Jika tak suka kenaikan gaji jangan ambil, kata MB
Kerajaan negeri Selangor hari ini menegaskan pendirian mereka untuk tidak menangguhkan kenaikan gaji yang dijadualkan bermula 1 Januari tahun depan kerana telah mendapat persetujuan 100% Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menegaskan, kedua-dua Adun daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mencapai kata sepakat berhubung kenaikan tersebut, dan Dewan telah bersetuju perkara itu akan dilaksanakan.
Malah, Abdul Khalid menegaskan, sebelum perbahasan berkenaan perkara itu dilakukan, beliau telah memaklumkan kenaikan gaji itu hanya akan dilakukan dengan persetujuan Adun PR dan BN.
Adun Pelabuhan Klang itu bagaimanapun berkata, sekiranya ada mana-mana ahli Dewan yang tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut, boleh menyalurkan lebihan pendapatan mereka kepada saluran-saluran lain.
"Adun PR dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak.
"Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," katanya.
Beliau turut berkata, sehingga hari ini, selain Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, tiada pihak lain yang menggesa beliau untuk menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji tersebut.
Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor hari ini menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan adun negeri itu agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.
Azmin berkata biarpun BBC tidak menolak kenaikan gaji tersebut, kadar yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah terlalu tinggi.
Menurut Adun Bukit Antarabangsa itu, sepanjang tempoh cadangan pelaksanaan kenaikan gaji, Abdul Khalid tidak pernah berbincang dengan BBC.
"Kita tidak tahu bagaimana pelaksanaannya dan kerajaan negeri sudah umumkan semalam. Tidak ada perbincangan langsung yang dibuat bersama BBC," katanya yang juga merupakan ahli Parlimen Gombak dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Pagi tadi, Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar turut mengulas mengenai kenaikan berkenaan dengan menyifatkan ia terlalu tinggi dan mendadak.
Abdul Khalid bagaimanapun berkata, kadar yang digunakan kerajaan negeri Selangor adalah berdasarkan kadar gaji di Sarawak, dan jumlah berkenaan adalah munasabah.
"Bagi sesetengah orang ini mungkin dah banyak tetapi bagi mereka yang berada dalam sektor swasta, ia tidak tinggi. Ini munasabah," katanya.
"Kita tidak boleh sorokkan pendapatan. Kita sudah setuju pendapatan kita akan umumkan," kata Adun Pelabuhan Klang itu lagi.
Malah, Abdul Khalid turut berkata, pendapatan mereka yang berada dalam sektor swasta juga melebihi gaji menteri.
"Kerajaan persekutuan juga guna konsultan daripada orang swasta. Pendapatan mereka ada kalanya yang jauh lebih tinggi daripada menteri. Jadi maknanya sudah ada penerimaan tentang gaji yang munasabah," kata Abdul Khalid.
DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dun berkuat kuasa Januari 1 depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.
Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.
Abdul Khalid ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada November 22 bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75% daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak. – 28 November, 2013.
Boleh naik gaji tapi biar munasabah - Muslimat PAS
- Published on Friday, 29 November 2013 10:55
- Written by HarakahDaily
SHAH ALAM:
Kenaikan gaji Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) terlalu tinggi dan tidak relevan di saat
rakyat sedang menghadapi pelbagai tekanan hidup akibat kenaikan harga
barang.
Ketua
Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menegaskan, kerajaan
Selangor sepatutnya memikirkan keperluan rakyat terlebih dahulu kerana
masih ramai rakyat hidup di bawah paras kemiskinan.
"Kenaikan gaji itu boleh dilakukan
tetapi tidak wajar dinaikkan sehingga ke tahap yang tidak munasabah,"
katanya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, kenaikan gaji Timbalan
Speaker sebanyak 300 peratus iaitu daripada RM3,327.50 kepada RM15,570
sedangkan jawatan itu tidak berkhidmat secara langsung terhadap rakyat.
Katanya, lebih elok jika duit kenaikan
itu disalurkan kepada pembangunan ekonomi membantu ibu-ibu tunggal dan
rakyat miskin serta boleh menurunkan indeks kemiskinan rakyat Selangor.
Beliau berkata, berbanding jawatan Ketua
Kampung yang melakukan kerja hampir sepenuh masa menyelesaikan masalah
rakyat tetapi hanya diberi elaun sebanyak RM800.
"Elaun Ketua kampung amat tidak sesuai
dengan keadaan sekarang dengan pelaksanaan GST. Sepatutnya mereka ini
yang diberi keutamaan kenaikan gaji," tegasnya.
Tambah beliau, kenaikan gaji Exco pula
meningkat 231 peratus iaitu daripada RM6,109.29 bakal meningkat kepada
RM20,250 dan mereka juga mendapat elaun tambahan.
"Sepatutnya Menteri Besar membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengumumkan kenaikan gaji," tegasnya.
Beliau berharap dengan kenaikan gaji
bermula tahun hadapan, semua Exco dan Adun perlu melipat gandakan kerja
berkhidmat untuk rakyat bukan melakukan kerja dengan tahap yang sama.
"Saya harap motivasi kerja lebih kuat.
Semua Adun dan Exco juga perlu ingat mereka menang dan berada di atas
disebabkan pengorbanan dan sokongan daripada ahli atau aktivits parti,
bukan atas kehebatan masing-masing," katanya.
Gaji Menteri Besar berjumlah RM14,175.15
bakal meningkat kepada RM29,250 iaitu pada kadar 106.4 peratus, Speaker
Dewan (RM6,109.29 meningkat 268 peratus kepada RM22,500).
Melalui Rang Undang-Undang yang
diluluskan itu, saraan bagi setiap Adun mengikut Seksyen 3 juga dipinda,
daripada RM6,000 kepada RM11,250 atau kenaikan 87.5 peratus.
BUKAN GELIGA....TAPI BIJAK NAK MENGELAK BILA DAH TERDESAK...ADA BUAT SOLAT ISTIHARAH DULU KE....SAJA TANYA....DAH BUAT KOD
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
menegaskan kenaikan gaji seperti yang dibentangkannya semalam akan
diteruskan sekali gus mencadangkan, sesiapa yang tidak bersetuju supaya
"mendermakan" lebihan gaji tersebut.
Menurutnya, kata sepakat telah dicapai oleh kedua-dua Adun PR dan BN berhubung kenaikan gaji itu.
"Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan.
"Adun PR dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak.
"Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," katanya dipetik sebuah portal hari ini apabila diajukan sama ada pertimbangan akan dibuat ekoran bantahan yang diterima.
Abdul khalid semalam membentangkan di dalam Dewan berhubung kenaikan gaji itu dan dipersetujui sebulat suara oleh semua Adun ketika Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2013 dibacakan.
Abdul Khalid berkata, usul itu dibawa untuk membolehkan peruntukan dipinda dan pembayaran gaji baru dapat dibuat mulai 1 Januari.
“Cadangan kenaikan itu dibuat berdasarkan beban tugas yang dipikul ahli dewan tanpa mengira waktu serta keberkesanan pembaharuan dilaksanakan menentukan badan eksekutif dan legislatif.
“Di atas keberkesanan melaksanakan tanggungjawab iaitu menunjukkan hasil dan pendapatan negeri meningkat, pertimbangan sewajar diambil atas permintaan Adun sekalian,” katanya.
Susulan itu, kenaikan gaji tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada Umno-BN, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi.
Terbaru, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor, Mohamed Azmin Ali turut menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Adun negeri ini agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.
BUKAN GELIGA....TAPI BIJAK NAK MENGELAK BILA DAH TERDESAK...ADA BUAT SOLAT ISTIHARAH DULU KE....SAJA TANYA....DAH BUAT KOD
Abu Hashim Jalal shared Raja Mohd Shahrim's photo.
mb paling bergeliga
MB Selangor sdr Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan mana mana ADUN atau MP yg yang menolak kenaikan gaji dan elaun boleh menulis surat kepada Kerajaan Negeri bagi
menyatakan hasrat mereka.dan wang tersebut akan disalurkan utk
kebajikan rakyat....YaHOOOOOOO...!!!! hehe
So.. skrg masa utk buktikan pada rakyat...toksah nak bertempik
..kononnya HERO Rakyat.. nilah masanya utk buktikan MP dan ADUN tersebut
bukan HERO Retorik....
Tetap naik gaji walau ada yang bantah
- Berdasarkan tanda aras dan pencapaian 2008-2013 Khalid mahu mandat Pakatan Rakyat Selangor dikekalkan. - Foto Sinar Harian oleh Foto AZMI ARYANTO
Menurutnya, kata sepakat telah dicapai oleh kedua-dua Adun PR dan BN berhubung kenaikan gaji itu.
"Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan.
"Adun PR dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak.
"Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," katanya dipetik sebuah portal hari ini apabila diajukan sama ada pertimbangan akan dibuat ekoran bantahan yang diterima.
Abdul khalid semalam membentangkan di dalam Dewan berhubung kenaikan gaji itu dan dipersetujui sebulat suara oleh semua Adun ketika Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2013 dibacakan.
Abdul Khalid berkata, usul itu dibawa untuk membolehkan peruntukan dipinda dan pembayaran gaji baru dapat dibuat mulai 1 Januari.
“Cadangan kenaikan itu dibuat berdasarkan beban tugas yang dipikul ahli dewan tanpa mengira waktu serta keberkesanan pembaharuan dilaksanakan menentukan badan eksekutif dan legislatif.
“Di atas keberkesanan melaksanakan tanggungjawab iaitu menunjukkan hasil dan pendapatan negeri meningkat, pertimbangan sewajar diambil atas permintaan Adun sekalian,” katanya.
Susulan itu, kenaikan gaji tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada Umno-BN, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi.
Terbaru, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor, Mohamed Azmin Ali turut menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Adun negeri ini agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.
Artikel Berkaitan
- Kadar gaji munasabah, kata Khalid
- Naik gaji Adun, langkah tidak baik
- Tak rasional gaji MB lebih tinggi dari PM
- Tuntutan gaji tiada dalam memorandum
- Azmin nafi tuntut kenaikan gaji
- Tetap naik gaji walau ada yang bantah
- Speaker: Naik gaji atau tak, saya tetap khidmat
- Naik gaji Adun: Anwar tegur Khalid
- Pelaksanaan gaji minimun tidak ditangguh
- MB Selangor nafi tindas pemaju perumahan
Gaji PM: RM22,826.65
Gaji MB Selangor: RM29,250.
Gaji KM Sarawak : RM39,000.
Antara fakta yg kita kena tahu berkenaan gaji PM adalah:
-Gaji PM 22,826.65 adalaha basic. Ia tidak termasuk elaun2 sampingan.
-Elaun PM sahaja adalah sebanyak RM37650.
-Jumlah gaji PM termasuk Elaun adalah sebanyak RM60,385.65
Ini tidak termasuk gaji2 lain seperti.
1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Gaji sebagai Ahli Parlimen.
8. Gaji sebagai Menteri Kewangan.
9. Lain-lain sumber
Buletin Pas Marang and 2 other friends were tagged in Hassan Salleh's photo.
Saudara kita, rakan FB kita Jefri Chua yang bukan Islam duduk paling depan dalam majlis Ilmu.
Allahuakbar!
Hidayah Milik Allah.
Rupa-rupanya kahwin muda, cerai umur 13 tahun kerana diperkosa!!
Dia membuat laporan polis pada 15 Julai 2012, ibu bapa Mohd Fahmi menemuinya selama beberapa hari merayu laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu anaknya menerima hukuman penjara.
“Saya kahwinkan dia kerana diperkosa,” katanya seperti dilapor akhbar berbahasa Inggeris, The Star hari ini.
Sebagai bapa dia memahami rayuan keluarga Mohd Fahmi dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis serta menikahkan anaknya pada November 2012.
Nor Fazira memberitahu bulan lalu, dia tidak tahan dengan layanan keluarga mentuanya dan memutuskan untuk meminta cerai.
Saad juga mengakui bahawa keluarga Mohd Fahmi tidak menyukai anaknya dari awal perkahwinan dan Nor Fazira selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mentuanya.
The Star juga melaporkan Mohd Fahmi menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira selepas mereka sah diijabkabulkan.
“Saya menceraikan Nor Fazira kerana bekas isteri saya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki lain dari Kuala Ketil.
“Nor Fazira juga biadab terhadap keluarga dan tidak pernah memasak serta selalu keluar rumah sekiranya tidak berpuas hati,” katanya.
Mohd Fahmi menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Katanya, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk, lapor The Malaysian Insider.
Abu Hashim Jalal shared Milo Kosong Koww's photo.
kuasa ditangan tski...
Inilah
bukti dlm PR tiada Pak Angguk,Pak Turut atau Yes Man..terbuka dan telus
utk ditegur tanpa mengira sesiapa..yg patut dinasihat,akn dinasihat..yg
patut ditegur,akn ditegur dan yg patut
ditentang,akn ditentang..walaupun cadangan itu dtg drp pemimpin PR
sdn..suasana ini tk mngkin dan mustahil utk berlaku dlm umno..supaya
setiap perubahan akn diterima dan disenangi oleh rakyat..
Shamshulsakri Che Din shared Amie Raman's status update.
FAKTA YANG DI HILANGKAN DALAM SEJARAH DUNIA OLEH PARA SEJARAWAN Penghormatanku kepada Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini... aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. maka aku katakan "takkan dah habis semua tokoh islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?" beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. aku menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan german mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. aku menjawab sumberku dari TV pastinya. lalu dia berkata : " baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama........tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak british kepada scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak afrika selatan kepada kaum kulit hitam mereka?" aku meminta jawapan dari beliau. beliau menyambung : "ada dua sebab - 1. prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti. (sekarang telah berlaku....) 2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu. Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam. Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau... Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir khasnya Syeikh Amin Al-Husainiy Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi... Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet. Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara : 1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler. Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah... Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam. Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi... 2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German. " Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku" 3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?" Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas... Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum
kamu melihat sepuluh tanda :-
1. Asap
2. Dajjal
3. Binatang melata di bumi
4. Terbitnya matahari sebelah barat
5. Turunnya Nabi Isa A.S
6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7. Gerhana di timur
8. Gerhana di barat
9. Gerhana di jazirah Arab
10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat
pengiringan mereka.
Dajal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam
A.S sampai hari kiamat. Dajal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa.
Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya
tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang
yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang
kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan
dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat
gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini
akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan
tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul
ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajal.
Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan
kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang
bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini,
bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum
nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya
dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan
tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya
anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasiq akan bersuara
lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan
tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan saja,
mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan
timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang
tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Kajian Hadis Rasullulah Tentang Kiamat: 10 Tanda besar Kiamat
Berikutan kejadian gempa bumi yang seringkali terjadi akhir-akhir ini hati saya terdetik untuk menulis tentang 10 tanda-tanda besar kiamat. Mungkin ada antara pembaca merasakan gegaran kecil baru-baru ini. Adakah ia petanda atau amaran dari Allah? Sama-sama kita hayati dan berfikir.
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim
1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. (Sudah lama mereka bebas, sila rujuk artikel saya berkenaan kajian Ulama Imran N. Hosein)
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.
Di blog saya telah banyak saya sentuh tentang topik dajal, Yakjuj dan Makjuj tetapi belum pernah saya sentuh tentang tanda kiamat besar iaitu gempa bumi. Banyaknya gempa bumi yang berlaku adalah antara tanda-tanda kiamat. Allah memberi peringatan kepada hambanya yang peka dan percaya akan kekuasaannya. Jadi terpulang kepada kita untuk mentafsirkan tanda-tanda itu.
Ayuh kita mulakan pengembaraan minda kita dengan kejadian semasa yang berlaku. Tsunami di Samoa dan gempa bumi di Indonesia baru-baru ini. Allah telah berfirman:
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)
Sekurang-kurangnya 118 maut akibat tsunami yang melanda kepulauan Samoa semalam dan pihak berkuasa percaya angka korban terus bertambah, termasuk mereka yang hilang. Berikut adalah gambar-gambar Tsunami di Samoa.
Kira-kira 500 bangunan kediaman di bandar dengan penduduk seramai 900,000 itu runtuh, memerangkap ribuan mangsa. Bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan. Berikut adalah gambar-gambar gempa bumi di Sumatera.
Tidakkah anda perasan bahawa bencana alam telah meningkat secara mendadak jika dibandingkan awal kurun ke akhir kurun? Perbezaan yang terlalu ketara. Tujuan artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk mengajak anda semua berfikir dan merenung kembali apa yang sebenarnya yang terjadi pada hari ini. Bukanlah berniat untuk menakutkan anda semua. Ingat, hanya Allah yang maha berkuasa dan mengetahui segalanya. Wallahualam.
SUBHANALLAH! - Tanda-Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap
Written By taoslayerz
TAOTAUAJER - Tahukah korang
dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana
kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak
rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Kewujudan Yakjuj dan Ma'juj ini juga telah dibongkarkan oleh NASA penemuan tersebut mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif hidup 20 batu di bawah tanah.
Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama
seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj
& Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin
Allah) telah runtuh di Georgia.
Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews &
Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal
dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih
tinggal. Allahu A’lam.
1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya
menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan
salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.
2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.
Kalau korang tengok di Media bersepah pasal Zina tu yang keluar media
yang tak keluar media lagi la banyak agak-agak masa korang tengah baca
artikel ini ade berapa ramai yang tengah berzina di dunia ini..
Subhanallah!
3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal
ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian
(muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.
Ini memang tidak dapat nak dinafikan la alat muzik sememang nyer
bermaharaja lela korang tengok la media sekarang, bersepah
rancangan-rancangan musik dan program-program yang melalaikan.
4-Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
Korang lihat dekat negara kita sendiri sudah, berapa banyak masjid yang
berhiasa tesergam indah? Bahkan sekarang ini menara di Mekah jugak sudah
seperti menjadi kebanggaan buat kita betapa tinggi nyer.
Sebab Nabi Muhammad SAW penah menyebutkan:
“..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian,
miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan
bangunan.” SubhanAllah!
Seperti mana yang kita lihat sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah jer
iaitu Menara Jam Di Raja Mekah. Dimana tao juga pernah mengeluarkan
artikel tentang Menara jam Mekah pelengkap tanda Kiamat.
5-Munculnya kekejian.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” –
Riwayat Ahmad dan Hakim.
6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang
baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya
kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan
tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.
7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani.
8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.
9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari
kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang”.
Ini pon sudah menular di negara kita.. lihatlah artis-artis sekarang berpakaian tetapi telanjang pakaian tak cukup kain.
10-Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani.
11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum
pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah
dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” –
Sahih Muslim.
Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru samaada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.
12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu
dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.
13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.
Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakonkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?
14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka
dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan
mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.
Haaa.. yang ini sudah banyak berlaku bak yang jauh dan dekat mungkin
terdapat di kalangan sahabat atau keluarga korang juga melakukan seperti
ini.
15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah
putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling
buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” –
Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami
Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu
beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami
sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak
akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam
tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal,
binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin
Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di
timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir
sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau
manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslim).
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis
ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat
hampir tibanya hari qiamat.
Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang
seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan
semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan
bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu
Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima
taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan
mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan
beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang
Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan
dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding
yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul
Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari
beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih)
dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah
yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan
perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan
disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun
dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya
adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang
besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian
ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu.
Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari
yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan