Aktivis: 'Polis mabuk' provokasi Penan di Murum
Aktivis
sosial dan NGO hak asasi memberi amaran terhadap peningkatan masalah di
Sarawak, apabila penduduk kampung didakwa diprovok untuk menghadapi
"polis mabuk" selepas kampung berkaitan dilimpahkan dengan air untuk
projek RM4 bilion projem Empangan Murum.Sejak 23 September, apabila masyarakat Penan mengadakan hadangan ke tapak empangan, polis sudah menahan lebih 10 orang kampung, termasuk remaja 13 tahun, kata aktivis.
Abun Sui Anyit (kiri), peguam masyarakat itu, mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan terhadap "pegawai polis mabuk" di empangan itu.
"Kami bimbangkangkeselamatan masyarakat Penan jika pegawai polis mabuk dibenarkan untuk menyertai operasi di empangan, terutamanya mereka yang lengkap bersenjata.
"Penduduk tempatan membuat laporan polis terhadap polis itu semalam," kata Abun dalam kenyataan.
Polis sendiri mengadakan setakan jalan raya untuk menghentikan bekalan makanan, air, ubat serta pekerja sosial dan pemberita daripada masuki tapak empangan yang sudah siap dan menunggu pembendungan air.
Warga pendidik protes sistem SPPBS di Facebook
Ekoran
kegagalan kerajaan meringankan beban kerja perkeranian guru sekolah
rendah, ada kalangan warga pendidik mewujudkan laman Facebook menuntut
supaya Kementerian Pendidikan untuk membuat penambahbaikan atau
menghapuskan bebanan mereka.Aduan mereka berhubung Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang dilaksanakan pada 2011 supaya guru berkenaan memasukkan data lengkap dan keputusan peperiksaan pelajar mereka.
Bagaimanapun, masalah yang dihadapi para guru di sekolah terbabit adalah mutu perkhidmatan pelayan komunikasi yang memaksa mereka menghabiskan masa berjam-jam untuk memasukkan data tersebut.
Lebih memburukkan lagi, mereka terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi atau 4 pagi, apabila pelayan komunikasi berfungsi lebih baik bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Mereka juga mengadu, hal demikian menjadi lebih teruk dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) di mana penekanan kurang diberikan dalam peperiksaan dan kemajuan akademik pelajar berdasarkan kepada kerja yang ditugaskan kepada mereka.
Polis edar fotofit suspek kes tembak pegawai JAIP
Polis
Pahang hari ini mengedarkan fotofit suspek seorang lelaki dalam kes
pembunuhan Ketua Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip),
Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik, 49, di Kuantan, Ahad lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, lelaki berkenaan merupakan suspek pertama yang masuk ke perkarangan rumah mangsa sebelum memberi salam.
"Suspek dipercayai berpakaian hitam dan berkopiah putih, berusia lingkungan 50-an, berkulit sawo matang, rambut dan misai beruban, berjanggut nipis, berbadan sasa, berkening halus, hidung sederhana dan berbibir nipis," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.
Beliau berkata, fotofit yang dihasilkan itu diyakini 70 peratus tepat berdasarkan hasil siasatan dan maklumat awal yang diperoleh berhubung tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.
Sharifudin berkata, suspek kedua adalah seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dipercayai yang melepaskan tembakan ke arah mangsa manakala suspek ketiga pemandu kereta Proton Wira Aeroback putih belum dikenal pasti.
Beliau berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan kesemua suspek merupakan pengikut kumpulan ajaran sesat,'Tuhan Harun'.
"Polis juga masih menyiasat butiran kereta yang digunakan suspek dalam kejadian itu dan beberapa kenderaan lain yang didakwa berlegar-legar di kawasan kediaman mangsa sebelum kejadian," katanya.
Katanya, keputusan bedah siasat mendapati mangsa mengalami tiga luka tembakan, iaitu di dada kanan, rusuk kanan dan perut mangsa yang menembusi belakang badan.
"Polis turut menemui tiga kelongsong peluru dan tiga anak peluru jenis WCC7.80 caliber 9mm di tempat kejadian," katanya.
Dalam kejadian Ahad lepas, Ahmad Raffli mati selepas ditembak seorang suspek yang menaiki kereta Proton Wira Aeroback putih di rumahnya, di Indera Mahkota 2, dekat Kuantan.
-Bernama

PAS anggap akhbar hina Agong isu Ibrahim Libya
VIDEO l 3:39 minit
Pemuda PAS Kedah menyifatkan laporan The Star yang mengaitkan guru agama Ibrahim Libya dengan ajaran sesat dalam peristiwa Memali sebagai "provokasi, jahat dan tidak beretika" sekalipun pihak berkuasa mengisytiharkan demikian.
Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria (kanan) berkata dakwaan itu seolah-olah menghina Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mencemar duli menziarahi kubur Ibrahim - yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya - selepas insiden itu.
"Petikan itu adalah satu provokasi untuk mewujudkan satu ketegangan agama di dalam negara dan di kalangan masyarakat. Media cuba mengambil alih peranan pihak berkuasa agama dengan menyiarkan petikan basi itu.
"Petikan dan siaran itu adalah sesuatu yang amat jahat dan tidak beretika. Justeru itu Pemuda PAS Kedah menuntut pihak The Star menarik balik dan memohon maaf segera kepada seluruh umat Islam dan ahli keluarga yang terlibat dalam isu Memali," kata Nasir dalam satu kenyataan.
Isu Ibrahim Libya muncul semula ekoran gesaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada 31 penganut ajaran sesat "Tuhan Harun" menyerah diri susulan pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang Ahmad Rafli Abdul Malek baru-baru ini.
Laporan akhbar itu turut melaporkan empat kes utama melibatkan keganasan kumpulan ajaran sesat termasuk kumpulan Imam Mahdi dan Al-Ma'unah.
Dianggap syahid ahli majlis fatwa
Mengulas lanjut, Nasir berkata pihaknya akan membuat laporan polis dalam tempoh tiga hari sekiranya tiada tindakan dari The Star dan akan memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan memorandum bantahan.
Manakala, pemimpin Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat pula menyifatkan tuduhan itu biadap memandangkan peristiwa di Memali masih gagal disabitkan dengan aktiviti pengganas.
Suhaizan (kiri) yang juga bekas ketua Pemuda Johor berkata tokoh agama itu dianggap pemimpin masyarakat dan kematiannya dianggap syahid seperti disahkan ahli Majlis Fatwa Kedah, Yahya Junid dan Azahari Abd Razak ketika itu.
"Bahkan, kes Memali yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah ini masih gagal diputuskan kedudukannya sehingga ke hari ini.
"Justeru, untuk meletakkan kedudukan Almarhum Ibrahim Libya sebagai pengganas di Malaysia sepertimana dilaporkan The Star adalah amat tidak bertanggungjaawab dan biadap sama sekali khususnya kepada ahli keluarga dan kebanyakan rakyat yang mengenali almarhum," katanya.
Sehubungan itu, Suhaizan berkata beliau tidak teragak-agak untuk memobilisasi rakyat untuk menyatakan bantahan ini sekiranya akhbar itu tidak tarik balik dan permohonan maaf dibuat.
Filipina, satu-satunya negara kristian katolik terbesar di Asia, dengan jumlah penduduk 98 juta, majoriti adalah kristian 93 % dari keseluruhan jumlah, diikuti dengan penganut agama lain seperti Protestan,Buddha, dan sebagainya, manakala Islam hanya lebih kurang 3% dari jumlah tersebut.
Menurut info yang didapati, Filipina sering dilanda taufan sejak dari dulu, bahkan yang terbaru sekarang taufan "HAIYAN" yang melanda Filipina itu adalah salah satu yang terbesar dicatat.
Kenapa Filipina sering dilanda, ini menjadi persolan, ya mesti umum bagi jawapan secara sains, mereka akan kata Filipina berada di laluan utama taufan yang datang dari lautan pasifik, namun adakah kita lupah akan kuasa Allah.
Menurut info yang kami dapat, orang-orang Islam di selatan sangat ketinggalan dari segi taraf kehidupan,pendidikan,sosial dan sebagainya, diskriminasi kerajaan Filipina terhadap orang-orang Islam di selatan umum kurang mengetahui.
Segala hasil bumi berada di Sulu dan Mindanao, ikan,buah-buahan,sayur-sayuran ,padi
dan segala kekayaan bumi ada di selatan berbanding dengan utara hanya
bergantung kepada selatan dari bab hasil bumi milik Allah.
Namun apa yang berlaku tidak keadilan, purata peluang pekerjaan untuk rakyat muslimin 1 dalam seribu, pelajar islam sukar untuk dapatkan tempat asrama mahupun ingin menyewa sebuah bilik sekiranya didapati beragama Islam akan dihalau.
Rakyat Malaysia dan negara asean yang lain sukar untuk dapatkan berita apa yang berlaku di selatan. Media kerajaan Filipina sangat dasyat memanipulasi keadaan yang sebenar.
Untuk pengetahuan umum, selatan seringkali dihujani peluru,
sudah tidak terkira berapa ramai yang dah jadi mangsa kekejaman
kerajaan Filipina itu. Penduduk perkampungan pendalaman berapa
ramai yang sudah dibunuh beramai-ramai, anak gadis diculik lalu dirogol dan dibunuh. Lelaki dewasa mahupun remaja akan ditangkap dan dibunuh sewenang-wenangnya, lalu mereka (kerajaan) akan mendakwah yang dibunuh sebagai pengganas.
Berapa ramai ibu yang sudah kehilangan suami dan anak-anak.
berapa ramai anak-anak yang sudah kehilangan ayah dan ibu,
Hanya tangisan demi tangisan diiringi doa kepada Allah dan berserah kepadanya.
Sulu dan Mindanao dulu hingga kini dihujani peluru dan masih berlumuran darah.
dan tatkala Sulu dan Mindanao sudah tidak berupaya menangkis peluru-peluru buta dari kerajaan Filipina, ada Allah yang Maha mengasihi dan Maha mendengar akan keperitan,penderitaan hamba-hambanya yang lemah.
Filipina setiap kali berlaku kejam, Sulu dan Mindanao tidak mampu melancarkan serangbalas, oleh kerana kedaifan dan kemiskinan yang ada pada mereka ketika ini, namun jangan sesekali memandang rendah kepada mereka, kerana mereka adalah orang-orang Islam juga macam kita yang diuji dengan kesusahan sedangkan kita diuji dengan kesenangan. Mereka nampak lemah, daif, kotor dan sebagainya, tetapi ingat Allah swt ada, dan masih bersama dengan mereka. Kita bukan nak ada melepataka akan menimpa Filipina, jauh dari sudut hati, walau mereka bergama lain, mereka juga adalah manusia ciptaan Allah.
Tapi Hakikatnya kebesaran Allah ada di depan mata.
Setiap kali Utara serang selatan dengan peluru,
sebagai balasan, Allah hantar balatenteranya ke utara atau tengah.
Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!
Seramai 14 pejuang Islam termasuk Ibrahim Libya telah syahid di medan
demi mempertahankan Islam dan berpuluh yang lain ditahan serta
dipenjarakan.
Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Yahya Junid dan Azahari Abd Razak.
Tetapi pihak kerajaan menuduh kematian pejuang-pejuang Islam ini bughah, iaitu penderhaka kepada pemerintah.
Tragedi Memali adalah sejarah hitam yang disorokkan kebenarannya.
Pejuang-pejuang Islam - yang gugur syahid ekoran mempertahankan hak mereka daripada ditangkap oleh kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN - dituduh dengan pelbagai label supaya pembunuhan ini dihalalkan.
Tegas beliau, sudahlah mereka dibunuh dengan kejam, Ibrahim Libya dan pengikutnya dituduh pula sebagai penjenayah, mengamal ajaran sesat, pelampau, komunis dan bughah.
Tuduhan-tuduhan ini kekal bersama sejarah dan seterusnya memberi kesan yang amat besar terhadap waris-waris as-syahid.
DYMM Tuanku Sultan Kedah telah memberi isyarat bahawa 14 rakyatnya yang terkorban itu bukanlah penjenayah apabila baginda sendiri mencemar duli menziarahi makam mereka di Parit Panjang dan menjiruskan air mawar di kuburan mereka.
Mustahil sekali seorang Sultan sudi mencemar duli untuk menziarah dan menjiruskan air mawar ke kubur seorang Ketua Penjenayah dan Ajaran Sesat.
Tetapi malangnya sesudah lebih 24 tahun lalu dan sesudah mahkamah membuat keputusan yang membuktikan mereka itu bukan penjenayah, ada pihak yang masih juga belum insaf dan belum lagi mahu menghormati keputusan itu.
PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab akhbar The Star atas artikel yang ditulis dan menggesa akhbar itu menarik balik serta memohon maaf kepada keluarga waris.
Jangan ada cubaan untuk cuba memutar belit fakta sebenar dan seharusnya sebagai media mereka bertanggungjawab dalam mengamalkan etika kewartawanan.- mk
Pemuda PAS Kedah menyifatkan laporan The Star yang mengaitkan guru agama Ibrahim Libya dengan ajaran sesat dalam peristiwa Memali sebagai "provokasi, jahat dan tidak beretika" sekalipun pihak berkuasa mengisytiharkan demikian.
Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria (kanan) berkata dakwaan itu seolah-olah menghina Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mencemar duli menziarahi kubur Ibrahim - yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya - selepas insiden itu.
"Petikan itu adalah satu provokasi untuk mewujudkan satu ketegangan agama di dalam negara dan di kalangan masyarakat. Media cuba mengambil alih peranan pihak berkuasa agama dengan menyiarkan petikan basi itu.
"Petikan dan siaran itu adalah sesuatu yang amat jahat dan tidak beretika. Justeru itu Pemuda PAS Kedah menuntut pihak The Star menarik balik dan memohon maaf segera kepada seluruh umat Islam dan ahli keluarga yang terlibat dalam isu Memali," kata Nasir dalam satu kenyataan.
Isu Ibrahim Libya muncul semula ekoran gesaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada 31 penganut ajaran sesat "Tuhan Harun" menyerah diri susulan pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang Ahmad Rafli Abdul Malek baru-baru ini.
Laporan akhbar itu turut melaporkan empat kes utama melibatkan keganasan kumpulan ajaran sesat termasuk kumpulan Imam Mahdi dan Al-Ma'unah.
Dianggap syahid ahli majlis fatwa
Mengulas lanjut, Nasir berkata pihaknya akan membuat laporan polis dalam tempoh tiga hari sekiranya tiada tindakan dari The Star dan akan memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan memorandum bantahan.
Manakala, pemimpin Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat pula menyifatkan tuduhan itu biadap memandangkan peristiwa di Memali masih gagal disabitkan dengan aktiviti pengganas.
Suhaizan (kiri) yang juga bekas ketua Pemuda Johor berkata tokoh agama itu dianggap pemimpin masyarakat dan kematiannya dianggap syahid seperti disahkan ahli Majlis Fatwa Kedah, Yahya Junid dan Azahari Abd Razak ketika itu.
"Bahkan, kes Memali yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah ini masih gagal diputuskan kedudukannya sehingga ke hari ini.
"Justeru, untuk meletakkan kedudukan Almarhum Ibrahim Libya sebagai pengganas di Malaysia sepertimana dilaporkan The Star adalah amat tidak bertanggungjaawab dan biadap sama sekali khususnya kepada ahli keluarga dan kebanyakan rakyat yang mengenali almarhum," katanya.
Sehubungan itu, Suhaizan berkata beliau tidak teragak-agak untuk memobilisasi rakyat untuk menyatakan bantahan ini sekiranya akhbar itu tidak tarik balik dan permohonan maaf dibuat.
Salam Ukhwah shared Melayu's photo.
"Tanda-tanda Kebesaran Allah"Filipina, satu-satunya negara kristian katolik terbesar di Asia, dengan jumlah penduduk 98 juta, majoriti adalah kristian 93 % dari keseluruhan jumlah, diikuti dengan penganut agama lain seperti Protestan,Buddha, dan sebagainya, manakala Islam hanya lebih kurang 3% dari jumlah tersebut.
Menurut info yang didapati, Filipina sering dilanda taufan sejak dari dulu, bahkan yang terbaru sekarang taufan "HAIYAN" yang melanda Filipina itu adalah salah satu yang terbesar dicatat.
Kenapa Filipina sering dilanda, ini menjadi persolan, ya mesti umum bagi jawapan secara sains, mereka akan kata Filipina berada di laluan utama taufan yang datang dari lautan pasifik, namun adakah kita lupah akan kuasa Allah.
Menurut info yang kami dapat, orang-orang Islam di selatan sangat ketinggalan dari segi taraf kehidupan,pendidikan,sosial dan sebagainya, diskriminasi kerajaan Filipina terhadap orang-orang Islam di selatan umum kurang mengetahui.
Segala hasil bumi berada di Sulu dan Mindanao, ikan,buah-buahan,sayur-sayuran
Namun apa yang berlaku tidak keadilan, purata peluang pekerjaan untuk rakyat muslimin 1 dalam seribu, pelajar islam sukar untuk dapatkan tempat asrama mahupun ingin menyewa sebuah bilik sekiranya didapati beragama Islam akan dihalau.
Rakyat Malaysia dan negara asean yang lain sukar untuk dapatkan berita apa yang berlaku di selatan. Media kerajaan Filipina sangat dasyat memanipulasi keadaan yang sebenar.
Untuk pengetahuan umum, selatan seringkali dihujani peluru,
sudah tidak terkira berapa ramai yang dah jadi mangsa kekejaman
kerajaan Filipina itu. Penduduk perkampungan pendalaman berapa
ramai yang sudah dibunuh beramai-ramai, anak gadis diculik lalu dirogol dan dibunuh. Lelaki dewasa mahupun remaja akan ditangkap dan dibunuh sewenang-wenangnya, lalu mereka (kerajaan) akan mendakwah yang dibunuh sebagai pengganas.
Berapa ramai ibu yang sudah kehilangan suami dan anak-anak.
berapa ramai anak-anak yang sudah kehilangan ayah dan ibu,
Hanya tangisan demi tangisan diiringi doa kepada Allah dan berserah kepadanya.
Sulu dan Mindanao dulu hingga kini dihujani peluru dan masih berlumuran darah.
dan tatkala Sulu dan Mindanao sudah tidak berupaya menangkis peluru-peluru buta dari kerajaan Filipina, ada Allah yang Maha mengasihi dan Maha mendengar akan keperitan,penderitaan hamba-hambanya yang lemah.
Filipina setiap kali berlaku kejam, Sulu dan Mindanao tidak mampu melancarkan serangbalas, oleh kerana kedaifan dan kemiskinan yang ada pada mereka ketika ini, namun jangan sesekali memandang rendah kepada mereka, kerana mereka adalah orang-orang Islam juga macam kita yang diuji dengan kesusahan sedangkan kita diuji dengan kesenangan. Mereka nampak lemah, daif, kotor dan sebagainya, tetapi ingat Allah swt ada, dan masih bersama dengan mereka. Kita bukan nak ada melepataka akan menimpa Filipina, jauh dari sudut hati, walau mereka bergama lain, mereka juga adalah manusia ciptaan Allah.
Tapi Hakikatnya kebesaran Allah ada di depan mata.
Setiap kali Utara serang selatan dengan peluru,
sebagai balasan, Allah hantar balatenteranya ke utara atau tengah.
Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!
Sultan dan dua ahli majlis fatwa Kedah bukti kukuh Ibrahim Libya pejuang Islam
Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Yahya Junid dan Azahari Abd Razak.
Tetapi pihak kerajaan menuduh kematian pejuang-pejuang Islam ini bughah, iaitu penderhaka kepada pemerintah.
Tragedi Memali adalah sejarah hitam yang disorokkan kebenarannya.
Pejuang-pejuang Islam - yang gugur syahid ekoran mempertahankan hak mereka daripada ditangkap oleh kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN - dituduh dengan pelbagai label supaya pembunuhan ini dihalalkan.
Tegas beliau, sudahlah mereka dibunuh dengan kejam, Ibrahim Libya dan pengikutnya dituduh pula sebagai penjenayah, mengamal ajaran sesat, pelampau, komunis dan bughah.
Tuduhan-tuduhan ini kekal bersama sejarah dan seterusnya memberi kesan yang amat besar terhadap waris-waris as-syahid.
DYMM Tuanku Sultan Kedah telah memberi isyarat bahawa 14 rakyatnya yang terkorban itu bukanlah penjenayah apabila baginda sendiri mencemar duli menziarahi makam mereka di Parit Panjang dan menjiruskan air mawar di kuburan mereka.
Mustahil sekali seorang Sultan sudi mencemar duli untuk menziarah dan menjiruskan air mawar ke kubur seorang Ketua Penjenayah dan Ajaran Sesat.
Tetapi malangnya sesudah lebih 24 tahun lalu dan sesudah mahkamah membuat keputusan yang membuktikan mereka itu bukan penjenayah, ada pihak yang masih juga belum insaf dan belum lagi mahu menghormati keputusan itu.
PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab akhbar The Star atas artikel yang ditulis dan menggesa akhbar itu menarik balik serta memohon maaf kepada keluarga waris.
Jangan ada cubaan untuk cuba memutar belit fakta sebenar dan seharusnya sebagai media mereka bertanggungjawab dalam mengamalkan etika kewartawanan.- mk
Memali Yang Terluka - menyangggah dakwaan Ibrahim Libya sesat
adios
Anwar: BERNAS dinyahsenarai untuk kroni
VIDEO l 8:18 minit
Cadangan menyahsenaraikan syarikat beras nasional BERNAS adalah satu 'pengkhianatan' kepada janji kerajaan pada tahun 1995 yang berikrar untuk memastikan kepentingan petani, pengedar beras dan pekerja padi bumiputera dipelihara, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, pada tahun 1995 beliau yang merupakan menteri kewangan pada masa itu mengumumkan 45 peratus saham BERNAS akan kekal dimiliki pelbagai organisasi mewakili petani, nelayan dan kakitangan BERNAS.
Namun kini kata Anwar, sebahagian besar saham BERNAS kini dimiliki tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menerusi pelbagai syarikat dan beliau bakal memonopoli beras di Malaysia seandainya penyahsenaraian itu menjadi kenyataan.
"Bagaimana seorang individu dibenar memiliki monopoli ke atas beras sebegini, yang mungkin mendatangkan kemudaratan terhadap kestabilan harga di masa hadapan, yang merupakan niat asal penswastaan BERNAS?" tanya Anwar pada sidang medianya di lobi Parlimen tengah hari tadi.
Dakwa Anwar, sehingga hujung tahun 2009, Syed Mokhtar memiliki 53.7 peratus saham BERNAS menerusi syarikatnya iaitu Gandingan Bersepadu Sdn Bhd dan Tradewinds.
Susulan mandat dari kerajaan untuk BERNAS menguruskan bekalan beras negara dan import beras dari Januari 2011 sehingga 10 Januari 2021, Syed Mokhtar dakwa Anwar mula menawarkan untuk membeli baki saham BERNAS pada harga RM3.70 sesaham menerusi empat syarikat lain.
Empat syarikat itu adalah Perspective Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn Bhd, Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd dan Acara Kreatif Sdn Bhd.
Susulan itu, lembaga pengarah BERNAS dinasihatkan menyahsenarai syarikat itu dari Bursa Malaysia kerana milikan awam kini susut kepada 16.31 peratus - iaitu di bawah paras 25 peratus untuk penyenaraian, dakwa Anwar.
"Adakah milikan ekuiti mereka (petani dan pengedar bumiputera) tidak penting di mata kerajaan, berbanding kepentingan individu maha kaya dan mempunyai 'kabel' politik sebegini?" tanya Anwar.
"Kami kecam pengambilalihan ini yang bersifat oportunis ketika monopoli BERNAS ke atas import beras dilanjutkan sehingga 2021," kata Anwar lagi.

Waran tangkap 'Tuhan Harun' jika gagal kerjasama
Mahkamah
Rendah Syariah Kuantan akan membuat keputusan sama ada akan
mengeluarkan waran tangkap terhadap 'Tuhan Harun' atau Harun Mat Saad,
47, pada 15 November ini jika beliau gagal memberi kerjasama dalam kes
menyebarkan ajaran sesat Feb lepas.
Hakim Syarie, Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie menetapkan tarikh tersebut selepas tertuduh gagal hadir buat kali kedua untuk proses pengurusan kes yang sepatutnya ditetapkan pada 20 Ogos lalu.
Abd Wahid turut menangguhkan sebutan semula kes berkenaan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Pada 24 April lalu Harun mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan berkaitan penyebaran ajaran sesat, risalah dan buku-buku berkaitan ajaran tersebut.
Dia didakwa menyebar ajaran tersebut dengan mengaku dirinya sebagai Tuhan Harun atau Tuhan 2013 di sebuah premis di Lorong Pandan Damai, dekat sini antara Februari hingga 4 April lalu.
Tertuduh didakwa melakukan jenayah tersebut di bawah Seksyen 162 (1) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang boleh membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Abdul Wahid Md Ali kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 bersama dua penjamin.

Jamil: Bekalkan senjata pada penguatkuasa agama
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mencadangkan
agar anggota penguat kuasa jabatan agama dibekalkan senjata api ketika
melakukan operasi.
Beliau juga menyarankan pasukan polis mempertingkat rondaan di kawasan kediaman anggota penguat kuasa terbabit, terutama ketika hari cuti dan hujung minggu.
Ini bagi mempertingkat aspek kawalan keselamatan pegawai berkenaan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sekolah Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada pelajar sekolah di kawasan Wilayah Persekutuan, di Kuala Lumpur hari ini.
Saranan beliau itu susulan kejadian pembunuhan Ketua Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Ab Malek, 49, kelmarin.
Dalam kejadian 1.55 petang itu, Ahmad Raffli maut akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada tiga lelaki yang datang berjumpanya di kediaman beliau di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.
Media melaporkan Allahyarham terlibat dalam beberapa kes besar termasuk memantau gerakan Syiah di Pahang serta ajaran sesat 'Tuhan Harun'.
Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata beliau akan memanjangkan cadangan itu kepada polis untuk tindakan lanjut.
Mengulas isu lain, beliau berkata setakat ini terdapat lapan kumpulan ajaran sesat dikenal pasti aktif di seluruh negara.
"Tidak ramai pengikut mereka. Kita sentiasa cari. Mereka ini seperti penyakit yang senyap-senyap berkembang," katanya yang tidak mahu mendedahkan nama kumpulan terbabit.
"Kebanyakan ajaran sesat menggunakan pendekatan halus seperti bergerak (menyampaikan ajaran) secara mulut ke mulut, mula dengan perwatakan baik seperti bersongkok, ketayap sebelum mula menggerakkan ajaran sesat.
"Kita sukar hendak pantau. Beban membuktikan mereka terlibat juga sukar dan memerlukan saksi dan penglibatan masyarakat," katanya.
Terdahulu ketika berucap di majlis itu, Jamil Khir berkata Skim Bantuan Pakaian Persekolahan membabitkan peruntukan RM3.7 juta itu untuk membantu 17,912 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan.

Kesihatan MB Pahang makin pulih
Keadaan
kesihatan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang dimasukkan
ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perubatan Prince Court 4
November lalu kini semakin pulih.
Dalam satu kenyataan ringkas yang diterima Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Adnan berkata, beliau dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kerana disyaki terkena jangkitan kuman sama ada Leptospirosis atau Melioidosis.
"Serangan bermula semasa saya dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam pada petang 3 November yang lalu...Alhamdulillah, saya telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa pada 8 Nov yang lalu setelah disahkan pulih seperti sediakala.
"Pihak hospital bercadang melepaskan saya pada 10 November yang lalu tetapi saya memilih untuk terus berehat di hospital sehingga hujung minggu ini dan mula bertugas seperti biasa mulai minggu hadapan," katanya.
Anggota Dewan Undangan Negeri Pelangai itu juga berkata keadaan kesihatan beliau juga sudah dimaklumkan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Petronas untung pracukai RM25.88b suku ke-3 2013
Petronas
mencatatkan untung pracukai lebih tinggi iaitu RM25.88 bilion pada suku
ketiga berakhir 30 September, 2013 daripada RM21.27 bilion yang
dicatatkan pada suku yang sama pada 2012.
Perolehan naik kepada RM81.41 bilion, pada tempoh yang dinilai, daripada RM68.34 bilion yang dicatatkan sebelum ini didorong oleh volum jualan minyak mentah, gas diproses dan gas asli cecair (LNG) yang lebih tinggi, serta volum dagangan produk petroleum yang lebih tinggi.
"Volum yang lebih baik itu juga adalah berikutan permintaan pengguna yang lebih kukuh dan peningkatan peluang dagangan diikuti impak pengukuhan dolar AS berbanding ringgit," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas.
Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2013, untung pracukai naik kepada RM76.69 bilion daripada RM74.45 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama sebelum ini.
Perolehan meningkat kepada RM232.51 bilion, pada tempoh sembilan bulan itu, berbanding RM214.35 bilion sebelum ini.
"Peningkatan pada perolehan adalah berikutan aktiviti dagangan minyak mentah dan gas diproses yang lebih tinggi serta volum jualan minyak mentah, gas diproses dan LNG yang lebih tinggi," kata beliau pada satu sidang media untuk mengumumkan keputusan suku tahun syarikat itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan