Dengan rizab mencecah hampir RM3 billion, sepastinya Selangor tidak ada masalah untuk kenaikan gaji berkenaan.

Namun, rezab yang tinggi itu sepatutnya dapat dinikmati oleh "rakyat Selangor" juga secara keseluruhannya.

Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor mempertahankan kenaikan gaji berkenaan dengan alasan supaya wakil rakyat Sleangor tidak perlu membuat "kerja luar" untuk melaksanakan tugas-tugas memreka.

"Kerja luar" yang dimaksudkan berkemungkinan kerja-kerja yang boleh dikategorikan sebagi "komisyen" dan "korupsi" termasuklah membotakkan bukit untuk memunggah tanah, mengorek sungai untuk dikaut pasirnya dan yang seumpamanya.

Dengan alasan untuk menjalankan tugas YB memerlukan banyak belanja terutama untuk melayani permintaaan rakyat, bagi pandangan GB, daripada menaikkan gaji dengan "terlalu tinggi dan mendadak" kepada YB-YB, mengapakah kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid tidak memikirkan untuk menaikkan "peruntukan untuk YB"?

Ada beza di antara kedua-duanya. Dengan kenaikan peruntukan YB di satu-satu DUN, rakyat setempat dapat menikmati hasil negeri Selangor tetapi dengan hanya menaikkan gaji YB, rakyat belum tentu dapat merasainya kerana ia adalah "hak milik peribadi" YB berkenaan.

Jika peruntukan untuk YB dinaikkan berapa banyak sekalipun, ia akan disambut dengan meriah oleh sekalian rakyat Selangor. Korupsi boleh berlaku? Ya, tetapi peruntukan sentiasa boleh diaudit untuk mempastikan ia tidak disalahgunakan.

Bukan GB menentang kenaikan gaji itu, tetapi kenaikan itu biarlah berpada-pada. Separuh dari kenaikan tersebut sepatutnya disalurkan kepada rakyat di dalam bentuk peruntukan YB.

Seperkara lagi, Selangor tidak perlulah mendabik dada kerana menjadi negeri terkaya dan rezab terbanyak dengan meningkatkan gaji begitu tinggi, kerana langkah tersebut amat menyusahkan Pakatan Rakyat di tempat lain untuk mempertahankannya. Di saat kita menentang pembaziran dan belanja besar kerajaan UMNO BN di peringkat pusat dan negeri, tiba-tiba Selangor pula tidak dapat menjadi contoh yang baik di dalam apa yang kita sebutkan "belanja berhemah".

Jawapan Tan Sri Khalid: "Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," terhadap saranan YB Azmin Ali supaya ditangguhkan dahulu kenaikan gaji itu agak dikesalkan. Nadanya kedengaran angkuh dan sombong.

Beringatlah, berapa banyak kerajaan yang kaya-raya akhirnya tumbang dan musnah kerana keangkuhan dan kesombongannya. Itu hukum kebenaran dan keadilan!
Anwar yang patut berubah, bukan Khalid
pada 28-11-2013 12:11 Ditulis Oleh Abu Hassan Adam
Post Pic

[ULASAN] Pengumuman kenaikan besar gaji Menteri Besar, Exco dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor lain semalam tidak seharusnya menjolok kritikan atau mengerdip rasa cemburu mana-mana pihak.

Keputusan yang diluluskan sebulat suara ahli-ahli Dewan itu sebenarnya bukanlah yang pertama dan lonjakan gaji paling besar. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak menikmati kenaikan tiga kali ganda gaji dan imbuhan asal, awal tahun ini.

Sudah tentu kenaikan ini sudah difikirkan masak-masak oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri semalam. Implikasi kenaikan gaji itu hanya tambahan belanja RM5 juta setahun.

Setakat ini Selangor dikhabarkan mempunyai rizab kewangan hampir RM3 bilion.

Sudah tentu juga perhitungan kenaikan itu bukanlah dibuat secara membuta tuli dan mendadak. Abdul Khalid teliti orangnya. Tentu langkah ini sudah lama masuk dalam perkiraannya sebelum diumumkan.

Kecermatan cara Abdul Khalid membuat keputusan dalam pengurusan kewangan, bagaimanapun sering disalahertikan. Malah ada yang menuduhnya “lembab” membuat keputusan serta lengah pula melaksanakan arahan.

Namun Abdul Khalid seorang pragmatik. Salah faham dan kritikan begitu adalah lumrah dalam dunia politik, katanya, walaupun beliau masih boleh dianggap “baru” berkecimpung di dalamnya.

Maka pengakuannya bahawa kini sudah agak terlewat baginya belajar cara untuk melaksanakan arahan dengan cepat seperti mana dihajatkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada kewajaran dan kebenarannya.

Pengakuannya itu jujur. Ini kerana beliau (terpaksa?) yakin Anwar membuat teguran itu dengan sepenuh kejujuran hati politiknya.

“Berbanding pemimpin lain, Abdul Khalid paling setia mendengar. Ada juga yang kita tegur, beliau tak dengar. Beliau adalah paling patuh, cuma paling lambat laksanakan,” kata Anwar.

Berucap dalam  Kongres Nasional Khas PKR 2013 Ahad lalu, Anwar berkata cara beliau menegur Khalid seharusnya dijadikan model bagi pemimpin Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah dan salah faham dalam gabungan itu.

“Saya tegur sebagai seorang sahabat. Saya tegur dengan memuji rekod baik kepimpinan beliau.
“Namun, saya juga tegur agar beliau dapat memperbaiki beberapa skru longgar sebelum ini. Ini cara kita menegur seorang sahabat,’ katanya.
Kepimpinan Anwar-Khalid macam langit dengan bumi 
Entah mengikut adab siapa dan ajaran agama apa, Anwar mahu mengajar orang lain menegur sahabat dengan menggunakan mikrofon dan pembesar suara di hadapan beribu-ribu hadirin.

Tidak sedarkah Anwar bahawa Abdul Khalid ialah seorang ahli korporat yang disegani dan digeruni oleh saingannya?

Khalid dan pasukan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) berjaya membuat sergapan korporat (dawn raid) untuk membawa pulang pemilikan dan hasil mahsul Guthrie Bhd daripada “jajahan” Britain ke Malaysia pada tahun 1980an dahulu.

Beliau adalah seorang pemikir yang tangkas dan sering dijadikan rujukan bukan sahaja dalam bab urusniaga korporat tetapi masalah sosio-ekonomi rakyat.

Bagaimanapun, reaksi Abdul Khalid terhadap teguran seorang sahabat bernama Anwar itu adalah menghibakan. Beliau secara tawadhu berkata sudah terlambat untuknya menukar caranya supaya cepat melaksanakan arahan-arahan Anwar Ibrahim.

Di celah-celah pengakuannya itu dapat dirasakan “kesedihannya” kerana air mukanya dijatuhkan di hadapan khalayak ramai. Memang benar Anwar memujinya dahulu sebelum menegurnya tetapi umum faham bahawa maksud Anwar itu ialah hendak mengatakan Abdul Khalid lembab.

Ini bukan kali pertama Anwar membuat teguran terhadap Abdul Khalid di khalayak ramai. Dalam forum terbuka beberapa bulan lalu, Anwar mengkritik rekod pengurusan kewangan Selangor yang menghimpun rizab berbilion ringgit tetapi nikmatnya tidak sampai kepada rakyat.

Ini menyerlahkan sedikit sisi politik Anwar Ibrahim. Pada kongres khas itu beliau mengingatkan ahli dan pemimpin parti supaya menyelesaikan salah faham melalui cara rundingan dalaman.

Katanya, jika konflik dalam parti didedahkan secara terbuka ia akan mengundang pihak musuh untuk mengambil kesempatan.

Anehnya, dengan nada berseloroh dan pada majlis yang sama Anwar melontarkan pandangan bahawa sahabatnya, Abdul Khalid Ibrahim ialah seorang ketua eksekutif yang lembab.

Mungkin benar tuduhan yang mengatakan bahawa politik Anwar adalah politik sesumpah yang boleh berubah warna menurut keadaan. Anwar mudah dirangsang oleh tepukan dan hiruk pikuk “mob psychology”.
Sarawak juga beri imbuhan kepada wakil rakyat 

Namun kini Selangor sebuah negeri maju sudah jatuh negeri kedua selepas Sarawak menyemak semula imbuhan yang diberikan kepada wakil-wakil rakyatnya. Apapun Abdul Khalid percaya tindakannya itu akan menjadi tonik ajaib untuk mereka meningkatkan khidmat kepada rakyat.

Kalau benar Abdul Khalid ini “lembab” melaksanakan arahan, sekurang-kurangnya kenaikan gaji yang kali terakhi dinaikkan pada tahun 2005 ini menunjukkan beliau tahu bagaimana hendak menjinakkan wakil-wakil rakyat yang kebelakangan ini “terikut-ikut’ rentak Anwar dengan mengemukakan pelbagai memorandum dan kritikan di belakangnya.

Dalilnya usul kenaikan gaji itu mendapat sokongan ahli-ahli Dewan sebulat suara. Ahli-ahli pembangkang tidak berfikir panjang dan tidak dapat menahan nafsu untuk menerima imbuhan khidmat yang lebih tinggi.

Cara Abdul Khalid mengurus Selangor berkesan. Dalilnya majoriti Pakatan Rakyat meningkat dalam pilihan raya lalu. Anwar mungkin menganggapnya lembab tetapi ia sekaligus dapat melemahkan pembangkang dari Umno, khususnya.

Namun cara Anwar tidak berubah iaitu “serang dan kritik” sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dan bergerak sederap dengannya. Setakat ini bukti dan rekod baik PKR pimpinan Anwar masih lagi Selangor.

Di Selangor, Abdul Khalid ialah Ketua Ekskutifnya, bukan Anwar. Mungkin sudah tiba masanya Anwar pula mendengar, meneliti dan mencontohi Abdul Khalid. Kepemimpinan bukan sentiasa berkesan dan bermakna dengan melepaskan marah di depan khalayak. Azmin Ali juga perlu ambil iktibar.

Reps increase own pay three-fold

Posted on May 22, 2013, Wednesday
HERE IT IS: Wong shows the Remuneration, Pensions and Gratuities Bill, 2013.
State ministers, elected reps get bumper hike in salaries after assembly approved new remuneration bill
KUCHING: The state’s ministers and assemblymen have approved a whopping 200 per cent raise for themselves and administrators of the state assembly yesterday.
Under the new remuneration scheme, the chief minister’s salary will increase from the present RM13,000 to RM39,000 per month while the pay of the deputy chief ministers jumps to RM35,000 from the current RM11,500.
Senior ministers will receive RM30,000 in monthly salary from the present RM9,000, while ministers will see an increment from RM9,000 to RM27,000. The salary of assistant ministers rises from RM7,000 to RM21,000.
The basic allowance for the members of the State Legislative Assembly (DUN) will increase from RM4,500 to RM15,000 while political secretaries will see an increase in allowance from RM3,000 to RM9,000.
In addition, DUN speaker will receive a salary increase equal to the senior minister while the deputy speaker will be on par with the assistant minister.
The new remuneration scheme, which will be back dated to January 1, 2012, was implemented after the Members of Administration and Members of Dewan Undangan Negeri (Remuneration, Pension and Gratuities) Bill, 2013 was passed without any objection at the DUN sitting here yesterday.
The new pay and allowances will increase the wage bill for the state assembly to RM17 million annually.
Second Finance Minister Dato Sri Wong Soon Koh who tabled the bill said the new ordinance seeks to repeal the Members of Administration and Members of Dewan Undangan Negeri (Remuneration, Pension and Gratuities) Ordinance 1980 which came into force on July 1, 1980.
The last review on the remuneration was done 21 years ago in 1992.
“It is considered necessary to introduce this Bill in order to provide updated and better provisions relating to the remuneration, pensions, gratuities, other allowances and benefits of Members of the Administration, the Speaker, Deputy Speaker and Members of the Dewan Undangan Negeri.
“The need to revise and amend the current amount, rates and terms and conditions of the monthly allowance, salary and such other allowances and benefits is to commensurate with their status and responsibilities in the
society, having regard to the current rate of inflation, standard of living and other relevant factors,” said Wong who is also a Senior Minister and Minister of Local Government and Community Development at the second reading during the tabling of the Bill.
Speaking to reporters after the sitting Wong justified the salary and allowance revision saying, “This is a big adjustment as it takes into consideration the rising cost of living as a result of inflation rates, averaging two to three per cent per annum and of course the ever increasing expectation of the rakyat (people) and the large territory of Sarawak which is as big as Peninsular Malaysia.
“These are very heavy responsibilities associated with the positions. This Bill is timely,” he told a press conference later on.
Wong added that the new scale was very much in line with their counterparts in the neighbouring countries. However, the new salaries for the state’s cabinet were still considered low when compared to counterparts in the more developed countries.
He cited Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong’s pay of RM5.27 million annually, despite a reduction of about 30 per cent salary as a result of the slide in popular votes for the ruling PAP party in the 2011 election, as an example.
“This means he (Lee) gets about RM439,000 per month whereas our chief minister only gets about RM39,000.”
Wong also disclosed that other states were in the process of revising their remuneration scales for their elected representatives too..
The Bill was seconded by Housing Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg and supported by Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-Pantai Damai), Abu Seman Jahwie (BN-Jemoreng), Abdullah Saidol (BN-Semop), Dr Annuar Rapa’ee (BN-Nangka), Baru Bian (PKR-Ba Kelalan) and Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa).
MB beritahu Azmin: Tak mahu tak apalah!

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kenaikan gaji yang agak besar untuk wakil rakyat negeri itu.

Beliau juga sekaligus menolak cadangan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali supaya menangguhkan dulu pelaksanaannya.

NONEBercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Khalid berkata langkah Dewan Undangan Negeri meluluskan kenaikan gaji itu adalah muktamad.

Khalid berkata Azmin boleh menderma tambahan gajinya itu kepada badan amal jika beliau tidak puas hati.

Katanya, jika Azmin tidak mahu menerima kenaikan gaji itu, itu hak individu untuk menolaknya.

"Jika (beliau) tak mahu, tak apalah," kata Khalid.




 
KUALA LUMPUR: Selebriti Wardina Safiyyah berkata, menyertai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) merupakan pengalaman berharga buat dirinya.

Baginya, mungkin ramai yang melihat ada lagi orang lain yang lebih layak daripadanya tetapi beliau juga ada kelebihan.

"Mungkin ramai yang melihat ada yang lebih layak daripada saya, tetapi saya sebenarnya juga ada kelebihan tersendiri yang dikurniakan oleh Allah SWT,” ujarnya dipetik Sinar Harian online.

Beliau adalah antara 29 individu yang dilantik sebagai ahli majlis MKPN yang bakal diwujudkan menjelang akhir tahun ini untuk memberi nasihat kepada kerajaan berhubung penyatuan nasional rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, berkata Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan beberapa siri dialog dan perbincangan meja bulat dengan beberapa pihak bagi mendapatkan input berhubung penubuhan majlis itu.

Wardina juga berharap pelantikannya itu tidak dipertikaikan.

“Terharu dan rendah hati dilantik sebagai ahli... let's work together for a better Malaysia!” tulis Wardina di facebooknya, kelmarin.
Muktamar PAS di Shah Alam pada hari kedua membahaskan ucapan dasar Presiden betajuk Rahmat Untuk Semua mengambil sempena kedatangan Rasulullah SAW sebagai nabi terakhir adalah membawa rahmat ke seluruh alam.

Sebaik berita Sultan Johor menitahkan di Muar bahawa Johor kembali cuti hari Jumaat semula, agenda Muktamar ditangguhkan bagi membawa satu usul tergempar.
    
Pesuruh Jaya PAS Johor, Dato Dr Mahfoz pun bertongkat ke pembesar suara mengemukakan usul menjujung kasih, menyembahkan tahniah, menyambut titah diraja mengembalikan cuti mingguan di Johor pada hari Jumaat setelah bertahun-tahun ditukar Tan Sri Muhyidin Yassin ke hari Ahad.
    
Muhyidin yang menjadi Menteri Besar Johor ketika itu mungkin tiada dasar tentang cuti hujung minggu itu. Dipercayai ia kemahuan Perdana Menteri Dr Mahathir yang sensistifnya kepada Islam dan Melayu agak nipis. Bukan saja Johor mengubah cuti dari Jumaat kepada Ahad, dua negeri di bawah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di zaman Inggenris dulu iaitu Terengganu dan Perlis, yang selama-lamanya cuti hari Jumaat juga digantikan dengan Ahad.
    
Kelantan yang diperintah PAS tidak dapat diubah, bahkan negeri Mahathir tidak mengubah hari cutinya. Mengapa? Kelantan mudah difahami kerana ia diperintah PAS. Tetapi Kedah  di bawah BN.
    
Dipercayai Sultan Kedah yang berkuasa atas agama Islam tidak sedia mengganti Jumaat dengan Ahad.
     
Tidak  dipastikan kerajaan Johor ada peranan menukar cuti mingguan itu. Kerajaan negeri tidak mungkin memandai-mandai menukar cutti mingguan itu tanpa restu kerajaan pusat. Kerajaan pusat yang selesa dengan cuti Ahad tentunya berfikiran kacau jika ia mahu Johor cuti Jumaat semula. Jika kerajaan pusat tidak bersedia, tiada sebab kerajaan negeri tiba-tiba menukarnya.
    
Adalah  dipercayai ia persetujuan dan kemahuan Sultan sendiri. Johor terkenal  tegas Islamnya lama sebelum datang Sir Stanford Raffles mebeli Singapura. Sekalipun Perak, Selangor, Negeri Sembilan  dan Pahang ikut Negeri Selatan cuti minggunya, Johor yang dekat dengan Singapura tidak ikut hari cuti Inggeris itu. Hanya setelah Mahaathir jadi  PM barulah Johor ikut cuti Kristian.
    
Sultan Johor nampaknya berani. Kalau Sultan Selangor menitahkan orang lain dari Islam jangan guna Tuhan Allah, dan Sulltan Brunei Darussalam menitahkan lima bulan lagi undang-undang Islam dikuatkuasakan  di Brunei, maka Sulltan Johor pula mahu cuti minggu dikembalikan hari Jumaat.
      
Apabila Sultan bertegas pada tempat yang betul tidak kerajaan berani angkat muka.
      
Perwakilan Muktamar PAS tanpa bahas, sekalian yang di stadium itu berdiri serentak bertakbir mensyabaskan titah Sultan Johor.
     
Bagaimana negeri lain? Selangor ditanya tentang perkara itu. Jawab Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, kerajaannya belum ada cadangan.
    
Memang ada masalah bagi kerajaan negeri untuk mengikut langkah Johor itu. Johor yang jadi begitu kerana Sultannya mahu begitu.
    
Ada pun Sultan negeri lain belum berfikir seperti Sultan Johor. Masing-masing sibuk dengan bola dan hoki. Tetapi kalau Sultan yanag lain itu mengikut keberanian Sultan Johor tiadalah Menteri Besar dapat membantah. Dan Perdana Menteri pun tidak berani campur tangan. Muhyidin Yassin yang menukar  cuti itu dulu tidak pula mempertahankannya.
    
Jika ia betul datang atas kemahuan Dr Mahahtir,  maka dia mula melihat apa yang diubahnya dulu balik seperti asal dalam masa hidupnya. Dia belum mati Johor tidak kekalkan cuti hari Ahad. Ikut Kelantan cuti Jumaat dan Sabtu.
Salam perkenalan kepada semua pembaca Harakahdaily.  Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke-59 baru melabuhkan tirainya pada petang 24hb November, 2013 di Stadium Malawati di Shah Alam.

Muktamar pada kali ini meriah dan kehadiran pengunjung juga ramai termasuk rakan-rakan media juga diluar jangkaan pihak penganjur mungkin kerana pada tahun ini dibuat di sekitar Lembah Kelang dan juga ada pemilihan kepimpinan.

Sebagai orang diamanahkan mengendalikan persiapan prasarana IT, pihak Jabatan IT PAS (JITP) sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik kepada pihak perwakilan dan juga media yang bertugas. Pihak kami juga berusaha dengan sebuah syarikat telekomunikasi terkenal untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan ‘Wifi’ disekitar stadium tersebut secara sementara untuk tempoh muktamar ke-59 tersebut. 

Agak mendukacitakan, disaat-saat akhir muktamar ke-59 hendak bermula syarikat telekomunikasi tersebut menarik diri dan pihak kami tidak sempat untuk berunding dengan syarikat telekomunikasi lain pada masa tersebut.

Ada kita orang Melayu, kerbau di pegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Mengikut persetujuan awal secara lisan, syarikat tersebut pada mulanya bersetuju dengan syarat diberikan secara ekslusif kepada pihaknya sahaja tanpa ada syarikat telekomunikasi lain. 
Disebabkan signal telekomunikasi yang lemah didalam dan luar stadium, pihak kami telah memasukkan 20MB Unifi daripada Telekom Malaysia dan membuat pendawaian dalaman sementara untuk membekalkan perkhidmatan internet bagi kegunaan Jabatan IT PAS bagi ‘live streaming’ dan lain-lain perkhidmatan IT semasa muktamar serta pihak media yang lebih daripada mencukupi untuk menapung keperluan tersebut. 

Apa yang saya nak sebutkan di sini, Selangor negeri maju yang mendendangkan kempen ‘Wifi Selangorku’ tetapi prasarana wifi Selangorku tersebut tidak ada disekitar stadium Malawati,. Diluar jangkaan kami kami tak ada ‘wifi Selangorku’ disitu.

Kami minta pihak kerajaan Selangor melihat kembali kenapa tak boleh diadakan ‘wifi Selangorku’ disekitar stadium, tempat orang muda berkunjung untuk sukan dan sebagainya kerana kerajaan Selangor difahamkan mengidamkan Selangor menjadi negeri pertama mempunyai Wifi percuma ke seluruh pelusuk negerinya tetapi di Shah Alam, ibu negeri pun tak selesai lagi.

Kita tinggalkan dulu kisah persediaan IT semasa muktamar ke-59 baru-baru ini. Kita fokus pula apa yang hendak dibuat oleh Jabatan IT PAS (PAS) bagi penggal yang baru ini. Sebagai Pengarah Jabatan IT PAS, saya telah menggariskan lima (5) misi baru untuk memperkasakan IT pada sesi 2013/2015 akan datang ini;

Pertama; meneruskan perancangan strategik lima (5) Tahun IT dan Media Baru PAS pada tahap ketiga setelah‘blue print’  dimulakan  sejak tahun 2001 yang digariskan dalam ISP (Perancangan Strategik IT) JITP3.0 2011-2015 yang meliputi Sistem Aplikasi, Infastruktur dan Infostruktur serta Pembangunan Organisasi/Sumber Manusia secara terancang dan bersepadu di semua peringkat meliputi pusat, negeri, kawasan/MTD dan dewan-dewan.

Kedua; Mendokong pendekatan pembudayaan IT ‘ikut trend’ semasa teknologi terkini dalam membangunkan Sistem Aplikasi, Infastruktur dan Infostruktur serta Pembangunan Organisasi/ Sumber Manusia bagi membolehkan PAS terus berada dihadapan dalam bidang ICT dan Media Baru melalui kursus dan latihan dengan mewujudkan Makmal IT (MIT) dan Akademi Latihan IT (ALIT) untuk melatih pimpinan, kakitangan pejabat dan penggerak serta petugas sukarelawan IT (volunteers) secara profesional.

Ketiga; Berusaha menyelesaikan masalah perkhidmatan ICT dan pengurusan maklumat di’hujung jari’ yang diberikan berkualiti dan memenuhi syarat-syarat CIA, iaitu Confidentiality (keselamatan dan kerahsiaan data dan maklumat), Integriti (ketelusan, ketepatan data dan maklumat) dan Availability (ketersediaan data dan maklumat yang diperlukan dengan cepat dan luas).

Keempat;  Mempertingkatkan program penerangan berkonsepkan, “Meng’IT’kan Penerangan, Mem’Penerangan’kan IT” dengan komunikasi maya atau siber melalui komuniti IT dan ePAS (komITeP) seperti radio dan tv internet PAS serta media baru seperti FB, Twitter, blog, aplikasi touch n get yang dilancarkan pada muktamar tahun lepas dan sebagainya bagi memastikan penyaluran maklumat yang  cepat dan tepat disamping membudayakan keselamatan data dan kerahsiaan maklumat parti dikalangan pemimpin dan penggerak PAS di semua peringkat.

Kelima; Berusaha mempertingkatkan program ‘pemutihan’ keahlian PAS dalam SPOKAS (Sistem Pengurusan Organisasi dan Keahlian PAS) dan  mengkaji semula keberkesanan kemaskini data keahlian supaya kemasukkan (key-in)  data dan maklumat  ahli boleh dibuat diperingkat negeri atau kawasan melalui konsep decentralize dan membangunkan Sistem Informasi Strategik Kajian Awal Pilihanraya (SISKAP) di samping mengemaskini dan mempertingkatkan fungsi Sistem Semakan Daftar Pemilih (SSDP) dan  Sistem Informasi Sepadu Pemilih, Penduduk dan Organisasi (SisPRO) yang telah dibangunkan oleh Jabatan IT PAS (JITP) secara inhouse sebelum ini.

Perlaksanaan 5 misi tersebut akan mengambil kira perkembangan teknologi terkini seperti teknologi mobil, Cloud Computing dan Big Data yang bakal terus memperkasa dan memantapkan gerakerja PAS melalui penggunaan IT.

Adalah diharapkan pertimbangan harus diberikan oleh bukan sahaja ahli tetapi juga  pemimpin PAS dalam memartabatkan IT dalam gerakerja PAS bukan sahaja dalam pentadbiran, penerangan dan pilihan raya tetapi selepas ini meliputi bidang-bidang yang lain seperti pendidikan, pertanian dan sebagainya.

Terimakasih kepada Harakah kerana memberikan ruang kepada saya berkongsi pengalaman dalam kolum Gerbang IT yang baru diadakan ini.
Soalan;
Semasa bermusafir, seseorang berniat untuk solat jamak takhir walaupun dia mampu untuk berhenti dan solat biasa atau jamak taqdim. Ditakdirkan berlaku kemalangan dan meninggal dunia, bagaimanakah kedudukannya? Adakah dikira berdosa kerana meninggalkan solat dengan sengaja?

Jawapan;
Apabila seseorang sudah berniat ingin solat jamak takhir sekalipun dia mampu berhenti, maka apa yang terjadi padanya sama ada kemalangan atau meninggal dunia, maka dia dikira tidak berdosa.


Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim, maksudnya:

Daripada Ibn Abbas RA, RasululLah SAW ketika menceritakan tentang kemuliaan Tuhannya, baginda bersabda; Sesungguhnya Allah menulis kebaikan dan keburukan, kemudian baginda menjelaskan, sesiapa berniat melakukan kebaikan tetapi dia tidak melakukannya maka Allah telah pun menulis baginya satu pahala, dan jika dia berniat melakukan kebaikan serta melakukannya maka Allah menulis disisi-Nya pahala 10 hingga 700 kali ganda bahkan lebih banyak. Dan jika dia berniat melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya maka Allah mencatat disisi-Nya satu pahala. Dan jika dia berniat melakukan kejahatan lalu melaksanakannya AlLah mencatat (hanya) satu dosa.
SHAH ALAM: Kenaikan gaji Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) terlalu tinggi dan tidak relevan di saat rakyat sedang menghadapi pelbagai tekanan hidup akibat kenaikan harga barang.

Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menegaskan, kerajaan Selangor sepatutnya memikirkan keperluan rakyat terlebih dahulu kerana masih ramai rakyat hidup di bawah paras kemiskinan.

"Kenaikan gaji itu boleh dilakukan tetapi tidak wajar dinaikkan sehingga ke tahap yang tidak munasabah," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, kenaikan gaji Timbalan Speaker sebanyak 300 peratus iaitu daripada RM3,327.50 kepada RM15,570 sedangkan jawatan itu tidak berkhidmat secara langsung terhadap rakyat. 

Katanya, lebih elok jika duit kenaikan itu disalurkan kepada pembangunan ekonomi membantu ibu-ibu tunggal dan rakyat miskin serta boleh menurunkan indeks kemiskinan rakyat Selangor.

Beliau berkata, berbanding jawatan Ketua Kampung yang melakukan kerja hampir sepenuh masa menyelesaikan masalah rakyat tetapi hanya diberi elaun sebanyak RM800.

"Elaun Ketua kampung amat tidak sesuai dengan keadaan sekarang dengan pelaksanaan GST. Sepatutnya mereka ini yang diberi keutamaan kenaikan gaji," tegasnya.

Tambah beliau, kenaikan gaji Exco pula meningkat 231 peratus iaitu daripada  RM6,109.29 bakal meningkat kepada RM20,250 dan mereka juga mendapat elaun tambahan.

"Sepatutnya Menteri Besar membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengumumkan kenaikan gaji," tegasnya.

Beliau berharap dengan kenaikan gaji bermula tahun hadapan, semua Exco dan Adun perlu melipat gandakan kerja berkhidmat untuk rakyat bukan melakukan kerja dengan tahap yang sama.

"Saya harap motivasi kerja lebih kuat. Semua Adun dan Exco juga perlu ingat mereka menang dan berada di atas disebabkan pengorbanan dan sokongan daripada ahli atau aktivits parti, bukan atas kehebatan masing-masing," katanya.

Gaji Menteri Besar berjumlah RM14,175.15 bakal meningkat kepada RM29,250 iaitu pada kadar 106.4 peratus, Speaker Dewan (RM6,109.29 meningkat 268 peratus kepada RM22,500).

Melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan itu, saraan bagi setiap Adun mengikut Seksyen 3 juga dipinda, daripada RM6,000 kepada RM11,250 atau kenaikan 87.5 peratus.
NEW YORK: Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal sebagai fitnah dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial.
   
Adila Hussin McGhee, 43, berkata: "Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w.
   
"Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang," katanya.
   
Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat.
   
Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi “cerita dari hati” bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.
   
Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga Amerika, dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond.

Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian.
   
“Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu.
   
"Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja," kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC.
   
Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang 'termakan' dengan kandungan artikel berkenaan.  
   
“Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa.

"Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan,” kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya.
   
Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalahertikan.
   
"Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya.
   
"Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya," katanya.
   
Beliau telah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ.

Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia.
   
“Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain.
   
"Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam.
   
“Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat, dan boleh memandu,” katanya.
   
Adila dan suaminya F. McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya.

Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain.
   
Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon.
   
“Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa,” ujar Adila. - Bernama
KOTA KINABALU: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa hanya lapan pemimpin PKR yang keluar daripada parti itu.
   
Beliau berkata tiga daripada mereka adalah ketua cabang dari Kinabatangan, Kota Marudu dan Silam.
   
"Sementara selebihnya adalah terdiri daripada pemangku, naib ketua dan ahli-ahli biasa manakala Cabang Beluran masih belum mendapat kepastian," katanya pada sidang media di Bangunan PKR di sini, semalam.
   
Lajim memaklumkan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan mereka yang keluar dan menyokong Barisan Nasional (BN) sehingga petang ini.
   
Beliau berkata parti di peringkat negeri akan mengesyorkan kepada presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat keahlian mereka.
   
Kelmarin, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 pemimpin cabang PKR Sabah keluar parti dan menyatakan sokongan terhadap BN.
   
Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.  - Bernama
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa United Kingdom hari ini mengesahkan status wanita yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London adalah warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab dan bertarikh lahir 27 Mei 1944.
   
Menurut Kementerian Luar memandangkan kes itu masih di peringkat siasatan, akses bagi mendapatkan maklumat lanjut adalah terhad dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data 1998 di bawah undang-undang tempatan United Kingdom.
   
Pihak berkuasa tempatan masih belum memberikan akses terus kepada mangsa setakat ini.
   
"Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) akan menghulurkan kerjasama sepenuhnya kepada pihak-pihak terlibat dalam membantu urusan penyiasatan," kata Kementerian Luar dalam kenyataan di sini.
   
Kementerian Luar melalui STM di London memantau rapi status wanita itu yang sebelum ini dijadikan hamba selama 30 tahun di Selatan London.

Kenyataan itu menyebut STM juga akan mengambil langkah susulan bagi menentukan status mangsa tersebut dari segi undang-undang.
   
"Sekiranya beliau secara tidak disedari telah kehilangan kewarganegaraan Malaysia serta tidak mempunyai sebarang kerakyatan dalam tempoh 30 tahun yang lalu di bawah keadaan daif, STM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain bagi mengembalikan semula kerakyatan beliau.
   
"Bantuan konsular selanjutnya akan dihulurkan kepada mangsa dan ahli keluarga, sebagaimana sesuai dan perlu," kata Kementerian Luar.
   
Sabtu lepas, media melaporkan wanita berusia 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan daripada perhambaan pada 25 Okt lepas di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.
   
Aishah yang sebelum ini dikenali dengan nama Siti Aisyah, berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.
   
Namun, ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya.
   
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan identiti wanita itu sebagai Siti Aishah Abdul Wahab dan merupakan individu yang dikehendaki pada 1970-an di negara ini kerana aktiviti berhaluan kiri. - Bernama

Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah

Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah
Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”
Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?"
Maka jawab ayahnya: "Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga." Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda." Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.



Ketokohanmu, Umar Abdul Aziz

Assalamu'alaikum wbt.

Sudah lama rasanya tidak mencoret di kanvas hijau ini. Alhamdulillah sudah masuk minggu kedua pengajian semester musim bunga 2013. Officially sudah bergelar pelajar tahun akhir. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Okey. Kembali kepada topik asal. Pernah dengar nama Umar Abdul Aziz? Saya percaya pasti anda pernah mendengar nama ini. Paling tidak pun pernah mendengarnya sewaktu belajar subjek Sejarah di sekolah menengah. 
Siapakah Umar Abdul Aziz ini? Nama beliau ialah Umar Bin Abdul Aziz. Ayahnya bernama Abdul Aziz Bin Marwan manakala ibunya ialah Laila Binti 'Asim. Beliau merupakan khalifah pada zaman Umayyah.
Aha. Pernah tak dengar kisah gadis bersama ibunya yang enggan mencampurkan susu dengan air? Pada ketika itu Saidina Umar al-Khattab sedang membuat penyamaran dan terdengar perbualan ibu dan anak ini. Kisah ini amat popular saya kira. 
Gadis ini telah dinikahkan oleh Umar Al-Khattab dengan anak lelakinya yang bernama 'Asim. Daripada perkahwinan inilah lahirnya ibu kepada Umar Bin Abdul Aziz ini iaitu Laila Bin 'Asim. 
Harapan Umar Al-Khattab sewaktu mengahwinkan anaknya dengan gadis yang jujur itu amatlah besar. Katanya, "Semoga lahir dari keturunan gadis ini bakal pemimpin yang hebat kelak yang akan memimpin orang-orang Arab dan Ajam." 
Penyatuan Abdul Aziz Bin Marwan dan Laila Binti 'Asim ini melahirkan seorang Umar Bin Abdul Aziz. Beliau merupakan cicit kepada Umar al-Khattab. 
Walaupun ayahnya orang Mesir, khalifah Umar Bin Abdul Aziz ini membesar di Kota Madinah. Beliau diasuh oleh Abdullah Bin Umar Al-Khattab; abang kepada  'Asim. Beliau juga diasuh oleh para sahabat Rasulullah seperti Anas Bin Malik, Abdullah Bin Mas'ud dan Abdullah Bin Jaafar Bin Abu Talib. 
Ketika kecil, Umar Abdul Aziz sudah menghafal Al-Quran. Beliau juga menguasai banyak ilmu syariah. Diperkatakan bahawa solatnya persis solat Rasulullah SAW. 
Ketokohan yang dimiliki oleh Umar Abdul Aziz membuatkannya dilantik menjadi gabenor pada usia 25 tahun. Kemudiannya beliau dilantik menjadi khalifah ketika berumur 37 tahun. Hebat bukan sosok seorang Umar Abdul Aziz ini? Beliau telah pun diberi kepercayan memimpin umat Islam ketika usia yang muda. 
Ada satu keistimewaan yang menarik minat saya mengenai Umar Abdul Aziz ini. Beliau merupakan seorang yang paling banyak menangis kerana takutkan balasan api neraka ALLAH. 
Umar Abdul Aziz menangis saat membaca ayat ke-12 hingga 14 surah Al-Furqan yang bermaksud, "Apabila ia (neraka) melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka mendengar suaranya yang gemuruh kerana marahnya. Dan apabila mereka dilemparkan ke tempat yang sempit di neraka dengan dibelenggu, mereka di sana berteriak mengharapkan kebinasaan. (Akan dikatakan kepada mereka), "Janganlah kamu mengharapkan pada hari ini satu kebinasaan, melainkan harapkanlah kebinasaan yang berulang-ulang."
Sewaktu di rumah pun beliau menangis kerana takutkan api neraka. Sehinggakan anaknya, Abdul Malik datang bertanyakan kenapakah beliau menangis. Beliau menjawab, "Duhai anakku, ayah takutkan balasan ALLAH seandainya ayah menjadi pemimpin yang tidak adil."
Padahal, jika kita menelusuri rekod sepanjang 7 tahun pemerintahan Umar Abdul Aziz di Madinah, tidak ada langsung rungutan mahupun aduan daripada penduduk Madinah. Sehinggakan pada akhir Umar Abdul Aziz menjadi khalifah, tidak ada seorang pun yang berhak menerima zakat. Beliau juga mengembalikan harta-harta yang dirampas oleh khalifah terdahulu kepada pemiliknya. Bahkan, beliau meminta isterinya menyerahkan barang-barang perhiasan kepada baitul mal untuk diagihkan kepada penduduk yang lebih memerlukan. Betapa mulianya insan yang bergelar Umar Abdul Aziz ini.
Banyak sebenarnya yang kita boleh belajar mengenai ketokohan Umar Abdul Aziz ini. Antaranya ialah berkenaan ketaatan beliau kepada Yang Khaliq. Ketaatan itu membuatkan beliau merasa setiap perbuatannya dilihat oleh ALLAH. Jadi, bagaimana mungkin beliau mampu melakukan sesuatu yang tidak diredhai ALLAH? Kerana setiap gerak gerinya sentiasa di bawah pengawasan Yang Maha Melihat.
Okey. Setakat itu dahulu. Bersama kita mencontohi keperibadian khalifah Umar Abdul Aziz ini. Seorang hamba yang taat. Seorang pemimpin yang adil. Seorang anak didik yang gigih menuntut ilmu. Seorang anak yang soleh dan musleh. 

Khalifah Umar Abdul Aziz Hidup Sederhana

Khalifah Umar Abdul Aziz Hidup Sederhana
Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz berpidato di hadapan kaum muslimin. Sebagaimana biasa, pidato beliau sangat menarik dan memikat para pendengar. Akan tetapi pada kali ini, selain daripada kandungan pidatonya, gerak-gerik Khalifah pun turut menjadi perhatian. Khalifah sering memegang dan mengibas-ngibaskan bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan sesekali di sebelah kiri. Dengan demikian orang ramai menyadari bahawa gerakan tangan Khalifah tidak ada hubungannya dengan kandungan pidato.
Setelah Khalifah turun daripada tempat berpidato, mereka saling bertanya dan akhirnya diketahui rahsianya. Dikatakan bahwa baju yang dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum kering. Karena tidak ada baju lagi, maka baju itu dipakainya juga. karena itu beliau selalu mengerak-gerakkan bajunya ketika berpidato agar cepat kering.
Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah kotor. Muslimah Abdul Aziz kakak Fatimah Abul Malik datang menemui adiknya dan melihat Khalifah yang sedang sakit. "Fatimah, basuhlah pakaian Khalifah itu. Sebentar lagi orang ramai akan masuk menemuinya", tegur Muslimah. "Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang dipakai itu", jawab Fatimah.
Seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelimang dengan tanah kerana memperbaiki rumahnya. Perempuan itu bertanya lagi dan ketika mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri Khalifah, dia terkejut luar biasa. Kerena mana ada seorang permaisuri raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayani, sehingga tamu itu merasa suka dan tenang hatinya. "Mengapa puan tidak menutup diri daripada lelaki tukang keruk pasir itu?" tanya perempuan Mesir itu. "Tukang keruk pasir itulah Amirul Mukminin" jawab Fatimah sambil tersenyum.
Sekali lagi tamu itu terkejut dan beristighfar. Khalifah Umar tidak mempunyai pelayan kecuali seorang anak-anak lelaki. Dialah satu-satunya khadam dalam istana Umar. Fatimah memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan. "Kacang..kacang...setiap hari kacang," kata si pelayan merungut. "Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda," kata Fatimah.
Diceritakan bahawa seorang lelaki dan isterinya di Syam telah merelakan anaknya ikut berperang di jalan Allah dan menemu syahid di medang perang. Beberapa masa kemudian dia melihat seorang lelaki dengan menunggang kuda menuju kearahnya. Setelah diperhatikan, ternyata pemuda itu seiras anaknya yang telah meninggal dunia. "Hai, coba kamu lihat pemuda yang berkuda itu, seperti anak kitakan?" kata lelaki itu kepada isterinya. "Semoga Allah merahmati engkau. Janganlah tertipu oleh syaitan. Anak kita sudah syahid, bagaimana bisa menunggang kuda seperti itu?" kata isterinya.
Sementara suami isteri itu memperhatikan dengan betul, tiba-tiba pemuda menunggang kuda itu telah berada di hadapannya. "Assalamualaikum." kata penunggang kuda. "Waalikumsalam," jawab kedua-dua suami isteri itu. Ternyata dia memang anaknya, maka terkejutlah kedua ibu bapa itu sambil segera memeluknya. Mereka gembira luar biasa bercampur heran. "Ayah, ibu tetap saja di situ," kata pemuda itu menegur. "Saya bukan seperti ayah dan ibu lagi, demikian juga ayah dan ibu bukan seperti saya. Saya datang pun bukan untuk pulang kepada ayah dan ibu." Kedua ibu bapa faham akan maksud anaknya, mereka pun diam. Kemudian anak itu menerangkan bahawa kedatangannya bukan sengaja. "Sebenarnya aku datang bukan untuk mengunjungi ayah dan ibu, tetapi hanya mengambil kesempatan saja dalam keperluan lain. Yaitu Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz telah wafat. Golongan syuhada minta izin kepada Allah untuk hadir dalam pengurusan janazahnya. Allah memperkenankan permintaan mereka dan saya termasuk di antaranya." Kemudian dia bertanya keadaan kedua ibu bapanya, menghormatinya dan menjanjikan kebaikan daripada Allah. Setelah itu dia mendoakan ibu bapanya memberi salam lalu pergi. Dengan itu penduduk kampung mengetahui bahawa khalifah mereka, Umar Abdul Aziz telah wafat.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz jadikan rakyatnya semua kaya, tiada miskin

| | |
Nama sebenar beliau ialah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam, lahir pada tahun 63H (682M) dan meninggal dunia pada 101H (720M). Beliau adalah pemimpin @ khalifah kepada Bani Umaiyyah yang ke 6, dan telah memerintah selama 2 tahun 5 bulan.
Ayahnya adalah Abdul-Aziz bin Marwan, gabenor Mesir dan adik kepada Khalifah Abdul Malik. Ibunya adalah Ummu Asim binti Asim. Umar adalah cicit kepada Khulafa Ar-Rasyidin kedua Umar bin Khattab.
Umar bin Abdul Aziz dibesarkan di Madinah dengan bimbingan Ibnu Umar, iaitu salah seorang sahabat nabi yang paling banyak meriwayat hadis. Umar telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi serta bergaul dengan para pemuka ahli feqah dan ulama. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka seperti Imam Malik bin Anas, Urwah bin Zubair, Abdullah bin Jaafar, Yusuf bin Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah binti Abdul Malik (sepupunya).
Sifat-Sifat Peribadi
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar bin Al-Khattab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehidupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.
Umar bin Abdul Aziz Sebagai Khalifah
Beliau dibai'ah / dilantik menjadi Khalifah pada tahun 98H (717M) setelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik atas wasiat khalifah tersebut. Padahal sebenarnya dia tidak mahukan jawatan itu.
Oleh kerana itu dia mengumpulkan orang-orang di masjid untuk solat berjamaah lalu berpidato. Setelah menyampaikan pujian kepada Allah dan bersalawat kepada Nabi, dalam pidatonya dia mengatakan,
“Wahai manusia! Saya telah diuji untuk menjalankan tugas ini tanpa diminta pendapat, permintaan dari saya, atau musyawarah kaum Muslimin. Maka sekarang ini saya membatalkan bai'ah yang kalian berikan kepada diri saya dan untuk selanjutnya pilihlah khalifah yang kalian suka!”
Tetapi orang-orang yang hadir dengan serempak mengatakan, “Kami telah memilih engkau wahai Amirul Mukminin. Perintah lah kami dengan kebahagiaan dan keberkatan!”
Setelah itu dia lalu menyuruh semua orang untuk bertakwa, untuk tidak menyukai dunia dan menyukai akhirat, kemudian berkata, “Wahai manusia! Barang siapa mentaati Allah, wajib ditaati, siapa yang mendurhakai-Nya tidak boleh ditaati oleh seorang pun. Wahai manusia! Taatilah saya selama saya mentaati Allah dalam memerintahmu dan jika saya mendurhakai-Nya tidak ada seorang pun yang boleh mentaati saya.” Lalu dia turun dari mimbar.
Kenyataan Khalifah Abdul Aziz yang terakhir di atas iaitu agar taat kepadanya selagi dia taat pada Allah, dan jangan taat padanya jika dia tidak taat kepada Allah, adalah sama sepertimana yang diucapkan oleh Saidina Abu Bakar ketika beliau dilantik menjadi khalifah. Kata-kata Saidina Abu Bakar seperti berikut;
".....Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhi keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku......" (Al Bidayah Wan Nihayah - Imam Ibnu Katsir, mengatakan sanadnya adalah sahih).
Maka kita tanya diri kita sekarang, adakah kerajaan dalam negara kita sekarang ini mematuhi Allah? Sedangkan Hukum Hudud yang wajib dan diperintahkan di dalam AlQuran pun satu habuk kita tidak laksanakan.


Hari kedua dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad s.a.w dan tiada kitab selepas alQuran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah”

Beliau kemudian duduk dan menangis "Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku" sambung Umar Ibn Abdul Aziz.

Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Beliau menjawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ (orang-orang fakir) kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah s.a.w." Isterinya juga turut mengalirkan air mata.
Setelah mengambil-alih tampuk pemerintahan, Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem feudal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1) Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali bin Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) Merampas kembali harta-harta yang disalah-gunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalah-gunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
Selain daripada itu, beliau amat mengambil-berat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
Beliau juga amat menitik-beratkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjamaah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad bin Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Rasulullah s.a.w.
Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikiawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Suryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.
Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab, yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.
Hari-hari terakhir Umar bin Abdul Aziz

Ketika menjelang sakaratul mautnya, umat Islam datang berziarah melihat kedhaifan hidup khalifah sehingga ditegur oleh menteri kepada isterinya, "Gantilah baju khalifah itu", dibalas isterinya, "Itu saja pakaian yang khalifah miliki".

Apabila beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau mau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?”

Umar Abdul Aziz menjawab: "Apa yang ingin kuwasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa."

"Mengapa engkau tinggalkan anak-anakmu dalam keadaan tidak memiliki?"

"Jika anak-anakku orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak mahu meninggalkan hartaku di tangan orang yang mendurhakai Allah lalu menggunakan hartaku untuk mendurhakai Allah."

Pada waktu lain, Umar bin Abdul Aziz memanggil semua anaknya dan berkata: "Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama: menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka, kedua: kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam syurga (kerana tidak menggunakan wang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah memilih syurga." (beliau tidak berkata : aku telah memilih kamu susah)

Anak-anaknya ditinggalkan tidak berharta dibandingkan anak-anak gabenor lain yang kaya. Setelah kejatuhan Bani Umayyah dan masa-masa selepasnya, keturunan Umar bin Abdul Aziz adalah golongan yang kaya berkat doa dan tawakkal Umar bin Abdul Aziz.

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan. Menurut riwayat, beliau meninggal kerana dibunuh (diracun) oleh pembantunya.
2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan, tetapi Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri.
Semua ini adalah jasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini. Hanya dalam masa 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredhai Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman. satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang yang benar-benar ikhlas!
Kesimpulan
Marilah sama-sama kita berusaha untuk melantik Perdana Menteri yang berjiwa seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz, yang mana tidak KEDUNIAAN , ZUHUD serta TAWADHU'. Dan membahagikan kekayaan negara sama rata di kalangan rakyat. Adakah anda rasa itu mustahil? Tidak sama sekali sebenarnya. Janji ada kehendak, doa dan usaha, kemudian tawakkal pada Allah s.w.t.
Sedangkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz boleh lakukan di zamannya, mengembalikan kegemilangan zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, apa lagi kita di zaman sekarang yang penuh kemudahan dan teknologi. Yang menjadi masalah ialah semangat dan keyakinan kita saja yang kurang. Adakah kita hanya mahu menjadi PEMBACA kepada kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz tanpa mahu mengambil iktibar dan cuba lakukan sedemikian juga?
Ingatlah, jika kekayaan dibahagi sama rata, maka tidak akan wujud hasad dengki, rompakan, curi, ragut, pecah rumah, bunuh-membunuh kerana harta dan seumpamanya. Tidakkah anda nampak itu aman seamannya? Dan kepada golongan kaya raya yang makin mahu menambah kekayaan, untuk apa kamu mahu bertambah kaya lagi? Untuk menunjuk-nunjuk hebat di dunia yang sementara ini? Adakah kamu boleh hidup selamanya di atas dunia ini? Berapa tahun sangat umur kamu dapat bertahan? Sedarlah dan jelirlah kepada bisikan-bisikan syaitan yang menghasut nafsu kita agar tidak pernah puas dengan kekayaan yang sedia ada.
Buat apa kaya-raya sedangkan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan? Bimbang harta dirompak, diragut, dirampas, anak kena culik, isteri kena culik, dikhianat dan sebagainya.
Jika kita teruskan dengan konsep dan kaedah yang ada sekarang ini, maka orang kaya akan terus bertambah kaya, dan yang miskin akan tersepit dan makin terkepit. Dan apabila disebut agar berusaha agar rakyat sama kaya semuanya, akan ada lah mulut-mulut 'mengada' yang mengatakan "tu nak suruh rakyat agar malas berusaha lah tu". Atau pun "ini nak suruh kerajaan beri subsidi selalu lah ni". Orang yang cakap begitu biasanya hanya fikir tentang 'perut' sendiri tetapi tidak menghayati dan memahami kesusahan yang dialami oleh saudara-saudara kita yang miskin dan susah di luar sana.
“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.” (Hadith Riwayat Bukhari)
Sedarlah, tidak semestinya semua usaha lebih dan rajin itu akan menjadi kan seseorang itu KAYA. Kadang-kadang, orang yang berusaha lebih, dia tetap miskin. Kadang-kadang orang berusaha sikit saja, tapi dia dah jadi kaya raya. Adakalanya orang-orang bawahan dia yang penat lelah mengkayakan dia.
Sedarlah, kekayaan dan kemiskinan itu adalah REZEKI dan UJIAN dari Allah s.w.t. Dia mahu uji dan tengok kita setakat mana kesabaran dan ketahanan kita digoda oleh harta benda. Hinggakan ada kalanya manusia merasakan harta benda itu dia sendiri yang punya, hingga langsung tidak sedar banyaknya AMANAH yang ada dalam hartanya yang nanti akan dipersoalkan di Hari Kiamat kelak.
“Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang kerananya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur, dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya, dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-Hadid : Ayat 20)
Sama-sama lah kita fikirkan dan guna akal yang Allah Ta'ala bagi ini dengan sebaik mungkin. Dan sedarlah, kita ini sudah sekian lama ditipu oleh PENJAJAH dan sampai sekarang pun masih pakai Undang-undang penjajah dan ikut telunjuk penjajah.
Rujukan:
1 - tayibah.com
2 - Abdurrahman, Jamal (dalam bahasa Indonesia). Keagungan Generasi Salaf (disertai kisah-kisahnya). Darus Sunnah.
3 - Jalaluddin Suyuthi - Tarikh al-Khulafa (Sejarah Para Khalifah).

Kisah Umar Abdul Aziz: Adakah Masih Relevan?

Beberapa bulan yang lalu saya telah memetik Kisah Umar Abdul Aziz dan Anaknya untuk dikongsi bersama dan menjemput komen serta pandangan dari pengunjung sekalian. Saya berjanji akan mengemukakan pandangan saya berhubung kisah ini tetapi tidak sempat untuk melakukannya, sehinggalah sekarang.

Sememangnya apa yang perlu kita fahami ialah bahawa Allah bukan sahaja menurunkan kepada kita wahyu berhubung cara hidup yang wajib kita ikuti supaya selamat di dunia dan di akhirat, tetapi telah juga menunjukkan kepada kita cara bagaimana ianya perlu diperjuangkan sehingga masyarakat yang jahilliyah bertukar menjadi masyarakat yang berdiri tegak atas dasar Islam. Cara bagaimana ianya perlu diperjuangkan telah dizahirkan secara praktiknya oleh Rasulullah (SAW) selama 23 tahun bermula dari turunnya wahyu yang pertama sehingga wahyu yang terakhir. Oleh itu, sirah Rasulullah (SAW) akan sentiasa menjadi panduan dan pedoman setiap pejuang Islam.

Penurunan ayat-ayat Al-Quran secara berperingkat, mengikut keperluan dan perkembangan masyarakat Islam, merupakan hujjah yang kukuh bahawa masyarakat perlu dididik dan pemikirannya dibentuk supaya bersedia untuk menerima perubahan-perubahan yang dibawa oleh Islam. Perubahan tidak mungkin diterima sekiranya didatangkan secara mendadak tanpa terlebih dahulu menyediakan masyarakat melalui hujjah dan penjelasan ataupun contoh praktikal. Kefahaman yang sebegini berhubung psikologi manusia dan ilmu kemasyarakatan tidak mungkin wujud pada zaman Rasulullah (SAW) dan oleh itu ianya merupakan satu lagi bukti bahawa Islam adalah dari Allah.

Ketinggian ilmu kemasyarakatan dan kefahaman psikologi manusia yang dimaksudkan jelas juga terbukti dalam peristiwa pengharaman minuman keras. Kaedah dan prinsipnya dimanfaatkan oleh pemimpin-pemimpin Islam seperti Umar Abdul Aziz. Ayat-ayat berhubung minuman keras diturunkan selepas Hijrah dan mengambil bentuk nasihat dalam dua ayat yang pertama dan pengharaman pada ayat yang ketiganya. Pengharaman secara berperingkat ini dilakukan bukan terhadap golongan manusia yang masih ragu-ragu terhadap Islam tetapi sebaliknya terhadap yang telah mengorbankan segala-galanya (Muhajirin) dan yang telah berjanji untuk mengorbankan bukan sekadar harta-benda tetapi juga jiwa raga untuk Islam (Ansar melalui Baiah Al-Aqabah ke-2). Walaupun keikhlasan dan komitmen terhadap mereka yang ayat-ayat ini ditujukan pada ketika itu adalah terbukti kepada Islam, namun kaedah beransur-ansur tetap digunakan. Ini adalah kerana disedari bahawa minuman keras merupakan kebiasaan dan kebanggaan masyarakat ketika itu dan perubahan sebegini perlu dilaksanakan secara hikmah.

Berhubung kisah yang melibatkan Umar Abdul Aziz (RA) pula, perlu difahami bahawa beliau mengambil alih pemerintahan Bani Umayyah yang khalifah-khalifah sebelumnya membenarkan berkembangnya fasad dan maksiat dikalangan ahli istana dan masyarakat Islam. Ini adalah di antara sebab mengapa mereka tidak dikategorikan segolongan dengan golongan ‘Khulafa Ar-Raashidiin’. Walaupun beliau ingin mengubah keadaan ini, beliau bertindak secara berhati-hati, bukan kerana takut tindak-balas golongan penentangnya tetapi penolakan oleh masyarakat umum. Bukan penolakan terhadap peribadinya, tetapi terhadap Islam. Sepertimana disebut oleh beliau;

“Sesungguhnya aku bimbang, aku melaksanakan kepada manusia kebenaran secara keseluruhannya, lalu rakyat akan menolak Islam secara keseluruhannya, yang itu merupakan fitnah”
Perlu difahami dari kisah ini bahawa perubahan yang ingin dibawa bukan terhad kepada persoalan minuman arak tetapi apa jua aspek yang telah dirosakkan pemimpin sebelum beliau.

Kita perlu iktiraf bahawa masyarakat yang beliau ingin tangani merupakan satu masyarakat yang begitu dekat dengan zaman RasuluLlah (SAW) sekiranya berbanding dengan zaman kita. Dengan adanya peninggalan-peninggalan para Sahabat, Tabi’in dan Taba Tabi’in yang jelas hebat dan mengagumkan dan keadaan ummat Islam yang ketika itu merupakan tamadun yang sedang berkembang maju disetiap bidang dan kejayaan tercapai disetiap sempadan, semestinya tugas beliau untuk mengembalikan asas pemerintahan dan pentadbiran kepada Islam adalah mudah. Namun, beliau faham bahawa ianya tidak semudah itu. Kekuasaan pemerintahan bukan segala-galanya.

Ada seorang pengunjung blog ini dalam membahas soal perlaksanaan hukum Hudud memberi komen bahawa pada zaman British memerintah dan melaksanakan sistem undang-undang mereka, adakah mereka ambil peduli kehendak rakyat. Tidak, namun tetap berjaya dilaksanakan kerana British mempunyai wang dan meriam (lebih kurang begitulah hujjahnya). Saya cuma nak jawab, pertama British bukan guru kita dan cara mereka mendapatkan ketaatan adalah sesuai dengan niat mereka untuk menguasai dan menzalimi. Kedua, kita nak menyelamatkan manusia dan penerimaan yang kita inginkan adalah penerimaan yang bersifat rela. Ketiga, kita sedar dengan penuh keinsafan bahawa penolakan seruan kita boleh membawa kepada penolakan Islam dan ini merupakan tekanan yang mewajibkan kita bertindak dengan penuh hemah dan kebijaksanaan supaya masyarakat memahami dengan jelas betapa mulianya usaha dan risalah kita.

Secara mudah boleh kita katakan bahawa Umar Abdul Aziz (RA) mengamalkan pendekatan ‘pendakwah’ dan ‘pendidik’ yang risau akan mad’unya dan bukan pendekatan ‘penghukum’ yang hanya berfikir akan ketepatan hukuman itu dengan kehendak undang-undang. Dalam usaha kita sebagai sebuah gerakan yang ingin membawa perubahan, pendekatan ‘pendakwah’ dan ‘pendidik’ ini perlu diutamakan walaupun soal hukum tidak boleh dan tidak perlu diabaikan begitu sahaja.

Dalam keadaan kita yang begitu jauh dari zaman RasuluLlah (SAW) dan zaman kegemilangan Islam di mana kehebatan pemerintahannya tinggal hanya di dalam lembaran sejarah, semestinya tugas untuk membawa masyarakat kembali pada Islam adalah jauh lebih sukar. Kita bukan mewarisi satu masyarakat di mana kebenaran dan kehebatan Islam tidak dipertikaikan, seperti pada zaman Umar Abdul Aziz. Kita tidak juga datang kepada tampuk kekuasaan dengan ahli masyarakat berbaiah taat setia dan sanggup berkorban apa jua demi Islam seperti Rasulullah (SAW) melalui hijrah Baginda. Kuasa pemerintahan yang ada pada kita hanya mampu kita perolehi melalui dasar ‘kongsi-kuasa’ dan seruan ‘perubahan ke arah keadilan’. Kebencian masyarakat terhadap pemerintahan lama merupakan antara faktor utama kemenangan kita, bukan sayangnya mereka terhadap kita! Hakikat bahawa kita hanya mampu mendapat pemerintahan atas dasar sebegini dengan sendirinya merupakan bukti bahawa masyarakat belum bersedia untuk menerima ‘perlaksanaan kebenaran secara keseluruhannya’ seperti yang disebutkan Umar Abdul Aziz. Namun, dengan adanya keterlibatan kita dalam pemerintahan ini, perlulah kita manfaatkannya ke arah usaha dakwah dan mendidik yang lebih berkesan.

Apabila saya mula-mula meletakkan petikan ini, ada yang bertanya “adakah PAS Selangor mempunyai perancangan dakwah dan penerangan yang menyeluruh dan berkesan untuk membimbing masyarakat ke arah perubahan yang diperlukan?” Saya ingin tanya balik, “adakah kita sedar akan keperluannya ataupun menganggap sekarang dengan adanya kuasa kita laksana sahaja pengharaman itu dan ini?” Ya, malangnya, ramai yang bersifat ‘musta’jiluun’ iaitu yang ingin melihat pengharaman ini dan itu tanpa adanya apa-apa usaha untuk menjelaskan keburukan sesuatu perkara itu terlebih dahulu atau memahamkan masyarakat akan kebijaksanaan pengharamannya. Mereka tidak khuatir akan penolakan oleh masyarakat kerana ikut mereka, itu bukan masalah mereka, hukum tetap hukum. Amat sangat bezanya orang yang menjiwai dakwah Islam, seperti Umar Abd Aziz dan orang yang berdakwah atas dasar semangat semata-mata.

Sememangnya perancangan menyeluruh sebegitu perlu diadakan dan inilah peranan yang perlu dimainkan oleh Ketua Penerangan di bawah pemantauan PJ. Peranan penjawat jawatan dalam organisasi PAS semasa PAS pembangkang dan semasa PAS pemerintah semestinya berbeza. Tanggung-jawab semakin bertambah dan implikasi ketidak-upayaan untuk memenuhi tanggung-jawab ini semakin serius. Gagalnya kita bererti kita telah menggagalkan perjuangan Islam setelah Allah memberi kita sedikit peluang. Gagal kerana kita mengambil mudah tanggung-jawab kita ini, tidak menyedari betapa hebatnya implikasi tindakan-tindakan kita ke atas dakwah kita yang telah kita usahakan selama berpuluh tahun!

Dalam usaha ke arah perubahan ini, yang terpenting, lebih penting dari persoalan pengharaman itu dan ini, ialah mengembalikan keyakinan ummat Islam terhadap kehebatan kepimpinan dan pemerintahan Islam. Persoalan-persoalan ‘Aqeedah’, bukan sifat dua puluh secara terpisah, tetapi bagaimana Islam itu Rahmat kerana Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Islam itu Adil kerana Allah itu Adil dan sebagainya perlu dizahirkan. Masyarakat Muslim perlu difahamkan bahawa kepimpinan yang prihatin, berkebajikan, telus, amanah, berjiwa rakyat adalah sifat-sifat kepimpinan dan pemerintahan yang dituntut Islam. Maka dengan itu masyarakat Muslim akan merasa bangga dengan Islamnya dan melihat relevensinya. Dengan itu akan dipulihkan Aqeedah mereka dan mereka akan kembali sibuk menatap kitab-kitab berhubung kaedah pemerintahan Islam.

Masyarakat bukan Islam pula akan melihat bukti kebenaran Islam, satu-satunya agama yang mengaitkan ketaqwaan kepada keadilan dan menyedari bahawa sesuatu agama yang datangnya dari Allah semestinya tidak akan mengabaikan persoalan pemerintahan, keadilan dan kebenaran. Ini dia usaha dakwah, bukan hanya soal bersama orang asli atau kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.

Berhubung usaha-usaha pengharaman, saya lebih cenderung untuk mencadangkan, sambil usaha pendidikan terus dijalankan, perubahan dilakukan atas desakan orang ramai secara berperingkat-peringkat. Biar ianya dilihat ‘bottom-up’ dan tidak ‘top-down’. Ke arah itu organisasi PAS di peringkat cawangan-cawangan mesti aktif berkempen ke akar umbi masyarakat berhubung sesuatu masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan dan mendesak kemudiannya, setelah mendapat persetujuan, supaya tindakan tertentu diambil. Sebagai contoh, ini boleh melibatkan persoalan kekotoran, kewujudan kedai arak, kedai judi, kelab malam, kawasan gelap yang menjadi tempat peleseran muda-mudi dan sebagainya yang menimbulkan masalah kesihatan dan sosial kepada penduduk di sekitar kawasan berkenaan. Ianya boleh juga berhubung dengan masa yang diperuntukkan untuk kelas agama di sekolah jenis kebangsaan dan cadangan-cadangan bagaimana ianya boleh dipertingkatkan atau apa-apa jua masalah lain yang difikirkan perlu diubah. Atas desakan ini, kerajaan bertindak. Melalui kaedah ini, sedikit demi sedikit, satu per satu dapat ditangani dan pada masa yang sama ditimbulkan kesedaran dikalangan masyarakat.

Sekiranya kita dilihat terlalu ghairah dalam mengusahakan agenda yang belum lagi diterima masyarakat, tidak mengambil kira pendapat rakyat, kita akan ditolak. Kita tidak tahu bila pula kita akan mendapat peluang seperti ini sekali lagi. Adakah kita sanggup menjadi punca keadaan seperti ini?

WalLahu 'Alam

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan langkah kerajaan negeri menaikkan gaji Menteri Besar, anggota Exco, speaker dan timbalan speaker yang dianggap masih rendah dan munasabah.

Beliau berkata kenaikan gaji antara 80 hingga hampir 400 peratus itu dibuat selepas mengkaji pelbagai faktor termasuk mengambil kira kenaikan yang diterima Adun serta anggota pentadbiran negeri Sarawak, lapor Bernama.
   
"Kita naikkan gaji di Selangor kerana tidak mahu wakil rakyat kita buat kerja luar untuk tampung perbelanjaan mereka.
   
"Saya berpendapat kenaikan ini munasabah sebab kita hendak (beri) servis kepada rakyat. Malah, kalau di sektor swasta, gaji seperti ini tidak tinggi. Kita juga tidak boleh sorok pendapatan sebab kita setuju setiap harta dan pendapatan mesti diumumkan, biar rakyat tahu," katanya kepada pemberita di lobi Dun Selangor di sini, hari ini.

Abdul Khalid turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa gaji baru beliau lebih tinggi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
"Gaji di Selangor dikira berdasarkan formula 75 peratus daripada kenaikan yang diterima di Sarawak.
   
"Sebagai contoh kalau gaji ketua menteri Sarawak RM39,000, gaji menteri besar di Selangor ialah RM29,000.
   
"Selain itu, sejak lima tahun lepas kita dapat kutip hutang yang sebelum ini gagal dikutip kira-kira RM500 juta. Dengan 10 peratus daripada hasil kutipan hutang ini, kita sudah dapat bayar gaji ini," katanya.

Sementara itu beberapa anggota pembangkang Dewan Negeri (Adun) Selangor hari ini berbeza pendapat dengan ketua pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) berhubung isu kenaikan gaji itu.

Shamsuddin seperti dilapor Selangorkini menganggap kenaikan saraan untuk anggota pentadbiran kerajaan negeri, Speaker dan Timbalan Speaker juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu adalah berpatutan serta wajar  namun beberapa Adun BN menganggapnya tidak wajar dan terlampau tinggi.

Adun Kuang Datuk Abdul Shukor Idrus berkata berdasarkan kenaikan gaji dan elaun bagi tiga jawatan itu, timbalan speaker DUN mencatatkan peratusan kenaikan tertinggi iaitu 373 peratus bersamaan RM15,750 sebulan daripada RM3,327.
   
"Begitu juga dengan gaji menteri besar yang naik 106 peratus iaitu RM29,250 daripada RM14,175 sebulan diikuti gaji Speaker DUN yang turut naik mendadak pada kadar 268.3 peratus iaitu kira-kira RM22,500 daripada RM6,109 sebulan.
   
"Bagi saya, kenaikan (bagi ketiga-tiga jawatan ini) tidak mengambil kira denyut nadi rakyat di peringkat bawahan yang masih memerlukan lebih pembelaan daripada kerajaan negeri," katanya ketika ditemui di luar sidang dewan di sini.

Adun Semenyih Datuk Johan Abdul Aziz pula berkata peratusan kenaikan gaji itu sepatutnya diselaraskan dan bukan hanya untuk menteri besar, speaker dan timbalan speaker, lapor Bernama.
   
"Melihat gaji menteri besar, speaker dan timbalan speaker, kadar kenaikannya jauh lebih tinggi. Sepatutnya, kalau semua naik, maka peratusannya perlu selaras serta munasabah bagi semua jawatan," katanya.

Namun, Johan bersetuju dengan kenaikan gaji termasuk elaun bagi Adun di negeri ini yang mendapat pertambahan 87.5 peratus iaitu RM11,250 daripada RM6,000 sebulan kerana sebahagiannya mungkin dipulangkan semula kepada rakyat atas peranan serta tanggungjawab seorang wakil rakyat.

Khamis, 28 November 2013

KENAIKAN GAJI !!! ADUN PR TERUS LENA DIBUAI MIMPI @NajibRazak @nohomar

Hoiii !!!! Orang bagi naik gaji bukan suruh tidur, tapi suruh buat kerja dengan lebih baik, tingkatkan prestasi dan bukannya membuta dalam dewan undangan tu.
Inilah akibat kenaikan gaji yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri semalam,  akibatnya lebih ramai le ADUN Pakatan akan tertidur lena sebab dah merasa selesa sebab  jika pilihanraya akan datang juga sudah tentu rakyat akan memilih puak puak ni untuk mentadbir negeri.
Tapi dimana relevan kenaikan gaji yang diluluskan semalam? Apa sumbangan yang akan diberikan oleh ADUN pakatan yang berjumlah seramai 44 orang dalam dewan tersebut.
Apa yang Sangkakala nampak tidak lebih dari mengganggu hujah yang diberikan oleh ADUN Barisan Nasional semasa sessi perbahasan dan semasa sessi soalan juga begitu seolah olah mereka cuba menutup kesalahan dan kesilapan kerajaan negeri. 
Berkenaan dengan kenaikan gaji pula, Sangkakala lihat Menteri Besar serta Ahli Dewan Negeri Selangor cuma mengambil kesempatan diatas kemenangan mereka di negeri ini.
Dalam pada mereka mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional berbelanja secara melulu mereka pula mengambil kesempatan dengan menaikkan gaji masing masing. 
Memang betul didalam Dewan tersebut ada ADUN dari BN tetapi apa yang mampu dilakukan jika majoriti menyokong keputusan? Mahu atau tidak terpaksa bersetuju kerana suara majoriti memberikan undi kepada keputusan.
Tapi kenaikan yang dibuat pada Sangkakala amat melampau dan ini juga sebenarnya dinyatakan oleh ketua pembangkang Selangor yang mana beliau mengatakan adalah wajar jika ada kenaikan tetapi bukanlah melampau sangat kenaikannnya.
Gaji Menteri Besar dan exco dilihat sudah melebihi gaji Perdana Menteri dan Menteri Kabinet.
Cuba lihat gaji yang tertera diatas, itu gaji Menteri Besar dan speaker dewan, belum gaji exco kerajaan negeri lagi tu.
Ini ke yang dikatakan perbelanjaan berhemah oleh kerajaan Selangor? 
Makin hari makin teruk nampaknya keadaan dinegeri Selangor lepas ni, dengan kehilangan pendapatan sebanyak RM 4.8 juta setahun setelah bangunan Yayasan Selangor tidak disewakan, kini ditambah pula dengan kenaikan gaji para ADUN. 

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Suatu hari datanglah seorang utusan dari salah satu daerah kepada beliau. Utusan itu sampai di depan pintu Umar bin Abdul Aziz dalam keadaan malam menjelang. Setelah mengetuk pintu seorang penjaga menyambutnya.
Utusan itu pun mengatakan, “Beritahu Amirul Mukminin bahawa yang datang adalah utusan gabenornya.” Penjaga itu masuk untuk memberitahu Umar yang hampir saja berangkat tidur. Umar pun duduk dan berkata, “Izinkan dia masuk.”
Utusan itu masuk, dan Umar memerintahkan untuk menyalakan lilin yang besar. Umar bertanya kepada utusan tersebut tentang keadaan penduduk kota, dan kaum muslimin di sana, bagaimana perilaku gabenor, bagaimana harga-harga, bagaimana dengan anak-anak, orang-orang muhajirin dan anshar, para ibnu sabil, orang-orang miskin. Apakah hak mereka sudah ditunaikan? Apakah ada yang mengadukan?
Utusan itu pun menyampaikan segala yang diketahuinya tentang kota kepada Umar bin Abdul aziz. Tak ada sesuatu pun yang disembunyikannya.
Semua pertanyaan Umar dijawab lengkap oleh utusan itu. Ketika Semua pertanyaan Umar telah selesai dijawab semua, utusan itu balik bertanya kepada Umar.
“Ya Amirul Mukminin, bagaimana keadaanmu, dirimu, dan badanmu? Bagaimana keluargamu, seluruh pegawai dan orang-orang yang menjadi tanggung jawabmu?
Umar pun kemudian dengan serta merta meniup lilin tersebut dan berkata, “Wahai pelayan, nyalakan lampunya!” Lalu dinyalakannlah sebuah lampu kecil yang hampir-hampir tidak boleh menerangi ruangan kerana cahayanya yang amat kecil.
Umar melanjutkan perkataanya, “Sekarang bertanyalah apa yang kamu inginkan.” Utusan itu bertanya tentang keadaannya. Umar memberitahukan tentang keadaan dirinya, anak-anaknya, istri, dan keluarganya.
Rupanya utusan itu sangat tertarik dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh Umar, mematikan lilin. Dia bertanya, “Ya Amirul Mukminin, aku melihatmu melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.” Umar bertanya, “Apa itu?”
“Engkau mematikan lilin ketika aku menanyakan tentang keadaanmu dan keluargamu.”
Umar berkata, “Wahai hamba Allah, lilin yang kumatikan itu adalah harta Allah, harta kaum muslimin. Ketika aku bertanya kepadamu tentang urusan mereka maka lilin itu dinyalakan demi kemaslahatan mereka. Begitu kamu memulakan pembicaraan tentang keluarga dan keadaanku, maka aku pun mematikan lilin milik kaum muslimin.”
Subhanallah, benar-benar mengagumkan! Segitu besar kesungguhan Umar dalam menjaga harta kaum muslimin, sangat berbeza dengan realiti pemimpin masa kini.
“Jika pemimpin kaya maka rakyat akan miskin tetapi bila pemimpin miskin maka rakyat akan kaya. Ini adalah kerana pemimpin yang kaya sentiasa sibuk untuk menambah kekayaan sehingga lupa rakyat yang susah sedangkan pemimpin yang miskin sentiasa berfikir tentang kebajikan rakyatnya yang susah.”
- Khalifah Umar bin Abdul Aziz-

Tiada ulasan: